Sahabat Ilmu

Isnin, 24 Jun 2013

MAQBULNYA DOA MEREKA - 2

MASUK ISLAM BERKAT DOA IMAN IBNUL MUBARAK


Pernah suatu ketika, ketika Imam Abdullah bin Al-Mubarak rahimahullah berada di sebuah majlis, tiba-tiba seorang pemuda tampan dan berpenampilan menarik bernama Al-Hasan bin Isa diatas haiwan tunggangannya, melintas di depan beliau. 

Imam Ibnul Mubarak lalu bertanya: siapa dia? 

Dan dijawab oleh sebahagian murid beliau yang mengenal pemuda tersebut: Diaseorang pemuda nasrani. 

Seketika itu juga sang Imam langsung memanjatkan doa: Ya Allah, kurniakanlah hidayah Islam kepada pemuda ini! 

Dan, subhanallah, rupanya doa beliau benar-benar mustajab. Kerana tak lama berselang si pemuda itu pun masuk Islam! Walhamdu lillahi Rabbil’alamin.

(Siyaru A’lamin Nubala’ jilid 12: hal. 28-29).

Tiada ulasan: