Sahabat Ilmu

Khamis, 15 Ogos 2013

AMANAT AL-QARADHAWY

Kata Syeikh Dr. Yusuf Al Qaradhawy, hafizhahullah:

"Sisi, Beblawi, Adly Mansour, Baradei terlibat dalam aksi kejahatan ini. Mereka akan dimintai pertanggungjawabannya oleh Allah dan rakyat Mesir. Sungguh apa yang terjadi hari ini tidak pernah terjadi sebelumnya bahkan hingga pada dinasti Mamalik sekalipun, tak pernah ada pembantaian sebesar ini atas rakyat Mesir."

Dr Mohammad Arifi selaku salah seorang anggota Persatuan Ulama Muslimin telah berkata :

"Wahai orang-orang yang menyokong pembunuhan dan membakar saudara kita di Mesir , Aku bersumpah kepada Tuhan bahawasanya aku menasihatimu : Ingatlah anda berdiri di antara tangan Allah dalam keadaan takut dan bertelanjangan, dan kamu akan ditanya tentang apa yang telah berlaku (akan ditulis penyaksian mereka dan kamu semua akan ditanya)".

"Wahai saudara kita di Mesir, darah kamu darah kami, tiada siapa yang merelakan pembunuhanmu dan pembakaranmu kecuali musuh-musuh Islam dan musuh-musuh manusia. Semoga Allah menerima kesyahidan mereka, dan tetapkan pautan hati dikalangan keluarga-keluarga mereka"

Kita memerlukan asatizah yang lantang bersuara dan mampu menggerakkan massa, memahami setiap peristiwa dan mengulas dengan tepat, bukan di saat ummat Islam dibunuh masih sibuk berbincang soal hukum dan lain-lain sedangkan jelas terbentang di depan mata kita muslim menumpahkan darah muslim tanpa hak. Mereka berada dalam denyut nadi ummah ini. Kata-kata mereka hidup dan memberi nafas perjuangan. Barakallah ya Syekh Qaradhawi , Syekh A`rifi !

SEMOGA ALLAH MELAKNATINYA

Sila Semak Lokasi Anda!!

Himpunan Aman Mengutuk Kekejaman Kudeta Mesir

Negeri : Kelantan
Lokasi : Dataran Stadium Muhammad IV
Tarikh : 15 Ogos 2013
Hari : Khamis
Masa : 7.00 pm

Negeri : Kelantan
Lokasi : Masjid Muhammadi KB
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Terengganu
Lokasi : Masjid Pengadang Baru K. Terengganu.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Pahang
Lokasi : Masjid Al-Fattah Kuantan.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Johor
Lokasi : Masjid Bandar Baru Uda, JB.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Melaka
Lokasi : Masjid Al-Azim
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Negeri 09
Lokasi : Masjid Negeri Bandar Seremban.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Wilayah
Lokasi : Dataran Merdeka
Tarikh : 17 Ogos 2013
Hari : Sabtu
Masa : 4.00 pm

Negeri : Selangor
Lokasi : Masjid Negeri Shah Alam.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Perak
Lokasi : Masjid Negeri, Ipoh.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Pulau Pinang
Lokasi : Masjid Permatang Janggus
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Kedah
Lokasi : Masjid Zahir Alor Setar
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Perlis
Lokasi : MATIN
Tarikh : 15 Ogos 2013
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pm

Negeri : Sabah
Lokasi : Masjid Negeri Sabah Kota Kinabalu dan Masjid Al Kauthar Tawau
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 1.00 pm

Negeri : Sarawak
Lokasi : Masjid Assyakirin, Bintulu.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir
pakat2 hadir di lokasi terdekat dgn anda!

JOM BERMUNAJAT

3 wartawan dibunuh dalam keganasan di Mesir

KAHERAH: Tiga wartawan, termasuk seorang jurukamera untuk stesen penyiaran British, Sky News dan pemberita akhbar berpangkalan di Dubai, terbunuh manakala beberapa lagi cedera dalam keganasan terbaru di Mesir, semalam.

Badan pemerhati media antarabangsa mendesak pihak berkuasa Mesir menyiasat serangan terhadap wartawan dan mahu pihak yang bertanggungjawab didakwa.

Mereka turut mengutuk keganasan yang tercetus selepas polis yang dibantu kereta perisai tentera, helikopter dan jentolak dalam menggempur penunjuk perasaan yang menyokong bekas Presiden, Mohammed Morsi sehingga banyak nyawa terkorban. 

Sky News berkata, Mick Deane, 61, ditembak dan cedera ketika membuat liputan keganasan yang tercetus di kem penyokong Morsi di Kaherah. Dia dibawa ke hospital untuk dirawat sebelum meninggil dunia selepas itu.

Akhbar Gulf News, yang berpangkalan di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) melaporkan, wartawannya, Habiba Ahmed Abd Elaziz, 26, ditembak di berdekatan Masjid Rabaah al-Adawiya di Kaherah ketika pihak keselamatan mengempur masuk ke kem penyokong Morsi. Akhbar itu melaporkan, Habiba ketika itu sedang dalam cuti tahunan dan bukannya membuat liputan untuk XPRESS. 

Wartawan Mesir, Ahmed Abdel Gawad, yang menulis untuk akhbar Al Akhbar, terbunuh ketika membuat liputan di Rabaah al-Adawiya. 

Wartawan untuk Kesatuan Sekerja Egyptian Press Syndicate itu disahkan maut walaupun tiada maklumat bagaimana beliau terbunuh. - AP

ALLAH SEBAIK-BAIK PENOLONG

Polis Mesir bakar penyokong mursi sedang tidur termasuk kanak-kanak

Kakitangan keselamatan Mesir membakar khemah pada awal pagi ketika kanak-kanak di dalamnya masih tidur, Dr Azzam Tamimi telah menulis di laman Facebook beliau.

Al-Jazeera melaporkan bahawa doktor lain dari klinik dalam Rabaa al-Adawiya berkata bahawa beberapa yang cedera meninggal dunia kerana tiada ambulans untuk membawa mereka ke hospital.

Kakitangan kesihatan yang pertama telah ditembak di kepala ketika menawarkan pertolongan cemas kepada orang yang cedera.

Kami menyeru kepada semua institusi untuk memberikan tekanan kepada perkhidmatan keselamatan untuk membiarkan ambulans memasuki Rabaa Al-Adawiya dan mengangkut orang cedera.

Masjid Rabiah Al Dawiyah dibakar oleh Polis Mesir.

Wartawan Al Jazeera Abdul-Fattah Fayed telah berkata bahawa bilangan kematian yang dilaporkan jauh lebih rendah daripada jumlah sebenar.

Pihak keselamatan mengeluarkan angka lebih 100 terkorban manakala 1000 cedera. Pihak ikhwan pula mengeluarkan angka lebih 500 terkorban manakala lebih 10000 cedera parah.

Ikhwanonline memetik kenyataan hospital Rab’ah melaporkan bahwa korban syahid terus bertambah, hingga saat ini 2200 syahid dan puluhan ribu luka luka.

Ikhwanonline juga melaporkan, pasukan polisi dan tentara pendukung kudeta menyerbu Fakultas Teknik di Universitas Kairo dan menembak para pendukung Presiden Morsi yang terperangkap di dalam.

Nasib mereka yang cedera parah tidak dapat diketahui kerana ada laporan pihak tentera turut membakar tingkat satu hospital yang menempatkan mereka yang cedera.

Sifat Celaka Polis Mesir Pro Presiden Rampasan Kuasa


Wanita dipukul berkali-kali di kepala dan tubuh dengan cota logam. 

Seakan tak puas dengan pukulan berkenaan, seorang tentara menginjak kepalanya berulang kali. 

Perempuan itu dengan lemah mencoba untuk melindungi kepalanya dari pukulan tanpa henti itu dengan tangannya. Namun, dia kemudian tak sadarkan diri dalam serangan yang memalukan itu, dan dia dibiarkan tergeletak tak bergerak dengan aib aurat terdedah.

Perempuan yang tak disebutkan namanya itu, tidak mahu tampil karena merasa malu dengan perlakuan yang dialaminya.

Rakaman video dan fotonya ketika dipukuli, ditendang, dan akhirnya tersungkur di tanah di Tahrir Square, Kairo, itu telah menjadi berita utama di seluruh dunia.

- Maaf saya tak mahu letak video berkenaan kerana terlalu aib!!

MUNAJAT

Jom qunut nazilah. Terkini Para Syuhada mesir Allahumma aamin...


Lihatlah dunia !


Inilah bukti kejahatan As-Sisi La'natullah yang membunuh ratusan rakyat Mesir yang hanya 'berbekalkan' buku, doa, baju, makanan dan suara demokrasi sebagai perisai mereka. Ratusan dibunuh, ribuan cedera, bantuan perubatan disekat. Allahurabbi..

Doa anda diperlukan. Maghrib dan Isya anjurkanlah munajat disetiap surau/masjid. 

Qunut Nazilah teman.


Senjata peserta perhimpunan yang dijumpai di Medan An Nahdhah.


Senjata peserta perhimpunan yang dijumpai di Medan An Nahdhah.

Sumber : الاخوان المسلمون " تربية جهاد و دعوه"
‪#‎mesirkini‬