Salam,
saya musykil dengan peraduan power root seperti yg dapat dilihat di kaca tv. dgn ganjaran wang tunai berjuta ringgit.
apakah hukumnya seseorang yang membeli pelbagai produk power root dlm jumlah yg besar dgn harapan agar mendapat ganjaran yang ditawarkan.
jkk
JAWAPAN:
DARIPADA: PANEL FIQH AL-AHKAM.NETsaya musykil dengan peraduan power root seperti yg dapat dilihat di kaca tv. dgn ganjaran wang tunai berjuta ringgit.
apakah hukumnya seseorang yang membeli pelbagai produk power root dlm jumlah yg besar dgn harapan agar mendapat ganjaran yang ditawarkan.
jkk
JAWAPAN:
Assalamualaikum,
Bentuk hadiah atau ganjaran yang dijalankan oleh syarikat power root ialah syarikat tersebut meletakkan hadiah berbentuk wang (sijil premium antaranya bernilai RM 1 juta) pada sesetengah tin minumannya sahaja. Tujuannya hanyalah satu iaitu menarik lebih ramai pelanggan supaya membeli produk mereka.
Dari segi takhrij fiqhi (penyesuaian bentuk transaksi demikian dengan muamalat dalm fiqh) boleh kita katakan bahawa jenis hadiah atau ganjaran wang yang ditawarkan ialah berbentuk hibah.
Natijah daripada takhrij fiqhi ini, maka hukum hibah ini adalah HARAM kerana :
1. Termasuk dalam al-maysir dan al-gharar. Al-Maysir ialah perjudian yang diharamkan oleh Allah Taala. Hal ini kerana pembeli produk tersebut membelanjakan wang ringgitnya untuk membeli produk sedemikian berada dalam dua keadaan, :
- sama ada boleh mendapat hadiah sjil premium tersebut maka ia mendapat untung lebih, dan
- boleh jadi ia tidak akan mendapat hadiah berkenaan maka ia akan rugi.
Kekeliruan yang timbul :
Mungkin ada yang mengatakan bentuk urusniaga seperti ini tidak termasuk dalam al-maysir (judi). Ini kerana pembeli mungkin akan mendapat untung jika mendapat hadiah dan produk, dan mungkin juga ia masih selamat (walaupun tidak dapat untung) kerana ini mendapat produk yang dibeli.
JAWAPAN PERSOALAN DIATAS:
Kita tidak menerima kekeliruan berkenaan, kerana kebiasaan atau ghalibnya, orang yang membeli produk ini, yang utama bagi mereka ialah menghendaki hadiah wang tersebut. Terutamanya hadiah wang ringgit itu sangat lumayan. Maka pembeli berada dalam keadaan :
- sama ada untung; atau
- rugi
Hal ini kerana realitinya, kehilangan hadiah tersebut adalah satu kerugian sekalipun ia mendapat sebahagian matlamat pembeliannya (iaitu barangan).
Namun, katakan kita menerima bahawa ia bukan termasuk dalam al-maysir. Tetapi ia masih dalam salah satu antara tiga sebab mengapa diharamkan :
1) Penyerupaan dengan al-maysir.
2) Keharusan bentuk urusniaga seperti ini merupakan zari’ah (jalan) kepada terjatuh dalam al-maysir. Dari segi kaedah usuliyyah mesti ditutup jalan tersebut (sad al-zari’ah).
3) Jual beli ini termasuk dalam bay al-gharar. Pembeli tidak mengetahui apakah yang akan diperolehi selepas transaksi yang dijalankan. Adakah barangan sahaja atau barangan dan hadiah wang sekaligus? Ini serupa dengan bay al-hasat, al-mulamasah, al-munabazah yang dilarang.
Selain itu, bentuk hadiah seperti ini juga menyebabkan ramai manusia akan tertipu dengan membeli barangan lebih daripada keperluan dan hajat mereka. Tujuannya semata-mata kerana ingin memenangi hadiah wang ringgit tersebut. Maka ini tidak diharuskan kerana wujud elemen taghrir atau penipuan terhadap orang ramai. Ia juga mengandungi unsur pembaziran yang melampaui batas dan mensia-siakan hartabenda.
Nasihat kami, tidak perlu lah menyertai peraduan seperti ini.
Wallahualam
RUJUKAN :
Al-Hawafiz al-Tijariyyah al-Taswiqiyyah oleh Sheikh Khalid bin Abdullah al-Muslih

http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=101&t=38281
Tiada ulasan:
Catat Ulasan