Keharusan Melabur Dalam ASB & ASN?
Saya mula perbincangan ini dengan menyiarkan kembali fatwa keharusan ASB &ASN:
Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang dipetik dari Laman Web JAKIM:
Harus Melabur Dalam ASN dan ASB
Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bermuzakarah bagi kali ke-80 bermula pada 1 hingga 3 Februari 2008 telah memutuskan bahawa Hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.
Oleh itu, umat Islam boleh menyertai skim pelaburan ini dan tidak perlu merasa ragu-ragu terhadap status pelaburan yang telah dibuat serta dividen atau bonus yang telah diterima. (http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=2925 pada 22 Mac 2008)
Ulasan saya (Dr Asmadi Mohamed Naim):
Pertamanya, ini ialah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu badan tertinggi pembuat keputusan mengenai sesuatu hukum di Malaysia. Berdasarkan kaedahnya, hukum yang dikeluarkan boleh membatalkan ijtihad fardi (ijtihad perseorangan). Oleh itu sebarang ijtihad fardi boleh ditolak dengan berpegang kepada ijtihad ini. Pihak yang mengeluarkan fatwa menanggung akibatnya samada di dunia mahupun di akhirat. Kedengaran rakan-rakan yang suka melabur berkata: “Saya akan mula melabur, sekiranya ada urusan yang berdosa, saya sandarkan dosa tersebut kepada ahli Majlis Fatwa Kebangsaan”.
Sebelum anda melabur, bacalah padangan di bawah dan tanyalah fatwa dari hati anda tentang persoalan ini….
Keduanya secara umumnya kedudukan sesuatu fatwa tidak tertolak dengan fatwa setarafnya, kecuali sekiranya suatu majlis fatwa yang lebih besar membatalkan keputusannya. Ia berdasarkan kaedah:
Bermaksud: Ijtihad itu tidak dibatalkan dengan ijtihad setarafnya tetapi dibatalkan dengan ijtihad yang lebih besar darinya.
Ketiganya, fatwa ini menggunakan hujah yang menganalisis isu secara makro, contohnya apa akibatnya sekiranya umat Islam tidak menguasai ASN & ASB? Bagaimana kedudukan kewangan PNB dan kesannya pada penguasaan ekonomi orang Islam. Maka diharuskan pelaburan ASN dan ASB atas dasar maslahah.
Persoalannya, adakah ianya benar-benar maslahah dharuriyyah yang boleh memghalalkan perlakuan PNB SECARA SENGAJA melabur dalam produk-produk haram? Dan adakah juga boleh menghalalkan perbuatan pelabur sengaja menyerahkan wangnya kepada PNB yang sememangnya sengaja melabur dalam institusi yang diharamkan?
Keempatnya, transaksi yang dilakukan PNB ialah melaburkan wang-wang pelabur ke dalam syarikat-syarikat patuh syariah dan syarikat tidak patuh syariah (bank-bank riba dan sebagainya).
PANDANGAN PERIBADI (Dr Asmadi Mohamed Naim)
##Pendapat peribadi saya mungkin tidak setaraf untuk membantah pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan. Cuma untuk renungan pembaca, saya bentangkan pandangan peribadi saya iaitu:
i. PNB secara sengaja melabur dalam syarikat tidak patuh syariah, maka haram hukumnya. Pelabur pula secara sengaja melabur dalam ASN dan ASB yang diketahui melabur secara sengaja dalam perkara-perkara haram tersebut, maka haram juga perbuatan pelabur tersebut. Sekiranya berterusan pelaburan tersebut, maka berterusan perbuatan haram tersebut.
ii. Setelah memperolehi hasil pelaburan (setelah terlibat dalam perlaburan bercampur tersebut), pelabur wajib mengeluarkan atau menyedekahkan kadar keuntungan/ dividen dari pelaburan yang haram dan hanya menggunakan kadar dari pelaburan yang bersih.
Walaupun begitu, pandangan saya masih bersifat peribadi, kerana ijtihad berkumpulan itu lebih kuat. Namun saya suka merujuk kepada fatwa Majma’ al-Fiqh al-Islami (Akademi Fiqh Antarabangsa) di atas sifatnya sebagai institusi fatwa yang lebih besar walaupun perbahasannya mengenai pembelian saham pada syarikat bercampur halal dan haram:
International Fiqh Academy Resolution on mixed company (Jeddah, 1995)
Company equities
i. The basis of muamalat is permissible, thus the establishment of public equity company on shariah compliance activities is permissible.
ii. There are no dispute view on prohibiting the purchase of equities in the company where the main activity is non shariah compliance, such as riba, or producing and supplying prohibited items or services.
iii. The basis principle is prohibition in purchasing equities of companies which participate in muharramat, although its core activities are shariah compliance activities.
Wallahu a’lam.
22 MAC 2008
Dr Asmadi Mohamed Naim
(Berkelulusan PhD & Sarjana (Fiqh & Usul Fiqh)(UIAM), B. Syariah (Fiqh & Tasyri')Universiti of Jordan)
(PEMBACA JUGA BOLEH MEMBACA MASALAH HALAL ATAU HARAM ASN/ASB DALAM BLOG INI JUGA IAITU PENDAPAT DARIPADA UST ZAHARUDDIN ABD RAHMAN YANG BERTAJUK: ARTIKEL YANG MESTI DI BACA BERTARIKH 5 FEBUARI 2008)
Rabu, 13 Ogos 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Assalamualaikum pada ustaz naim yang dihormati, bukanlah komen yang saya nak ajukan pada ustaz tentang ASB atau ASN tapi ada kawan saya di pejabat bertanya pada saya, saya tak mampu menghurai cuma tak boleh dah boleh sahaja yang mampu saya katakan soalannya ustaz: 1. berikan saya nas atau hukum dari hadis atau alquran mengatakan tak boleh pegang al-quran tanpa wudhu.? ke-2. ada hadis atau dalil ke tak boleh berkata-kata ketika azan. harap ustaz beri komen jika berkelapangan atau emel: razakyizat@perodua.com.my;razaky@streamyx.com wasalam.
Catat Ulasan