Sahabat Ilmu

Rabu, 9 April 2008

FILEM FITNA: APA PERSEPSI KITA

FILEM FITNA : APA PERSEPSI KITA??

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
"MAHA SUCI ENGKAU WAHAI TUHANKU, SEGALA PUJI UNTUK ENGKAU,
MAHA BERBAHAGIA NAMA ENGKAU, MAHA TINGGI KEBESARAN ENGKAU,
DAN TIDAK ADA TUHAN SELAIN ENGKAU"

Assalamualaikum wa rahmatullah

Menilai filem 16 minit 48 saat bertajuk ‘Fitna’ ini dari beberapa perspektif:

1.Peranan media

2.Penyelewengan maklumat mengenai Islam - ayat quran yang TIDAK ditafsirkan secara intelek, pandangan pemimpin-pemimpin Islam yang di manipulasikan, kedudukan wanita dalam Islam, etc..

3.Kebiadaban golongan berkepentingan dan tidak sensitif yang semakin berani menghina Islam secara terang-terangan.

4.Kebangkitan Islam di Belanda yang terlalu pesat- dari 9,444,000 umat Islam pada tahun 2004, meningkat kepada 54,000,000 pada 2007. Malaysia..?

Apakah respon kita sebagai penganut agama yang sedang di hina ini…?
Apa perasaan kita bila Islam terus di hina..?
Sejauh mana kita sensitif bila isu-isu macam timbul…?
Tepuk dada tanya iman…

Yang pastinya, Geert Wilder ni banyak hubungannya dengan Israel hingga dikatakan penglibatan politik beliau banyak dipengaruhi oleh Israel.

Disaat orang sibuk kempen boikot barangan Belanda, sedarkah mereka juga mengapa saat keluarnya isu semacam ini baru nak berkobar semangat boikot?
Ummat Islam dibantai tiap hari kat Israel secara FIZIKAL dengan bantuan US, adakah kita bersemangat memboikot produk US yang bersekongkol dengan isu kekejaman?

Di samping kita sedar akan isu filem Fitna ni, marilah bersama muhasabah diri apakah situasi ummat Islam sekarang yang menyebabkan Ummat Islam dengan mudah dihina begitu.

Kenanglah satu ayat ini;
"Sesungguhnya Kami mengetahui Bahawa apa Yang mereka katakan itu akan menyebabkan Engkau (Wahai Muhammad) berdukacita; (maka janganlah Engkau berdukacita) kerana sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang-orang Yang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata)"( 6:33)

Sedih, pedih, marah dan kesal. Cukup sadis bila dikenang. Tapi sangsi, apakah perasaan marah, kecewa dan terkilan yang kita rasa ini mampu setanding dengan apa yang dirasa oleh Kekasih Allah yang membawa risalah ini 1400 tahun dahulu?

Abu Jahal dan Abu Lahab mungkin tak pernah membuat movie menghentam Islam. Syair-syair Nadir bin Harith juga mungkin tak seluas sebaran seluas karikatur dari bumi sejuk Denmark . Tapi pedihnya. Mungkin lebih jauh.

Bila ditanya A’isyah, ummul mukminin kekasih hatinya tentang apakah peristiwa yang paling pahit dalam kehidupan baginda. Jawabnya bukan getir uhud yang melukakan pipi dan mematahkan gigi baginda. Bukan dahsyat Uhud yang mengorbankan jiwa punghulu syuhada’. Bukan juga sadis Uhud yang memutus jari jemari si Syahid Yang Berjalan. Tetapi yang paling peristiwa yang paling pedih bagi Baginda ialah bilamana baginda berdakwah kepada suatu kaum tetapi kaum itu menolak dakwah baginda sedangkan baginda tahu kesudahan kaum itu ialah kemurkaan Allah.

Maka disitulah timbangan neraca pedih atau tidaknya sesuatu peristiwa bagi baginda. Jelas, bukan apa-apa yang menggugat batang tubuh baginda yang meresahkan baginda. Tetapi apa-apa yang menggugat hidayah dan risalah Allah ini yang meresahkan. Yang memedihkan dan menggetarkan hati.

Maka kita timbangkan semula kemarahan dan kebencian kita. Marah dan kesal kita biar benar pada tempatnya. Jika kita marah kerana mereka mempermainkan al quran. Fikirkan semula. Apakah hanya mereka yang mempermainkan Al quran? apakah jiwa-jiwa islam yang ada hari ini cukup meninggikan Al Quran atau turut lupa, lalai dan mengabaikan Al Quran? pelik apanya mereka menghina Al Quran. tapi yang peliknya apabila jiwa-jiwa Muslim yang bersyahadah yang meninggalkan Al Quran. mereka menggunakan dalam Fitna ayat-ayat al quran Al Anfal: 60, An Nisa : 56, Muhammad : 4, An Nisa’ : 89, Al Anfal : 39. kerana orang-orang Islam mengabaikan ayat-ayat Al Quran yang lainnya…

Daripada kita menghentam mereka dengan kemarahan. Ada gunanya kita gunakan semangat dan perasaan itu untuk memuliakan semula jiwa-jiwa muslim yang makin kosong ini.

Mari kita hayati bersama saranan Prof. Dr. Yusuf Abdullah Al Qardhawi berhubung isu ini.

* Hujah-hujah ilmiah dan akademik perlu disebarkan untuk menyangkal tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap Islam, dan hujah-hujah ini perlu diterbitkan dalam pelbagai bahasa agar masyarakat seluruh dunia dapat memahami Islam dengan sebenarnya.

* Masyarakat perlu meminta dan mendesak pihak kerajaan di negara masing-masing agar membuat pendirian tegas dan menyatakan bantahan secara rasmi bagi membuktikan bahawa dunia Islam tidak redha dengan sebarang tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan.

* Respons dalam bentuk kesenian dan sebaran media perlu dilakukan kerana filem-filem dan rancangan televisyen boleh memainkan peranan yang sangat penting dalam menjelaskan sifat dan imej sebenar Islam.

* Umat Islam juga perlu memboikot produk-produk yang dihasilkan oleh negara-negara yang membenarkan rakyatnya menghina dan memfitnah Islam secara terang-terangan.

* Umat Islam sendiri perlu mendalami ilmu agama dan mengamalkan akhlak mulia sepertimana diajar Islam dan ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. agar tidak membentuk persepsi yang salah terhadap Islam.

"Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim".(2:193)

(TULISAN ASAL DARIPADA EN. FAUZAN IBRAHIM)

-MENYEBARKAN DAN MEMPERTAHANKAN ISLAM ADALAH KEWAJIPAN SETIAP MUSLIM-

MUHD NAIM HASHIM
9 APRIL 2008

Tiada ulasan: