Sahabat Ilmu

Memaparkan catatan dengan label KISAH TELADAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KISAH TELADAN. Papar semua catatan

Isnin, 26 Mac 2012

Kisah Teladan: Orang Yang Lumpuh Kerana Tidak Berdiri Ketika Membaca Maulid



Gambar Kredit: Majlis Ta'lim Darul Murtaza


Sebagaimana dijanjikan sebelum ini, entri kali ini al-fagir ingin kongsikan sebuah kisah yang terdapat di dalam kitab karangan al-‘Alim al-‘Allamah asy-Syeikh Muhammad ‘Ali bin Hussin al-Maliki al-Makki mengenai seorang lelaki yang lumpuh kerana tidak berdiri tatkala dibacakan kisah diperanakkan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, bahkan membid’ahkan perbuatan tersebut. Sebelum itu ingin al-fagir memperkenalkan penulis kitab tersebut dahulu.
Al-‘Alim al-‘Allamah asy-Syeikh Muhammad ‘Ali bin Hussin bin Ibrahim al-Maliki al-Makki, adalah Syeikhul Masyaikh pada zamannya. Beliau juga merupakan ketua para guru di Madrasah Darul ‘Ulum, Makkah. Murid beliau, Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani mengatakan bahwa beliau adalah sibawaih pada zamannya. Lahir pada bulan Ramadhan, 1287H di Makkah al-Mukarramah. Ayah beliau adalah merupakan mufti mazhab Maliki di Makkah pada zamannya, dan beliau wafat pada tahun 1292H ketika Syeikh Muhammad ‘Ali berusia 5 tahun. Kemudian beliau dipelihara oleh abang beliau Syeikh Muhammad bin Hussin al-Maliki, juga seorang mufti mazhab Maliki di Makkah. Abangnya wafat pada 1310H.

Guru-guru beliau, antaranya: Syeikh Muhammad bin Hussin al-Maliki (w 1310H), Syeikh Muhammad ‘Abid bin Hussin al-Maliki (abang beliau, wafat 1341H), al-‘Allamah as-Sayyid Abu Bakar bin Muhammad Syatha (yang masyhur dengan panggilan Sayyid Bakri Syatha, wafat 1310H), Syeikh ‘Abdul Haq (1323H), al-‘Allamah as-Sayyid Ahmad bin ‘Abdullah az-Zawawi al-Maliki al-Makki (w 1316H), al-‘Allamah asy-Syeikh ‘Ali bin Dzahir al-Witri (w 1322H), al-‘Allamah asy-Syeikh ‘Abdul Jalil Baradah (w 1327H), al-‘Allamah asy-Syeikh Faalih bin Muhammad az-Dzahiri al-Madani (1328H), al-‘Allamah asy-Syeikh Muhammad Sa’id BaBashil (w 1330H), al-‘Allamah as-Sayyid Hussin bin Muhammad al-Habsyi al-Makki (w 1330H, abang kepada al-Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi, shohib maulid Simtud Durar), al-‘Allamah asy-Syeikh ‘Abdullah bin Saufan bin ‘Udah al-Qudumi an-Nabalusi al-Hanbali tsumma al-Madani (w 1331H), al-‘Allamah as-Sayyid ‘Umar bin Muhammad Syatha al-Makki (w 1331H), al-‘Allamah as-Sayyid Ahmad bin Ismail al-Barzanji al-Madani (w 1335), al-‘Allamah asy-Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki (w 1335H), al-‘Allamah as-Sayyid Muhammad bin Salim as-Sirri at-Tarimi (w 1345H), al-‘Allamah asy-Syeikh Syu’aib bin ‘Abdurrahman as-Siddiqi 9w 1356H), al-‘Allamah asy-Syeikh Muhammad ‘Abdul Baqi al-Laknawi tsumma al-Madani (w 1364H), al-‘Allamah as-Sayyid Muhammad ‘Abdul Hay al-Kattani al-Maliki (w 1382H), al-‘Allamah asy-Syeikh ‘Abdul Ghani bin Shabah al-Bimawi al-Indunisi dan lain-lain.

Murid-murid beliau, antaranya: Syeikh Ahmad bin ‘Abdullah Nasir, Naib Qadhi Makkah; Syeikh Hussin bin ‘Abdul Ghani; Syeikh Yahya Aman, Nabi Qadhi Makkah; al-‘Allamah Syeikh Hasan bin Muhammad al-Masyath, Naib Qadhi Makkah; al-‘Allamah Sayyid Abu Bakar bin Ahmad al-Habsyi, Naib Qadhi Makkah; al-‘Allamah Sayyid Muhsin bin ‘Ali al-Musawa, Pengasas Darul Ulum ad-Diniyyah, Makkah; al-‘Allamah Sayyid ‘Alawi bin ‘Abbas al-Maliki, Guru di Masjidilharam; al-‘Allamah Sayyid Amin al-Kutbi, Guru di Masjidilharam; al-‘Allamah Syeikh Tengku Mahmud Zuhdi, Syeikhul Islam Selangor; al-‘Allamah Syeikh Zubir Ahmad, Mudir Madrasah Idrisyyah, Perak; Syeikh Ahmad Muhammad Mansur; Syeikh Sholeh bin Idris al-Kalantani; Syeikh Ibrahim al-Fathani; al-‘Allamah Syeikh ‘Abdur Qadir bin ‘Abdul Mutthalib al-Mandili; al-‘Allamah Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin Ahmad Wan Besar, Qadhi Besar Kedah (beliau pernah menjadi khadam kepada Syeikh ‘Ali al-Maliki selama 7 tahun sebagaimana dikhabarkan kepada al-fagir oleh al-Marhun Syeikh Zakaria bin Ahmad Wan Besar, dan beliau juga adalah ayahanda kepada Dato Wan Ahmad, Mantan Pengarah JAKIM), al-‘Allamah al-Musnid Syeikh Muhammad Yasin bin ‘Isa al-Fadani dan lain-lain.

Selain dari mengajar di Masjidilharam dan di Darul Ulum, beliau juga banyak menghasilkan karya, iaitu hampir 40 buah. Antaranya:

السوانح الجازمة في التعاريف اللازمة. في المنطق، مسلك السادات إلى سبيل الدعوات، تدريب الطلاب إلى قواعد الإعراب، إنارة الدجا شرح تنوير الحجا. نظم سفينة النجا، بلوغ الأمنية بفتاوى النوازل العصرية، اللمعة في بيان ما هو الراجح في أول وقت الجمعة، توضيح ما يلزم أن يهتم به ويعنى من بيان ما قاله الأئمة في رواية الستة بالمعنى، عقود الفرائد في علم العقائد، المقصد السديد في بيان خطأ الشوكاني فيما افتتح به رسالته القول المفيد. وذلك في مسألة التقليد والاجتهاد، المقاصد الباسطة لبيان تنوع العالم إلى ملك وملكوت وواسطة، طوالع الأسرار العطائية في مطالع سماء مراضي الحضرة الإلهية، الهدي التام في موارد المولد النبوي وما اعتيد فيه من القيام. ،بوارق أنواء الحج وفضائله وآدابه وما فيه من حكم وأسرار وفضائل مكة والمدينة وما جاء في فضل زيارة النبي صلى الله عليه وسلم وصاحبيه وأهل بيته والتبرك بالآثار،سعادة الدارين بنجاة الأبوين،شمس الإشراق في حكم التعامل بالأوراق، أنوار الشروق في حكم الصندوق، تحفة الخلان في علم البيان. على شرح الشيخ عباس على متن الشيخ عابد، فرائد النحو الوسيمة شرح الدرة اليتيمة، تقريرات على حاشية الخضري على ألفية ابن مالك، تعليقات كتبها على همع الهوامع شرح جمع الجوامع، تقريرات على كتاب العقد الفريد في علم الوضع،الحواشي النقية على كتاب البلاغة. لنخبة من علماء الأزهر الذين هم الشيخ محمد طموم وزملاؤه، تقريرات على شرح المحلي لجمع الجوامع، حاشية على كتاب التلطف شرح التعرف. في علم الأصول والتصوف، تهذيب الفروق والقواعد السنية في الأسرار الفقهية. اختصر فيه كتاب الفروق في الأصول للقرافي، حواشي على كتاب الأشباه والنظائر، انتصار الاعتصام بمعتمد كل مذهب من مذاهب الأئمة الأعلام، ردع الجهلة وأهل الفره في اتباع قول من يرد المطلقة ثلاث في مرة، توضيح أحسن ما يقتفى وبه في تحليل المبتوتة يكتفى، التنقيح لحكم التلقيح،رسالة بذيل التنقيح في الفتوى عن ثلاث مسائل، تحذير المسلمين من لبس البرنيطة وزي الكافرين، طوالع الهدى والفصل بتحذير المسلمين عن الإعلام وقت الصلاة بضرب الناقوس والطبل،فصول البدائع في رد ما أورده على الهدي المنازع، إظهار الحق المبين في الرد على من أجاز مس المصحف بدون طهارة، فتح المتعال في رد سنة الصلاة بالنعال، القواطع البرهانية في بيان إفك غلام أحمد وأتباعه القاديانية،الكياسة في علم الفراسة، الورد العلوي. في الأوراد والأذكار.

Syeikh Muhammad bin Hussin al-Maliki pernah datang ke Indonesia dan Tanah Melayu menziarahi murid-murid beliau, pada tahun 1343H dan 1345H. Di Tanah Melayu, beliau hadir ke Kuala Kangsar, Perak Darul Ridhwan dan pernah bertemu dengan Sultan Perak ketika itu iaitu Sultan Iskandar Shah bin Sultan Idris Shah (1876M – 1939M,Sultan Perak ke 30 (1918M – 1938M).
Al-‘Allamah asy-Syeikh Muhammad ‘Ali bin Hussin bin Ibrahim al-Maliki al-Makki pada hari Isnin, 28 Sya’ban 1367 di Thaif.

Dalam sebuah kitabnya berjudul الهدي التام في موارد المولد النّبّوي وما اعتيد فيه من القيام, Al-‘Allamah asy-Syeikh Muhammad ‘Ali bin Hussin bin Ibrahim al-Maliki al-Makki menyebut:

Diceritakan oleh as-Sayyid ‘Alawi al-Maliki, bahwasanya ayahnya al-Marhum as-Sayyid ‘Abbas al-Maliki رحمه الله [1] memberitahunya: Bahwasanya dia (Sayyid ‘Abbas) telah menghadiri sambutan Maulid Nabi صلى الله عليه وآله وسلم di malam maulidnya Nabi صلى الله عليه وآله وسلم di Baitul Maqdis. Di dalam majlis itu dibacakan Maulid al-Barzanji. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang beruban berdiri dengan penuh adab dari mula sehingga akhir majlis. Tatkala beliau bertanya mengapa dia berdiri sedangkan usianya telah lanjut, maka dia menjawab, sesungguhnya dahulu dia tidak berdiri ketika disebut tentang kelahiran Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, dan dia beriktikad bahwasanya ianya adalah bid’ah yang buruk. Maka satu malam dia telah bermimpi dia berserta dengan para jemaah yang bersedia untuk menyambut Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Maka tatkala muncul atas mereka Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم yang mempunyai rupa paras seumpama bulan, mereka lalu berdiri sekeliannya menyambutnya صلى الله عليه وآله وسلم, namun dia tidak mampu untuk berdiri, lantas berkata baginya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Engkau tidak akan mampu untuk berdiri. Maka tidak terjaga dia dari tidurnya melainkan dalam keadaan lumpuh dan berkekalan keadaannya itu selama setahun. Maka dia bernazar, seandainya Allah menyembuhkannya dari penyakitnya itu, dia akan berdiri dari awal pembacaan maulid sehingga ke penghujungnya. Maka Allah menyembuh dia dari penyakitnya itu. Dan setelah itu sentiasalah dia berdiri tatkala dibacakan maulid bagi memenuhi janji nazarnya bagi membesarkan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.

Kisah ini hanyalah sebagai teladan bagi mereka yang mahu mengambil pengajaran darinya. Fahamilah!

والله تعالى أعلى وأعلم
sekian dari,
al-fagir ilaLlah abu zahrah al-qadahi
isnin, 29 safar 1433H
taman seri gombak, selangor darul ehsan

Sabtu, 25 Februari 2012

Wahai Pemimpin : Taati Allah , kamu akan ditaati makhluk kerana Allah

 Hasan Al Basry menceritakan :

Pernah pada suatu ketika, Salman Al Farisy bersama tetamunya berjalan keluar dari kota Madain. Dalam perjalanan, kelihatan di hadapannya sekumpulan kijang yang sedang lalu di kawasan tersebut dan begitu juga ada sekumpulan burung yang sedang berterbangan.


Salman Al Farisy pun bersuara : Apa kiranya datang kepadaku seekor kijang yang gemuk dan seekor burung yang berisi. Aku ada seorang tetamu yang inginku muliakannya". Maka dengan segera datang keduanya menyerah diri.


Tetamu itu merasa pelik lalu berkata : " Subhanallah, kamu diberi kelebihan menundukan burung yang sedang terbang?!?"


Mendengar kata-kata tetamunya, Salman berkata : " Adakah kamu hairan dengan perkara ini. Mana mungkin seorang hamba yang mentaati Allah akan dilanggari kehendaknya oleh sesuatu " .

Zaman Ini : Amanah boleh jadi kisah dongeng

Tersebutlah kisah seorang lelaki miskin akan tetapi sangat amanah tinggal bersama dengan isterinya. Mereka tinggal berhampiran dengan Baitul Haram. Pada suatu hari lelaki ini keluar dari rumahnya menuju ke Baitul Haram. Dalam hatinya ada kerisauan tentang hal dirinya yang sudah beberapa hari tidak punya sesuatu untuk dimakan.

Sesampainya di pintu Baitul Haram, ia mendapati ada sebuah uncang dicelah-celah batu. Lalu diperiksanya apa yang ada di dalam uncang itu. Alangkah terkejutnya ia kerana mendapati uncang itu berisi duit seribu dinar. Lelaki itu terus membawa pulang uncang tersebut ke rumah dan menceritakan kisah bagaimana ia menjumpai uncang tersebut.

Mendengar sahaja kisah tersebut, si isteri menggesa suaminya agar mengisytiharkan barang jumpaan itu di pintu masuk Baitul Haram. Maka lelaki itu tanpa berlengah lagi terus membawa uncang tersebut untuk diisytiharkan kepada sesiapa yang kehilangan ucang berisi duit seribu dinar.

Setelah itu ia menjumpai seorang lelaki asing yang bertanya siapa yang menjumpai ucang yang mengandungi seribu dinar tersebut. Lelaki amanah itu mengakui bahawa dialah yang telah menjumpainya. Lelaki yang bertanya itu berkata : Ambillah duit itu, duit itu menjadi hak kamu dan akan ku tambah lagi sembilan ribu dinar.

Lelaki amanah itu merasa tersinggung lalu berkata : Adakah kamu ingin mempermainkan saya?. Lelaki asing itu berkata : Saudara!.. saya datang dari Baghdad dan seseorang telah beri kepada saya duit sebanyak 10 ribu dinar untuk disedekahkan kepada seorang lelaki yang amanah di Baitul Haram. Apabila aku bertanya bagaimana untuk mengenali lelaki yang amanah. maka ia mencadangkan agar aku membahagi duit itu kepada dua uncang. Uncang pertama itulah yang kamu jumpa dan kamu kemudian mengisytiharkannya. Maka kamu layak untuk memilikinya".

Selasa, 14 Februari 2012

MENCUBA PAKAIAN SYURGA

Disiarkan pada Rabu, 23 Februari 2011 @ 9:03:44 oleh Hanan

iman_assya menulis: "Sewaktu saya bersiar-siar di KLCC, Mid Valley, Times Square dan seribu satu pasaraya lagi, hampir setiap kali saya akan berjumpa dengan remaja Melayu yang tidak ada langsung ciri-ciri kemelayuan.

Sekali pandang persis Minah dan Mat Salleh. Rambutnya berwarna-warni, didandan pula dengan mekap beserta aksesori, ditambah pula dengan skirt singkat, memang serupa dengan orang kulit putih, cuma kulit mereka sahaja masih Melayu.

Kenapa ya? Kalau adapun remaja Melayu, jiwa dan pakaian mereka membuatkan seolah-olah saya sedang membeli belah di pasaraya ternama di New York atau Hong Kong. Hebat bukan?

Saya akui, fesyen mampu mencipta satu suasana yang berbeza. Cuba bayangkan sebentar, kamu sekarang di Mid Valley dengan berjubah, dan hampir semua manusia di sekelilingmu berpakaian jeans ketat dan berskirt singkat, bukankah kamu akan gusar?

Mana tidaknya, apa yang kita fikirkan ialah apa yang orang lain fikirkan terhadap kita. Betul?

"Eh, Minah ni, pakai jubah pula."

Dalam zaman yang serba canggih, hatta pakaian sekalipun mahu dicanggihkan (bukan jenama canggih). Saya juga hairan, entah dari mana pereka-pereka fesyen ini mendapat ilham.

Mereka mencipta pakaian dalam pelbagai versi, dedah belakang, tutup depan, dedah atas dan tutup bawah. Semua kelihatan hebat di mata kita kerana ia adalah sesuatu yang lain dalam norma masyarakat kita. Bukankah anda suka kalau anda menjadi perhatian?

Kita dan Fesyen

Teringat sewaktu saya dan dua orang teman lama bertemu, kami menghabiskan masa dengan membeli belah. Saya dan Si A mahu membeli pakaian. Al-kisah, singgahlah kami di sebuah kedai pakaian di East Cost Mall, dan ketika membeli kemeja, saya memilih kemeja yang agak labuh manakala teman saya, si A memilih kemeja biasa. Lalu saya ditegur begini :

"Eh, Aishah, Kenapa labuh sangat?".

Saya tergamam. Kelu lidah seketika. Walhal sebenarnya akal saya mencari-cari idea untuk membalas soalannya yang bagi saya tidak perlu dijawab.

"Erm, memang saya suka jenis yang macam ini."

Sikap Umat Kita

Di zaman fesyen bohsia bohjan dijaja, akhlak lumat entah kemana, saya merasakan sesuatu telah hilang dalam diri kita. Sesuatu yang hilang itu yang pernah berlaku pada umat terdahulu; yang menyebabkan kita kehilangan zaman-zaman indah kegemilangan Tamadun Islam.

Apa yang Hilang?

Izzatul islam. Perasaan bangga dengan Islam. Saya percaya umat kita sudah hilang perasaan bangga sebagai seorang Muslim. Mana tidaknya, kita sendiri yang merasa malu apabila berpakaian mengikut syariat, apabila tidak berhias, berdandan dan tidak mengikut trend fesyen.

Seolah-olah Muslim yang mengikut syariat tergolong dalam golongan yang terasing jika berpakaian menutup aurat kerana kebanyakan manusia berfesyen dengan fesyen dedah-dedah.

Ada satu lagi cerita. Harap siapa yang sudi membaca tidak jemu.

Saya berasal dari sebuah sekolah biasa, maka adab dan sosial pelajar-pelajar juga biasa-biasa sahaja. Apabila saya dan kawan bertudung jenis kain akel, saya dan teman baik dipanggil ustazah. Tinggi sungguh penghargaan yang diberi pada kami.

Suatu hari, kawan saya memakai tudung labuh. Usai solat Isyak di surau sekolah, dia keluar. Merah padam mukanya apabila memasuki kelas gara-gara semua mata memerhatinya dari surau sehingga ke kelas. Terpaksalah dia menyorok seketika di dalam tandas.

Saya tahu, barangkali kamu terlupa sekali-sekala untuk memakai lengan panjang, terlupa untuk menutup rambutmu yang ikal mayang, terlupa untuk memakai seluar di bawah paras lutut dan seribu satu lagi kelupaanmu.

Tapi kamu jangan lupa, malaikat yang mencatat amalanmu di kiri dan kanan tidak pernah lupa untuk menulis amalanmu. Dan yang paling kamu tak boleh lupa, Pencipta kita sentiasa memerhatikan kita. Maha Suci Allah dari sifat hamba-Nya yang pelupa. Kalau hari-hari lupa, sampai bila kesudahannya?

Barangkali juga kamu tahu menutup aurat penuh itu wajib. Cuma kamu masih belum kuat untuk berubah. Kamu tahu, memakai tudung perlu menutup dada, memakai baju jangan yang ketat-ketat dan nipis, apabila berhias biarlah berpada-pada.

Tetapi kamu jangan lupa, kekuatan itu datangnya dari iman. Dan iman itu datangnya dengan keyakinanmu pada janji Tuhan. Apa kamu sudah lupa mengapa Allah memberi arahan sedemikian?

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (An-Nur :31).

Maka saya membuat kesimpulan peribadi. Kebanyakan kita berpakai mengikut undang-undang budaya bukan syariat lagi. Kalau tidak, mana lahirnya golongan pakai jubah tapi tak bertudung, apabila bertudung pula, baju hampir-hampir tanpa lengan, kain pula terbelah depan belakang?

Kalau lelaki pula, seluar ketat-ketat, seluar singkat-singkat. Mungkin begini, lahir-lahir ibu bapa pakai begitu, maka anak-anak juga mengikut apa yang dipakai ibu bapa. Kita pakai ikut budaya tanpa tahu dalilnya?

Prejudis Terhadap Umat Sendiri

Seringkali bila memikirkan masalah umat, saya hairan, mengapa umat Islam lewat zaman ini bersikap prejudis terhadap saudara sendiri? Mengapa apabila ada yang cuba-cuba "berhijrah" ke arah yang lebih baik, akan ada nada-nada sumbang di belakang yang memandang serong?

Bukannya mahu diambil yang jernih dibuang yang keruh. Apatah lagi memberi sokongan, tapi ia dipulaukan pula semata-mata kerana mentaati perintah Allah. Masya-Allah saudaraku, cepat-cepatlah hisab diri!

Sabda Nabi Junjungan

Daripada Abu Hurairah .a. berkata: Bersabda Rasululah saw. ,"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing." -H.. Muslim

Lihatlah saudaraku, Islam kembali asing di akhir zaman ini dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Kita sendiri yang merasa ganjil dan pelik tatkala melihat orang Islam yang iltizam dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar.

Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang normal di kalangan mereka.

Dan begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang mengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.

Daripada Anas .a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api." H.. Tirmizi

Di zaman yang sangat mencabar ini, sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran Islam terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau tidak bersungguh-sungguh, nescaya Islam terlepas dari genggamannya.

Kerana apa? Kerana umat Islam sendiri tidak membantu untuk dia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. Jadi kesimpulannya, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan.

Lecehnya Islam

Ada yang mempersoalkan, kenapalah perempuan diperintahkan menutup aurat hampir keseluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan? Kenapa lelaki tidak?

Jawapannya pada saya mudah. Kerana yang Allah perintahkan untuk kita tutup itu adalah yang indah-indah belaka. Tanpa perlu lagi dikiaskan dengan analogi palsu yang sudah dihadam oleh kita (analogi permata dalam bungkusan), kita pasti faham. Buktikan pada saya, dimana perempuan tidak cantik?

Tiada.

Tapi lelaki, diberatkan pula dengan amanah dan tanggungjawab. Menjadi lelaki bagi saya umpama bakal memikul sebeban gunung. Mana tidaknya, kalau sudah berkahwin, keluarga sendiri perlu dijaga, ibu dan ayah perlu diutama, anak isteri juga dipikul dosa, nafkah pula perlu diusaha, bukankah itu amanah besar dari Tuhan?

Saya menulis ikhlas dari hati. Untuk kakak, adik, ibu, ayah, abang, kawan, teman, dan Muslim semuanya. Semua ini tanda kasih dan sayang bersama. Kerana saya tahu, syurga dicipta untuk semua hambanya. Maka,saya mahu masuk bersama kalian. Sungguh, syurga itu mahal nilainya, dan jalan menujunya tidak semudah yang kita sangka. Maka, berubahlah dari sekarang.

Yang lebih menakutkan apabila direnungi hadis Nabi di bawah :

Daripada Abu Hurairah .a. berkata: Rasulullah saw. bersabda : "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

Marilah kita sama-sama berubah menuju ke jalan-Nya.

Kisah Budak Penjual Kuih

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.



"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)

Sumber: e-mail

Rabu, 16 November 2011

DOA SEORANG ADIK

Dua lelaki bersaudara bekerja di sebuah kilang kicap dan sama-sama belajar agama Islam untuk sama-sama mengamalkan ilmunya dalam kehidupan sehari-hari sebanyak mungkin.

Mereka berjalan kaki mengaji ke rumah gurunya yang jaraknya sekitar 10 kilometer dari rumah peninggalan orang tua mereka.

Suatu ketika si abang berdoa memohon rezeki untuk membeli sebuah kereta supaya dapat digunakan sebagai pengangkutan dia dan adiknya untuk memudahkan mereka pergi mengaji. Allah mengabulkannya. Tidak lama kemudian sebuah kereta dapat beliau miliki hasil daripada bonus pekerjaannya.

Lalu si Abang berdoa memohon seorang isteri yang sempurna. Lalu Allah mengabulkan permintaannya. Tidak lama kemudian si abang bersanding dengan seorang gadis yang cantik serta baik budi bahasa serta perangainya.

Kemudian berturut-turut si Abang berdoa memohon kepada Allah akan sebuah rumah yang selesa, pekerjaan yang menyenangkan, dan lain-lain lagi dengan tekad supaya beliau lebih mudah untuk
mendekatkan diri kepada Allah.

Dan Allah mengabulkan semua doanya itu.

Sementara itu, si Adik tidak ada perubahan sama sekali. Hidupnya masih sama seperti dahulu. Tetap sederhana. Masih lagi tinggal di rumah peninggalan orang tuanya yang suatu ketika dulu pernah menempatkan beliau bersama dengan abangnya. Namun kerana abangnya seringkali sibuk dengan pekerjaannya, beliau tidak dapat mengikuti pengajian dan si Adik pula seringkali berjalan kaki untuk mengaji ke rumah guru mereka.

Suatu ketika si Abang merenung dan membandingkan perjalanan hidupnya dengan perjalanan hidup adiknya, dan dia teringat adiknya selalu membaca selembar kertas apabila beliau berdoa; menunjukkan adiknya tidak pernah menghafal bacaan untuk berdoa.

Lalu datanglah si Abang kepada adiknya untuk menasihati adiknya supaya selalu berdoa kepada Allah dengan bersungguh-sungguh untuk membersihkan hatinya
kerana dia merasakan yang adiknya masih berhati kotor sehingga doa-doanya tidak dikabulkan oleh Allah S.W.T.

Si Adik berasa terharu dan bersyukur sekali mempunyai abang yang begitu menyayanginya, dan dia mengucapkan terima kasih kepada abangnya atas nasihat yang berguna itu.

Hingga suatu saat si Adik
meninggal dunia. Si Abang terasa sedih kerana sehingga sampai ke akhir hayat adiknya itu masih tidak ada perubahan pada nasibnya. Jadi beliau merasa bimbang kalau adiknya itu meninggal dalam keadaan kotor hatinya kerana doanya yang tidak pernah dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Si Abang menguruskan rumah peninggalan orang tuanya sesuai dengan amanah adiknya untuk dijadikan sebuah masjid. Tiba-tiba matanya tertumpu pada selembar kertas yang terlipat di dalam sejadah yang biasa dipakai oleh adiknya yang berisi tulisan doa. Diantara tulisan tersebut ialah surah Al-Fatihah, Solawat, doa untuk guru mereka, doa selamat dan ada kalimah di akhir doanya:

“Ya Allah. Tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan-Mu. Ampunilah aku dan abangku. Kabulkanlah segala doa abangku, bersihkanlah hatiku dan berikanlah kemuliaan hidup untuk abangku didunia dan akhirat.”

Si Abang berlinang air mata dan haru-biru memenuhi dadanya. Beliau terharu dan tidak pernah menyangka yang adiknya tidak pernah sekalipun berdoa untuk memenuhi nafsu duniawinya.

Moral daripada kisah ini ialah mungkin kejayaan kita pada hari ini adalah doa orang-orang yang sayangkan kita. Jadi janganlah kita berasa sombong dan megah.
http://www.izoblog.com/doa-seorang-adik/

Jumaat, 4 November 2011

WARREN BUFFET- ORANG KAYA YANG PEMURAH

Warren Buffett = Si kaya Yang Hidup Sederhana

Saya terpukau membaca kehidupan Warren Buffett, investor paling berjaya, manusia ketiga terkaya di dunia malah pernah menjadi yang pertama pada suatu ketika dahulu dikatakan sebagai manusia yang paling puas hati dengan kehidupan. Gaya hidup yang amat sederhana yang jarang dimiliki oleh sesiapapun.

Berapa fakta tentang Warren Buffett:

· Lahir pada tahun 1930, mula berniaga semasa umur 6 tahun dengan menjual botol coca-cola

· mula membeli dan menjual saham pada umur 11 tahun

· membeli estate pada umur 14 tahun dan merasa menyesal kerana merasa terlalu lambat

· menjadi jutawan pada umur 19 tahun dan bilionnair pada tahun 1990.

· membeli rumah kecil 3 bilik 50 tahun yang lalu dan masih tinggal di rumah yang sama sehingga sekarang.

· Merasa puas dengan rumah yang ada tanpa perlu tambahan kerana merasakan segalanya sudah cukup dalam rumah itu untuk keperluan hidupnya

· Rumahnya tidak berpagar.

· sangat mencintai tugasnya menyebabkan dia tidak pernah bersungut tentang tugas.

· suka menaiki kenderaan awam

· membawa sendiri kereta lamanya tanpa mengupah pemandu

· tidak pernah menaiki jet walaupun ia mempunyai syarikat jet terbesar di dunia

· mempunyai 63 syarikat besar tetapi tidak pernah menelepon para CEO syarikatnya untuk memberi arahan. Arahan diberikan hanya sekali setahun bagi memberitahu target syarikat untuk tahun itu.

· Tidak ada mesyuarat dengan para CEOnya.

· Hanya 2 peraturan diberikan kepada semua pekerjanya. Peraturan no1: Jangan biarkan duit pemegang saham hilang dengan cara apa pun. Peraturan no.2: Jangan lupa peraturan no.1

· Tidak memiliki kad kredit

· tidak memiliki telepon bimbit

· suit yang dipakainya sudah berusia 16 tahun dan menghantarnya sendiri ke kedai baru-baru ini untuk dibetulkan sebab sedikit terkoyak

· pulang ke rumah waktu petang dan duduk menonton tv sambil makan popcorn bersama isterinya.

· tidak ada percutian untuk menenangkan perasaan kerana dia merasakan hidupnya sudah cukup tenang

· memberikan 99% hartanya kepada badan kebajikan terutama kepada Yayasan Bill & Melinda Gates pada tahun 2010.

Kali pertama Bill Gates menemui beliau adalah pada tahun 2006 di rumah Warren. Bill bercadang untuk bertemu sekejap saja tetapi akhirnya terpukau dengan falsafah hidup Warren dan menghabiskan masa lebih setengah hari dengan Warren. Pertemuan itu telah merubah paradigma kehidupannya sendiri.

-Tidak memanjakan anak-anaknya yang 3 orang itu dengan warisan harta kerana percaya setiap manusia perlu berusaha untuk hidup. Oleh itu anaknya2 tidak pun dicatatkan sebagai penerima harta waris yang banyak kerana hampir keseluruhan hartanya sudahpun diwasiatkan untuk badan kebajikan.

-Nasihat Warren kepada orang muda ....

1. kad kredit adalah syaitan (evil) yang perlu dijauhi,
2. jangan membazir duit

Bill Gates manusia yang kaya dan berjaya mendirikan yayasan Bill and Mellinda pada usianya 39 tahun.

Mark Zuckerberg pencipta facebook mendermakan USD100 juta kepada badan kebajikan pada usianya 26 tahun.

Hosni Mubarak dikatakan manusia paling kaya di dunia dengan harta USD 70 bilion. Sultan Brunei juga manusia kaya yang memiliki istana 6 kali lebih besar dari istanan Windsor. Raja Saudi juga kaya. Apakah beza mereka dengan Warren Buffett dan Bill Gates yang tidak mengucap syahadah itu?

Tenangkah hidup mereka setenang hidup Umar Abdul Aziz, pemimpin yang boleh tidur di bawah pokok kayu dengan lena tanpa pengawal?

Warren hidupnya tenang kerana dia amat seronok mencari duit tetapi tidak dikuasai duit. Bagi dia harta adalah hamba dan dia adalah tuan. Dia seronok melihat orang lain gembira sehinggakan pekerjanya juga seronok bekerja dengannya. Sikapnya mengeluarkan aura luar biasa untuk diikuti oleh orang lain. Setiausahanya terpaksa menolak apabila warren hendak menaikkan gajinya kerana ia juga merasa malu dengan gaji yang terlalu besar.
http://martinellihashim.blogspot.com/2011/02/si-kaya-yang-hidup-sederhana.html

Isnin, 31 Oktober 2011

TUDUNG DAN TOPI KELEDAR

Seorang budak lelaki sedang menunggu ayahnya di hadapan sebuah kedai gunting rambut. Sedang dia memerhatikan suasana sekeliling, datang seorang perempuan menghampiri motosikalnya yang di letakkan di pakir di hadapan kedai gunting itu juga.

Ketika perempuan itu mengambil topi keledarnya, budak kecil itu bertanyakan sesuatu pada perempuan itu,

"Kak!" sapa budak itu kepada perempuan yang sedang menyarungkan topi keledar di kepalanya.

"Ya dik..." jawabnya

Budak kecil itu bertanya lagi... "Kenapa kakak pakai topi keledar tu...?"

Jawab kakak tersebut... "Undang-undang suruh pakai Dik, kalau tak pakai nanti, takut kena saman... lagipun untuk keselamatan dik... kalau berlaku kemalangan kepala kita akan selamat!" kakak itu memberitahu lagi penuh keyakinan.

Adik itu bertanya lagi... "Kak, kenapa tak takut pun bila tak pakai tudung kepala...! Kan undang-undang Allah suruh perempuan pakai tudung...! Lagipun kakak tak takut ke keselamatan kepala kakak nanti di Akhirat, kena bakar kalau tak pakai tudung!"

Kakak itu tersenyum dan terpinga2 sambil memulas minyak motor yang telah dinaikinya sambil memikirkan kata-kata budak kecil itu...

Sekadar cerita untuk di fikirkan, watak yang ada dalam cerita ini, tiada kena mengena dengan sesiapa pun....

Fikir2kanlah

Isnin, 24 Oktober 2011

Kisah Ibu Dan Anak Yang Menyayat Hati



Pada zaman dahulu, di sebuah perkampungan yang kecil, tinggallah seorang perempuan bernama Solehah dan anaknya ,Amru yang baru berusia 5 tahun. Suaminya telah meninggal dunia ketika di medan perang. Maka tinggallah Solehah dan anaknya sehelai sepinggan meneruskan kehidupan di sebuah rumah kecil peninggalan suaminya. Kerja solehah sebagai penenun kain menjadikan hidup mereka serba sedikit senang. Dia dan anaknya masih boleh mengisi perut dan menjalani kehidupan walaupun tidak semewah orang lain. Sekurang-kurang mereka tidak perlu mengemis untuk mendapatkan sesuap nasi. Jika ramai orang yang mengupah solehah untuk menenun kain, maka berisi lah perut mereka hari itu , tetapi jika tiada pelanggan, maka mereka terpaksa makan makanan simpanan sebelum ini yang sedikit untuk mengalas perut.Begitulah kerja Solehah yang tidak menentu setiap hari.

Pada suatu hari, tidak ada seorang pun yang datang ke rumah Solehah untuk mengupahnya menenun kain. Nasib baiklah, dia telah menyimpan sedikit roti untuk anaknya.

“Amru sayang, Umi minta maaf sebab hari ini hanya ada sedikit roti untuk amru makan, tapi Umi janji, esok kita makan nasi ya,” Solehah berkata kepada sambil menghulurkan beberapa keping roti untuk Amru.

“Umi, kalau Amru makan roti ni, Umi nak makan apa?” Amru menyoal ibunya yang masih tidak berhenti membelai rambutnya itu.

“Umi tak penting pun Amru. Amru makan kenyang-kenyang ya. Umi tengok Amru kenyang pun Umi rasa dah kenyang. Amru jangan risaukan Umi.” Solehah menjawab soalan Amru yang kelihatan masih setahun jagung itu. Bagi Solehah, dia tidak kisah untuk berlapar. Melihat anaknya ceria dan tersenyum setiap hari, itu sudah cukup membuat hatinya gembira.

“Umi, Amru janji, bila Amru besar nanti, Amru nak bekerja rajin-rajin. Amru nak bagi Umi makan enak-enak.” kata Amru pandai menjaga hati ibunya. Kemudian, dia menyuap sedikit roti ke mulut ibunya itu. Solehah hanya tersenyum dengan gelagat anak kecilnya itu.

Sejak kecil, Amru dididik dan dijaga oleh Solehah sepenuh kasih sayang. Dia diberi didikan agama yang sempurna dan diasuh bagai menatang minyak yang penuh, seekor nyamuk pun tidak dibiarkan hinggap di badan Amru. Baginya, Amru merupakan satu-satunya harta peninggalannya. Setelah beberapa tahun berlalu, Amru telah membesar menjadi seorang pemuda yang segak dan tampan. Solehah pula semakin lama, semakin tua tetapi keringatnya terus jatuh ke bumi mencari nafkah buat keluarganya.Perubahan mendadak ditunjukkan pada sikap Amru. Dia sering keluar untuk bersukaria bersama kawan-kawannya. Dia juga semakin degil dan selalu melawan cakap ibunya. Walaupun disuruh oleh ibunya untuk mencari kerja, tetapi nasihat ibunya yang tua itu langsung tidak diendahkan.Malah Amru sering menengking dan berkasar sehingga membuat ibunya itu terguris.

Solehah tidak tahu mengapa Amru bersikap sedemikian terhadapnya. Dia tidak pernah mengajar anaknya untuk berkasar. Setiap hari, dia berdoa agar tuhan sentiasa melindungi Amru daripada sebarang perkara yang tidak baik. Amru pula, langsung tidak berubah, selalu keluar berfoya-foya dengan kawan-kawannya. Dia akan ke pekan untuk menghabiskan wang yang diberi oleh ibunya untuk melakukan perkara yang tidak senonoh. Duit itu banyak dihabiskannya untuk berjudi.Disebabkan berjudi itu juga, dia selalu dipukul kerana tidak dapat membayar wang yang sepatutnya. Begitulah rutin harian Amru. Dia tidak serik untuk berjudi walaupun tahu akibatnya. Apabila balik ke rumah, badan Amru akan cedera dan luka di sana-sini akibat dipukul. Solehah jugalah orang yang akan merawatnya. Dia menyapu ubat di badan Amru sambil menitiskan air mata melihat anaknya itu. Semahunya, dia tidak ingin perkara itu berlaku pada anak kesayangannya itu.

“Sakitkah anakku? Umi sapu perlahan-lahan ya.Kamu sudah besar Amru. Umi, sudah beberapa kali pesan jangan berkawan dengan orang yang tidak elok akhlaknya. Kamu juga yang susah nanti,” ujar solehah memberi nasihat kepada anaknya itu.Begitulah kata-kata yang sama keluar dari mulut solehah tiap kali merawat Amru. Amru hanya membisu seribu bahasa. Kesakitan yang dialami menutup mulutnya.

Namun Amru tetap tidak berubah. Perangainya masih sama seperti dahulu. Kerap kali keluar ke pekan bersama kawan-kawanya untuk berjudi. Tiap kali dia berjudi tiap kali itu jugalah dia kalah. Nasib langsung tidak menyebelahinya. Dan tiap kali dia kalah tiap kali itu jugalah badannya akan menerima padahnya. Begitulah nasib Amru setiap hari. Nasib baiklah dia mempunyai seorang ibu penyayang yang masih mengambil berat akannya.

Setiap hari seperti biasa amru akan meminta wang daripada ibunya sebelum keluar.

Umi!! Amru nak wang lagi!! Cepatlah Umi, kawan-kawan amru tunggu Amru tu!! Tengking Amru kepada ibunya yang telah tua itu.

“Semua wang Umi sudah habis Amru. Wang semalam ialah wang terakhir dari simpanan Umi. Umi sudah tiada wang untuk diberi kepada Amru.” Jawab solehah pilu. Semua wangnya telah diberi kepada Amru tanpa sempat pun dia membeli sedikit makanan.

“Umi tipu!!! Umi masih ada wang tapi Umi tidak mahu beri pada Amru kan??!!” Tengking amru. Jawapan ibunya itu membuatkannya marah. Kemudian dia terus menggeledah seluruh isi rumah untuk mencari wang. Namun usahanya itu tidak berhasil kerana sekeping wang pun tidak berjaya dijumpai.

“Perempuan tua tak guna!!” Jerit Amru. Dia kemudian menolak ibunya sehingga rebah dan keluar dari rumah dengan perasan yang hampa. Amru benar-benar tertekan kerana jika tiada wang maka tiadalah keseronokan dalam hidupnya.

Di pertengahan jalan, Amru diberhentikan oleh seorang pemuda yang langsung tidak dikenalinya. Pemuda itu kelihatan kaya dengan pakaiannya yang mahal. Amru tidak sedar bahawa pemuda itu sebenarnya adalah syaitan yang menyamar sebagai manusia. Syaitan itu hanya ingin memerangkap amru.Bagi syaitan itu, Amru adalah orang yang sangat mudah diperdaya dengan harta dan wang.

“Apa sebenarnya yang kamu mahu ?” tanya Amru kepada pemuda segak yang berdiri di hadapannya.

“Aku hanya mahu menolong kamu. Bukankah kamu kesempitan wang sekarang? Aku mahu memberi kamu wang yang banyak.” Jawab syaitan itu memperdaya Amru.

“Memberi aku wang yang banyak?!” Amru terperanjat dan gembira.

“Ya. Wang yang banyak. Tapi dengan satu syarat.” Ujar syaitan bijak bermain dengan kata.

“Apakah syarat tersebut. Cakaplah apa yang tuan mahu? Segera juga aku penuhinya.

Syaratnya, bawa hati ibu kamu kepada aku dan wang yang banyak akan menjadi milik kamu.

Tanpa banyak berfikir, Amru terus berlari ke rumahnya. Tanpa belas kasihan amru membunuh menanam,dan mengambil hati ibunya.Ibu yang selama ini menjaga dan membesarkannya dengan penuh kasih sayang. Ibu yang sanggup berlapar demi anaknya. Ibu yang sanggup bekerja demi mencari sesuap nasi untuk anaknya.Ibu yang selalu merawatnya semasa sakit. Malah, ketika Amru pulang, ibunya sedang menyiapkan masakan kegemaran Amru tanpa terasa sedikit pun akan perbuatan Amru sebelum ini.
Amru sangat gembira kerana dengan hati ibunya itu, dia akan mendapat wang yang banyak. Dia terus berlari untuk mendapatkan pemuda yang berjanji dengannya tadi sambil membawa hati ibunya itu. Semasa berlari keseronokan membayangkan dia akan mendapat wang yang banyak, tanpa disedari Amru tersepak batu lalu terjelopok ke tanah.Dia mengerang kesakitan.

“Sakitkah anakku?” dengan izin Allah,tiba-tiba sahaja hati milik ibunya itu bercakap apabila melihat anak kesayangannya sakit akibat jatuh tersungkur.Dengan penuh kasih sayang hati itu terus bertanya. Soalan tersebut ditanya berulang-ulang kali sehingga membuatkan Amru terperanjat. Tanpa mempedulikan kata-kata hati itu, Amru terus mengambil dan membawanya kepada pemuda yang menyamar sebagai syaitan. Syaitan berasa amat gembira sekali kerana misinya berjaya. Sebagai balasan Amru diberikan wang yang banyak sebagaimana yang telah dijanjikan.

Dengan wang yang banyak itu, Amru meneruskan kehidupannya dengan berjudi. Akhirnya sekelip mata sahaja wang banyak yang diberikan oleh syaitan tadi habis digunakan. Seperti biasa Amru akan dipukul. Apabila balik ke rumah, tiada lagi kedengaran suara bimbang ibunya. Tiada lagi ibunya untuk merawat segala luka-luka di badannya. Tiada lagi ibunya untuk memasak makanan kegemarannya. Tiada lagi ibunya untuk membelai-belai menidurkannya. Akibat sikap Amru yang suka berjudi, rumahnya dijual. Akhirnya Amru menjadi pengemis dan mati di tepi jalan akibat kelaparan.

Begitulah kisah menyayat hati seorang ibu dan anaknya. Kisah kasih sayang ibu kepada anaknya yang tidak berbelah bagi. Kisah pengorbanan seorang ibu. Betapa sayangnya seorang ibu kepada anaknya itu sehingga hati masih mampu berkata-kata, risau melihat anaknya sakit. Kita pula bagaimana? Sayangkah kita pada ibu kita? Pernahkah kita membuat ibu kita menangis? Pernahkah kita bayangkan kanak-kanak yatim piatu yang tidak mempunyai ibu? Bagaimanakah nasib mereka? Kita ni sememangnya bertuah kerana mempunyai ibu. Jadi hargailah ibu anda sebaik-baiknya.

Moga dapat iktibar
http://www.tengkunizam.com/2011/05/kisah-ibu-dan-anak-yang-menyayat-hati.html

Isnin, 17 Oktober 2011

KERANA ANJING- MASUK SYURGA... KERANA KUCING-MASUK NERAKA

Kerana seekor anjing, pelacur masuk syurga & kerana seekor kucing, wanita masuk neraka.

Masih ingatkah anda kepada kisah seorang pelacur di zaman Rasulullah S.A.W?

Sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu 'anh bahawa baginda bersabda:

''Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. "
[Shahih al-Bukhari – no:3467]

Berdasarkan hadis tersebut bayangkan betapa besarnya ganjaran daripada Allah S.W.T. terhadap orang-orang yang menjaga kebajikan haiwan. Tetapi, ingatlah Allah S.W.T. sangat murka kepada mereka yang menganiya haiwan. Ini berdasarkan dari sebuah hadis yang lain,

Rasulullah S.A.W. bersabda, ''Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah."
[Shahih al-Bukhari – no:3318]

MASUK SYURGA DAN NERAKA KERANA SEEKOR LALAT


IMAM THARIQ bin Syihab berkata dalam majlis pengajiannya, “ Ada orang yang masuk syurga kerana seekor lalat dan ada pula yang masuk neraka kerana seekor lalat.”

Kaum Muslimin yang hadir dalam pengajian itu terperanjat apabila mendengar perkataan Imam Thariq bin Syihab yang tidak masuk akal itu. Mereka tertanya hairan.

“Bagaimana hal itu boleh terjadi?” tanya mereka serentak.

Lalu Imam Thariq bin Syihab menceritakan sebuah cerita menarik.

“ Ada dua orang melakukan pengembaraan. Pada suatu hari, mereka memasuki daerah yang didiami satu kaum yang menyembah berhala. Kaum itu memiliki berhala yang disembah dan dikeramatkan. Orang yang melewati daerah mereka harus memberi korban sebagai persembahan untuk berhala itu. Jika tidak, mereka tidak akan dibiarkan keluar hidup-hidup dari daerah itu.

Dua orang itu turut mengalami masalah yang sama. Mereka mesti memberikan persembahan pada patung berhala. Lelaki pertama sangat takut pada kematian. Oleh kerana tidak memiliki apa-apa, akhirnya dia menangkap seekor lalat untuk dipersembahkan pada berhala itu.

Lelaki kedua pula tetap teguh memegang akidahnya. Dia tidak mahu berkorban untuk berhala itu, meskipun dengan seekor lalat. Dia memilih untuk taat kepada ajaran agamanya. Berkorban hanya boleh dilakukan jika sesuai dengan syariat, iaitu korban Aidil Adha yang dilakukan ikhlas kerana Allah.

Memberi persembahan untuk berhala, meskipun hanya dengan seekor lalat, adalah perbuatan menyekutukan Allah. Itu adalah dosa yang paling besar. Keengganannya menyebabkan dia dibunuh. Lelaki itu mati syahid mempertahankan akidahnya dan masuk syurga.

Adapun lelaki yang satunya, akhirnya meneruskan perjalanan. Namun begitu, malang menimpanya. Baru sahaja dia berjalan beberapa puluh langkah, dia digigit ular berbisa ditengah padang pasir dan akhirnya mati.

Namun, dia mati dalam keadaan musyrik (menyekutukan Allah). Dia masuk neraka kerana menyekutukan Allah, dengan mempersembahkan seekor lalat pada berhala.”

Wallahu'alam....

Kiriman: Layyinul Hasnie

Rabu, 12 Oktober 2011

Mengukur Sebuah Cinta

Di dlm Kitab Hayatus Shahabah, halaman 524-525 diriwayatkan kisah berikut:

Menjelang Perang Uhud, Abdullah bin Jahsy mengajak sahabatnya, Sa’d bin Abi Waqqash utk berdoa. Ajakan itu dipersetujui oleh Sa’d. Keduanya mulai berdoa. Sa’d berdoa terlebih dahulu:

“Tuhanku, jika nanti aku berjumpa dgn musuhku, berilah aku musuh yg sgt perkasa. Aku berusaha membunuh dia dan dia pun berusaha membunuhku. Engkau berikan kemenangan kpdku sehingga aku berhasil membunuhnya dan kemudian mengambil miliknya (sebagai rampasan perang).”

Abdullah mengaminkannya. Tiba giliran Abdullah berdoa:

“Tuhanku, berilah aku musuh yg gagah perkasa. Aku berusaha membunuhnya, dan ia berusaha membunuhku. Kemudian ia memotong hidung dan telingaku. Kalau nanti aku bertemu denganMu, Engkau akan bertanya: ‘Man jada’a anfaka wa udzunaka?’ (Siapa yang telah memotong hidung dan telingamu?). Aku akan menjawab bhw keduanya terpotong ketika aku berjuang di jlnMu dan jln Rasulullah (fika wa fi rasulika). Dan Engkau, ya Allah akan berkata: ‘Kamu benar!’ (shadaqta).”

Sa’d mengaminkan doa Abdullah tersebut. Keduanya berangkat ke medan Uhud dan doa keduanya dimaqbulkan Allah.

Sa’d bercerita kpd anaknya, “Duhai anakku, doa Abdullah lbh baik drp doaku. Di senja hari aku lihat hidung dan telinganya tergantung pd seutas tali.”

Kisah ini tlh melukiskan sebuah cara utk mengukur cinta kita pd Allah. Sementara ramai yg berdoa agar mendapat ini dan itu, seorang pencinta sejati akan berdoa agar dpt bertemu dgn Kekasihnya sambil membawa sesuatu yg bisa dibanggakan.

Ketika di Padang Mahsyar nanti Allah bertanya kpd anda: “Dr mana kau peroleh hartamu di dunia?” Anda akan menjawab, “Harta itu ku peroleh dgn kolusi dan korupsi, dgn memalsu kuitansi, dgn mendapat cipratan komisi.”

Allah bertanya lagi, “Apa saja yg tlh engkau lakukan di dunia?”

“Ku hiasi hidupku dgn dosa dan nista, tak henti-hentinya ku cintai indah dan gemerlapnya dunia hingga aku dipanggil menghadapMu.” Allah dgn murka akan menjawab, “Kamu benar!”

Bandingkan dgn seorang hamba lain yg ketika di Padang Mahsyar berkata kpd Allah:

“Tlh ku tahan lapar dan dahaga di dunia, tlh ku basahi bibirku dgn zikir, dan tlh ku curahkan waktu dan tenagaku utk keagungan namaMu, tlh ku hiasi mlm ku dgn ayat suciMu dan tlh ku letakkan dahiku di sejadah utk bersujud pd kebesaranMu.”

Dan Allah akan menjawab, “Kamu benar!”

Duhai.. adakah kebahagian yg lbh dr itu; ketika seorang hamba menceritakan amalnya dan Allah akan membenarkannya.

Mahukah kita pulang nanti ke kampung akhirat dgn membawa amal yg bisa kita banggakan? Mahukah kita temui Kekasih kita sambil membawa amalan yg akan menyenangkanNya?

Allahu ‘lam bisshawab.

Isnin, 10 Oktober 2011

MENANGKAP PENCURI SOLAT

Abdullah bin Kathir menceritakan kisah Hajjaj bin Yusuf ketika masa remajanya, sebelum beliau terkenal dan memegang apa-apa jawatan. Hajjaj pernah solat di samping Said bin Al-Musayyib di Madinah. Hajjaj selalu tergopoh gapah dalam solatnya, sehingga dia bangun dari ruku' sebelum imam bersujud dan bangun ketika imam masih sujud. Sebaik saja solat selesai, Hajjaj telah bergerak untuk bangun, tapi Said bin Al-Musayyib segera menjerat lehernya dengan kain redaknya. Hajjaj meronta untuk beredar, tapi Said terus menahannya sambil berzikir. Jadilah Hajjaj seperti kambing yang sedang ditambat, tidak dapat lari.

Setelah selesai wirid, Said memandang muka Hajjaj sambil berkata: "Wahai pencuri (dalam solat), wahai pengkhianat! Engkau mengerjakan solat semberono seperti itu? Aku tampar muka engkau dengan terompah ini, baru tahu!"

Hajjaj tidak menjawab, dia beredar dari masjid dan terus pergi ke Makkah untuk mengerjakan ibadah haji. Beberapa tahun kemudian, Hajjaj dapat memegang jawatan tinggi dan terkenal sebagai penguasa tegas dan keras. Hajjaj berulang alik ke Madiah setelah mengalahkan dan membunuh Abdullah bin Zubair dalam suatu peperangan di sekitar Masjidil Haram, Makkah. Suatu hari, dia melihat Said Al-Musayyib sedang mengajar di majlisnya, lalu meluru ke dalam dan duduk di samping ulama Tabiin itu. Pada mulanya orang-orang yang hadir di majlis itu merasa khuatir pahlawan kejam itu akan mengganggu al-Musayyib.

"Engkau yang mengajar di sini? tanya Hajjaj.

"Ya, saya," jawab Al-Musayyib sambil menepuk dadanya.

"Saya mengucapkan banyak-banyak terimakasih atas teguranmu dahulu itu. Selepas itu, setiap saya mengerjakan solat, selalu teringat kepadamu." kata Hajjaj kemudian beredar.

Isnin, 19 September 2011

Kisah pakar bedah Perancis memeluk Islam

http://www.izoblog.com/wp-content/store/islam-itu-indah.jpg
Ada diantara kita yang menolak Islam dan dengan jelas menghina hukum yang Allah telah tetapkan. Bukan sahaja rakyat biasa, malah ada pemerintah yang menghina Islam dengan jelasnya. Satu perkara yang sangat menyedihkan dan semoga tiap-taip yang dilakukan itu akan mendapat balasannya.

Hudud satu perkara wajib dilaksanakan. Kenapa masih takut untuk dibuat? Bagi aried, hanya mereka yang mencuri takut dilaksanakan hukum ini kerana tangan mereka akan dipotong. Jadi, jika benar tidak pernah mencuri, kenapa hendak takut? Pelik… Pasti anda juga pelik bukan?

Jauh benar beza antara pemikiran mereka dengan cendekiawan barat yang masuk islam selepas mengkaji mumia firaun yang berusia ribuan tahun lamanya. Ya, satu pendedahan yang amat hebat sekali!

Dia Peluk Islam Kerana Melihat Kebenaran Al-Quran Mengenai Fir’aun
Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).

Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Kisah Firaun dalam al-Quran
Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.

Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah:

“Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.
Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).”

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.

“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah. Kelabgreenboc

Posted by Tulahan

Mulut Firaun disumbat Malaikat sebelum tenggelam

Dari Sa’id bin Jubeir dari Ibnu ‘Abbas radhiya’l-lahu ‘anhuma meriwayatkan: “dua orang Sahabat menghadap Rasulullah (menanyakan tentang Fir’aun). Sabda Nabi s.a.w: “Malaikat Jibril menyumbat mulut Fir’aun dengan pasir, khuatir kalau-kalau akan mengucapkan: la ‘ilaha illa’l-lah”[1]


Hadits di atas umumnya dapat kita temui pada perbahasan ayat tenggelamnya Fir’aun, surah Yunus ayat 90, di mana Allah berfirman: “Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir’aun dan bala tentaranya, kerana hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir’aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: Saya percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).” (Qs. 10:90) .

Pada detik-detik naza‘nya, malaikat Jibril melihat gelagat Fir’aun akan mempergunakan kesempatan dalam kesempitan. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat Jibril untuk mengambil nyawa Fir’aun dengan cara menyumbat mulutnya dengan pasir, supaya tidak boleh mengucapkan keimanan dan pertaubatannya. Akhirnya Fir’aun mati dengan mulut disumbat dan jauh dari rahmat Allah s.w.t.(Tafsir Al-Kasyaf, 21 202). Kerana iman dan taubat pada pada masa ini, tiada guna sama sekali.

Mengutip Tafsir Syeikh Sa’di, ada dua keadaan di mana iman tidak berguna pada masa itu iaitu beriman di hujung sakaratul maut dan beriman menjelang hari Qiamat, sesuai firman Allah dalam surah Al-Mu’min:85.

Fir’aun mati di Laut Merah atau laut Qalzum atau sebelumnya popular dengan nama FAM AL-HAIRUTS, dekat terusan Suez, pada tanggal 10 Muharram dan kerana itulah ada syari’at shaum ‘Asyura, setelah sebelumnya menyatakan taubat dan yakin akan Tuhan Allah s.w.t. Dan inilah taubat yang tertolak (Qs. 10:90)

Fir’aun kafir sejak bayi

Di antara perkara yang aneh dalam din Fir’aun adalah fitrah kejadiannya. Umum-nya bayi diciptakan oleh Allah dalam keadaan fitrah, tapi nampaknya hadits ini dikecualikan terhadap bayi Fir’aun. Kerana sejak bayi sudah kafir di dalam perut ibunya.

Bunyi hadits “wa khalaqa fir’aun fi bathni ummihi kafiran,” dan Fir’aun dijadikan (oleh Allah) dalam perut ibunya dalam keadaan kafir. (HR. Ibnu ‘Adi dalam Al-Kamil dan Imam Thabarani dalam Al-Ausath). Semasa menyampaikan hadits ini Rasulullah s.aw sedang berkhutbah di hadapan para sahabat pada petang hari.

Ahli sejarah terpecah dua; ada yang mengatakan Fir’aun itu nama orang (ismul ‘ajam), yang lain dan terbanyak mengatakan Fir’aun itu gelaran bagi raja yang lupa daratan. Tapi yang jelas, nama ini pertama kali dipakai oleh Walid bin Mush’ab bin Rayyan, keturunan Lois bin Sam bin Nuh.

Fir’aun Di Zaman Nabi Musa naik takhta pada 1311 SM adalah firaun yang Allah di binasakan bersama 700.000 pasukannya di Laut Merah, mayatnya Allah selamatkan, pada waktu syuruq (matahari terbit), menurut Tafsir Muqatil (Qs. 10:90).

Lalu siapa Firaun Tutankhamun yang sering dikatakan sebagai Firaun yang Tenggelam di Laut Merah?

Mayatnya diawetkan dengan pembalseman dalam bentuk mumi yang kini disimpan di museum Mesir di Kaherah dengan berbagai macam hikmah sejarah. Mumi ini ditemui pertama kali oleh ahli kaji purba Perancis, Loret, di Wadi al-Muluk (lembah raja-raja) Thaba Luxor Mesir pada tahun 1896 M. Pembalutnya dibuka oleh Eliot Smith, seorang ahli kaji purba Inggeris pada 8 Julai 1907.

Satu gelaran yang mengarah pada penghormatan. Pada masa inilah gelaran boleh makan tuan. Gelaran menyeret pemiliknya pada kesombongan, sehingga boleh lupa daratan. Fitnah ghuluw (penghormatan, fanatik) muncul dari pemujaan gelaran yang melewati batasan.

Perhatikanlah pesanan indah dari Imam as-Syafi’i rahimahullah berikut ini: Berkata Imam as-Syafi’i: “aku benci orang yang terlalu mengagungkan makhluk, hingga menjadikan kuburnya (di/sebagai) masjid. Aku khuatir terjadi fitnah atasnya dan fitnah atas orang sesudahnya.”

[1]Shahih, HR. Turmudzi [3107]; Ahmad [2145], at-Thabari [11/163]; Ibnu Hibban [6215]; Nasa’i [6/363]. Dishahihkan oleh Syeikh Albani dalam as-Shahihah [2015] dan Shahih Sunan Turmudzi [2484]. Dishahihkan juga oleh Syeikh Syu’aib Arnouth, Tahqiq Shahih Ibnu Hibban [14/98]

Kisah Orang Gila dan Orang Kaya yang sombong

Pada satu hari, seorang kaya memandu kereta mewahnya di jalan. Tiba-tiba tayar keretanya pancit. Dia pun berhentikan kereta itu dan lalu keluar dari kereta dan check apa lah rosaknya. Jadi dia pun ambil tayar spare, tetapi dia shock dapat tahu yang tayar spare it tak-ada nat untuk pasang. Sedang dia fikir dan keliru, dia ternampak satu sign-board tercatat mengatakan bahawa tempat itu border dengan Hospital orang gila Tanjung Rambutan dan bengel kereta yang paling terdekat ialah 3 km. Sedang dia fikir lagi, dia ternampak satu orang gila dari dalam hosp. gila yang dipagar yang asyik renung padanya.

Orang kaya itu pun sombong dan tidak pedulikan orang gila itu. Tetapi Orang gila itupun bersoal-sapa dgn org kaya itu.

Org Gila: encik apa yang en. keliru tu?

Org kaya: (Diam)........(buat pura-pura tak dengar)

Org Gila: Saya boleh bagi idea.......jangan lah sombong.............

Org Kaya: Oh ....(macam pura-pura baru dengar)...........you boleh bagi idea?..........Tayar kereta saya pancit.....ada spare tayar....tapi nat tak-ada untuk pasang........

Org Gila: Ini masalah kecil jeh.......encik kan ada lagi tiga tayar yang ok.....ambil satu nat dari setiap 3 tayar yang ok.....pasang lah pada spare tayar......kan boleh jalan....lagi pun bengkel kereta 3 km dari sini....boleh jalanlah sampai bengkel.........lepas itu you tukar lah.....

Org Kaya: (shocked!!!!)...ok...thanks (dalam hatinya........idea ni Orang gila ni memang bagus!!!!!!!!kenapa aku tak terfikir!!!!!!!!!!!)

Org Gila: Encik, saya tahu apa yang encik fikir........encik fikir saya org gila bukan?.....

Org kaya: yeh....minta maaf....heheheheh

Org Gila: Saya mungkin GILA tapi bukan BODOH MACAM AWAK!!!!!!!!

MORAL CERITA: WALAUPUN YOU SANGAT PANDAI DAN KAYA, JANGAN SEKALI KALA PANDANG RENDAH TERHADAP ORANG LAIN. SEKIAN TERIMA KASIH.
http://jiwang.org/jiwang-groups/6725-kisah-orang-gila-dan-orang-kaya-yang-sombong.html

Selasa, 23 Ogos 2011

MANA MAK???

Renung2kan....
Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
SUMBER: melalui e-mel

Isnin, 15 Ogos 2011

Amalan Bekerjasama Rasulullah – Kisah ‘Kambing dan Kayu Api’

Pada suatu hari, Nabi Muhammad dan sahabat-sahabatnya berhenti berehat di padang pasir bagi menghilangkan penat selepas berjalan jauh. Mereka mendirikan khemah di situ. Kebetulan mereka ada membawa seekor kambing hidup sebagai bekal makanan.

“Biarlah saya sembelih kambing itu” kata seorang sahabat Nabi Muhammad.

“Dan biar saya melapahnya” kata yang lain.

“Biar saya pula yang memasaknya” kata yang lain pula.

“Dan saya pula, biar saya yang mencari kayu api” sambut Nabi Muhammad.

Sahabat-sahabat terkejut mendengar kata-kata Nabi Muhammad itu. Mereka semua tidak mahu membiarkan Nabi Muhammad bersusah payah membuat kerja.

“Tidak usahlah, tuan. Biarlah kami sahaja yang menguruskan semuanya. Tuan berehat sahaja” saran mereka kepada Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad tetap dengan pendiriannya. Beliau mahu ikut bekerja.

“Saya takkan berpeluk tubuh sedangkan saudara semua bekerja. Tuhan membenci sesiapa yang mengistimewakan dirinya daripada yang lain” jawab Nabi Muhammad dengan tegas.

Baginda keluar dan balik memikul kayu api di bahunya

Jumaat, 12 Ogos 2011

AL-KISAH CEO BERTAQWA

AL-KISAH CEO BERTAQWA

Abdul Samad (bukan nama sebenar) seorang CEO di Menara Maybank. Waima berjawatan besar, tetapi dia amat merendah diri dengan ilmu. Di rumahnya, penuh dengan keset dan CD ceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Padanya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah idola dalam merentasi dunia ketaqwaan.

Di surau pejabatnya, dia sendiri yang menyusun jadual kuliah. Boleh dikatakan, setiap hari ada sahaja ustaz-ustaz di sekitar Kuala Lumpur yang menyampaikan ceramah dan kuliah zohor di surau Pejabat di Menara Maybank itu.

Suatu hari, salah seorang ustaz telah menyampaikan ceramah di surau Menara Maybank. Tidak semena-mena, tajuk ceramah ustaz itu lebih berkisar kepada tajuk riba.

“kalau kita adalah CEO Bank Ribawi, bermakna kita adalah CEO Riba..apabila kita CEO riba, bermakna kita antara orang yang terawal masuk ke neraka” begitulah ulasan dalam ceramah ustaz yang mempunyai badan yang agak besar.

Tersentak Abdul Samad apabila mendengar ayat ustaz tersebut. Dia sedar, ayat itu amat tepat kena pada kepalanya. Tidak dirasakan sebagai sindiran, tetapi dirasakan sebagai ”sound tepat”.

Usai ceramah, solat zohor ditunaikan. Selesai solat, Abdul Samad berjumpa dengan ustaz tersebut, lalu berlaku perbualan antara mereka.

”Ustaz !.. tadi ustaz menyebut, kalau kita CEO Bank Ribawi, maka kita adalah CEO Riba.. sebenarnya, saya ni CEO Maybank, apakah saya ini CEO Ribawi?” soal Abdul Samad.

Ustaz terbabit melihat mukanya. Tanpa rasa bersalah, ustaz terus berkata, ”Kalau Maybank ini adalah bank Ribawi, lalu awak adalah CEOnya, maka awak adalah CEO ribawi la..”

Abdul Samad berfikir panjang. Dalam kepalanya, banyak perkara yang dia fikirkan. Terfikir tentang bayaran bulanan kereta, rumah, sekolah anak-anak dan banyak lagi.

”ustaz,, kalau saya berhenti dari jadi CEO, saya nak makan apa?”

”saya tak jadi CEO, tetapi alhamdulillah, tubuh saya lebih gemuk dari awak” jawab ustaz itu ringkas.

Jawapan ringkas dari ustaz itu, betul-betul tepat menusuk ke kalbu Abdul Samad. Menyebabkan, malamnya Abdul Samad tidak dapat melelapkan matanya.

Keesokkannya dia pergi kerja, dia mengemukakan surat perletakkan jawatan. Dia meninggalkan lima angka gajinya sebulan, semata-mata takut menjadi CEO Ribawi.

KULIAH AGAMA

Abdul Samad mula berniaga kecil-kecilan. Disamping, ia tidak pernah lalai dari menyusun jadual kuliah di seluruh surau di sekitar taman yang dia tinggal di situ.

Boleh dikatakan, semua surau-surau di sekitar tamannya itu, kuliah disusun oleh Abdul Samad. Sesiapa sahaja ingin mengetahui surau-surau yang menjemput ustaz-ustaz tertentu, cukup sekadar menelefon Abdul Samad.

Dato’ Hasan seorang korporat yang berjaya dalam perniagaannya. Beliau baru sahaja pulang dari Mekah. Sebelum itu, Dato’ Hasan juga bukanlah seorang yang baik, tetapi setelah pulang dari menunaikan haji, ternyata ia memberi kesan kepada dirinya untuk berubah.

Setelah kembali dari Mekah, boleh dikatakan di mana sahaja ada kuliah maghrib, maka di situ pasti akan ada Dato’ Hasan. Dan rujukan utama Dato’ hasan untuk mengetahui jadual kuliah maghrib itu, tidak lain dan tidak bukan adalah Abdul Samad.

Suara hari, selepas menunaikan solat isyak di salah sebuah surau di taman tempat tinggal Abdul Samad, Dato’ Hasan telah mengajak Abdul Samad makan di salah sebuah restoran mamak. Di restoran tersebut, banyak perkara yang mereka bincangkan.

”Anta dah pergi Mekah ke belum lagi?” soal Dato’ hasan kepada Abdul Samad.

Sambil tersenyum, Abdul Samad menjawab, ”belum lagi Dato’.. dah tak ada rezeki lagi”

”pergila ke Mekkah tahun ni” cadang Dato’ hasan.

”ala Dato’.. tak ada duit.. kalau ada duit pun, fikir nak bayar hutang, bukan nak pergi ke Makah pun” jawab Abdul Samad, “Dato’ doakanlah, biar rezeki saya lebih sikit.. saya pun ada rasa nak pergi juga ke Mekah ni” sambung Abdul Samad lagi.

“macam ni la Abdul Samad.. tahun ni, anta pergi mekkah.. ana sponsor anta”

Ungkapan sponsor Dato’ Hasan itu menyebabkan Abdul Samad terperanjat.

“jangan melawak dato’.. pergi ke Mekah ni, bukan sikit duit..” kata Abdul Samad.

“tak per.. esok pagi, kita jumpa kat tabung Haji..” kata Dato’ hasan

“isy Dato’ ni.. serius ke ni?” Soal Abdul Samad seakan-akan tidak percaya dengan tawaran itu.

“betul.. esok kita pergi sama-sama pun tak per” pesan Dato’ hasan.

“insya Allah..” jawab Abdul Samad.

TABUNG HAJI

Selesai menunaikan solat subuh di surau Al-Muttaqin, kebiasaan Abdul Samad akan bubuh sebanyak dua ringgit ke dalam tabung surau tersebut. Setelah pulang, dia terus mengambil mashaf. Tidak sempat memulakan bacaan Al-Quran, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.

Dilihat di screen telefon, termaktub nama “Dato’ Hasan”.

“Assalamualaikum Dato’”

“waalaikumsalam.,, pukul 7:30 nanti, Ana pergi rumah anta. Kita pergi Tabung Haji sama-sama”

”baiklah dato’.. insya Allah”

Setelah membaca al-Quran, Abdul Samad terus bersiap-siap. Sebelum pukul 7:30 pagi, Abdul Samad sudah menunggu di depan rumahnya.

Lagi dua minit pukul 7:30, Dato’ hasan sudah sampai di hadapan rumahnya. Kelihatan, Dato’ Hasan tidak memandu sendiri, tetapi keretanya dipandu oleh seorang Driver.

PAKEJ

Sesampai di Tabung haji, Dato’ Hasan berbicara sendiri dengan Counter untuk melihat pakej haji.

”Dato’, Pakej 16 ribu sudah habis” kata Counter perempuan di Tabung Haji.

”tak pe la Dato’, Pakej dah habis.. tak pe la, dah tak ada rezeki” tiba-tiba Abdul Samad bersuara.

‘’Cuba tengok pakej 20 ribu, ada kosong lagi tak ?’’ Tanya Dato’ Hasan kepada Counter.

‘’kalau Pakej 20 Ribu, ada kosong lagi ‘’ jawab Counter perempuan itu.

‘’kalau macam tu, ambil pakej tu’’ pinta Dato’ Hasan.

Abdul Samad berdiam sahaja di sebelah Dato’ Hasan. Tidak dapat berkata apa-apa, melainkan melihat sahaja apa yang dilakukan oleh Dato’ Hasan.

Ketika semua dokumen telah diisi. Dato’ hasan terus mengajak Abdul Samad ke bank. Di sana, Dato’ Hasan telah transfer wang sebanyak RM 20 ribu kepada akaun Tabung Haji Abdul Samad.

Semua yang berlaku, dilihat oleh Abdul Samad. Dia seakan-akan tidak percaya seperti yang berlaku.

BERTOLAK KE MEKAH

Tarikh para jemaah haji bertolak ke Mekah sudah tiba. Makanya, Abdul Samad pun bersiap-siap untuk bertolak.

Di tapak berkumpul semua jemaah Haji, di Kelana Jaya. Dato Hasan juga hadir. Sebelum Dato’ Hasan pulang, dia telah menghulur satu sampul surat yang berisi wang kepada Abdul Samad.

”duit apa ni dato’?” soal Abdul Samad.

‘’tak ada apa.. tolong belikan minyak wangi. Harganya dalam RM 2 ratus sahaja. Yang berbaki tu, buat belanja makan minum di sana” pesan Dato’ Hasan.

“terima kasih banyak-banyak dato’” ucap Abdul Samad. Dia tidak tahu, berapa bilangan duit dalam sampul surat tersebut.

Setelah Dato’ hasan pulang, Abdul Samad membuka sampul surat yang mengandungi duit itu. Dia terkejut, kerana duit dalam sampul surat itu sebanyak RM 9 Ribu, walhal minyak wangi yang dikirim oleh Dato’ Hasan hanya berharga RM 2 ratus sahaja. Bermakna, lebih RM 8 ribu merupakan duit untuk perbelanjaannya di Mekah telah diberikan oleh Dato’ hasan kepadanya.

“subhanallah.. kuasa Allah melebihi kuasaku” itu sahaja yang dapat Abdul Samad sebut.

PULANG

Setelah pulang, Abdul Samad tidak sabar-sabar hendak berjumpa denganku. Pertemuan diatur di salah sebuah restoran di sekitar taman tempat tinggal Abdul Samad.

“ustaz.. ana rasa, betul-betul Allah tunjuk kekuasaan-Nya kepada ana” kata Abdul Samad yang kini sudah bergelar “Tuan Haji”.

“emm. Macam mana tu haji? Storylah sikit” pintaku.

Lalu diceritakan semua kejadian yang berlaku, bermula dari dia berhenti dari jawatan CEO hingga dia pulang dari Mekah ini. cerita yang menarik itu, didengar dengan penuh kagum.

”apa amalan haji yang haji tak pernah tinggal?” soalku kepada Abdul samad.

”ana dok fikir. Selama ini, ana pegang dengan maksud firman Allah yang Allah sebut, barangsiapa yang infaq harta mereka, perumpamaannya seperti satu bijiran yang melahirkan tujuh tangkai.. ana pegang ayat tu betul-betul, sehingga setiap hari, ana tidak pernah tinggal derma dalam tabung surau kat taman ana tu.” kata Abdul Samad.

”Masya Allah.. ana rasa, inilah faktor Allah tunjuk karamah-Nya kepada haji” kataku kagum.

”ye ustaz.. ana yakin dengan janji Allah ini”

Kami berbual agak panjang malam itu. secara peribadi, aku amat mengkagumi Tuan Haji Abdul Samad itu. waima dia tidak berkelulusan agama, dan bermertuakan seorang Ulama, tetapi keyakinannya terhadap agama melebihi berbanding orang-orang yang belajar agama.

Inilah seorang yang kurang dikenali dikalangan masyarakat, tetapi hatinya merupakan kepunyaan Allah SWT. Justeru, waima dengan berat hati, dia terpaksa menolak jawatan CEO. Pun begitu, ketakutannya kepada Allah benar-benar telah Allah buktikan dengan anugerah Allah untuk menerima kunjungannya dalam menunaikan haji dengan rezeki yang dia sendiri tidak sangkakan.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com