☆KISAH SEDIH TENTANG SOLAT☆
Seorang yang kelihatan sudah berusia emas berjalan perlahan-lahan menuju ke masjid. Satu persatu anak tangga masjid dilangkahi dengan penuh kepayahan.
Kadang-kala kelihatan dia berhenti sebentar pada anak tangga masjid untuk menarik nafas dan berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan menaiki tangga masjid.
Bukanlah tinggi sangat tangga masjid tu, tapi dek kerana kesihatan yang kurang memuaskan, ditambah diri yang semakin dimamah usia, menyebabkan agar sukar untuknya menapak laju ketika menaiki tangga masjid.
Tapi kesabaran dan keazaman yang tinggi membuatkan dia tidak peduli akan segala kesusahan dan kepayahan itu.
Akhirnya dia berjaya masuk ke dewan masjid.... dan berdiri dalam saf. Matanya meliar mencari sesuatu.... Ya... dia sudah jumpa, kerusi kecil yang ditinggalkannya di masjid itu sudah dijumpai. Dia memang meletakkan kerusi di tepi dinding masjid yang digunakannya untuk menunaikan solat.
Kakinya yang sakit dan lutut yang tidak boleh dibengkokkan menyebabkan beliau tidak boleh sujud macam orang lain. Dia hanya boleh sujud sambil duduk atas kerusi.
Seketika imam pun bertakbiratul ihram... Allahu Akbar.Lantas orang tua ini pun duduk atas kerusi di hujung saf dan memperbetulkan sedikit ikatan kain pelikatnya... dan dia pun .... Allahu Akbar... bertakbir dengan berniat mengikut imam.
Malang sungguh orang tua ini kerana walau usia sudah senja tapi masih tidak tahu hukum hakam tentang solat.
Akibatnya, solatnya tidak sah. Ini kerana sepatutnya dia bertakbiratul ihram dalam keadaan berdiri, selepas tu kalau dah tak larat baru duduk. Bukannya terus duduk dalam keadaan yang memang dia mampu berdiri.
♡Ilmu itu pemimpin, amal itu pengikut♡
~Belajarlah selagi ada hayat.. Bimbang amal yg kita lakukan hanya sia2 dan langsung tiada nilai disisi Allah disebabkan kejahilan kita~

Tiada ulasan:
Catat Ulasan