Sahabat Ilmu

Khamis, 2 Ogos 2018

Istighfar dan Taubat

☆Tadabbur Kalamullah 17 Syawal 1439H☆

وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُمْ مَتَاعًا حَسَنًا إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ ۖ وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ

"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya (bertaubat); supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya)" [Surah Hud 3]

#Berkata Imam Ibnu Kathir Rahimahullah: "Aku (Allah swt) memerintahkan kalian untuk beristighfar/memohon ampun dari dosa-dosa yang telah lalu, dan bertaubat kepada Allah di masa-masa yang akan datang dan teruslah begitu, (nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu) iaitu di dunia, sehingga waktu yang telah ditentukan. Dan Dia akan memberikan kurniaNya kepada setiap orang yang berbuat baik iaitu pada hari akhirat"

#Banyak ayat Allah menyebut tentang istighfar dan taubat. Seringkali perkataan istighfar disebutkan beriringan dengan perkataan taubat. Istighfar bermaksud memohon keampunan dengan lisan, sedangkan taubat pula ialah berhenti dari melakukan dosa-dosa dengan hati dan seluruh organ tubuh badan.

#Nabi saw menggalakkan umatnya beristighfar dan bertaubat serta dijanjikan kebaikan dan manfaat yang besar. Sabda Nabi saw:

مَنْ أَكْثَرَ مِنْ الِاسْتِغْفَارِ؛ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَمِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

“Barangsiapa memperbanyak istighfar, nescaya Allah swt memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (HR Imam Ahmad)

#Daripada Sayidina Abu Zar r.a berkata: “Sesungguhnya setiap penyakit mempunyai ubat dan ubat dosa ialah istighfar” [HR al-Hakim]

♡Jom perbanyakkan istighfar dan sentiasa bertaubat kepada Allah atas silap dan salah kita moga Allah swt mengurniakan kebaikan kepada kita di dunia dan di akhirat♡

🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah

FB PAGE:
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

BLOG :
https://tadabburkalamullah.wordpress.com

Tiada ulasan: