Sahabat Ilmu

Selasa, 24 Mei 2011

Tragedi tanah runtuh menemukan anak dengan ibu


Kuala Lumpur : Kegembiraan Suzana Abdullah, 37, tidak dapat ditunjukkan dengan kata-kata, hanya air mata berlinangan tidak henti-henti.

Beliau sangat bersyukur apabila takdir menemukannya dengan anak kandungnya yang telah berpisah selama 10 tahun. Sehingga anaknya kini , Mohd Aizat Khusyairi Abd Karim telah berusia 13 tahun.

Harapannya sangat besar. Dalam doanya satu hari, satu saat, satu ketika nanti , anaknya pasti dapat didakapnya semula.

Alhamdullilah, Allah telah makbulkan doanya.

Suzana menangis teresak-esak sambil memeluk puteranya Aizat yang nampak terkejut dengan kehadiran ibunya secara tiba-tiba di Hospital Ampang.

Air mata Suzana berlinangan laju apabila bertemu bekas adik iparnya, Noraida Yaacub yang juga penjaga Aizat.

Katanya dengan sayu ,“Saya berpisah dengan Aizat ketika usianya 2 tahun dan abangnya ketika itu berusia 4 tahun, setelah bercerai dengan bapa mereka, Abd Karim. Adik mereka yang bongsu kini berusia 11 tahun di bawah jagaan saya.

“Saya tidak pernah berhenti mencari Aizat dan abangnya,”

Tatkala melihat senarai nama mangsa kejadian tanah runtuh penghuni rumah anak yatim , ternampak nama Aizat yang berbinkan bekas suaminya di media, sebagai salah seorang mangsa kejadian, dia begitu yakin Aizad adalah anaknya.

Dalam linangan air mata Suzana berkata “Saya sangat rindukan Aizat. Setiap saat saya berdoa agar Allah mempertemukan kami semula. Dan akhirnya Allah memakbulkan doa saya.”

Aizat yang pada mulanya terkejut, dengan pelukan yang tiba-tiba dari seorang wanita yang tidak dikenalinya
akhirnya tersentuh juga batinnya.

Setelah diterangkan oleh Noraida dan warden asrama, Siti Fatimah Ibrahim bahawa Suzana adalah ibu kandungnya yang sebenar, Aizat menangis sambil memeluk ibunya dengan penuh kasih sayang.

Dalam hati Suzana tidak pernah berhenti mengharap, agar satu hari nanti akan terkeluar dari mulut Aizat dengan panggilan ibu … memanggilnya .

Tiada ulasan: