Hadis yang bermaksud: Daripada Sahal Bin Saad As-Sa’adi r.a berkata: “Sesungguhnya seorang perempuan datang menemui Rasulullah saw dengan membawa sehelai selendang yang baru selesai ditenun, lalu ia berkata: Wahai Rasulullah! Selendang ini sengaja saya tenun dengan kedua tangan saya ini untuk saya hadiahkan kepada engkau supaya engkau memakainya. Maka Nabi saw pun mengambilnya dengan keadaan berhajat kepadanya. Setelah itu lalu Nabi saw keluar menemui kami dan memakainya sebagai sehelai kain. Lalu ada seorang di kalangan kami yang berkata: Wahai Rasulullah! Alangkah indahnya kain ini. Berikan ia kepadaku. Nabi menyahut: Ya. Lalu duduk sebentar bersama kami dalam majlis itu kemudian Baginda masuk (ke dalam rumahnya) dan terus melipat kain itu dan memberikannya kepada sahabat yang meminta tadi. Setelah kejadian itu maka berkata beberapa orang di antara kami kepada yang menerima kain tadi: Sebenarnya tindakan engkau meminta kain itu tidak baik. Bukankah Nabi saw telah memakainya dengan keadaan berhajat kepadanya, lalu engkau memintanya sedangkan engkau sendiri tahu bahawa Nabi saw tidak pernah menolak permintaan orang. Maka berkata orang tadi: Demi Allah aku tidak memintanya kerana aku mahu memakainya, tetapi aku mahu menjadikannya sebagai kain kafan bila aku mati nanti. Maka berkata Sahal (perawi hadis ini): Maka akhirnya kain itu memang menjadi kain kafannya” - H.R Bukhari
Keterangan
Ini adalah diantara contoh ketinggian akhlak Rasulullah saw. Baginda tidak pernah menolak permintaan orang lain selama Baginda mampu untuk memberikannya kepada orang yang meminta itu, bahkan kadang-kadang, kalau datang seorang yang meminta-minta sedangkan Nabi saw tidak memiliki apa-apa, maka Baginda akan bersabda: “Ambillah dulu barang keperluanmu itu dari kedai fulan bin fulan secara bertangguh, nanti saya yang akan membayar harganya”. Dan Baginda juga ada bersabda: “Barangsiapa mati dan ia meninggal hutang maka aku yang akan membayarkannya. Dan barangsiapa mati dan ia meninggalkan harta pusaka maka harta itu adalah untuk ahli warisnya”.
Inilah akhlak pemimpin yang bertanggungjawab terhadap umatnya. Dia mampu melebihkan orang lain ke atas dirinya sendiri. Baginda sanggup lapar asal umatnya kenyang. Baginda sanggup menderita asalkan umatnya bahagia. Jadi, Baginda sangat sayang kepada kita, lebih dari kita sayang diri kita masing-masing.

1 ulasan:
subhanallah..begitu murni akhlak Rasulullah... ^_^
Catat Ulasan