Sahabat Ilmu

Khamis, 29 Januari 2009

PERSOALAN BERKAITAN DAJJAL

TEMPAT MUNCULNYA DAJJAL

Agaknya menarik perhatian sekali bahwa menurut Hadits Tamim Ad-Dari, Dajjal tinggal di sebuah pulau yang letaknya di sebelah Barat Syria, sedang tempat munculnya dikatakan oleh Hadits lain, berada di Timur. Lengkapnya, Hadits ini berbunyi:

“Tidak! Ia (Dajjal) akan muncul disebelah Timur; tidak, ia akan muncul di sebelah Timur; tidak, ia akan muncul di sabelah Timur” (Kanzul-’Ummal jilid VII, halaman 2988).

Sebelum kami menerangkan perinciannya, marilah kita tinjau lebih dahulu lain-lain Hadits yang sama artinya, yakni bahwa Dajjal akan muncul di Timur. Salah satu Hadits berbunyi:

“Nabi Muhammad SAW menunjuk hampir duapuluh kali ke arah Timur” (Kanzul-’Ummal, jilid VIl, halaman 2991 ).

Dalam sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim mengatakan: “Tidak ! Ia akan muncul di Timur” diikuti dengan kalimat: “Beliau menunjuk dengan tangannya ke arah Timur”. Jadi jika di suatu Hadits dikatakan bahwa tempat tinggal Dajjal ialah sebuah pulau di Barat, tetapi di lain Hadits diterangkan bahwa tempad munculnya Dajjal, atau lebih tepat lagi, tempat munculnya fitnah Dajjal ialah di Timur.

Ini menunjukkan bahwa merajalelanya Dajjal akan membahayakan bangsa-bangsa di Timur. Adapun kenyataan yang tak dapat dibantah lagi, bahwa fitnahnya Dajjal tak akan menimpa bangsanya sendiri, bahkan mereka akan memperoleh keuntungan dari hasil perampokan di Timur. Jadi yang dimaksud munculnya Dajjal di Timur ialah merajalelanya fitnah Dajjal di negara-negara Timur dengan jalan memperbudak penduduknya, baik jasmani maupun rohani, lahiriyah maupun batiniyah.

Menurut apa yang diterangkan dalam Hadits, terang sekali bahwa pada zaman Nabi, Dajjal itu sudah ada, akan tetapi pada waktu itu tangan dan kakinya dirantai. Inilah gambaran yang sebenarnya bagi bangsa-bangsa Eropah pada waktu itu. Mereka mengurung diri dalam tanah air mereka sendiri, lalu pada suatu ketika, mereka mengalir ke seluruh dunia untuk menaklukkan dan menjajah negara-negara lain, sehingga mereka benar-benar menguasai, atau setidak-tidaknya memaksakan pengaruhnya terhadap negara-negara itu, sehingga gera-geri negara-negara itu dipimpin dan diawasi oleh bangsa-bangsa Eropah.

Itulah sebabnya mengapa di dalam Hadits diterangkan bahwa Dajjal mengaku Tuhan, kerana segala sesuatu di dunia dikerjakan menurut perintah Dajjal, seakan-akan dialah yang menguasai dan menentukan nasib bangsa-bangsa lain. Inilah apa pula yang dimaksud oleh Hadits lain yang menerangkan bahwa Dajjal ialah yang menentukan hidup-matinya orang-orang. Dengan perkataan lain, Dajjal akan meninggikan dan merendahkan dajat bangsa-bangsa lain menurut apa yang dianggap sesuai dengan tujuannya.

http://nuraiman.wordpress.com

Rabu, 28 Januari 2009

NASIHAT YANG BAIK

PENGEMBALA KIBAS DENGAN BACAAN AL-FATIHAH YANG TAK SEMPURNA TAJWIDNYA

Suatu masa dahulu, ada seorang alim ulamak yang saaaangat popular sbb ilmu dan amalannya.(kira alim la nih). Dia adalah seorg hafiz Al-Quran dan dia ni juga hafal beribu-ribu hadith sahih sejak kecik lagi. Lepas dah hafal hadis n Quran, mak ayah dia hantar dia untuk menuntut lagi ilmu di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya.

Bapa dia juga adalah seorang alim ulamak yang popular n pernah kembangkan agama Islam sampai ke selatan Siam.

Mengikut cerita, bapa dia ni adalah orang 1st di zaman moden ini yang bukan daripada warga Arab Saudi yg diberi penghargaan utk mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram, Mekkah.

Nak dijadikan cerita, pada suatu masa, alim ulamak tu jatuh sakit n tak dapat nak imamkan solat fardhu di tempatnya.(alim ulamak nih, bkn ayah dia tau, alim ulamak ni, adalah dia yang kecik2 yg dihantar g Mekah n Madinah tuh)

Tiba - tiba dtglah seorang yang berpakaian buruk (seolah-olah mcm tak siuman) sejurus sebelum solat fardhu dilaksanakan. Alim ulamak tu minta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk menggantikannya jadi imam!(alim ulamak tu jadi makmum sbb dia sakit).

Setelah solat fardhu selesai, orang yang berpakaian buruk tadi tu pun memohon untuk mengundur diri.

Anak2 murid alim ulamak td tu, tersenyum2 sebab masa sembahyang fardhu tadi, orang yang berpakaian koyak tu baca surah fatihah dan surah yang lain dengan tajwid yang tak brapa nak betul.

Dorg tak biasa dengan keadaan mcm ni sbb guru dorg, iaitu alim ulamak td tu, adalah seorang yang fasih n cair dalam bhs Arab n mempunyai bacaan tajwid yang sungguh mantap sekali (maklumlah alhafiz n dah berpuluh tahun belajar kat Mekkah).

Maka alim ulamak tu pun bersalaman dan berpelukan dengan orang yang berpakaian buruk tersebut sebelum orang tu meninggalkan surau. Setelah itu, alim ulamak memanggil semua anak muridnya berkumpul di hadapannya lalu dia pun mula bercerita:

Wahai anak muridku, pernah berlaku di suatu kampung di timur tengah di mana ada seorang pengembala kibas yang saaaaaangat alim, sangat suka merendahkan diri dan suka tolong org kampung sekiranya dorg minta tolong dari dia..

Cuma yang peliknya, ternakan kibasnya yang dikurung di dalam kandangnya yang agak besar (tp tak la besar sgt) tidak pernah luak walau banyak mana sekalipun orang datang untuk membeli kibas daripadanya. Belilah sampai seratus ekor sekalipun, setelah kibas-kibas tersebut diexport keluar daripada kandangnya, kibas yang tinggal di dalam kandang tu nmpak sama banyak bilangannya seperti sebelum seratus ekor kibas td tu dibawa keluar daripada kandang!!!

Jadi seluruh alim ulamak penduduk kampung telah beranggapan bahawa pengembala kibas tersebut adalah seorang wali Allah dan dorg telah bermuafakat untuk pergi jumpa dgn pengembala kibas tu n minta supaya dia mengimamkan solat di masjid sbb dorg nak amik berkat menjadi makmum kepada pengembala kibas td.

Hasrat dorg telah dipersetujui oleh pengembala kibas tu. Sembahyang pun dilaksanakan di masjid, dan pengembala kibas tu pun menjadi imam.

Malangnya, semasa membaca surah fatihah dan surah berikutnya, bacaan dia tidak sempurna tajwidnya. Maka lepas selesai sembahyang,seluruh penduduk kampung balik rumah masing-masing sambil gelak sbb dorg pikir bahawa tanggapan dorg terhadap pengembala kibas ini sebagai wali Allah telah jauh melencong n meleset.

Pada malam tersebut, rasenye, mlm tu hujan kot, tp xpenting, yang penting, pd mlm tu, seluruh alim ulamak yg tinggal di kampung tu telah bermimpi,dan mereka mendapat mimpi yang sama. Dtg seorang lelaki yang tinggi dan kacak dan lelaki tersebut telah mengatakan bahawa seumur hidup mereka bersembahyang, itulah baru 1st time sembahyang mereka telah diterima ALLAH! Subhanallah!

Pagi2 esok, kesemua alim ulamak di kampung tu berkumpul di masjid untuk sembahyang subuh. Lepas selesai sembahyang subuh dorg terus menuju ke kandang pengembala kibas tu. Unfortunately, pengembala kibas telah tiada, kandang dan kibasnya pun lesap. Bekas kandang pun dah xdak, seolah-olah mcm kandang kibas tu tidak pernah wujud!!!Dorg pun dah menyesal..dorg dah salah anggap ngn pengembala kibas tu..

Ok, skang kita kembali kepada alim ulamak yg cite kat anak murid dia tadi tuh..

Lepas selesai alim ulamak tu ceritakan kisah pengembala kibas kat anak2 murid dia, maka most of anak murid td tu nangis sbb dorg tahu dorg dah buat kesalahan kerana telah mendahalui Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allah yang lain, sedangkan dorg sendiri tidak tahu akan kedudukan dorg di sisi Allah.

So, kawan2, saya conclude kan cite ni dgn dua potong ayat Al-Quran utk sama2 kita renungi..

Allah Ta'ala telah berfirman yang bermaksud :

"DIA menjadikan kamu dari tanah ketika kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci.DIA mengetahui tentang org yang bertaqwa."
(Surah An-Najm : 32)

"Janganlah engkau memalingkan muka dari para manusia sebab kesombangan dan janganlah berjalan di bumi dengan takabbur, sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada setiap orang yang sombong dan membanggakan diri."
(Surah Luqman: 18)

Igtlah kawan2, ibadah kita lakukan tidak sekali2 menjamin kedudukan kita di syurga ALLAH nnti. apa yang menjadi jaminan kita adalah MARDHATILLAH (keredhaan ALLAH)..walaupun byk mana dosa yang kita bawa di depan ALLAH nnti, kalau ALLAH nk ampunkan n nk masukkan kita ke syurga, ALLAH blh je nak buat..

Jadilah seperti Imam Syafie, dia muliakan org yang lebih tua, kerana mereka lebih byk ilmu n tinggi ketaqwaan darinya, dan dia juga muliakan mereka yg lebih muda darinya kerana mereka lebih sedikit berbuat dosa darinya..

Moga yg memesan lebih mengingati dari yang dipesan..

Sekian, wassalam..

Oleh Pengirim Bebas
Sumber: http://www.tranungkite.net

NASIHAT YANG BAIK

PENGEMBALA KIBAS DENGAN BACAAN AL-FATIHAH YANG TAK SEMPURNA TAJWIDNYA

Suatu masa dahulu, ada seorang alim ulamak yang saaaangat popular sbb ilmu dan amalannya.(kira alim la nih). Dia adalah seorg hafiz Al-Quran dan dia ni juga hafal beribu-ribu hadith sahih sejak kecik lagi. Lepas dah hafal hadis n Quran, mak ayah dia hantar dia untuk menuntut lagi ilmu di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya.

Bapa dia juga adalah seorang alim ulamak yang popular n pernah kembangkan agama Islam sampai ke selatan Siam.

Mengikut cerita, bapa dia ni adalah orang 1st di zaman moden ini yang bukan daripada warga Arab Saudi yg diberi penghargaan utk mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram, Mekkah.

Nak dijadikan cerita, pada suatu masa, alim ulamak tu jatuh sakit n tak dapat nak imamkan solat fardhu di tempatnya.(alim ulamak nih, bkn ayah dia tau, alim ulamak ni, adalah dia yang kecik2 yg dihantar g Mekah n Madinah tuh)

Tiba - tiba dtglah seorang yang berpakaian buruk (seolah-olah mcm tak siuman) sejurus sebelum solat fardhu dilaksanakan. Alim ulamak tu minta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk menggantikannya jadi imam!(alim ulamak tu jadi makmum sbb dia sakit).

Setelah solat fardhu selesai, orang yang berpakaian buruk tadi tu pun memohon untuk mengundur diri.

Anak2 murid alim ulamak td tu, tersenyum2 sebab masa sembahyang fardhu tadi, orang yang berpakaian koyak tu baca surah fatihah dan surah yang lain dengan tajwid yang tak brapa nak betul.

Dorg tak biasa dengan keadaan mcm ni sbb guru dorg, iaitu alim ulamak td tu, adalah seorang yang fasih n cair dalam bhs Arab n mempunyai bacaan tajwid yang sungguh mantap sekali (maklumlah alhafiz n dah berpuluh tahun belajar kat Mekkah).

Maka alim ulamak tu pun bersalaman dan berpelukan dengan orang yang berpakaian buruk tersebut sebelum orang tu meninggalkan surau. Setelah itu, alim ulamak memanggil semua anak muridnya berkumpul di hadapannya lalu dia pun mula bercerita:

Wahai anak muridku, pernah berlaku di suatu kampung di timur tengah di mana ada seorang pengembala kibas yang saaaaaangat alim, sangat suka merendahkan diri dan suka tolong org kampung sekiranya dorg minta tolong dari dia..

Cuma yang peliknya, ternakan kibasnya yang dikurung di dalam kandangnya yang agak besar (tp tak la besar sgt) tidak pernah luak walau banyak mana sekalipun orang datang untuk membeli kibas daripadanya. Belilah sampai seratus ekor sekalipun, setelah kibas-kibas tersebut diexport keluar daripada kandangnya, kibas yang tinggal di dalam kandang tu nmpak sama banyak bilangannya seperti sebelum seratus ekor kibas td tu dibawa keluar daripada kandang!!!

Jadi seluruh alim ulamak penduduk kampung telah beranggapan bahawa pengembala kibas tersebut adalah seorang wali Allah dan dorg telah bermuafakat untuk pergi jumpa dgn pengembala kibas tu n minta supaya dia mengimamkan solat di masjid sbb dorg nak amik berkat menjadi makmum kepada pengembala kibas td.

Hasrat dorg telah dipersetujui oleh pengembala kibas tu. Sembahyang pun dilaksanakan di masjid, dan pengembala kibas tu pun menjadi imam.

Malangnya, semasa membaca surah fatihah dan surah berikutnya, bacaan dia tidak sempurna tajwidnya. Maka lepas selesai sembahyang,seluruh penduduk kampung balik rumah masing-masing sambil gelak sbb dorg pikir bahawa tanggapan dorg terhadap pengembala kibas ini sebagai wali Allah telah jauh melencong n meleset.

Pada malam tersebut, rasenye, mlm tu hujan kot, tp xpenting, yang penting, pd mlm tu, seluruh alim ulamak yg tinggal di kampung tu telah bermimpi,dan mereka mendapat mimpi yang sama. Dtg seorang lelaki yang tinggi dan kacak dan lelaki tersebut telah mengatakan bahawa seumur hidup mereka bersembahyang, itulah baru 1st time sembahyang mereka telah diterima ALLAH! Subhanallah!

Pagi2 esok, kesemua alim ulamak di kampung tu berkumpul di masjid untuk sembahyang subuh. Lepas selesai sembahyang subuh dorg terus menuju ke kandang pengembala kibas tu. Unfortunately, pengembala kibas telah tiada, kandang dan kibasnya pun lesap. Bekas kandang pun dah xdak, seolah-olah mcm kandang kibas tu tidak pernah wujud!!!Dorg pun dah menyesal..dorg dah salah anggap ngn pengembala kibas tu..

Ok, skang kita kembali kepada alim ulamak yg cite kat anak murid dia tadi tuh..

Lepas selesai alim ulamak tu ceritakan kisah pengembala kibas kat anak2 murid dia, maka most of anak murid td tu nangis sbb dorg tahu dorg dah buat kesalahan kerana telah mendahalui Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allah yang lain, sedangkan dorg sendiri tidak tahu akan kedudukan dorg di sisi Allah.

So, kawan2, saya conclude kan cite ni dgn dua potong ayat Al-Quran utk sama2 kita renungi..

Allah Ta'ala telah berfirman yang bermaksud :

"DIA menjadikan kamu dari tanah ketika kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci.DIA mengetahui tentang org yang bertaqwa."
(Surah An-Najm : 32)

"Janganlah engkau memalingkan muka dari para manusia sebab kesombangan dan janganlah berjalan di bumi dengan takabbur, sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada setiap orang yang sombong dan membanggakan diri."
(Surah Luqman: 18)

Igtlah kawan2, ibadah kita lakukan tidak sekali2 menjamin kedudukan kita di syurga ALLAH nnti. apa yang menjadi jaminan kita adalah MARDHATILLAH (keredhaan ALLAH)..walaupun byk mana dosa yang kita bawa di depan ALLAH nnti, kalau ALLAH nk ampunkan n nk masukkan kita ke syurga, ALLAH blh je nak buat..

Jadilah seperti Imam Syafie, dia muliakan org yang lebih tua, kerana mereka lebih byk ilmu n tinggi ketaqwaan darinya, dan dia juga muliakan mereka yg lebih muda darinya kerana mereka lebih sedikit berbuat dosa darinya..

Moga yg memesan lebih mengingati dari yang dipesan..

Sekian, wassalam..

ADA MANUSIA BERTARAF SYAITAN MANUSIA??

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

Manusia yang telah di cipta oleh Allah dari zuriat Adam dan Siti Hawa di kehendakki oleh Allah s.w.t hidup dalam keadaan aman dan damai dengan mengamalkan hidup beragama dengan agama yang telah di sediakan oleh Allah s.w.t, untuk memastikan mereka dapat hidup aman dab damai serta terus di bimbing ke jalan agama tersebut maka Allah s.w.t telah mengutuskan beberapa nabi-nabi dan Rasul-rasul, namun ada sebilangan besar di kalangan manusia tidak dapat untuk hidup beragama sebagaimana yang di kehendaki oleh Allah

Manusia tergolong kepada dua golongan iaitu golongan yang patuh dan golongan yang tidak mahu patuh, golongan yang patuh di kenali sebagai Hizbullah (kumpulan Allah) dan kumpulan yang tidak mahu patuh di kenali sebagai kumpulan syaitan (Hizbus syaitan) Kumpulan Hizbullah mengambil panduan daripada Allah yang di sampaikan oleh Rasul-rasul Tuhan, sementara kumpulan Hizbul syaitan mengambil panduan daripada syaitan melalui keputusan akal yang tidak dapat membezakan yang hak dan yang batil

Kumpulan Hizbullah kebiasaannya menjadi orang kecil di dunia serta di hina dan di maki hamun kerana kezuhudannya, akan tetapi menjadi orang besar di akhirat, sementara Hizbus syaitan akan menjadi orang besar di dunia serta di sanjung puji dan muliakan akan tetapi mereka akan menjadi orang kecil dan kerdil di akhirat dan akan di tempelak oleh pengikut-pengikutnya di hari kiamat dan Allah pasti akan menyeksa mereka kesemuanya dengan keadilan

Rasullullah s.a.w mengingatkan bahawa selepas beliau maka para ulama akan menggantikannya selepas beliau tidak ada dan ulama ini akan menjadi orang besar juga di akhirat, mereka akan menyambung tugas nabi dan Rasul-rasul di dunia ini kerana menegakkan ideologi Allah s.w.t yang berpandukan Al-Quran dan sunnah Rasullullah s.a.w serta keimanan kepada mentauhidkan Allah. pewaris nabi tidak boleh bersikap leka dan lewa untuk mengembangkan ideologi Allah dan RasulNya kerana ia akan di dajal Al Masihkan oleh golongan syaitan

Soal beragama adalah soal akidah dan setiap akidah wajib berpandukan dengan apa yang telah di tetapkan oleh agama bukan boleh di pandu oleh akal yang tiada prinsip kebenarannya. Umat islam mula berpecah selepas zaman khulafa Ar Rasyidin apabila istilah khalifah sudah tidak lagi di guna pakai, manusia berpecah belah sesama sendiri yang sebelumnya mereka bersatu padu dalam beragama, di Makkah sendiri pengikut-pengikut mazhab Imam Hanafi tidak mahu bersembahyang yang di imami oleh imam yang bermazhabkan imam syafi'e sehingga datang perintah daripada Raja Abdul Aziz Ibnu Saud supaya bersembahyang bersama-sama, peristiwa ini berlaku pada tahun 1925

Selepas zaman khulafa Ar Rashidin juga ramai di kalangan umat islam yang telah menjadi rosak akidahnya serta mereka membelakangkan agama Tuhan dengan menggantikannya dengan agama yang beasaskan kepada semangat bangsa. Imam Malik menerangkan Rasullullah berpesan supaya umatnya mengikut jejak langkahnya serta para sahabat baginda dan jangan sekali-kali mengikut pandangan orang lain yang di sebut sebagai Ra'yi terutama dalam mentadbir negara, bangsa dan agama

Kita dapat melihat dan memaklumi bahawa kebanyakan umat yang mengakui islam bermati-matian mempertahankan fahaman nasionalis, kapitalis, feudalis dan sebagainya, mengapa mereka tidak saja mengamalkan islam yang di katakan sangat tinggi dan tiada yang lebih tinggi selain daripadanya ? Di negara yang mempunyai partai politik yang berfahaman kominis misalnya para penduduknya memuji dasar di dalam negara tersebut tanpa kecuali mereka yang beragama islam di dalamnya termasuklah yang bergelar ulama, demikian juga dengan negara yang berfahaman yang lain

Dalam masalah sembahyang, puasa, haji, zakat serta mengucap kalimah syahadat, mereka mengikut agama Allah akan tetapi dalan soal hukum bernegara mereka membuang islam dan mengambil peraturan yang bukan islam dengan alasan sistem tersebut sesuai dan hampir sama dengan sistem islam, semua ini berlaku kerana pemikiran mereka telah di serang oleh kumpulan syaitan namun dalam masa yang sama mereka terus juga melakukan ibadat beragama seperti yang agama mahukan, ertinya mereka telah menerima islam separuh dan menolak separuh, kumpulan syaitan ini Allah menetapkan kepada mereka sebagaimana firmanNya

" Apakah kamu beriman sebahagian daripada kitab dan kufur kepada sebahagian yang lain ? Tiada balasan orang yang berbuat demikian daripada kamu kecuali kehidupan dunia dan akhirat akan Allah halau kepada 'azab yang amat pedih " (Al Baqarah 85)

Dalam masalah beragama ini jika keadaan demikian berlaku maka terhukumlah pada mereka itu sebagai kafir, demikian yang di nyatakan oleh seorang ulamak terkenal dalam tafsir Al Qurannya Al Azhar muka surat 6 juzuk 8 dalam surah Al An'am beliau berkata apabila ada di antara manusia yang lebih yakin kepada sistem yang bukan islam itu lebih baik daripada sistem islam maka telah kafirlah mereka itu walaupun pada masa yang sama mereka melakukan ibadat kepada Allah

Syaitan manusia di sebut oleh Allah di dalam Al Quran yang bermaksud:

" Dan demikianlah Kami jadikan setiap nabi-nabi itu musuh dari syaitan-syaitan jenis manusia dan jin, sebahagian dari mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain dengan kata-kata dusta yang indah untuk memperdaya pendengaran (untuk menipu) " Al An'am 112

Dan firman Allah lagi yang bermaksud:

" Dan demikianlah Kami adakan dalam setiap negeri (negara) orang-orang besar yang jahat, supaya mereka melakukan tipu daya di negara tersebut ....... " (Al An'am 123)

Rabu, 21 Januari 2009

SERBAN...ANTARA SUNNAH DAN IKUT-IKUTAN

SERBAN...ANTARA SUNNAH DAN IKUT-IKUTAN

NABI S.A.W DAN SUNNAH

Sesungguhnya Rasullah s.a.w di utuskan oleh Allah adalah rahmat utk makhluk sekelian alam samada manusia , jin , haiwan dan tumbuhan , benda bernyawa atau tidak bernyawa ..
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. ( Surah Al Anbiak ayat 107 )

Bersama2 dengan kerahmatan ini Nabi s.a.w di bekal oleh Rabbul jalil Al quran yg menjelaskan kepada sesuatu dan padanya itu hidayah dan petunjuk.

Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayat petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam ( Surah Nahl ayat 16 )

Yg kita sudah ketahui bahawa Alquran itu sendiri daripada Allah Pencipta Alam dan Dia sendiri yg menjaga kesahihannya:

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.( surah Al Hijr ayat ayat 9)

Segala percakapan , perbuatan dan tingkahlaku dan segala apa sekali pun yg berkaitan dengan Nabi dari hal sebesar2nya hingga sekecil2nya adalah wahyu daripada Allah.

Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. ( Surah Al Najm ayat 3 dan 4 )

Imam Qurtubi ddlm tafsirnya membahagikan tafsiran ayat ini kepada 2 : Pertama: ia kembali kepada Al quran itu sendiri seperti yg disandarkan kepada Qatadah
Kedua : ia adalah dalil2 Sunnah nabi s.a.w itu sendiri seprti wahyu yg diturunkan dlm segala perbuatanya perbuatan .

Ini dikuatkan dengan hadis masyhur yg diriwayatkn oleh Aisyah r.a : " Sesungguhnya Akhlak Nabi s.a.w adalah Al Quran " ..

Kita telah bersepakat utk mengatakan bahawa Nabi s.a.w menerangkan segala apa yg terdapat di Al Quran dan memberi petunjuk:

Dan tiadalah Kami menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya; dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. ( Surah Al Nahl ayat 64 )

Menerangkan disini tidaklah terbatas dlm mentafsirkan ayat2 Al Quran sahaja tetapi menjadikan amalan dlm perbuatan sehariannya yg diwariskan kepada kita yg disebut sebagai Al Sunnah ( sila lihat Al Sunnahtul Quran oleh Al Imam Muhammad bin Nasr Al Maruzi m/s 68-72 dan Tafsir Al Mufassirun oleh Dr Hussin Al- Zahbi jilid : 1 m/s 55-57 )

APAKAH YANG DINAMAKAN SUNNAH?

Seperti yg disepakti oleh para Muhadissin adalah setiap perkara yg disandarkan kepada Nabi s.a.w secara khas samada perkataan , perbuatan atau takrirnya dan kebanyakannya setiap perkara yg disandarkan kepada para sahabat dan tabien radiallahuanhum ..( Kitab Mustalah Hadis oleh Dr Manak Qatan dalam bab pentakridan Hadis dan sunnah )

Pentakrifan ini juga hampir dengan Al Nawawi dalam syarahnya dan juga disisi Imam As Sayuti .

Sering petanyaan yg kita dengar … adalah segala yg disandarkan kepada Nabi s.a.w selain yg berkaitan dengan ibadat dan hukum itu adalah dinamakan sunnah ?

Jawapanya adalah benar , Sungguhpun dlm segala perbuatan umumnya seperti percakapan, bersenda gurau , berjalan dan lainnya dan tidak ketinggalan juga cara berpakain seperti memakai cincin akik yamani di jari kelingking tangan kanan , suka kepada pakain berwarna putih . berserban dan sutrah bertongkat dan lain2nya ( sila rujuk Kitab Syamail oleh Turmuzi )

Dengan ini wajiblah kita mengambil segala apa yg dihidayahkan kepada Nabi s.a.w dlm segala urusan samada dlm perkara sekecilnya hingga sebesarnya . apa yg disukai dan dibencinya, apa yg diredhainya dan dicela olehnya, yg dibolehkan dan yg berlawanan dari keizinannya.

Apa yg dihidayah oleh Allah kepada Nabi s.a.w adalah sebaik2 hidayah seperti dlm hadis yg dikeluarkan didlm Sahih Muslim : "Sesungguhnya sebaik2 hadis adalah Al Quran dan sebaik2 hidayah adalah petunjuk Nabi s.a.w dan seburuk2 perkara adalah perkara baru didlmnya ."

Segala apa yg dihidayahkan kepada nabi ini termasuklah persaolan pemakaian serban yg kita gembar-gemburkan oleh sesetengah pihak dan kita ketahui bahawa segala apa yg ditegaskan dan dan dipamerkan oleh Nabi s.a.w kepada kita menolak segala perkembangan pemikiran yg rosak atau pun adat setempat arab2 jahiliah ( sila rujuk manjah nakdi fi ulum hadis oleh Dr Nuruddin Al Attar )

Sekaligus menolak dakwaan yg mengatakan bahwa Nabi s.a.w masih mengekalkan budaya org arab yg tidak ada asalnya dlm agama seperti berserban dan mengatakan berserbannya nabi s.a.w seperti berserbannya Abu Jahal dan Lahab adalah dakwaan yg tidak berasas sema sekali disamping nabi melarang kita meniru2 budaya org kafir, yahudi dan majusi .

Terdapat sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah : Nabi s.a.w besabda : sepuluh dari fitrah : mencukur misai . merapi janggut ……………ila akhir ( dikeluarkan oleh Muslim dan Abi Daud dlm Taharah . Turmizi dlm Adab )

Berpandu dlm hadis ini juga berkata dari AS Syafieah : perintah tersebut juga disandarkan kepada segala peribadatan . makan . minum . berpakaian . duduk dan pergi Rasulullah s.a.w ( sila rujuk Fatawa Al Asriah oleh Syiekh Ali Jumaah )

Dikhaskan juga org yg mencintai nabi s.a.w dengan mengamalkan sunnah2nya akan mendapat ganjaran yg berlipat ganda :
" Barangsiapa yg menghidupkan sunnah dari sunnah2ku selepas kematian aku sesungguhnya pada nya pahala seperti apa yg dikerjakannya selainnya dengan tidak mengurangkan sedikitpon pahala mereka atas sesuatu " (Ini diriwayatkan oleh Turmuzi dalam sunannya dan mengatakan hadis Hasan )

Ini dikuatkan lg dengan hadis nabi yg dkeluarkan oleh Al Thabari : " Nabi s.a.w bersabda : berpegang teguhlah kamu dengan sunnahku ketika kefasadan umatku padanya itu pahala 100 org syahid " ( ia juga dikeluarkan oleh Al Baihaqi juga di Al Syafa` syarah Al qari dan juga Jamie Shoqir jilid 6 : 261 )

ADAKAH NABI S.A.W BERSERBAN?

Dlm byk hadis bertaraf Sahih seprti yg dikeluarkan oleh Syeikhaian ( 2 syiekh hadis yg merujuk pada Imam Bukhari dan Muslim ) dan dlm sunnah sittah menceritakan nabi ini berserban dlm salah satu cara pemakainnya

Diceritakan kepada kami Yahya bin yahya dan Isyhak bin Ibrahim keduanya berkata : Dikhabarkan kepada kami Wakiq dari Musauwar Warka dari Jaffar bin Umru bin Haris dari bapanya : Sesungguhnya Rasullah s.a.w berkhutbah dihadapan manusia dengan berserban hitam ( Sohih Muslim)

Sesungguhnya rasullah s.a.w memasuki mekah (kata qutaibah : ketika hari pembukaan mekah ) berserban hitam dengan tidak berihram .( Sohih Muslim)

Sesungguhnya nabi s.a.w. berhutbah didepan manusia berserban hitam (musnad Ahmad dlm musnadnya )

Aku melihat nabi dengan berserban harfaniah ( Al Nasaie dlm sunnanya )

ADAKAH PARA SAHABAT BERSERBAN?

Malah perkara tersebut diamalkan oleh para sahabat diantaranya sperti yg dikeluarkan oleh Baihaqi seperti berikut

Sesungguhnya Amar bin Yasir keatas kami di kuffah selama setahun dan berkhutbah kepada kami setiap jumaat denganberserban hitam ( diriwayatkan oleh Mulhan bin Thauban dikeluarkan oleh baihaqi no 6010)

Aku melihat keatas Ibnu Umar berserban hitam ( diriwayatkan oleh Abu Luk luk dikeluarkan oleh baihaqi no 6012 )

Sesungguhnya Ibnu Umar bila ia bersujud dengan berserban mengangkatnya keatas sehingga ia meletakkan dahinya ketanah ( diriwayatkan oleh Nafiek dikeluarkan oleh Baihaqi no 2707 )

Bahawa para sahabat r.a akan melakukan sujud dengan cara di mana tangan-tangannya di antara pakaian mereka. Sesetengahnya akan bersujud di atas kopiah dan serbannya. (Diriwayatkan oleh Hassan al-Basri dalam Fathul Bari )

Juga banyak dinukilkan dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah mengenai kaitan yg rapat antara Sahabat r.a dan Tabi’in r.a dgn serban diantaranya seperti berikut :
Beliau melihat Saidina Ali r.a memakai serban hitam, yg ekornya berjuntai ke belakang. ( Jilid 8, m/s 234)

Saidina Abdul Rahman berserban hitam (Jilid 8, m/s 236 dan 237)
Saidina Zaid bin Thasib dilihat memakai kain sarung, cadar (pakaian membalut badan) dan serban (jilid 8, m/s 241)

Hadis-hadis yg di nyatakan tadi adalah bersesuaian dengan gesaan nabi s.a.w utk meniru dan berpegang pada sunnahnya dan sahabat2nya
sabda nabi s.a.w :" kepada kamu semua dengan sunnahku dan sunnah Khulafarasidin dan berpenganglah kepadanya " ( dikeluarkan oleh Abi Daud , Turmuzi dan Abi Majjah : Hasan Li Ghairih)

Hadis-hadis yg dikeluarkan ini sudah lebih dari cukup untuk mengatakan bahawa amalan berserban ini adalah salah satu dari sunnah nabi s.a.w alangkah jika disertakan satu hadis bertaraf hasan dlm pengajian ilmu hadis adalah memadai utk menjatuhkan satu2 hukum .

TIADA KELEBIHAN BERSERBAN!!!

Kita tidak membincangkan dengan kelebihan berserban … tetapi membincangkan adakah berserban itu adalah salah satu dari sunnah nabi s.a.w yg kita perkatakan .

Mendirikan sunnah nabi seprti membela janggut . berpakain putih memakai cincin di jari kelingking tangan kanan . berjubah . berserban dan bersutrah . berwangi2an , kebersihan dan banyak lagi adalah tanda kecintaan kita kepada nabi s.a.w sendiri dan merendah2kan salah satu dari sunnah nabi s.a.w sperti yg dinyatakan tadi adalah sama serpti merendah2kan Insan yg menjadi sumber sunnah itu sendiri .

HADIS DHOIF!!!

Tidak dinafikan hadis yg bertaraf dhaif berkenaan kelebihan2 berserban , tetapi dengan kedhaifan berserban ini tidak mengugurkan bahawa berserban ini bukan salah satu dari sunnah nabi s.a.w malah menguatkan dengan hadis dan athar sohih yg dinyatakan tadi .

Begitu juga tidak dinafikan begitu banyak hadis yg bertaraf mauduk seperti sebilangan besar hadis dhaif yg dimaudokkan oleh Al Bani .. sungguhpon kabiliti Al Bani sendiri diragui oleh ulamak hadis sezaman dengannya ..

Dan tidak ketinggalan juga terdapat sebilangan besar kewujudan hadis yg maudok baik dari segi sanad dan matan kerana utk berlebih2an dlm taqarub mengamalkan sunnah nabi s.a.w itu sendiri … perkara ini tidak boleh diterima pakai dlm pengajian hadis …

Tetapi bukan bermakna dengan wujudnya hadis2 mauduk ini akan menolak kabiliti hadis sahih yg menjadi dalil akan hubungkait serban ini dengan diri Rasulullah s.a.w Penghulu segala Nabi dan Rasul .

AMALKAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W DALAM KEHIDUPAN...

BAB SERBAN RASULULLAH S.A.W

SERBAN RASULULLAH S.A.W

Ukuran serban Rasulullah s.a.w tidak disebut dalam mana-mana hadith yang mahsyur. Satu riwayat dari Tabrani menyebut 7 dhira(hasta). Baijuri rah. Memetik dari Ibn hajar bahawa hadith ini tidak ada asas. Allamah Jazari rah. berkata, “Telah daku pelajari kitab-kitab Sirah tetapi daku tidak dapati hadith yang menyatakan ukurannya.” Imam Nawawi rah. melaporkan rasulullah s.a.w mempunyai 2 helai serban, satu kecil berukuran 6 hasta menurut Munawi rah. atau 7 hasta menurut Mulla Ali Qari rah. dan satu lagi 12 hasta. Pengarang Madkhal menyatakan panjang serban Rasulullah s.a.w ialah 7 hasta. Ukuran lain tidak pula disebut. Memakai serban adalah sunnah da’iman (yang berterusan). Dilaporkan bahawa rasulullah s.a.w saran memakai serban. Baginda bersabda, “Pakailah amamah(serban) selalu kerana ia menambah (kesopanan) seseorang.”[Fathul Bari] Seorang telah betanya Abdullah ibn Umar r.a., “Adakah memakai amamah (serban) sunnah?” ujar beliau, “Benar, ia adalah sunnah.” Disebut dalam sebuah hadith biasakanlah memakai serban kerana ia adalah tanda Islam dan membezakan antara Islam dan kafir.

Hadith 1

Jabir r.a. meriwayatkan bahawa tatkala Makkah ditawan, Rasulullah s.a.w. memasuki kotanya dengan memakai serban hitam.
Sahih Muslim, Bab Manasik; Sunan Abu Daud, Bab Pakaian; Sunan Ibn Majah, Bab Pakaian; Sunan Tirmidzi, Bab Jihad & Pakaian; Sunan Nasai, Bab Perhiasan.

Ulasan: Hadith ini seolah-olah bercanggah dengan hadith lain yang mengatakan Baginda memakai topi besi semasa memasuki kota Makkah. Sebenarnya tidak ada perbezaan. Mungkin baginda memakai serban di atas topi besi. Kedua hadith itu mudah difahami. Sebahagian ulama berkata bahawa baginda memasuki Makkah dengan memakai topi besi dan setelah membukanya, baginda s.a.w. memakai serban. Lantaran itu disebut semasa memasuki kota. Sebahagian ulama pula berpendapat mungkin kerana topi besi itu menyulitkan, beliau memakai serban dibawahnya.

Hadith 2

‘Amr Ibn Huraith r.a berkata, “Daku lihat Rasulullah s.a.w. memakai serban hitam.”
Sunan Ibn Majah, Bab Pakaian, Hadith 3584; Sunan Abu Daud, Bab Pakaian, Hadith 4077; Sahih Muslim Bab Haji, Hadith 1359; Sunan Nasai.

Ulasan: Dalam Sahih Muslim dan Nasai, Amr ibn Huraith r.a. berkata, “Saya masih ingat Rasulullah s.a.w. membaca khutbah memakai serban hitam di kepalanya dan syamlah(ekornya) berada di antara dua bahunya.”

Hadith 3

‘Amr ibn Huraith r.a. berkata, “Daku lihat Rasulullah s.a.w. berkhutbah dengan memakai serban hitam di kepala beliau yang mubarak.”
Sunan Ibn Majah, Bab Pakaian; Sunan Abu Daud, Bab Pakaian; Sahih Muslim Bab Haji.

Menurut pendapat yang mahsyur, khutbah itu disampaikan di depan pintu Ka’abah sewaktu Makkah ditakluki sebagaimana disebut dalam hadith jabir yang lalu. Ada hadith yang mengatakan khutbah tersebut disampaikan di atas mimbar, sedangkan khutbah Fatah Makkah itu bukan dari atas mimbar. Setengah berkata kis ini bukan di Makkah tetapi di Madinah pada satu hari Jumaat. Terdapat hadith yang mengatakan khutbah itu khutbah Jumaat. Mulla Ali Qari pengulas Mishkat telah memetik dari Merak Shah bahawa khutbah itu diberi sebelum Rasulullah s.a.w wafat. Allah s.w.t Yang Maha Mengetahui.

Hadith 4

Ibn Umar r.a. meriwayatkan, “Apabila Rasulullah s.a.w. memakai amamah(serban), baginda akan biarkan shamlah (hujung atau ekornya) diantara bahunya (iaitu di belakang).” Nafi’ berkata, “Aku telah lihat Abdullah Ibn Umar r.a. meniru cara yang sama.” Ubaidullah, seorang murid Nafi’ berkata, “Daku lihat Qasim bin Muhammad (cucu Abu Bakar r.a.) dan Salim bin Abdullah (cucu Umar r.a.) juga mengikut cara yang sama.”Sunan Tirmidzi, Bab Pakaian, Hadith 1736.

Ulasan: Rasulullah s.a.w selalu mengubah syamlah serban di belakang bahu. Baginda biasa membiarkan shamlah diatas serban. Ada ulama telah pergi lebih jauh berkata baginda tidah pernah memakai serban tanpashamlah. Para Muhaqqiqin berkata kadang kadang baginda juga memakai serban tanpa ada shamlah. Shamlah baginda bertukar kedudukan mengikut keadaan. Adakala shamlah dibiarkan di depan bahu kanan, adakala di belakang ditengah-tengah bahu. Kadang-kadang baginda memakai serban dengan 2 shamlah. Allamah Manawi rah. menulis, “Sungguhpun disebut semua cara itu, yang terbaik dan tepat ialah di belakang kedua bahu.”

Hadith 5

Ibn Abbas r.a. melaporkan, “Rasulullah s.a.w. pernah menyampaikan khutbah memakai serban hitam atau lilitan kain (yang ada kesan minyak rambut).”
Sahih Bukhari, Bab Manaqib.

Ulasan: Inilah khutbah terakhir sebelum baginda wafat. Selepas itu baginda tidak lagi menaiki mimbar atau memberi khutbah. Khutbah itu menyebut keutamaan dan kelebihan kaum Ansar. Baginda hebah segala jasa serta kebaikan mereka dan saran sesiapa yang diangkat menjadi amir hendaklah ambil berat keperluan kaum Ansar. Waktu itu baginda menanggung sakit kepala yang kuat mungkin sebab itu beliau mengikat sehelai kain di kepalanya. Oleh kerana rambut baginda sering dibubuh minyak mungkin akibatnya kain itu berminyak. Baginda gemar memakai serban hitam telah termaklum. Ulama berkata serban hitam ada 2 makna, sebahagian menafsirkan sebagai serban yang memang berwarna hitam dan sebahagian mengatakan kain yang terkena kesan minyak. Kedua-duanya betul kerana maknanya boleh diterima.

Petikan Buku “Shama’il Tirmidzi – Khasail Nabawi s.a.w. Syarah Syama’il Muhammadiah s.a.w.”
Ikuti sunnahnya..jangan kita ragu…cubalah sedaya mampu…hidupkan bererti…
Selawat atasmu s.a.w

GAZZAH : NERAKA ISRAEL

GAZZAH : NERAKA ISRAEL

Sumber : http://arruhuljadid86.blogspot.com/
Sebuah laporan yang tidak anda perolehi dari Media Pro Amerika

Pada pukul 10.30 waktu mesir 19 Jan 09 telah diadakan sidang media oleh Brieged Qassam (HAMAS) yang diwakili oleh Abu Ubaidah. Ini diantara butir2 dalam sidang media tersebut:

1.80 TENTERA ISRAEL YG TERBUNUH (PALING KURANG)
2.49 DIBUNUH SECARA SECARA LANGSUNG.
3. 48 SYAHID DIKALANGAN PEJUANG BRIGED QASSAM (HAMAS)
4.MENJATUHKAN PESAWAT PENINJAU TANPA PILOT
5.MENEMBAK 4 HELIKOPTER
6.MEMUSNAHKAN 47 KERETA KEBAL DAN KENDERAAN TENTERA
7.MELANCARKAN 980 ROKET DAN MISIL KEARAH BANDAR2 ISRAEL
8.TIDAK ADA SEORANG PUN DIKALANG PEJUANG YANG DITANGKAP.
9.MELETUPKAN 79 BOM KE ARAH TENTERA ISRAEL.
10.MENEMBAK HENDAP 53 ORANG TENTERA ISRAEL
11.MELANCARKAN 12 SERANGAN HENDAP
12.BERTEMPUR SECARA BERDEPAN 19 KALI
13.MENAWAN TENTERA2 ISRAEL SEBANYAK 2 KALI DAN SEMUA TENTERA YANG DITAWAN SUDAH DIBOM OLEH JET PEJUANG ISRAEL
14.BERJAYA MELANCARKAN SATU SERANGAN BERANI MATI DI ATAS KERETA KEBAL ISRAEL.
15. MENGHENTIKAN SERANGAN (setelah 13 jam Israel mengistiharkan genjatan senjata sebelah pihak) DAN MEMBERI MASA SEMINGGU KEPADA TENTERA ISRAEL UNTUK KELUAR DARIPADA BUMI GAZZA.

Mereka telah menyatakan kejayaan mereka dalam peperangan dengan tentera Israel. Ini kerana mereka berjaya memusnahkan mekanisma ketenteraan israel dan menundukkan Israel untuk keluar secara berperingkat. Adapun Israel tidak mencapai matlamat mereka untuk menghapuskan hamas.

Malahan Abu Ubaidah mengatakan amat sedikit kerugian yang mereka alami dalam peperangan ini. Abu Ubaidah berkata 23 masjid telah dimusnahkan keseluruhannya oleh Israel dgn alas an ia tempat persembunyian para pejuang. Beliau menafikan pejuang bersembunyi di masjid walau sebuah pun.

Bila ditanya tentang pihak keamanan antarabangsa yang hendak menghalang senjata2 diseludup ke pada mereka, beliau menjawab:

“Buatlah apa yang mereka mahu, mendapatkan senjata yang bersih dan membuat senjata pejuang adalah tugas kami. Kami amat mengetahui bagaimana untuk mendapatkannya.”

Ulasan: Pasukan briged Qassam dan briged2 yang lain telah mencapai matlamat mereka iaitu menghalau Israel dr bumi. Adapun Israel tidak berjaya kerana gagal mencapai matlamat mereka. Kenyataan ini disokong dengan kenyataan parti likud (Israel)yg mengatakan tentera Israel tidak mencapai matlamat mereka dan mereka perlu meneruskan serangan terhadap hammas.

Kemenangan ini disifatkan oleh Ismail Haniah sebagai kemenangan ketuhanan (intisor rabbani) dan ianya dimiliki oleh semua orang Islam. Kekuatan ketenteraan pejuang hamas tidak terjejas melainkan sedikit. Tidak ada sorang pejuang pun yang ditangkap.

Tentera Israel hanya menangkap orang awam sahaja. 1300 manusia (sehingga saat artikel ini ditulis) yang dibunuh adalah orang awam yang mana 410 dari jumlah tersebut dikalangan kanak2 dan 104 dikangan wanita. Kemusnahan secara besar2an hanya pada bangunan awam dan rumah penduduk bukannya pada kekuatan ketenteraan pejuang palestin.

Abu Ubaidah menyifatkan kekuatan roket mereka tidak terkesan dengan peperangan selama 22 hari tersebut. Ini kerana kekuatan mereka sangat besar sperti yang dinyatakan oleh pakar ketenteraan Sofwat Zayyat bahawa al-Qassam memiliki puluhan ribu tentera dan tidak kurang 5000 roket. Semoga para pejuang palestin tetap teguh melawan kezaliman tentera Israel. Sabda Nabi saw:

Maksudnya: “Sekumpulan dari kalangan ummatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh2 mereka dan orang2 yang menenteng mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian.” Para sahabat bertanya “Dimanakah mereka hai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Di Baitul Maqdis dan disekelilingnya.”
(Hr Abdullah bin Ahmad dan Thabrani – para perawinya thiqah)

Semoga kita tetap terus memberikan doa, infaq dan boikot untuk mereka. Jangan hangat2tahi himar je. Doa, infaq dan boikot dulu, kini dan selamanya.Yang lebih utama kita menjadi tonggak-tonggak Islam yg berilmu, beramal dan ikhlas.

Bukan sekadar penyokong kerana itu hanya lah buih2 yg lemah. Tonggak Islam mestilah berilmu sebanyak mungkin, mengamalkan segala ilmu Islam dan menyebarkan dan memperjuangkan ajarannya sehingga nafas terakhir.

Rujukan: Siaran tv Al-Jazeera, laman web al-Jazeera, buku al-Quds qadiyyah kullu muslim oleh Qardawi.
Email dari : awe_kmehe@yahoo.com [mygamis] Hamas dan pejuang palestin Boleh juga baca disini: http://akhisalman.blogspot.com/

OLEH:Nasrudin bin Hassan at Tantawi

Isnin, 19 Januari 2009

JANJI ALLAH KEPADA PEJUANG ISLAM

KEMENANGAN MILIK ALLAH

Allah berfirman, ” Tiadalah kemenangan kecuali daripada sisiNya jua, Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Kemenangan adalah kemanisan segera beriman kepada Allah di dunia ini. Ia membenarkan janji Allah yang telah benar semenjak azalinya di hadapan mata makhluknya di dunia ini sebelum akhiratNya. Ia menambah iman dan menjirus kesejukan di dada setiap mukmin yang berjuang di jalanNya.

” Perangilah mereka habis - habisan, pasti Allah mengenakan azabNya terhadap mereka dengan tangan - tangan kamu dan menghinakan mereka, lalu Allah memenangkan kamu ke atas mereka dan mengubati dada kaum yang beriman dan menghilangkan kemarahan di hati mereka ( terhadap kejahatan musuh Allah ) dan Allah menerima taubat sesiapa yang Dia kehendaki. Allahlah Tuhan Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.” - at Taubah: 14-15.

(Ayat ini diturunkan kepada kaum musyrikin yang menentang Allah dan rasulNya di Mekah. Tidakkah inilah apa yang dirasai kaum munafikin yang memerangi agama Allah daripada didaulatkan di negara sendiri sepanjang zaman? )

Ayuh, beralih dari medan jihad kecil di Kuala Terengganu kepada medan jihad yang lebih besar yang bersimbah darah di bumi Palestin. Allah menghancurkan kamu wahai Yahudi laknatuLlah..

Jihad bersenjata di bumi Palestin adalah syar’ie dn qat’ie dalilnya. Penentangan RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam terhadap Yahudi adalah ibarat matahari yang menyinari perjalanan umat Islam menuju al Aqsa. Jihad pilihan raya secara aman di Malaysia adalah ijtihad yang disepakati hampir keseluruhan ulama ‘al murabithun’ yang berjuang di medan siasah dan juga medan bersenjata. Ia jalan aman paling mendekati kuasa untuk Islam.

Ia dua padang yang berbeza dengan permainan yang berbeza tetapi dengan tujuan yang sama. Darah bersimbah di bumi Palestin sebagaimana ianya telah lama bersimbah dan mengalir semenjak jihad RasuluLlah menentang Yahudi di Madinah dan diluarnya. Kita aman di Malaysia sebagaimana RasuluLlah aman berhadapan munafikin Madinah yang sentiasa melakukan makar dan tipudaya memerangi baginda dan Islam. Jika darah mengalir di Malaysia, ia adalah di bumi Memali. Memali bukan angkara kita dan kita tidak pernah bertindak balas selain sabar dan bertahan. Memali adalah angkara pemerintah yang zalim.

Begitulah sunnah sepanjang zaman berjuang menentang kezaliman pemerintahan umat Islam yang zalim.

TAKBIIIIIIR.....Allahu akbar wa liLlahil hamd..

WASIAT HASSAN AL-BANNA- SIRI 2

Baca al-Quran, jangan buang masa

"Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dengan hal-hal yang tidak berfaedah." Wasiat kedua Imam Hasan al-Banna.

Program tarbiyyah kedua yang terjelma melalui wasiat Hasan al-Banna ialah perihal mempertingkat daya faham umat Islam melalui bacaan al-Quran, membaca buku-buku, mendengar ceramah agama, mengamalkan zikrullah.

Pendek kata, Imam Hasan al-Banna tidak mahu anggota ikhwan atau umat Islam itu akan terbuang waktunya walau sedikit pun dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Di dalam surah al-Asr, disebutkan mengenai kerugian yang dikaitkan dengan masa. Pada asalnya, semua manusia itu hidup sentiasa dalam kerugian.

[1] Demi Masa!; [2] Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian; [3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Tetapi, antara mereka itu, ada beberapa golongan yang semakin berkurangan kerugiannya dengan sebab amalan dan kepercayaan mereka itu.

Pertamanya, mereka yang beriman, yakin dan percaya kepada Allah, kitab-kitabNya, nabi dan malaikat serta kewujudan akhirat. Sesiapa yang termasuk dalam golongan ini, maka mereka telah terlepas daripada belenggu kerugian yang pertama.

Kedua, mereka yang beramal soleh, membuat kebajikan, membantu meringankan beban, membuang kesusahan orang-orang yang memerlukan bantuan dan sebagainya.

Ketiga, mereka yang saling berwasiat atau berdakwah atas nama kebenaran.

Keempat, mereka yang saling berwasiat atau berdakwah dengan penuh kesabaran.

Tetapi, awal kepada segala puncak kesedaran ini bermula apabila seseorang Muslim itu mula memahami makna yang tersembunyi dan terselit di dalam al-Quran.

Sesudah al-Quran menjadi kunci kepada pintu kesedaran seseorang Muslim itu, Hasan al-Banna berpesan kepada kita supaya kerap membaca buku-buku. Sudah tentu, buku ilmiah ini akan menuntut pergerakan pemikiran kita ke arah laluan kebenaran.

Dengan pengetahuan, seseorang Muslim tidak akan tertipu. Buku-buku ilmiah boleh juga kita dapati daripada ulasan-ulasan buku di majalah, akhbar. Ringkasnya, hubungan orang Islam dengan buku itu wajib ada.

Sekiranya, tiada buku dijumpai, maka al-Banna menyeru kita pergi mencari guru, ustaz yang menyampaikan ilmu, ceramah agama tempat terbitnya segala buah fikiran baru.

Selanjutnya sumber-sumber ilmu lain selepas itu ialah usrah atau perkumpulan kecil yang selalu membanyakkan ucapan-ucapan yang baik didengar. Diskusi perkumpulan kecil ini juga perlulah dihadiri oleh seseorang Muslim yang beriltizam dengan agamanya.

Dan, seterusnya Imam Hasan al-Banna berpesan kepada kita agar mengamalkan zikir dan beriltizam menghabiskan ratib-ratib yang kita mahu amalkan. Paling mudah seseorang itu boleh mengamalkan wirid al-Mathurat, Wazifah as-Sughra jika tiada kesempatan.

Dengan amalan wirid wazifah al-Kubra dan as-Sughra inilah seseorang itu akhirnya akan menggunakan masanya untuk membuat hal-hal kebaikan secara tak langsung.

Lalu, dengan cara membaca al-Quran, memperuntukkan masa untuk membaca buku atau berzikir, maka sepenuh kehidupannya terisi dengan waktu-waktu yang indah serta masa yang berfaedah. Lalu, terelaklah beliau menggunakan waktunya ke arah keburukan.

Kesimpulan
Maka, hendaklah setiap umat Islam itu membaca al-Quran. Tidak cuma membaca. Yang paling penting ialah mereka mesti cuba memerhati pesanan Tuhan di dalamnya.

Jangan dibiarkan hati mereka selalu kering dan akhirnya mati. Basahkan dengan sejumlah wirid, ratib-ratib dan zikrullah yang biasa diamalkannya. Hati yang sentiasa ada pertalian dengan Tuhan akan sentiasa bersimbah ilmu, ilham dan pengetahuan yang baru.

Carilah ilmu walaupun sedikit. Masa yang terluang dengan tujuan yang tidak munasabah hendaklah kita sifarkan sama sekali. Hidup seorang Muslim itu sentiasa penuh dan padat dengan hal-hal yang berguna kepada diri dan masyarakat sekitarnya.

Al-Quran itu adalah induk samudera ilmu. Akar pengetahuan dan ranting hidayah kepada kita semua. Bacalah al-Quran, kelak ia menjadi pendinding kepada segala permasalahan dan ia akan berbicara kepada kita.

Sampai kepada suatu saat, al-Quran akan menjadi suara yang akan berbicara kepada jiwa kita dengan syarat kita memahaminya betul-betul mengikut nahu bahasa Arab.

Lazimkanlah diri membaca, menghafal dan yang paling utama, menghayati, merenungi setiap inci perkataannya dan lihat arahan Tuhan. Lazimi lidah kita dengan berzikir atau hati kita mesti ikut berzikir. Ketenteraman dan kedamaian akan menyelimuti kita.

Fahri Abdullah al-Masri
HARAKAHDAILY.NET

WASIAT HASSAN AL-BANNA -SIRI 1

Solat asas keteguhan keperibadian Muslimin

"Apabila mendengar azan bangun serta-merta walau dalam keadaan bagaimana sekali pun," kata asy-Syahid Imam Hasan al-Banna, wasiatnya yang pertama.

Di dalam 10 wasiat asy-Syahid Imam Hasan al-Banna, beliau mengingatkan ikhwan berhubung solat. Solat terletak di tempat yang pertama, mengatasi segala yang lain.

Hal ini sesuai sekali dengan kisah bagaimana pendirian baginda Rasulullah s.a.w tentang solat. Solat adalah antara ucapan terakhir yang kerap disebut oleh baginda menjelang hari terakhir kewafatannya.

"Apabila mendengar azan bangunlah serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun," demikian pesan al-Banna. Kenapa sang mujaddid ini meletakkan ungkapan sebegitu?

Solat adalah benteng yang mengeluarkan manusia daripada garis-garis kesesatan. Dalam solat itu, terkandung kewajipan membaca surah al-Fatihah dan dalam surah itu kita telah diwajibkan untuk membaca doa ihdina as-Siratal Mustaqim.

"Berilah kami petunjuk ke arah jalan yang diluruskan," itulah doa teragung yang wujud di dalam surah tersebut. Maka, jika manusia tidak menunaikan solat, mereka akan terhalang daripada rahmat Tuhan dan terdedah kepada jalan-jalan kesesatan.

Iblis akan menipu manusia melalui bisikan kata-kata bahawa kedudukan mereka itu telah tinggi dan mencapai kedudukan tertentu. Lalu, mereka tidak perlu lagi menunaikan solat. Helah ini berguna untuk memusnahkan jiwa manusia.

Dengan sikap enggan menunaikan solat itu tadi, manusia akan semakin mudah disesatkan kerana lidah mereka terasa asing daripada menyebut doa, "Berilah kami petunjuk ke arah jalan yang diluruskan."

Solat inilah satu-satunya amalan yang perlu dilakukan setiap hari bertujuan agar manusia itu sentiasa terjalin hubungannya dengan Tuhan setiap masa.

Ada amalan yang dibuat setahun sekali seperti berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan menunaikan fardhu haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Dunia tidak sunyi daripada solat

Dengan peredaran matahari dan bulan, dunia kita ini tidak pernah sunyi daripada laungan azan yang menyeru manusia agar bingkas menunaikan solat.

Ertinya, dunia ini akan sentiasa bergema dengan kalimah Tauhid. Dengan sebab itu, siapa yang bersolat, maka dia telah menegakkan Islam di dalam dirinya dan negaranya.

Sabda Rasulullah s.a.w, "Solat itu tiang agama. Sesiapa yang menunaikan solat, maka dia menegakkan tiang agama. Dan sesiapa yang yang tidak menunaikan solat bererti dia telah meruntuhkan agamanya."

Dengan menunaikan solat, jiwa terasa tenang, hati terasa lapang. Hati terang, tenang serta jiwa yang lapang inilah yang menumbuhkan kekuatan jiwa dalam diri seseorang Muslim itu untuk terus hidup dalam keimanan dan ketaqwaan. Sebaik-baiknya solat itu perlu segera ditunaikan pada awal waktu, pada ketika mendengar azan. Menurut Hasan al-Banna, solat itu hendaklah diusahakan semampu yang terdaya. Ini membuktikan kesungguhan kita.

Hasan al-Banna mengaitkan azan dengan solat dalam wasiatnya yang pertama ini. Di situ ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situlah akar taufik. Perhatikan juga, banyak perintah dalam al-Quran dimulakan dengan menyebut solat di awalnya.

Perhatikan bagaimana Tuhan mensyariatkan solat. Solat juga di medan perang. Walaupun pada saat genting, darurat dan kecemasan.

Fahri Abdullah al-Masri
HARAKAHDAILY.NET

Khamis, 15 Januari 2009

KHUTBAH JUMAAT GHAZA

Khutbah Jumaat Ghaza

Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 154: “Janganlah kamu menganggap (berkata) mereka yang berjuang di jalan Allah (jihad) mati, bahkan mereka sebenarnya hidup tetapi kamu tidak mengetahui”

Sidang Jumaat sekalian,

Dendam kesumat dan kezaliman orang-orang Yahudi terhadap Islam dan umat Islam tidak akan padam bermula dengan peristiwa hijrahnya Rasulullah saw dari Mekah ke Madinah. Semenjak peristiwa hijrah yang memberi impak besar terhadap perkembangan Islam, Yahudi sentiasa merencanakan programnya bagi memastikan Islam akan lemah dan tidak diterima oleh manusia. Bermulalah perancangan-perancangan licik mereka dengan menggunakan pelbagai pendekatan, sama ada yang sulit mahupun yang terang bagi memastikan cita-cita mereka untuk menguasai dunia tercapai.

Sebagai contohnya, Perang Ahzab tercetus adalah disebabkan persengkokolan kabilah-kabilah Arab untuk menyerang Madinah hasil adu-domba dan hasutan yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi setelah mereka mengkhianati perjanjian dengan Rasulullah saw. Contoh lain pula, apabila Kota Konstinople berjaya dibebaskan oleh Sultan Muhammad al-Fateh yang boleh menatijahkan Islam akan berkembang dengan pesat di benua Eropah, Yaaqub Basha (Miyastro Jacob) seorang doktor yang beragama Yahudi telah membunuh Sultan serta Panglima Perang ini, dengan meracunnya pada tahun 1487M. Sejarah moden juga tidak ketinggalan mencatatkan, bagaimana pelbagai perancangan jahat mereka melalui pertubuhan zionis, telah menghasilkan negara haram Israel pada 14 Mei 1948 melalui perampasan tanah-tanah milik umat Islam hasil perjanjian Balfour pada tahun 1917. Persengkokolan zionis dengan negara-negara Eropah terutamanya Britain pada masa tersebut, telah menyebabkan penderitaan berpanjangan rakyat Palestin sehingga menjangkau 60 tahun lamanya sehinggalah kepada serangan besar-besaran melalui udara yang dilakukan oleh rejim zionis kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sekarang ini.

Sidang Jumaat yang dirahmati,

Demokrasi pilihanraya yang telah diperkenalkan oleh Barat dan didokong oleh mereka telah menyebabkan HAMAS memenangi pilihanraya pada tahun 2006. Mantan Presidan Amerika Syarikat sendiri, iaitu Jimmy Carter yang menjadi pemerhati pilihanraya tersebut, telah menyatakan bahawa pilihanraya yang dijalankan adalah telus dan adil. Rakyat Palestin telah memilih HAMAS melalui demokrasi yang didokong oleh Amerika Syarikat tetapi negara kuasa besar ini jugalah, yang menafikan kemenangan tersebut hasil daripada pengaruh zionis yang menguasai Rumah Putih. Rakyat Palestin telah memilih kerajaan yang sah menurut perlembagaan tetapi telah dinafikan kerana memilih HAMAS yang menjadi musuh kepada negara Israel. Amerika dan Israel lebih minat untuk membuat hubungan dengan FATAH yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas kerana mudah bagi mereka mempengaruhinya berbanding Ismael Haniyya yang lebih tegas dengan Israel. Hakikatnya pelbagai perjanjian yang dimeterai termasuklah perjanjian Oslo pada tahun 1993, namun kesemua perjanjian tersebut tidak memihak kepada rakyat Palestin sehingga kezaliman dan penindasan berterusan. Kemenangan HAMAS telah menyebabkan sekatan dilakukan oleh rejim zionis sehingga menyebabkan penderitaan yang tidak dapat digambarkan dialami oleh rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. Bekalan makanan disekat, bekalan ubat-ubatan dinafikan, minyak dan gas dihalang, permit kerja dibekukan sehingga memberi kesan penderitaan yang amat perit untuk digambarkan. Tanpa peri kemanusiaan, rejim zionis melakukan apa sahaja yang dikehendaki oleh mereka tanpa menghiraukan bantahan masyarakat dunia, undang-undang antarabangsa dan protokol-protokol Geneva yang diluluskan oleh masyarakat antarabangsa. Rakyat Semenanjung Gaza yang berjumlah 1.5 juta mengalami kelaparan, kesakitan berpanjangan, pengangguran dan kesusahan yang tidak boleh digambarkan oleh masyarakat dunia khususnya di Malaysia. Setelah pelbagai sekatan dijalankan tanpa ada reaksi daripada kerajaan negara-negara Arab yang berada di sekitarnya, rejim zionis menggerakkan ketumbukan tentera daratnya dengan kereta-kereta kebal buatan Amerika Syarikat untuk menjajah Semenanjung Gaza dengan didahului serangan udara yang amat dahsyat sehingga mengorbankan lebih daripada 300 rakyat Palestin. Apa yang lebih malang, sebuah keluarga yang mencari perlindungan daripada serangan tentera udara rejim zionis telah ditembak oleh pengawal sempadan negara Mesir di sempadan Rafah sehingga menyebabkan kematian seorang ibu dan anaknya yang masih kecil. Inilah yang berlaku kepada rakyat Palestin yang bukan sahaja dizalimi oleh rejim zionis tetapi juga kerajaan negara Arab yang berada di sekitarnya.

Sidang Jumaat rahimahullah

Masjid al-Aqsa yang terletak di Palestin merupakan kiblat pertama umat Islam, masjid kedua dibina setelah Masjid al-Haram dan merupakan tempat di mana Rasulullah saw di Isra’kan sebelum dimikrajkan ke Sidratul Muntaha. Negara Palestin merupakan negara yang diberkati kerana ramainya para nabi diutuskan oleh Allah swt di situ, Palestin juga merupakan bumi yang subur dan merupakan negara yang dahuluinya dimiliki oleh umat Islam keseluruhannya. Pembebasannya telah dilaksanakan oleh Sayyidina Umar al-Khattab daripada cengkaman Rom Byzantine tetapi kemudiannya dijajah selama 88 tahun oleh tentera-tentera salib Eropah. Walaubagaimanapun, Solahuddin al-Ayyubi atau nama sebenarnya Yusuf bin Ayyub berjaya membebaskan semula daripada kezaliman tentera salib pada tahun 1187M. Kata-kata yang pernah dinukilkan daripada Solahuddin yang berbangsa Kurdi ini mengenai Palestin ialah:
“Barangsiapa yang dapat menguasai Palestin (Masjid al-Aqsa), maka akan dapat menguasai dunia keseluruhannya”

Sesungguhnya bumi yang terdapat Masjid al-Aqsa sekarang ini telah dikuasai oleh rejim zionis melalui perancangan-perancangan licik mereka melalui kerjasama dengan negara-negara Eropah terutamanya Amerika Syarikat. Dengan kekuatan ketenteraan yang dimiliki, persepakatan yang jitu dan perancangan yang teliti, bumi ini telah dikuasai oleh bangsa yang pernah membunuh nabi-nabi yang diutuskan kepada mereka. Bangsa ini jugalah yang pernah membakar Masjid al-Aqsa pada tahun 1967 dan bangsa ini jugalah yang sekarang ini sedang melakukan holocoust kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. Kekejaman dan kezaliman yang mereka lakukan memang telah didoktrinkan di dalam kitab suci mereka iaitu kitab Talmud dan terbaru Khakam mereka (ulama Yahudi) telah mengeluarkan fatwa supaya bangsa Arab sama ada Islam dan Kristian, dihapuskan melalui penubuhan semula organisai 101 yang dipimpin Ariel Sharon. Pertubuhan inilah yang telah mengganas dan membunuh ribuan pelarian Palestin di Kem Shabra dan Shatila pada tahun 1982. Zionis sebenarnya tidak mengerti apa ertinya perjanjian perdamaian, zionis buta dengan resolusi-resolusi amaran, zionis adalah bangsa yang pekak dengan arahan menghentikan serangan dan zionis jugalah bangsa yang menganggap mereka bangsa pilihan tuhan. Untuk melawan mereka, bukanlah dengan kata-kata damai, perjanjian persefahaman dan persetujuan yang didokumenkan, tetapi ia memerlukan kekuatan jihad yang berpanjangan dari seluruh umat Islam.

Sidang Jumaat sekalian,

Rakyat Palestin di Gaza sedang menghadapi pertarungan berseorangan tanpa bantuan daripada kerajaan negara-negara Arab dan Islam. Walaupun mereka bersendirian, mereka tetap melawan dengan kekuatan yang ada melalui pelancaran roket buatan sendiri yang mampu sampai ke sasaran 12 sehingga 40 km jauhnya. Inilah kekuatan pejuang Palestin yang amat ditakuti dan digeruni oleh Israel sehingga rejim ini mengarahkan serangan melalui udara dan darat kepada rakyat Palestin di Gaza. Mereka bertindak kerana mereka terancam dan takut dengan serangan yang dilakukan oleh para pejuang dan inilah sikap mereka sebenarnya yang membina tembok-tembok untuk melindungi mereka.

Kita semua mengetahui penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin tetapi apakah tindakan yang perlu kita lakukan bagi membantu saudara seakidah kita di Palestin serta menyelamatkan Masjid al-Aqsa daripada runtuh untuk digantikan dengan Haikal Sulaiman atau Temple Solomon. Adakah kita hanya menunggu keajaiban berlaku tanpa melakukan apa-apa dengan hanya melihat kezaliman terus berleluasa.? Adakah kita hanya mendiamkan diri dengan harapan orang lain yang membantu? Adakah kita semua terus menyepikan diri dengan membenarkan pembunuhan terhadap rakyat Palestin?

Kita semuanya WAJIB membantu rakyat Palestin tidak kira siapa dan di mana kita berada. Rakyat Palestin mewakili umat Islam seluruh dunia berjihad menentang musuh Islam. Apabila para pejuang berjihad menentang musuh Islam, maka wajib kepada seluruh umat Islam membantu mereka. Kita akan dipersoalkan di akhirat, nanti apakah bantuan dan sumbangan yang telah kita berikan kepada perjuangan Jihad di Palestin. Kita semua akan disoal oleh ALLAH SWT.

Kita wajib membantu mereka dengan keupayaan kita. Di antara bantuan yang boleh kita berikan ialah:
1. Membaca qunut nazilah setiap hari dan memohon kepada Allah swt agar kemenangan kepada Islam dan kehancuran kepada musuh Islam.
2. Memberi bantuan kewangan dan sokongan yang berterusan kepada rakyat Palestin melalui infaq dan sedekah tanpa mengira kedudukan kita sama ada miskin atau kaya kerana rakyat Palestin sedang mewakili kita untuk berjihad melawan musuh Allah swt.
3. Memboikot barangan yang dikeluarkan oleh Israel dan sekutu kuatnya Amerika Syarikat dengan tidak membeli barangan tersebut.
4. Menggesa kerajaan negara-negara Islam menggunakan kemampuan mereka menghentikan kezaliman berleluasa di bumi Palestin. Sebagai rakyat dalam sebuah negara, kita perlu bersatu dalam isu yang melibatkan solidirati Islam melalui gesaan berterusan akan kerajaan negara-negara Islam bertanggungjawab terhadap Palestin.
5. Menulis di akhbar, majalah, buletin dan menyebarkan isu Palestin sebenarnya adalah isu umat Islam dan pembebasannya adalah tanggungjawab seluruh umat Islam.
6. Mendidik anak-anak supaya peka dengan isu Palestin dan mewujudkan tabung-tabung khas di rumah untuk diberikan kepada rakyat Palestin yang ditindas dan dizalimi.
7. Umat perlu kembali kepada al-Quran dan Sunnah dan mewujudkan kesatuan yang jitu berasaskan kepada agama Islam dan seterusnya menggandakan usaha melalu perancangan tersusun untuk membebaskan Palestin.

Ingatlah, barangsiapa yang tidak mengambil berat ke atas urusan umat Islam maka sesungguhnya mereka bukan tergolong daripada mereka. (Maksud Hadith)

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah

Dahulunya penjajah telah melabelkan Tok Janggut, Tok Ku Paloh, Mat Kilau, Dato’ Maharajalela, Dato’ Bahaman dan para pejuang Melayu yang lainnya sebagai pemberontak dan akhirnya mereka diburu oleh penjajah British sehingga mereka syahid di medan pertempuran. Mereka dianggap oleh British sebagai pemberontak kerana mereka bangun menentang penjajahan dan mempertahankan Tanah Melayu dari terus dijajah oleh British. Persoalannya sekarang, adakah HAMAS yang berjuang menentang keganasan dan kezaliman di bumi Palestin dianggap sebagai pengganas sedangkan mereka berjuang mempertahankan tanah air dan rakyat yang memilih mereka? Adakah mereka pengganas kerana merekalah yang mempertaruhkan jiwa dan raga mereka membebaskan Palestin? Sesungguhnya tertipulah kepada mereka yang menganggap HAMAS sebagai pengganas kerana label ini diberikan oleh negara haram Israel dan Amerika Syarikat. Oleh yang demikian, persengkokolan dengan mengiktiraf HAMAS sebagai pengganas merupakan satu kesilapan yang perlu diperbetulkan. Mereka adalah pejuang mempertahankan tanah air dengan menggadaikan nyawa mereka dengan kelengkapan peperangan yang amat terhad.

Sidang Jumaat sekalian,

Rakyat Palestin memerlukan doa kita, Palestin mengharapkan bantuan berterusan daripada kita semua, Masjid al-Aqsa mengharapkan munculnya Solahuddin al-Ayyubi bagi menyelamatkanya daripada diruntuhkan dan harapan ini tersandar kepada bahu-bahu kita semua. Bangunlah membantu Palestin! Takbir!

KENYATAAN ULAMA' - ISU PALESTIN

Kenyataan Rasmi 40 Ulama' Al-Azhar dan Mesir tentang Gaza

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Tiada Tuhan selain Dia, Maha Kuat, Maha Penentu, Maha Perkasa, Maha Menguasai, Maha Esa, Maha Menentukan. Di dunia dan di langit ini tiada satu pun yang boleh melemahkanNya. Selawat dan salam ke atas penghulu kita Muhammad, hamba Allah dan RasulNya, imam para Mujahideen dan pemimpin pembukaan wilayah-wilayah Islam.

Sesungguhnya kejadian-kejadian yang berlaku sekarang ini di bumi Islam dan umat Islam, di bumi Gaza, Palestin yang bangkit teguh berdepan dengan pencerobohan dan penyembelihan yang diinkari oleh apa sahaja nilai, akhlak dan kemanusiaan semuanya, mewajibkan kami, sekumpulan para ulamak dan pendakwah di Mesir, menandatangani Kenyataan Umum ini sebagai mengemukakan pandangan kami, tanggungjawab kami di depan Allah swt dan menjelaskannya kepada orang ramai.

PERTAMA : Sesungguhnya Palestin yang diberkati Allah swt seperti yang disebut di dalam Al-Quran adalah bumi Islam dalam erti kata yang sebenarnya, Kiblat Pertama, di dalamnya terdapat masjid yang kedua di bina di atas muka bumi, masjid ketiga suci bagi umat Islam dan tempat israk Rasul kita saw. Oleh kerana itu, sesiapa pun tidak boleh mengalah dan menyerahkan walau seinci dari buminya kepada orang-orang bukan Islam. Firman Allah swt bermaksud, “Maha suci Tuhan yang mengisrakkan (menggerakkan) hambaNya di waktu malam dari Masjidil haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan) Kami” (Al-Israk:1).

KEDUA : Zionis Antarabangsa yang berwajahkan Israel adalah manusia yang paling sengit permusuhannya terhadap orang-orang beriman disepanjang sejarah mereka. Telah jelas dan terbukti permusuhan mereka terhadap Allah dan rasul-rasulNya. Merekalah dalang setiap kejahatan, kerosakan, memunkiri perjanjian, menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan Allah, khianat dan berdendam terhadap sesiapa sahaja yang berinteraksi dan mendekati mereka. Sesungguhnya mereka telah menceroboh bumi Palestin dengan mengusir dan membunuh penduduknya yang beragama Islam melalui dokongan berterusan dari Negara-negara Barat yang zalim dan bermusuhan. Firman Allah swt bermaksud, “Sungguh kamu akan dapati manusia yang paling sengit permusuhannya terhadap orang-orang beriman ialah orang Yahudi dan orang-orang musyrik” (Al-Ma’idah:82). Zionis Israel ini adalah kumpulan yang menceroboh dan menjajah bumi Palestin. Oleh itu Kebenaran mestilah dikembalikan semula kepada tuannya walau panjang mana berlalunya zaman. Kita tidak redha dan tidak menerima Penjajahan zalim dari puak Zionis ini terhadap Bumi Suci kita.

KETIGA : Jihad dijalan Allah dan Penentangan Bersenjata adalah pilihan yang strategik ke arah mengembalikan bumi yang diceroboh dan hak yang dicuri. Zionis sebenarnya tidak mengetahuii bahasa dalam bentuk perbincangan dan tidak memahami makna Perdamaian. Cara mereka ialah pembunuhan dan melakukan kerosakan di bumi. Oleh itu kami yakin bahawa satu-satunya bahasa yang difahami oleh mereka iala bahasa Jihad dengan segala cara dan jenis. Jangan dihentikan Jihad melainkan setelah orang Zionis yang terakhir keluar dari bumi Palestin. Firman Allah swt bermaksud, “Dan persiapkan (diri kamu dalam) menghadapi mereka (dengan) apa (sahaja) yang kamu mampu dari (bentuk-bentuk) kekuatan, dan dari kuda-kuda yang disiap siaga. Dengan (kekuatan) itu kamu menakutkan musuh Allah dan musuh kamu” (Al-Anfaal:60).

KEEMPAT : Mereka yang mengambil jalan Jihad dan Penentangan sebagai jalan mereka, memikul ruh-ruh mereka di atas bahu, menyumbangkan para Syuhadak, harta, mengorbankan apa yang mahal dan bernilai sebagai harga untuk membebaskan bumi ini, sekalipun musuh memiliki kelengkapan ketenteraan canggih dan kekuatan menyerang penuh kejam yang menyerlahkan kebencian membabi buta mereka terhadap setiap orang Islam, mereka itulah dari golongan yang dimenangkan dengan izin Allah. Mereka layak didokong, dibantu dan ditolong. Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Akan terus ada satu golongan dari umatku yang terus terang di atas kebenaran, menentang musuh-musuh mereka sehingga datang ketentuan Allah sedang mereka masih dalam keadaan demikian. Seseorang Sahabat bertanya, “Dimanakah mereka ya Rasulullah ?”. Baginda saw menjawab, “Di Baitul Maqdis dan di sekeliling Baitul Maqdis”. (Hadis riwayat Ahmad).

KELIMA : Di sini kami ingin mengingat dan menegaskan peranan masyarakat dunia dalam membantu mereka dalam isu ini dan kewajipan di segi Syarak yang agama kita mewajibkan ke atas mereka ialah berjihad di jalan Allah dengan erti kata yang sebenar-benarnya, menyumbang bantuan material, melakukan pemboikotan ekonomi, politik dan kebudayaan terhadap Israel dan terhadap negara-negara yang mendokongnya samada di Barat atau Timur, menolak untuk mengadakan hubungan dengannya dalam apa jua bentuk sekalipun. Kami menegaskan bahawa haram berinteraksi dengan badan Zionis ini dan dengan sesiapa yang mendokongnya dalam apa bentuk sekalipun.

Kita wajib berpendirian seperti firman Allah swt bermaksud, “Dan janganlah kamu merasa hina, dan jangan (pula) merasa sedih sedang kamulah yang paling tinggi sekiranya kamu orang-orang beriman. Jika kamu ditimpa kesakitan, maka (ketahuilah bahawa) mereka juga ditimpa sakit seperti kamu. Demikianlah Kami mempergilirkan hari-hari (turun naik dan suka duka) dikalangan manusia. Dan supaya Allah mengetahui (siapa benar-benar) orang-orang beriman dan supaya Dia mengambil para Syuhadak dari kalangan mereka. Dan Allah tidak suka orang-orang zalim” (Ali Imran : 139-140).

Menjadi kewajipan sekelian umat Islam agar bersatu dan berhimpun di bawah satu kepimpinan. Setiap dari kalangan mereka menjalankan peranan masing-masing dan meninggalkan segala bentuk perselisihan yang dimurkai Allah yang membantutkan Jihad dijalanNya. Firman Allah swt bermaksud, “Dan berpegang tuguhlah kamu dengan tali Allah dan jangan kamu berpecah belah. Dan ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika kamu dulu bermusuh-musuhan lalu Allah menyatukan hati-hati dan dengan nikmatNya kamu jadi bersaudara”. (Ali Imran : 103).

Ini adalah kenyataan umum kepada orang ramai. Setiap orang menanggung tanggungjawab masing-masing. Kepada para Mujahideen di Gaza, Palestin dan di mana sahaja bumi Islam yang sedang dijajah, kami katakan kepada mereka bahawa sesungguhnya dengan darah, kamu telah membayar harga Iman, keagungan dan kemuliaan. Oleh itu teguhlah kamu, maralah ke hadapan dan bersabarlah. Allah bersama kamu dan Dia sekali-kali tidak akan mensia-siakan amalan-amalan kamu. Firman Allah swt bermaksud, “Orang-orang yang apabila manusia berkata kepada mereka “Sungguh manusia telah menghimpunkan (kekuatan) untuk (memerang) kamu, maka takutkan kamu kepada mereka. (Namun yang jadi sebaliknya) maka bertambah keimanan mereka lalu berkata, ‘Cukuplah kami dengan Allah. Dialah sebaik-baik Pelindung” (Ali Imran : 173).

Ditandatangani oleh :

1. Dr Muhammad Abdul Mun’im Al-Birri - Ketua Barisan Ulamak Al-Azhar

2. Dr. Nasr Farid Wasil

3. Dr Zaghlul An-Najjar

4. Dr Abdul Sattar Fathullah Said

5. Dr Muhammad Ammarah

6. Dr Al-Fattah Asy-Syeikh

7. Dr Safwat Hijazi

8. Ustaz Asy-Syeikh Jamal Qutb

9. Ustaz As-Syeikh Ahmad Al-Mahlawy

10. Dr Abdul Halim Uwais

11. Dr Mohd Rakfat Uthman

12. Dr Abdullah Barakat

13. Dr Abdullah Samak

14. Ustaz Asy-Syeikh Abu Ishak Al-Huwainy

15. Ustaz Asy-Syeikh Hazim Solah Abu Ismail

16. Ustaz Asy-Syeikh Mohd Jibril

17. Dr Solah Sultan

18. Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Halil

19. Dr Mohd As-Soghir

20. Ustaz Asy-Syeikh Saleim Abu Al-Futuh

21. Dr Ahmad Al-Assal

22. Dr Hazim As-Sarsawy

23. Dr Abdul Rahman Foudah

24. Ustaz Asy-Syeikh Mohd Mustafa

25. Dr Hussein Syihatah

26. Dr Solah Harun

27. Ustaz Asy-Syeikh Salamah Abdul Qawiyy

28. Dr Jamal Abdul Hadi

29. Dr Hasan Ubaid

30. Ustaz Asy-Syeikh Mohd Abdul Fattah

31. Dr Ahmad Abu Huzaifah

32. Dr Alak As-Sayyid Abdul Rahim

33. Dr Umar Abdul Aziz

34. Ustaz Asy-Syeikh Rejab Zaki

35. Dr Mazin As-Sarsawy

36. Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Sabry

37. Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Al-Juhayny

38. Ustaz Asy-Syeikh Muzhir Amin

39. Ustaz Asy-Syeikh Ali Abu Al-Hasan

40. Ustaz Asy-Syeikh Mustafa Al-Azhary

INFO: http://ismaweb.net/

Ahad, 11 Januari 2009

PUISI MUJAHIDIN

Puisi: Aku Cemburu Mujahidin Palestin

Aku amat mencemburuimu Mujahidin Palestin,
Kamu dipilih ALLAH mempertahan tanah suci,
Kamu terpilih mempertahan masjid suci,
Bau syurga dapat kau rasai,
Kamu mati tapi sebenarnya kamu masih hidup,
Mati syahid cita-cita tertinggi kamu.

Apakan daya aku hanya mampu berdoa,
Aku hanya mampu menghulurkan derma,
Aku sekadar mampu memboikot.

Jika kamu di ambang syurga,
Doakan kami dapat bersamamu.

Islam akan tetap terpelihara,
ALLAH akan memelihara Islam dan Al-Quran,
Tapi diri kita, kita sendiri yang menentukan,
Baik atau buruk, syurga atau neraka.

Sumber: Harakahdaily.net

WAJIB PERTAHAN PALESTIN- AL-QARDHAWI

Qardawi : Tiada Siapa Terkecuali Daripada Mempertahankan Gaza

Sabtu ,03/01/2009 -Ulama' terkenal Islam , Sheikh Yusof Al-Qaradawi telah menegaskan Jumaat lalu bahawa ummah Muslim dari Maghribi ke Indonesia berkewajipan mempertahankan Semenanjung Gaza, dan melindungi tanah Islam daripada pihak musuh.

"Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu Islam dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut " ujar Qaradawi dalam satu ceramah beliau sebelum perhimpunan besar-besaran di Qatar, Doha.

Beliau turut menegaskan umat Islam perlu bersedia berkorban harta benda dan apa sahaja yang bernilai demi membantu saudara mara kita di Gaza.

Sumber: Info Palestin

EPISOD PENAKLUKAN PALESTIN

Bagaimana bermulanya Israel Menguasai Palestin!!

Ketika rencana ini ditulis kita tidak tahu bagaimana akhrnya nasib penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikepung, diseksa dan dibunuh oleh rejim Israel, pada ketika yang sama pemimpin dunia Islam, khususnya dunia Arab, hanya 'terkebil-kebil' mendengar dan melihat penyeksaan rejim Yahudi ini di kaca TV. Kutukan demi kutukan dari pemimpin umat Islam, dari anggota OIC dan NGO-NGO hak-hak asasi manusia. Sementara Kesatuan Eropah dan Bangsa-Bangsa Bersatu serta Amerika hanya meminta tentera Israel tidak menyerang kawasan penduduk awam, ertinya bolehlah menyerang untuk sasaran militan Arab di Gaza saja. Ulang tayang

Peristiwa serangan ini adalah ulangan tindakan Israel sejak puluhan tahun lalu dan hingga kini, iaitu sejak zaman Presiden Richard Nixon, malah sebelum itu lagi, hingga zaman Barack Obama yang sesetengah orang diharapkan ada perubahan.

Kini serangan itu berterusan, ratusan rakyat Gaza terbunuh setiap hari, mayat bergelimpangan, bangunan runtuh, hospital musnah, tidak ada jalan keluar bagi rakyat Gaza untuk mendapatkan makanan.

Mesir juga menutup sempadannya untuk tidak membenarkan pelarian Palestin tumpah lagi ke negara itu. Syria, Libya, Jordan dan negara Arab lain tidak lagi mampu menerima pelarian yang berjumlah berjuta-juta banyaknya.

Ini adalah episod yang sangat mememilukan, sebuah tragedi kemanuiaan yang tidak ada tandingannya, bahkan tragedi kemanusiaan ini melebihi pembunuhan Nazi Jarman terhadap orang Yahudi di Eropah.

Tidak ada siapa yang ditakuti oleh rejim Tel Aviv sekarang, justeru kerana Amerika, di bawah presiden barupun tetap menyokong mereka. Malah Amerika terus menerus melindungi kepentingan Yahudi.

Maka jadilah rakyat Paletin di Gaza itu 'bahan ratahan' tentera Israel. Anak-anak muda Palestin meluru ke jalan-jalan raya melemparkan batu ke arah tentera dan keretakebal Israel, lalu dari muncung kereta kebal Israel itu memuntahkan peluru meriam yang membunuh mereka dengan mudah.

Bayangkan bagaimana anak-anak muda Palsetin yang hanya bersenjatakan batu di tangan boleh melawan tentera Israel dengan segala peralatannya. Namun itulah yang terjadi. Inilah pemandangan ngeri yang berterusan disaksikan oleh masyarakat antarabangsa seluruh dunia.

Adakah harapan buat Obama?

Adakah rakyat Palestin ini mempunyai masa depan? Ini pertanyaan yang sangat sukar dijawab, walaupun daripada pakar mengenai Asia Barat sendiri. Memang ada sesetengah pihak mengharapkan Obama yang berkulit hitam itu melakukan sesuatu dalam menyelesaikan isu Palestin, namun nampaknya rejim tentera Tel Aviv, pimpinan Menteri Pertahanannya yang sangat ganas, Ehud Barat, tidak mungkin bersedia menghentikan serangannya. Ini kerana dia tahu, Amerika dan sekutunya akan terus menyokong Israel.

Jika begitu keadaannya, bagaimana masalah ini dapat diselesaikan? Israel menuduh para pejuang Hamas melancarkan roket di kawasan Israel, ada yang mengena sasaran dan ada yang tidak. Namun hujan roket dari Israel, di samping meriam kereta kebal mereka terus menerus membunuh rakyat Palestin.

Sementara itu bagaimana sikap pemimpin umat Islam, khususnya pemimpin dunia Arab? Selagi mereka masih kekal dengan sikap assobiyah Arab mereka, tidak bersatu atas nama Islam untuk memerangi rejim Yahudi, maka tidak mungkin rejim itu boleh berundur.

Kerdilnya negara Arab

Bayangkan setiap tahun negara Arab membelanjakan beratus bilion dollar Amerika untuk membeli senjata api tercanggih dari pelbagai negara Barat, khususnya Amerika. Namun negara Arab tidak juga mampu memperlihatkan kekuatan tentera mereka untuk menghadapi Israel.

Akhirnya negara Arab hanya menjadi 'pengguna' setia senjata moden Barat, sementara senjata itu tidak juga menolong memperlihatkan 'izzah' (keunggulan, kehebatan) negara Arab sehingga menggerunkan Israel.

Inilah yang berlaku terus menerus, pada ketika yang sama, siapapun yang menjadi Presiden Amerika, negara itu terus melindungi kepentingan Israel.

Benarlah kata ulama tersohor, Sayyid Hasan Ali An-Nadawi dalam bukunya Kerugian Dunia Kerana Kemunduran Umat Islam bahawa negara umat Islam perlulah memiliki ilmu dan kekuatan senjata yang cukup disertai kemajuan teknologi supaya dengan kekuatan itu mereka mampu memimpin dunia.

Malangnya, kata An-Nadawi, hampir semua kekuatan ini kini tidak dimiliki oleh umat Islam, pada hal di zaman dulu, umat Islamlah yang memiliki semua kekuatan ini. Kini, katanya, pemimpin negara Arab hanya memikirkan kepentingan negara masing-masing, dilatari oleh sikap assobiyah, atau perkauman Arab yang semakin menebal.

Perlu diingat, kata An-Nadawi lagi, sikap ini menyebabkan runtuhnya Daulah Islamiyah Turki pada tahun 1924, iaitu di tengah-tengah Assobiyah Arab yang tebal itu, ia bertembung pula dengan assobiyah Turki kerana ketika itu Turki juga sangat angkuh dan merasakan ia adalah bangsa besar. Inilah kesan buruk yang dialami sehingga keadaan menjadi begini.

Mula tergadai

Sementara itu, ketika menyaksikan penyiksaan dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin oleh rejim Irael itu, kita teringat bagaimana mulanya tanah atau bumi Palestin ini tergadai dan dijual kepada Palestin.

Pada zaman pemerintahan Sultan Abd Hamid II, Sultan Turki terakhir, telah digubal undang-undang dan disahkan di Parlimen Turki bahawa semua tanah yang dimiliki oleh orang Arab di Palestin (ketika itu di bawah riayah Daulah Othmaniyah Turki) dilarang dijual kepada Yahudi.

Ini menimbulkan kemarahan British dan Perancis, justru kerana dua negara Eropah itu mahu memperkukuh kedudukan masa depan Yahudi di negara Palestin.

Namun setelah kejatuhan Daulah Othmaniyah Turki, undang-undang itu dimansuhkan oeh Kemal Attaturk yang merampas kuasa. Lalu dengan pantas orang Yahudi di Palestin berebut-rebut membeli tanah orang Arab di sana, sementara orang Arab Palestin itu sendiri rela pula menjual tanah mereka.

Dengan itu banyak tanah hak milik Arab Palestin bertukar tangan menjadi hak milik Yahudi hingga kini.

Tanah itu kini didiami oleh orang Yahudi, ditambah pula wujudnya penempatan baru, iaitu tanah yang dirampas dari rakyat Palestin sendiri. Demikianlah sejarah hitam bumi Palestin.

Maka itu ketika Israel menguatkan cengkamannya di bumi para anbia ini, dalam usaha mereka hendak menghapuskan rakyat Palestin, wajar kita merenung semua sejarah pahit ini. Namun pandangan An-Nadawi ini sangat wajar diberikan perhatian.

Sumber: Harakahdaily.net

BOIKOT BARANGAN ISRAEL- SERUAN AL-QARDHAWI

Bismillahirrahmanirrahim..

"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada
orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi
bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi
mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup
konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr
al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda
semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya
bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad
al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru,
dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk
mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka
telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela
membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi
keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan
persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar
kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"

-Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)

DOA BUAT PALESTIN

Doa buat Palestin

SUKAR untuk menahan rasa sedih dan pedih hati apabila membaca atau mendengar laporan berkaitan Palestin yang disiarkan setiap hari.

Sudah dua minggu serangan dilakukan dan ia semakin ganas. Sekitar 550 warga Palestin kehilangan nyawa termasuk kanak-kanak, wanita serta orang tua dan majoritinya adalah orang awam.

Bekalan ubat, makanan serta keperluan asas semakin berkurangan manakala ruang hospital selain doktor bertugas amat terhad. Mengikut satu laporan, ada doktor yang tidak sempat tidur sama sekali.

Palestin pula kini terbahagi kepada tiga bahagian, kiri dan kanan sudah mula ditembusi oleh Yahudi, hanya bahagian tengah belum berjaya ditembusi.

Jelas sekali, rejim Zionis melakukan penjajahan secara fizikal dan cuba menghilangkan Palestin daripada peta dunia!

Persoalan utama sekarang, apa jenis bantuan yang benar-benar dikira membantu. Satu soalan yang saya turut kerap menyoal diri ini. Saya tiada jawapan yang melegakan. Namun bagi saya, kita semua boleh membantu berdasarkan kemampuan masing-masing.

Keadaan manusia yang berbeza-beza dalam kemampuan ini diiktiraf oleh Nabi Muhammad SAW akan kewujudannya. Justeru, jangan harapkan semua orang mampu menjadi terlalu ‘berani’ seperti anda, terlalu ‘pemurah’ seperti anda atau terlalu ‘berjasa’ seperti anda.

Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis yang sangat popular, ertinya: “Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, siapa yang tidak mampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), siapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci).”

PILIHLAH

Natijahnya, pilih satu atau lebih daripada tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan sedang cuba dijajah:

1. Bantuan tenaga dan diri

Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusiaan, perubatan, psikologi atau yang lebih hebat daripada segi fizikalnya.

2. Bantuan harta

Bagi yang tidak mampu pergi, sumbanglah bantuan kewangan, pakaian dan lain-lain kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda.

Cuaca sejuk kini tidak menentu. Di United Kingdom (UK), kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga -10° Celsius. Palestin juga mengalami cuaca sejuk, iaitu -10° Celsius, pada sebelah malam.

3. Bantuan doa

Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga mereka yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam. Doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika Syarikat (AS) dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi itu.

Doa anda boleh bacanya sebagai:

a. Qunut Nazilah dalam setiap solat fardu anda. Anda dibenarkan memegang kertas doa ketika qunut kerana tentu sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab, termasuk mazhab Syafie, kerana anda tidak bergerak besar berturut-turut sebanyak tiga kali.

b. Doa ketika sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sahih.

c. Khatib bacalah doa untuk Palestin pada hujung khutbah Jumaat.

d. Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4. Solat hajat

Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah, anda turut boleh meneruskannya.

5. Menyertai demonstrasi aman

Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid waktu Subuh dan waktu lain.

6. Menulis

Tulislah di blog, laman web, forum, ruangan akhbar, majalah, yahoogroup mengenai kezaliman Yahudi Zionis.

7. Ceramah

Anda mampu berceramah? Beri ceramah berkaitan isu ini atau hadiri ceramah berkaitan dengannya. Anda tidak semestinya seorang ustaz atau ustazah untuk berceramah dalam perkara ini.

8. Boikot

Perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan AS. Hantar surat, bantahan, petisyen, memorandum kepada kedutaan AS, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.

Bersama Zaharuddin Abd Rahman
nazarali@hmetro.com.my

QUNUT NAZILAH (VERSI B.MELAYU)

DOA SENJATA MUKMIN [ Buatmu Palestine ]

[ Doa Qunut Nazilah ]
Harap copy dan edar kepada para Imam Masjid dan surau

Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam

Wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa. Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu,

Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azab kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.

KHUTBAH JUMAAT( ISU YAHUDI-PALESTIN)

ASSALAMUALAIKUM WRT...

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …


“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu (Al-baqarah 120).

Saudaraku Sidang Jumaat Yg Berbahagia,
Bangsa Yahudi adalah di antara bangsa yang tertua di muka bumi ini. Sejarahnya banyak dinukilkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. Terdapat banyak surah-surah yang menerangkan tentang pemalsuan dan pembohongan Yahudi setiap zaman. Yahudi telah bermula memusuhi agama Tuhan dengan menolak seruan Rasul yang didatangkan kepada mereka sejak zaman berzaman. Rasul-rasul yang didatangkan kepada mereka amatlah ramai tetapi mereka tetap ingkar serta tidak mahu menerima kebenaran. Dalam pada itu mereka mengangkat sendiri martabat dengan mengatakan bahawa merekalah bangsa yang dikasihi Tuhan. Mereka juga mendakwa sebagai bangsa terpilih kerana ramai Rasul telah dipilih di kalangan bangsa Yahudi.

Namun, itu merupakan omong kosong dan telahan semata-mata. Sebaliknya, merekalah bangsa yang terhina disebabkan oleh kejahatan dan kekejaman yang telah mereka lakukan di dunia ini. Mereka memusuhi agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. kerana dengki terhadap Nabi akhir zaman. Mereka mengharapkan biarlah Nabi akhir zaman juga dipilih di kalangan bangsa mereka. Namun, hasrat mereka tidak tercapai. Allah SWT telah memilih bangsa Arab dan menolak bangsa Yahudi. Bangsa Yahudi adalah bangsa yang tidak serik dengan pengalaman sejarah sejak nenek moyang mereka. Bermula dengan penyembahan berhala dan memusuhi para Nabi, sejarah Bani Israel telah mencatatkan ribuan kerosakan yang dinukilkan oleh Al-Quran. Banyak malapetaka datang bertimpa-timpa ke atas bangsa tertua itu termasuklah pengusiran mereka dari negeri mereka sendiri. Mereka bermegah kerana Tuhan telah memilih ramai Nabi di kalangan bangsa Yahudi. Namun, mereka jugalah yang membunuh Nabi-nabi kerana kepercayaan berhala yang telah bertapak dalam sanubari mereka. Mereka menolak Taurat, sebaliknya mencipta Talmud, kitab besar Yahudi yang menonjolkan buah fikiran yang sesat.

Saat permusuhan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. yang bermula di Madinah telah berlanjutan sehingga sekarang. Mereka sangat mendendami kekalahan dan kehinaan yang dialami oleh datuk nenek moyang mereka dahulu kala. Perancangan mereka ialah untuk menghancurkan semua keturunan umat Muhammad di muka bumi ini sehancur-hancurnya. Saat yang paling memalukan dalam sejarah bangsa mereka ialah apabila dihalau oleh Rasulullah keluar meninggalkan Madinah kerana membuat kejahatan serta melanggar perjanjian agama. Mereka tidak boleh menerima hakikat terpinggirnya mereka dari Madinah kerana kejahatan yang mereka cetuskan kepada puak Ansar dan Muhajirin. Mereka lupa bahawa Bani Nadhir menipu Rasulullah adalah suatu kejahatan. Justeru itu, kemarahan Yahudi tidak pernah padam sejak ribuan tahun yang lampau sehinggalah ke akhir zaman. Mereka yakin dapat menumpaskan Islam dalam abad ini dan terus menguasai dunia pada abad yang mendatang. .Paparan berita agensi Yahudi beberapa ketika dahulu di luar negara, mengatakan bahawa, "Nyawa orang-orang Islam adalah di tangan kami, seumpama nyawa kibas dan domba di tangan tukang sembelih !"
Begitulah yang terjadi di merata dunia Islam sekarang. Yahudi sedang menggunakan kekuatannya untuk menghancurkan umat Islam dalam segenap bidang. Mereka telah bergabung dengan Kristian dalam era baru dan mengumpul strategi terkini untuk melumpuhkan Islam.

Muslimin Yg Berbahagia,
Dunia tidak boleh berbuat apa-apa terhadap kezaliman Yahudi yang sudah menyapu awan. Yahudi diibaratkan harimau ganas yang cukup menggerunkan semua penghuni belantara, hatta kepada seekor singa sekalipun. Yahudi bukanlah bangsa yang ramai. Di Amerika dianggarkan jumlahnya mencecah 6 juta orang, sedangkan umat Islam mempunyai 1.3 billion penganutnya di seluruh dunia. Yahudi paling ramai di Amerika. Namun, kekuatan mereka terpancar di seluruh dunia menghubungkan rangkaian yang cekap dan canggih mengatasi kelembapan orang Islam yang masih memiliki sikap duduk dan lihat. Sejak pengusiran beramai-ramai Yahudi keluar dari Mesir sekitar 1,300 sebelum Masihi, mereka telah bermusafir ke beberapa bahagian dunia. Mereka juga pernah menghadapi tekanan dari negara seperti Perancis dan Sepanyol termasuk Jerman (Nazi) semenjak pengusirannya. Meskipun begitu, Yahudi memang difahami sebagai bangsa yang tidak mengenal kalah. Di dalam sejarah, Al-Quran banyak menyentuh mengenai perangai Yahudi yang tahan lasak tetapi banyak membuat tipu-helah dan pembohongan demi untuk duniawi dan perjuangan mereka. Mereka terkenal sebagai bangsa yang gemar meminta tetapi sukar memberi.

Kelasakan melalui doktrin survival of the fittest telah memastikan orang-orang Yahudi banyak menimba pengalaman sebagai pelarian. Perjuangan mereka yang kental banyak membawa kejayaan kepada pertumbuhan bangsa yang drastik dan hebat. Melalui cross fertilization mereka berjaya menyelinap masuk untuk mencambahkan percampuran bangsa dan agama untuk suatu pembohongan yang halal. Sejarah juga pernah menyaksikan betapa Huyaiy Akhtab dan beberapa pembesar Yahudi di zaman Rasulullah mencampuri orang Ansar dan Muhajirin demi untuk mengelirukan Rasulullah. Mereka sanggup mengorbankan identiti kerana mengharapkan kerosakan agama Islam.

Sidang Jumaat Yg Dimuliakan Allah,

Tidak ada yang paling menghiris kalbu selain menelusuri sejarah empayar Islam yang mengalami keruntuhan dan kejatuhan. Sejarah menyaksikan kejatuhan Baghdad, pusat ilmu dan tamaddun Islam yang gagah, kejatuhan empayar Andalusia selepas 600 tahun berkibarnya kalimah thoiyibah dan kemerosotan Uthmaniah Turki yang menguasai sebahagian besar Eropah waktu silam.

Selepas jatuhnya empayar Islam yang agung umat Islam belum lagi mencipta keajaiban yang mampu menyamai bangsa kufar, apatah lagi untuk mengalahkannya. Umat Islam diratah oleh musuh yang durjana ibarat meratah makanan di dalam dulang. Mereka dikeronyok oleh musuh semahu-mahunya. Negara Palestin dan Iraq dijadikan medan pertumpahan darah. Amerika dan Yahudi ingin meneruskan niat jahat mereka terhadap negara Islam yang kaya raya. Iraq dijadikan korban nafsu serakah di samping ingin mengekalkan status polis dunia yang mencatur keamanan sejagat. Mereka menggunakan isu keganasan sebagai tiket untuk menghalalkan pelanggaran ke atas negara Islam. Palestin tidak diberi keadilan mengikut undang-undang Pertubuhan Bangsa Bersatu kerana memelihara kaum Yahudi yang sangat licik menguasai tanah Palestin. Negara Islam yang miskin dan melarat dibiarkan berperang sesama sendiri. Kebuluran tidak ditangani dengan cara yang berkesan. Mereka ingin menguasai negara itu dalam jangkamasa yang panjang. Negara Islam yang selama ini tidak bergolak diberi suntikan pelali supaya mereka menguasai fikrah dan kesejahteraan rakyatnya.

Amerika dan Yahudi sangat membenci Islam. Mereka telah melakukan segala bentuk kekejaman terhadap umat Islam di seluruh dunia. Mereka bekerjasama dengan NATO untuk menguji kekuatan ketenteraan Islam dan nyata tidak ada negara Islam di Eropah mahu pun di timur yang mampu mengatasi teknologi ketenteraan yang dimiliki oleh Amerika. Apabila mendengar ada negara Islam yang menghasilkan teknologi nuklear hati mereka menjadi bimbang. Begitulah perangai Amerika dan Yahudi yang tidak akan berdiam diri selagi Islam tidak ditundukkan dan dihancurkan. Tuhan telah berfirman di dalam Al-Quran bahawa orang-orang Yahudi dan Kristian sememangnya tidak memperakui keberadaan Islam di muka bumi kerana mereka menyedari rahsia dan kekuatan Islam.
Malangnya dan amat menyedihkan hari ini umat Islam, negara yg diperintah oleh orang Islam telah mengikut cara pemerintahn dan cara hidup Yahudi dan Nasrani tanpa menyedari bahawa mereka telah membelakangkan Islam, melupakan Tuhan serta membenci sunnah Rasulullah, iaitu Nabi mereka sendiri. Mereka menolak hokum Allah, peraturan Allah, sunnah Nabi dan keyakinan Islam, sebaliknya mengambil peradaban musuh sebagai panduan dan amalan hidup.

Tangisan umat Islam di atas kejatuhan Baghdad telah mengukir peristiwa paling pahit dalam lintasan sejarah Islam. Sungai-sungai menjadi merah oleh darah manusia. Ulama-ulama disembelih sewenang-wenangnya tanpa dihormati. Rakyat dibunuh dengan zalim oleh puak Monggol yang bermata sepet. Mereka didatangkan oleh Tuhan sebagai membalas kelekaan yang dilalui oleh umat Islam. Umat Islam wajib merenung nasib yang menimpa mereka supaya penghinaan sedemikian tidak berulang. Tetapi perkara itu tidak berlaku. Kehinaan demi kehinaan menimpa umat Islam sehingga ke hari ini. Apa yang berlaku di Bosnia Herzegovinia, Afghanistann, Palestin dan Iraq adalah merupakan ulangan bala yang didatangkan oleh Tuhan kerana dosa yang kita wariskan kepada umat dan kepada rakyat. Dosa disebabkan umat Islam tidak bersatu dan mementingkan diri dan negara masing2. Dosa disebabkan Umat Islam meninggalkan jihad - suatu rukun terpenting yang menghubungkan manusia dengan Tuhan dan ianya adalah kemestian dalam kesinambungan beragama. Kelalaian umat Islam dalam menyempurnakan jihad telah memberi kesan yang mendalam kepada maruah umat dalam usaha mempertahankan kedaulatan agama Islam yang suci ini.

Kaum Muslimin Yg Berbahagia,
Sememangnya benarlah apa yang disabdakan Nabi Muhammad s.a.w. bahawa agama Islam yang teguh itu akan mulai ditinggalkan penganutnya apabila mereka memandang duniawi melebihi akhirat. Tidak ada jalan kembali untuk menapak semula kegemilangan bersejarah itu selain memiliki takwa. Senjata yang paling ampuh dan perisai yang paling kental sejak zaman berzaman. Firman Tuhan bermaksud,
"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa." [Surah Al-Hujurat ayat 13]

Senjata takwa adalah yang termahal. Dengan takwa manusia dapat ketinggian darjat di akhirat mahu pun di dunia.. Ketinggian darjat yang diperolehi oleh manusia melalui bertakwa merupakan anugerah tertinggi Tuhan kepada makhluknya. Sejarah memaparkan kepada kita dengan takwa empayar Islam dapat dibangunkan dan menguasai dunia masa silam. Kerajaan Islam jatuh merudum apabila mereka tidak lagi menjadikan takwa sebagai ketinggian dan sahsiah diri. Mereka sudah mula meninggalkan jihad dan akhlak. Meninggalkan kasih sayang dan persaudaraan sehinggakan Tuhan mendatangkan bala menggantikan kemakmuran yang mereka kecapi sebelum itu.

Ketahuilah bahawa kemenangan yang Tuhan anugerahkan kepada Kerajaan Abbasiyah adalah disebabkan takwa. Kemakmuran yang Tuhan kurniakan kepada Uthmaniah setelah mereka memiliki kesempurnaan rohaniah dan lahiriah. Seperti yang diceritakan oleh sejarah, penaklukan Sultan Muhammad Al-Fateh ke atas Konstantinopel apabila ketumbukan tenteranya mempunyai sifat takwa yang hebat. Mereka itu laksana singa di siang hari dan rahib (abid) di malam hari.

Sallehuddin Al-Ayubi ketika peperangan untuk menawan Palestin kali kedua telah menyiasat khemah-khemah pejuang Islam yang bangun bertahajud. Beliau mengintai-ngintai untuk mengetahui manakah pejuang yang membelakangkan Tuhan di malam hari. Keesokan harinya beliau telah mengarahkan satu khemah supaya tidak ikut berjuang. Mereka dipaksa untuk bertahan di kem. Beliau takut Tuhan tidak memberi kemenangan kepada tentera Islam hanya disebabkan oleh sebilangan tentera yang tidak bangun bersolat malam. Begitu telitinya pejuang Islam masa dahulu. Layaklah mereka diberi kemenangan dan keagungan. Sesuai dengan firman Tuhan bermaksud,

Allah menjadi pembela kepada orang yang bertakwa." [Surah Al-Jasiyah ayat 19]

Ketika Tariq Ibnu Ziad mengharungi Selat Gibraltar untuk menentang musuh Islam di Sepanyol (ketika itu disebut Andalusia), beliau memiliki tentera yang bertakwa dan taat kepada perintah. Panglima Tariq telah meniupkan semangat cintakan akhirat melebihi dunia. Beliau juga menyemarakkan kecintaan kepada mati syahid sehinggakan sanggup membakar kapal-kapal kecil yang berlabuh di pengkalan demi untuk memadamkan keinginan tenteranya yang berangan-angan untuk pulang atau lari dari medan peperangan. Begitu anehnya perbuatan itu sehinggakan jika beliau berada di dunia sekarang akan dilabel sebagai gila. Begitulah hakikat yang harus diterima oleh kita tentang sejarah orang-orang yang cintakan Tuhan. Sejarah orang-orang yang mempunyai darjat takwa yang tinggi hampir mustahil untuk dibandingkan dengan kedudukan kita di akhir zaman ini.Tariq dapat menguasai Andalusia dan memakmurkan bumi itu beratus-ratus tahun lamanya. Sesuai dengan firman Tuhan,

“Dan Demi sesungguhnya, Kami telah tulis di Dalam Kitab-kitab Yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu Yang soleh". [Surah Al-Anbiya ayat 105]

Umar Ibnu Aziz, khalifah mukminin suatu ketika dahulu telah menempa sejarah kegemilangan dari sudut kepimpinan. Ketakwaan yang dimiliki oleh beliau telah mengundang keberkatan di langit dan bumi semasa pemerintahan beliau. Sifat qanaah dan zuhud beliau menyebabkan negaranya menjadi aman damai sehinggakan suatu ketika hampir tidak ada orang yang mahu menerima zakat. Pemerintahannya menyebabkan rakyat kurang meminta-minta. Gabenor yang dilantik oleh beliau sanggup hidup dalam kemiskinan dan mengutamakan rakyat daripada perut sendiri. Beliau juga terkenal sebagai pemerintah yang sangat menjaga harta negara supaya tidak sewenang-wenangnya digunakan. Beliau sanggup membelakangkan kepentingan peribadi demi kepentingan rakyatnya.

Memiliki sifat takwa bererti memiliki kemenangan. Orang yang bertakwa sebenarnya mendapat beberapa pembelaan Tuhan di dunia lagi. Sekiranya dia seorang pemimpin, negara yang dipimpinnya akan diberkati oleh Tuhan. Dia akan mudah memimpin rakyatnya supaya mengerjakan amal soleh dan meninggalkan amalan mungkar. Rakyat juga akan merasa mudah untuk mengikut jejak pemimpinnya yang mempunyai sifat kasih sayang, zuhud terhadap dunia, dan lain-lain lagi. Kerosakan masyarakat yang berlaku di bawah pimpinannya akan berkurangan. Secara tidak langsung kemaksiatan dengan sendirinya akan dibenteras.

Kerosakan masyarakat hari ini disebabkan oleh kepimpinan yang menolak takwa. Mereka mungkin mendakwa telah mengamalkan ciri-ciri takwa selaras dengan ajaran Islam. Namun hakikatnya mereka telah mencampur-adukkan kemaksiatan dengan amalan baik mereka. Mereka tidak menyedari bahawa amalan mereka tidak diterima oleh Tuhan. Di dalam kitab Ihya Ulumuddin karangan Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang berbuat sesuatu kemaksiatan, sedangkan dia juga mengamalkan kebaikan adalah orang yang tertipu. Dia berangan-angan bahawa Tuhan akan menyebelahinya sedangkan dia tidak merasa berdosa ketika membuat kemaksiatan itu. Seolah-olah kemaksiatan itu akan tertanggal dengan sendirinya tanpa bertaubat atau meminta ampun kepada Tuhan meskipun kesalahan itu tersangat kecil.

Hari ini kita kehilangan harta yang paling berharga iaitu iman dan taqwa. Kehilangan harta yang bernilai itu menyebabkan maruah Islam turut tercemar. Islam telah menjadi hina dina oleh penganutnya sendiri. Bukankah Tuhan telah menyatakan dalam kitabnya bahawa apabila manusia mula meninggalkan hubungan dengan Allah dan manusia, mereka akan ditimpa kehinaan serta kemudharatan.

Sidang Jumaat Sekelian,
Hari ini rakyat Palestin diserang, dibunuh, diseksa dan terpenjara dinegara sendiri disebabkan keganasan dan kejahatan rejim zionis Israel dan Rejim Amerika laknatullah. Tidak mustahil suatu hari nanti negara umat Islam yg lain atau negara Malaysia yg kita cintai mungkin menjadi sasaran rejim kuffar ini kalau kita masih lalai, leka dengan kemaksiatan, hiburan dan kesenangan hidup di dunia yg sementara ini. Atas dasar keprihatinan dan kecintaan kita kepada saudara seagama kita di Palestin, bersamalah kita sumbangkan apa yang mampu kita berikan kepada rakyat Palestin. Tidak lupa juga untuk mendirikan solat Hajat, membaca doa Qunut Nazilah dan banyakkan berdoa kepada Allah s.w.t agar nasib saudara selslam yang sedang dizalimi dapat dibela. Bersamalah juga memboikot barangan Yahudi yang menyokong kezaliman ini.

Sempena dengan Tahun Baru Hijrah dan Masihi ini, marikan kita menghayati penderitaan yang selama ini dialamni oleh rakyat Palestin dan bersatu padu untuk memberikan sedikit sinar kepada Palestin dan jangan biarkan derita yang sekian lama dihadapi ini terus berpanjangan kepada rakyat Palestin. Ayuh bangkit dan bersatu menentang musuh Allah swt.

Sesungguhnya tidak ada kemenangan yang akan diberikan oleh Allah SWT kepada penghuni akhir zaman melainkan umat Islam harus bersedia dengan iltizam yang tinggi, ibadat yang ikhlas, semangat keislaman yang mendarah daging, semangat jihad yg tebal, menolak amalan yang tidak berfaedah, mencintai syurga dan gerun terhadap neraka, menjadi kelompok yang berkasih sayang, berlapang dada dan bersatupadu serta membersihkan segala bentuk kekufuran dan kesyirikan secara global,
Akhir sekali, mimbar mengambil kesempatan untuk menyeru semua umat Islam agar bersatu dalam segala hal. Agama Islam adalah agama yang syumul. Umat Islam harus menjadi kebal apabila mereka bersatu atas nama Islam. Bangsa yang tidak bersatu bagaikan gugusan yang tercerai-cerai, mudah dikerjakan oleh musuh. Berpeganglah kepada syariat Allah, hukum Allah, peraturan Allah, perintah Allah dan hukum kemanusiaan. Kesatuan yang dibangunkan atas nama agama yang tulen akan memerdekakan umat Islam daripada tipuan musuh. Sebaliknya, kehinaan yang berpanjangan akan mengheret umat Islam sekiranya mereka masih bercakaran dan menjadikan perbalahan di sudut politik, kebudayaan dan lain-lain sebagai tajuk utama. Kesempatan yang terhad harus diambil oleh umat Islam supaya terus memahami di zaman apa mereka berada sekarang dan apa yang harus dilakukan demi keberuntungan agama.

Firman Allah:
(ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu (dalam peperangan Badar), lalu Allah perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu Dengan seribu (bala tentera) dari malaikat Yang datang berturut-turut.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


Di sediakan Oleh:
Ustaz Muhamad Naim Hashim
Imam Surau Al-Ikhlas

(DIBACA PADA SOLAT JUMAAT DI SURAU AL-IKHLAS PADA 9/1/2009)