Sungguh sombong manusia yang tidak memerlukan petunjuk-Nya atau mereka-rekanya sesuai dengan pikirannya sendiri.
Jumaat, 18 November 2016
Rabu, 9 November 2016
Lubang besar dijalan raya
TOKYO: Satu kejadian lubang benam gergasi berlaku di tengah bandar Jepun pada Selasa, 'menelan' sebahagian daripada jalan besar dengan lima lorong.
Lubang besar itu berkeluasan kira-kira 20 meter kali 15 meter, mendedahkan tiang sokongan bangunan berhampiran persimpangan lampu isyarat di Fukuoka.
Dikhuatiri lebih banyak runtuhan akan berlaku.
Rakaman televisyen menunjukkan dua lubang berasingan membesar berikutan mendapan tanah di hadapan stesen kereta api Hakata selepas pukul 5 pagi (waktu tempatan).
"Keadaan gelap di luar, dan sangkaan pertama saya, adakah jalan betul2 runtuh?" kata seorang pemuda yang menyaksikan kejadian lubang benam kepada penyiar NHK.
"Bila saya lihat, dua lubang sudah ada di sana, dan ia terus menjadi lebih besar.
"Yang paling saya takuti adalah sebatang tiang lampu isyarat jatuh di persimpangan jalan di tempat saya berdiri. Saya rasa, saya perlu keluar dari sini," katanya.
Lubang itu terus membesar dan menjelang pagi ia berada pada kedalaman dua tingkat, dan ditakungi air akibat saluran paip pecah.
Polis menutup kawasan berkenaan dan melakukan proses pemindahan di bangunan sekitar.
Menurut polis, tiada kecederaan dilaporkan.
Biro pengangkutan Fukuoka berkata, projek pengembangan yang sedang berjalan di sebuah laluan kereta api bawah tanah berdekatan, mungkin dikaitkan dengan punca lubang benam berlaku.
Fukuoka merupakan bandar terbesar di pulau Kyushu di Jepun. - AFP

Nak Jadi Alim??
Berkata Al- Imam Abu Haazhim -رحمه الله- (wafat thn 140 H) :
” لاَ تكون عَالمًا حتَّى تكُونَ فيِكَ ثلاث خِصالٍ: لاَ تَبغِي عَلىَ مَنْ فوقكَ، وَلاَ تحقرْ مَنْ دُونَكَ، وَلاَ تأخذْ عَلىَ عِلْمِكَ دُنْيَا “
“Engkau tidak akan menjadi 'alim (orang yang berilmu) kecuali padamu ada tiga perangai:
1. Tidak bersikap yang melampaui batas terhadap yang di atasmu (ilmunya -pent-),
2. Jangan engkau rendahkan yang di bawahmu (ilmunya -pent-),
3. Janganlah dunia tujuanmu dalam Ilmu agama ini.
[Sumber: Syu'abul Iman Karya Imam Baihaqi, jilid 2, hal 288]

Selasa, 8 November 2016
HASAD/DENGKI YANG TERPUJI
عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: «لا حسد إلا في اثنتين رجل علمه الله القرآن فهو يتلوه آناء الليل وآناء النهار، فسمعه جار له، فقال: ليتني أوتيت مثل ما أوتي فلان فعملت مثل ما يعمل، ورجل آتاه الله مالاً فهو يهلكه في الحق، فقال رجل: ليتني أوتيت مثل ما أوتي فلان فعملت مثل ما يعمل
Maksudnya: "Tiada hasad melainkan dalam dua keadaan":
1. Iaitu seorang lelaki yang Allah mengajarkannya al-Quran lalu beliau membacanya sepanjang malam dan siang lalu didengari oleh jirannya lalu jirannya berkata: Alangkah baiknya jika aku diberikan sebagaimana diberikan fulan tadi aku beramal sebagaimana dia beramal.
2. Dan seorang lelaki yang diberikan Allah harta kemudian dia menggunakannya di jalan yang benar. Lalu lelaki tersebut berkata: Alangkah baiknya aku diberikan sebagaimana diberikan kepada fulan, aku beramal sebagaimana dia beramal.
MASA YANG MAHAL
MASA
Pesanan Ustaz Dato Hj Tuan Ibrahim Tuan Man
Malam ini pendek saja.
Bayangkan kita mempunyai sebuah akaun yang memberikan kita RM86,400 setiap subuh.
Tapi akaun ini tidak membawa baki ke hari esok. Apa yang tidak dapat dihabiskan hari ini, akan dihapuskan pada waktu malam.
Apa yang kita akan buat?
Sudah tentu kita akan mengeluarkan setiap sen daripada akaun tersebut tiap-tiap hari sebelum malam.
Betul tak?
.........
.........
.........
Sebenarnya Allah telah memberikan setiap kita, satu akaun bank yang sebegitu.
Akaun itu bernama 'MASA'.
Setiap subuh, Allah memberikan kita 86,400 saat untuk digunakan.
Pada setiap malam, masa yang tidak dilaburkan untuk perkara berfaedah akan dilupuskan setiap malam.
Ia tidak berbaki. Ia tidak berhutang.
Apa yang hilang, adalah kehilangan pada kita sendiri kerana tidak melaburkan hadiah yang diberikan Allah tiap-tiap hari dengan baik.
Kita tidak boleh mengambil kembali masa yang hilang. Kita juga tidak boleh meminjam masa daripada hari 'esok'.
Duit (Masa) yang ada hari ini perlu dihabiskan dalam hari ini. Oleh itu, laburlah pada perkara-perkara yang memberikan kesihatan, kegembiraan dan kejayaan.
Jam tengah berjalan. Gunalah sebaiknya anugerah Allah itu.
Senyum
ALLAH MENGETAHUI SEGALANYA
☆Tadabbur Kalamullah 8 Safar 1438H☆
أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ
"Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia maha halus urusan pentadbiranNya, lagi maha mendalam pengetahuanNya!"(Surah al-Mulk 14)
#Syaikh Musthafa al-Adawi hafizahullah mengatakan maksud al-Lathif itu ialah:
1. Allah mengetahui segala sesuatu secara detail.
2. Allah selalu berbuat baik, penyayang terhadap hamba-hambaNya.
#Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:
أَنَّهُ لَطِيفٌ يُدْرِكُ الدَّقِيقَ خَبِيرٌ يُدْرِكُ الْخَفِيَّ وَهَذَا هُوَ الْمُقْتَضِي لِلْعِلْمِ بِالْأَشْيَاءِ
“Allah itu Lathif, maksudnya mengetahui segala sesuatu secara terperinci (detail). Dan Khabir, maksudnya mengetahui segala yang tersembunyi (samar). Hal ini menunjukkan luasnya ilmu Allah terhadap segala sesuatu"
#Ini menunjukkan bahawa Allah mengetahui segala sesuatu yang ada dalam hati berupa berbagai niat dan keinginan. Begitu juga dengan setiap perkataan dan perbuatan yang dilakukan maka Allah tahu dan lihat kesemuanya?!
#Allah swt berfirman:
أَمْ يَحْسَبُونَ أَنَّا لَا نَسْمَعُ سِرَّهُمْ وَنَجْوَاهُمْ بَلَى وَرُسُلُنَا لَدَيْهِمْ يَكْتُبُونَ
“Apakah mereka mengira, bahawa Kami tidak mendengar rahsia dan bisikan-bisikan mereka? Sebenarnya (Kami mendengar), dan utusan-utusan (malaikat-malaikat) Kami selalu mencatat di sisi mereka.” (Surah az-Zukhruf 80)
#Seseorang pernah bertanya pada Nabi saw:
وَمَا تَزْكِيَةُ النَّفْسِ ؟
“Apakah yang dimaksudkan dengan hati yang bersih (suci)?”
Baginda saw menjawab:
أَنْ يَعْلَمَ أَنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ مَعَهُ حَيْثُ كَانَ
“(Iaitu) seseorang mengetahui bahawa Allah ‘azza wa jalla selalu bersamanya di mana saja dia berada” (HR at-Thabrani. Sahih)
♡Pengetahuan Allah meliputi segala hal ehwal alam ini. Samada yg kita lakukan pahala atau dosa, baik atau buruk semuanya di bawah pengawasan dan pengetahuan Allah. Lakukan kebaikan shj sepanjang kehidupan. Pastikan kita berwaspada dgn dosa dan kemurkaan Ilahi♡
🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Mutiara Kata
Cintailah Ilmu, Kejarlah Ilmu dan Aplikasikan Ilmu dengan mengamalkannya. InsyaAllah kita mampu menjadi Hamba Allah yang berjaya didunia dan akhirat.
Yang penting, jangan sombong dengan Ilmu yang kita miliki, seperti yang disabdakan oleh yang mulia Rasulullah saw:
"Sebarkan ilmu dariku walaupun satu ayat".
Semoga kita menjadi Hamba Illahi yang taat.

Belajarlah... Jangan sesekali rasa alim...
Seorang penyair berkata:
ما حوى العلم جميعا أحد
لا ، ولو مارسه ألف سنة
“Tak ada seorangpun yang dapat menguasai semua ilmu yang ada, Tak akan dapat, meskipun ia mempelajarinya selama seribu tahun lamanya”.
(Miftahus Sa’adah, Ahmad bin Musthafa : 1/6).
Kata-Kata Hikmah
Imam al-Khathib al-Baghdadi:
العالم يعرف الجاهل، لأنه قد كان جاهلا، والجاهل لا يعرف العالم، لأنه لم يكن عالما
“Orang alim dapat mengenali orang jahil karena dia dulunya juga jahil. Sedangkan orang jahil tidak mengetahui orang alim karena dia belum pernah jadi orang alim”. (Al Faqih Wal Mutafaqqih : 2/365).
Langgan:
Catatan (Atom)