Apa Kita Katakan Ke Atas Mayat Ini?
Salam,Saya dapati hampir setiap majlis kematian yang saya hadiri kini, selepas sahaja solat jenazah, imam akan bertanya dengan suara yang lantang "Apa kita katakan ke atas mayat ini?" lalu dijawab oleh para makmum "Baik". Perkara ini diulangi sebanyak 3 kali. Ada dalil ke atau perkara ni menyalahi syarak atau dibolehkan??? Mohon perjelasan
Jawapan:
Wa’alaikumussalam Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.
Amalan yang dilakukan oleh masyarakat kita pada masa ini tidak bercanggah dengan ajaran Islam, dan sebagaimana mana yang dinyatakan, ia merupakan amalan yang dilakukan pada zaman dahulu.
Namun demikian, tidak kira apa niat seseorang itu, Allah yang sahaja dapat menentukannya. Kita berhukum diatas perkara yang zahir.
Benarlah amalan berkata baik kepada seseorang itu datang dari sebuah hadith sahih, berkata Anas bin Malik ra. :-
مر بجنازة فأثني عليها خيرا فقال نبي الله صلى الله عليه وسلم وجبت وجبت وجبت ومر بجنازة فأثني عليها شرا فقال نبي الله صلى الله عليه وسلم وجبت وجبت وجبت قال عمر فدى لك أبي وأمي مر بجنازة فأثني عليها خير فقلت وجبت وجبت وجبت ومر بجنازة فأثني عليها شر فقلت وجبت وجبت وجبت فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم من أثنيتم عليه خيرا وجبت له الجنة ومن أثنيتم عليه شرا وجبت له النار أنتم شهداء الله في الأرضأنتم شهداء الله في الأرض أنتم شهداء الله في الأرض“
Ketika iring-iringan membawa jenazah lewat, orang-orang memuji jenazah dengan kebaikan, kemudian Nabi saw. bersabda: Wajib, wajib, wajib. Lalu lewat pula iringan jenazah lain, orang-orang mencelanya dengan keburukan, kemudian Nabi saw. bersabda: Wajib, wajib, wajib. Umar berkata: Menjadi penebusmu, ayah dan ibuku! Ada iringan jenazah lewat dan orang-orang memujinya sebagai orang baik, lalu engkau mengatakan: Wajib, wajib, wajib. Lewat pula iringan jenazah lain yang disifati sebagai orang jahat, lalu engkau mengatakan: Wajib, wajib, wajib. Apa artinya itu? Rasulullah saw. bersabda: Orang yang kamu puji sebagai orang baik, maka wajib baginya syurga, sedangkan orang yang kamu katakan sebagai jahat, maka wajib baginya neraka. Kamu adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi."
[Hadith Riwayat Imam Muslim No.1578].
Begitu juga didalam sebuah hadith yang menjelaskan bahawa kata-kata baik dari seseorang jiran juga dianggap do’a agar Allah swt .
ما من مسلم يموت فيشهد له أربعة من أهل أبيات جيرانه الأدنين أنهم لا يعلمون إلا خيرا , إلا قال الله ، عز وجل : قد قبلت قولكم ، أو قال : شهادتكم , وغفرت له ما لا تعلمون“
Tidak ada sesorang Muslim yang mati apabila empat orang jiran memberi keterangan bahawa mereka tidak tahu yang lain mengenai mayat ini melainkan perkara baik yang dilakukan. Melainkkan Allah akan berkata : Aku terima semua kesaksian kamu dan mengampunkan semua dosa-dosanya yang kamu tidak tahu”
[Hadith Riwayat Musnad Abu Ya‘la, Sahih Ibnu Hibban; Sahih At-Targheeb H/3515; Talkhees P. 26.]
Malah, Fatwa dari al-Lajnah al-Daaemah [9/154-155] menyebut:
وأما مجرد الثناء عليه عند ذكره ، أو مرور جنازته ، أو للتعريف به بذكر أعماله الجليلة ونحو ذلك مما يشبه رثاء بعض الصحابة لقتلى أحد وغيرهم ، فجائز ؛ لما ثبت عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال : ( مروا بجنازة فأثنوا عليها خيرا . فقال صلى الله عليه وسلم : وجبت ، ثم مروا بأخرى فأثنوا عليها شرا فقال : وجبت . فقال عمر رضي الله عنه : ما وجبت ؟ قال : هذا أثنيتم عليه خيرا فوجبت له الجنة ، وهذا أثنيتم عليه شرا فوجبت له النار ، أنتم شهداء الله في الأرض ) – متفق عليه“
Pujian baginya apabila disebut, atau apabila jenazah lalu dihadapannya, atau dengan cara memberitahu orang lain akan kebaikkan yang dia lakukan atau seumpamanya, merupakan mirip cara yang dilakukan oleh beberapa sahabat yang memuji-muji mereka yang syahid di perang Uhud dan lain-lain, dan ia dibenarkan, sebagaimana hadith Riwayat Anas bin Malik ra yang berkata : Jenazah melewati mereka dan mereka berkata baik mengenainya, dan Nabi :saw bersabda : wajib (pasti). Kemudian lalu lagi jenazah dan mereka berkata buruk mengenainya, dan baginda berkata : wajib (pasti). Umar ra berkata : Apa yang pasti? Rasulullah saw. bersabda: Orang yang kamu puji sebagai orang baik, maka wajib baginya syurga, sedangkan orang yang kamu katakan sebagai jahat, maka wajib baginya neraka. Kamn adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi."
[Hadith Muttafaq ‘Alaih]
Fatwa ini jelas membenarkan puji-pujian selepas pengkebumian atau ketika jenazah melaluinya dilakukan. Amalan yang dilakukan secara “formal” dikalangan masyarakat Melayu kita ini tidak menyalahi sunnah, malah jika amalan ini dihapuskan, berkemungkinan besar sunnah ini akan ditinggalkan selama-lamanya. Tidak mengapalah cara dilakukan itu kelihatan seperti memaksa, akan tetapi cuba kita fikir-fikirkan, apabila tiada lagi amalan tradisi ini, apakah amalan yang terbaik untuk menggantikannya? Sudahkah kita mempunyai alternatif lain?
WA. Sekian, wassalam