Sahabat Ilmu

Selasa, 23 Julai 2013

Indahnya Sakaratul Maut Hujjatul Islam...

Adik Imam al-Ghazali, Ahmad menceritakan saat menjelang ajal abangnya: 

“Pada waktu subuh hari Isnin, abangku Abu Hamid mengambil wuduk lalu bersolat. Kemudian beliau berkata: “Bawakan kain kapanku,” lalu diambil dan dicium serta diletakkan di mata sambil berkata lagi: “Aku patuh dan taat untuk masuk kepada malaikat.” 

Kemudian al-Ghazali mengunjurkan kakinya dan menghadap ke kiblat dan wafat sebelum matahari terbit.

”Imam al-Ghazali wafat pada pagi Isnin, 14 Jamadilakhir 505H/19 Disember 1111M di Tus dengan kitab hadis atas dadanya.

Jenazah beliau dikebumikan di makam al-Tabaran, bersebelahan dengan makam penyair besar yang terkenal, Firdausi.

Diceritakan bahawa Syeikh Abul Hasan al-Syadzili bermimpi bahawa dia melihat Nabi s.a.w. menunjukkan Imam al-Ghazali kepada Nabi Musa dan Isa, sambil bertanya kepada kedua mereka, “Adakah terdapat orang alim yang bijaksana dalam umat anda berdua?” Jawab keduanya tidak ada.

WASIAT IBNU HAITHAM

Selagi Usia Masih Ada... (Ibnu Haitham)

"Selagi usia masih ada dan aku boleh melakukan kegiatan ilmiah tersebut dengan mengerah seluruh tenaga dan kekuatan, tiga perkara yang aku harapkan:

Pertama: Semoga boleh membantu dan memberi kebaikan kepada orang yang mencari kebenaran, seterusnya dia boleh memanfaatkannya sama ada aku masih hidup atau selepas aku mati.

Kedua: Aku menjadikan perkara tersebut sebagai suatu usaha untuk menyatakan perkara-perkara yang timbul di dalam pemikiran aku setelah diteliti secara mendalam mengenai ilmu-ilmu tersebut.

Ketiga: Aku menjadikannya sebagai bekalan dan persiapan untuk hari tua."

(Ibnu Haitham)

WASIAT SAID AN-NURSI

"Kalau tiada orang yang mahu mendengar kalam bicara dakwahmu, teruskan juga menyampaikan kerana seluruh alam memahaminya. Malah seluruh alam gembira mendengar dan menyahut kalam-kalam yang mengagungkan Tuhan."

(Badiuzzaman Said An-Nursi)

3 GOLONGAN

Sesungguhnya Allah s.w.t mengasihi tiga orang dan lebih mengasihi tiga orang dan sesungguhnya Allah murka kepada tiga orang dan lebih memurkai tiga orang.

Kasih Allah:

* Sesungguhnya Allah s.w.t mengasihi orang tua yang taat kepada perintah-Nya tetapi Allah lebih mengasihi remaja yang mentaati perintah-Nya.

* Sesungguhnya Allah mengasihi orang fakir yang rendah diri ( tawadu') tetapi Allah lebih mengasihi orang kaya yang bersikap rendah diri ( tawadu')

* Sesungguhnya Allah mengasihi orang kaya yang pemurah tetapi Allah lebih mengasihi orang miskin yang pemurah.

Kemurkaan Allah:

* Allah membenci pemuda yang membuat maksiat tetapi Allah lebih membenci orang tua yang melakukan maksiat.

* Allah membenci orang kaya yang takabbur( sombong ) tetapi Allah lebih membenci kepada orang miskin yang sombong (takabbur).

* Allah membenci orang fakir yang kedekut tetapi Allah lebih membenci orang kaya yang kedekut

KERAS HATI

Ibnu al-Qayyim rahimahullah mengatakan dalam kitabnya Bada’i al-Fawa’id [3/743], 

“Tatkala mata telah mengalami kekeringan disebabkan tidak pernah menangis kerana takut kepada Allah SWT, maka ketahuilah bahwa sesungguhnya keringnya mata itu adalah bersumber dari kerasnya hati. Hati yang paling jauh dari Allah adalah hati yang keras.”

MENGGAPAI TAQWA

Jika Taqwa itu bermaksud menempuh hidup ini dengan penuh 
hati-hati sebagaimana seorang yang melalui jalan penuh duri bagai 
yang didefinisikan oleh Ubai bin Ka’ab Radiyallahu ‘anhu, 
maka mampukah diri ini menempuh jalan yang berduri itu, 
sedangkan kehidupan beragama di akhir zaman ini seumpama menggenggam bara api.