Nabi Nuh diutus kepada kaumnya dan kaumnya ketika itu sedang bergelumang dengan dosa mensyirikkan Allah SW juga memperlekehkan dakwah Nabi Nuh. Sebagai balasannya, kaum Nabi Nuh ditenggelamkan oleh banjir besar.
Nabi Hud pula diutus kepada kaum ‘Aad dan kaum ‘Aad ketika itu juga sedang bergelumang dengan dosa meyekutukan Allah SWT iaitu menyembah berhala. Sebagai balasannya, datang angin sejuk menghapuskan kaum ‘Aad .
Nabi Lut diutus kepada kaum Sodom dan pada waktu itu kaum Sodom sedang bergelumang dengan dosa melakukan homoseksual sehinggakan malaikat yang menyerupai manusia yang datang kepada Nabi Lut pun diminta diserahkan kepada mereka. Akhirnya mereka ditimpa hujan batu dan bumi diterbalikkan lalu muncullah laut mati.
Nabi Syu’ib pula diutus kepada kaum Madyan yang ketika itu melakukan penipuan dalam timbangan dan sukatan. Lalu kaum Madyan dibinasakan dengan gempa.
Nabi Musa diutus kepada Fir’aun dan kaumnya yang sedang menyekutukan Allah SWT. Lalu Fir’aun dan pengikutnya lemas tenggelam di laut merah.
Begitulah secebis kisah tentang dosa dan balasan kepada umat-umat terdahulu. Mereka tidaklah dibinasakan melainkan setelah datang kepada mereka Rasul-rasul untuk membimbing mereka ke jalan yang lurus,
Dan Kami tidak membinasakan sesuatu negeripun, melainkan sesudah ada baginya orang-orang yang memberi peringatan. Untuk menjadi peringatan. Dan Kami sekali-kali tidak berlaku zalim (Surah As-Syu’araa’:208-209).
Namun sayangnya, mereka tetap degil dan tidak mahu berubah. Ini boleh dilihat dari respon kaum Nuh kepada dakwah Nabi Nuh,
Nuh berkata: “Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang. Maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan menyombongkan diri dengan sangat. Kemudian sesungguhnya aku telah menyeru mereka (kepada iman) dengan cara terang-terangan. Kemudian sesungguhnya aku (menyeru) mereka (lagi) dengan terang-terangan dan dengan diam-diam (Surah Nuh:5-10).
Sesungguhnya umat-umat terdahulu telahpun dibinasakan oleh sebab dosa dan kesalahan yang mereka lakukan. Jika dilihat dosa-dosa umat-umat terdahulu, tidak ada satupun yang tidak umat akhir zaman ini tidak lakukan. Ada yang mensyirikkan Allah SWT, ada yang menipu dalam perniagaan, ada yang bergelumang dengan homoseksual, ada yang memperlekahkan seruan-seruan untuk kembali kepada Allah SWT, Tuhan Yang Maha Pencipta.
Maka tidak hairanlah dari semasa ke semasa umat akhir zaman ditimpa bencana itu dan ini; penyakit AIDS yang sehingga kini membingungkan para saintis dalam mencari penawarnya, kemunculan virus selsema burung dan selsema babi, dan yang terkini kemunculan bacteria yang kebal akan hampir semua antibiotic yang ada di dunia pada masa ini, bencana tsunami, gempa bumi, perubahan iklim dan cuaca secara tiba-tiba sehinggakan ramalan cuaca sukar dipercayai dan sebagainya.
Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar) (Surah Ar Ruum:41).
Oleh itu marilah sekalian manusia, kita kembalilah kepada Allah SWT. Dialah Tuhan Yang Maha Pencipta juga Maha Pembinasa, Dialah Tuhan Yang Maha Pengasih juga Sangat Besar Murkanya, Dialah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Marilah kita menyahut seruan-seruan untuk kembali kepada Allah SWT. Sungguh usia dunia sudah semakin pendek, dan dosa umat akhir zaman sudah semakin menimbun, janganlah ditunggu sehingga penghujung usia untuk bertaubat, tetapi bersegeralah membersih diri dan memperteguh jiwa agar kita terselamat di dunia dan diakhirat. Amin.
http://motoanawave125.wordpress.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan