Sahabat Ilmu

Isnin, 24 Jun 2013

PINJAMAN TANPA FAEDAH

Suatu hari Pak Pandir ingin memulakan satu perniagaan namun masih kekurangan modal. Oleh itu Pak Pandir berhasrat utk membuat pinjaman di sebuah badan pinjaman yg di taja oleh kerajaan pada masa itu.

Berangkat laa Pak Pandir bersama Mak Andir ke tempat tersebut. Setibanya nya di sana Pak Pandir bertemu seorang pegawai di sana.

Setelah mengisi borang dan di temuduga berkata laa pegawai tersebut..
Pegawai : Setelah diteliti permohonan pakcik akan diluluskan secepat mungkin. Jadi pihak kami akan memberi pakcik pinjaman sebanyak RM20,000.00 tanpa faedah.

Namun dengan muka yg bengis Pak Pandir bingkas bangun utk beredar. Terkejut laa pegawai tersebut lalu bertanya.

Pegawai : Kenapa pakcik? Ada yg tak kena ke ?

Pak Pandir pun berpaling dan ngan nada yg tinggi berkata.
Pak Pandir : Nak buat ape aku buat pinjaman kalau tak ada "PAEDAH".. Buang masa aku je laaa....
Pak Pandir pun beredar meninggalkan pegawai tersebut terpinga pinga.

Tiada ulasan: