Sahabat Ilmu

Rabu, 25 Julai 2007

HIKMAH DAN FAEDAH BERDOA

HIKMAT DAN FAEDAH BERDOA
Sebagai makhluk atau hamba Allah yang sentiasa di dalam serba kelemahan dan kekurangan sudah barang tentu kita berhajat kepada bantuan dan pertolongan orang lain yang lebih kaya dan lebih berharta, jadi Siapakah gerangan. yang dapat memberi pertolongan kepada kita dalam erti kata yang sebenarnya. Sebagai jawapannya, tentulah tidak lain dan tidak bukan hanya Allah SWT semata-mata yang benar-benar dapat menolong dan membantu hamba-hamba Nya yang sentiasa memerlukan pertolongan.

Oleh yang demikian, janganlah sekali-kali kita berdoa atau memohon kepada sesuatu selain daripada Allah Taala, kerana perbuatan itu termasuk ke dalam perbuatan syirik yang amat dibenci lagi dikutuk oleh Allah SWT. Sebenarnya doa adalah merupakan suatu ibadat yang besar ertinya dalam kehidupan setiap individu Muslim di alam jagat ini di mana ia mendatangkan manfaat dan faedah sama ada faedah kebaikan untuk dunia mahu pun akhirat dan sama ada untuk menolak atau menghindar dari segala bencana dan mara bahaya sama ada yang sudah berlaku atau belum berlaku, ini amatlah tepat sekali sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w,

Mahfum hadis Rasulullah (Riwayat al-Hakam);

“Berdoa itu memberi manfaat terhadap sesuatu. yang telah berlaku dan dari apa yang belum berlaku, maka lazimlah kamu dengan berdoa wahai hamba-hamba Allah.”

Dalam sebuah hadis lain pula Baginda pernah bersabda,

Mahfum hadis Rasulullah (Riwayat Ahmad);

“Tiada seorang pun yang mendoakan dengan satu doa melainkan Allah akan memberinya apa yang dipinta atau mencegah daripadanya dari kejahatan seumpamanya selagi ia tidak berdoa untuk melakukan dosa atau memutus silaturahim”
Berdasarkan kepada keterangan-keterangan di atas sudah jelas bagi kita bahawa berdoa amatlah perlu di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa lebih-lebih lagi di waktu-waktu tertentu yang memerlukan bantuan dan pertolongan daripada Allah SWT yang maha kaya lagi maha berkuasa. Sebaliknya, adalah menjadi suatu kesalahan yang besar kepada mereka yang tidak berdoa kepada Allah sebaliknya memohon kepada sesuatu selain daripada Allah.

Berdoa adalah menjadi suatu bentuk amalan harian bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh sebagai senjata buat mereka, bahkan para Nabi dan Rasul juga sentiasa berdoa kepada Allah di mana doa mereka sering di perkenan dan diterima oleh Allah, selain dari doa-doa biasa, maka Allah Taala memperuntukkan kepada para Rasul itu suatu doa yang paling mustajab lagi dimakbulkan dengan serta merta yang menjadi sakti atau mukjizat kepada mereka. Mereka telah berjaya dan berhasil di mana segala kehendak dan permintaannya itu dimakbulkan kecuali junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. yang masih lagi menyimpan doa tersebut untuk dipohon kepada Allah di akhirat kelak, ini telah dijelaskan sendiri oleh Baginda dalam sebuah hadis,

Mahfum hadis Rasulullah (Riwayat as-Syihaan);“Sesungguhnya bagi setiap Nabi itu ada doa yang sesungguhnya telah mendoakan dengannya pada umatnya lalu diperkenankan baginya san sesungguhnya aku telah menyimpan atau menyediakan doaku sebagai syafaat bagi umatku di hari akhirat nanti.”

Dalam mencari kemakbulan berdoa, perlu juga mencari masa-masa yang tertentu di mana doa Allah akan makbulkan seperti dijelaskan dalam hadis berikut;

Mahfum hadis Rasulullah (Riwayat at-Tirmizi);

Daripada Abi Umamah katanya: “Ditanya orang kepada Rasulullah s.a.w. Bilakah doa yang paling diperkenankan? Jawab Baginda: Ialah separuh malam yang kedua dan sesudah solat-solat yang diwajibkan (solat lima waktu)”

Mahfum hadis Rasulullah (Riwayat ibnu ‘Asaakar);

“Ada lima malam yang tidak ditolak doa padanya iaitu: Malam pertama dalam bulan Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Jumaat, malam Raya Fitrah dan malam Raya Qurban.”

Mahfum hadis Rasulullah (Riwayat an-Nasa’i);

“Tidak ditolakkan doa di antara Azan dan Iqamat.”

Mahfum hadis Rasulullah (Riwayat al-‘Aqiili);

“Tiga golongan di mana doa-doa mereka di perkenankan iaitu; Doa orang berpuasa, doa orang yang di dalam perjalanan dan doa orang yang dianiayai.”

Sebelum dari kita berdoa kepada Allah Taala dengan harapan semoga doa atau permintaan kita itu diterima, maka hendaklah terlebih dahulu kita mengetahui sedikit sebanyak mengenai peraturan dan adab-adab berdoa, di antaranya selain dari kita dituntut membuat pembersihan diri, berwuduk dan menghadap kiblat maka;

1. Hendaklah memujikan Allah Taala terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. mi dapat difahamkan dan sebuah hadis Baginda yang berbunyi:

Mahfum hadis Rasulullah;

“Apabila berdoa oleh seseorang kamu maka hendaklah dimulakan dengan memuji Allah dan memuja-Nya kemudian hendaklah berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w., kemudian berdoalah dengan apa yang dikehendakinya.”

2. Hendaklah mengangkat kedua belah tangannya ke paras bahu ketika berdoa dan hendaklah menyapu ke mukanya apabila selesai dari berdoa. Ini berdasarkan kepada sebuah keterangan hadis;

Mahfum hadis Rasulullah (Riwayat at-Tirmizi);

Daripada Omar telah redha Allah kepadanya berkata ia: “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila menghulurkan dua tangannya ketika berdoa, tidak mengembalikan kedua-duanya sehingga menyapu ia dengan kedua-duanya akan mukanya.”

Dan dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Daud di mana Baginda bensabda:

Mahfum hadis Rasulullah (Riwayat Abu Daud);

“Apabila kamu memohon kepada Allah Taala (berdoa) maka pintalah dengan perut-perut tapak tangan kamu dan janganlah kamu memohon akan dia dengan belakang tangannya, kemudian janganlah kamu mengembalikan dia sehingga kamu menyapu dengannya akan muka kamu, maka sesungguhnya Allah menjadikan padanya berkat.”

3. Hendaklah percaya dan yakin dengan sepenuh hati bahawa doanya diperkenankan oleh Allah. Dalam konteks ini junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:

Mahfum hadis Rasulullah (Riwayat at-Tirmizi);

“Berdoalah sekalian kamu kepada Allah pada hal kamu yakin diperkenankan dan ketahuilah bahawasanya Allah Taala tidak memperkenankan doa dari hati orang yang lalai lagi lupa.”

4. Hendaklah berdoa dengan penuh khusyuk dan tawaduk serta perlahankan suaranya, ini bertepatan sekali dengan perintah Allah sebagaimana tersebut dalam surah al-A’raf ayat 55. Mahfum firman Allah (al-A’raf :55);

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan secara perlahan (tersembunyi) kerana sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang melewati batas.”

Wallahhu’alam

(Petikan dari buku “Himpunan Doa-doa Pilihan dari Al-Quran & Al-Hadis” oleh Prof. Dato’ Dr. Haron Din & Ust. Ishak Din, Cetakan 2000)

WAKTU-WAKTU YANG MUSTAJAB DOA

WAKTU-WAKTU YANG MUSTAJABNYA DOA
OlehIsmail bin Marsyud bin Ibrahim Ar-Rumaih

Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, di antaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut. Mereka menyangka bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeza. Setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan. Adapun waktu-waktu mustajaba tersebut antara lain ialah
(1). Sepertiga Akhir MalamDari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda."Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya" . (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150)

(2). Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang BerpuasaDari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17),

(3). Setiap Selepas Shalat FardhuDari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab."Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu".(Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).

(4). Ketika Saat Perang BerkecamukDari Sahl bin Sa'ad Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda."Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa ketika saat adzan dan doa ketika perang berkecamuk". (Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa' 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta'liq Alal Misykat 1/212 No. 672).

(5). Sesaat ketika Hari Jum'atDari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawa Abul Qasim Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jum'at ada satu saat yang tidaklah bertepatanseorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6)Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203.Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum'at atau sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib.

(6). Ketika Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada AllahDari 'Amr bin 'Anbasah Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda."Ertinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya" . (Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595)Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.(An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190)Yang dimaksudkan dengan "ta'ara minal lail" terbangun dari tidur pada malam hari.

(7). Doa Di antara Adzan dan IqamahDari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda."Ertinya : Doa tidak akan ditolak di antara adzan dan iqamah". (Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)

(8). Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam ShalatDari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Ertinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan". (Shahih Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48)Yang dimaksudkan adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.

(9). Ketika Saat Sedang HujanaDari Sahl bin a'ad Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda."Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan". (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078).Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).

(10). Ketika Saat Ajal TibaDari Ummu Salamah bahawa Rasulullah 'alaihi wasallam mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapati kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau 'alaihi wasallam memejamkannya kemudian bersabda."Ertinya : Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akanmengikutinya' . Semua keluarga histeria. Baginda 'alaihi wasallam bersabda : 'Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan". (Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38)

(11). Ketika Lailatul QadarAllah Subhanahu wa Ta'ala berfirman."Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar". (Al-Qadr : 3-5)Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)(12). Doa Ketika Hari ArafahDari 'Amr bin Syu'aib Radhiyallahu 'anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Ertinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah". (Sunan At-Tirmidzi, babJamiud Da'waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598)

bahang ramadhan

skrg kita berada dlm bln rejab, kemudian syaaban, kemudian ramadhan. pejam celik, duduk bangun, tido bangun, hanya skjap ramadhan akan bertemu dengan kita. kedatangan ramadhan adalah untuk mengingati manusia yang telah lama lupa kepada allah agar kembali mengingatinya. mengingati orang2 yang malas ke masjid, mengingati orang yang terlalu mewah dgn makanan,mengingati org yang sombong dengan org miskin dan seumpamanya. ingatlah kita kepada allah selalu.jgn hanya mengingati pada bulan ramadhan sahaja. ingat allah tidak bermusim. setiap detik kita perlu mengingati allah. wslm