Sahabat Ilmu

Selasa, 14 Ogos 2018

Usaha Itu Perlu

☆Tadabbur Kalamullah 1 Zulhijjah 1439H☆

فَأَوْحَيْنَا إِلَىٰ مُوسَىٰ أَنِ اضْرِبْ بِعَصَاكَ الْبَحْرَ ۖ

"Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukullah laut itu dengan tongkatmu..." [Surah ash-Shu'ara 63]

#Allah swt telah mengurniakan kepada Nabi Musa Alaihissalam mukjizat hebat dengan tongkat yang mampu membelah lautan dan sebagainya. Namun dalam ayat ini Allah perintahkan Musa untuk 'pukul laut' iaitu diperintahkan untuk berusaha.

#Begitulah juga perintah Allah swt kepada Nabi Nuh Alaihissalam dikurniakan mukjizat dapat selamat dari banjir yang besar dan dahsyat dengan sebuah kapal, namun masih ada perintah agar baginda berusaha membuat kapal tersebut. Firman Allah swt:

فَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِ أَنِ اصْنَعِ الْفُلْكَ بِأَعْيُنِنَا وَوَحْيِنَا

Lalu Kami wahyukan kepadanya (Nabi Nuh): "Buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya)..." [Surah al-Mu'minun 27]

#Begitulah Sunnatullah yang telah Allah tetapkan di alam ini. Segala sesuatu harus diraih dengan usaha. Untuk beroleh kejayaan, kebahagiaan dan kemajuan dalam kehidupan maka seseorang perlu berusaha hatta NabiNya yang telah dikurniakan mukjizat dan pertolongan khusus daripada Allah. Apatah lagi kita yang faqir dan tiada sebarang mukjizat ini maka perlulah berusaha bersungguh-sungguh dan bertawakkal, menyerah segalanya kepada Allah swt.

♡Ramai di kalangan kita yang ingin berjaya di dunia dan ingin menghuni syurgaNya namun malas berusaha, sikit berusaha, sambil lewa usahanya dan banyak angan-angan, maka amatlah sukar untuk menggapai impian yang dihajati. Ingatlah, sesiapa yang berusaha ia akan dapat hasilnya, insyaAllah. Berusahalah dan berusahalah!!♡

🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah

FB PAGE:
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

BLOG :
https://tadabburkalamullah.wordpress.com

Tiada ulasan: