Bagi jiwa-jiwa yang meyakini hari pertemuannya dengan Allah SWT serta meyakini segala janji-janji dan ancaman-ancamanNya akan merasakan Ramadhan sebagai tetamu agung untuk diraikan dengan sepenuh hati dan jiwa.
Apakah yang lebih baik dari pengampunan Allah swt bagi jiwa-jiwa yang sentiasa membayangkan Neraka yang jamuannya ialah buah Zaqqum. Buah Zaqqum yang digambarkan dalam satu surah; mayangnya seperti kepala syaithan dan tumbuhnya hanya di neraka jahannam. Buah Zaqqum yang digambarkan dalam sural Al Waqiah sebagai hidangan penyambut tetamu ini lalu ahli neraka akan memakannya hingga penuh perutnya lalu tersekat buah Zaqqum itu dikerongkongnya. nak ditarik keluar duri-durinya melekat dan menikam daging, nak ditelan perut sudah penuh, ketika itulah kita meraung mengharapkan belas kasihan lalu datang malaikat yang menjaga neraka dan menghulurkan kita air dari cairan tembaga. Kerana panas dan dah dahsyatnya buah Zaqqum itu kita lalu minum seperti 'unta lapar'. Ya unta lapar! Bayangkan sehari kita berpuasa berapa banyak air yang kita minum ketika berbuka dan bayangkan unta yang sekali minum boleh bertahan hingga 5 ke 6 bulan lalu bertemu air...bagaimana gelojohnya mereka minum. Begitulah ahli jahannam yang terseksa buah Zaqqum lalu dihulurkan air dari cairan tembaga. kita minum seperti unta lapar hingga akhirnya bukan sekadar nuah Zaqqum yang melepasi kerongkong kita tetapi segala isi perut kita bahkan usus kita keluar melalui lubang punggung kita.
Apa yang kita dapat bayangkan? Tentu dahsyat seksa neraka ini.
Maafkan kalau sekiranya saya mengecewakan anda. Ini bukanlah seksaan sebenar neraka Allah swt. Kata Ibnu Qayyim Al Jauziyah; Ini hanyalah jamuan keraian menyambut tetamu jahannam. Buah Zaqqum ini hanyalah jamuan keraian? Buah zaqqum yang disebutkan baginda SAW jika setitis darinya jatuh kemuka bumi lalu rosak seluruh kehidupan lalu bayangkan jika nanti tidak ada makanan lain selain buah Zaqqum ini.
Ad Dukhan: [43] (Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum; [44] (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam Neraka). [45] (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut; [46] Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.
As-Saffat: [66] Maka sudah tentu mereka akan makan dari buahnya (sekalipun pahit dan busuk), sehingga mereka memenuhi perut darinya
Air buah Zaqqum itu - selain daripada pahit rasanya dan busuk baunya - adalah seperti tahi minyak kotor, dan mendidih dalam perut seperti mendidihnya air yang sangat panas: (45-46 Surah al-Dukhan).
Dari Ibn Abbas ra., bahawa Rasulullah s.a.w., telah membaca (firman Allah dalam ayat suci ini, ertinya: "Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan kamu berkeadaan Islam"); kemudian Nabi s.a.w., bersabda: "Kalaulah setitik air buah zaqqum itu menitik ke dalam dunia ini nescaya ia merosakkan penghidupan penduduk bumi, maka betapa halnya orang yang buah zaqqum itu menjadi makanannya."(At-Tirmizi)
Bolehkah anda bayangkan dahsyatnya neraka Allah swt kalau buah apa yang sebutkan tadi hanyalah jamuan keraian?
Sekarang tetamu agung ini datang lagi dalam kehidupan kita dan menawarkan pengampunan Allah swt. Adakah kita akan menyambutnya sambil lewa sahaja? Adakah kita masih menganggapnya sebagai tetamu biasa sahaja? Rugilah sekiranya ia pergi meninggalkan kita namun kita masih belum mendapat pengampunan Allah swt. Alangkah ruginya kita masih mengabaikannya nanti seperti yang pernah kita abaikan dulu.
Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)
Mungkin anda orang yang mulia tetapi tidak bagi saya. Ya, saya selalu menyambutnya dengan keazaman baru, namun ketika hari-harinya berlalu bermacam-macam kesibukan menjadikan keazaman itu pudar hinggalah ketika mendengar khutbah Aidil Fitri jiwa saya terbangun dan menangisi pemergiannya. Kalau anda juga seperti saya...marilah kita siapkan diri kita bermula dari saat ini. Jadikan saki baki sya'ban ini sebagai medan kita menyiapkan diri untuk menyambut Ramadhan. Banyakkan berpuasa pada bulan ini seperti Rasulullah SAW, ulangkaji panduan beribadah supaya tidak bercampur amalan bid'ah, fahami semula fiqh puasa serta hayatilah fadhilat-fadhilat yang dijanjikan Allah untuk sepanjang Ramadhan.
Masih ada sedikit masa untuk kita manfaatkan namun mintalah manfaat yang banyak dari Allah swt. Bukankah Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan