Sahabat Ilmu

Rabu, 8 Februari 2017

Gong Xi Fa Cai


Himpunan H355


Jangan Cepat Menghukum Orang

Disebut dalam sebuah Hadis al-Qudsi, bahawa di dunia dahulu terdapat dua orang bersaudara dari kalangan Bani Israel. Salah seorangnya sangat baik manakala seorang lagi sangat jahat. Suatu hari yang baik menggelarkan yang jahat sebagai ahli neraka dan dosanya tidak mungkin akan diampunkan Allah. Lalu Allah mematikan kedua-duanya serta memanggil mereka menghadap-Nya. Akhirnya Allah memasukkan yang jahat ke dalam syurga manakala yang baik dicampakkan ke dalam neraka.

Berikut adalah nas sebenar hadis yang dinyatakan dalam kisah di atas:

كَانَ رَجُلَانِ فِي بَنِي إِسْرَائِيلَ مُتَوَاخِيَيْنِ فَكَانَ أَحَدُهُمَا يُذْنِبُ وَالْآخَرُ مُجْتَهِدٌ فِي الْعِبَادَةِ فَكَانَ لَا يَزَالُ الْمُجْتَهِدُ يَرَى الْآخَرَ عَلَى الذَّنْبِ فَيَقُولُ أَقْصِرْ فَوَجَدَهُ يَوْمًا عَلَى ذَنْبٍ فَقَالَ لَهُ أَقْصِرْ فَقَالَ خَلِّنِي وَرَبِّي أَبُعِثْتَ عَلَيَّ رَقِيبًا فَقَالَ وَاللَّهِ لَا يَغْفِرُ اللَّهُ لَكَ أَوْ لَا يُدْخِلُكَ اللَّهُ الْجَنَّةَ فَقَبَضَ أَرْوَاحَهُمَا فَاجْتَمَعَا عِنْدَ رَبِّ الْعَالَمِينَ فَقَالَ لِهَذَا الْمُجْتَهِدِ أَكُنْتَ بِي عَالِمًا أَوْ كُنْتَ عَلَى مَا فِي يَدِي قَادِرًا وَقَالَ لِلْمُذْنِبِ اذْهَبْ فَادْخُلْ الْجَنَّةَ بِرَحْمَتِي وَقَالَ لِلْآخَرِ اذْهَبُوا بِهِ إِلَى النَّارِ

“Pada zaman dahulu, terdapat dua orang lelaki dari kalangan Bani Israel yang bersaudara tetapi berbeza karakternya, salah seorangnya pelaku dosa dan seorang lagi rajin beribadah. Setiap kali ahli ibadah ini melihat saudaranya berbuat dosa, ia menyuruhnya untuk berhenti dari perbuatan dosanya.

Pada suatu hari ahli ibadah itu berkata lagi; Berhentilah dari berbuat dosa. Pelaku dosa itu menjawab; Biarkan aku, Allah telah menetapkan aku bahawa engkau diutus-Nya untuk mengawasi apa yang aku lakukan. Lantas ahli ibadah itu menempelaknya; Demi Allah, dosamu tidak akan diampuni-Nya atau kamu tidak mungkin dimasukkan Allah ke dalam syurga.

Kemudian Allah mencabut nyawa kedua-dua lelaki itu dan mengumpulkan keduanya di hadapan Allah Rabb al-‘Alamin. Allah berfirman kepada lelaki ahli ibadah itu; Apakah kamu lebih mengetahui daripada Aku? Adakah kamu dapat mengubah apa yang telah berada dalam kekuasaan tangan-Ku? Kemudian Allah berfirman kepada pelaku dosa itu pula; Masuklah kamu ke dalam syurga dengan rahmat-Ku. Sementara kepada ahli ibadah itu dikatakan; Masuklah orang ini ke neraka.” (Riwayat Abi Daud)

Ini menunjukkan bahawa semua perkara adalah bidang kuasa Allah Ta’ala. Kita sebagai hamba tidak boleh campur tangan dengan menentukan sama ada orang itu ahli syurga atau ahli neraka.

Senario orang kita hari ini mudah sangat menuding orang ini ahli neraka, orang ini jahat sampai mati, dosanya tidak terampun. Sedangkan nasib kita sendiri akan datang pun kita tidak tahu.

Dakwah adalah kewajiban setiap individu Muslim, tetapi menghakimi seseorang dengan menentukan takdirnya bukanlah urusan manusia. Boleh jadi di dunia dia jahat, tetapi di akhirat kelak Allah memasukkan dia ke dalam syurga-Nya.

#Beramallah dengan ikhlas dan ajaklah orang lain kpd kebaikan
#Jangan ada rasa hebat, riyak dan sombong dlm diri dan dlm amalan, kelak binasa
#Doalah kpdNya agar dikekalkan kita atas hidayah Islam dan agar org lain jg mdpt hidayah agar sama2 dpt ke syurgaNya

🐊Ust naim

TAUBAT

☆Tadabbur Kalamullah 11 Jamadilawal 1438H☆

فَفِرُّوا إِلَى اللَّهِ ۖ إِنِّي لَكُمْ مِنْهُ نَذِيرٌ مُبِينٌ

"(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata" [Surah az-Zariyat 50]

#Bagi manusia-manusia yang bersalah, berdosa, tersalah dan terlanjur maka segeralah kembali ke jalan taubat dan kembali mentaati Allah swt, moga kita tidak tergolong dalam golongan yang diancam oleh Allah swt dengan ancaman azab.

وَأَنِيبُوا إِلَىٰ رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan" [Surah az-Zumar 54]

#Nabi saw bersabda:

“Seandainya kamu berbuat dosa sehingga tompokan dosa itu setinggi langit kemudian kamu benar-benar bertaubat, nescaya Allah akan menerima taubat kamu” (Sahih Ibnu Majah)

#Wahai seluruh umat Islam, pintu taubat ada di hadapan kita dan sentiasa terbuka luas, ia menanti kedatangan kita. Jalan orang-orang yang bertaubat telah dihamparkan. Ia merindukan pijakan kaki kita. Maka ketuklah pintunya dan tempuhlah jalannya. Mintalah taufik dan pertolongan kepadaNya untuk membantu kita.

إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ

“Sesungguhnya Tuhanmu sangat luas ampunannya” (Surah an-Najm 32)

♡Ingatlah!! Hati tidak akan menjadi baik, merasa bahagia, tenang dan tenteram kecuali dengan beribadah kepada Rabbnya, cinta dan kembali kepadaNya (bertaubat)♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN        
bit.ly/tadabburkalamullah
 
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

NUKILAN PERJUANGAN

"Peribadi yang lahir dari acuan aqidah Islam yang benar, fikrah Islam yang jelas dan akhlak Islam yang soleh, yang akan mewarnai kehidupan yang sejahtera di dunia dan terpelihara di akhirat"

#Murnikan aqidah, teguhkan iman dan kualitikan amalan

🐊Ust naim

UJIAN - Rezeki


RENUNGAN BERSAMA

Seorang pemuda kehilangan kasutnya di laut, lalu dia menulis di pinggir pantai...
*LAUT INI PENCURI...*

Tak lama datanglah nelayan yang membawa hasil tangkapan ikan begitu banyak, lalu dia menulis di pantai...
*LAUT INI BAIK HATI...*

Seorang pemuda tenggelam di lautan lalu ibunya menulis di pantai,
*LAUT INI PEMBUNUH...*

Tak lama datanglah Seorang lelaki yang menemukan sebongkah mutiara di dalam lautan, lalu dia menulis di pantai..
*LAUT INI PENUH BERKAT...*

Kemudian datanglah ombak besar dan menghapus semua tulisan di pantai itu !!!

Maka ...
*JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.*

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik.

Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.

Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, Kerana yang menyukai mu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yg kamu lakukan

Dan yang membenci mu tidak percaya tentang kebaikan yg masih ada pd dirimu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. Hari ini dan semalam adalah hari yg berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya.

*Kita Bukan Siapa Siapa Untuk Menilai Siapa Siapa*

Eratkan silaturahim, Walau sekadar doa.

Fakta Angka 2


Fakta Angka 1