Sahabat Ilmu

Ahad, 27 April 2014

HUKUM TUNDUK PADA JENAZAH

♡Menunduk kepala kepada jenazah: Pencerahan dan feqhul hadis♡

Hadis berkenaan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam berdiri ketika jenazah seorang Yahudi diusung melintasi Baginda, adalah hadis sahih.

Ia diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan ramai lagi ulama hadis.

Sahl Ibn Hunaif dan Qais Ibn Sa'd berkata:

إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّتْ بِهِ جِنَازَةٌ فَقَامَ، فَقِيلَ لَهُ : "إِنَّهَا جِنَازَةُ يَهُودِيٍّ"، فَقَالَ : "أَلَيْسَتْ نَفْسًا؟"

Terjemahan :Sesungguhnya Nabi sallallahu 'alaihi wasallam telah dilintasi [satu] jenazah [yang diusung], lantas Baginda sallallahu 'alaihi wasallam berdiri. Lalu, dikatakan kepada Baginda sallallahu 'alaihi wasallam, "sesungguhnya ia [adalah] jenazah [seorang] Yahudi". Lantas [Baginda sallallahu 'alaihi wasallam] bersabda, "bukankah ia [jenazah seorang] manusia?".

Hadis ini direkodkan Imam Bukhari dalam Kitab al-Jana'iz, no. hadis:1235, dan Imam Muslim juga dalam Kitab al-Jana'iz, no. hadis : 1602.

Tunduk kepada jenazah?

Ada 2 (dua) isu utama berhubung hadis yang menceritakan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bangun ketika jenazah seorang Yahudi melintasi Baginda.

Pertama, hadis-hadis yang merakamkan tindakan Baginda ini, hanya sekadar menyebut 'Baginda bangun' (iaitu ketika jenazah tersebut melintasi Baginda).

Tiada riwayat yang menyebut 'Baginda bangun dan diam sejenak sambil menundukkan kepala' kepada jenazah tersebut.

Ini berdasarkan rujukan kepada kitab Fathul Bari, karangan al-Hafiz Ibn Hajar, Jami' al-Usul Min Ahadith al-Rasul karangan Ibn Athir, Khulasah al-Ahkam Fi Muhimmat al-Sunan Wa Qawa'id al-Islamkarya Imam Nawawi radhiyAllahu 'anhu dan kitab-kitab hadis yang lain.

Sebab Nabi berdiri, Kedua, Nabi sallallahu 'alaihi wasallam berdiri bukan dengan tujuan menghormati jenazah Yahudi itu.

Ini dinyatakan sendiri oleh hadis yang diriwayatkan oleh Anas radhiyAllahu 'anhu yang berbunyi:

أَنَّ جِنَازَةً مَرَّتْ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَامَ، فَقِيلَ إِنَّهَا جِنَازَةُ يَهُودِيٍّ، قَالَ : "إِنَّمَا قُمْنَا لِلْمَلائِكَةِ"

Terjemahan : "Satu jenazah [yang diusung] telah melintasi Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, lantas [Baginda] berdiri. Lalu dikatakan [kepada Baginda], "sesungguhnya ia jenazah [seorang] Yahudi. [Baginda] berkata, "sesungguhnya kami bangun untuk para malaikat".

Menurut Imam Nawawi, hadis ini direkodkan Imam al-Nasaie dengan 'isnad yang sahih berdasarkan piawaian Imam Muslim'.

Dalam feqh Islam, penghormatan kepada jenazah dilakukan dengan cara tidak menyakiti, dengan memandi, mengafan, menyembahyangi (jika seorang Islam) dan mengebumikannya, bukan dengan cara berdiri untuknya, apatah lagi menundukkan kepala kepadanya.

Sebab mengapa Baginda berdiri dinyatakan oleh satu hadis sahih iaitu:

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ : " مَرَّتْ جَنَازَةٌ فَقَامَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَقُمْنَا مَعَهُ فَقُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهَا يَهُودِيَّةٌ ، فَقَالَ : إِنَّ الْمَوْتَ فَزَعٌ فَإِذَا رَأَيْتُمُ الْجَنَازَةَ فَقُومُوا" .

Terjemahan : "[Diriwayatkan] dari Jabir Ibn Abdillah [bahawa beliau] berkata, "satu jenazah melintas [di depan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam], lantas Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berdiri, dan kami berdiri bersama Baginda sallallahu 'alaihi wasallam. Kami berkata, "wahai Rasulullah, sesungguhnya ia [jenazah seorang] Yahudi", lantas [Baginda sallallahu 'alaihi wasallam] bersabda, "sesungguhnya kematian [adalah sesuatu yang] menggerunkan, maka apabila kamu melihat jenazah, hendaklah kami berdiri".

Hadis ini direkodkan Imam Muslim dalam Kitab al-Jana'iz, no. hadis: 1599.

Menurut Imam al-Qurtubi, tujuan Nabisallallahu 'alaihi wasallam berdiri ketika jenazah tersebut-yang kebetulannya seorang Yahudi-melintasi Baginda, ialah bagi mengajar umatnya agar tidak berterusan lalai setelah melihat kematian di hadapan mata.

Sebaliknya, umat Baginda hendaklah menunjukkan rasa bimbang dan tidak tenteram apabila melihat kematian berlaku.

Kesemua ini dizahirkan dalam bentuk 'berdiri apabila melihat jenazah'.
Imam Qurtubi-seperti yang dinukilkan al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fathul Bari-mengatakan:

ومقصود الحديث أن لا يستمر الإنسان على الغفلة بعد رؤية الموت لما يشعر ذلك من التساهل بأمر الموت فمن ثم استوى فيه كون الميت مسلما أو غير مسلم

Terjemahan : "Maksud hadis ini [ialah supaya] manusia tidak berterusan lalai selepas melihat kematian, [gesaan ini dibuat] disebabkan yang demikian itu (berterusan lalai walaupun melihat kematian di depan mata) memperlihatkan [sikap] mengambil mudah terhadap soal kematian.

Oleh yang demikian, Islamnya si mati atau tidak Islamnya ia, sama saja [dari segi gesaan agar tidak berkekalan lalai bila melihat sesuatu jenazah].

Menurut Imam Hasan Ibn Ali radhiyAllahu 'anhuma pula, sebab Nabi sallallahu 'alaihi wasallam berdiri ialah kerana 'tidak suka jenazah Yahudi tersebut berada lebih tinggi daripada kepala Baginda'.

Imam al-Nasaie merekodkan:

أَنَّ الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ ، كَانَ جَالِسًا ، فَمُرَّ عَلَيْهِ بِجِنَازَةٍ ، فَقَامَ النَّاسُ حَتَّى جَاوَزَتِ الْجِنَازَةُ ، فَقَالَ الْحَسَنُ : إِنَّمَا مُرَّ بِجِنَازَةِ يَهُودِيٍّ ، وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى طَرِيقِهَا جَالِسًا ، " فَكَرِهَ أَنْ تَعْلُوَ رَأْسَهُ جِنَازَةُ يَهُودِيٍّ ، فَقَامَ "

Terjemahan : [Ketika] Hasan Ibn Ali sedang duduk, melintas [di depan] beliau satu jenazah. Lantas orang ramai berdiri sehingga jenazah melepasi [mereka]. Lalu Hasan berkata, "sesungguhnya lalu satu jenazah [seorang] Yahudi [yang diusung] dan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam [berada] di laluannya sambil duduk. Maka Baginda tidak suka jenazah Yahudi berada di atas kepala Baginda, lantas Baginda pun berdiri".

Hadis ini direkodkan Imam al-Nasaie dalam sunannya dalam Kitab al-Jana'iz, no. hadis: 2040.

Syaikh Albani menilainya sebagai sahih, yakni sahih penisbahan riwayat ini kepada Imam Hasan Ibn Ali radhiyAllahu 'anhuma.

Wallahu a'lam.

~ Ustaz Shamsul Muda ~

Selasa, 22 April 2014

LAZIMI DIRI SOLAT BERJEMAAH

♡KEUTAMAAN SOLAT BERJEMAAH♡

Solat berjemaah adalah amalan penting yg perlu menjadi kelaziman bg setiap Muslim. Selain memiliki ganjaran 27 darjat (HR Muttafaq Alaih), terdapat beberapa lg keutamaan lain antaranya ialah:

1. Mendapatkan naungan Allah swt (Hadis Bukhari)

2. Diampuni dosa-dosanya (HR Muslim)

3. Pahalanya senilai pahala ibadah haji (HR Abu Dawud)

4. Dihormati sebagai tetamu Allah (HR Ibnu Abi Syaibah)

5. Terlindungi dari kejahatan Syaitan (HR Ahmad)

6. Mendapat jaminan Syurga (HR Abu Dawud)

♡Semoga kita mjadi hamba Allah yg istiqamah mengerjakan solat berjemaah♡

Ust Naim
Semenyih/8.50pg
Selasa/22 Jamadilakhir 1435H
http://ustaznaim.blogspot.com

Isnin, 21 April 2014

JEJAK SAHABAT

♡Mengenali Sahabat Nabi saw♡

☆ Nama: Suwaid bin Samit

☆ Beliau seorang penyair terkenal berasal dr Yathrib (Madinah)

☆Beliau digelar 'al-kamil' (yg sempurna) krn ketinggian sastera dan kemuliaan nasabnya

☆Beliau mula bertemu Rasulullah saw pd musim haji

☆Apabila Baginda mengajaknya kpd Islam, Suwaid memeluk Islam krn sgt terpikat dgn keindahan ayat2 suci al-Quran

☆Sekembalinya ke Madinah, beliau dibunuh oleh org dr kabilah Khazraj

☆Allah memilih beliau utk syahid

♡Mulianya kematian mereka, mereka mati kerana Islam...kita bagaimana??? Semoga kita jg dpt mngikut jejak2 sahabat yg mulia ini♡

Ust Naim
Semenyih/9:15pg
 Isnin/21 Jamadilakhir 1435H
http://ustaznaim.blogspot.com

Isnin, 7 April 2014

☆INFO DANAU QARUN☆

~Menurut bberapa riwayat, lokasi tempat ditenggelamkn Qarun beserta rumahnya ke dlm bumi itu tjadi di daerah al-Fayyum, sekitar 90km @ 2 jam pjalanan dgn menggunakan kereta dr Kaherah, ibu kota Mesir.

~Mnurut pduduk Mesir, di al- Fayyum inilah tempat dimana Qarun tinggal dahulu

~Menurut penduduk setempat, nama danau itu ialah Bahirah Qarun (laut Qarun).

~Disekitar al-Fayyum ini yg tersisa hanyalah berupa serpihan istana Qarun

~Di lokasi ini, tdpt sebuah danau yg sgt luas

~Panjang danau mencecah 30 km dgn lebar danau sekitar 10 km dan kedalaman yg mencecah 30-40 meter

~Danau ini sdh ada sejak dahulu lg sblm Qarun ada

~Danau tsebut dahulunya merupakan sebuah danau kecil yg disebut dgn Munkhafaz al-Lahun

~Stlh melalui pengkajian yg komprehensif, menurut para peneliti dr Eropah berkesimpulan bhwa pd zmn dahulu kala, mmg benar di lokasi itu pernah tjadi bencana berupa gempa bumi yg sgt besar, terutama di bahagian sblh selatan danau Qarun

~Kini, danau Qarun klhtn tenang, meskipun di sebaliknya tsimpan sebuah pengajaran yg sgt bmakna bg manusia iaitu kesombongan dpt mmbinasakn diri sbgmana yg tjadi pd Qarun.

Firman Allah dlm surah al- Qasas ayat 81:

فَخَسَفْنَا بِهِ وَبِدَارِهِ الْأَرْضَ فَمَا كَانَ لَهُ مِنْ فِئَةٍ يَنْصُرُونَهُ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُنْتَصِرِينَ

Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah" dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri

♡SEMOGA BERTAMBAH ILMU DAN DIJADIKAN IKTIBAR DLM MELAYARI KEHIDUPAN DUNIA♡

{Ingat....Orang yg takabbur pasti lebur}

CERAMAH PERDANA 12 APRIL 2014


JADUAL KULIAH APRIL 2014


~DUNIA AKHIR ZAMAN~

☆Masa berlalu semakin cepat dan pantas sebagai peringatan besar kepada kita semua bahawa dunia kini berada dipenghujung usianya iaitu semakin hampir kepada berlakunya Qiamat yang dahsyat

☆ Semakin hampir kita dengan saat kehancuran dunia maka semakin banyak cubaan dan fitnah terhadap keimanan dan agama kita

☆ Rasulullah s.a.w telah memberi peringatan yang begitu banyak kepada kita agar tidak terheret dan ditenggelamkan oleh fitnah akhir zaman dengan berpegang kemas kepada al-Quran dan sunnah nabi

☆ Akibat fitnah yang begitu dahsyat terhadap keimanan sehingga digambarkan oleh nabi bagaimana ada orang yang beriman pada pagi harinya tetapi kufur pada petangnya, ada yang pada petangnya beriman tetapi menjadi kufur pada pagi keesokannya akibat daripada menjual agama dengan harga yang terlalu murah

☆ Dunia menjadi matlamat hidup sebahagian besar umat sehingga akhirat dipinggirkan, nafsu menjadi pedoman sehingga wahyu Allah diketepikan

♡ Semoga kita sentiasa diselamatkan Allah dr sbrg fitnah dunia dan dimatikan kita dlm keadaan mempertahankan Islam dan Iman ♡

Ustaz Naim
7 Jamadil Akhir 1435H
Semenyih/8.35pg
http://ustaznaim.blogspot.com