Sahabat Ilmu

Khamis, 12 Februari 2015

Isu Doa Qunut

Qunut: Bila Senyap, Bila Kena Baca, Bila Sebut Amin??

بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

☆Apabila imam membaca qunut, makmum di belakang sunat mengaminkan doa imam.

☆Berdasarkan hadis Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membaca qunut, dan orang di belakang baginda mengaminkannya. Direkod oleh Ahmad (no: 2746), Abu Daud (no: 1445), Ibn Khuzaimah (no: 618) dan lain-lain.

☆Mengaminkan doa imam hanya pada lafaz-lafaz doa (permintaan) sahaja. Contohnya, "Allahummahdina Fiman Hadait.."

☆Manakala lafaz-lafaz yang berbentuk puji-pujian kepada Allah, tidak perlu diaminkan kerana ia bukan doa. Boleh senyap sahaja, ataupun sama-sama menyebutnya dengan perlahan. Contohnya, lafaz "Fainnaka Taqdhi Wala Yuqdha Alaik.."

☆Kata Imam Nawawi:
"Sunat bagi makmum bersama-sama imam dalam menyebut puji-pujian, kerana ia tidak sesuai diaminkan". (Al-Majmuk 3/493).

Wallahu A'lam

#Apa yg kita dok amal selama ni tu, betoi dah...

☆Hukum Solat Sebelum Habis Laungan Azan??☆

Jawapan:

1. Apabila sudah masuk waktu, maka sah sembahyang serta merta samada ketika azan dilaungkan, ataupun tidak ada orang melaungkan azan pada awal waktu.

2. Ini kerana masuk waktu solat ditetapkan dengan tanda-tanda yang telah diterangkan dalam sunnah seperti terbit fajar, gelincir matahari.

3. Tugas muazzin ialah memberitahu kepada orang ramai tentang masuknya waktu.

4. Walaubagaimana pun, bagi orang lelaki tidak wajar melakukan demikian kerana mereka dituntut bersolat secara berjemaah bersama imam.

5. Bagi wanita pula (begitu jg lelaki yg tak solat berjemaah), sebaik-baiknya menunggu sehingga selesai azan kerana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menggalakkan menjawab azan, dan berdoa selepas azan dengan doa yang masyhur serta terdapat jaminan syurga bagi sesiapa yang menjawab azan dengan sepenuh hatinya (khusyuk).

Wallahu A'lam.

#Sabaqla sat no, besaq ooo pahala jawab azan kalau hgpa rujuk hadis nabi...

♡Coretan Indah♡

Wahai anakku,
Andainya ada orang mencerca serta menghinamu, lalu kamu balas pula dengan cercaan dan penghinaan, maka sama akhlakmu dengan mereka. Kerana kebaikan itu bila engkau mampu menunjukkan akhlak yang lebih baik dari mereka. Allah berfirman Maksudnya " bila kamu berbicara dengan orang yang jahil, ucapan selamat kepada mereka ".

Wahai anakku,
Orang yang jahil bercakap dengan nafsunya, manakala orang yang beriman akan berbicara dengan akalnya. Maka jadilah kamu orang yang lebih baik dari mereka, bukan menyamai akhlak buruk mereka.

~Senyumlah kerana di situ ada kedamaian~

-UTITM-

♡Nukilan Fajar♡

☆Memiliki pengetahuan tentang kebaikan adalah satu tuntutan..kerana memahaminya adalah pintu awal mengerjakannya..

☆Mengetahui keburukan juga tidak kurang pentingnya..kerana dengannya seseorang bisa menghindar dari melakukan keburukan..

¤Sibukkan diri dgn perkara2 kebaikan, nescaya kamu tiada masa utk melakukan kejahatan¤

Mutiara Kata al-Banna

Hassan Al-Banna telah menyatakan:

“Kitab yang terletak di perpustakaan sedikit yang membacanya,tetapi seorang muslim sejati adalah ‘kitab terbuka’ yang semua orang membacanya.Ke mana saja ia pergi, ia adalah ‘dakwah yang bergerak’"

#Kata2 yg penuh makna&sgt berharga

♡Syahidnya Hassan al-Banna♡

☆Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hassan al-Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di Pejabat Jam’iyyah al-Syubban al-Muslimin.

☆Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.

☆Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena tembakan itu. Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut.

☆Walaupun terkena tujuh tembakan, Hassan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam’iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.

☆Setibanya di hospital Qasral ‘Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hassan al-Banna.

☆Pada pukul 12.50 tengah malam, Hassan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.

☆Peristiwa itu berlaku pada tanggal 12 Februari 1949 dan ia telah meninggalkan sejarah hitam serta pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama.

☆Pada tarikh itulah, dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya.

☆Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik pemerintah Mesir pada ketika itu.

#Harga sebuah perjuangan

♡Mengenali Hassan al-Banna♡

♡Nama sebenarnya ialah Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah).

♡Hassan al-Banna merupakan anak sulung daripada lima beradik.

♡Ayahnya, Syeikh Ahmad Ibn Abdul Rahman al-Banna ialah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fiqah perundangan Islam yang berkelulusan Universiti al-Azhar, Mesir.

♡Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun,pemurah,merendah diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai tukang jam di desa al-Mahmudiya untuk menyara keluarganya.

♡Masa yang selebihnya digunakan untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Quran dan hadis kepada penduduk tempatan.

♡Sebagai seorang ulama, Sheikh Ahmad Ibn Abdul Rahman al-Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya.

♡Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah.

♡Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut.

♡Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya.

♡Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al-Banna diwarisi oleh Hassan al-Banna.

#Memperingati 66 tahun syahidnya Imam Hasan al-Banna

Memperingati 66 thn Syahid Hassan al Banna

"Tanggal 12 Feb 2015, genap 66 tahun syahidnya Imam Hassan Al-Banna, seorang ulamak Dakwah dari Mesir yang mengasaskan gerakan Ikhwan Muslimin pada tahun 1928"

#Semoga Syurga menjadi tempat rehatmu..aamiiin