Sahabat Ilmu

Rabu, 29 Jun 2011

Bagaimana munculnya pandangan mazhab?


الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء والمرسلين، وبعد

Ramai sudah mengetahui kewujudan pelbagai cara beramal dalam masyarakat kita hari ini. Ada yang beramal dengan berpandukan pandangan-pandangan imam mazhab dan ada yang beramal terus merujuk kepada sunnah nabi s.a.w atau nas-nas syarak. Masing-masing mempertahankan cara mereka.

Pada saya, kedua-dua mereka berada di atas jalan yang lurus selagi mana mereka saling hormat menghormati dan mereka mematuhi disiplin ilmu istinbat hukum seperti yang ditetapkan oleh ulama Usul.

Kadangkala timbul dakwaan gopoh bahawa orang-orang yang beramal dengan pandangan-pandangan imam mazhab adalah beramal dengan tidak bersandarkan kepada dalil atau hujah syarak. Betulkah dakwaan ini?

Di sini saya ingin menyebut secara ringkas bagaimana lahirnya sesuatu hukum atau pandangan dalam sesuatu mazhab supaya kita lebih memahami bahawa orang yang beramal mengikut pandangan imam mazhab juga mempunyai sandaran syarak.

Mari kita lihat sejenak bagaimana sesuatu pandangan mazhab boleh lahir. Di antara empat mazhab terkenal, saya pilih mazhab pertama muncul, iaitulah mazhab Hanafi yang diasaskan oleh Imam Abu Hanifah an-Nu’man bin Thabit. Beliau lahir di Kufah pada tahun 80H dan wafat di Baghdad pada tahun 150H. Beliau juga digelar sebagai Imam A’zom atau Imam yang agung.

Tujuan pendedahan ini adalah supaya kita berlapang dada dan menghormati bahawa orang yang mengikut pandangan imam mazhab bukanlah mengikut pandangan akal ulama mereka semata-mata tanpa dalil dan hujah yang sahih.

Sekarang mari kita lihat bagaimana pengeluaran sesuatu hukum berlaku dalam mazhab

Hanafi seperti yang diasaskan oleh pelopornya Imam Abu Hanifah an-Nu’man. Pendekatan yang diambil oleh Imam Abu Hanifah ialah dengan membentuk pasukan ijtihad di kalangan sahabat-sahabatnya yang terdiri daripada ilmuan-ilmuan hebat pada waktu
tersebut. Pasukan ini berusaha mengeluarkan sesuatu hukum dengan melakukan ijtihad secara jama’ei. Abu Hanifah tidak beruzlah atau bersendirian dalam berijtihad untuk mengeluarkan sesuatu hukum.

Dalam perbincangan tersebut Abu Hanifah telah menjemput ulama lain (ashab Abu Hanifah) yang mempunyai berbagai-bagai bidang pengkhususan atau kepakaran. Mereka bermula dengan membentang suatu masalah, berdebat untuk satu tempoh, boleh jadi mereka bersepakat dengan Abu Hanifah, dan boleh jadi juga mereka mempunyai pandangan yang berlainan
dengan Imam mereka (Abu Hanifah).

Anggota-anggota dalam majlis perbincangan tersebut terdiri daripada:

1) Qadhi Abu Yusof, kepakarannya dalam bidang hadis melebihi Imam Abu Hanifah sendiri dan ahli-ahli yang lain.

2) Muhamad bin Hassan as-Syaibani, pakar bahasa. Ini penting supaya apabila dibawa sesuatu nas quran atau hadis, maka nas tersebut dapat difahami dengan tepat mengikut kaedah bahasa arab yang betul.

3) al-Qasim al-Mas'udi, juga pakar bahasa bagi mengimbangi pandangan Muhamad bin Hassan as-Syaibani.

4) Zufar bin al-Huzail, yang tajam akalnya untuk mengistinbat intipati kandungan nas quran atau hadis.

5) al-Hassan bin Ziad, sama seperti Zufar bagi mengimbangi pandangan Zufar.

6) Yahya bin Zakaria, pakar ilmu hadis, perawi Bukhori, muslim dll. Ada pandangan yang mengatakan dia lebih hebat dari Abu Yusof. Cuma kelemahannya dia jarang bersama Abu Hanifah.

Mereka semua bersama-sama dengan Imam Abu Hanifah berdebat dan berbincang terhadap sesuatu isu sehingga lahirlah pandangan-pandangan mazhab Imam Abu Hanifah (mazhab Hanafi).

Selepas kematian Imam Abu Hanifah, muncul ulama jenerasi kedua dan mereka mewarisi feqah Imam Abu Hanifah daripada ulama yang sempat bersama-sama dengan Imam Abu Hanifah. Antara mereka ialah:

1) Muhamad bin Sima'ah, tokoh ahli zuhud, pintar dari kalangan ilmuan Islam.

2) Abu Na'im al-Fadhl b Dukain, syeikh Bukhori, thabat/tetap bersama Imam Ahmad dalam kes fitnah makhluk al-Quran.

Begitulah muncul pandangan-pandangan dalam mazhab Hanafi. Selepas itu pandangan-pandangan tersebut mula tersebar dan diwarisi oleh jenerasi berikutnya.

Moga huraian ringkas ini dapat memberi sedikit gambaran bahawa orang yang mengikut imam mazhab juga mempunyai sandaran yang sahih. Cuma banyak penulisan kitab-kitab feqah menyebut hukum tanpa membawa dalil kerana ingin meringkaskan atau memudahkan para pembaca untuk beramal.

Walaubagaimanapun seperti yang disebut oleh Imam Hasan al-Banna; orang yang mengikut imam mazhab tertentu, wajar meningkatkan pengetahuannya sehingga boleh mengetahui hujah-hujah yang digunapakai oleh imam mazhabnya.

Oleh itu bagi pengikut mazhab syafi'e, jika anda ingin mengetahui sesuatu dalil dan huraiannya, maka anda kenalah cari kitab mazhab yang mengandungi dalil dan hujah seperti kitab Majmuk karangan Imam Nawawi.

Sekian والله أعلم بالصواب

Rujukan:
Usul berijtihad dan memberi fatwa dalam Fiqh Dakwah oleh Ar-Rasyid
.

Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS

Hukum memakai sesuatu ada lambang salib


 
Assalamualaikum ustaz, saya seorang pelajar perubatan di UK. masalah saya ialah apakah sesuatu lambang yang berasal dari agama lain tetapi diadaptasikan untuk membawa maksud yang lain seperti lambang salib digunakan sebagai bantuan kecemasan di hospital masih dianggap salib dalam agama kristian? Contohnya apakah haram seorang jururawat memakai pakaian jururawat yang mempunyai lambang salib yang digunakan sebagai simbol healthcare personel. Lambang salib ini membawa maksud healthcare symbol (pada zaman ini) tetapi historically berasal dari agama kristian.
Sebagai pelajar perubatan, mahu tidak mahu saya perlu mengunakan symbol ini dalam pelbagai urusan. First aid kit contohnya juga menggunakan simbol ini. Begitu juga dengan persatuan red cross (Di UK tidak ade red cresent.

Selain logo salib, bidang perubatan banyak menggunakan simbol Caduceus (http://en.wikipedia.org/wiki/Caduceus) iaitu 'staff' yang digunakan dewa mercury dalam kepercayaan greek. Apakah haram seorang doktor memakai dan menggunakan logo ini.

sila rujuk (www.hablamosjuntos.org/signage/PDF/SymbolPosterB.pdf) untuk melihat contoh-contoh simbol dalam perubatan yang kadang-kala ada simbol salib

Jawapan:

الحمد لله
Haramnya seseorang itu membeli, membuat, mengukir mahupun membeli salib atas sifatnya sebagai salah satu syiar agama kristian. Ini ditegaskan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h.

“tidak harus membuat salib samada dengan upah ataupun tanpa upah, begitu juga menjualnya atas sifatnya sebagai salib (syiar agama kristian) sebagaimana tidak harusnya membuat berhala dan menjualnya. Nabi SAW telah melarang perbuatan ini dalam hadith saheh:

Sesungguhnya Allah mengharamkan penjualan arak, bangkai, babi dan berhala” (Majmu’ Fatawa 141/22)
Namun jika sesuatu objek itu berbentuk seperti salib ataupun lambang yang digunakan itu seumpama lambing salib, ada perincian mengenai hukum menggunakannya seperti berikut:

1. Apabila objek ataupun lambang berkenaan digunakan atas maksud ianya adalah salib yang merupakan syiar kristian maka jelaslahlah haram orang Islam menggunakannya kerana ilah (sebab) pengharamannya adalah kita dilarang menyerupai dan mengagungkan syiar agama lain.

2. Namun jika ia terzahir bukan atas maksud mengagungkan salib seperti tanda campur (+) dan symbol-simbol yang telah dikenali umum dan terpakai secara meluas maka ia harus digunakan. Walaupun begitu jika kita mampu untuk menghilangkan symbol-simbol itu jika bentuknya sangat jelas , maka kita hendaklah menghilangkannya.

Untuk penerangan lebih lanjut boleh melayari
http://www.islam-qa.com/ar/ref/121170 dilayari pada 11 April 2011

Disediakan oleh:
Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS

Solat Qasar dan Jamak setiap hari


Assalamualaikum ustaz,
Saya tinggal di Alor Setar dan berkerja di Bukit Mertajam dimana jaraknya 120km. Saya berulang alik setiap hari. Adakah diharuskan utk saya melakukan solat qasar @ solat jamak @ solat jamakqasar setiap hari? Mohon penjelasan ustaz.Syukran.

Jawapan:
Saudara boleh melakukan solat jamak dan qasar setiap hari. Ini adalah kerana jarak rumah dengan tempat bekerja saudara adalah melebihi jarak (83 km) yang dibenarkan untuk seseorang melakukan solat jamak dan qasar. Juga kerana tempoh saudara tinggal di tempat bekerja saudara tidak melebihi empat hari. Wallahu a’lam.

Disediakan oleh:
Ustaz Anwar Fakhri Omar
Sekretariat MUIS

Isnin, 27 Jun 2011

IBU TIRI KEPADA ISTERI; ADAKAH MENJADI MAHRAM SUAMI?

Soalan; assalamualaikum....ape hukum suami bersalam dgn mak mentua? mak mentua tu bukan mak kandung istri, macam istilah org kmpung paggil mak tiri (kepada isteri), mintak dalil dan kitab rujukn. syukran

Jawapan;

Ibu/emak tiri kepada isteri tidak termasuk dalam senarai mahram muabbad (yakni orang-orang yang haram dikahwini oleh seorang lelaki buat selamanya). Oleh itu, statusnya sama seperti wanita ajnabi yang lain iaitu tidak boleh bersentuhan dengannya (termasuk bersalaman), berdua-duaannya dengannya, melihat auratnya dan menemaninya untuk bermusafir.

Ikatan mahram wujud dengan tiga sebab;
1. Kekeluargaan
2. Perkahwinan
3. Penyusuan

Ia disebut oleh Allah dalam firmanNya dalam surah an-Nisa' (bermaksud); "Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" (Surah an-Nisa', ayat 23-24).

Bagi ikatan mahram dengan sebab perkahwinan, hanya empat orang sahaja yang terbabit;
1. Ibu-ibu kepada isteri
2. Anak menantu (yakni isteri kepada anak lelaki).
3. Anak tiri
4. Ibu tiri (yakni isteri bapa)

Dalam ayat di atas, Allah menyebutkan ummahatu nisaikum yang bermaksud ibu-ibu kepada isteri-isteri kamu iaitulah wanita yang melahirkan isteri kamu dan yang melahirkan ibu kepada ibu isteri kamu dan ibu kepada bapa isteri kamu (yakni wanita-wanita yang menjadi asal-usul kepada isteri kamu merangkumi ibunya dan juga nenek-neneknya sama ada sebelah bapanya atau ibunya), dalam ungkapan lain; ibu dan neneka-nenek isteri kerana hubungan nasab (antara mereka dengan isteri).[1] Oleh itu, tidak masuk dalam pengertian ummahatu nisaikum itu ibu tiri kerana ibu tiri bukanlah ibu dari hubungan nasab, tetapi muncul kerana perkahwinan dengan bapa.

Oleh kerana ibu/emak tiri kepada isteri tidak tersenarai dalam senarai mahram di atas, hubungan dengan suami kekal sebagai wanita ajnabi dan tertakluk dengan hukum-hakam wanita ajnabi tadi. Di antara mereka berdua (yakni antara suami dan ibu tiri isteri) halal berkahwin.

Wallahu a'lam.

Nota;

[1] Diharamkan juga ke atas suami mengahwini ibu dan nenek isteri kerana susuan (yakni ibu susunya dan neneknya kerana ikatan penyusuan) kerana Rasulullah bersabda; "Diharamkan kerana penyusuan sebagaimana diharamkan kerana nasab".

Rujukan;

1. Tafsir al-Baghawi, Surah an-Nisa', ayat 23.
2. Fatawa Syekih Muhammad Soleh al-Munajjid, no. 154007.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

MENGURUSKAN ANGGOTA YANG TERPOTONG DARI BADAN

Soalan; Saya nak tahu cara nak tanam anggota badan yang di potong contoh kaki.

Jawapan; Anggota yang terpotong dari badan seseorang ketika ia masih hidup, yang dituntut untuk dilakukan ialah membalutnya, kemudian menanamnya sebagai menghormati jasad manusia. Adapun membasuhnya, diharuskan tetapi tidaklah diwajibkan mahupun disunatkan. Tidak disyariatkan menyembahyangkannya. Hukumnya sama seperti bayi yang keguguran sebelum usianya 6 bulan dan tidak lahir bernyawa; ia hanya perlu dibalut dan ditanam, harus memandikannya dan tidak perlu disolatkan.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Al-Majmu', Imam an-Nawawi, kitab al-Janaiz, bab as-Solati Ala al-Mayyit (5/254).
2. Mughni al-Muhtaj, Imam al-Khatib as-Syirbini, Kitab al-Janaiz (4/266).

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Ahad, 26 Jun 2011

Kisah lelaki yang bermalam di syurga

Lima orang buruh yang sangat miskin tinggal di sebuah kampong yang kecil. Mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk menampung sara hidup diri sendiri dan keluarga.

Kelima-lima mereka berpakat untuk mencari pekerjaan di bandar bersebelahan dengan kampong mereka.

Mulalah mereka membanting tulang di Bandar setiap hari dari pagi hingga ke petang. Mereka hanya pulang ke kampong menemui keluarga pada cuti hujung minggu. Namun salah seorang daripada mereka tidak begitu. Setelah selesai pekerjaan yang dilakukan ketika menjelang waktu Maghrib, dia segera menunaikan solat, kemudian bergegas pulang ke rumahnya di kampong. Keesokannya dia datang semula ke Bandar untuk meneruskan kerjanya.

Keadaan itu membuatkan kawan-kawan berasa hairan. Mereka berkata kepadanya, “mengapa kamu memenatkan diri berulang alik tidur bersama keluarga di kampong yang jauh jaraknya, pada hal kamu tak ada isteri dan anak-anak?”

Dia menjawab, “sesungguhnya aku pulang setiap malam untuk tidur di syurga!”
Kata-kata itu disambut dengan gelak ketawa oleh teman-temannya. Mereka berkata, “selama ini kami anggap kamu seorang yang siuman. Mungkin disebabkan kamu terlalu penat berulang alik fikiran kamu jadi kacau. Lebih baik kamu jumpa doctor supaya dia periksa dan rawat kamu.”

Dia menjawab, “sebelum jumpa doctor, mari kita jumpa seseorang yang boleh jadi orang tengah yang dapat menentukan bahawa kata-kataku adalah benar dan kamu tidak akan mendustaiku lagi.”

Mereka bertemu dengan seorang imam di sebuah masjid, lalu menceritakan kisah kawan mereka itu.

Dengan tenang imam meminta lelaki itu menceritakan kisahnya.

Dia berkata, “saya adalah anak tunggal kepada dua ibu bapa yang telah tua. Sayalah yang bertanggungjawab mencari nafkah untuk menyara mereka. Selepas selesai bekerja dan menunaikan solat Maghrib, saya terus pulang ke rumah saya di kampong. Setiba di rumah saya dapati ayah dan ibu saya telah makan malam dan tidur dengan nyenyak. Saya mengambil selimut dan tidur di hujung kaki mereka. Apabila fajar menjelang, saya membangungkan mereka untuk menunaikan solat Subuh. Saya sediakan air untuk mereka berwuduk, menyediakan sarapan dan keperluan-keperluan mereka. Selepas itu barulah saya ke Bandar untuk menyambung kerja dengan hati yang tenang. Saya benar-benar rasa bahagia kerana dapat menghabiskan malam saya di syurga.”

Imam berkata kepada empat orang sahabatnya, “demi Allah, sahabat kamu ini benar! Sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya): “Syurga itu di bawah telapak kaki ibu”

Posted by Maznah Daud

Jumaat, 24 Jun 2011

KATA HIKMAH - IMAM AL-GHAZALI

"Yakinlah wahai anakku, ilmu yg tidak disertai amalan tidak akan melepaskan seseorang itu dari neraka, sekalipun kamu telah membaca ilmu itu 100 kali & kamu telah menghimpunkan 1000 buah kitab. Kamu belum lagi beroleh rahmat Allah melainkan dgn beramal."
(Imam al-Ghazali)

"Hati itu boleh menjadi lalai kerana melakukan perkara-perkara yg tidak mendatangkan faedah."
(Imam al-Ghazali)

HADIS RENUNGAN

Memandang wanita yang jelita adalah busur yang diracuni oleh syaitan. Sesiapa yang berpaling kerana mengharap redhaKu, akan ia nikmati manisnya iman di dalam hatinya. (Hadis Qudsi)

"Menuntut Ilmu adalah fardhu kepada setiap orang Islam, dan meletakkan ilmu kepada yang bukan ahlinya tidak ubah seperti menggantungkan permata, mutiara dan emas kepada seekor babi." (Riwayat Ibnu Majah)

‘Bersih’ Wajib Berjalan Dengan Bersih

‘BERSIH’ WAJIB BERJALAN DENGAN BERSIH
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Banyak pihak bertanya pendirian saya tentang kempen NGO ‘BERSIH’ menuntut Pilihanraya yang adil bagi negara ini. berikut adalah pendirian dan pandangan saya;

1.Sesuatu tindakan dalam urusan kehidupan muslim khususnya dilihat kepada dua perkara; tujuan dan cara. Jika tujuannya baik, dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik. Jika tujuannya baik, caranya salah, maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah. Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal.

2.Setelah saya mendengar taklimat BERSIH dan menilainya, saya dapati tujuannya baik, menuntut hak yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh perlembagaan. Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti. Maka, saya tidak mempertikaikan BERSIH di sudut tujuannya. Cuma saya bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkannya dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum. Sedangkan tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihanraya.

3. Adapun cara yang hendak dicapai iaitu dengan melakukan demonstrasi, pada asasnya ia sesuatu yang harus melainkan jika diiringi dengan perkara-perkara haram seperti kerosakan harta benda awam, pergaduhan dan penonjolan akhlak yang buruk. Nabi s.a.w dalam hadis pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya untuk membuat bantahan di jalan. Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).

Ini menunjukkan bahawa mengajak orang di jalan membantah kezaliman adalah dibolehkan. Dalam konteks politik hari ini, demonstrasi aman sebahagian dari cara pencegahan munkar politik yang telah terbukti keberkesanannya di banyak negara.

4. Namun, oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda, maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan. Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan. Saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan. Pihak SPR hendaklah menunai tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turut ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai.

5. Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman. Aman adalah syarat utama, jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak. Maka, sesiapa yang hendak menyertai demonstrasi BERSIH hendaklah berazam bahawa mereka tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, tidak mencederakan sesiapa, tidak memaki hamun, sebaliknya melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati.

6. Adalah haram mana-mana pihak, samada peserta demonstrasi atau polis memulakan provokasi yang boleh menyebabkan berlakunya rusuhan. Sebaliknya, pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat. Maka sepatutnya mereka memudah cara agar proses itu berjalan dengan pantas dan dilangsaikan dengan segera. Para peserta demonstrasi juga hendaklah sedar bahawa tugasan polis mengawal keamanan, maka hendaklah tidak dimulakan apa-apa provokasi yang menimbulkan kemarahan mereka selagi mereka bertugas dengan betul menurut peraturan keselamatan. Sesiapa yang memulakan atau menyertai provokasi yang membawa rusuhan maka dia menanggung dosa.

7. Cita-cita rakyat itu tidak akan tertunai melainkan adanya kerjasama yang baik dari semua pihak. Polis, rakyat dan golongan atasan. Semua pihak hendaklah berfikir untuk memastikan negara kita adil, aman dan teratur. Menyertai BERSIH merupakan salah satu dari usaha yang mulia itu, dan memastikan BERSIH itu bersih dari kekacauan dan provokasi adalah tanggungjawab setiap pihak yang terlibat

Rabu, 22 Jun 2011

Pengalaman Gua Melihat Karomah Seorang Alim.


 
Gua bukannya ahli PAS tetapi gua sokong dasar parti itu yang berpegang kepada Al-Quran dan Hadis sebagai perlembagaan tertingginya. Gua sebenarnya disenangi oleh ahli PAS dan juga ahli Umno kerana gua boleh berbahas tentang apa-apa isu pun berkaitan politik. Gua mengenali PAS pada 1977, iaitu setahun sebelum PAS kehilangan Kelantan.

Ramai kenalan gua terdiri dari ahli Umno dan keluarga gua pula adalah penyokong kuat PAS walau pun gua sendiri bukan ahli mana-mana parti. Gua selalu mengikuti ceramah-ceramah PAS dan Umno, gua bukan jenis terima bulat-bulat apa yang dikatakan para pemimpin Umno atau pun pemimpin PAS. Dulu gua menyokong Anwar semasa beliau memimpin ABIM bersama dengan al-Marhum Ustaz Fadhil Noor.


Ketika itu TG Haji Hadi adalah Yang Dipertua Abim Terengganu sebelum beliau meletak jawatan dari kerajaan Terengganu yang dipimpin Wan Mokhtar. Sebenarnya jawatan TG Haji Hadi ialah pagi masuk petang balik, tiap-tiap bulan terima gaji. Beliau disediakan sebuah meja dan sebuah kerusi tanpa melakukan apa-apa kerja kerana Wan Mokhtar cuba mengikat beliau dari masuk politik selepas pulang dari pengajiannya dia di Asia Barat.

Ini adalah cerita yang beliau ceritakan pada gua semasa gua bertandang di rumahnya bersebelahan masjid Rusila dan masa itu beliau telah menjawat sebagai Timbalan Presiden PAS. Dua minggu sekali beliau datang mengajar agama di kampung orang tua gua yang terletak diperdalaman daerah Marang. Gua pernah bersama-sama ahli PAS memenangkan beliau untuk ahli parlimen Marang dan Dun Rusila pada 1990.


Waktu itulah wujudnya pengundi hantu yang dibawa dari Pekan, Pahang iaitu pekerja kilang milik seorang bilioner yang terkorban dalam nahas helikopter di Pahang. Jika tidak kerana kerja keras ahli-ahli PAS, pasti TG Haji Hadi akan kecundang kerana lebih 3000 ribu pengundi hantu dapat ditahan. Walau pun gua bukan ahli PAS tetapi gua menghormati beliau sebagai seorang Tok Guru.


Gua selalu mendengar cerita-cerita tentang 'Karamah' beliau, tetapi bagi gua ianya hanyalah sebagai berita dari penyokong fanatik beliau. Untuk segelintir lu yang kurang tahu tentang apa itu 'Karomah', maka gua story sikit kat lu. Gua pun bukan tahu sangat walau pun gua banyak membaca tentang Karomah-Karomah orang alim seperti Sheikh Abdul Kadir Jailani, Tok Kenali, Tokku Paloh, Tuan Tulis dan ramai lagi.


Karomah ialah suatu perkara yang luar biasa di mana akal kita pun tidak boleh memikirkannya kerana ia cukup luar biasa. Karomah hanya diberikan kepada orang-orang alim atau ahli sufi sebagaimana Allah s.w.t. memberikan Mukjizat kepada Rasul-Rasul Nya dan sebesar-besar Mukjizat ialah Al-Quran yang diturunkan kepada kekasih Nya Rasulullah s.a.w. Sepertimana Allah s.w.t. berfirman, "TidakKU jadikan alam ini melainkan kerana kasihKU terhadap Nur Muhammad.


Dengan kekuasaan Allah s.w.t. kepada hambanya, gua telah ditunjukkan di hadapan mata gua sendiri kehebatan TG Haji Hadi dan cerita ini gua kongsikan bersama lu all. Pada satu malam di mana giliran TG Haji Hadi mengajar kuliah agama di kampung orang tua gua. Kebiasaaannya gua akan ke masjid untuk mendengar kuliah agama dan solat bersama-sama dengan TG Haji Hadi.


Nak jadikan cerita, kebetulan hari itu gua keberatan untuk ke masjid dan gua hanya duduk kat lambor (beranda) rumah ajer. Kuliah TG Haji Hadi boleh didengar melalui pembesar suara dan kebetulan pula rumah gua hanya 40 meter sahaja dari masjid. Selepas solat Maghrib kuliah pun bermula, gua dapat mendengarnya dengan jelas.


Tiba-tiba kedengaran guruh dan petir yang amat kuat dengan ribut berserta hujan yang lebat. Tidak semena-mena elektrik terpadam di seluruh kampung orang tua gua kerana ia dialirkan oleh satu pencawang kecil yang terdapat di kampung itu. Biasa ler bagi sebuah kampung yang terpencil dari daerah Marang bila berlaku blockout, semua rumah terpadam tetapi masjid tempat TG Haji Hadi cerah benderang seperti tiada apa-apa yang berlaku.


Semua orang yang berada didalam masjid tidak mengetahui apa yang berlaku. Selepas kuliah yang disampaikan oleh TG Haji Hadi hampir selesai, elektrik kembali pulih dengan izin Allah s.w.t. Ketika itulah gua terpegun dan tidak semena-menannya bulu roma gua naik menegak kerana melihat sendiri keajaiban yang Allah s.w.t. tunjukkan kepada gua.


Keesokan paginya gua story kat orang-orang tua yang berada dalam masjid apa yang berlaku, mereka semua terkejut dan mengucap panjang mendengar cerita gua. Gua rasa inilah keajaiban yang hanya sekali dalam seumur hidup, gua dapat menyaksikan 'Karomah' seorang alim. Gua memang banyak mendengar Karomah TG Nik Aziz dan TG Hadi Hadi tetapi inilah pertama kali gua melihat di hadapan gua dalam keadaan sedar dan waras. Gua ada tanya kat ustaz-ustaz dan mereka kata gua dikira bertuah melihatnya.

http://bebaskanmalaysia.blogspot.com/2011/06/pengalaman-gua-melihat-karomah-seorang.html

SEMINAR KECEMERLANGAN REMAJA MUSLIM - 26 JUN 2011




PENCERAMAH I :
DR AHMAD TARMIZI B ABDUL RAZAK
(ASTRO OASIS)
PENCERAMAH II:
USTAZ AMALUDDIN B NAPIAH
(PENDAKWAH BEBAS)

PENCERAMAH III:
USTAZ DR. AZHAR B YAAKOB
(PENDAKWAH BEBAS)
PENCERAMAH IV:
USTAZAH NOR ANISAH MUSA
(PENGACARA PROGRAM TANYALAH USTAZAH TV9 / TIMBALAN MUDIR, MAAHAD TAHFIZ DARUL FURQAN, KL)

MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Aku Tahu, Tapi Aku Mahu!!!

Sabda Nabi s.a.w :

حُفَّت الجنة ُبالمكاره و النارُ بالشهوات
Maksudnya: "Jalan ke syurga itu penuh dengan kesusahan, jalan ke neraka itu penuh dengan syahwat"

....................

aku tahu hidup dunia cuma sementara
tapi seolah-olah kuhidup untuk selamanya

aku tahu segala amalan bakal dihisab,
tapi masih kulupakan alam akhirat

aku tahu Raqib 'Atid setia di sisi mencatat amalan
tapi maksiat masih berterusan

aku tahu solat itu penting
tapi selalu memandangnya enteng

aku tahu solat itu tiang agama,
tapi sering saja aku lewatkannya

aku tahu ajalku tiba bila-bila masa sahaja,
tapi solat masih tak dijaga

aku tahu berat amanahku sebagai hamalatul quran,
tapi masih liat nak mengulang

aku tahu aurat itu aib diri,
tapi masih tak pandai menjaga diri

aku tahu cinta itu fitrah,
tapi aku jadikannya fitnah

aku tahu apa itu dosa apa itu pahala,
tapi aku seolah tak endahkannya

aku tahu Allah sentiasa memerhati
tapi sering kulakukan maksiat secara sembunyi

aku tahu ujian Allah pasti ada hikmahnya,
tapi aku sering berputus asa

aku tahu aku ini hambaNYA
tapi masih hanyut dengan dunia

aku tahu azabnya api neraka,
tapi masih kulakukan maksiat padaNYA

aku tahu betapa nikmat kehidupan di syurga
tapi tak berusaha untuk medapatkannya

....................

Ya Allah, banyaknya benda yang telah aku tahu, tapi buat seolah- olah tidak tahu..

Sedangkan Nabi bersabda: tidak berguna ilmu seseorang itu sehingga dia mengamalkan ilmu tersebut.

Kenapa aku jadi begini. Aku tahu AKU INI MUSAFIR SAHAJA DI DUNIA DAN DESTINASI TERAKHIR IALAH AKHIRAT. Tapi aku seolah- olah menjadi hamba dunia.
http://www.hanan.com.my/article.php?sid=1922

FIKIR-FIKIRKANLAH

‎"Mata kepala kita hanya nampak benda yang ada di depan. Besar, kecil, jauh, dekat boleh nampak dengan mata kepala. Tetapi halal haram tidak boleh nampak dengan mata kepala, ia hanya boleh nampak dengan mata hati. Sebab itu ada orang yang cerah mata kepala, tetapi tidak kenal halal haram kerana buta mata hati..."

Ucapan di Majlis Perasmian Bangunan Baru SMU (A) Nurul Ihsan, Kandek, Dabong pada 21 Julai 2010

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

KATA-KATA HIKMAH

"Bila tiba cuti sekolah, anak-anak berduyun balik kampung, alhamdulillah. Tapi ...sedarkah kita, bila tiba kita di akhirat kelak, tidak ada lagi balik kampung. Orang Kelantan tidak boleh balik Kelantan, orang Terengganu tidak boleh balik Terengganu. Semuanya kekal di akhirat sahaja tanpa dapat balik semula. Beringat-ingatlah sebelum tiba masanya kita tidak dibenarkan lagi balik ke kampung lagi..."

Khutbah Jumaat di Masjid Kota Kubang Labu, Wakaf Bharu pada 4 Jun 2010.

Oleh: Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat


Selasa, 21 Jun 2011

Keistimewaan kerajaan Saba'

DALAM kisah Nabi Sulaiman a.s, diceritakan bahawa baginda mengajak seorang Ratu (pemerintah) dari sebuah negeri untuk mengikuti agamanya, iaitu hanya menyembah Allah SWT dan bukan yang lain (maksud al-Quran, al-Naml: 10-44).

Negeri itu adalah Saba' dan ratunya bernama Balqis. Kisah tentang negeri Saba' dan penduduknya terdapat di dalam al-Quran, iaitu surah Saba' ayat 15-21. Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 54 ayat.

Dinamakan surah Saba' (perihal penduduk Saba'), kerana kisah mereka ada disebutkan pada ayat-ayat 15 hingga 21. Pada awal surah ini, Allah menegaskan segala puji bagi-Nya kerana Dialah yang menciptakan dan menguasai seluruh alam.

Dialah yang maha melimpah nikmat-Nya dan rahmat-Nya kepada sekalian makhluk-Nya di alam kehidupan ini, dan yang maha melimpah nikmat-Nya dan rahmat-Nya kepada orang-orang beriman pada hari akhirat.

Setelah menolak fahaman kaum kafir musyrik yang menentang Nabi Muhammad SAW dan yang tidak percayakan kedatangan hari kiamat, dan setelah menerangkan keistimewaan-keistimewaan pada nabi-nabi yang telah lalu.

Maka Allah SWT memberi amaran kepada golongan musyrik itu, jika mereka masih berdegil dengan kekufuran, maka mereka akan dibinasakan sebagaimana penduduk negeri Saba' kerana mereka kufur ingkar.

Kemudian Allah menujukan firman-Nya kepada Nabi SAW dan menerangkan bahawa baginda diutus kepada umat manusia seluruhnya sebagai rasul pembawa berita gembira kepada orang-orang yang beriman dan pemberi amaran kepada orang yang ingkar.

Sebagai penutup, digambarkan keadaan orang yang bersalah pada hari kiamat. Mereka kelihatan cemas takut dan gerun gementar apabila menyaksikan azab seksa yang disediakan untuk mereka.

Semasa mereka diseret untuk menerima balasan, mereka berkata: "Sekarang kami beriman…" tetapi pengakuan mereka yang demikian tidak ada gunanya kerana tempat beriman ialah di dunia, sedang mereka telah terpisah dari dunia dan tidak mungkin kembali lagi.

Dalam surah tersebut dijelaskan bahawa negeri Saba' dikurniai Allah SWT dengan kemewahan, dengan tanah yang subur sehingga penduduknya hidup dengan aman makmur. Allah SWT berfirman yang bermaksud:… (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan yang Maha Pengampun. (Saba': 15).

Namun, kerana ingkar kepada Allah SWT, penduduk Saba' ditimpa azab berupa banjir besar yang menghancurkan negeri mereka. Kisah pengingkaran kaum Saba' dan turunnya azab Allah SWT ini terjadi setelah Ratu Balqis mengikuti agama Nabi Sulaiman a.s.

Sebuah hadis sahih daripada Ibnu Abbas menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya seseorang, yang bermaksud: "Apakah Saba' itu nama negeri atau nama seseorang?" Nabi menjawab, "Dia adalah manusia beranak 10. Enam tinggal di Yaman dan empat di Syam. Yang di Yaman ialah Mudzhij, Kindah, Alazad, Asa'ariyum, Anmar dan Himyar. Yang di Syam adalah Lakham, Judzam, Amilah dan Ghassan".

Nenek moyang mereka dikatakan berasal daripada kabilah-kabilah Arab Yaman. Asal kediaman mereka bernama Saba', kemudian menjadi nama negeri atau kerajaan dengan ibu kota Maarib.

Kerajaan Saba' pernah dipimpin oleh seorang Ratu yang bernama Balqis. Kepimpinan Balqis menunjukkan bahawa seorang wanita boleh terlibat dan berperanan dalam mengelola pemerintahan.

Balqis termasuk seorang Ratu yang bijaksana, suka berunding dan berdamai. Negeri Saba' yang dipimpinnya disebut di dalam al-Quran sebagai negeri yang baik dengan Tuhan Yang Maha Pengampun (Saba': 15), kerana Allah SWT telah mengurniai tanah Saba' dengan ladang-ladang yang amat subur.

Allah melimpahkan rezeki-Nya kepada penduduk Saba' dengan memberi mereka dua kumpulan kebun yang luas lagi amat subur.

Namun kerana mereka tidak mensyukuri nikmat yang diberi, Allah SWT menggantikan pohon-pohon di kebun itu dengan pohon yang berbuah pahit, iaitu pohon Asl dan Sidr.

Asl adalah pohon yang berakar kuat sehingga sukar dicabut. Adapun pohon Sidr adalah pohon yang tidak mengenyangkan untuk dimakan.

Kisah negeri Saba dengan penduduknya merupakan petunjuk, pengajaran dan tanda akan nyatanya kekuasaan Allah SWT sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: … Sesungguhnya bagi kaum Saba ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka… (Saba': 15).

Nikmat yang diberikan oleh Allah tidak mereka syukuri, bahkan mereka menganiaya diri mereka sendiri dengan mengingkari seruan Allah sehingga mereka diazab Allah.

Azab berupa banjir dan pohon berbuah pahit menjadi pengajaran berharga bagi kaum Saba

Pengakuan Tuan Guru Nik Aziz tentang keistimewaan Tuan Guru Haji Hadi Awang



“ Dua, tiga hari lepas ada sorang nama Puad Zarkashi, ambe tok kenal dia. Dia cabar ambe, Mursyidul Am dalam Utusan Malaysia muka depan: Puad Zarkashi cabar Nik Aziz supaya buang Islam. Allah…Puad Zarkashi ni namo orang melayu, kalo boh (letak) nama Ah Chong munasabah. Kalo Ah Chong cabar ambo buang Islam munasabah mugo dio tidok Islam. Fuad Zarkashi: Fuad pun Bahasa Arab, Zarkashi pun nama gelaran bagi seorang ulama’ besar..feqah..tok terpikir dale kepala kito seorang yang Melayu, namo pulok nama arab keduo cabar buang Islam…Allah

Cerdik cina MCA ni dia duk diam. Dio alot puak-puak ni. Alot..alot ni alat la. Ibarat orang panggil terompah kayu. Orang ni jadi terompah kayu bagi MCA. Terompah ni bila kio pakai, gi dale selut pon takpo mugo mu terompah, gi dale najis pon takpo mugo mung mugo mu terompah. Pakai terompah ni supaya kaki aku bersih. Jadi, hamba Allah ni a lot orang melayu supaya cakap mende lagu ni. Dia duk diammm. Dai tepuk punggung.

Para hadirin semuo, dio suruh buang Islam ni kerananyo negara berkebajikan. Dio kata PAS sekarang takdop doh Islam; kebajikan. Mu orang UMNO, aku orang PAS aku reti masalah PAS lebih daripada UMNO, lebih dari mu. Tu jawab pertama. Nok main kasar. Mu orang UMNO, mu reti gapo..aku orang PAS, aku reti la mende ni.

Hok buat ucapan di Kuala Lumpur nu bukan sebarang orang. Orang yang berkelulusan. Nok royat ari ni satu benda; Ustaz Hj Hadi ni dio royat ke ambo dia jupe ngan Nabi, tiga kali. Mimpi jupo Nabi tigo kali doh. Orang lain duk jupo syaitan dalam tidur. tindih di hantu.. Dio jupo ngan Nabi tiga kali, dan di akhir sekali –hok dio mimpi akhir sekali- dia sebut, Nabi sebut ke dio ‘siiru ‘ala barakatillah’. Nabi mitok Ustaz Hadi bergerak atas berkat Allah Taala. Ambo mimpi sekali je jupo dengan Rasulullah, dio tiga kali. Jangan main-main. Dio orang mengaji di Madinah, pah buat di Kaherah. Orang ni buatnya ilmu…..”

Pemuda Bersamamu v3

Ahad, 19 Jun 2011

SELAMAT HARI BAPA

Rasulullah Saw pernah berkata kepada seseorang, "Kamu dan hartamu adalah milik ayahmu." (Asy-Syafi'i dan Abu Dawud)

Keterangan:
Terdapat satu riwayat yang cukup panjang berkaitan dengan hal ini. Dari Jabir Ra meriwayatkan, ada laki-laki yang datang menemui Nabi Saw dan melapor. Dia berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku ingin mengambil hartaku ...." "Pergilah Kau membawa ayahmu kesini", perintah beliau. Bersamaan dengan itu Malaikat Jibril turun menyampaikan salam dan pesan Allah kepada beliau. Jibril berkata: "Ya, Muhammad, Allah 'Azza wa Jalla mengucapkan salam kepadamu, dan berpesan kepadamu, kalau orangtua itu datang, engkau harus menanyakan apa-apa yang dikatakan dalam hatinya dan tidak didengarkan oleh teliganya. Ketika orang tua itu tiba, maka nabi pun bertanya kepadanya: "Mengapa anakmu mengadukanmu? Apakah benar engkau ingin mengambil uangnya?" Lelaki tua itu menjawab: "Tanyakan saja kepadanya, ya Rasulullah, bukankah saya menafkahkan wang itu untuk beberapa orang ammati (saudara ayahnya) atau khalati (saudara ibu) nya, atau untuk keperluan saya sendiri?"

Rasulullah bersabda lagi: "Lupakanlah hal itu. Sekarang ceritakanlah kepadaku apa yang engkau katakan di dalam hatimu dan tak pernah didengar oleh telingamu!" Maka wajah keriput lelaki itu tiba-tiba menjadi cerah dan tampak bahagia, dia berkata: "Demi Allah, ya Rasulullah, dengan ini Allah Swt berkenan menambah kuat keimananku dengan ke-Rasul-anmu. Memang saya pernah menangisi nasib malangku dan kedua telingaku tak pernah mendengarnya ..." Nabi mendesak: "Katakanlah, aku ingin mendengarnya." Orang tua itu berkata dengan sedih dan airmata yang berlinang: "Saya mengatakan kepadanya kata-kata ini: 'Aku mengasuhmu sejak bayi dan memeliharamu waktu muda. Semua hasil jerih-payahku kau minum dan kau reguk puas. Bila kau sakit di malam hari, hatiku gundah dan gelisah, lantaran sakit dan deritamu, aku tak bisa tidur dan resah, bagai akulah yang sakit, bukan kau yang menderita. Lalu airmataku berlinang-linang dan meluncur deras. Hatiku takut engkau disambar maut, padahal aku tahu ajal pasti akan datang. Setelah engkau dewasa, dan mencapai apa yang kau cita-citakan, kau balas aku dengan kekerasan, kekasaran dan kekejaman, seolah kaulah pemberi kenikmatan dan keutamaan. Sayang..., kau tak mampu penuhi hak ayahmu, kau perlakukan daku seperti tetangga jauhmu. Engkau selalu menyalahkan dan membentakku, seolah-olah kebenaran selalu menempel di dirimu ..., seakanakan kesejukann bagi orang-orang yang benar sudah dipasrahkan.' Selanjutnya Jabir berkata: "Pada saat itu Nabi langsung memegangi ujung baju pada leher anak itu seraya berkata: "Engkau dan hartamu milik ayahmu!"  (HR. At-Thabarani dalam "As-Saghir" dan Al-Ausath).
__________________________________

Sabda Nabi s.a.w:
Jangan mengabaikan (membenci dan menjauhi) orang tuamu. Barangsiapa mengabaikan orang tuanya maka dia kafir. (HR. Muslim)

Penjelasan:
Yang dimaksudkan didalam hadis ini ialah kufur nikmat dan bukan kufur akidah

Jumaat, 17 Jun 2011

Solat dan lima jenis manusia

SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.

Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: "Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya." (Surah al-Mukminun: 1,2)

Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat.

Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

* Jenis Pertama

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

* Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi'raj

[UZAR] Isu Demonstrasi Haram: Jangan Main Tenis Tapi Guna Peraturan Badmintan

Cuba anda bayangkan juga, anda bermain bola sepak di padang, tetapi menggunakan undang-undang ping-pong?

Fikirkan juga, anda mahu menghukum demonstrasi yang merupakan antara komponen demokrasi, tapi anda menggunakan asas peraturan sistem syura yang diamalkan dalam memilih pemimpin pada zaman dahulu.

Jangan ragu-ragu! Demonstrasi adalah halal! Bukan bid'ah dan bukan haram..

Ikuti video penjelasan
Penceramah: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Tanyalah Ustaz (12/6/2011)
Tajuk: Amar Makruf Nahi Munkar
Kredit: Tukang upload MP3 entah siapa entah..

Sila ikuti penjelasan dari Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman di bawah:
-Jangan terlalu kaku ketika berhadapan dengan teks syarak (nash) yang berkaitan dengan muamalat. Tidak seperti dalam hal-hal ibadah.
-Dalam hal muamalah mestilah bertepatan dengan maqasid atau roh syariah. Sedangkan dalam hal ibadah mestilah bertepatan dengan taks syarak atau nash.

-Cara perlantikan pemerintah pada zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman selepasnya adalah berbeza dengan yang ada sekarang, iaitu demokrasi. Dahulu, untuk melantik khalifah tiada pilihanraya. Tiada pungutan suara dari rakyat.

-Islam tidak menghalang cara demokrasi dan segala komponen di dalamnya yang tidak bertentangan dengan syariat.

-Demonstrasi adalah salah satu dari komponen demokrasi yang tidak bertentangan dengan Islam.

-Hadis-hadis tentang menegur pemerintah dan ketaatan kepada mereka hendaklah difahami dalam konteks hadis itu. Ia tidak boleh digunapakai secara umum.

-Cara untuk mengelakkan demonstrasi ialah dengan kerajaan mendengar pandangan rakyat.

-Dibenarkan mengadakan demonstrasi aman untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang kelemahan kepemimpinan. Namun tidak boleh menyentuh kesalahan individu atau peribadi pemimpin.

-Apakah melaungkan bantahan terhadap pemerintah atau menegur mereka secara terbuka boleh dilabel sebagai Khawarij? Selagi rakyat menegur dan meluahkan perasaan marah secara aman tanpa angkat senjata, mereka tidak boleh dianggap sebagai khawarij.

Jangan Asyik Seronok Nak Berdemonstrasi Saja, Pelajari Juga Adab-adabnya

Demonstrasi: Sertailah Jika…..
Oleh Ustaz Abu Umair

Demonstrasi ialah tunjuk perasaan yang dilakukan dengan cara berkumpul beramai-ramai dan berarak sebagai tanda protes terhadap sesuatu isu. Orang yang menyertai demonstrasi tidak turun padang semata-mata untuk berkumpul dan berarak tanpa tujuan. Di sebalik tindakan mereka, ada suara hati yang mahu didengari dan pandangan yang mahu diambil perhatian pihak tertentu. Atau dengan kata lain, ada objektif yang hendak dicapai. Maka difahami bahawa demonstrasi hanya wasilah atau pendekatan untuk menyuarakan pandangan secara jama’ie.

Jadi, tinjauan terhadap hukum demonstrasi mestilah mengambil kira ia sebagai satu wasilah. Jangan memandang demonstrasi secara pendek, lalu menyimpulkan begini: “Demonstrasi tidak pernah dilakukan oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Apa yang tidak dilakukan oleh baginda adalah bidaah. Natijahnya demonstrasi dihukum sebagai bidaah”.

Kaedah ‘bidaah’ tidak tepat diaplikasikan dalam isu demonstrasi. Untuk penjelasan perkara ini, boleh ditinjau definisi bidaah yang diungkapkan oleh sarjana Islam, Al-Syatibiy. Iaitu: Bidaah ialah satu cara yang direka-reka dalam agama, menyerupai syariat, tujuan dilakukannya untuk membuat suatu yang extra dalam beribadah kepada Allah Subhanahu Wataala.

Hukum demonstrasi mesti mengambil kira ia sebagai WASILAH. Dan wasilah untuk mencapai sesuatu objektif bukanlah berbentuk tabbudiy atau tauqifiy. Dengan kata lain, Syarak tidak menghadkan cara dan kaedah khusus untuk mencapainya. Ia kembali kepada hukum asal iaitu harus.

Cukuplah untuk mengatakan harus demonstrasi hanya dengan hujah bahawa tidak ada dalil dari Quran dan Sunnah yang mengharamkan berkumpul dan berarak untuk meyuarakan pandangan.

Namun terdapat dua perkara yang mesti diambil kira.
1) Apakah objektif diadakan demonstrasi?
2) Apakah demonstrasi mengandungi unsur haram?

Objektif Penganjuran Demonstrasi
Secara prinsipnya, terdapat kaedah yang masyhur iaitu “Wasilah mendapat hukum maqasid (objektif)”. Mana-mana perbuatan yang menjurus kepada suatu yang haram, maka ia menjadi haram, sekali pun perbuatan itu pada awalnya tidak haram.

Contohnya, membeli dan menjual parang tidak dilarang oleh Islam. Tetapi jika pembelian itu bermotifkan jenayah rompakan sebagai contoh, maka penjualan dan pembelian parang dalam kes ini adalah haram. Kerana wasilah mengambil hukum maqasid.

Begitulah demonstrasi. Jika motif demonstrasi adalah perkara maksiat maka turun padang berdemo pun satu maksiat. Contohnya, jika ada pihak menganjurkan demonstarsi mendesak supaya Kerajaan membenarkan orang Islam murtad, hukum menyertainya haram. Kerana objektif yang haram menatijahkan wasilah yang haram.

Jika objektif demonstrasi diharuskan syarak atau digalakkan syarak, contohnya berdemo membantah kumpulan yang menghina Islam, maka hukum berdemo dalam situasi ini perlu dilihat aspek kedua, iaitu:

Apakah Demonstrasi Mengandungi Unsur Haram?
Jika penganjuran demonstrasi disertai unsur-unsur maksiat, maka haram menyertainya. Ataupun, jika aktiviti demonstrasi pasti akan membuka ruang kepada berlaku maksiat, maka haram menyertai demonstrasi seperti ini.

Sebaliknya, jika demonstrasi dilakukan dengan menjaga tata-tertib syariat, dan menunaikan hak-hak yang ditetapkan Islam ketika berada di jalanan, maka hukumnya kembali kepada hukum asal wasilah iaitu harus.

Kesimpulan
Tidak salah menyertai demonstrasi, JIKA:
1) Objektif yang hendak dicapai melalui demonstrasi tidak bercanggah dengan syrariat.

2) Penganjur dan peserta demonstrasi dapat menjaga hak-hak jalanan yang digariskan dalam hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, iaitu:
- Tidak menimbulkan kesusahan kepada orang lain.
- Menjawab salam apabila disapa.
- Menyuruh kebaikan.
- Mencegah kemungkaran.

3) Tidak disertai dengan perbuatan maksiat lain, seperti:
- Percampuran bebas lelaki dan perempuan.
- Perempuan keluar dengan pakaian yang tidak syar’ie.
- Mengeluarkan perkataan atau memaparkan tulisan maki hamun dan mencarut.
- Menyerupai orang Musyrikin contohnya dari sudut pakaian.
- Merosakkan harta benda awam dan orang lain.

4) Demonstrasi tidak menyebabkan berlaku mudarat yang lebih besar. Kerana Islam menutup pintu-pintu kemudaratan.

Sekian.

Abu Umair,
16 Syaaban 1430.
Madinah Munawwarah.
http://abuumair1.wordpress.com/2009/08/07/demonstrasi-sertailah-jika/

S/U Akhbar TG Nik Aziz Bantah Siapa Kata Kartun Utusan Tak Hina Islam

[Setiausaha Akhbar] Saya tertarik dengan pandangan Dr Asri berkenaan isu kartun Utusan semalam. Menurutnya .."..kartun Utusan itu memang salah faham tentang perbezaan zina dan rogol..tapi apakah dia menghina Islam? atau itu satu sendaan kepada mereka yg salah faham tentang hukum tersebut? atau dia menggambarkan kesalahan faham sesetengah pihak..atau dia hendak berpolitik sahaja..atau memang menghina agama? semua itu perlu diteliti sebelum hukuman dijatuhkan..."

Pandangan Dr Asri yang saya kasihi itu saya hormati. Namun, dalam hal ini saya ingin memberikan pandangan yang agak berbeza. Jika pandangan Dr Asri digunapakai dalam isu kartun Denmark dulu, maka kartun itu pun tidak menghina Islam. Ia cuma menggambarkan salah faham sesetengah 'orang beserban' terhadap Islam. Maka dilukis wajah orang beserban dengan bom berada di atas kepala. Justeru, kartun itupun tidak menghina Islam. Begitukah?

Oleh yang demikian, Utusan wajar menarik balik kartun tersebut kerana ia mempersendakan syariat Islam samada dengan niat atau tidak di pihak pelukis. [
facebook TG Nik Abd Aziz]

Khamis, 16 Jun 2011

Kartunis Utusan, Rogol Dan Zina

KARTUNIS UTUSAN, ROGOL DAN ZINA
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Saya tidak pasti, apakah kartunis Utusan itu hendak menghina Islam atau hendak menghina pihak tertentu. Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam. Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah. Adapun jika dia bertujuan membohongi fakta yang dimaksudkan oleh seseorang, sehingga menimbulkan salah sangka, maka dia berdosa besar.

Persoalan yang timbul; apakah jika seseorang wanita membuat aduan kepada mahkamah syariah bahawa dia dirogol maka mahkamah syariat akan menyatakan: awak mesti mendatangkan empat orang saksi, jika tidak awak disebat 80 rotan? Adakah di dunia ini empat orang saksi yang soleh sanggup membiarkan seorang wanita dirogol di hadapan mereka?

Rogol
Mungkin ada yang tidak faham sehingga menyamakan jenayah rogol dan zina. Zina adalah maksiat peribadi yang Islam berusaha menutupnya. Sebab itu diketatkan dengan empat orang saksi. Adapun rogol adalah pencabulan terhadap individu lain tanpa rela dan kejam, maka pembuktiannya tidak seketat zina. Beza menuduh orang lain berzina dengan mendakwa diri menjadi mangsa adalah soal maruah. Menuduh orang lain berzina mempunyai unsur menjatuhkan maruah orang lain. Sementara mendakwa diri menjadi mangsa rogol adalah mempertaruhkan maruah diri sendiri. Secara lojiknya, sukar dilakukan melainkan dalam keadaan yang amat memaksa. Bagaimanakah mungkin seseorang mampu mendiamkan diri apabila dia dimangsakan?

Maka, dalam kes kedua qarinah (bukti kaitan) boleh dipakai seperti yang disebut dalam Surah Yusuf:

“Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tiada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya”.

Yusuf pula berkata: “Dialah yang menggoda diriku”. (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata: ”Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang berdusta. Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah daripada orang-orang yang benar. Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, dia berkata: “Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya” (Surah Yusuf: ayat 25-28).


Lihat, Al-Quran menceritakan bagaimana qarinah digunakan dalam peristiwa ini.

Lian
Sebab itu juga, Islam tidak mewajibkan pula seseorang yang menuduh isterinya berzina agar mendatangkan empat orang saksi. Ini kerana tuduhan zina kepada isteri sendiri hanya mencalarkan maruah penuduh. Maka, agak sukar untuk seseorang itu menuduh isterinya secara bohong berzina. Juga amat berat untuk seseorang itu mendiamkan diri apabila mengetahui isterinya berzina. Ini kerana kedua-dua keadaan itu merobohkan maruah dan kehormatan dirinya. Jika orang lain yang berzina, mungkin dia mampu mendiamkan diri disebabkan kekurangan saksi. Tetapi sudah pasti tidak bagi kes isterinya.

Justeru Allah menyebut: (maksudnya)

“Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya dia dari orang-orang yang benar; Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata): “bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia dari orang- orang yang dusta. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa terhadap isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah dia (isteri) bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu benar-benar daripada orang-orang yang berdusta; - Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang- orang yang benar. (Surah al-Nur ayat 6-9).

Bab ini dinamakan dengan ‘li‘an’ atau penglaknatan. Inilah jalan yang Allah berikan kepada pasangan suami isteri yang tuduh-menuduh dalam perkara seperti ini. Selepas proses ini dilakukan, mereka dipisahkan selamanya, tanpa ada hukuman keseksaan mahkamah yang dijalankan, sebaliknya diserahkan urusan tersebut kepada Allah. Ini kerana, kes ini adalah kes mempalitkan keaiban diri sendiri.

Maka, mereka yang mendakwa diri dirogol atau diliwat secara paksa juga adalah menampalkan keaiban ke atas diri sendiri. Amat sukar bagi insan normal itu membuat dakwaan seperti itu secara semberono. Melainkan jika ada kepentingan tersembunyi yang lain. Maka mereka juga tidak perlu mendatangkan empat saksi. Sebaliknya boleh diterima pakai kaitan (qarinah) yang membuktikan kejadian itu berlaku. Justeru, paksi dalam hal ini semua, ada demi memelihara keturunan dan maruah.

4 Kebaikan yang mengundang 4 Kemuliaan


أربعه تؤدي إلى أربعة :-
الصمت إلى السلامة , والبر إلى الكرامة , والجود إلى السيادة ,
والشكر إلى الزياده


1-Diam membawa kepada keselamatan atau kesejahteraan.

2-Kebajikan membawa kepada kemuliaan.

3-Kemurahan membawa kepada ketinggian atau kepimpinan.

4-Kesyukuran membawa kepada pertambahan.

Harus ‘berduaan’ dalam kereta dengan syarat : Mufti Mesir

Oleh: Shamsul Muda

Mufti Mesir, Al-Allamah Syaikh Ali Jum’ah ditanya tentang hukum seorang wanita menaiki sebuah kereta bersama seorang lelaki.

Apakah dibolehkan sedangkan dalam kereta tersebut, hanya terdapat mereka berdua sahaja, iaitu seorang lelaki dan seorang lagi wanita?

Menjawab soalan itu, Syaikh Ali Jum’ah menfatwakan, secara dasarnya, seorang wanita BOLEH menaiki kereta bersama seorang lelaki.

Tapi dengan tiga syarat berikut:

Pertama: Memelihara pancaindera daripada melakukan perkara yang haram;

Kedua: Tidak pergi ke tempat yang mewujudkan khalwat; dan

Ketiga: Tidak bermusafir kecuali disebabkan darurat atau keperluan yang berada pada kedudukan darurat.

Justeru, ‘berduaan’ dalam kereta yang TIDAK melibatkan pelanggaran kepada ketiga-tiga syarat di atas, adalah HARUS.

Teks asal fatwa beliau itu adalah seperti berikut (Rujuk :
http://www.dar-alifta.org/ViewFatwa.aspx?ID=3692&LangID=1):

إذا كنت تسأل عن الحكم الشرعي لركوب امرأة مع رجل وحدهما في سيارة فالأصل في ذلك الجواز إذا كانت الضوابط الشرعية مراعاة والحدود الدينية محترمة، بالحفاظ على الحواس أن تقتحم ما حرم الله، وبعدم الخروج إلى أماكن التي تتحقق معها الخلوة الممنوعة، وبعدم التلبس بالسفر إلا من ضرورة أو حاجة شديدة تنزل منزلة الضرورة، ويبقى الجواز قائما ما لم تقتحم الحرمة الشرعية

Terjemahan :

“Jika anda bertanya tentang hukum syarak berkenaan wanita menaiki sebuah kereta bersama seorang lelaki, maka [jawabnya] prinsip asas [yang diguna pakai] dalam [perkara] itu adalah harus [melakukannya] jika peraturan-peraturan syarak dipelihara dan batasan-batasan agama dihormati, [iaitu] dengan [cara] memelihara pancaindera daripada menceroboh apa yang diharamkan Allah, tidak keluar ke tempat-tempat yang mewujudkan [suasana] khlawat yang ditegah dan [dengan cara] tidak bermusafir melainkan disebabkan darurat atau keperluan yang mendesak yang berada pada kedudukan darurat. [Justeru] keharusan [‘berduaan dalam kereta] kekal wujud selama mana tidak dicerobohi kehormatan syarak”.

Perincian
Syaikh Ali Jum’ah tidak pula memperincikan ketiga-tiga syarat di atas.

Bagi tujuan memperjelaskan lagi fatwa beliau itu, boleh dinyatakan bahawa ‘memelihara pancaindera daripada perkara yang haram’ ialah menjaga pandangan. Iaitu tidak melihat kepada ‘pasangan’ dengan nafsu syahwat. Juga mengelakkan bersentuhan antara satu sama lain.

Sementara syarat kedua, iaitu tidak pergi ke tempat yang mewujudkan suasana khalwat, ialah seperti pergi ke tempat sunyi.

Adapun ‘berduaan’ dalam kereta ditengah-tengah bandar atau kawasan manusia lalu lalang, ia tidak menjadikan ‘berdua-duan’ dalam kereta itu sebagai khalwat.

Melalui syarat ketiga, dapat difahami, seorang wanita boleh menaiki kereta bersama seorang lelaki untuk pergi ketempat yang dekat, yang tidak dinamakan pada adat sebagai musafir.

Perlu disebutkan di sini, yang dimaksudkan ‘berduaan’ di sini ialah ‘seorang wanita berada dalam sebuah kereta dengan seorang lelaki’. Bukannya ‘berduaan’ dengan maksud memadu kasih atau ‘berduaan’ untuk melakukan maksiat.

Di akhir fatwa beliau, Syaikh Ali Jum’ah turut menyatakan, tidak menjadi satu kesalahan seseorang itu menjauhkan perkara-perkara harus disebabkan takut terjebak dalam perkara haram.

Para salaf sendiri, menurut beliau, meninggalkan 70 ‘pintu’ halal disebabkan bimbang terjerumus dalam perkara yang haram.

Walau bagaimana pun, sambung beliau lagi, ‘meninggalkan perkara harus kerana takut terjebak dalam perkara haram’, adalah harus selama mana seseorang itu tidak mengharamkan perkara harus tersebut (rujuk link yang disertakan untuk maklumat lanjut).

Wanita duduk di sebelah lelaki

Perkara lain yang berkaitan dengan tajuk tulisan ini ialah hukum wanita duduk bersebelahan lelaki dalam bas atau pengangkutan awam.

Menurut fatwa Syaikh Abdul Karim Zaydan, harus bagi wanita duduk di sebelah lelaki dalam pengangkutan awam disebabkan keadaan memaksanya berbuat demikian.

Beliau menyatakan (Zaydan (1994), Al-Mufassal Fi Ahkam al-Mar’ah, cet. Ke-2, Beirut : Muassasah al-Risalah, jld.3, ms.429)

يجوز للمرأة الخروج من بيتها لقضاء أشغالها المشروعة...فتضطر إلى ركوب السيارة العمومية...فتجلس بجنب أحدهم أو تقف بجنبه...وهذا الإختلاط تسوغه الحاجة المشروعة.

Terjemahan : “Harus bagi wanita keluar dari rumahnya bagi [tujuan] menunaikan urusannya yang perakui syarak…maka dia terpaksa menaiki kenderaan awam…lalu duduk disebelah salah seorang daripada mereka (iaitu penumpang lelaki) atau berdiri di sebelahnya…ini adalah ikhtilat yang menjadi harus disebabkan keperluan yang diperakui syarak”.

Wallahu a’lam.

[Artikel ini dikirim oleh penulis melalui e-mail. Blog beliau boleh dilayari di

al-ahkam.net
http://warisan-semasa.blogspot.com/]

Rabu, 15 Jun 2011

Hukum Perhimpunan BERSIH 2.0 Adalah HALAL - Ustaz Zaharuddin TV9

Sejak akhir2 ini, di dalam ketakutkan mereka terhadap Perhimpunan BERSIH 2.0, blogger2 dan juak2 UMNO telah mengeluarkan fatwa bahwa Perhimpunan BERSIH 2.0 ini hukumnya HARAM.

Sila ikuti penjelasan dari Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman di bawah:

Kanak-kanak 9 tahun hafaz Al-Quran dan 4 ribu Hadis


"Abdul Rahman Bakri, seorang kanak-kanak berusia 9 tahun, telah menghafaz seluruh al-Quran & 4000 hadis (dari Sohih al-Bukhari, Sohih Muslim, Sunan Abu Daud & Sunan at-Tirmizi). Beliau merupakan salah seorang peserta dlm pertandingan Anugerah Diraja Putera Naif Al Saud. Anugerah ini merangkumi dua pertandingan iaitu pertandingan penulisan dalam bidang hadis & pengajian Islam kontemporari serta pertandingan hafazan hadis."

Ikuti temubual bersama wartawan
Al-Madinah ini:

Wartawan: "Bila kamu telah hafaz Al-Quran?"

Abdul Rahman: "Saya telah menghafaz Al-Quran sebelum masuk sekolah lagi, alhamdulillah, dan saya sekarang berada di Tahun 3"

Wartawan: "Bagaimana kamu menghafaz Al-Quran? Dan siapakah yang membantu kamu?"

Abdul Rahman: "Mudah sahaja (hafazan), alhamdulillah, ibu bapa saya yang banyak membantu dan sangat menggalakkan saya untuk menyempurnakan hafazan"

Wartawan: "Bagaimana pula kamu menghafaz buku-buku Hadis?"

Abdul Rahman: "Saya hafaz (hadis) dengan seorang syeikh yang telah membuat jadual harian untuk saya menghafaznya (hadis)"

Wartawan: "Bagaimana kamu mengulangkaji (hafazan) Al-Quran dan Hadis?"

Abdul Rahman: "Saya ulangkaji hafazan Al-Quran sebanyak 3 juzuk setiap hari dengan ibu saya. Kemudian saya hafaz beberapa hadis dan kemudian saya ulangkaji apa yang telah saya hafaz dengan ibu saya juga"

Wartawan: "Adakah hafazan Al-Quran dan Hadis ini memberi kesan terhadap keseronokan kamu untuk bermain seperti kanak-kanak yang lain?"

Abdul Rahman: "Saya mengatur masa saya, ada masa untuk hafazan dan ada masa untuk bermain dan berehat. Saya mengkhususkan 1 hari dalam seminggu untuk saya bermain tanpa menghafaz apa-apa pun"

Wartawan: "Apa cita-cita kamu apabila dewasa nanti?"

Abdul Rahman menjawab: "Saya bercita-cita untuk menjadi seorang yang alim dalam bidang Al-Quran dan Hadis, mengajar dan membimbing manusia"

Berkata bapanya: "Bakat hafazan anak saya mula nampak ketika umurnya 4 tahun setegah, menghafaz salah satu surah yang susah, berjaya menghafaz Al-Quran semasa Tahun 1, kemudian menghafaz Hadis 40, berjaya menghafaz hadis-hadis dalam kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dalam masa SETAHUN ketika umurnya baru 8 tahun, kemudian mula menghafaz hadis-hadis lain dalam kitab Sunan Tirmizi dan Sunan Abu Daud dan sekarang sudah berjaya menghafaz lebih daripada 4 ribu Hadis"

Sumber:
http://www.al-madina.com/node/305346

Selasa, 14 Jun 2011

MAKLUMAN MENGENAI KES KECURIAN DI KIAMBANGSARI

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Dido’akan semoga semua sahabat sentiasa berada di dalam keberkatan dan keredhaan Allah Subhanallahu Ta’ala.

Dimaklumkan bahawa rumah No.29 Jalan Kiambangsari 8 (sebelah rumah Abg Jamhari) telah dimasuki pencuri pagi ini dianggarkan antara jam 01.00 hingga 03.00 pagi.(14 JUN 2011)

Pencuri dipercayai telah memasuki rumah tersebut melalui tingkap utama tanpa disedari oleh tuan rumah yang tidur diruang tamu dan telah melarikan lap top serta wang tunai lebih kurang RM200.00.

Justeru, semua penduduk diminta untuk sentiasa berwaspada dan peka pada keadaan sekeliling serta memaklumkan pada sahabat/jiran-jiran seandainya ternampak perkara-perkara atau orang yang mencurigakan berkeliaran dikawasan perumahan.

Saya juga menyeru semua penduduk untuk berusaha mengimarahkan surau dengan solat jema’ah dan menyertai majlis ilmu, semoga dengan keberkatan kita mengimarahkan surau Allah akan pelihara kita daripada sebarang bahaya dan kejadian yang tidak diingini.

Wallahua’lam.

MOHD AMIR BIN HJ AHMAD
PENGERUSI SURAU AS-SYURO KIAMBANGSARI

Kegagalan Orang-orang Soleh


Fenomena biasa di surau atau di masjid; hanya orang-orang dewasa berumur 40-an ke atas yang menekuni solat dan kuliah. Kadang-kadang wajah yang sama sahaja menghadiri solat berjemaah lima waktu. Mereka ini bolehlah dikategorikan sebagai orang-orang yang soleh di sesuatu kariah. Mereka ini tidak ramai. Kalau waktu Maghrib dan Isyak, bilangan mereka adalah dua kali ganda bilangan tiang-tiang di masjid. Pada waktu Subuh, Zohor dan Asar, ada ketikanya banyak tiang daripada makmum.

Golongan orang soleh yang gemar bertandang ke surau dan masjid ini dari satu aspek sama lalai sahaja dengan golongan yang solat di rumah atau tak solat langsung. Golongan ini sama gagal dalam membawa anak-anak ke rumah Allah. Kegagalan ini terbahagi kepada dua iaitu, gagal mendidik dan gagal mengajak.Gagal mendidik bermaksud gagal menjalankan tugas sebagai seorang ayah yang sepatutnya mendidik anak-anak tentang tuntutan solat berjamaah. Kegagalan inilah menyebabkan anak-anak jauh dari tangga surau masjid.

Kegagalan mengajak pula bermaksud gagal memujuk atau memaksa anak-anak ikut bersama solat berjamaah. Ibu bapa mudah mengalah atau tidak berdaya untuk membawa anak-anak bersama memenuhi rumah Allah. Sifat keras anak-anak mengalahkan sifat keras ibu bapa. Apabila anak-anak berdegil, ibu bapa mudah mati akal. Lalu pergilah ibu bapa sekelamin dengan meninggalkan entah apa yang dibuat oleh anak-anak di rumah. Entah anak-anak solat, menonton Tv atau keluar merempit di jalan raya.

Kegagalan ibu bapa yang soleh ini amat mudah dilihat pada cuti sekolah. Pada musim persekolahan kemungkinan anak-anak tidak berada di surau masjid kerana ibu bapa sendiri memburu kecemerlangan anak-anak dalam peperiksaan. Ibu bapa saban malam lebih sibuk menghantar anak ke kelas-kelas tuisyen. Besarnya kejayaan dalam akademik berbanding solat dan kuliah maghrib. Inilah mentaliti umum ibu bapa sekarang.

Anehnya pada musim cuti sekolah juga anak-anak remaja terlalu kurang bilangannya dalam saf-saf solat. Ke manakah mereka ini sedangkan ayah-ayah yang lebai dan soleh ini begitu tekun berjamaah ? Adakah para lebai ini tidak mempunyai anak-anak remaja? Maklumlah, kalau diikutkan nisbah boleh dianggarkan bilangan dewasa kepada bilangan remaja ialah 10 : 1. Kalau ada 50 orang dewasa maka hanya terdapat 5 orang sahaja anak-anak remaja. Agaknya semua anak-anak tidak tinggal bersama mereka lagi. Semuanya telah memenuhi MRSM , sekolah sains dan sekolah berasrama penuh yang lain.

Tuntasnya, tulisan ini bukanlah satu pandangan sinis untuk para ibu bapa yang tekun ke masjid. Cetusan ini lebih kepada proses muhasabah untuk diri sendiri dan semua ibu bapa mukmin. Dalam kita mencari syurga untuk diri sendiri, apakah kita lalai menyediakan syurga untuk anak-anak tersayang? Mudah-mudahan tulisan ini mampu mengejutkan lalai diri sendiri khususnya dan sahabat-sahabat sekaliannya. Harapannya agar terbinalah nanti saf-saf remaja yang padat dan padu sebagai manifestasi kesolehan ibu bapa dan keimanan kariah. WalLahu’alam
http://dakwahkemaman.blogspot.com

Ramadhan: Bagaimana Puasa Orang Yang Bermusafir Dari Malaysia Ke Mesir..

Masalah: Orang yang bertanya bertolak menuju ke Mesir dari Malaysia pukul 8.30 malam, akan transit di Dubai selama 5 jam. Malaysia dan Mesir akan berpuasa keesokan harinya. Bagaimanakah jika yang bertanya ini hendak berpuasa? Bermula dari mana dia perlu memulakan puasanya?
Ahli Panel Feqh al-ahkam.net Syeikh Abu Umair menjawab:Walaupun anda akan me Mesir, tetapi oleh kerana anda transit di Dubai, dan ia makan masa 5 jam, bererti anda perlu melihat waktu dan taqwim di Dubai.

Anda akan berlepas dari KLIA ke Dubai pada jam 2pagi (malaysia), dan kalau perjalanan memakan masa selama 7 jam, bererti anda akan sampai ke Dubai pada Hari Khamis jam 4pagi (Waktu Dubai).

Untuk pengetahuan anda, waktu Subuh bagi Dubai sekarang ialah sekitar jam 4.41 pagi.

Oleh itu dalam keadaan begini, puasa anda akan start apabila anda mendarat di Lapangan Terbang Dubai. (Untuk memudahkan anda, set kan jam anda dengan waktu tempatan Dubai, iaitu lima jam lebih lewat dari Malaysia).

tetapi kemungkinan, kapalterbang anda terlewat, ataupun perjalanan memakan masa lebih lama, maka mungkin anda akan sampai ke Dubai selepas masuk waktu Subuh. Yakni anda akan bersolat Subuh di atas kapalterbang. Sebagaimana waktu solat di atas kapalterbang dikira berdasarkan tempat yg sedang dilalui, maka begitu jugalah waktu puasa adalah mengikut kawasan yg dilalui oleh kapalterbang itu.

inilah yg diputuskan oleh kebanyakan ulama sekarang, dan difatwakan oleh Lajnah Daemah Arab Saudi 10/296.

Kemudian, antara Dubai dan Mesir, tidak ada apa2 masalah tentang puasa, kerana anda akan mula bertolak ke Mesir sekitar jam 9 pagi waktu Dubai, dan akan sampai 3 jam kemudian ke Mesir. Dan beza waktu antara Mesir dan Dubai hanya sejam sahaja. Bererti, Dari Dubai ke Mesir anda sentiasa berada dalam keadaan siang.

Wallahu A'lam.

Anda boleh membaca teks penuh soaljawab di sini:
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=99&t=33581

Fakta Menarik!!!!10 Negara Petrol Paling Murah Didunia....

Untuk fakta pagi ni SK nak kongsi la dengan semua mengenai negara yang paling murah harga petrol.Almaklumlah,di Malaysia menjadi berita hangat mengenai kenaikan harga petrol.Biasalah,,,negara kita kan pengeluar minyak dunia.,berkualiti pulak tu!!!!!minyak kat malaysia adalah minyak yang berkualiti tinggi tetapi kita tak dapat menikmatinya kerana Puak Umno ni pi eksport ke luar negara.Nasib badan...

Untuk pengetahuan..Mesir yang menjadi lokasi SK sekarang ni adalah Negara yang bukan dari pengeksport utama minyak macam malaysia..Tetapi harga minyak di mesir jauh lebih murah dari negara kita yang menjadi pengeluar minyak tuuu....Kenapa jadi lagu tu????OK.Pagi ni SK nak konGsi dengan semua 10 negara yang minyak petrolnya paling murah di dunia..saja ja nak tambah pegetahuan am kita bersama


10. United Arab Emirates – $ 0.37/liter atau RM1.22sen seliter
Siapa yang tidak tahu kebangkitan United Arab Emirates sebagai satu “hentian” bagi pengunjung luar kerana berjaya menyediakan tempat tinggal yang menarik dek kerana limpahan minyak yang mereka miliki. Selain memiliki salah satu negara yang menawarkan harga petrol termurah di dunia mereka merupakan negara keempat terkaya di dunia.

9. Bahrain – $ 0.27/liter atau RM0.89 sen seliterNegara pulau kecil ini hanya memiliki keluasan wilayah hanya 266 mil² (665 km²). Kalau anda mempunyai kenderaan di sana, jarak yang hanya boleh dilalui di Bahrain hanya sejauh 100 mil atau bersamaan 161 kilometer sahaja. Tetapi mengapa kerajaan Bahrain memberikan harga petrol pada kadar harga yang cukup murah? Berapa banyak petrol yang mereka perlu?

8. Qatar - $ 0.22/liter atau RM0.72 sen seliterNegara Qatar merupakan negera kedua terkaya di dunia dan dalam pada masa yang sama memberikan harga petrol yang murah kepada rakyatnya.

7. Kuwait - $ 0.21 /liter atau RM0.69 sen seliter
Ini hampir sama seperti di Qatar! Kuwait adalah negara kelima terkaya di dunia, jadi sangat sesuai limpahan yang dimiliki oleh Kuwait “dikongsi” bersama dnegan rakyatnya dnegan menawarkan harga petrol yang berpatutan.

6. Libya - $ 0.14 liter atau RM0.46sen seliterLibya mempunyai rezab simpanan minyak terbesar di Afrika dan nombor 9 di dunia.

5. Arab Saudi – $ 0.12 liter atau RM0.39 sen seliterSememangnya diakui dek kerana limpahan minyak yang dimiliki oleh Arab Saudi telah meletakkan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah sebagai kalangan raja yang terkaya di dunia. Kebiasaannya ketika Raja Arab Saudi, Raja Abdullah melakukan kunjungan ke luar negera biasanya dia akan pergi bersama-sama dengan 6 pesawat yang mana 1 untuk dirinya dan anak-anaknya dan 5 untuk teman-teman terdekatnya. Mungkin juga, seandainya mereka menurunkan sedikit lagi harga petrol, mereka akan mampu untuk membawa pesawat peribadi ke-7 iaitu Boeing 747.

4. Iran – $ 0.11/liter atau RM0.36 sen seliter
Dengan rezab simpanan minyak yang dimilki negara Iran sekarang, dijangka mereka akan kehabisan minyak dalam tempoh 74 tahun daripada sekarang.

3. Nigeria - $ 0.10/liter atau RM0.33sen seliter
Nigeria dikatakan antara 10 negara yang mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia. Yang pentingnya pemerintah di sana tidak ingin membuat rakyat mereka marah dengan mengenakan harga petrol yang tinggi

2. Turkmenistan – $ 0.08/liter atau RM 0.26sen seliterSaya sendiri tidak menyangka yang Turkmenistan tergolong di antara negara yang memberikan harga petrol kedua termurah di dunia. Negara ini boleh dikatakan dingin daripada sebarang isu dan berita kepada negara luar. Tetapi itulah hakikatnya.

1. Venezuela - $ 0,05 / liter atau RM0.16 sen seliterVenezuela dipimpin oleh Presiden Hugo Chávez – cukup terkenal dikalangan pemimpin politik seluruh dunia kerana beliau seorang yang sosialis kerana beliau diakui ramai sering memikir cara bagaimana untuk membantu rakyatnya untuk memiliki taraf kehidupan yang lebih baik. Tentunya dengan harga petrol yang murah, akan lebih mudah rakyat memilih beliau untuk kembali pada pilihanraya akan datang.

Dan ini pula senarai negara yang mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia:

# 1 Saudi Arabia: 262,700,000,000 barrels (tong)
# 2 Canada: 178,900,000,000 barrels
# 3 Iran: 133,300,000,000 barrels
# 4 Iraq: 112,500,000,000 barrels
# 5 United Arab Emirates: 97,800,000,000 barrels
# 6 Kuwait: 96,500,000,000 barrels
# 7 Venezuela: 75,590,000,000 barrels
# 8 Russia: 69,000,000,000 barrels
# 9 Libya: 40,000,000,000 barrels
# 10 Nigeria: 36,000,000,000 barrels
# 11 Mexico: 33,310,000,000 barrels
# 12 Kazakhstan: 26,000,000,000 barrels
# 13 Angola: 25,000,000,000 barrels
# 14 United States: 22,450,000,000 barrels
# 15 China: 18,260,000,000 barrels
# 16 Qatar: 16,000,000,000 barrels
# 17 Brazil: 15,120,000,000 barrels
# 18 Algeria: 12,460,000,000 barrels
# 19 Norway: 9,859,000,000 barrels
# 20 Oman: 6,100,000,000 barrels
# 21 India: 5,700,000,000 barrels
# 22 Indonesia: 4,600,000,000 barrels
# 23 Ecuador: 4,512,000,000 barrels
# 24 United Kingdom: 4,500,000,000 barrels
# 25 Yemen: 4,370,000,000 barrels
# 26 Australia: 3,664,000,000 barrels
# 27 Malaysia: 3,100,000,000 barrels
# 28 Argentina: 2,950,000,000 barrels
# 29 Egypt: 2,700,000,000 barrels
# 30 Syria: 2,500,000,000 barrels
# 31 Gabon: 1,921,000,000 barrels
# 32 Tunisia: 1,700,000,000 barrels
# 33 Sudan: 1,600,000,000 barrels
# 34 Congo, Democratic Republic of the: 1,538,000,000 barrels
# 35 Colombia: 1,492,000,000 barrels
# 36 Brunei: 1,255,000,000 barrels
# 37 Denmark: 1,230,000,000 barrels
# 38 Romania: 1,055,000,000 barrels
= 39 Mauritania: 1,000,000,000 barrels
= 39 Burma: 1,000,000,000 barrels
# 41 Trinidad and Tobago: 990,000,000 barrels
= 42 Vietnam: 600,000,000 barrels
= 42 Uzbekistan: 600,000,000 barrels
# 44 Azerbaijan: 589,000,000 barrels
# 45 Italy: 586,600,000 barrels
# 46 Thailand: 583,000,000 barrels
# 47 Equatorial Guinea: 563,500,000 barrels
# 48 Cuba: 532,000,000 barrels
# 49 Bolivia: 458,800,000 barrels
# 50 Germany: 395,800,000 barrels

sumber info;berita semasa.net

Hukum menceritakan perilah didlm kelambu?

SOALAN:
1-ana nak minta dalil yg melarang pihak suami atau isteri dari menceritakan perihal yg berlaku bersama suami/isteri mereka di dlm kelambu.

ana memerhatikan, banyak forum2 wanita yg mana mereka saling menceritakan kejelekan suami kpd org lain dan masing2 membuka rahsia apa yg berlaku antara mereka terutamanya ketidakpuas hatian pasangan kpd pasangan mereka masing2.

minta jawapan supaya dpt dikongsikan nanti kpd mereka yg terlibat dgn perbuatan ini.

2-apakah tips yg sepatutnya bg suami atau isteri jika masing2 tidak berpuas hati dgn pasangan mereka?apakah penyelesaian terbaik utk mengatasi masalah rumahtangga trsebut?

3-adakah sekiranya isteri keletihan dan suami ingin bersamanya, maka ditolak oleh si isteri dgn alasan yg boleh diterima, ttp suami merajuk dan tidur, Malaikat akan melaknat sang isteri tersebut? Jika berlaku sebaliknya pula mcm mana? adakah hukumnya hanya pd wanita tidak kpd lelaki?

JAWAPAN:
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

1. Jawapan no : 1 - Islam melarang suami atau isteri menceritakan hal ehwal dalam kelambunya kepada orang lain. Imam Nawawi rh telah meletakkan bab khas didalam Sharh Hadith Muslimnya yang bertajuk (بَاب تَحْرِيمِ إِفْشَاءِ سِرِّ الْمَرْأَةِ ) "Bab larangan mendedahkan rahsia isteri" dengan memetik hadith Saed al-Khudri berkata, berkata Rasulullah :-

إِنَّ مِنْ أَشَرِّ النَّاسِ عِنْدَ اللَّهِ مَنْزِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ الرَّجُلَ يُفْضِي إِلَى امْرَأَتِهِ وَتُفْضِي إِلَيْهِ ثُمَّ يَنْشُرُ سِرَّهَا

"Seburuk-buruk manusia dipandangan Allah pada hari Kiamat ialah suami yang melakukan hubungan intim dengan isterinya kemudian menceritakan keintimannya kepada orang lain" [Hadith riwayat Muslim no: 1427].

Jelas Imam Nawawi rh bahawa hadith ini melarang sesorang itu mendedahkan perhubungannya dengan isterinya kepada orang lain, keseronokan isterinya, dan secara jelas perkataan atau perkara-perkara yang dilakukan. Ulama' juga menjelaskan bahawa hukum itu juga diaplikasikan kepada si isteri juga.

Ahli pengkritik hadith mengatakan riwayat dari Umar bin Hamzah ini dhaef (lemah). Imam Ahmad kata mungkar, hadith ini didhaefkan oleh Ibn Ma'in dan Nasaai. Ibn Hibban kata bahawa perawi tersebut membuat salah, dan juga didhaefkan oleh Zahabi dan Ibn Hajar.

Ada dikalangan ulama' muta'akhir mengatakan hadith ini hasan, sekurang-kurangnya maknanya baik (hasan).

Telah diriwayat dari Asmaa' bt Yazid, bahawa beliau bersama Nabi , dan beberapa lelaki dan wanita duduk bersamanya, Nabi bertanya :

لعل رجلا يقول ما يفعل بأهله ، ولعل امرأة تخبر بما فعلت مع زوجها ؟! فأرّم القوم - أي سكتوا ولم يجيبوا - ، فقلت : إي والله يا رسول الله ! إنهن ليفعلن ، وإنهم ليفعلون . قال : فلا تفعلوا ، فإنما ذلك مثل شيطان لقي شيطانة في طريق فغشيها والناس ينظرون

"Adakah mana-mana lelaki berkata mengenai apa yang dia lakukan bersama isterinya? Adakah mana-mana isteri mengkhabarkan apa dia lakukan bersama suaminya? Mereka mendiamkan diri dan tidak menjawab. (Asmaa') berkata : YA, Demi Allah, Ya Rasulullah, kaum wanita melakukan itu, dan kaum lelaki melakukan itu. Baginda menjawab : Jangan lakukan ! Ia bagaikan Syaitan Jantan berjumpa Syaitan Betina diatas jalan dan mengadakan hubungan kelamin dan manusia melihatnya" [Hadith Riwayat Abu Daud].

2. Jawapan no : 2 - Penyelesaian terbaik diantara suami isteri adalah dengan cara duduk berbincang sesama sendiri menyatakan apa yang dia rasa tidak puas hati. Salah satu cara ialah dengan melihat sirah Nabi dan juga kitab-kitab yang membicarakan adab-adab berjimak. Contohnya buku Tuhfat al-‘Arus oleh Mahmud Mahdi Istanbuli.

Suami kena mainkan peranan sebagai ketua perbincangan. Firman Allah swt :-

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan" [surah al-Nisaa' : 34]

Ingat, bahawasanya sebaik-baik lelaki atau suami, adalah mereka yang berbuat baik kepada isterinya. Sabda Nabi :-

خيركم خيركم لأهله،وأنا خيركم لأهلي

"Sebaik-baik kamu adalah orang yang baik kepada isterinya, aku adalah orang yang paling baik terhadap isteriku" [Hadith Riwayat al-Thahawi].

Disana kita melihat, layanan baik seorang suami kepada isterinya menjadi kayu pengukur kepada akhlak suaminya. Baik layanan suami kepada isterinya, maka tergambar baiknya akhlak seseorang. Sabda Nabi :-

أكمل المؤمنين إيماناً أحسنهم خلقاً، وخيارهم خيارهم لنسائهم

"Paling sempurna Iman seorang Mukmin adalah yang paling baik akhlaknya, sedangkan oleh mukmin yang paling baik akhlaknya adalah yang paling baik terhadap isterinya" [hadith Riwayat al-Tirmudzi, dll].

Kesimpulan, berbincang secara baik, dengan penuh kasih sayang. Tanya apa masalahnya? Banyakkan membaca buku dan berkongsi ilmu bersama isteri didalam bab kerukunan rumah tangga.
3. Jawapan no : 3 - Didalam sebuah hadith sahih, Nabi bersabda :-

إذا دعا الرجل امرأته إلى فراشه فلم تأته، فبات غضبان عليها ، لعنتها الملائكة حتى تصبح

"Apabila seorang suami memanggil isterinya ke katil akan tetatapi isterinya tidak mahu mendatanginya, sehingga suaminya tidor dalam keadaan marah, maka malaikat melaknati isteri tersebut sampai pagi" [hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim].

Ulama' berbincang panjang mengenai hadith ini. Di antaranya termasuk makna memanggil isteri kekatil bermaksud mengajak melakukan hubungan suami-isteri. Didalam hadith ini, jika si isteri tidak mempunyai alasan-alasan syara', maka laknat tersebut jatuh kepadanya. Antara alasan-alasannya termasuklah isteri sakit, suami yang mabuk, suami yang membahayakan isteri, dan termasuklah isteri yang terlalu penat.

Ulama' menyebut juga bahawa, jika suami TIDAK MARAH, maka perkara tersebut tidak berlaku. Bermaksud suami faham akan kepenatan isterinya. Atau, isteri memohon ma'af kepada suaminya, maka malaikat tidak melaknatinya.

Ulama' tidak menyebut bahawa hadith ini boleh diaplikasi kepada lelaki pula. Kepada lelaki yang enggan melakukan hubungan kelamin bersama isternya, Dr. Khalid ibn Ali al-Mushaiqih mengatakan perkara tersebut adalah salah, kerana suami kena berlaku baik kepada isteri-isterinya sebagaimana hadith yang kita nyatakan diatas. Berlaku baik dan adil ialah salah satunya dengan mencukupkan nafkah batinnya. WA.

sekian, wassalam

PANEL AL-AHKAM.NET