Dan janganlah Engkau berjalan di bumi Dengan berlagak sombong, kerana Sesungguhnya Engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan Engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang. (Surah Isra’ 37)
Sidang Jumaat Yang berbahagia
Bertaqwalah kita dengan sebenar taqwa dan jangan kita tidur ketika khutbah berkumandang kerana hal itu menunjukkan lemahnya ketaqwaan kita kpd Allah. Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada khutbah yang disampaikan ini.
Bagi manusia, ayat menderhaka amat sensitif. Ia menunjukkan bantahan, tidak bersetuju dan ingin menentang kembali. Biasanya, derhaka ini kita pakai apabila seseorang yang kedudukannya lebih rendah, ingin menentang seseorang yang kedudukannya lebih tinggi. Contoh, anak yang derhaka dirujuk kepada anak yang membantah ibu bapanya. Contoh lain, rakyat yang derhaka dirujuk kepada rakyat yang membantah titah sultannya. Kalau di dalam bahasa arab, derhaka disebut ‘asi. Manusia memandang buruk anak yang derhaka kepada kedua orang tuanya. Manusia juga akan mengutuk tindakan rakyat yang derhaka kepada sultannya. Apa sahaja jenis penderhakaan golongan bawah kepada golongan atas, akan kelihatan buruk di mata manusia.
Di dalam sejarah melayu, kita mempunyai beberapa kisah penderhakaan rakyat kepada sultan. Contoh yang paling popular adalah penderhakaan Jebat kerana menuntut bela sahabatnya Hang Tuah, yang disangka mati dibunuh dengan tidak adil oleh Sultan. Kita ingat sejarah-sejarah ini. Hatta rakyat yang ‘menderhaka’ kepada inggeris turut kita ingat. Semuanya diajar di dalam buku sejarah, agar kita tidak mengulanginya. Memang, manusia perlu belajar dari sejarah untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Tapi persoalannya, bagaimana agaknya manusia memandang penderhakaannya kepada ALLAH SWT?
Di dalam Al-Quran, ALLAH SWT telah menukilkan kisah-kisah kaum yang derhaka kepadaNya. Kaum Nabi Nuh, Kaum ‘Ad yang diseru oleh Nabi Hud, Kaum Thamud yang diseru oleh Nabi Soleh, Kaum Madyan yang diseru oleh Nabi Syu’aib, Kaum Babylon yang diseru oleh Nabi Ibrahim, Kaum yang diseru Nabi Lut, Bani Israel yang diseru oleh Nabi Musa dan Nabi Harun.
Kisah-kisah mereka ini, tidak disebut sekali sahaja di dalam Al-Quran. Jika kita membaca Al-Quran dari hadapan hingga belakang, kisah kaum-kaum ini disebut beberapa kali/ berulang2 kali. Untuk apa? Untuk kita lihat, ambil iktibar, merasakan kepentingan, betapa buruknya akibat mereka yang menderhaka kepada ALLAH SWT.
Sidang Jumaat Yang berbahagia
Bertaqwalah kita dengan sebenar taqwa dan jangan kita tidur ketika khutbah berkumandang kerana hal itu menunjukkan lemahnya ketaqwaan kita kpd Allah. Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada khutbah yang disampaikan ini.
Bagi manusia, ayat menderhaka amat sensitif. Ia menunjukkan bantahan, tidak bersetuju dan ingin menentang kembali. Biasanya, derhaka ini kita pakai apabila seseorang yang kedudukannya lebih rendah, ingin menentang seseorang yang kedudukannya lebih tinggi. Contoh, anak yang derhaka dirujuk kepada anak yang membantah ibu bapanya. Contoh lain, rakyat yang derhaka dirujuk kepada rakyat yang membantah titah sultannya. Kalau di dalam bahasa arab, derhaka disebut ‘asi. Manusia memandang buruk anak yang derhaka kepada kedua orang tuanya. Manusia juga akan mengutuk tindakan rakyat yang derhaka kepada sultannya. Apa sahaja jenis penderhakaan golongan bawah kepada golongan atas, akan kelihatan buruk di mata manusia.
Di dalam sejarah melayu, kita mempunyai beberapa kisah penderhakaan rakyat kepada sultan. Contoh yang paling popular adalah penderhakaan Jebat kerana menuntut bela sahabatnya Hang Tuah, yang disangka mati dibunuh dengan tidak adil oleh Sultan. Kita ingat sejarah-sejarah ini. Hatta rakyat yang ‘menderhaka’ kepada inggeris turut kita ingat. Semuanya diajar di dalam buku sejarah, agar kita tidak mengulanginya. Memang, manusia perlu belajar dari sejarah untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Tapi persoalannya, bagaimana agaknya manusia memandang penderhakaannya kepada ALLAH SWT?
Di dalam Al-Quran, ALLAH SWT telah menukilkan kisah-kisah kaum yang derhaka kepadaNya. Kaum Nabi Nuh, Kaum ‘Ad yang diseru oleh Nabi Hud, Kaum Thamud yang diseru oleh Nabi Soleh, Kaum Madyan yang diseru oleh Nabi Syu’aib, Kaum Babylon yang diseru oleh Nabi Ibrahim, Kaum yang diseru Nabi Lut, Bani Israel yang diseru oleh Nabi Musa dan Nabi Harun.
Kisah-kisah mereka ini, tidak disebut sekali sahaja di dalam Al-Quran. Jika kita membaca Al-Quran dari hadapan hingga belakang, kisah kaum-kaum ini disebut beberapa kali/ berulang2 kali. Untuk apa? Untuk kita lihat, ambil iktibar, merasakan kepentingan, betapa buruknya akibat mereka yang menderhaka kepada ALLAH SWT.
Namun siapakah yang pernah kisah jika dia menderhaka kepada ALLAH?
ALLAH beri pelbagai nikmat, ALLAH beri pinjam itu ini percuma, tetapi sebagai balasan, kita menderhaka kepadaNya. Adakah perangai kita yang menderhaka kepada ALLAH ini tidak dikira sebagai kurang ajar, samseng dan tidak kenang budi? Tidakkah kita ini telah jatuh ke satu tahap yang buruk? Namun hari ini, manusia menyebar-nyebarkan pula penderhakaan kepada ALLAH. Penderhakaan kepada ALLAH itu dipandang baik, bagus, terkehadapan, arus terkini dan sebagainya.
Siapa yang rajin ke masjid akan dipandang pelik. Siapa yang pakai tudung labuh menutup aurat dengan sebaiknya diejek kuno dan ketinggalan zaman. Siapa lelaki yang tiada teman wanita, atau wanita yanng tiada teman lelaki dikutuk-kutuk. Siapa yang mengajak kepada kebaikan ditengking-tengking, diugut, diancam, diambil tindakan, disekat dan sebagainya. Siapa yang hendak taat pada ALLAH, pada ajaran Rasulullah SAW, dipandang dengan jelek. Siapa yang ingin mengamalkan al-Quran dengan bersungguh2 dianggap terkebelakang. Sistem Islam dianggap tidak relevan, tidak dapat bersaing dengan kemajuan dunia hari ini. Yang membaca al-Quran merdu2 lagunya diberi piala, yang mengamalkan Quran bermati2an dapat penjara, Yang berteriak-teriak untuk menegakkan keadilan dianggap aneh namun yang korupsi habis-habisan hidup terhormat dan disanjung2.
Manusia langsung tidak memandang buruk penderhakaannya kepada ALLAH. Menderhaka kepada mana-mana manusia dipandang dengan sebegitu besar dosanya. Walaupun zalim, tetap tidak boleh disanggah dan tak boleh dibantah.
Tetapi bagaimanakah ALLAH? Adakah ALLAH zalim kepada kita? Adakah ALLAH membenci kita? Adakah ALLAH tidak kasihkan kita? NikmatNya tidak terkira banyak. ALLAH memberikan kita nyawa, akal, hati, ruh, anggota tubuh, perasaan, keluarga, kawan-kawan, ilmu, bumi untuk tinggal, bintang-bintang indah, sistem putaran orbit, sistem-sistem lain, oksigen, kitaran udara, dan pelbagai lagi pinjaman nikmat tanpa ada bayaran deposit. Yang perlu kita buat dengan harta pinjaman ini adalah menggunakan dengan sebaik-sebaiknya. Semua ini adalah pinjaman yang percuma. Pinjaman, bukannya hak milik kekal.
“ Apakah kamu mengira, KAMI menciptakan kamu hanya untuk bermain-main? Dan kamu kepada KAMI tidak dikembalikan?” Surah Al-Mu’minuun ayat 115.
“ Apakah kamu mengira, KAMI menciptakan kamu hanya untuk bermain-main? Dan kamu kepada KAMI tidak dikembalikan?” Surah Al-Mu’minuun ayat 115.
Muslimin Sidang Jumaat Yang Saya Kasihi..
Hari ini kebanyakan manusia derhaka kepada Allah, anak derhaka kpd Allah, ibubapa derhaka kpd Allah, golongan muda mudi derhaka kepada Allah, orang-orang miskin derhaka kepada Allah, Orang2 kaya derhaka kpd Allah, ahli2 ekonomi derhaka kpd Allah, ahli2 koperat derhaka kpd Allah, ahli2 politik derhaka kpd Allah, ulamak&cerdik pandai derhaka kpd Allah, rakyat derhaka kpd Allah, pemimpin2, menteri2, pembesar2 negara derhaka kpd Allah.
Kebanyakan manusia hari ini berada ditepi jurang api neraka. Kesilapan dengan Allah dan kesilapan sesama manusia sungguh tidak terkawal lagi. Dan dosa2 ini kalau tidak diampunkan dan tidak diperbetulkan nescaya akan menghantar manusia yang sudah sedia dalam derita dan seksa hidup didunia ini kedalam lubang neraka jahannam di hari akhirat kelak.
Berapa orang menteri, pengarah, pengurus, pensyarah, cikgu, arkitek, pegawai bank, D.O, kerani, tukang kebun, peniaga, pemandu dan peon yang bertaqwa, yg sentiasa solat jamaah di masjid dan surau, sentiasa hadir kuliah agama, yang rendah hati, yg tawadhuk, yg penyayang, timbang rasa dan rela menyusahkan diri kerana memberi kesenangan kpd org lain? Dan berapa orang pula pemimpin2, pegawai2 tadbir, ahli2 politik serta seluruh kakitangan kerajaan dan swasta dinegara ini yang rasuah, menipu, menyalah gunakan kuasa, kaki perempuan, kaki botol, kaki dangdut, kaki maksiat dan lain2 maksud lagi samada dengan Allah dan dengan sesama manusia.
Ampun maaf, para ulamak, mufti2, pegawai2 agama, lulusan tinggi Usuluddin, feqah, tasauf pun banyak yang tidak kenal Allah, tidak jd abid yg sebenar, tidak takut dosa, tidak fikir akhirat, tidak tawadhuk dan tidak sanggup berjuang dan berkorban menjadi rijalullah, berjuang untuk menegakkan kalimatullahi hiyal ulya di bumi tercinta ini. Mereka sama2 mengejar pangkat dan gaji. Mereka takut pada kemiskinan lebih daripada takutkan dosa, takut pada kata nista manusia daripada kata2 Allah, agama terbiar tanpa pembelaan, mengejar dunia sehingga melupai syurga Allah swt.
Anak-anak muda semakin kurang ajar dan tidak bertamadun. Hanya memikirkan keseronokan hidup, leka dengan hiburan, seks bebas, pergaulan bebas, dadah, arak, zina, samseng jalanan, ragut, buang anak dan segalanya.
Muslimin Saudaraku Seislam
Kederhakaan di zaman ini semakin hari semakin melampau sehinggakan hari ini fungsi masjid telah disempitkan hanya kepada amalan ibadat sahaja. Di kebanyakan masjid kita melihat kaum Muslimin dilarang berbincang tentang permasalahan umat Islam. Sama sepertimana penganut agama Kristian yang menunaikan ibadat mereka di dalam gereja atau penganut agama Yahudi beribadat di dalam biara mereka, umat Islam sekarang ini berbangga dengan masjid-masjid yang menelan berjuta-juta ringgit yang dihiasi dengan berbagai corak dan lambang seolah-olah kebesaran, keagungan dan identiti umat Islam terletak pada struktur dan kecantikan corak yang terdapat pada masjid tersebut.
Namun amat menyedihkan apabila di tempat-tempat di mana masjid-masjid ini dibina, hukum shara’ yang sepatutnya menjadi identiti umat Islam dan bukti perlaksanaan Islam di kawasan tersebut, dilupakan. Masjid bukan sahaja bukan sahaja menjadi tempat menunaikan amal ibadat khusus, namun ia merupakan pusat aktiviti sosio-politik kaum Muslimin.
Marilah kita sama-sama memperingati diri kita dengan amaran daripada Hadis Rasulullah berkenaan dengan peristiwa-peristiwa buruk yang akan menimpa umat Islam. Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama yang ada adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali". [H.R. al-Baihaqi]
Muslimin Sekelian,
Kederhakaan kepada Allah semakin dahsyat iaitu ketika negara semakin teruk dilanda krisis akhlak tiba-tiba kerajaan bertindak bacul meluluskan kedatangan kumpulan muzik Pitbull dalam suatu konsert secara terbuka yang ditaja oleh sebuah syarikat arak di mana kumpulan ini terkenal dengan imej budaya arak, dadah, seks dan pergaulan bebas pada 15 Mei baru2 ini. Walau pun ada jaminan daripada kementerian berkenaan supaya ia terkawal tetapi racun tetap racun, haram tetap haram. Selain itu Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, melaporkan menteri kewangan secara rasminya memberi lesen judi bolasepak sempena Kejohanan Bolasepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya dengan alas an bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.. Akhbar itu melaporkan pertaruhan secara sah itu boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini. Perjudian itu boleh dilakukan melalui lebih 2000 kedai pertaruhan Toto yang dimiliki kumpulan itu.
Kenyataan ini begitu menjijikkan seolah-olah tiada erti halal haram syurga neraka ketika masyarakat semakin rosak malah ditambah lagi dengan penyuburan amalan judi yang merosakkan. Itu belum dikira dengan beberapa badan yang menjaga kebajikan orang ramai seperti laporan tahunan 2009 Carlsberg Brewery, Perkeso yang terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia mempunyai saham dalam syarikat arak itu iaitu sebanyak 2,155,700 unit. Amanah Raya Berhad pula merupakan GLC di bawah Kementerian Kewangan dan menguruskan hal ehwal pesaka orang Islam mempunyai saham sebanyak 585,300 unit saham dalam Carlesberg disamping laporan Tahunan Magnum Corporation 2006 pula menunjukkan Amanah Raya Berhad memiliki lebih 11 juta unit saham dalam syarikat judi. Di Malaysia, semua benda haram boleh jadi halal hanya dengan diberi sejenis pengiktirafan yang dipanggil lesen.
Bila arak dan judi menguasai negara maka tunggulah saat kehancuran yang dahsyat daripada Allah jika kita tidak bangkit menentangnya. Di depan kita ada dua pilihan samada berjuang agar arak dan judi dibanteras dengan mendapat kemuliaan di sisi Allah atau kita lebih senang berdiam diri apatah lagi turut sama memberi sokongan sehingga kita bakal dihina di dunia dan diseksa di akhirat kelak. Kenapa manusia menjadi derhaka sehingga sampai ketahap menghalalkan yang haram?? Jawapannya ialah disebabkan kebanyakan manusia hari ini adalah dari jenis makhluk yang tidak pernah memerhatikan hukum Allah dalam membuat keputusan. Kepala mereka dipenuhi najis pemikiran Kapitalis dan sekularis yang hanya tahu berfikir untuk mendapatkan keuntungan dari setiap perbuatan, tanpa mengambil kira aspek halal-haram.
“ Sesungguhnya ALLAH itu tidak menzalimi manusia sedikit pun, tetapi manusia itulah yang menzalimi diri mereka sendiri” Surah Yunus ayat 44.
Saudaraku Sidang Jumaat Sekelian,
Sedarlah wahai kaum Muslimin rahimakumullah! Berapa banyak dari perkara yang kita anggap remeh, namun sebenarnya merupakan masalah yang besar yang menyentuh persoalan akidah/keimanan kita kepada Allah SWT. Berapa banyak persoalan kederhakaan kita kepada Allah yang boleh mengeluarkan seseorang Muslim dari keIslamannya, namun dia tidak mengetahui bahawa dirinya sudah keluar dari Islam!
Sesungguhnya sistem sekular yang memisahkan agama dengan kehidupan itulah yang merupakan punca kepada segala kemungkaran dan kederhakaan yang ada pada hari ini. Sistem mereka adalah mungkar, undang-undang mereka adalah mungkar, tingkah laku mereka juga penuh kemungkaran yg menyebabkan kita yang menyokong dan mengikut juga mungkar, mendapat saham daripada dosa kederhakaan dan kemungkaran tersebut.
Marilah kita muhasabah dengan penuh rasa kerdil, sama-sama kita lihat kembali diri kita, dan renungkan segala dosa dan salah silap kita. Layakkah kita hendak menderhaka kepada ALLAH swt? Sesungguhnya ALLAH SWT itu Maha Pengampun, Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang. Manusia tidak akan gah di sisi Allah SWT di hari akhirat melainkan mereka yang beriman dan yang beramal soleh. Tidak ada kemuliaan sedikitpun kepada bangsa Arab, Turki mahupun Melayu. Para sahabat Nabi SAW dan generasi yang terdahulu, mereka sanggup melakukan pengorbanan jiwa dan harta mereka semata-mata untuk meninggikan agama Allah SWT.
Oleh itu Bangkitlah wahai kaum Muslimin rahimakumullah! Bersihkanlah diri dan masyarakat kita dari segala keburukan dan kemungkaran. Buanglah punca kemungkaran tersebut, nescaya kita dan umat Islam keseluruhannya akan menjadi bersih dan mulia. Yakinlah bahawa kemungkaran yang melingkungi kita semua pada hari ini tidak akan dapat diubah kecuali dengan menghancurkan sistem kufur dan akar-akar kekufuran yang telah lama bertapak di negara kita dan negara kaum Muslimin lainnya. Kita tidak mahu berada di dalam kehidupan yang dilaknat dan dimurkai oleh Allah. Selagi masih ada sisa-sisa usia yang Allah kurniakan kepada kita ini, marilah kita sama-sama berusaha untuk menegakkan sebuah kehidupan Islam yang sebenar berpaksikan al-Quran & Sunnah dalam diri, keluarga, masyarakat dan Negara, yang dengannya segala kemungkaran dan kedrhakaan dapat dihapuskan dan digantikan dengan kebaikan dan kemuliaan.
DISAMPAIKAN OLEH IBNU MUSLIM PADA 28 MEI 2010 DI SURAU AL-IKHLAS (SURAU JUMAAT) BANDAR SG BUAYA RAWANG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan