Sahabat Ilmu

Selasa, 14 Ogos 2018

BAGHAL PUN TAK NAK MAKAN..

Disebutkan dalam Mausu'ah Sidi Abdullah al-Ghumari (jilid 17, halaman 270-271) bahawa al-Hafiz al-Suyuti menceritakan dalam kitabnya Husnul Muhadharah:

Bahawa suatu hari Syeikh al-Qabbari (seorang yang zuhud lagi warak) telah menjual baghalnya kepada seseorang. Selepas dua hari, si pembeli memulangkan semula baghal tersebut dan berkata:

"Baghal ni sakit. Dah dua hari ia tak makan".

Lalu Syeikh al-Qabbari bertanya kepada si pembeli tersebut: "Apakah pekerjaanmu?".

Si pembeli menjawab: "Saya bekerja sebagai penari".

Syeikh al-Qabbari lantas berkata: "Pulangkan semula baghalku. Sesungguhnya ia tidak makan sesuatu yang haram!"

Subhanallah.. sampai baghal pun dilatih tidak makan sumber yang haram..

Kita bagaimana???? Selamat bermuhasabah

Usaha Itu Perlu

☆Tadabbur Kalamullah 1 Zulhijjah 1439H☆

فَأَوْحَيْنَا إِلَىٰ مُوسَىٰ أَنِ اضْرِبْ بِعَصَاكَ الْبَحْرَ ۖ

"Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukullah laut itu dengan tongkatmu..." [Surah ash-Shu'ara 63]

#Allah swt telah mengurniakan kepada Nabi Musa Alaihissalam mukjizat hebat dengan tongkat yang mampu membelah lautan dan sebagainya. Namun dalam ayat ini Allah perintahkan Musa untuk 'pukul laut' iaitu diperintahkan untuk berusaha.

#Begitulah juga perintah Allah swt kepada Nabi Nuh Alaihissalam dikurniakan mukjizat dapat selamat dari banjir yang besar dan dahsyat dengan sebuah kapal, namun masih ada perintah agar baginda berusaha membuat kapal tersebut. Firman Allah swt:

فَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِ أَنِ اصْنَعِ الْفُلْكَ بِأَعْيُنِنَا وَوَحْيِنَا

Lalu Kami wahyukan kepadanya (Nabi Nuh): "Buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya)..." [Surah al-Mu'minun 27]

#Begitulah Sunnatullah yang telah Allah tetapkan di alam ini. Segala sesuatu harus diraih dengan usaha. Untuk beroleh kejayaan, kebahagiaan dan kemajuan dalam kehidupan maka seseorang perlu berusaha hatta NabiNya yang telah dikurniakan mukjizat dan pertolongan khusus daripada Allah. Apatah lagi kita yang faqir dan tiada sebarang mukjizat ini maka perlulah berusaha bersungguh-sungguh dan bertawakkal, menyerah segalanya kepada Allah swt.

♡Ramai di kalangan kita yang ingin berjaya di dunia dan ingin menghuni syurgaNya namun malas berusaha, sikit berusaha, sambil lewa usahanya dan banyak angan-angan, maka amatlah sukar untuk menggapai impian yang dihajati. Ingatlah, sesiapa yang berusaha ia akan dapat hasilnya, insyaAllah. Berusahalah dan berusahalah!!♡

🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah

FB PAGE:
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

BLOG :
https://tadabburkalamullah.wordpress.com

Kelebihan Zulhijjah

Ust Naim:
☆Tadabbur Kalamullah 30 Zulkaedah 1439H☆

وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ

"...Hendaklah kamu menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan..." [Surah al-Hajj 28]

#Menurut Ibnu Rajab dalam Lathaif al-Maarif: "Hari-hari yang ditentukan itu ialah 10 hari terawal bulan Zulhijjah sebagaimana yang disebutkan oleh jumhur ulamak".

وَالْفَجْرِ * وَلَيَالٍ عَشْرٍ

"Demi waktu fajar dan malam yang sepuluh" [Surah al-Fajr 1-2]

#1 hingga 10 Zulhijjah merupakan hari yang teristimewa kerana di dalamnya terhimpun pelbagai amal soleh, ibadah-ibadah yang utama dan dijanjikan ganjaran yang besar.  Antara ibadah yang terhimpun di dalamnya iaitu solat, puasa, korban, sedekah, zikir (tahlil, takbir, tahmid), doa munajat, umrah dan haji.

#Daripada Sayidina Abdullah bin Umar r.a, Nabi saw bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللهِ، وَلا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنْ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ الْعَشْرِ، فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ

“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah swt dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid" (HR Ahmad. Sahih)

#Daripada Sayidina Abdullah bin Abbas r.a, Rasulullah saw telah bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ، الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ  -يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ- قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ قَالَ: وَلا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، إِلا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.

“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini.” Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah?. Rasulullah bersabda: “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (mati syahid)” [HR Ahmad dan at-Tirmizi].

♡Bersempena kedatangan bulan Zulhijjah yang ditawarkan dengan ganjaran yang besar dan istimewa, maka marilah sama-sama kita berlumba-lumba untuk melakukan ketaatan, kebaikan dan kebajikan sebanyak yang boleh agar kita tergolong dikalangan hamba Allah yang dikasihi dan diredhaiNya. Aamiiin♡

🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah

FB PAGE:
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

BLOG :
https://tadabburkalamullah.wordpress.com

Selasa, 7 Ogos 2018

TAZKIRAH USRAH


GEMPA BUMI LOMBOK

TRAGEDI GEMPA BUMI LOMBOK YANG MENGINSAFKAN.

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.

Suhu dingin dengan angin semilir perlahan menampar kami dikaki Gunung Rinjani, ada pemandangan yang sangat pilu menjentik tangkai hati kami anggota misi bantuan kemanusiaan Muslim Care Malaysia. Ribuan rumah yang musnah, 18 nyawa  yang terkorban dan ratusan yang cedera, manakala lebih 60 kali gegaran susulan berterusan berlaku selepas gegaran 6.4 skala richter yang menagih korban Lombok Timur , Lombok Utara dan sekitarnya.

Sebaik sahaja tragedi Lombok berlaku maka berbondong-bondong gerakan swadaya masyarakat bergegas ke Lombok untuk menyantuni mangsa-mangsa gempabumi . Pulau Lombok juga dikenali sebagai pulau seribu masjid , terletak di wilayah Nusa Tenggara Barat. Kami bergabung dengan dengan ACT dan juga MRI (Masyarakat Relawan Indonesia), NGO yang terkenal dengan kepiawaian dan keseriusan mereka membantu kawasan bencana di negara yang pernah dijajah Belanda selama 350 tahun.

Melihat wajah kumal dan pakaian yang kumuh mangsa-mangsa gempa bumi sangat meruntun hati. Lombok dengan majoriti masyarakat Muslim sebenarnya mengalami sedikit kejutan apabila dalam sedekad akhir ini mula dibanjiri oleh pelancong asing ,samada dari Eropah, Timur Tengah, Asia Timur ,bahkan juga daripada negara Malaysia. Ramai pelancong mula mengalih perhatian mereka daripada Pulau Bali yang eksotik kepada Pulau Lombok yang mempunyai sejarah lama kerajaan Mataram .

Dijajaran pantai Lombok yang panjang mula dibangunkan kompleks parawisata, pelbagai kemudahan pelancong , rumah rehat, hotel, sukan aquaria untuk menggamit kedatangan pelancongan. Gunung Rinjani yang sombong menjulang awan juga antara tarikan kepada pelancong untuk datang ke Pulau seribu masjid ini. Pulau ini juga dimeriahkan dengan pesantren dengan kepulangan anak-anak tempatan daripada  bermukim ilmu di Timur Tengah.

Misi bantuan kemanusiaan Muslim Care Malaysia yang diketuai oleh Haji Zulkifli Wahijan pada kali ini dengan kekuatan 18 orang relawan yang terdiri daripada doktor-doktor, paramedik, dengan pelbagai latarbelakang relawan termasuk seorang doktor non Muslim, Dr Chai. Rombongan telah mengadakan khidmat kesihatan percuma kepada mangsa- mangsa gempa bumi, mengagihkan makanan, pakaian solat, menyediakan tangki air bersih kepada mangsa-mangsa gempa bumi. Beberapa lokasi telah dikunjungi oleh anggota misi di Lombok Timur dan juga Lombok Utara.

Sebelum pulang, rombongan Muslim Care Malaysia telah sempat singgah di Pondok Pesantren Sohwatul Islamiah, Lombok Barat. Kami disambut dengan penuh kehangatan ukhuwwah Islamiah oleh pihak pentadbiran pondok dan para pelajar. Kami menyerahkan sejumlah wang derma untuk pembangunan pesantren yang dibangunkan oleh tiga beradik yang mendapat pendidikan di Mesir.

GEGARAN SAAT KE DEWAN PELEPASAN.

Satu pengalaman yang tak dapat kami lupakan ialah goncangan gempa bumi berskala 7.01 richter saat kaki kami melangkah ke dewan pelepasan. Bandara Antarabangsa Lombok bergegar kuat walaupun  struktur bangunan kukuh menampung lapangan terbang yang mula menerima ramai kehadiran pelancong luar negara. Saya pada mulanya menyangka gegaran itu akibat daripada pesawat mendarat , namun apabila tiang-tiang bangunan bergegar kuat sehingga kerangka dinding kaca turut rentak. Dalam kekelamkabutan orang ramai ingin menyelamatkan diri, lampu telah terpadam dan ada yang berdesakan mencari pintu keluar utama.

Petugas -petugas lapangan terbang seupaya mungkin menenangkan penumpang-penumpang yang panik dengan suara pekikan dan jeritan menyelamatkan diri. Saya dan beberapa teman lain melaungkan azan  semasa menyelamatkan diri dan kami berhimpun di luar pintu utama hadapan terminal,manakala sebagian lain di kawasan berhampiran "runaway". Pelbagai berita luar mula diterima melalui telefon pintar dan medsos, dikhabarkan Lombok Utara paling terjejas teruk. Terbayang wajah-wajah penghuni Lombok Utara yang kami santuni pagi tadi dan juga santri pondok pesantren  yang kami tinggalkan pada waktu petang sebelum kami berangkat ke lapangan terbang.

Ujian mendekatkan kita kepada Tuhan , semoga warga Lombok bangkit menjadikan komuniti mereka menyintai rumah Allah dan memeriahkan majlis-majlis ilmu. Tiada yang mustahil, lihatlah bagaimana Acheh pasca tsunami menjadi lahan kebangkitan Islam di Indonesia, hidup bersyariat dan dipandang mulia oleh masyarakat antarabangsa muslim.

FATWA MUFTI



Khamis, 2 Ogos 2018

Hayati kata2 ini


Sebab Doa Ditangguhkan

"Jangan kau cela lambatnya makbul doa, padahal telah kau sumbat jalan makbulnya doa dengan maksiat dan dosa dan noda"

Muhasabah Jiwa

"Tidakkah engkau sedari alangkah banyaknya kasih sayangmu terhadap makhluk dan alangkah sedikitnya kasih sayangmu terhadap Tuhanmu?"

Ibn Athoillah As-Sakandari رحمه الله تعالى

Ajal Maut KetetapanNya

☆Tadabbur Kalamullah 21 Syawal 1439H☆

نَحْنُ قَدَّرْنَا بَيْنَكُمُ الْمَوْتَ وَمَا نَحْنُ بِمَسْبُوقِينَ

"Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan" [Surah al-Waqi'ah 60]

#Ajal maut adalah ketetapan Allah swt bagi setiap makhluk yang hidup. Semua manusia akan menghadapi hari kematiannya. Hanya Allah swt sahaja yang tahu bila kita akan mati. Mati adalah sesuatu yang pasti akan terjadi dan setiap ahli keluarga akan kehilangan orang yang disayangi dalam hidupnya. Inilah ketetapan Allah swt. Nabi saw bersabda:

كَتَبَ اللَّهُ مَقَادِيرَ الْخَلاَئِقِ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ بِخَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ

“Allah telah mencatat takdir setiap makhluk 50 ribu tahun sebelum penciptaan langit dan bumi”(HR Muslim)

#Setiap kita perlu menerima hakikat kematian. Samada kita yang mati dahulu ataupun ahli keluarga kita yang akan dahulu meninggalkan kita. Namun kita perlu redha dengan qadha dan qadar Allah ini dan bersabar serta tabah atas ujian kematian ini. Walaupun berat, pilu, sedih dan meruntun jiwa apabila ada ahli keluarga kita (ibubapa, isteri, suami atau anak ) meninggal dunia, hakikat ini perlu diterima dengan hati yang sabar, tenang dan kembali kepada Allah.

#Bagi sesiapa yang diuji dengan kematian anak atau ahli keluarga maka hayatilah janji-janji Nabi saw kepada orang yang redha dengan ketentuan Allah ini:

1. Daripada Sayidina Abu Musa al-Asy’ari r.a berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:

إِذَا مَاتَ وَلَدُ الْعَبْدِ قَالَ اللَّهُ لِمَلاَئِكَتِهِ قَبَضْتُمْ وَلَدَ عَبْدِى. فَيَقُولُونَ نَعَمْ. فَيَقُولُ قَبَضْتُمْ ثَمَرَةَ فُؤَادِهِ. فَيَقُولُونَ نَعَمْ. فَيَقُولُ مَاذَا قَالَ عَبْدِى فَيَقُولُونَ حَمِدَكَ وَاسْتَرْجَعَ. فَيَقُولُ اللَّهُ ابْنُوا لِعَبْدِى بَيْتًا فِى الْجَنَّةِ وَسَمُّوهُ بَيْتَ الْحَمْدِ

“Apabila anak seorang hamba meninggal dunia, Allah berfirman kepada malaikatNya: “Kalian telah mencabut nyawa anak hamba-Ku?” Mereka berkata: “Benar.” Allah berfirman: “Kalian telah mencabut nyawa buah hatinya?” Mereka menjawab: “Benar.” Allah berfirman: “Apa yang diucapkan oleh hambaKu saat itu?” Mereka berkata: “Ia memujimu (dengan menyebut Alhamdulillah) dan mengucapkan istirja’ (innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun).” Allah berfirman: “Bangunkan untuk hambaKu sebuah istana di syurga, dan namakan ia dengan nama baitul hamdi (istana pujian).” (HR at-Tirmizi, Ahmad. Hadis Hasan).

2. Daripada Abu Hassan, beliau berkata, aku bertanya kepada Sayidina Abu Hurairah r.a: "Sesungguhnya dua anak lelaki aku telah meninggal dunia. Bolehkah engkau sampaikan apa-apa hadis daripada Rasulullah saw yang akan melegakan diri kami atas kematian dua anak kami?" Sayidina Abu Hurairah menjawab: "Ya. Kanak-kanak itu akan menjadi anak-anak di syurga. Apabila salah seorang mereka berjumpa dengan ayahnya atau kedua ibu bapanya, dia akan memegang pakaian atau tangan ibu bapanya sebagaimana aku memegang hujung baju kalian. Dia tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkannya dan ibu ayahnya ke dalam syurga." (HR Muslim)

#As-Suddi rahimahullah, seorang ahli tafsir mengatakan: “Balasan bagi orang yang bersabar adalah syurga.” [Tafsir Al-Quran al-Azhim, Imam Ibnu Katsir]

♡Ujian kematian adalah antara ujian yang berat kepada orang yang menghadapi kematian dan juga kepada kaum keluarganya serta mengusik iman seseorang samada redha ataupun sebaliknya. Yakinlah dengan janji Allah dan Rasul bahawa orang yang redha dan sabar apabila berdepan ujian kematian ini akan beroleh ganjaran yang hebat daripada Allah swt♡

🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah

FB PAGE:
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

BLOG :
https://tadabburkalamullah.wordpress.com

Pembuka Pintu Rahmat

قال أبو حَازِمٍ: بَلَغَنَا أَنَّ الْبُكَاءَ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ مِفْتَاحٌ لِرَحْمَتِهِ

Telah berkata Abu Hazim: Aku telah mendengar (salafussoleh berkata) bahawa menangis kerana takutkan Allah swt adalah pintu kepada rahamt-Nya

(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunya)


Nilai Ibadah

*♡KULIM 258♡*

"Semakin berat ibadah itu dilakukan, semakin besar nilainya disisi Allah swt. Semakin sukar jalan menuju kejayaan dan kebahagiaan, semakin manis kejayaan dan kebahagiaan tersebut apabila telah berada dalam genggaman"

#Setiap apa yang kita lakukan perlukan kesungguhan dan keikhlasan.
#Semoga Allah kurniakan kita kejayaan dan kebahagiaan didunia dan di akhirat. Aamiiin.

*🐊😭Abu Umar🎯*
Timb. Komanden Jabatan Amal Hulu Selangor

Telegram:
Klik link 👇 untuk join:
https://t.me/KulimAbuUmar

Doa Keampunan dan Dijauhi Neraka

♡Doa 004♡

Doa Memohon Keampunan dan Dijauhi Neraka

رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka" [Surah Aali Imran 16]

🐊Ust naim
Teratak Doa dan Amal

https://t.me/doauntukdiamalkan

Doa Pelbagai Hajat

♡Doa 003♡

Doa Pelbagai Permintaan

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالسَّلَامَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ ، وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ ، وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ ، وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ

"Ya Allah, sesungguhnya kami meminta kepadaMu sebab-sebab yang dapat mendatangkan rahmatMu, dan kesungguhan ampunanMu, dan keselamatan dari setiap dosa, dan manfaat dari setiap kebajikan, dan kemenangan dengan syurga, serta keselamatan dari neraka” (HR al-Hakim)

🐊Ust naim
Teratak Doa dan Amal

https://t.me/doauntukdiamalkan

Doa Memohon 4 Perkara

♡Doa 002♡

Doa Memohon Empat Perkara

اللهم إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْهُدَى، وَالتُّقَى، وَالْعَفَافَ، وَالْغِنَى

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadamu petunjuk, ketakwaan, kesucian (dijauhkan dari hal-hal yang tidak halal dan tidak baik), dan aku memohon kepadaMu kecukupan [HR Muslim , at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad]

🐊Ust naim
Teratak Doa dan Amal

https://t.me/doauntukdiamalkan

Takut Hanya Pada Allah

💊Tazkirah Usrah 404💊

"Jangan takut oleh kemarahan orang sehingga kita takut berkata benar dan bersikap jujur"

#Takutlah akan kemurkaan Allah swt.
#Berkatalah benar dan jujur walaupun pahit.

🐊Ust naim 
Teratak Hijau Putih   
 
Klik 👇utk join:
https://t.me/tazkirahusrah

Kesan Hati Kotor

💊Tazkirah Usrah 403💊

"Apabila dalam diri kita ada rasa kemalasan untuk mengerjakan solat, tidak seronok mengerjakannya atau tidak berasa bersalah melewat-lewatkannya, maka itu berpunca dari hati kita yang kotor dan berpenyakit"

🐊Ust naim 
Teratak Hijau Putih   
 
Klik 👇utk join:
https://t.me/tazkirahusrah

Tanda Hati Bersih

💊Tazkirah Usrah 402💊

Para ulamak menegaskan:

“Tanda seseorang itu memiliki hati yang bersih ialah apabila ia tertinggal wiridnya atau tertinggal sesuatu dari amalan ketaatan, ia rasa kecewa dan rugi lebih dari perasaan rugi yang dirasai oleh orang yang kehilangan harta dan keluarga…”

[al-Bahru ar-Raqaid Fi az-Zuhd wa ar-Raqaiq, tulisan Syeikh Ahmad Farid]

🐊Ust naim 
Teratak Hijau Putih   
 
Klik 👇utk join:
https://t.me/tazkirahusrah

HARGA NYAWA MANUSIA

☆Tadabbur Kalamullah 20 Syawal 1439H☆

مِنْ أَجْلِ ذَٰلِكَ كَتَبْنَا عَلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنَّهُ مَنْ قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا ۚ

"Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam-Qabil membunuh Habil) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya..."? [Surah al-Ma'idah 32]

#Nyawa manusia sangat bernilai dan ada harganya. Tidak boleh sesuka hati membunuh dan mensia-siakan kehidupan seseorang. Sebab itulah Allah swt mengharamkan seseorang dibunuh tanpa alasan yang diizinkan syarak dan dosa membunuh tergolong di dalam kategori dosa besar.

#Dalam ayat ini Allah swt mengatakan dengan terbunuhnya satu nyawa tanpa sebab yang dibenarkan syarak seolah-olah membunuh manusia seluruhnya. Bahkan masalah darah merupakan perkara pertama yang akan diselesaikan di hari perhitungan nanti. Sabda Nabi saw:

أَوَّلُ مَا يُقْضَى بَيْنَ النَّاسِ فِى الدِّمَاءِ

“Perkara yang pertama kali akan diperhitungkan antara sesama manusia pada hari kiamat nanti adalah dalam masalah darah.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Ketahuilah, musnah dunia ini lebih ringan daripada dosa membunuh satu nyawa. Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a, Rasulullah saw bersabda:

لَزَوَالُ الدُّنْيَا أَهْوَنُ عِنْدَ اللهِ مِنْ قَتْلِ رَجُلٍ مُسْلِمٍ

“Musnahnya dunia ini lebih ringan di sisi Allah daripada terbunuhnya seorang muslim.” (HR Muslim, an-Nasa’i dan at-Tirmizi)

#Dalam hadis yang lain, Nabi saw bersabda:

مَنْ قَتَلَ مُؤْمِنًا فَاغْتَبَطَ بِقَتْلِهِ لَمْ يَقْبَلِ اللهُ مِنْهُ صَرْفًا وَلاَ عَدْلاً

“Barangsiapa membunuh seorang mukmin lalu dia bergembira dengan pembunuhan tersebut, maka Allah tidak akan menerima amalan sunnah juga amalan wajibnya” (HR Abu Dawud. Sahih)

#Hukuman bagi seorang yang membunuh dengan sengaja ialah dibunuh balas atau dimaafkan oleh ahli keluarga. Sabda Nabi saw:

مَنْ قُتِلَ لَهُ قَتِيْلٌ فَهُوَ بِخَيْرٍ النَّظَرَيْنِ إِمَّا أَنْ يَعْفُوَ وَإِمَّا أَنْ يَقْتُلَ

"Sesiapa yang menjadi keluarga mangsa pembunuhan maka ia mempunyai dua pilihan, samada memilih memaafkannya atau memilih membunuhnya (bunuh balas)" [HR at-Tirmizi]

♡Hargailah nyawa dan kehidupan seseorang manusia itu. Jangan sesekali bertindak di luar kawalan iman sehingga menjadi seorang pembunuh. Ingatlah bahawa besar azab Allah bagi seorang pembunuh. Bagi yang pernah tersilap atau pernah membunuh, bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat nescaya diampuni Allah♡

🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah

FB PAGE:
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

BLOG :
https://tadabburkalamullah.wordpress.com

Adab Belajar dan Mengajar al-Quran

☆Tadabbur Kalamullah 19 Syawal 1439H☆

كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

"(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar" [Surah Sad 29]

#Ketahuilah bahawa Allah swt menurunkan al-Quran dengan dipenuhi ilmu dan hikmah agar manusia mempelajari ayat-ayatnya, memanfaatkan ilmu yang terdapat di dalamnya, dan merenungkan pelbagai rahsia daripadanya untuk dijadikan iktibar dan ikutan sepanjang hayat.

#Daripada Sayidina Uthman bin Affan r.a, Nabi saw bersabda:

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

“Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya" (HR al-Bukhari, Abu Dawud dan at-Tirmizi)

#Tulisan kali ini ingin membicarakan tentang adab yang perlu ada kepada sesiapa yang ingin belajar, mengkaji, mendalami dan mengajar kalam Allah swt yang mulia ini. Antara adab-adabnya ialah:

1. Ikhlaskan niat. Mengharapkan redha daripada Allah swt bukan kerana selainnya. As-Sariyy rahimahullah meriwayatkan:

"Jangan lakukan sesuatu kerana mengharapkan pujian orang ramai. Jangan tinggalkan sesuatu kerana mereka. Jangan menutup sesuatu kerana mereka dan jangan membuka sesuatu kerana mereka"

2. Bukan kerana tujuan dunia. Bukan untuk mengecapi kesenangan dunia berupa harta, kedudukan, kemasyhuran, pujian, saingan dan seumpamanya. Nabi saw bersabda:

"Sesiapa yang mempelajari ilmu yang sepatutnya diniatkan kerana Allah sedangkan dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapat kesenangan dunia, maka dia tidak akan mencium bau Syurga pada hari kiamat kelak" [HR Abu Dawud]

3. Tidak memaksa orang ramai belajar dengannya sahaja. Pada masa yang sama membenci orang yang belajar dengan orang lain selain dirinya. Berkata Imam as-Syafie rahimahullah:

"Aku berharap orang yang belajar ilmu ini (yakni ilmu dan kitabnya), tidak menisbahkan kepadaku satu huruf pun daripadanya"

♡Semoga kita benar-benar mempelajari dan mendalami al-Quran demi meraih redha dan rahmat Allah swt. Semoga Allah swt sentiasa membimbing kita untuk memperolehi ilmu yang bermanfaat daripada al-Quran dan mampu mengamalkannya. Aamiiin♡

🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah

FB PAGE:
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

BLOG :
https://tadabburkalamullah.wordpress.com

Akhirat Tempat Dituju

☆Tadabbur Kalamullah 18 Syawal 1439H☆

يَا قَوْمِ إِنَّمَا هَٰذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَإِنَّ الْآخِرَةَ هِيَ دَارُ الْقَرَارِ

"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal" [Surah Ghafir 39]

#Kehidupan yang kekal ialah di negeri akhirat. Jangan sesekali terpedaya dengan kenikmatan dan kesenangan hidup didunia. Walaupun kita dikurniakan kesenangan harta dunia dan seluruh isi dunia sekalipun, kehidupan dunia tetap hanya sementara dan bakal musnah serta kita dibawa pulang ke alam akhirat yang kekal.

فَإِذَا نُفِخَ فِي الصُّورِ نَفْخَةٌ وَاحِدَةٌ * وَحُمِلَتِ الْأَرْضُ وَالْجِبَالُ فَدُكَّتَا دَكَّةً وَاحِدَةً * فَيَوْمَئِذٍ وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ * وَانْشَقَّتِ السَّمَاءُ فَهِيَ يَوْمَئِذٍ وَاهِيَةٌ

"Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup. Dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur. Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat. Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh)" [Surah al-Haqqah 13-16]

#Allah mengatakan dalam ayat yang lain bahawa kehidupan akhirat adalah kehidupan yang kekal selama-lamanya namun manusia lalai mengingatinya.

 ۚ وَإِنَّ الدَّارَ الْآخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُ ۚ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

"...Dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)" [Surah al-Ankabut 64]

بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا * وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ

"Bahkan kamu mengutamakan kehidupan dunia. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal" [Surah al-A'la 16-17]

#Perkara besar yang perlu kita fikirkan sebelum kita kembali ke negeri akhirat ialah beramal sebaik mungkin agar kita selamat mendiami syurga Allah swt di sana.

#Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyyah berkata: “Manusia sejak diciptakan sentiasa menjadi musafir, tempat akhir perhentian perjalanan mereka samada syurga atau neraka.”

♡Akhiratlah perhentian terakhir dan merupakan kehidupan yang sebenar-benarnya samada kita akan bahagia selama-lamanya atau kesengsaraan yang akan dinikmati. Siapkanlah bekal amal yang berkualiti dan mencukupi untuk melayakkan kita meraih kebahagiaan hidup di akhirat♡

🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah

FB PAGE:
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

BLOG :
https://tadabburkalamullah.wordpress.com

Istighfar dan Taubat

☆Tadabbur Kalamullah 17 Syawal 1439H☆

وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُمْ مَتَاعًا حَسَنًا إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ ۖ وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ

"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya (bertaubat); supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya)" [Surah Hud 3]

#Berkata Imam Ibnu Kathir Rahimahullah: "Aku (Allah swt) memerintahkan kalian untuk beristighfar/memohon ampun dari dosa-dosa yang telah lalu, dan bertaubat kepada Allah di masa-masa yang akan datang dan teruslah begitu, (nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu) iaitu di dunia, sehingga waktu yang telah ditentukan. Dan Dia akan memberikan kurniaNya kepada setiap orang yang berbuat baik iaitu pada hari akhirat"

#Banyak ayat Allah menyebut tentang istighfar dan taubat. Seringkali perkataan istighfar disebutkan beriringan dengan perkataan taubat. Istighfar bermaksud memohon keampunan dengan lisan, sedangkan taubat pula ialah berhenti dari melakukan dosa-dosa dengan hati dan seluruh organ tubuh badan.

#Nabi saw menggalakkan umatnya beristighfar dan bertaubat serta dijanjikan kebaikan dan manfaat yang besar. Sabda Nabi saw:

مَنْ أَكْثَرَ مِنْ الِاسْتِغْفَارِ؛ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَمِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

“Barangsiapa memperbanyak istighfar, nescaya Allah swt memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (HR Imam Ahmad)

#Daripada Sayidina Abu Zar r.a berkata: “Sesungguhnya setiap penyakit mempunyai ubat dan ubat dosa ialah istighfar” [HR al-Hakim]

♡Jom perbanyakkan istighfar dan sentiasa bertaubat kepada Allah atas silap dan salah kita moga Allah swt mengurniakan kebaikan kepada kita di dunia dan di akhirat♡

🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah

FB PAGE:
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

BLOG :
https://tadabburkalamullah.wordpress.com

CIRI2 ORANG BERTAQWA

☆Tadabbur Kalamullah 16 Syawal 1439H☆

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

"Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka" [Surah al-Baqarah 3]

#Ayat ini menceritakan mengenai ciri-ciri orang yang bertaqwa. Salah satu ciri orang yang bertaqwa ialah mendirikan sembahyang.

#Ketahuilah bahawa solat merupakan sebaik-baik amalan bagi orang mukmin yang bertaqwa. Daripada Tsauban, ia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:

اسْتَقِيمُوا وَلَنْ تُحْصُوا وَاعْلَمُوا أَنَّ خَيْرَ أَعْمَالِكُمُ الصَّلاَةُ وَلاَ يُحَافِظُ عَلَى الْوُضُوءِ إِلاَّ مُؤْمِنٌ

“Beristiqamahlah kalian dan sekali-kali kalian tidak dapat istiqamah dengan sempurna. Ketahuilah, sesungguhnya amalan kalian yang paling utama adalah solat. Tidak ada yang menjaga wudhuk melainkan ia adalah seorang mukmin” (HR Ibnu Majah dan Ahmad)

#Bagi orang yang benar-benar bertaqwa, tempat solat mereka ialah di masjid. Masjid menjadi rumah bagi orang-orang yang bertaqwa. Daripada Sayidina Abi Darda', Rasulullah saw bersabda:

اَلْمَسْجِدُ بَيتُ كُلِّ تَقِيٍّ وَتَكَفَّلَ اللهُ لِمَن كَانَ الْمَسْجِدُ بَيْتَهُ بِالرَّوحِ وَالرَّحْمَةِ وَالْجَوَازِ عَلَى صِرَاطٍ إِلَى رِضْوَانِ اللهِ إِلَى الْجَنَّةِ

"Masjid itu umpama rumah bagi orang-orang yang bertaqwa. Allah menjamin kepada orang yang menjadikan masjid sebagai rumahnya dengan ruh yang damai dan rahmat dari Allah melimpah-limpah dan dia akan berjaya melepasi titian sirat menuju redha Allah ke dalam syurga” (HR Thabrani)

♡Untuk menjadi orang yang bertaqwa maka perlu menjadi kaki solat dan juga kaki masjid. Mohonlah kepada Allah agar menggolongkan kita di kalangan hambaNya yang bertaqwa dan sentiasa mendirikan solat berjemaah di masjid/surau♡

🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah

FB PAGE:
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

BLOG :
https://tadabburkalamullah.wordpress.com

Jom menyumbang utk saham akhirat

Untuk program2 dan majlis ilmu Surau al-Ikhlas Bdr Sg Buaya

Bank muamalat 120 1000 132 3711

Jom infaq....saham akhirat