Sahabat Ilmu

Selasa, 10 September 2013

Ujian Dunia untuk Pahala Akhirat

Setiap manusia dilahirkan untuk diuji keikhlasan dan kekuatan iman mereka. Jangan sesekali kita mengatakan orang lain itu kehidupannya lebih baik berbanding dengan kehidupan kita. Ada orang yang hidupnya susah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tetapi Allah kurniakan kasih sayang sesama ahli keluarga mereka. Ada orang hidupnya mewah, tetapi pasti ada yang dikurangkan oleh Allah sebagai ujian baginya. Kehidupan kita di dunia ini sebenarnya ujian untuk meletakkan dimana kedudukan kita diakhirat kelak.


Pernah suatu ketika, saat berputus asa itu sampai sehinggakan takdir disalahkan. Betapa berdosanya kita menyalahkan takdir dan kehendak yang Maha Esa. Tetapi seandainya kita bersabar dan ikhlas menerima ujian itu, sudah pasti ganjaran pahala itu memenuhi buku amal kita. Oleh itu, beringatlah sentiasa bahawa memang setiap manusia dilahirkan untuk diuji dan sentiasalah berfikiran positif, katakan pada diri “Ujian ini adalah sebagai pahala yang ingin Allah berikan pada aku”.Oleh itu, bersyukurlah kerana Allah masih ingin menguji kamu dan menginginkan kamu sentiasa mengingati dan mendekatkan diri kepada-Nya.


La tahzan inallaha ma’ana,


Salimul Aqidah, Sahihul ‘Ibadah, Matinul Khuluq wa Qadirun A’la Kasbi. (Akidah yang sejahtera, Ibadah yang betul, Akhlak yang mantap dan Mampu berdikari).

Insyaallah, Sinar itu pasti akan tiba jua…

Tiada ulasan: