SETIAP manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa. Kadang-kadang manusia melakukannya dengan tidak sengaja dan pada waktu lain pula mereka melakukannya dengan sengaja.
Melakukan dosa bererti kita berada dalam kemurkaan Allah. Setiap dosa yang dilakukan sama ada dosa kecil ataupun besar semuanya mengundang seksaan di neraka Allah s.w.t..
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya apabila seorang hamba itu melakukan satu kesalahan maka akan ditimpakan satu titik hitam pada hatinya. Sekiranya dia bertaubat maka hatinya akan berkilat semula. (Riwayat at-Tirmizi)
Melakukan dosa adalah satu perlakuan yang tersasar daripada landasan yang sepatutnya. Ia berlaku apabila seseorang melakukan apa-apa sahaja yang menjadi larangan Allah atau meninggalkan mana-mana perintah Allah s.w.t.. Mereka yang tersasar ini tidak lagi berada pada landasan mustakim yang membawa terus ke syurga yang menjanjikan keredaan Allah s.w.t.. Oleh itu, kita perlulah kembali kepada landasan yang sebenar dan jalan yang lurus dengan segera bagi memperoleh kembali keredaan Allah yang telah hilang daripada kita.
Melakukan dosa dari segi hukum adalah haram dan kembali ke jalan yang sebenar atau bertaubat hukumnya wajib. Bagi seseorang insan yang telah terlanjur, mereka perlulah kembali bertaubat dengan segera kerana melambat-lambatkan taubat itu akan menjadi satu dosa yang lain. Ini kerana taubat itu merupakan ibadah apatah lagi hukumnya adalah wajib. Meninggalkan ibadah dan mengabaikan yang wajib adalah berdosa.
Firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 222 yang bermaksud: … sesungguhnya Allah Taala kasih kepada hambanya yang banyak bertaubat.
Walaupun begitu ramai di kalangan manusia yang masih sayangkan dosa dengan mengekalkan kemaksiatan. Ada yang sanggup membeli dosa dengan tawaran harga yang agak tinggi. Ada pula di kalangan manusia yang memandang ringan dosa yang dikategorikan sebagai kecil.
Kita lupa bahawa dosa kecil juga kemurkaan Allah apatah lagi yang besar. Bahkan dosa kecil juga akan menjadi dosa besar sekiranya kita mengambil sikap acuh tak acuh kepada dosa tersebut dengan reaksi yang bersahaja. Sikap ini menyebabkan kita memandang ringan pada dosa kecil sedangkan ia tetap menjadi kemurkaan Allah s.w.t..
Perkara kedua ialah ada yang melakukan dosa pada pandangan mereka kecil lantas berasa seronok melakukannya. Keseronokan kerana adanya pujukan syaitan dengan slogan ‘alah dosa kecil aje’. Pujukan ini banyak menyebabkan manusia mula hilang kegerunan kepada azab Allah s.w.t..
Kegerunan semakin hari semakin menipis dan akhirnya hilang dan luput daripada jiwanya dan digantikan dengan rasa seronok dan gembira dengan dosa. Mereka tersenyum puas apabila berada dalam dosa!
Keseronokan dalam dosa tidak berakhir begitu sahaja. Timbul pula satu fenomena sedih rentetan daripada keseronokan melakukan dosa. Manusia yang dijangkiti virus ini mula melakukan dosa dengan terang-terangan tanpa sebarang perasaan malu mahupun segan.
Kegerunan kepada azab Ilahi hilang, perasaan malu kepada manusia tidak lagi menghiasi dirinya. Bahkan manusia yang melihat perlakuan dosa mereka pula yang berasa malu untuk menegur. Yang berdosa tidak malu, yang tidak berdosa pula yang terpaksa malu dengan tindakan dosa sahabatnya.
Oleh itu Imam al-Bukhari telah meriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud: ‘’Sesungguhnya seorang mukmin melihat dosanya seolah-olah dia duduk di bawah sebuah bukit dan ditakuti bukit itu akan jatuh ke atasnya. Orang yang fajir pula melihat dosanya seperti lalat yang lalu di tepi hidung, lalu dia berkata kepada lalat itu seperti ini.’’ Perawi hadis ini berkata bahawa Ibnu Mas’ud telah membuat isyarat dengan tangan secara meletakkannya pada hidung.
Inilah keadaan orang-orang beriman. Mereka tidak pernah menganggap dosa sebagai suatu yang kecil. Malah mereka menjauhkan diri daripada menganggap dosa sebagai suatu yang kecil dan memandang mudah dosa. Dosa sama ada besar atau kecil adalah menjadi kemurkaan Allah s.w.t..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan