Sahabat Ilmu

Isnin, 19 Mei 2014

♡TIPS BELAJAR♡



1. Menghormati dan mengasihi guru yg mengajar ilmu

2. Kurangkan makan dan dptkn tidur yg cukup

3. Mencatat setiap ilmu yg dipelajari

4. Bersabar dlm memahami ilmu

5. Jaga hubungan dgn Allah dan ibubapa

♡Selamat mmbaca dan beramal♡

~Ust Naim Sg Buaya~

♡INFO AL-QURAN♡



~Apakah gelaran lain bg surah2 yg tdapat dlm al-Quran?~

1.Surah al-Anfal
-Surah Badar

2. Surah at-Taubah
-Surah al-Baraah

3. Surah al-Fatihah
-Surah Ummul Kitab

4. Surah Ghafir
- Surah Mukmin

5. Surah al-Mulk
- Surah al-Waqiyah

6. Surah an-Naba'
- Suah 'Amma

7. Surah al-Falaq dan an-Nas
- Surah al-Mu'awwizatain

♡Semoga bertambah ilmu♡

~Ust Naim Sg Buaya~

♡ADAB MENUNTUT ILMU♡



1. Menghormati guru

2. Hindari Perdebatan

3. Tulis ilmu yg diperolehi

4. Mengamalkan ilmu

5. Sebarkan ilmu

♡Jom amalkan♡

~Ust Naim Sg Buaya~

Ahad, 18 Mei 2014

~Jom ngaji tafsir al-Quran~

[Surah an-Nur ayat 30-31]

♡Menurut Imam as-Syaukani, ayat ini diturunkan berikutan kisah seorang sahabat Nabi saw yg terlanggar dinding shgga terkoyak hidungnya krn terpesona dan saling berbalas pandangan dgn seorang wanita. Peristiwa ini mendatangkan kekesalan kpdnya, lalu dia mengadu kpd Rasulullah saw, maka turunlah ayat ini.

♡Dlm Tafsir al-Khozin, pakar tafsir ini mjelaskan bhwa Allah swt mendahulukan perintah menjaga mata sblm menjaga kemaluan krn mata penyebab utama kpd berlakunya maksiat yg lbh besar spt zina.

♡Menurut Ibnu kathir, mengelakkan pandangan ialah samada menundukkan@ mengalihkan pndangan ke tempat lain.

♡Jika diambil teladan drpd sirah sahabat, tdpt shbt yg melakukan tindakan luar biasa bg melahirkn kekesalan mereka stlh melihat pkara yg haram bgnya

♡Seorang shbt Nabi saw bnama Ghazwan r.a telah menumbuk matanya stlh melihat seorang gadis

♡Menurut riwayat, beliau jg tlh menghukum dirinya agar tidak ketawa hgga akhir hayat krn menyesal atas tindakannya itu

♡Sabda Nabi saw: "pandangan ialah panah dr panah2 Iblis yg beracun, maka sesiapa yg meninggalkannya krn takutkan Allah swt, maka Allah swt akan memberikan kpdnya ganjaran kemanisan iman di dlm hatinya" (HR Imam al-Hakim)

♡Mata Punca Syahwat♡

Wallahua'lam

Ust Naim
Sg Buaya/7.50pg
Ahad/18 Rejab 1435H
http://ustaznaim.blogspot.com

Jumaat, 9 Mei 2014

Mudahnya membuat pahala&dosa di laman sosial☆

Assalamualaikum shbt2

~Tazkirah Jumaat~

☆Mudahnya mmbuat pahala&dosa di laman sosial☆

♡Blh menulis ialah kurniaan Allah

♡Pandai menulis merupakan tambahan kpd kurniaan Allah itu

♡Jdkn kurniaan ini sbg jln utk meraih sbyk2 pahala dan keredhaan Allah

♡Dgn kemajuan sains dan teknologi- internet, blog, facebook, twitter, instagram, telegram, whatsapp dan pelbagai aplikasi lain, maka utk menambahkan pahala dan berdakwah di alam maya ini bertambahlah mudah hanya dgn copy, share atau like shj apa2 gambar@ artikel yg baik dan.mengajak kpd ma'ruf dan menegah kpd mungkar

♡Namun, harus diingat, sbgmn laman sosial sebegini blh mmbawa kpd kebaikan dan pahala, ia jg blh mmbawa kpd keburukan dan dosa bahkan lbh dahsyat lg, dosa itu blh 'bkongsi' dgn org lain, membentuk rangkaian dosa yg berangkai-rangkai bila perkara yg di copy, di share dan di like itu adalah mengajak manusia kpd kemaksiatan, kemungkaran dan kesesatan

♡Segalanya kembali kpd ilmu, keimanan, niat dan matlamat serta tujuan menggunakan laman sosial♡

[Petikan dr majalah Q&A isu no.29]

Ust Naim
Jumaat/9 Rejab 1435H
Sg Buaya/11.37pg
http://ustaznaim.blogspot.com

Selasa, 6 Mei 2014

~Menjejaki Sahabat Nabi saw~

[☆Muthanna bin Harith r.a☆]

♡ Muthanna bin Harith (مثنّى بن حارث) adalah seorang ketua Kabilah Arab Sheba

♡Kabilah Arab Sheba tinggal di kawasan berhampiran dengan sempadan jajahan Empayar Parsi Sassanid di utara Tanah Arab

♡ Muthanna sangat dihormati sebagai seorang pahlawan perang serta pemimpin yang bijak dan berpandangan jauh

♡Memilih untuk bersama Islam pd tahun 8 hijrah

♡Merupakan seorang panglima perang Islam

♡Dalam peperangan al-Qadisiyyah, Muthanna bin Harith memimpin tentera Islam untuk berkawal di Ctesiphon sewaktu Khalid al-Walid r.a. diarah berkawal di sempadan Empayar Rom Byzantine di Syam

♡Beliau telah gugur syahid dalam peperangan Qadisiyyah pd tahun 14 hijrah di al-Hirah kerana luka parah yang dialami akibat diserang oleh tentera Parsi Sassanid

♡♡Mulianya kematian mereka!! Semoga Allah memilih kita untuk syahid seperti mereka..Aamiiin♡♡

Ust Naim
Selasa/6 Rejab 1435H
Semenyih/9.05pg
http://ustaznaim.blogspot.com

Isnin, 5 Mei 2014

SEDIH DAN SAYU

☆KISAH SEDIH TENTANG SOLAT☆

Seorang yang kelihatan sudah berusia emas berjalan perlahan-lahan menuju ke masjid. Satu persatu anak tangga masjid dilangkahi dengan penuh kepayahan.

Kadang-kala kelihatan dia berhenti sebentar pada anak tangga masjid untuk menarik nafas dan berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan menaiki tangga masjid.

Bukanlah tinggi sangat tangga masjid tu, tapi dek kerana kesihatan yang kurang memuaskan, ditambah diri yang semakin dimamah usia, menyebabkan agar sukar untuknya menapak laju ketika menaiki tangga masjid.

Tapi kesabaran dan keazaman yang tinggi membuatkan dia tidak peduli akan segala kesusahan dan kepayahan itu.

Akhirnya dia berjaya masuk ke dewan masjid.... dan berdiri dalam saf. Matanya meliar mencari sesuatu.... Ya... dia sudah jumpa, kerusi kecil yang ditinggalkannya di masjid itu sudah dijumpai. Dia memang meletakkan kerusi di tepi dinding masjid yang digunakannya untuk menunaikan solat.

Kakinya yang sakit dan lutut yang tidak boleh dibengkokkan menyebabkan beliau tidak boleh sujud macam orang lain. Dia hanya boleh sujud sambil duduk atas kerusi.

Seketika imam pun bertakbiratul ihram... Allahu Akbar.Lantas orang tua ini pun duduk atas kerusi di hujung saf dan memperbetulkan sedikit ikatan kain pelikatnya... dan dia pun .... Allahu Akbar... bertakbir dengan berniat mengikut imam.

Malang sungguh orang tua ini kerana walau usia sudah senja tapi masih tidak tahu hukum hakam tentang solat.

Akibatnya, solatnya tidak sah. Ini kerana sepatutnya dia bertakbiratul ihram dalam keadaan berdiri, selepas tu kalau dah tak larat baru duduk. Bukannya terus duduk dalam keadaan yang memang dia mampu berdiri.

♡Ilmu itu pemimpin, amal itu pengikut♡

~Belajarlah selagi ada hayat.. Bimbang amal yg kita lakukan hanya sia2 dan langsung tiada nilai disisi Allah disebabkan kejahilan kita~

TIPS TAZKIYAH HATI

Assalamualaikum shbt2

♡Tips Melembutkan Hati Yang Keras Dan Menyucikan Hati Yang Kotor♡

☆ Banyakkan Berlapar
☆ Kurangkan Tidur
☆ Banyakkan Zikir
☆ Banyakkan Fikir Masalah Akhirat
☆ Banyakkan Fikir Kebesaran Allah
☆ Banyakkan Taubat dan Istighfar

♡Semoga Allah Membantu Kita Semua..Aamiiin♡

Ust Naim
Isnin/5 Rejab 1435H
Semenyih/9.30pg
http://ustaznaim.blogspot.com