Sahabat Ilmu

Memaparkan catatan dengan label TEMPAH BUKU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TEMPAH BUKU. Papar semua catatan

Rabu, 21 Mac 2012

MILIKI MAJALAH PENUH BERILMU&BERMANFAAT

Assalamualaikum shbt2 sekelian.. Bagi sesiapa yg ingin memiliki

1. MAJALAH SOLUSI TERBARU ISU 42 - "Pasrah dgn Istikharah"- RM10
2. MAJALAH Q&A NO.1@2@3&terbaru No.4 -RM10
3.MAJALAH gen-Q - RM7
4. MAJALAH ASUH - RM4








Sila hubungi Muhamad Naim Hj Hashim/Ibnu Muslim di talian 017-3112753@019-6023803 @ email: jelawat_putih@yahoo.com.. stok dah ada skrg....
~"Membaca membentuk keperibadian,Menulis membentuk kesempurnaan"~

Ahad, 4 Disember 2011

Wirid Ulama' Muktabar


BUKU ini mengumpulkan wirid-wirid ulama muktabar yang menjadi amalan seharian para alim terdahulu. Wirid-wirid ini seharusnya menjadi amalan seharian dalam kehidupan umat Islam.

Ini kerana setiap amalan itu mempunyai hikmah dan kelebihan yang tersendiri di samping dapat lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Wirid-wirid yang diamalkan juga akan menjadi amalan tambahan umat Islam yang mengamalkannya dalam mencari pahala sebanyak mungkin untuk memudahkan urusan yang bakal dihadapi di akhirat kelak.

Dengan adanya buku ini, ia dapat memudahkan umat Islam untuk mengetahui wirid-wirid yang sahih, tidak memesongkan akidah dan boleh diamalkannya dalam kehidupan seharian kita.

Buku ini diterbitkan dengan tujuan mengumpul Dana Pembangunan dan Dana Pembinaan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat, Repek, Pasir Mas, Kelantan.

Setiap pembelian buku ini secara tidak langsung merupakan sumbangan kepada dana tersebut. Pembangunan terkini yang sedang dijalankan di Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat adalah pembinaan Masjid Imam Syafie yang dianggarkan berjumlah RM6 juta.

Pembinaan kini mencecah hampir 60% siap dan sedang giat memulakan pembinaan di tingkat tiga. Sokongan dan kerjasama yang berterusan daripada masyarakat Malaysia diperlukan dalam menyumbang dana sehingga pembinaan siap.

Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki

Buku ini melibatkan seorang ulama yang disegani iaitu Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki.

Beliau dilahirkan di sebuah desa bernama Harus, Amuntai iaitu Banjarmasin, Kalimantan Selatan Indonesia pada 1 September 1960.

Beliau anak yang ketiga dari tujuh bersaudara, dari keluarga yang taat beragama. Bondanya, Rahmah Muhammad Sobri adalah puteri ulama besar di Kalimantan Selatan.

Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di kampung. Kemudian pada tahun 1974 beliau belajar di pondok pesantren Normal Islam. Belum sempat menamatkan pengajiannya di pondok tersebut seluruh keluarganya berhijrah ke Tanah Suci Mekah. Pada tahun itu juga (1974) beliau meneruskan pengajiannya di madrasah Shaulathiah sehingga tahun 1982.

Selain itu, beliau juga mengikuti pengajian secara umum di Masjid Haram dan juga di rumah para masyaikh.

Pada tahun 1982 beliau menamatkan pengajiannya dengan kepujian mumtaz (cemerlang) di madrasah Shaulathiah.

Di samping itu juga beliau turut mencurahkan ilmunya kepada para pelajar dari Indonesia. Beliau mengajar kitab Qatrunnada, Fathul Mu'in, 'Umdatussalik, Bidayatul Hidayah dan lain-lain sebelum naik ke kelas 'Aliyah.

Beliau adalah murid kesayangan gurunya asy-Syaikh al-'Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani. Guru inilah yang banyak mewarnai dalam kehidupan beliau.

Tuan guru ini banyak meluangkan waktunya yang berharga untuk beliau dan sering mengajaknya menemani ke Madinah menghadiri program agama dan juga menziarahi makam nabi SAW.

Pada tahun 1983, beliau melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Azhar asy-Syarif dalam bidang syariah hingga beroleh sarjana muda.

Kemudian menyambung pengajian di Ma'had 'Ali Liddirasat al Islamiah di Zamalik sehingga memperolehi diploma am Dirasat 'Ulya pada tahun 1990.

Setelah menamatkan pengajian di Universiti al-Azhar, beliau menumpukan perhatian mencurahkan ilmunya kepada ribuan para pelajar yang datang dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Universiti al Azhar.

Sehingga beliau mendapat gelaran al Azharus Tsani (Azhar ke Dua) iaitu satu julukan yang terhormat dan tulus daripada masyarakat universiti al Azhar sendiri.

Beliau mengadakan kelas pengajian 'Majlis Al-Banjari Littafaqquh Fiddin' sejak tahun 1987 sehingga 1998 yang mana buat pertama kalinya diadakan di rumah pelajar Johor dan rumah pelajar Pulau Pinang, di dewan rumah Kedah dan di dewan rumah Kelantan dan juga di masjid Jamek al Path di Madinah Nasr.

Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab agama berbahasa Arab dalam pelbagai bidang yang banyak tersebar luas di Timur Tengah dan juga di negara Malaysia. Boleh dikatakan setiap para pelajar yang belajar di Al-Azhar Mesir semasa beliau berada di sana pernah menimba ilmu dari tokoh ulama muda ini.

Sememangnya sejak dari awal keterlibatannya dalam dunia ta'lim beliau telah menazarkan diri beliau untuk terus menjadi khadim (orang yang berkhidmat) untuk penuntut ilmu agama

Isnin, 3 Oktober 2011

BUKU USTAZ AZHAR IDRUS

Dapatkan Buku Ustaz Azhar Idrus ~~ CALL atau SMS atau pesanan melalui FB- nyatakan nama, alamat, no.telefon dan jumlah unit buku ke 0173112753 / 0196023803 (USTAZ MUHAMAD NAIM)

HARGA: RM15
Boleh juga kalau nak buat amal jariah dengan sedekahkan buku ini pada ahli keluarga, surau2, masjid atau sekolah yang berdekatan..
~~ Sedikit info mengenai buku ini ~~

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Isu Semasa menjawab persoalan-persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam dan ada juga persoalan rumit yang mencabar pemikiran dan ilmu seseorang bagi menjawabnya. Soalan ini adalah hasil kompilasi persoalan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus. Kini ia dibukukan bagi dikongsikan jawapannya kepada tuan puan.

1 Taharah Halaman
• Minyak Wangi Tanpa Alkohol 2

• Hukum Kencing Tidak Lawas 2

• Cara Mandi Wajib 3

• Membersihkan Karpet Masjid Yang Terkena Air Kencing4

• Mandi Junub Atau Mandi Wajib 5

• Perbezaan Air Mani Dan Air Mazi 5

• Penggunaan Botol Arak 6

• Samak Jaket Kulit Khinzir 7

• Bawa Lori Najis 7

• Kasut Berkulit Babi 8

• Kemeja Sutera Campuran 8

• Samak Kereta Terkena Anjing 9

• Adab Masuk Tandas 10

• Kencing Berdiri 11

• Makanan Dimasuki Semut 11

• Membersihkan Barang Bundle 12

• Bangkai Dalam Air 12

• Veterinar Memegang Anjing 13

• Mentayamumkan Mayat 13

• Berkhitan Bagi Kanak-Kanak Perempuan 14



2 Wuduk

• Berwuduk Dalam Keadaan Telanjang 16

• Berwuduk Dalam Keadaan Tangan Bersimen 16

• Ukuran Mata Kaki Dalam Wuduk 17

• Mandi Wajib Tanpa Wuduk 17



3 Solat

• Azan Sebelum Masuk Waktu Solat 20

• Azan Subuh Dua Kali 20

• Perbezaan Waktu Solat 21

• Waktu Solat Di Negeri Orang 22

• Keliru Arah Kiblat Ketika Dalam Gua 23

• Tempat Niat Solat 24

• Bacaan Dalam Solat 24

• Sukar Melafazkan Bacaan-Bacaan Solat 25

• Memejamkan Mata Ketika Solat 25

• Bacaan Pengganti Basmalah 26

• Menggantikan Imam Yang Batal Solat 26

• Qada (Menggantikan) Solat 27

• Dua Jemaah Dalam Satu Masjid 27

• Menggerakkan Jari Semasa Tahiyat 28

• Solat Hormat Waktu Dalam Penerbangan 29

• Solat Bersama Anak Bawah Umur 31

• Membaca Doa Qunut 31

• Meletak Tangan Di Atas Paha Ketika Duduk Di Antara Dua Sujud 32

• Kerap Tertinggal Solat Subuh 33

• Bercakap Ketika Khutbah 33

• Kurang Faham Mengenai Solat Jamak dan Qasar 34

• Mendengar Khutbah Jumaat Sambil Mengambil Nota 36

• Solat Jumaat di Negara China 36

• Solat Zuhur Wanita Uzur pada Hari Jumaat 37

• Solat Sunat bagi Menampung Solat Fardu 37

• Niat Solat Tahajjud 38

• Bilangan Sujud Sajadah 39

• Solat Sunat Taubat 39

• Waktu Luput Solat Sunat Duha 40



4 Puasa

• Korek Hidung Semasa Berpuasa 42

• Hukum Berkumur dengan Lesterine Pada Siang Bulan Puasa 42

• Masuk Air Sebab Sakit 44

• Ganti Puasa 44

• Mengeluarkan Air Mani dengan Sengaja Di Bulan Puasa 45

• Fidyah Solat dan Puasa untuk Ibu yang Meninggal Dunia 46

• Puasa di Bulan Rejab dan Syaban 47



5 Zakat

• Kewajipan Zakat ke atas Remaja 50

• Orang Tua Menerima Zakat 50



6 Haji dan Umrah

• Menunaikan Haji Dalam Keadaan Berhutang 54

• Mencium Hajarul Aswad Selepas Tawaf 55

• Upah Haji untuk Ibu 56



7 Aurat

• Aurat Menantu 58

• Aurat di dalam Televisyen 58

• Melihat Aurat Lelaki 59

• Aurat di Laman Rumah 59

• Aurat Lelaki 60

• Aurat Di Hadapan Bukan Islam 61

• Hukum Buka Baju dan Memakai Seluar Pendek 62



8 Jual Beli

• Jual Beli Barang Lama 66

• Jual Beli Binatang 67

• Loan (pinjaman) Kereta 68

• Peraduan 68

• Ambil Barang Orang Bukan Islam 69

• Claim (Tuntutan Semula) 70

• Bersedekah Dengan Wang Haram 71



9 Nikah dan Kahwin

• Hukum Suami Ambil Duit Isteri 74

• Tidak Mahu Berkahwin 74

• ‘Couple' (berpasangan) 75

• Ibu Bapa Memilih Pasangan Hidup Untuk Anaknya 76

• Isteri Solehah 77

• Ingin Tahu Jumlah Isteri Nabi 79

• Suka Kepada Perempuan 80

• Nikah Gantung 81

• Hukum Zina Sebelum Kahwin 81

• Kelahiran Anak dan Belah Mulut (Tahnik) 82

• Pahala Bagi Perempuan 83

• Ambik Anak Angkat 84

• Ingin Bayi Comel 85

• Pewaris Gugurkan Janin 86

• Hubungan Dengan Bekas Bapa Tiri 87

• Kehendak Isteri dan Kuliah Jumaat 88

• Jilat Kemaluan Isteri 89

• Oral Seks 90

• Berjimak Pada 1 Syawal 90

• Keliru Sentuh Air Mani 91

• Krisis Rumah Tangga 91

• Cerai Talak Tiga 92

• Hukum Suami Keluar Malam 94

• Berkahwin dengan Amanah Ibu 94

• Amanah Tidak Mencukur Rambut Anak 95



10 Al-Quran

• Membeli al-Quran 98

• Hukum Terkentut Sewaktu Membaca al-Quran 98

• Hukum Meletakkan al-Quran di Kepala 99

• Hafaz al-Quran 99

• Orang Kafir Memegang al-Quran 100

• Wanita yang Memotong Badannya Sendiri 101

• Gantung Ayat al-Quran 102

• Hukum Wanita Membaca al-Quran 102

• Mengubah Diri dengan al-Quran 103

• Hukum Membaca Ayat al-Quran di dalam Tandas 104



11 Halal dan Haram

• Hukum Merokok 106

• Halal Ataupun Haram Sarang Burung 107

• Hukum Onani 107

• Meluruskan Rambut (Rebonding) 108

• Hukum Upah Sembahyang Jenazah 108

• Hukum Wanita Memakai Wangian 109

• Hukum Lelaki Memakai Cincin Suasa 110

• Hukum Bekerja di Kilang Percetakan Akhbar 111

• Hukum Memakai (braces) Gigi 112

• Mengeluarkan Fatwa 112

• Membuat Ukiran Khat 113

• Halal Atau Haram Makan Kucing 114

• Hukum Makan Keldai 115

• Hukum Bayar Wang Pinjaman Ceti 115

• Hukum Jual Lintah 116

• Bantal Bulu Angsa 117

• Hukum Memakai Tali Leher 117

• Bertanya Khabar dan Waalaikumsalam 118

• Lelaki Berinai? 118

• Kelebihan Buluh Perindu 119

• Hukum Bunuh Cicak 120

• Memakai Baju Berlogo Carlsberg 121

• Kubur Campuran Islam dan Kafir 122

• Hukum Mengunjungi Tempat Rekreasi Hiburan 123

• Hukum Pergi ke Rumah Kawan Perempuan Pada Hari Raya 124

• Menyimpan Bahan Lucah 125

• Hukum Membela Gecko 125

• Hukum Bekerja dengan Majikan Yang Fasik dan Kafir126

• Video Seksaan Kubur 127

• Mendengar Ceramah Perempuan 127

• Hukum Bermesej (SMS) 128

• Hukum Berkongsi Bekas Minuman 128

• Hukum Pertandingan Ayam Serama dan Memancing 129

• Hukum Mengungkit 130

• Hukum Melawat Zoo 130

• Melanggar Sumpah 131

• Hukum Melihat Jenazah 131

• Akikah Orang Dewasa 132

• Status Syahid Pengebom Bali 132

• Menjawab Salam SMS 133

• Makna Jihad 133

• Nasihat Kakak 134

• Tali Pengikat Jenazah 135

• Boleh Percaya atau Tidak 135

• Ciri-Ciri Orang Fasik 136

• Wali Fasik 136

• Hukum Menggunakan Umpan Katak dan Anak Ikan 137

• Mencukur Bulu Roma 138

• Hukum Memakai Celak 139



12 Isu Semasa

• Hukum Memakai Sutera 142

• Salam Bukan Islam 143

• Terjumpa Barang Kemas 143

• Menggantung Gambar Sarjana Islam 144

• Fatwa Memakai Gelang Kesihatan 145

• ‘Insyaallah’ Itu Satu Janji 146

• Hidangan Arak di Hotel 146

• Pekerjaan Memasang CCTV (kamera litar tertutup) 147

• Mencuri di Pasar Raya 148

• Hijab Antara Pelajar Perempuan 149

• Hukum Beri Salam Ketika Sedang Makan 150

• Pemakaian Niqab (Purdah) 150

• Bawa Telefon Bimbit Perisian al-Quran 152

• Menggunakan Pinggan di Restoran 152

• Mengaji Atas Kubur 153

• Menghias Kubur 154

• Sedekah 154

• Bermain Snuker 155

• Hukum Mencium Tangan Semasa Bersalam 156

• Kesucian Masjid 156

• Pakai Topi (Cap) 157

• Hukum Menonton di Pawagam 158

• Pembuatan IVF( Bayi tabung uji) 158

• Memakai Gelang Kaki 159

• Mesin Pakaian Basuhan Automatik 160

• Adab Memakai Cincin 161

• Vaksin Daripada Binatang Haram 161

• Doktor Lelaki Menyambut Bayi 162

• Hukum Urut Zakar 162

• Majlis Makan Malam 163

• Menyimpan Janggut 163

• Perbezaan Sunni dan Syiah 164

• Mubahallah 165

• Lukisan Lucah 165

• Bermain Gitar 166

• Mengumpat Orang Bukan Islam 168

• Tuntutan Kerja Lebih Masa (Overtime) 168

• Meminta Restu 169

• Kematian: Mayat Budak 169

• Fitnah Kehidupan, Kematian dan Kubur 170

• Memakai Pakaian Dipinjam 171

• Pelajar Ponteng 171

• Pertandingan Futsal 172

• Golongan Syed dan Syarifah 173

• Minyak oh Minyak 174

• Membela Binatang Peliharaan 175

• Doa dan Nyanyian 176

• Mengampu Majikan 177

• Orang Bukan Islam Melafazkan Tasbih 177

• Wanita Terlanjur Keliru 178

• Hukum Rotan 179


Khamis, 21 Julai 2011

BUKU TERBARU: HUBUNGI 017-3112753(IBNU MUSLIM)



Dalam Siri Kajian Hukum kali ini, penulis berbesar hati untuk menekuni isu merokok mengikut perspektif Islam.

Walaupun penggunaan tembakau di negara maju sudah berkurangan, keadaan sebaliknya berlaku di negara membangun. Contohnya, di Malaysia, apabila statistik menunjukkan ketagihan merokok di kalangan rakyatnya yang berumur 15 tahun dan ke atas terus meningkat daripada 21% pada tahun 1985 kepada 31% pada tahun 2000.

Persatuan Perubatan Malaysia dalam kenyataannya, Action on Smoking and Health melaporkan terdapat kira-kira 3.5 juta perokok di negara ini. Separuh daripada mereka mengghisa rokok hampir 10 batang sehari.

Laporan ini juga menganggarkan bahawa rakyat Malaysia membelanjakanRM15 juta sehari untuk rokok dan dalam masa setahun mencecah RM6 bilion. Selain memberi kesan kepada kesihatan perokok, tabiat merokok juga boleh memberi kesan negatif kepada generasi akan datang.

- Penulis

"Membudayakan masyarakat berfikiran rasional dan ilmiah bagi menerima atau menolak sesuatu hukum menerusi pendidikan fatwa"

KANDUNGAN

- MUKADIMAH

BAB 1: KENALI ROKOK
Kandungan Dalam Sebatang Rokok
Kesan Bahan Dalam Rokok -

BAB 2: AKIBAT ROKOK
Merokok Membawa Penyakit
Jenis-Jenis Penyakit Akibat Rokok
Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok -

BAB 3: HUKUM DAN FATWA
Fatwa Ulama Terdahulu
Pendapat Ulama Mutakhir Atau Semasa
Keputusan Majlis Fatwa -

BAB 4: ALASAN DAN HUJAH PENGHARAMAN ROKOK
BAB 5: JALAN PENYELESAIAN
Motivasi Berhenti Merokok
Petua 10M Berhenti Merokok
Peranan Negara
Petua Berhenti Merokok Menurut Kajian Pakar Dan Pengalaman Bekas Perokok

BAB 6: HAK PEROKOK
Betulkah Perokok Juga Ada Hak?
Berhenti Sebelum Terlambat
Kesan Berhenti Merokok Mengikut Tempoh -

PENUTUP
Berhenti Merokok!

Harga = RM12.00
Mukasurat = 94
Penulis = Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Penerbit = Telaga Biru Sdn Bhd