Sahabat Ilmu

Rabu, 28 November 2012

QUNUT NAZILAH

اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ وَ المُجَاهِدِيْنَ وَ المُسْتَضْعَفِين , فِى فَلَسْطِين وَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ
 
Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestin dan semua tempat dan di semua masa.

اللّهُمَّ دَمِّرْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّينْ ِ, اللّهُمَّ أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِّرْكَ و المُنَافِقِيْنَ
 اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ, اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ

Ya Allah! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan perhimpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kurangkan bilangan dan senjata mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.

يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين
Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!

اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ
 
اِهْزِمِ الكُفَّار , اِهْزِمِ اليهود, اِهْزِمْ أَمَرِيْكَا وَمَنْ وَلاَّ هُمْ , وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ
Wahai Allah, Tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), Tuhan yang menggerakkan langit, Tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan mereka dan berilah kemenangan kepada kami terhadap mereka. Kalahkanlah yahudi, kalahkan Amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.

أَنْتَ قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قُوَّتِنَا , اللّهُمَّ أَنْتَ رَبُّنَا وَ َنْحنُ عِبَادُكَ
Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.

اللّهُمَّ ارْزُقْنَا شَهَادَ ةً فِىْ سَبِيْلِكَ , رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ya Allah! Rezekikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.

وصلى الله على رسوله الكريم

QUNUT NAZILAH

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنَثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفُد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحق ، اللهم عَذِّبَ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ
Maksudnya :
"Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."
اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لا يَرُدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka. Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.

اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدِهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين
Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau menghancurkan kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azab kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.

Sumber: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

KEMPEN AMALAN DAN PEMAKANAN SUNNAH

UNTUK TEMPAHAN HUBUNGI:
USTAZ MUHAMAD NAIM BIN HASHIM
TEL/SMS: 017-3112753 / 019-6023803
Facebook: Muhamad Naim Haji Hashim

Kapsul Minyak Habbatus Sauda'
RM12.00/paket (20 kapsul)
RM144.00 sekotak (12 paket-240 kapsul)

Kapsul Minyak Zaitun Extra Virgin Syria
RM10.00/paket (20 kapsul)
RM120.00 sekotak (12 paket-240 kapsul)

Lotion Olive Oil
RM20/sebotol
RM120 sekotak (6 Botol)

~"Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda' kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan As-Sam. Para sahabat bertanya 'Ya Rasulullah, apakah itu As-Sam?' Jawab Rasulullah: 'As-Sam itu adalah maut.' - Riwayat Bukhari~

“Gunakanlah sari Zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati”- Riwayat At Tirmizi dan Ibnu Majah~

KISMIS MINDA AL-WAFI
PRODUK ALBIQA ENTERPRISE (USTAZ ISMAIL KAMUS)

UNTUK KECERDASAN MINDA"SESIAPA YANG INGIN MENGHAFAL HADITH HENDAKLAH IA KERAP MEMAKAN ANGGUR KERING" (IMAM ZUHDI)

KHASIAT
MENGUATKAN DAYA INGATAN/ MENGUBATI PENYAKIT LUPA/ MENCERDASKAN MINDA/ MEMUTUSKAN BALGHAM(KAHAK)/ MEMBERSIHKAN HATI/ MENCERAHKAN MATA

ATURAN YANG DISYORKAN:
BERGANTUNG KEPADA LEMAH DAN KUATNYA MINDA ANDA:
DEWASA: 7-11 BIJI SETIAP HARI, KANAK-KANAK: 5-7 BIJI SEHARI
HAFIZ DAN HAFIZAH: 21 BIJI SEHARI.

UNTUK DAYA INGATAN YANG KUAT DINASIHATKAN AGAR JANGAN MAKAN KEPALA IKAN, EPAL MASAM DAN SEBAGAINYA.

HARGA PASARAN RM: 10.00

AIR ZAM ZAM
ialah penghulu segala air, paling mulia, paling berharga dan paling disukai.

Harga:
500ml- rm12
1liter- rm22
5liter- rm70
10liter- rm120.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
"Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki."
(Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

Daripada 'Ikramah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu Abbas Radhiallahu Anhuma apabila minum air Zamzam beliau berdoa :

 اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفَاءً مِنْ كلِّ دَاءٍ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

"Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang  bermanfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit."
(Diriwayatkan oleh ad-DaruQutni dan lbnu Majah).

Kandungan Produk
KHALL merupakan istilah dalam Bahasa Arab yang bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar ( kurma ), epal, anggur, dan tin ( fig ) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu. Ia bertukar dalam beberapa bentuk seperti:

Khall Dates Cider yang dihasilkan oleh MB Global Marketing ini diperbuat daripada buah tamar muda. Ia merupakan satu bentuk minuman kesihatan badan yang dicampur dengan habbatus sauda', kismis , madu dan minyak kelapa dara di mana ia penting bagi mencapai kesihatan dan penyembuhan yang maksimum.

KENAPA KHALL DIPERLUKAN OLEH TUBUH BADAN?
KHALL dapat memotong lemak, kolestrol, asid-asid yang tidak diperlukan oleh badan (menstabilkan asid di dalam badan ), garam yang berlebihan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya. Ia juga kaya dengan kandungan potassium bagi membantu mengekalkan keremajaan dan kaya dengan vitamin seperti vitamin C, E, B1, B6, beta-karotena dan vitamin P ( bioflavonoid ).

PENJAGAAN BADAN SECARA SEMULAJADI
KHALL dapat membantu serta mengawal dan mengimbangkan berat badan ( obesiti ). Di samping itu, ia dapat mempercepatkan proses awet muda, badan yang cantik, keremajaan kulit di muka, melambatkan proses penuaan dan membuang lemak di perut. Ia juga membuatkan kulit kelihatan sihat, melegakan kulit yang kelihatan terbakar terutamanya di muka, tangan dan bintik-bintik hitam di kulit muka.

Selain itu, KHALL juga dapat membantu membuangkan kolestrol dan lemak di dalam badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak di saluran jantung dan buah pinggang, membaiki fungsi buah pinggang dan lemak yang berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.

Bersabda Rasulullah S.A.W.,
” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHALL. Ya Allah berkatilah pada KHALL, sesungguhnya KHALL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan
terputus KHALL dalam suatu rumah.”
(Hadis Riwayat Muslim & Ibnu Majah)

Ahad, 18 November 2012

HIJRAH

Da`wah Islam ke Luar Kota Makkah

Ta’if
Setelah semakin kuat penentangan oleh orang-orang kafir Makkah, Baginda kemudiannya pergi ke Ta’if dengan harapan untuk menyampaikan da`wah. Baginda telah ke Taif pada bulan Syawwal tahun ke-10 kenabian. Jarak Ta’if dari Makkah ialah sejauh 60 batu. Baginda pergi dan balik berjalan kaki dengan ditemani pembantunya, Zaid bin Harithah.

Setiap kali Baginda berjumpa dengan kabilah di jalan, maka Baginda akan mengajak mereka kepada Islam. Namun tidak satu pun kabilah yang menyahut ajakan Baginda. Apabila sampai di Ta’if, Baginda berjumpa dengan 3 orang bersaudara dari bani Thaqif. Ketiga-tiga mereka telah mengejek dan menghina Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.

Baginda tinggal di Ta’if selama 10 hari. Sepanjang tempoh itu, semua orang kenamaan telah Nabi jumpa. Tetapi semua mereka telah menghina Nabi. Malah mereka menyuruh khadam-khadam mereka membaling batu kepada Nabi ketika Nabi hendak keluar dari Ta’if. Tumit Nabi terkena batu sehingga kasut Baginda dipenuhi darah. Zaid bin Harithah yang cuba melindungi Nabi, telah terkena batu di kepalanya.

Nabi telah dihambat sejauh 3 batu dari Ta’if sehinggalah Nabi masuk ke kebun `Utbah dan Shaybah yang merupakan 2 beradik anak lelaki Rabi`ah. Di kebun itu, Nabi duduk di bawah pohon kurma untuk menenangkan diri. Lalu Baginda pun berdoa kepada ALLAH:

“Ya ALLAH, kepadaMU aku mengadu lemahnya aku ini, serta kurangnya daya upayaku serta hinanya aku di kalangan manusia. Wahai Yang Maha Pengasih di antara yang mengasihani, ENGKAU adalah TUHAN orang-orang yang lemah, ENGKAU adalah TUHANku, kepada siapa ENGKAU serahkan aku ini? Adakah kepada orang jauh yang mencari kesempatan menyerangku? Atau adakah kepada musuh yang ENGKAU serahkan urusanku kepadanya? Jika ENGKAU tidak memurkaiku, maka aku tidak akan mempedulikannya, akan tetapi kesejahteraan daripada-MU adalah lebih luas untukku. Aku berlindung dengan cahaya wajah-MU yang menerangi segala kegelapan serta menyebabkan urusan dunia dan akhirat ini menjadi baik, agar janganlah kemurkaan-MU menimpa kepadaku atau ENGKAU menjadi murka kepadaku. Bagi-MU keredhaan sehingga ENGKAU benar-benar meredhainya, tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan pertolongan-MU jua.”
Walaupun Baginda sangat sedih dengan apa yang berlaku di Ta’if, namun telah berlaku beberapa peristiwa menarik sepanjang perjalanan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ke Makkah. Peristiwa dipeluk oleh seorang khadam yang beragama Nasrani di kebun tempat Nabi singgah, didatangi Jibril beserta malaikat penjaga bukit ketika di Qarnul Manazil dan dirombongi oleh sekumpulan jin untuk mendengar ayat-ayat al-Qur’an ketika Baginda sampai di Lembah Nakhlah, telah menaikkan semangat Baginda sallAllahu `alaihi wasallam untuk meneruskan da`wah dan merancang strategi baru.
Menawarkan Islam Kepada Kabilah Dan Individu

Pada bulan Zulkaedah tahun ke-10 kenabian, Nabi telah kembali ke Makkah untuk memperbaharui seruan Islam kepada kabilah-kabilah dan individu-individu. Seperti biasa, Makkah akan dikunjungi oleh kabilah-kabilah dari luar sempena musim haji pada bulan Zulhijjah. Sebenarnya Nabi telah berdakwah kepada banyak kabilah yang datang ke Makkah pada musim haji sejak tahun ke-4 kenabian lagi. Tetapi tidak satu kabilah pun menerima dakwah Baginda. Namun terdapat beberapa individu menerima dakwah Baginda dan masuk Islam.

Pada musim haji tahun ke-11 kenabian, Nabi telah bertemu dengan 6 orang pemuda dari Yathrib. Mereka tertarik dengan seruan Nabi kerana mereka pernah mendengar cerita tentang Nabi akhir zaman yang akan keluar dari mulut-mulut orang Yahudi di Yathrib. Mereka pulang ke Yathrib dalam keadaan masih belum masuk Islam, tetapi mereka telah membawa perkhabaran tentang Nabi akhir zaman kepada seluruh masyarakat Yathrib. Jadi, seluruh penduduk Yathrib mula maklum berkenaan Rasulullah.

Perkahwinan Rasulullah SAW Dengan `A’isyah

Pada bulan Syawwal tahun ke-11 kenabian, Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah berkahwin dengan `A’isyah radhiAllahu `anha.
Isra’ Mi`raj

Pada saat dakwah Nabi kelihatan seperti samar masa depan, ALLAH telah menghadiahkan Nabi dengan suatu peristiwa agung iaitu Isra’ Mi`raj. Ada beberapa pandangan tentang bila berlakunya Isra’ Mi`raj. Sheikh Safiyyu ar-Rahman al-Mubarakfuri iaitu penulis ar-Rahiq al-Makhtum memilih samada ia berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-12 kenabian, atau bulan Muharram tahun ke-13 kenabian, atau bulan Rabi`ul Awwal tahun ke-13 kenabian.

Di dalam peristiwa yang agung ini, Nabi telah diperjalankan secara dari Makkah ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis, lalu diangkat ke Sidratul Muntaha untuk mengadap ALLAH. Setelah menerima pensyariatan solat fardhu sebanyak 5 kali sehari semalam, Nabi pun pulang semula ke Makkah. Peristiwa ini berlaku pada satu malam dan ia benar-benar menguji keimanan orang-orang Islam pada ketika itu. Ada yang setelah mendengar peristiwa ini tetap beriman malah semakin teguh iman mereka, ada yang ragu-ragu dan ada yang terus murtad. Abu Bakr digelar as-Siddiq kerana beliau adalah orang pertama yang membenarkan kata-kata Nabi tanpa ragu.

Bai`ah Pertama

Pada musim haji tahun ke-12 kenabian, Nabi telah membuat pertemuan dengan 12 orang lelaki dari Yathrib, lanjutan dari pertemuan pertama di `Aqabah, Mina pada tahun ke-11 kenabian. Kesemua 12 orang lelaki itu telah bersetuju masuk Islam dan berbai`ah dengan Nabi. Nabi telah menghantar seorang pemuda bernama Mus`ab bin `Umair untuk mengikut rombongan 12 orang tersebut pulang ke Yathrib. Tujuannya ialah supaya Mus`ab bin `Umair dapat mengajar orang-orang yang masuk Islam di Yathrib tentang syari`at-syari`at Islam.

Sebelum tiba musim haji tahun ke-13 kenabian, Mus`ab pulang ke Makkah bertemu Nabi dengan membawa berita yang menggembirakan. Banyak penduduk Yathrib dari pelbagai perkampungan menerima ajaran Islam.

Bai`ah Kedua
Pada musim ke-13 kenabian, seramai 70 orang lelaki dan 2 orang wanita beragama Islam dari Yathrib datang ke Makkah untuk mengerjakan haji. Mereka datang bersama jemaah haji lain yang masih syirik. Kali ini telah berlaku bai`ah kedua dengan kandungan perjanjian yang lebih tegas dan serius iaitu dalam hal taat setia atas segala suruhan Nabi dan sanggup melindungi Nabi walau dalam keadaan apa sekali pun. Seramai 12 orang naqib telah dilantik bagi memikul tanggungjawab memimpin kaum mereka ketika Yathrib. Daripada 12 orang itu, 9 orang dilantik dari kabilah Khazraj dan 3 dari kabilah Aus.

Permulaan Hijrah

Setelah Bai`ah `Aqabah kedua, Islam mula mendapat tapak yang kukuh untuk disebarkan di tanah Arab, iaitu di Yathrib. Walaupun belum pasti dengan masa depan berhijrah ke Yathrib, namun atas keimanan yang sangat tinggi, penduduk Makkah yang beragama Islam sedikit demi sedikit telah berhijrah ke Yathrib. Risikonya terlalu tinggi. Nyawa, keluarga dan harta terpaksa dikorbankan demi penghijrahan ini.

Banyak sekatan telah berlaku terhadap ummat Islam ketika hendak melakukan hijrah. Sekatan dilakukan kerana Musyrikin Makkah khuatir dengan dengan perkembangan Islam yang mula diterima oleh penduduk Yathrib. Antara yang masyhur diceritakan ialah bagaimana kisah Abu Salamah, Ummu Salamah dan anaknya yang dipisahkan oleh kabilah dan keluarga mereka. Iaitu Abu Salamah dilepaskan ke Yathrib, manakala Ummu Salamah ditahan oleh keluarganya, dan anaknya ditahan oleh keluarga Abu Salamah. Selepas setahun barulah Ummu Salamah dibebaskan oleh keluarganya. Ummu Salamah lalu pergi mengambil anaknya yang ditahan oleh keluarga suaminya dan terus ke Yathrib yang jauhnya 500 km dengan berjalan kaki tanpa ada orang pun yang menemani mereka.

Kisah Suhaib yang ditahan oleh kafir Quraisy lalu dilepaskan Suhaib kerana Suhaib sanggup memberikan kesemua hartanya untuk melepaskannya. Dan kisah `Iyash yang ditipu mengatakan bahawa ibunya mengugut untuk berjemur di tengah panas, apabila beliau pergi untuk menemui ibunya, lalu `Iyash ditangkap serta diikat lalu diarak di kota Makkah menunjukkan cara menghukum orang yang hendak ke Yathrib. Begitulah besarnya pengorbanan para sahabat Nabi untuk menjaga aqidah mereka.

Usul Membunuh Nabi oleh Darul Nadwah (Parlimen Quraisy)
Pada hari Khamis, 26 Safar tahun ke-14 kenabian, Darul Nadwah iaitu Parlimen Quraisy telah bersidang untuk berbincang bagaimana untuk terus menghentikan dakwah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam, bukan sahaja di Makkah malah untuk menghentikan terus dari terus merebak ke lain-lain tempat. Ini kerana mereka mulai sangat risau dengan perkembangan terbaru iaitu penghijrahan orang-orang Islam ke Yathrib dan kesediaan orang-orang Yathrib membantu Nabi. Kerisauan ini timbul kerana Yathrib merupakan lokasi strategik laluan perdagangan orang-orang Makkah. Mereka risau perdagangan mereka tergugat dan amalan sembahan berhala mereka turut terencat.

Beberapa cadangan telah dikemukakan namun ditolak oleh seorang tua yang turut serta dalam mesyuarat itu. Lelaki tua itu ialah Iblis yang menyamar sebagai seorang tua dari Najd. Akhirnya cadangan Abu Jahal diterima oleh lelaki tua itu. Iaitu agar dikumpulkan lelaki yang gagah dan terhormat dari setiap kabilah untuk membunuh Nabi. Cadangan ini bukan sahaja pada pandangan mereka akan menghentikan terus dakwah Nabi, tetapi juga dapat mengelakkan dari hanya satu kabilah sahaja diperangi oleh bani `Abdul Manaf. Bani `Abdul Manaf tentu tidak berupaya untuk membalas dendam terhadap semua kabilah yang bersekutu untuk membunuh Nabi. Jika mereka meminta diat (bayaran tebusan), maka itu tentu lebih mudah dan pembesar-pembesar Quraisy sanggup membayarnya.

Parlimen Makkah setuju sebulat suara lalu masing-masing dengan keazaman yang tinggi bersiap sedia mahu melaksanakan usul tersebut.

Pada 26 Safar tahun ke-14 kenabian, setelah mendapat wahyu dari ALLAH Ta`ala, Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam bergegas untuk berjumpa Abu Bakar bagi menerangkan rancangan hijrah Baginda. Abu Bakar telah dapat meneka apa tujuan Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam berjumpa dengannya pada waktu tengahari yang panas itu.

Setelah diberitahu mengenai rancangan Baginda, Nabi pun pulang ke rumahnya semula untuk menunggu tibanya waktu malam.

Dalam masa yang sama, penjenayah-penjenayah besar Quraisy mula melakukan persiapan untuk melaksanakan apa yang telah mereka bincangkan di Darul Nadwah pagi tersebut, iaitu perancangan untuk membunuh Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam. 11 orang penjenayah telah terpilih untuk melaksanakan misi jahat tersebut.

Bertolak dari Makkah
Apabila malam menjelma, iaitu malam 27 Safar tahun ke-14 kenabian, 11 orang penjenayah tersebut telah berkumpul di depan rumah Nabi. Pembunuhan telah dirancang untuk diadakan pada setengah malam iaitu ketika Nabi sedang tidur. Jadi, sepanjang malam itu mereka menunggu dan mengintai-intai samada Nabi sudah tidur atau belum.

Namun, kekuasaan ALLAH dan peliharaan ALLAH terhadap kekasihNYA mengatasi kesempurnaan perancangan jahat penjenayah-penjenayah Quraisy tersebut sebagaimana disebut di dalam Surah al-Anfal, ayat ke-30.

Sebelum Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bertolak meninggalkan rumah, Banginda telah menyuruh Ali bin Abi Talib untuk tidur di tempat tidurnya dengan menggunakan selimut yang biasa Nabi gunakan iaitu selimut al-Hadrami berwarna hijau. Nabi kemudian keluar, mengambil pasir dan menaburkannya ke atas penjenayah-penjenayah itu sambil membaca ayat ke-9 dari surah Yasin.

Dengan izin ALLAH `Azza wa Jalla, penglihatan penjenayah-penjenayah tersebut ditutup dan mereka tidak dapat melihat Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam. Mereka terus menunggu waktu yang sesuai untuk melakukan pembunuhan, sedangkan Nabi telah pun keluar meninggalkan rumahnya.

Dari rumahnya, Nabi terus ke rumah Abu Bakar sebagaimana yang telah dirancang tengahari tadi. Mereka berdua bertolak dari rumah Abu Bakar dari pintu belakang dan terus meninggalkan Makkah sebelum waktu fajar.

Seorang lelaki yang melihat dari jauh kemudiannya menegur penjenayah-penjenayah itu kenapa tidak dilakukan seperti yang dirancang, kerana dia melihat Nabi Muhammad sudah pun keluar meninggalkan rumahnya. Penjenayah-penjenayah itu mengatakan bahawa mereka tidak nampak langsung Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam seperti didakwa lelaki tersebut.

Setelah mendengar penjelasan lelaki tersebut, penjenayah-penjenayah itu pun mengintai ke dalam rumah Nabi dan melihat ada orang yang sedang tidur berselimut. Mereka pun yakin bahawa lelaki yang mendakwa bahawa Nabi sudah keluar itu, tersilap. Mereka lalu terus menunggu-nunggu sehingga menjelang pagi. Kecewalah mereka rupa-rupanya yang di dalam selimut itu ialah Ali bin Abi Talib, bukannya Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Di Gua Thur Selama 3 Hari

Walaupun Yathrib (nama asal bagi Madinah) terletak di Utara Makkah, namun Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam tidak memilih jalan biasa iaitu utara Makkah untuk ke sana. Ini kerana Baginda menyedari bahawa risiko yang sangat tinggi buat mereka berdua di laluan tersebut yang pastinya sedang menunggu Nabi.

Lokasi Bukit Thur

Sebaliknya, Baginda menuju selatan Makkah sebagai jalan keluar Nabi dari Makkah. Setelah 5 batu berjalan, Nabi sampai di Bukit Thur. Ketika melalui di atas bukit ini, kaki Nabi yang mulia melecet kerana bukitnya berbatu bata dan sangat sukar untuk didaki. Abu Bakar terpaksa memapah Baginda dengan bersusah payah hingga menemui sebuah gua di puncak bukit tersebut.

Mereka berdua tidak terus masuk ke dalam gua kerana khuatir ada bahaya di dalamnya. Abu Bakar menawarkan diri untuk masuk terlebih dahulu untuk memeriksa dengan katanya:

“Demi ALLAH, jangan engkau masuk ke dalamnya melainkan aku masuk terlebih dahulu. Kalau ada apa-apa bahaya, maka biar aku yang kena, asalkan jangan kamu.”

Abu Bakar menguis-nguis kakinya dan didapatinya ada 1 lubang. Beliau pun mengoyakkan kainnya lalu menutup lubang tersebut. Kemudian didapati pula ada 2 lubang lagi di dalamnya, lalu ditutup 2 lubang tersebut dengan menekapkan 2 kakinya ke lubang tersebut.

Setelah keadaan dirasakan agak selamat, barulah Abu Bakar memanggil Nabi Muhammad masuk ke dalam gua. Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam pun masuk dan meletakkan kepalanya di atas pangkuan Abu Bakar lalu tertidur. Tiba-tiba kaki Abu Bakar disengat binatang berbisa dari salah satu lubang itu, namun ditahannya kesakitan itu sehingga menitis air matanya di atas wajah mulia Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam. Nabi tersedar dan bertanyakan apa yang telah terjadi. Setelah Abu bakar menceritakan bahawa beliau telah disengat, Baginda pun meludah ke tempat sengatan itu, lantas hilanglah rasa sakit akibat sengatan binatang berbisa itu.

Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam dan Abu Bakar berada di dalam gua tersebut selama 3 hari iaitu malam Jumaat, malam Sabtu dan malam Ahad. Selama 3 hari tersebut, ada 2 insan yang terlibat sama, iaitu `Abdullah bin Abu Bakar (anak lelaki Abu Bakar) dan `Amir bin Fuhayrah (hamba Abu Bakar).

`Abdullah bin Abu Bakar bermalam berdekatan Bukit Thur. Apabila waktu sahur, beliau akan ke Makkah seolah-olah dia tidur di Makkah. Siangnya, beliau akan mengintip-ngintip perbualan orang-orang musyrikin Makkah terutama yang berkaitan dengan usaha pembunuhan Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam. Semua berita akan disampaikan kepada Baginda pada malamnya apabila `Abdullah bin Abu Bakar berjumpa Nabi. `Amir bin Fuhayrah pula mengembala kambing-kambing milik Abu Bakar di kawasan tersebut. Apabila waktu malam, beliau akan menghalau ternakan-ternakannya ke kawasan tempat Nabi dan Abu Bakar bermalam dan membekalkan susu kepada mereka. Apabila malam sudah larut, kambing-kambing itu akan dibawa ke Makkah mengikut jalan yang dilalui `Abdullah bin Abu Bakar supaya jejak kakinya terpadam. Begitulah yang terjadi sepanjang 3 hari itu.

Dalam pada itu, orang-orang kafir Makkah berasa sangat marah kerana tidak menjumpai Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam. Ali bin Abi Talib telah dipukul dan diseret ke ke Ka`bah dan Asma’ bin Abu Bakar pula telah ditempeleng dengan sangat kuat dalam usaha mereka untuk mendapatkan maklumat di manakah Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam.

Bengang dengan kegagalan mereka untuk mengesan Nabi, mereka lalu menyekat semua jalan keluar Makkah dengan meletakkan lelaki-lelaki bersenjata dan tawaran 100 ekor unta kepada sesiapa yang dapat menawan Nabi samada hidup atau mati turut diwar-warkan. Dengan tawaran itu, maka ramailah orang yang berusaha mencari Nabi yang terdiri dari orang biasa, para penjejak jalan dan pahlawan-pahlawan Makkah.

Bertolak Dari Gua Thur ke Yathrib (Madinah)

Selepas 3 hari di gua Thur, `Abdullah bin Urayqit al-Laythi seorang penunjuk jalan yang mahir yang bukan beragama Islam, tetapi boleh dipercayai, telah menemui Nabi di Gua Thur dengan membawa bersamanya kenderaan untuk mereka berdua, sebagaimana dijanji sebelum itu. Mereka bertolak pada bulan Rabi`ul Awwal tahun 14 kenabian. Selain Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam dan Abu Bakar, `Amir bin Fuhayrah dan `Abdullah bin Urayqit turut sama dalam perjalanan tersebut. Sebelum bertolak, Asma’ bin Abu Bakar telah menemui mereka untuk memberikan bekalan bagi menempuh perjalanan yang jauh dan mencabar itu.

Mereka berempat menggunakan jalan selatan ke arah Yaman, kemudian menuju ke arah barat iaitu pesisiran pantai. Sampai di kawasan yang agak terpencil, mereka berdua menuju ke arah utara berhampiran Laut Merah menuju ke Yathrib dengan menggunakan jalan yang jarang digunakan orang.

ALLAH Subhanahu wa Ta`ala telah memelihara sepanjang perjalanan kekasihNYA dan rombongannya itu. Bukan itu sahaja, malah terdapat beberapa peristiwa menarik berlaku di mana beberapa individu dan kaum telah memeluk Islam apabila bertemu dengan Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dalam perjalanan.

Singgah di Quba’ selama 4 Hari
Pada hari Isnin, 8 Rabi`ul Awwal tahun ke 14 kenabian, Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam dan rombongannya itu sampai di Quba’.

Di Quba’, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam singgah di rumah Kalthum bin al-Hadam. Baginda menetap selama 4 hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis di Quba’. Di situ Baginda mengasaskan masjid dan bersolat di dalamnya. Itulah masjid pertama yang diasaskan atas dasar taqwa selepas Baginda menjadi Nabi, iaitu Masjid Quba’.

Sampai di Yathrib (Madinah)

Pada hari Jumaat, 12 Rabi`ul Awwal tahun ke-14 kenabian, Baginda bertolak ke Madinah dengan rombongannya. Apabila masuk waktu solat Jumaat, Baginda singgah untuk bersolat Jumaat di sebuah kawasan lembah di perkampungan Bani Salim bin Auf. Seramai 100 orang lelaki menyertai mereka dalam solat tersebut.

Selepas selesai solat Jumaat, Nabi terus bergerak ke negeri Yathrib dan disambut dengan sangat meriah oleh penduduk di situ. Walapun orang Ansar di Yathrib bukanlah orang yang mewah, tetapi masing-masing menawarkan diri supaya Nabi singgah dan menetap di rumah mereka lantaran besar hati ingin melayan insan yang mereka kasihi dan muliakan, iaitu Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Sebenarnya sebelum hari yang dinanti-nanti itu, mereka beramai-ramai telah menunggu Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam setiap hari dan pulang semula apabila mendapati Baginda tidak sampai. Walaupun penduduk Yathrib tidak mengenali wajah dan susuk Baginda, namun perasaan cinta dan rindu mereka sangat tinggi terhadap Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.

Rumah Abu Ayyub al-Ansari telah terpilih menjadi tempat menetap Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam di Yathrib apabila unta Baginda berhenti di kampung Bani al-Najjar iaitu kampung keluarga pihak bapa-bapa saudara sebelah ibu Baginda, di mana rumah Abu Ayyub merupakan rumah yang paling hampir tempat unta tersebut berhenti. Tapak unta itu berhenti dijadikan tapak Masjid Nabawi.

Beberapa hari selepas itu, Sawdah iaitu isteri Baginda sampai bersama 2 puteri Baginda iaitu Fatimah dan Ummu Kalthum. Bersama mereka juga Usamah bin Zaid dan Ummu Aiman. Mereka ini keluar dengan ditemani oleh `Abdullah bin Abu Bakar dan `A’ishah. Puteri Baginda yang bernama Zainab masih tinggal di Makkah bersama Abu al-`As kerana tidak mendapat peluang keluar dari Makkah sehinggalah setelah peperangan Badar. Allahu A`lam.

Begitulah serba ringkas kisah hijrah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam dari Makkah ke Yathrib. Selepas peristiwa besar itu, Yathrib digelar sebagai Madinah ar-Rasul sallAllahu `alaihi wa sallam atau lebih dikenali dengan nama Madinah sahaja sehingga kini. Peristiwa hijrah ini telah memulakan era baru dakwah Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dengan peluang yang lebih besar dan cabaran yang lebih hebat.

Allahumma solli `ala Muhammad, wa `ala aali Muhammad.

Sekadar menyampaikan,
SUMBER: - muzir.wordpress.com

* Diringkaskan dengan merujuk kitab terjemahan ar-Rahiq al-Makhtum yang diterbit oleh YADIM.

KRONOLOGI PERISTIWA HIJRAH

Khamis, 8 November 2012

INSAFI DIRI

Berkata Umar al-Khattab r.a:
“Aku tidak takut doaku ditolak tapi aku lebih takutkan aku tidak diberi hidayah untuk terus berdoa".

Rehat Kita di sana...

Selepas kematian Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik, Umar Abdul Aziz telah diamanahkan memegang urusan kaum Muslimin dengan memimpin mereka sebagai Khalifah. Pada hari pertama itulah menjadi hari paling sibuk bagi dirinya…. Menyelesaikan majlis pengebumian khalifah dan menghadiri masjid untuk menyatakan amanah yang dipikulkan di bahunya…

Selesai berucap, Umar turun dari mimbar. Beliau ingin terus pulang ke rumah untuk berehat. Beliau berhasrat untuk mengembalikan tenaganya seketika setelah segala penat-lelah yang dilaluinya semenjak kematian Khalifah Sulaiman. Walau bagaimanapun, belum sempat Umar melabuhkan punggungnya, tiba-tiba anaknya, Abdul Malik yang ketika itu baru berusia 17 tahun datang seraya bertanya: “Apakah yang hendak dilakukan Amirul Mukminin?!”

“Anakku, ayah hendak melelapkan mata seketika. Sudah tidak bertenaga rasanya tubuh ayah ni…” jawab Umar perlahan. “Apakah Amirul Mukminin akan melelapkan mata sebelum mengembalikan segala hak yang telah dirampas kepada pemilik asalnya?” tanya Abdul Malik.

“Anakku, ayah tidak tidur sepanjang malam semalam kerana menguruskan jenazah pak cik mu, Sulamian. Apabila masuk zuhur nanti, ayah akan bersolat bersama rakyat. Ayah akan mengembalikan segala hak kepada pemiliknya…dengan izin Allah,” jawab ayahnya.

“Wahai Amirul Mukminin, siapakah yang dapat menjamin ayah hidup hingga ke waktu Zuhur nanti?!” balas anaknya, Abdul Malik.

Kata-kata Abdul Malik ini umpama petir yang menyambar hatinya. Ia mula membakar semangat Umar dan hilanglah segala keinginannya untuk tidur. Lahir pula kekuatan dan kemahuan tekad yang jitu dalam kelesuan tubuhnya.

“Mari sini wahai anakku..”panggil Umar lembut. Abdul Malik pun menghampiri ayahnya. Umar pun memeluk dan mencium dahi anaknya sambil berkata: Segala Puji bagi Allah yang telah melahirkan daripada tulang sulbi ayah seorang anak yang mampu membantu agama ayahnya..”

Umar pun bingkas bangun dan mengarahkan supaya orang ramai diberitahu bahawa sesiapa sahaja yang dizalimi hendaklah mengadukannya kepada khalifah.

Rujukan: Suwar min Hayat Tabien, Dr. Abd Rahman Basha

Rabu, 7 November 2012

Amal Ibadah yang Paling Dicintai Allah

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra : Rasulullah Saw pernah bersabda, “Perbuatan yang engkau lakukan tidak akan menyelamatkan engkau dari api neraka”, mereka berkata, “bahkan engkau sendiri ya Rasulullah?” Nabi Muhammad Saw bersabda, “bahkan aku sendiri, kecuali Allah melindungiku dengan kasih dan rahmatNya. Oleh kerana itu lakukanlah perbuatan baik sepatut mungkin, setulus mungkin, sedapat mungkin dan beribadahlah kepada Allah pada pagi dan petang hari, pada sebahagian dari malam hari dan bersikaplah al-qashd (mengambil pertengahan dan melaksanakannnya secara tetap-istiqomah) kerana dengan cara itulah kamu akan mencapai (syurga)”.

Diriwayatkan dari Aisyah ra : Seseorang bertanya kepada Nabi Muhammad Saw, “apakah amal (ibadah) yang paling dicintai Allah?” Nabi Muhammad Saw bersabda,” amal (ibadah) yang dilakukan secara tetap-istiqomah meskipun sedikit”

Isnin, 5 November 2012

TELAGA ZAMZAM

TELAGA ZAM ZAM: (بئر زمزم) Telaga Zamzam atau dalam Bahasa Arab disebut 'Bikru Zamzam' adalah sebuah telaga yang berada di hadapan Kaabah di kawasan di antara Hajarul Aswad dan Multazam.

Ia dikatakan terbit daripada terjahan kaki Nabi Ismail. Ada riwayat yang menyatakan ia terbit hasil pukulan sayap Jibrail. Kelebihan air dari Telaga Zamzam ini dinyatakan di dalam beberapa hadis.

Telaga Zam-Zam

Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam

Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.

Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.

Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?

Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.

Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 3 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter. Jika dicampur dengan jumlah yang sama yang telah dihantar oleh kebanyak jamaah ke tanah air sebelum mereka pulang, maka jumlahnya meningkat sebanyak 20 juta liter.

Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 2 liter sehari maka jumlahnya sudah 150 juta liter. Itu tak termasuk di masjid Madinah.

Secara keseluruhannya jumlah air zam-zam yang digunakan setiap musim haji adalah sebanyak 170 juta liter. Sedangkan Kerajaan Arab Saudi tidak pernah menyimpannya sebagai stok persediaan. Ini bermakna telaga zam telah mengeluarkan sebanyak 3925 liter seminit dengan izin Allah.

Keanehan Air Zam-Zam

Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum. 

Gambaran Kedudukan Paras Air

Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam.

Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.

Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.

Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.

Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).

Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.

Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.

Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.

Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.

Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.

Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.

Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya. 
 
Mata Air

 Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:

“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.

Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.

Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.

Air Zamzam Mengandungi Zat Anti Kuman

Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.

Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.

Oleh kerana itu bila dikaji, jamaah haji tidak dijangikiti atau menghidapi penyakit yang kronik walaupun mereka berkumpul dan berhimpit-himpit dengan berjuta-juta manusia dari beratus-ratus buah negara di dunia. Ketika penularan penyakit H1N1, AIDS, Selsema Burung dan berbagai jenis penyakit yang merbahaya lain, jamaah haji tidak menghidapinyanya.

Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.

Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun. Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.

Nabi S.A.W. menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).

Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.

Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.

1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.

2. Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.

3. Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.

4. Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.

Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.

Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.
 
SUMBER: ENSIKLOPEDIA MUSLIM

Adab Masuk Keluar Rumah

Doa keluar Rumah
 
بِاللَّه ‎اللَّهِ ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ ، وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلاَّ‎ ‎‎ ‎بِسْمِ‎
"Bismilaahi tawakkaltu 'alallahi wa laa hawla wa laa quwwata ‎illaa billaahi" ‎

Ertinya : ‎
Dengan nama Allah, aku menyerahkan diriku pada ‎Allah dan tidak ada ‎daya dan kekuatan selain dengan Allah ‎saja ‎

Doa sebelum memasuki rumah

بِسْمِ الله وَلَجْنَا ، وَ بِسْمِ الله خَرَجْنَا وَعَلَى رَبِّنَا تَوَكَلْنَا

‎"Bismillahi walajnaa wa bismillahi kharajnaa wa-ala ‎rabbina tawakkalnaa"‎

Ertinya :‎
Dengan nama Allah kami masuk rumah, dengan nama Allah ‎aku keluar rumah, ‎serta kepada-Nya aku berserah diri

Sabtu, 3 November 2012

AHLI AL-QURAN IALAH AHLI ALLAH

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ لِلَّهِ أَهْلِينَ مِنْ النَّاسِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ هُمْ قَالَ هُمْ أَهْلُ الْقُرْآنِ أَهْلُ اللَّهِ وَخَاصَّتُهُ

Ertinya:
“Dari Anas bin Malik RA, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai ‘ahli’ dari kalangan manusia. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?” Baginda berkata: “Merekalah ahli al-Quran iaitu ‘ahli’ Allah dan golongan pilihanNya.”
(HR. Ibn Majah)

Keterangan:
- “Ahli al-Quran”: Golongan yang menghafal al-Quran, banyak membaca al-Quran dan beramal dengannya.
- “Ahli Allah”: Para wali Allah dan golongan yang mendapat pilihan yang istimewa daripada Allah.
(Syarah Sunan Ibn majah)