Sahabat Ilmu

Selasa, 12 Ogos 2008

KISAH YANG MENILAI AMALAN KITA??

Pengalaman Seorang Syeikh ada kaitan kisah Uwais Al-Qarni

Berikut adalah terjemahan artikel forum (Sumber:http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=113941)

Selamat membaca...

Saudara kita yg dikasihi...
Syeikh Ibnu Abd Ghani menceritakan kisah ini di dalam salah satu forum berbahasa arab;

Beliau (semoga Allah merahmatinya) menulis :

Kisah Uwais al-Qarni ini telah diceritakan di dalam Sahih Muslim dan begitu juga di dalam beberapa buku yg lain.Walaupun beliau (Uwais) adalah merupakan seorang Tabi'en dan tidak sempat melihat Baginda S.A.W., Baginda telah berpesan kepada Umar bin al-Khattab r.a.,jika beliau (Umar) berjumpa dgnnya (Uwais),maka beliau hendaklah memintanya (Uwais) mendoakan keampunan utk beliau (Umar) dan memberikan syafaat utk beliau.

Maka Umar r.a. ketika zaman pemerintahannya sering bertanya kepada rombongan kafilah yg datang dr Yaman : "Adakah Uwais terdiri di kalangan kalian?", sehinggalah akhirnya selepas satu tahun berlalu, beliau (Umar) berjaya bertemu dengannya (Uwais). Beliau mendapati bahawa beliau (Uwais) bukanlah terdiri daripada golongan bangsawan di kalangan masyarakat di tempatnya, tiada seorang pun yg mengambil tahu tentangnya, walaupun mereka itu org yang sering mengikutinya (di dalam rombongan tsbt). Jadi,Umar memberitahu kepadanya (Uwais) ttg pesanan daripada Rasulullah S.A.W. dan meminta Uwais memohon keampunan Allah Taala utk beliau (Umar). Ketika Umar mendapati bahawa Uwais hendak meneruskan perjalanan ke Kufah,beliau telah menulis surat kepada utusannya beliau di sana, agar utusannya itu dapat melayannya (Uwais) dgn layanan yg baik. Walau bagaimanapun, Uwais enggan dan meminta agar Umar tidak melakukan sedemikian. Beliau (Uwais) menjelaskan permintaannya bahawa beliau lebih suka utk hidup sbg seorang yg tidak dikenali di kalangan masyarakat (kisah ini termaktub di dalam ingatan kita semua).

Sekarang, saya tidak mengatakan bahawa saya telah bertemu dgn Tabi'in Yg Mulia tsbt, tetapi saya telah bertemu dgn seorang lelaki dr sekolahnya (mungkin di nisbahkan nama sekolah tsbt kpd nama beliau). Seorang lelaki yg mengikut jejak yg sama seperti Uwais, dan berikut adalah kisah saya bersamanya.

Ketika salah satu hari Jumaat dr bulan Ramadan, saya meninggalkan rumah untuk menyampaikan Khutbah Jumaat di salah satu dr Masjid al-Jam'iyyah al-Syar'iyyah di Kaherah. Ketika menaiki kereta, jubah sy yg berwarna putih telah terkena satu tompok hitam,dan ia membuatkn saya dukacita. Saya bertanya kepada diri sendiri "Bagaimana saya mampu berdiri di hadapan orang ramai menyampaikan Khutbah sedangkan tompok ini mengotorkan baju saya yang cantik ini?" Saya meninggalkan kereta dan berjalan masuk ke Masjid. Ketika berjalan,saya melalui di hadapan sebuah kedah yang mempunyai sebuah cermin yang besar di hadapan pintu masuknya. Saya berdiri di hadapan cermin tersebut membersihkan pakaian saya serta memastikan pakaian saya kemas, kemudian meneruskan perjalanan ke Masjid.

Saya telah sampai ke Masjid, tetapi hal kotoran td masih menghantui fikiran saya. Di pintu masuk Masjid itu terdapat beberapa peminta sedekah yg berdiri di situ. Mereka sering berdiri di situ ketika bulan yg diberkati ini, setiap seorang mempunyai kisah2 tersendiri utk menarik simpati para jemaah yg hadir utk menunaikan solat. Saya tidak memberikan perhatian terhadap mereka dan terus memasuki Masjid. Saya menaiki Mimbar dgn cepat, dgn berharap agar tiada seorang pun menyedari ttg tompok hitam yang mengotorkan pakaian saya di dalam kereta tadi.

Saya menyampaikan khutbah dan kemudian kami menunaikan sembahyang. Setelah selesai solat, saya menyandarkan belakang saya di salah satu tiang yang berdekatan dgn Kiblat (tmpt imam bersembahyang) dan meluruskan kaki utk berehat sebentar.

Ketika ini masyarakat Mesir sering pergi dan bersalam dgn Imam dan selepas menunaikan solat dan mendoakannya. Saya mula bersalaman dgn mereka ketika masih duduk di dalam keadaan yang sama (menyandar) dan membalas doa2 mereka dgn menganggukkan kepala ke atas dan ke bawah. Saya benar2 kehausan memandangkan cuaca yang panas dan di dalam keadaan berpuasa.

Ketika itu,saya menyedari ada seorang lelaki yang berjalan dgn penuh kesulitan meminta utk bertemu dgn Syeikh (saya). Tiada seorang pun yang melayan permintaannya, bahkan sesetengah mereka melambai2kan tangan dalam keadaan yang menghinakan (mendepakan tangan dll) agar dapat menjauhkan diri mereka dari orang tua tersebut ketika beliau berjalan. Siak masjid tersebut memimpin tangan beliau dan membawanya kepada saya. Saya melihat ke arah beliau, dan melihat bahawa pakaiannya telah koyah rabak. Keadaannya seperti apabila dia memberi salam kepada orang lain, tiada seorangpun yang mahu membalas salam tersebut dan apabila dia bercakap tiada seorangpun yang mahu mendengar kata2nya. Pada hemat saya, dia ada salah seorang peminta sedekah yang berada di pintu masuk Masjid td.

Lelaki tersebut sampai ke tempat saya sedang duduk, dia memberi salam kepada saya dan saya membalasnya kembali dalam keadaan saya masih lagi duduk seperti tadi(dlm keadaan menyandar).

Saya menantikan kata2nya ttg betapa susahnya hidup,seperti peminta2 sedekah yang lain,tetapi dia tidak berbuat demikian.

Bahkan, dia memulakan dgn membincangkan ttg Khutbah yg saya sampaikan td! Saya berfikir sendirian, "ini adalah salah satu cara yg terbaru utk meminta sedekah! Menunjukkan bahawa faham ttg perkara yang disampaikan di dalam khutbah td agar saya berlembut hati!"

Kemudian beliau berkata : "Tetapi saya ada perkara yg perlu diperbetulkan berkenaan khutbah tuan td, jd saya harap tuan tidak kisah utk mendengarnya".

Saya terkejut, dan ketika masih di dalam keadaan duduk : "membetulkan Khutbah saya!! dan kamu yg akan membetulkan semuanya?!"

Beliau membalas : "Ya".

Saya berkata : "Dalam aspek (syarat2 dll) apakah di dalam Khutbah td?"

Beliau berkata : "Dalam aspek Tatabahasa Arab, Hadith dan Tafsir".

Selepas itu, saya secara jujur merenung tepat ke wajahnya dgn keadaan teruja, seraya berkata : "Dan di manakah kamu mengetahui kesemua bidang pengetahuan ini?"

Beliau memperkenalkan dirinya kepada saya, beliau adalah graduan dari Universiti Dar al-Uloom dan pakar dalam bidang Syariah Islamiyyah. Beliau sudahpun menyiapkan beberapa kertas kerja di dalam bidang Tafsir dan beliau belajar secara sampingan di beberapa madrasah2 yg terkemuka.

Saya melihat kepada orang ramai di sekeliling saya di dalam Masjid itu dan mereka mengangguk2kan kepala seolah2 faham dgn apa yg beliau cakapkan.

Ketika itu, saya terus membetulkan belakang saya sambil bersila,kemudian berkata kepada lelaki tersebut : "Dan apakah aspek2 yang kamu ingin perkatakan, wahai tuan yang saya hormati".

Beliau berkata : "Tentang tatabahasa Arab, kamu telah menggunakan beberapa perkataan dari bahasa 'Amiyah (dialek) dan perkara tersebut telah merosakkan kemuliaan dan keagungan Khutbah tersebut" (Beliau terus menerangkan kepada saya tentang peri pentingnya bagi Khatib tersebut untuk menggunakan bahasa baku (Fushah) dengan menggunakan perkataan2 yang menambahkan minat saya terhadap bahasa kita (Arab) yang indah).

"Dan berkenaan dengan Hadith, kamu telah mengeluarkan dalil menggunakan beberapa kata2 sahabat (Atsar) dan menerangkan sumber2nya bagi sesetengahnya (Atsar), tetapi tidak menerangkannya bagi dalil2 (Atsar) yang lain. Begitu juga,bagaimana kamu mengeluarkan suatu dalil (Atsar) dan merujuknya kepada Abu Dawud, sedangkan ia berada di dalam Bukhari, tidakkah kamu tahu bahawa perkara ini boleh menjatuhkan status seorang pemidato:. (Kemudian beliau terus menerangkan kepada saya tentang cara2 dan keadaan di dalam madrasah Hadith, yang menambahkan minat saya kepada bidang pengajian Hadith.

"Adapun tentang Tafsir, kamu telah mengeluarkan kenyataan daripada beberapa ulama' yang mentafsirkan al-Qur'an mengikut pendapat mereka, jadi berhati2lah ketika memperkatakan tentang Kitab Allah dan jangan sekali2 menjadi seperti burung belatuk (hanya tahu mengambil tafsiran tanpa kajian terlebih dahulu). (Kemudian beliau terus menerangkan kepada saya tentang kaedah2 berbeza yang digunakan oleh Ahli Tafsir (orang2 yang pakar di dalam Tafsir dan perkara2 yang berkaitan dgnnya), yang menambahkan lagi minat saya kepada pengajian Tafsir.

Ketika itu, orang ramai mula bersurai meninggalkan kami.

Ketika mana beliau ingin bangun, saya bersegera bangun dan menyambut tangannya. Kemudian saya bergegas mengambil kasutnya, dan membantunya memakaikan kasut tersebut. Dia sering meminta saya agar tidak melakukan sedemikian. Saya memimpin tangannya untuk membawanya pulangnya ke rumah, tetapi dia berkeras tidak mahu saya berbuat demikian.

Ketika itu, saya mendapati bahawa kami berada di sebalik dinding yang orang ramai tidak dapat melihat kami, jadi saya mengeluarkan sedikit wang dari dalam poket, dan dengan nada lemah lembut saya meminta beliau menerimanya. Beliau mulai marah dan menaikkan suaranya sedikit. Saya memohon maaf kepadanya, dan beliau menerima permohonan maaf tersebut, seraya berkata : "Kamu mesti berasa kasihan terhadap saya disebabkan cara saya berpakaian". Saya berkata :"Ya, dan saya berharap tuan dapat memaafkan saya kerana tidak memandang tinggi terhadap tuan ketika pertama kali saya melihat tuan:. Jadi dia pun memaafkan saya.

Saya memberitahu beliau : "Tolong beritahu saya,bagaimanakah tuan hidup dan bersama siapa?". Beliau berkata : "Saya akan menjawap pertanyaan kamu itu seadanya. Saya mempunyai pendapatan yang kecil, tapi Allah telah merahmati saya, dan dengan rahmatNya saya tidak perlu meminta2 (kepada org lain)". Saya bertanya : "Dengan siapakah tuan tinggal?". Beliau menjawab : "Dgn diri saya, anak2 dan isteri sudah cukup untuk menjadi bekal pada hari Akhirat nanti" dan kemudian beliau berkata : "Saya tiada nilai di dunia ini, dan hubungan saya dengannya (Dunia) tidak terlalu baik. Apa yang saya perlukan hanyalah sehelai baju untuk menutup tubuh saya dan secebis makanan yang boleh menghilangkan lapar, dan selainnya saya tidak memerlukan apa2 pun".

Kemudian saya menyentuh tangannya untuk mengucupnya, dan saya bersalaman dengannya kemudian melangkah beberapa langkah. Kemudian saya menoleh ke belakang melihat arah tujuan beliau. Saya melihat orang ramai tidak mengendahkan kehadirannya ketika memegang tongkatnya, yang digunakan untuk merasai jalan (mengetahui keadaan jalan) di hadapannya.

Dan saya pula, ketika melangkah memikirkan tentang diri saya, dan betapa kecewanya saya ketika jubah putih saya terkena kotoran tadi. Dan ketika melangkah, kenderaan2 mulai bergerak perlahan, agar saya dapat melintas (jalan tersebut), dan orang ramai yang lalu-lalang datang menghampiri saya untuk bersalaman dan memohon doa dari saya.

Mereka semuanya tertarik kerana keadaan dan rupa paras saya.

Saya teringat kepada suatu hadith Nabi Muhammad S.A.W., ketika Baginda bersama sahabat2 Baginda dan ada seorang lelaki yang memiliki rupa paras sebagai seorang yang berharta. Maka Baginda S.A.W. bertanya : "Apakah yang kamu katakan tentang keadaannya (lelaki tersebut)?" Mereka (sahabat2) menjawab : "Wahai Nabi Allah, dia adalah orang yang ketika mana dia bercakap, kami akan mendengarnya, dan jika dia meminang anak gadis kami, kami tidak akan menolaknya, dan jika dia menjadi perantara (bagi menyelesai sesuatu hal) kami akan menerima perantaraan tersebut". Kemudian, seorang lelaki yang kelihatan miskin dan memerlukan (bantuan) melintas, maka Baginda S.A.W. bertanya : "Dan apakah yang kamu perkatakan tentang lelaki tersebut?" Mereka menjawab : "Dia adalah dari golongan yang ketika dia bercakap kami tidak mahu mendengarnya, dan apabila dia meminang anak gadis kami, kami akan menolaknya, dan jika dia menjadi perantara, kami tidak akan menerima perantaraan tersebut". Kemudian Baginda bersabda : "Lelaki (miskin) itu lebih (berharga) dari dunia yang dipenuhi dengan orang yg seorang lagi (kaya)". (أو كما قال صلى الله عليه وسلم)

Dipetik dari laman http://www.ahlalhdeeth.com/

ULASAN USTAZ NAIM:
HAYATILAH DAN FAHAMILAH KISAH INI NESCAYA BANYAK MEMBERI MANFAAT KEPADA KITA DALAM MENJALANI KEHIDUPAN YANG PENUH DENGAN UJIAN, CUBAAN INI...

Tiada ulasan: