Di dalam Al Quran dicatatkan bakal-bakal manusia yang akan mendiami Syurga ‘Adnin… di antaranya :
1. Orang yang bertaqwa kepada Allah Taala :
1. Orang yang bertaqwa kepada Allah Taala :
“Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertaqwa: “Apakah Yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Kebaikan”. Orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini akan mendapat balasan yang baik, dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu Syurga ‘Adnin, yang mereka masuk ke dalamnya, yang mengalir padanya sungai-sungai, di dalam syurga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki; Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertaqwa”. (An-Nahlu : 30-31)
2. Orang-orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh
Firman Allah Taala yang bermaksud :
“Dan barang siapa yang datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman dan bersungguh-sungguh telah beramal soleh, maka mereka itulah orang-orang yang telah memperolehi tempat tinggi lagi mulia. Iaitu Syurga ‘Adnin yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, dan itu adalah balasan bagi orang-orang yang bersih dari kekufuran dan maksiat”. (Thaha : 75-76)
3. Orang yang banyak berbuat kebaikan dan sangat jarang berbuat kesalahan :
Firman Allah Taala yang bermaksud :
“… dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya ada pula orang yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang sangat besar. Bagi mereka adalah Syurga ‘Adnin’, yang mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka dihiasi dengan gelang-gelang emas dan mutiara; dan pakaian mereka adalah sutera” (Al-Fatir : 32-33)
4. Orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Allah, mendirikan solat, menginfakkan harta di jalan Allah dan dapat menolak segala kejahatan dengan kebaikan:
4. Orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Allah, mendirikan solat, menginfakkan harta di jalan Allah dan dapat menolak segala kejahatan dengan kebaikan:
Firman Allah yang bermaksud :
“Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan, mendirikan solat, serta menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; mereka itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik, iaitu Syurga ‘Adnin, mereka masuk bersama-sama orang-orang yang soleh, ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu.” (Ar-Ra’du : 22-23)
Dipetik dari laman web: http://ependidikanislam.blogspot.com
Dipetik dari laman web: http://ependidikanislam.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan