Assalamualaikum shbt2
Jom baca surah al kahfi pd mlm jumaat dan hari jumaat
Diantara bonus/ kelebihan mmbaca surah ini ialah;
1) Dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq (Kaabah)
Daripada Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Sesiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim)
Baitullah juga dikenali sebagai Baitil Atiq iaitu rumah yang sentiasa merdeka dari segala kezaliman. Tanah Haram juga tidak boleh dikuasai raja yang zalim dan haram disakiti manusia semasa mereka berada disana.Baqarah[97]…….dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia
2) dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”
Daripada Abu Sa’id al-Khudri radiyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Sesiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249.
3) memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat
Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda :
Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” [ Hadis Riwayat Ahmad ]
Daripada Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, berkata: Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesiapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat.” (Diriwayatkan oleh Abu Bakr bin Mardawaih)
4) Terjaga dari fitnah Dajjal
Daripada Ali bin Abi Thalib:
Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka ia akan dijaga dari setiap fitnah sampai lapan hari walaupun Dajjal keluar ia akan tetap terjaga dari fitnahnya.”
Mudah-mudahan kita sentiasa dapat membaca surah al kahfi bersama surah Ad-Dukhan, Surah al-Mulk, Surah Yasin dan surah as Sajdah pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara ketika sakaratulmaut, huru hara ketika di alam barzakh dan huru hara di Padang Mahsyar.