Sahabat Ilmu

Isnin, 29 Ogos 2011

KHUTBAH AIDILFITRI 1432H / 2011M - IBNU MUSLIM


الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر

اَلْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَتُوْبُ إِلَيْهِ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَسَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا مَنْ يَهْدِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ. اَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ اِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. اَمَّا بَعْدُ: فَيَاعِبَادَ اللهِ : اُوْصِيْكُمْ وَنَفْسِي بِتَقْوَ اللهِ وَطَاعَتِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ. قَالَ اللهُ تَعَالَى فِى الْقُرْآنِ الْكَرِيْمِ: يَااَيُّهَا الَّذِيْنَ اَمَنُوا اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Allahu Akbar 3X Walillahilhamd..Kaum Muslimin Yang Berbahagia.
Pagi ini kita semua memiliki perasaan yang sama, yakni gembira. Gembira bukan kerana banyak makanan di rumah kita, bukan kerana wang kita lebih dari cukup atau bukan pula kerana pakaian kita baru. Tapi kita gembira kerana berada dalam kesucian jiwa, kebersihan hati setelah melaksanakan ibadah Ramadhan.

Bulan Ramadhan merupakan bulan penuh keberkatan dan maghfirah yang telah disambut oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia setiap tahun. Tetapi malangnya di Malaysia, kelebihan dan keberkatan beramal di bulan Ramadhan tidak begitu tertonjol kerana ditenggelami oleh seruan keseronokan menyambut 1 Syawal. Keseronokan raya diwar2kan, dipromosi oleh radio, televisyen, gedung2 pakaian, gedung2 membeli belah melampau-lampau sehinggakan kedahsyatan pahala ramadhan,lailatul qadar, peristiwa nuzul al-Quran, peperangan Badar dan pelbagai lagi tawaran2 Allah sepanjang Ramadhan pada tahun ini telah dilupakan dan disambut sekadar sambil lewa, ala kadar dan cukup makan sahaja.

3 fasa yang kita lalui sepanjang di bulan Ramadhan iaitu fasa kerahmatan, fasa keampunan dan fasa pelepasan dari api neraka..ini semua merupakan nikmat Allah yang besar pada hamba-hambaNya…tapi kita sangat sedih..bila menjelang sahaja hari raya…terlondeh semua tawaran-tawaran Allah pada kita sebagaimana yang dijanjikan. Sejak seminggu sebelum raya lagi, keluarlah iklan2 di TV, rancangan-rancangan menarik menjelang Eidul Fitri..bermula malam raya sehingga berminggu-minggu..bermacam-macam bentuk hiburan, kemaksiatan, kemungkaran, pesta dan sebagainya..

Sebab itulah pada bulan Ramadhan walaupun syaitan dirantai dan dipenjarakan tetapi masih ramai manusia yang malas beribadah, malas ke masjid solat berjamaah, malas baca al-Quran, malas solat tarawih, malas solat witir, malas berqiamullail bahkan ada yang masih melakukan kejahatan dan kemaksiatan sepanjang ramadhan. Semua ini berlaku kerana sebelum syaitan dirantai mereka telah dilantik secara rasmi oleh syaitan untuk menjadi pengganti syaitan selama mereka dipenjarakan. Firman Allah swt:

Apakah sifat Iblis dan syaitan?? Sifat Iblis dan syaitan yang dilaknat oleh Allah ialah sombong tidak mahu tunduk & sujud kepada arahan Allah dan membisikkan agar manusia melakukan kejahatan dengan menentang perintah Allah? Sekali sahaja Iblis membantah arahan Allah supaya dia sujud kepada Adam, diulangi hanya sekali sahaja Iblis menentang dan komplen arahan Allah, Iblis terus dihukum oleh Allah sebagai KAFIR DAN DIHALAU KELUAR DARIPADA SYURGA SELAMA-LAMANYA. Firman Allah swt:


Kita pada hari ini bukan sekali tidak mahu sujud kepada Allah tetapi ada manusia sehari lima kali tidak mahu sujud kepada Allah, sehari 5 kali membantah perintah Allah, sehari 5 kali melawan arahan Allah- itu untuk perintah solat sahaja, bagaimana pula kita tidak mahu tunduk pada perintah supaya berpuasa, berzakat, berhaji di mekah, berekonomi secara Islam, berniaga secara Islam, kenduri kawin secara Islam, berpakaian secara Islam, mengagihkan harta pusaka scara Islam, berhari raya secara Islam, berpolitik secara Islam, memerintah secara Islam, mengundi secara Islam, dan sebagainya mestimikut Islam..semuanya kita bantah..hari ini kita bukan sahaja tidak sujud kepada Allah dalam perintah solat tetapi segalanya perintah Allah kita lawan dan langgar. Persoalannya bagaimanakan kedudukan kita dihadapan Allah di mahsyar nanti jika kita mati tidak sempat bertaubat dan dalam suasana sedang menentang arahan Allah pemilik alam ini. Adakah kita layak untuk mendapat syurga Allah atau dihina seperti Iblis laknatullah dan terus ditendang ke dalam neraka Allah swt. Oleh itu, jika kita juga tidak mahu tunduk dan sujud kepada Allah, kepada peraturan&sistem Allah, kepada hukum dan undang2 Allah, kepada perintah dan larangan Allah maka kita sebenarnya ADALAH SYAITAN DIKALANGAN MANUSIA..Ingatlah pesanan Allah yang berbunyi:

Allahu Akbar 3X Walillahilhamd - Saudaraku Sidang Jemaah Sekelian,
Sebenarnya tiada hari raya bagi orang Melayu. Orang Cina ada hari raya cina, tahun baru cina, perayaan naga dan macam2 lagi. Orang melayu tiada hari raya melayu, tiada tahun baru melayu. Yang ada hanya Baju Melayu dan Keretapi tanah Melayu. Kita perlu ingat bahawa hari ini dan setiap 1 syawal kita menyambut hari raya kerana menumpang hari raya Islam. Aidilfitri dan aidiladha adalah hari raya Islam bukan hari raya Melayu- orang Melayu, cina, india, orang asli, orang amerika, orang afrika yang mengucap 2 kalimah syahadah menyambut hari raya aidilfitri. Oleh itu kita kena sedar bahawa apabila kita sambut aidilfitri bermakna kita tumpang hari raya Islam dan MESTI SAMBUT MENGIKUT PERATURAN DAN GAYA ISLAM BUKANNYA GAYA MELAYU.

Persoalannya apakah perbezaan diantara hari raya Melayu dan hari raya Islam.??

Hari Raya Melayu disambut dengan bergembira tanpa batasan hukum hakam agama dan disambut macam tiada pegangan agama. Saban tahun, tiada perubahan malah semakin menjadi-jadi, dengan dentuman2 mercun dan bunga api sejak di bulan ramadhan lagi. Sebenarnya budaya bermain mercun adalah budaya orang cina dalam perayaan mereka iaitu untuk menghalau roh-roh yang jahat. Persoalannya, orang Melayu sambut raya dengan budaya mercun untuk apa?? Adakah untuk halau hantu sedangkan orang yang bermain mercun itulah sebenarnya hantu kerana mereka melakukan suatu perkara yang sangt dibenci oleh Allah iaitu pembaziran. Firman Allah swt dalam surah Israk:


Muslimin Muslimat Rahimakumullah, Perayaan aidilfitri orang Melayu juga dicemari dengan gelagat artis yang terkedek-kedek menari, melalak, mendedahkan aurat, berpakaian jarang, bergaul bebas, bersalam-salam tanpa mengira mahram ataupun tidak, menghabiskan duit beratus dan beribu ringgit bukan untuk berderma dan bersedekah tetapi untuk perhiasan-perhiasan diri dan perabot rumah, beli tv baru dan sebagainya yang melampaui batas seolah-olah itulah sebenarnya tuntutan hari raya dalam Islam. Untuk makluman, itu bukan hari raya Islam tetapi hari raya syaitan. Sebulan di bulan Ramadhan, syaitan dan iblis dibelenggu dan dilepaskan apabila selesai umat Islam menunaikan solat sunat hari raya..maka mereka bertempiaranlah lari merayakan kebebasan mereka..apakah kita sebagai manusia nak samakan diri kita dengan syaitan yang menganggap selesainya Ramadhan, tibanya Syawal maka bolehlah kita merayakan pelepasan kita dari menunaikan puasa semahu-mahunya tanpa mengira halal dan haram. Makan semahu-mahunya memenuhi kantong perut seperti orang yang kebuluran tidak makan sebulan lamanya.

Tak kira dalam semua segi, pengisian hari raya pada hari ini lebih kepada maksiat dan mungkar…pawagam-pawagam melambai-lambai rindu..menghidangkan cerita-cerita menarik untuk mengisi aktiviti hari raya..maka berbondong-bondonglah para remaja bersama pasangan masing-masing berhari raya di pawagam-pawagam…bukan itu sahaja..ada yang lebih suka berhari raya bersama kekasih masing-masing ditaman-taman bunga dari menziarah nenek dan tok wan yang telah tua di kampung. Lebih teruk lagi, ada yang lebih rela bersalam-salaman dengan kawan-kawan dari mengucup tangan ayah bonda memohon kemaafan… tidak kurang juga yang berhari raya seharian didepan televisyen menonton pelbagai rancangan yang dihidangkan sehingga tetinggal solat fardhu dan tiada lagi tuntutan ziarah-menziarahi, silaturrahim dan perasaan untuk membesarkan Allah.

Sedangkan hari raya sebenar yang disebut dalam Islam merupakan hari fitrah manusia kembali seperti bayi yang baru lahir bersih dari dosa kerana keampunan Allah sempena Ramadhan yang dilalui..tetapi berapa kerat yang nak ambik peduli benda-benda macam ini.. Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ فَرَضَ صِيَامَ رَمَضَانَ وَسَنَنْتُ قِيَامَهُ فَمَنْ صَامَهُ وَقَامَهُ إِحْتِسَابًا خَرَجَ مِنَ الذُّنُوْبِ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ.

Allah yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi mewajibkan puasa Ramadhan dan aku mensunnahkan shalat malam harinya. Barangsiapa puasa Ramadhan dan shalat malam dengan mengharap ridha Allah, maka dia keluar dari dosanya seperti bayi yang dilahirkan ibunya (HR. Ahmad).

Ketika menjelangnya hari raya, Allah SWT memerintahkan supaya mengagungkan-Nya dan membesarkan-Nya dengan iringan rasa syukur di atas petunjuk-Nya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:


Berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala inilah antaranya, maka disunnahkan bagi umat Islam supaya bertakbir, bertahmid, dan bertasbih, atau disebut sebagai takbir hari raya. Umat Islam disunnahkan untuk bertakbir dengan suara yang lantang serta sebanyak-banyaknya di pagi hari raya ketika menuju ke tempat solat (musholla) sehingga ditunaikan solat aidilfitri.

Seiring dengan perintah mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta’ala, kita perlulah berusaha sedaya-upaya untuk meninggalkan apa jua bentuk maksiat atau perbuatan menyambut hari raya dengan amalan-amalan yang bid’ah dan mungkar. Malah hari raya ini sendiri diberikan oleh Allah swt antaranya sebagai ganti kepada bentuk-bentuk perayaan kaum jahiliyyah terdahulu. Anas B. Malik radhiyallahu ‘anhu berkata;

قَدِمَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَلَهُمْ يَوْمَانِ يَلْعَبُونَ فِيهِمَا فِي الْجَاهِلِيَّةِ، فَقَالَ: إِنَّ اللهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا: يَوْمَ الْفِطْرِ، وَيَوْمَ النَّحْرِ

“Ketika mula-mula Rasulullah SAW datang ke Madinah, penduduk Madinah ketika itu memiliki dua hari khusus untuk bergembira yang padanya mereka selalu bermain-main di masa Jahiliyah. Maka beliau kemudian bersabda: “Sesungguhnya Allah telah mengganti dua hari tersebut dengan yang lebih baik lagi darinya. Iaitu ‘Ied al-fithri dan hari an-Nahr (‘Ied al-adh-ha).” (Hadis Riwayat Ahmad, 19/65, no. 12006. Dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arnauth)

Allahu Akbar 3X Walillahilhamd -Sidang Hadirin Yang Berbahgia,
Sampai bila budaya-budaya sedemikian harus dibiarkan….budaya mencemarkan kesucian Syawal anugerah Allah kepada kita…..jadi..pihak ibubapa kenalah prihatin dan bertanggungjawab dalam hal ini kerana rosak anak-anak adalah disebabkan rosaknya ibubapa dan rosak rakyat adalah disebabkan rosaknya pemimpin. Selamat menyambut hari raya aidilfitri mengikut cara dan tunjuk ajar daipada Islam dan jangan sesekali menyambut aidilfitri dalam kemurkaan dan laknat Allah.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

KHUTBAH KEDUA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ

Firman Allah dalam ayat 22 surah ar-Ra’du:


Sidang Jamaah sekelian,

Setelah berakhirnya Ramadhan, pertahankanlah kejayaan perubahan diri yang telah dicapai. Masjid jangan dibiar sepi. Solat-solat yang wajib lebih utama untuk dijamaahkan berbanding Tarawih. Puasa 6 hari di bulan Syawwal dan puasa-puasa sunat yang lain jangan dilupakan. Anak-anak yatim jangan dibiarkan yatim 11 bulan.

Amal ibadah dan kebajikan mesti diteruskan. Sesungguhnya, usia mati kita lebih lama daripada usia hidup. Bekerjalah semasa hidup untuk membolehkan kita berehat semasa mati. Janganlah banyak berehat semasa hidup hingga menyebabkan kita dikerjakan selama mati!

Daripada Abi ‘Umar (ada yang memanggilnya Abi ‘Amrah) bin ‘Abdillah radhiyallaahu ‘anhu beliau berkata: Aku berkata, “Wahai Utusan Allah, katakanlah buatku berkenaan Islam perkataan yang aku tidak lagi perlu bertanya kepada sesiapa selainmu.” Kata Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, “KATAKANLAH AKU BERIMAN DENGAN ALLAH DAN KEMUDIAN BERISTIQAMAHLAH KAMU” [Hadith diriwayatkan oleh Muslim]

Akhirnya, marilah kita akhiri ibadah solat kita pada pagi ini dengan sama-sama berdoa:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اْلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَاتِ اِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعْوَاتِ.

Ya Allah, ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mu’minin dan mu’minat, baik yang masih hidup maupun yang telah meninggal dunia. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Dekat dan Mengabulkan doa.

اَللَّهُمَّ انْصُرْنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ النَّاصِرِيْنَ وَافْتَحْ لَنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ الْفَاتِحِيْنَ وَاغْفِرْ لَنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ الْغَافِرِيْنَ وَارْحَمْنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ الرَّاحِمِيْنَ وَارْزُقْنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ الرَّازِقِيْنَ وَاهْدِنَا وَنَجِّنَا مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِيْنَ وَالْكَافِرِيْنَ
Ya Allah, tolonglah kami, sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi pertolongan. Menangkanlah kami, sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi kemenangan. Ampunilah kami, sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi pemberi ampun. Rahmatilah kami, sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi rahmat. Berilah kami rizki sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi rizki. Tunjukilah kami dan lindungilah kami dari kaum yang dzalim dan kafir.

اَللَّهُمَّ اِنِّى أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عِلْمِ لاَ يَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لاَ يَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لاَ تَسْبَعُ وَمِنْ دُعَاءِ لاَيُسْمَعُ
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tak bermanfaat, dari hati yang tak khusyu dan jiwa yang tak pernah merasa puas serta dari doa yang tak didengar (Ahmad, Muslim, Nasa’I).

رَبَّنَا اَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami kehidupan yang baik di dunia, kehidupan yang baik di akhirat dan hindarkanlah kami dari azab neraka

Allahu Akbar 3X Walillahilhamd..wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..
TAQABBALALLAHU MINNA WAMINGKUM TAQABBAL YAA KARIM

Sabtu, 27 Ogos 2011

JADUAL DI KEDAH


Alhamdulillah.skrg (26/8) brada di kedah,sempat bbuka puasa dgn mak&abah di kg paya besar,baling serta menyampaikan tazkirah ramadhan di masjid kg slpas tarawih&sempat bsahur (27/8) bsama mak&bapa mentua di mergong a.setar. insyaallah mlm nnti (27/8) akn mnyampaikn tazkirah rmdhan dimasjid lebai hashim bkt minyak sbrg perai penang. ..amiin

Insyaallah esok 28/8- jam 10pg bersama YB ADUN K.KETIL&wakil Muslim Care serta PAS sg buaya-majlis sumbangan hariraya utk fakir miskin,anak yatim,ibu tunggal di perkarangan pusat khidmat YB k.ketil di hdpn stesyen bas pekan k.ketil.. semoga dipermudahkan Allah segalanya..amiin

ISLAM...DULU KINI DAN SELAMANYA

Khamis, 25 Ogos 2011

SUBKY LATIF BELA AZMIL MUSTAFA

24 Ramadhan 1432H,

KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Penulis veteran, Haji Subky Latif menyifatkan bekas pelakon, Azmil Mustafa (gambar) bercakap betul betapa yang mutlak ditakuti ialah Allah, bukan raja.

"Kalau takut pada raja itu sama takut pada Allah, ia menyamakan Allah dengan makhluk," kata Haji Subky.

Bagi beliau, kes ini sama seperti rakyat takutkan Fir'aun kerana menyangka Fir'aun itu tuhan.

Bagi beliau, "Raja wajar dihormati dan dimuliakan, tapi bukan ditakuti. Kalau ini yang dimaksudkan oleh Azmil, dia telah menyampaikan satu nasihat yang baik."

Sehubungan itu, Subky berkata, kalau ada kelemahan dalam penyampaian dia boleh ditegur, tetapi bukan diletakkan dia di kandang orang salah.

Baru-baru Azmil didakwa memberikan tazkirah di sebuah masjid dan didakwa menghina orang melayu dan raja-raja.

Tazkirahnya di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, di sini, dikatakan mengundang kemarahan kira-kira 300 ahli jemaah menunggu untuk menunaikan solat Terawih di masjid itu.

Berikutan itu, dua laporan polis dibuat terhadapnya di sini, semalam.

Bilal I Masjid An-Nur, Mohd Shafie Nasib berkata, pelakon itu memulakan sesi tazkirahnya selepas solat Isyak dan berlangsung selama lebih sejam sehingga menimbulkan kegelisahan ahli jemaah termasuk wanita yang menunggu untuk bersolat Terawih.

Bukan itu sahaja, aktor yang menempa nama menerusi filem-filem kisah cinta remaja pada zaman glamornya itu turut menyindir dan memperlekehkan institusi diraja yang dikatakan tidak patut ditaati kerana sewajarnya ditaati hanya Allah.

Sementara itu, para rakan Facebook Haji Subky menyokong penuh pandangan beliau itu.

Bagi mereka, isu ini sengaja dibesarkan oleh media Umno yang tidak senang duduk dengan kenyataan Azmil itu.-HD

TAKBIR LEBIH BAIK DARIPADA HIDUP MELAYU

25 Ramadhan 1432H,

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata laungan ‘takbir’ adalah lebih baik daripada laungan ‘hidup Melayu’ kerana laungan tersebut sekurang-kurangnya mengingatkan umat Islam kepada Allah SWT.

“Soal takbir ini, cuma saya ingat takbir ini lebih baik daripada hidup Melayu lah.

"Daripada kita duduk dalam ceramah hidup Melayu, hidup Melayu, apa pun tak dapat,” kata Tuan Ibrahim dalam wacana 'Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti' semalam yang disambut dengan sorakan daripada para hadirin.

Beliau berkata demikian sebagai mengusik Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang berkata laungan takbir itu boleh mengganggu orang yang sedang berucap atau berzikir, dan berkata akhir-akhir ini laungan takbir semakin menjadi-jadi semasa orang berucap dan bersyarah.

Laungan takbir itu sememangnya satu ungkapan lazim yang kedengaran dalam majlis-majlis dan ceramah yang dihadiri pemimpin PAS.

“Jadi kita takbir ini sekurang-kurangnya kita ingat pada Allah, kita bersama dengan Allah, kita tak lalai… Cuma apa Tan Sri kata terganggu ceramahnya, mungkin dia jarang dengar, kalau orang biasa dengar ok,” gurau Tuan Ibrahim lagi yang diiringi dengan ketawa daripada para hadirin.

Selain itu, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut melahirkan rasa kasihan kepada cerita pengalaman Harussani yang mana beliau ditolak untuk berjumpa dengan perdana menteri.

“Mufti pun kena tolak, kiralah tuan-tuan… lu pikirlah sendiri,” kata beliau yang mengundang ketawa besar kira-kira 500 peserta yang hadir dalam majlis kira-kira dua jam itu.

Dalam forum itu, Harussani berkata, beliau pernah ditolak dari berjumpa dengan Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi perdana menteri untuk menyampaikan pandangan agar Datuk Anwar tidak dipecat dan jangan dakwa Anwar kalau tidak ada bukti.

Menjawab soalan pengerusi majlis, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa ada anggapan dalam PAS bahawa ulama dalam Umno ini macam ‘terompah kayu’, Tuan Ibrahim berkata ini kerana ulama tidak diiktiraf oleh mana-mana parti atau pentadbiran negara.

“Saya lihat begini, yang pertama sekali, kita ulama ini ada tanggungjawab, kita ada amanah. Pertama, pengiktirafan… kalau kita duduk dalam satu parti yang tak ada pengiktirafan kepada ulama – nasihat kita tak didengar, pandangan kita tidak dipeduli, komentar kita diletak ke tepi, hata dalam isu hukum-hukum yang diberipun seolah-olah tidak mendapat pengiktirafan akhirnya kita, ulama yang duduk dalam politik, bukan menompang untuk mengambil atau sekadar untuk sahkan apa yang pemimpin kita buat.

"Bila pemimpin kita buat sesuatu, rujuk pada ulama hanya untuk mengesah. Tapi ulama memandu pemimpin supaya pemimpin ia buat sesuatu yang betul dengan pandangan syarak, bukan dia buat dan pandangan kita untuk cari nas untuk mengesahkan apa yang dia buat. Itu berbeza,” kata beliau disambut laungan takbir daripada hadirin.

Sambung Tuan Ibrahim,"Ulama sifatnya memandu sebab kita menganggap pandangan-pandangan lain bahawa ulama mendahului dalam pandangan… sebab itu bila kita guna istilah terompah kayu, istilah rice cooker, macam-macam lah istilah politik.

"Istilah ini menggambarkan kepada kita, orang perlu pada kita orang pakai, bila tak perlu letak ke tepi,” terang beliau.

Menurut Tuan Ibrahim, bukan setakat pandangan mufti diletakkan ke tepi, sehinggakan kini keputusan majlis fatwa pun ditolak.

“Pemimpin ini mesti dipandu sebab kalau pemimpin baik, rakyat akan jadi baik. Jikalau pemimpin punah, rakyat akan jadi punah. Soalnya siapa nak baiki pemimpin? Yang nak memandu pemimpin ini ulama… sebab itu ulama politik mesti memandu politik itu supaya tidak bercanggah dengan syarak.

"Soalnya sejauh mana kita boleh memandu, sekiranya pengiktirafan tak ada?” soal beliau.

Dalam PAS, kata beliau sebelum parti membuat keputusan ia perlu melalui Majlis Syura yang dipimpin oleh para ulama.

“Dalam erti kata lain, kalau parti nak buat sesuatu keputusan, dasar mesti diputuskan oleh Majlis Syura yang dipimpin oleh para ulama. Dalam PAS, kita pernah buat keputusan yang dalam politik kita rugi.

"Dalam konteks politik kita rugi, tapi oleh kerana syarak mahupun begitu, maka kita kena ambil itu. Sebagai contoh, kita mengambil Kelantan, kita tutup pusat-pusat perjudian, disco dan bar – yang confirmnya kaki disco tak undi kita, kaki judi tak undi kita (hadirin gelak), kaki kelab malam tak undi kita, dalam konteks politik kita rugi tapi apakah kita nak tanggung dosa yang bercanggah dengan syarak?” tanya beliau.

Bagi Tuan Ibrahim, ulama di mana-manapun, yang paling penting ia mendapat pengiktirafan.

“Tolong iktiraf pandangan ulama, tolong hargai. Ulama bukan ada kepentingan, hatta dalam PAS, ulama masuk PAS bukan kerana nak bertanding politik. Bertanding beberapa kerusi saja?

"Tapi pengiktirafan. Kita harapkan sebagai contoh, Tan Sri (Harussani) pernah mengeluarkan pandangan, fatwa supaya penghormatan kepada tugu tak dibuat… (tapi) di Melaka dibina tugu 1Malaysia, berapa ribu duit rakyat dihabiskan?

"Demikian juga, banyak fatwa-fatwa yang kadang-kadang kita buat keputusan tapi macam tidak dinilai, macam tidak ada penghargaan, jadi bila pandangan fatwa itu tidak dihargai… fatwa pun tidak dihargai, apa lagi ulama?” sindir beliau.-HD

Tahukah anda....

KEMULIAAN KHADIJAH BT KHUWAILID R.A

Di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w mengadap Allah,tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan "Wahai rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham,maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini."

Ternyata,kata-kata akhir begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal itu turut di kongsi berama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan itu.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"AdakahAllah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab "Bukan hanya kata-katanya sahaja Allah dengari malah bisikannya juga" lantas Allah berpesan kepada Jibril untuk menyampaikan salam kepada Saidatina Khadijah,wanita yang banyak menyumbang hartanya untuk menegakkan syiar Islam.

Jibril turun dan memberitahu Rsulullah s.a.w akan hal tersebut,lalu Rasulullah menyampaikan salam tersebut kepada isteri tercinta.Sebaik menerima salam itu,Saidatina Khadijah lantas melafazkan :

"Allahumma antas salaam waminkas salaam,wa ilaika ya 'uudus salaam,fahayyina rabbana bissalaam,wa adkhilna janata daaras salaam,tabaa rakta rabbanaa wa ta 'aalaita yaa dzal jalaali wal ikraam"

Bermaksud: Ya Allah,engkaulah kesejahteraan,dari mu lah asal kesejahteraan dan kepadaMu pula kembali keejahteraan,maka hidupkanlah aku dengan kesejahteraan dan masukkanlah aku le dalam syurga negeri kesejahteraan.Maha Mulia Engkau Ya Allah yang memiliki kemegahan dan kemuliaan.

Subhanallahhhhhh....

Contohilah....semoga kita mampu menjadi sepertinya, usah berkira untuk bersedekah,terutama untuk menegakkan syiar Islam...

Jangan mudah lupa bila rezeki melimpah-ruah....

Sumber : Al-Islam

PESANAN PEMIMPIN HAMAS


Ini adalah pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tarikh 11 Mei-17 Mei 2006 untuk siri kempen "Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS". Pesanan ini telah diterjemahkan oleh Maszlee Malik di atas permintaan Dr Khalil.

Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.



Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, danjuga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatantidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam diPalestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalahjihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti.Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini.

Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah menjadi barisan utamaperjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walaubagaimanapun tidak cukup untuk melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser,sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikhtersebut,gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kami telah menumpukan usaha untukpembinaan semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telahmenjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehinggalah dipertengahan 80'an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus sekular yangasalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagaipeneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini.Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukanhanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islamsemula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.

HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai jalan utama untukmemerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya.HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanjidengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka.HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dangigi sahaja. Itulah janji kami.

Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberikepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka. Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianyamerupakan ujian yang getir bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS.Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu ruangan politikpemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya perngorbanan.

Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kitatelah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yangjitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalahwakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalahpemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakahlagi yang akan menyedarinya???

Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagimemerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahn itu hanyalahmemerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabilamemerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasabesar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnyayang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaanyang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaanyang mewakili anda semua di seluruh dunia.



Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencaai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalanmakanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baruini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi.Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah diGaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampirdibatalkan kerana kekurangan kertas.

Mengapa ini semua?, ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestinoleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telahmemilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan keranakami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakankerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakahtekanan ini akan berakhir?



Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepadarakyat Palestin.Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untukmemulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untukmemulangkannya. Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin.Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui olehkerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua.

Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?

Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan.Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?

Umat Islam di Malaysia sekelian,

Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.

Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja,nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidakakan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya.

Umat Islam di Malaysia,

Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1(RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.

Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu.

Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.

Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini.

Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokongperjuangan rakyat Palestin.

Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.

Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini...

Allahu Akbar!!!

Saudaramu,
Khalil Ismail al-Haya
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin

POSTED BY IBNU ZAINAL ABIDIN

Selasa, 23 Ogos 2011

MANA MAK???

Renung2kan....
Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
SUMBER: melalui e-mel

Wacana "ULAMA POLITIK, Untuk Dakwah atau Parti?", 24 Ogos, 11 pagi, Shah Alam


Wacana Ilmiah Sinar Harian.

Tajuk "ULAMA POLITIK, Untuk Dakwah atau Parti?"

Ahli Panel :
1. Dato Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS Pusat) 2. Tan Sri Harussani Zakaria (Mufti Negeri Perak) 3. Fathul Bari Mat Jahaya (Ulama Muda UMNO)
Moderator :
Prof. Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Bekas Mufti Perlis)


Tarikh : 24 Ogos 2011

Waktu : 11.00 pagi - 1.30 tengah hari

Tempat : Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, Shah Alam

SIRI DAURAH PENGAJIAN KITAB & TAFAQUH FIDDIN BERSAMA TUAN GURU SYEIKH NURUDDIN AL-BANJARI



Siri Daurah Pengajian Kitab & Tafaquh Fiddin
MAJLIS ILMU

Bersama

TUAN GURU SYEIKH NURUDDIN AL-BANJARI
(Tokoh Ulama’ Nusantara)

Tarikh:
22-26 Ramadhan 1432 / 22-23 Ogos 2011 (5Hari)

Masa:
Selepas Solat Asar

(5.00 petang – 6.30 petang)

Tempat:
Masjid al-Muhsinin, Taman Danau Desa,
Off Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur

Pengisian:
Diskusi Kitab Karangan Tuan Guru Syeikh Nuruddin

Anjuran:
Persatuan Ulama’ Malaysia
Cawangan Wilayah Persekutuan

Dengan Kerjasama:
Masjid Al-Muhsinin &
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

013-6714932 / 013-4159597 (Fadhli)

Dahsyatnya Hari Qiamat dan Padang Mahsyar



Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004

POLIGAMI ADALAH HUKUM ALLAH



Poligami adalah peruntukan yang diberikan oleh syarak kepada lelaki. Dengan peruntukan tersebut lelaki boleh mengahwini wanita lebih daripada seorang dan tidak melebihi empat orang. Ianya bukan satu kewajipan, tetapi satu keizinan. Menjadi kewajipan bagi setiap muslim beriktikad bahawa hukum-hakam syarak yang diturunkan Allah S.W.T bukan untuk kepentingan zatNya yang agung, kerana Dia Maha Suci daripada bergantung kepada makhluk. Segala apa yang diturunkanNya adalah li maslahah al-`Ibad iaitu untuk kemaslahatan atau kepentingan hamba-hambaNya. Malangnya pada mutakhir ini wajah serangan terhadap Islam dan peraturannya bertopengkan agama untuk menghancurkan agama. Inilah hasil kelompok yang ingin memahami Islam daripada golongan orientalis dan musuh-musuhnya, malangnya mereka tidak dapat memahami Islam daripada karya-karya asli para ulama Islam.

Kata al-Imam `Izz al-Din `Abd al-Salam (meninggal 660H): dalam Qawa`id al-Ahkam fi Masalih al-Anam: “Kita telah ketahui daripada sumber-sumber syarak bahawa tujuan (hukum-hakam) syarak ialah untuk kemaslahatan hamba-hambaNya di sudut agama dan akhirat mereka. Bukannya masaqqah (kesusahan dalam mengamalkan syariat) itu yang dimaksudkan dengan kemaslahatan, tetapi maksudnya ialah apa yang diperolehi hasil dari masaqqah tersebut. Ini sama seperti seseorang doktor yang menyuruh pesakitnya meminum ubat yang sangat pahit. Tujuannya hanyalah untuk mengubati”. (1/29, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut).

Namun golongan yang tidak faham atau yang ingin mencari kesalahan untuk ditempelkan kepada agama sengaja melihat dari mata musuhnya. Hasrat mereka untuk menonjolkan kehebatan pemikiran Dunia Barat dan meperlekehkan Islam. Dalam masyarakat yang umatnya berpegang kepada Islam, golongan ini cuba memutar belitkan nas-nas agama untuk kepentingan pemikiran Barat. Mereka mengambil kesempatan dari kesalahan sikap sebahagian pengamal poligami untuk memukul sistem tersebut. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Markaz al-Mar’ah fi al-Hayat al-Islamiyyah: “Sesuatu yang amat mendukacitakan apabila sebahagian daripada penyeru-penyeru kepada sistem Barat yang ada di tanahair Arab dan umat Islam mengambil kesempatan apa yang berlaku pada sesetengah muslimin yang menyeleweng. Lalu mereka ini bangkit menyuarakan agar ditutup pintu poligami sama sekali. Mereka ini pagi dan petangnya hanya membicarakan mengenai keburukan poligami. Padahal dalam masa yang sama mereka mendiamkan diri seperti diamnya orang di dalam kubur mengenai keburukan zina, yang dengan dukacitanya diharuskan oleh sistem perundangan manusia yang menghukum negara-negara umat Islam hari ini."(m.s 31 cetakan Maktabah Wahbah, Mesir).

Inilah hakikat yang berlaku pada hari ini, di mana berlakunya perzinaan yang berleluasa yang membabit sebahagiannya lelaki yang mempunyai isteri yang memangsa wanita yang bersedia dimangsa dirinya, yang keburukannya akan menimpa isterinya yang sah dan keluarga. Begitu juga hubungan seks yang begitu yang bebas yang dicerminkan oleh masyarakat yang sedang parah, di samping adanya media massa yang bersedia menjadikan kisah-kisah tersebut sebagai bahan paparan yang menguntungkan. Malangnya golongan ini hanya diam, tiada isu yang hendak dimainkan mereka. Namun jika mereka melihat adanya peluang yang membolehkan mereka memukul agama dengan senjata yang meracun akidah maka mereka jadikan ianya perbahasan yang boleh membantu mereka menimbul keraguan golongan awam yang tidak faham terhadap Islam.

Katanya Dr. Yusuf al-Qaradawi lagi “Adapun pendapat yang menyatakan bahawa berpoligami membawa keburukan kepada keluarga dan masyarakat ianya adalah pendapat yang mengandungi kekeliruan yang nyata. Kita katakan kepada mereka yang keliru ini: Sesungguhnya syariat Islam tidak mungkin menghalalkan untuk manusia sesuatu yang memudaratkan mereka, seperti mana ianya tidak mungkin mengharamkan manusia sesuatu yang memberi manfaat kepada mereka. Bahkan telah dipastikan menerusi nas (al-Quran dan al-Sunnah) dan kajian bahawa syariat Islam tidak menghalalkan melainkan perkara yang baik lagi manfaat. Juga ianya tidak mengharamkan melainkan yang keji lagi mudarat. Inilah yang digambarkan oleh al-Quran dengan ungkapan yang indah lagi padat ketika menyifatkan Rasulullah S.A.W, seperti yang dikhabarkan oleh buku ahli kitab, iaitu: (maksudnya) " (sifat-sifatnya di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka) Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka." (Surah al-`Araf :157).

Sambung al-Qaradawi: “Inilah apa yang diraikan oleh Syariat Islam dalam persoalan poligami, ianya telah menimbang antara segala kebaikan dan keburukan, segala manfaat dan mudarat, kemudianya ia mengizinkannya kepada sesiapa yang perlu dan dikawal dengan syarat bahawa pengamalnya percaya terhadap dirinya bahawa dia dapat menjaga keadilan dan tidak takut berlakunya kezaliman dan berat sebelah. Firman Allah dalam Surah al-Nisa ayat 30: (maksudnya):“Jika kamu takut tidak berlakua adil maka hanya seorang isteri. (m.s 133-134)

Persoalan seperti poligami ini sebenar tidak boleh dibincangkan dengan nada emosi kewanitaan yang tidak terbimbing semata, atau pandangan sekumpulan lelaki yang takutkan isteri mereka. Hukum-hakam syarak memenuhi tuntutan akal yang waras dan logik yang kukuh sekalipun mungkin emosi membantahnya. Jika kita melihat kepada seseorang doktor yang menyuntik seorang bayi dengan jarumnya sehingga menyebabkan bayi tersebut menangis, andainya fikiran kita tidak dipenuhi pengetahuan tentang kebaikan tindakan doctor tersebut, kita tentu akan membantah dan menganggap doktor seorang yang zalim, menginayai bayi tersebut sehingga dia kesakiatan dan menangis. Namun apabila pengetahuan kita cukup kita tidak lagi melihat kepada tangisan bayi tetapi kepada kebaikan yang akan diperolehinya. Demikian juga poligami. Sesiapa yang ingin melihat keindahan hikmah poligami maka baca karya Dr. Mustafa al-Siba`I r.h, iaitu Al-Marah: Bain al-Fiqh wa Al-Qanun.

Sebenarnya bukanlah Islam sahaja yang memulakan keizinan berpoligami. Agama-agama lagi juga telah mengizinkannya. Bahkan pihak gereja seperti yang dinyatakan oleh Waster Mark, telah mengiktiraf poligami sehingga ke kurun yang ke tujuh belas, di mana perlaksanaanya ketika itu begitu meluas.

Kata Dr Zaki Abdul Karim Naik dalam bukunya Most Common Questions About Islam: Tiada dalam mana-mana buku agama (selain Islam) samada Vedas, Ramayanan, Mahabharat, Geetha, Talmud dan Bible had bilangan isteri. Berdasarkan buku-buku tersebut seseorang boleh mengahwini sebanyak mana yang dia suka. Katanya juga: Pada peringkat awal, seseorang lelaki Kristian diizinkan berkahwin sebanyak mana bilangan isteri yang dia suka, kerana Bible tidak menghadkan bilangan isteri. Hanya beberapa kurun kebalakangan ini gereja menghadkan bilangan isteri hanya satu. Poligami juga diizinkan dalam Yahudi. Ini berdasarkan undang-undang Talmud., di mana Nabi Ibrahim isterinya tiga, Nabi Sulaiman isterinya seratus. Perlaksanaan poligami berterusan dalam Yahudi sehinggalah Rabai Gersom Ben Yehudah (960-1030M) mengeluarkan perintah menentangnya. Namun masyarakat Yahudi Sephardic yang hidup di kalangan umat Islam terus mengamalkannya sehingga tahun 1950..(m.s.3 , published by Saba Islamic Media)

Bezanya Islam apabila mengizinkannya menyertainya dengan peraturan dan disiplin yang mesti dipatuhi. Jika disiplin itu tidak dipatuhi hanya diizinkan satu. Maka Al-Quran satu-satu kitab agama di atas muka bumi ini yang menentu satu isteri bagi yang tidak dapat berlaku adil. Ini sama seperti semua perkara di dalam Islam ada peraturannya. Sehingga yang berkahwin seorang (monogami) juga ada disiplin dan peraturan yang mesti diikuti. Persoalan keadilan untuk isteri, bukan sahaja bagi yang berpoligami, yang bermonogami juga mesti adil terhadap isterinya yang seorang tersebut, cumanya konteks pengendaliannya sahaja yang berbeza. Bahkan setiap bapa yang memiliki lebih dari seorang anak juga mesti adil terhadap anak-anaknya.

Dalam banyak kes kecuaian dan kezaliman rumah tangga tidak berfaktor pologami. Bahkan ianya berfaktorkan sikap suami itu sendiri, atau hubungannya dengan wanita luar tanpa keizinan syarak, atau tekanan-tekanan luar. Malangnya hal ini tidal difahami dengan baik oleh sesetengah pengulas poligami. Apatah lagi sebahagian pengulas tersebut adalah wanita yang tidak memiliki rumah tangga. Kata Dr. Wahbah al-Zuhaili: “Bukanlah poligami yang menyebabkan anak-anak terbiar seperti yang didakwa mereka. Sebaliknya berpunca dari pengabaian bapa terhadap pendidikan anak-anak, mabuk arak, ketagihan dadah, tenggelam dalam nafsu, berjudi, berulang-alik ke kedai kopi, pengabaian keluarga dan lain-lain”. (Wahbah al-Zuhaili, Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 7/173, cetakan Dar al-Fikr, Beirut)

Islam tidak memaksa lelaki berpoligami, tetapi mengizinkannya sebagai keharusan yang dapat menyelesaikan banyak masalah. Namun pemikiran barat telah menghantui sebahagian pengulas poligami ini. Apabila ada kes ketidakadilan yang dilakukan oleh sebahagian pengamal poligami maka system itu disalahkan. Adalah tidak pelik untuk mereka ini mengikut jejak langkah barat suatu hari nanti mengizinkan hubungan tanpa nikah atas alasan perkahwinan mengongkong wanita dan menzalimi mereka. Bila mereka melihat ada suami yang tidak adil maka perkahwinan akan dianggap menginayai wanita dan patut dicegah.

Allah SWT mengizinkan poligami dengan nas al-Quran dan praktikalnya oleh Nabi S.A.W dan para sahabah. Malangnya di kebelakangan ini ada kecenderungan golongan yang mendakwa muslim meminggirkan al-Sunnah dan ingin hanya berhujah dengan al-Quran dengan tafsiran secara ‘sendiri berhad’ tanpa melihat apa yang menjadi tuntutan untuk seseorang menafsirkan kitab Allah. Sabda Nabi s.a.w: “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi. Demikian juga Ibn Hajar al-`Asqalani menyebut di dalam Fath al-Bari :sanadnya baik.

***lihat tulisan Ustaz Mohd Asri "
Bahaya Golongan al-Riwaibidoh".

Ada di kalangan yang menentang poligami ini cuba menyalah tafsirkan ayat Allah dalam Surah al-Nisa’ ayat 129: (maksudnya) Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya).

Kata mereka ayat ini membatalkan apa yang disebut dalam ayat 30 dalam surah yang sama : (maksudnya): “Jika kamu takut tidak berlaku adil maka hanya seorang isteri”.

Sebenarnya dakwaan mereka secara tidak langsung adalah tohmahan terhadap Nabi S.A.W., para sahabah dan generasi para ulama Islam sejak dahulu seakan-akan mereka semua tidak memahami al-Quran sehingga mengharuskan poligami untuk diri mereka dan umat.

Ayat 129 Surah al-Nisa’ itu sebenarnya membicarakan tentang keadilan mutlak yang tidak mungkin dapat diberikan oleh insan. Keadilan mutlak membabitkan semua aspek; perasaan kasih sayang yang ada di dalam hati, cara hubungan seks dan segalanya. Ini semua bukan dalam batas kemampuan insan. Sehinggakan insan tidak mampu menjadikan kadar kasih sayangnya terhadap anak-anaknya sama, demikian jugalah terhadap isteri-isterinya. Bagi anak yang lebih manja dan pandai mengambil hatinya tentu perasaan cintanya lebih. Demikian juga isteri. Namun apa yang dituntut ialah agar persoalan akhlak pergaulan dan sikap, persoalan kebendaan hendaklah dalam timbangan keadilan dan kesaksamaan kerana itu dalam batas kemampuan insan. Tidak boleh dijadi perasaan cinta di dalam hati membawa kepada ketidakadilan dalam tindakan. Oleh itu sambungan ayat itu menyebut: (maksudnya) oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Baginda S.A.W menyebut dalam hadith: Daripada `Aisyah R.A: Bahawa Nabi S.A.W membahagikan hak di antara isteri baginda dengan adil. Baginda bersabda: Ya Allah inilah pembahagianku apa yang miliki, jangan Engkau salahku dalam apa yang aku tidak miliki. (Riwayat al-Nasai, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah. Al-Hakim (meninggal 405H) mensahihkannya dalam Al-Mustadrak 2/554, cetakan Dar al-Ma’rifah, Beirut dan disetujui oleh al-Zahabi (meninggal 748H).

Kata Abu Daud ketika meriwayat hadith ini maksud apa yang aku tidak miliki ialah hati, iaitu cinta yang lebih dan kecenderungan hati. (lihat Al-`Azim al-Abadi, `Aun al-Ma’bud, 6/121, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut).

Maka kecenderungan hati yang menyebabkan tidak sama dalam kasih sayang tidak dianggap salah di sisi Allah selagi mana tidak berlakunya ketidak adilan dalam tindakan. Inilah maksudnya ayat tersebut. Malangnya mereka ini hanya ingin menjadikan agama menurut fikiran mereka lalu mereka tidak merujuk apa yang ditafsirkan oleh para muhaddithin (ulama hadith), mufassirin (ulama tafsir) yang muktabar. Antaranya apa yang disebut oleh al-Imam al-Qurtubi (meninggal 671H) dalam tafsirnya Al-Jami li Ahkam al-Quran: “Dalam ayat tersebut Allah memberitahu ketidakmampuan melakukan keadilan di antara isteri dalam kecenderungan tabii seperti cinta dan hubungan seks dan perasaan dalam hati. Maka Allah mensifatkan hal manusia bahawa mereka dengan sifat semulajadinya tidak dapat mengawal kecenderungan hati mereka kepada sesuatu perkara atau sebaliknya...kemudian Allah melarang manusia dengan firmanNya: (maksudnya) “janganlah kamu cenderung dengan melampau” yakni jangan kamu sengaja menyakiti, sebaliknya hendak sama rata dalam pembagian dan nafkah, kerana ini perkara yang seseorang mampu melakukannya." (5/407, cetakan Dar al-Fikr, Beirut)

Demikian jika mereka merujuk kepada tafsir muktabar yang lain yang menjadikan panduan tafsiran mereka al-Quran itu sendiri, sunnah Nabi dan perjalanan para salaf soleh (generasi awal Islam yang beriltizam). Kata al-Syeikh `Abd Allah Nasih `Ulwan r.h: Musuh-musuh Islam daripada kalangan atheis dan orientalis cuba menentang peraturan Islam dengan menimbulkan tohmahan-tohmahan palsu, keraguan-keraguan dan serangan-serangan yang hasad terhadap Islam demi menimbulkan syak orang ramai terhadap kebaikan peraturan Islam, kesesuaiannya sepanjang zaman dan masa. Maka ada orang Islam yang menyambut pandangan-pandangan mereka serta beriman dengan akidah dan pemikiran mereka dan jatuh ke dalam perangkap syak dan tohmahan mereka. Di antara tohmahan dan serangan yang mereka timbulkan ialah keharusan Islam bagi peraturan poligami. (`Abd Allah Nasih `Ulwan, Ta`addud al-Zaujat fi Islam, m.s: 9, Dar al-Salam, Kaherah)

Adapun pandangan yang mensyaratkan keizinan isteri pertama atau kadi atau mahkamah syariah bagi sesiapa yang ingin berpoligami adalah sesuatu yang ditolak. Para ulama kontemporari telah menjelaskan alasan penolakan ini dalam tulisan-tulisan mereka. Masalah keadilan suami adalah sesuatu yang tidak dapat dinilai sebelum perkahwinan berlaku. Bagaimanakah mungkin seseorang kadi atau sesuatu pihak dapat mendakwa bahawa si pulan jika beristeri dua tidak akan adil? Bagaimana pula seseorang dapat memutuskan si pulan yang lain jika beristeri dua adil? Bahkan ada orang yang disangka adil tetapi ternyata sebaliknya. Ada yang dianggap pendapatannya kurang tapi bila berkahwin dua, pendapatannya bertambah.

Sikap adil atau bertanggungjawab terhadap isteri bukan hanya kepada yang beristeri lebih daripada satu tetapi juga kepada yang beristeri satu. Kalau hak ini diberikan kepada kadi maka nanti yang ingin berkahwin satu juga akan dinilai oleh kadi sama dia boleh bertanggungjawab atau tidak. Kemudian nanti yang ingin menambah anak atau memperolehi anak juga akan dinilai dia mampu atau tidak? Apakah kita lupa, ramai yang sikapnya berubah menjadi lebih cemerlang selepas perkahwinan, atau rezeki semakin bertambah selepas bertambah bilangan anak.


Sebab itulah Perhimpunan Kajian Islam (Majma’ al-Buhuth al-Islamiyyah) pada muktamarnya yang kedua di Kaherah tahun 1975 membuat keputusan seperti berikut: “Adapun berhubung dengan poligami, maka pihak muktamar memutuskan bahawa ianya adalah harus dengan jelasnya berdasarkan nas-nas al-Quran al-Karim juga dengan syarat-syarat yang berkaitan dengannya. Adapun penggunaan hak ini adalah terpulang kepada pihak suami, ianya tidak memerlukan keizinan kadi”.

Dr. Abd al-Karim Zaidan menyebut di dalam bukunya Al-Mufassal fi Ahkam al-Marah: “Aku melihat tidak harus dari segi syarak memberikan kelayakan berpoligami ditentukan kadi, atau mengaitkan keharusan berpoligami dengan izin kadi.” Kata beliau juga: “Antara bukti yang menyokong keputusan Majma’ al-Buhuth al-Islamiyyah di atas ialah tidak pernah disebutkan kepada kita pada mana-mana zaman Islam, sejak Rasulullah S.A.W sehingga ke zaman selepasnya bahawa sesiapa daripada kalangan fuqaha (ulama feqah) mensyaratkan keizinan kadi untuk sesiapa yang ingin berpoligami. Kalaulah syarat ini disyariatkan maka sudah tentu kitab-kitab fekah dan kehakiman (qadha`) menyebut berlakunya atau cadangan mengenainya. Apabila ianya tidak menyebut hal ini sedikit pun, maka inilah dalil yang putus terhadap ijma’ sukuti (ijmak secara diam) mengenai tidak dikaitkan keharusan berpoligami dengan keizinan kadi. Maka cadangan untuk itu sekarang ini adalah memecahkan ijmak. (`Abd al-Karim Zaidan, Al-Mufassal fi Ahkam al-Marah, 6/294, cetakan Muassasah al-Risalah, Beirut)

Juga Dr Wahbah al-Zuhaili membantah pandangan ini dengan memberikan beberapa hujahnya di dalam al-Fiqh al-Islam wa Adillatuh. Sila yang ingin pendetilan rujuk di bawah tajuk al-Dakwah ila Ja’l ta`addud al-Zaujat bi Izn al-Qadi. Antara tokoh lain ialah Dr.Muhammad `Uqlah dalam bukunya Nizam al-Usrah fi Al-Islam yang menganggap syarat keizinan kadi sebagai pemikiran yang bid`ah dan boleh membawa kepada hubungan zina. (m.s: 324, cetakan Maktabah al-Rasalah al-Hadithah, Jordan).

Sesungguhnya Islam boleh diumpamakan sebuah kedai yang menyediakan berbagai jenis ubat untuk semua jenis penyakit. Jangan kerana ada ubat yang dijual itu tidak bersesuaian dengan penyakit kita maka kita menganggap ubat tersebut mesti dihapuskan. Poligami adalah salah satu ubat bagi penyakit yang bersesuaian dengannya. Menghalang zina dan membantu wanita. Bagi yang tidak memerlukan ubat ini dia tidak disuruh meminumnya.

Janganlah kerana sikap atau penyakit seseorang yang teracun dengan racun Barat lalu dia ingin membakar kedai ubat yang menjual poligami. Bagi racun yang dimakan itu ubatnya adalah memahami akidah dan takutkan hukum-hakam Allah. Kembali kepada Islam, membacanya bahan tanpa prajudis dan kebencian. Baiki akidah dan kepercayaan terhadap al-Din ini.

Source: www.al-ahkam.net

Read more:
http://www.resepirahsiaku.com/2011/05/poligami-adalah-hukum-allah.html#ixzz1VoAxdQOX