Sahabat Ilmu

Khamis, 2 Ogos 2018

Akhirat Tempat Dituju

☆Tadabbur Kalamullah 18 Syawal 1439H☆

يَا قَوْمِ إِنَّمَا هَٰذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَإِنَّ الْآخِرَةَ هِيَ دَارُ الْقَرَارِ

"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal" [Surah Ghafir 39]

#Kehidupan yang kekal ialah di negeri akhirat. Jangan sesekali terpedaya dengan kenikmatan dan kesenangan hidup didunia. Walaupun kita dikurniakan kesenangan harta dunia dan seluruh isi dunia sekalipun, kehidupan dunia tetap hanya sementara dan bakal musnah serta kita dibawa pulang ke alam akhirat yang kekal.

فَإِذَا نُفِخَ فِي الصُّورِ نَفْخَةٌ وَاحِدَةٌ * وَحُمِلَتِ الْأَرْضُ وَالْجِبَالُ فَدُكَّتَا دَكَّةً وَاحِدَةً * فَيَوْمَئِذٍ وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ * وَانْشَقَّتِ السَّمَاءُ فَهِيَ يَوْمَئِذٍ وَاهِيَةٌ

"Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup. Dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur. Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat. Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh)" [Surah al-Haqqah 13-16]

#Allah mengatakan dalam ayat yang lain bahawa kehidupan akhirat adalah kehidupan yang kekal selama-lamanya namun manusia lalai mengingatinya.

 ۚ وَإِنَّ الدَّارَ الْآخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُ ۚ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

"...Dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)" [Surah al-Ankabut 64]

بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا * وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ

"Bahkan kamu mengutamakan kehidupan dunia. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal" [Surah al-A'la 16-17]

#Perkara besar yang perlu kita fikirkan sebelum kita kembali ke negeri akhirat ialah beramal sebaik mungkin agar kita selamat mendiami syurga Allah swt di sana.

#Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyyah berkata: “Manusia sejak diciptakan sentiasa menjadi musafir, tempat akhir perhentian perjalanan mereka samada syurga atau neraka.”

♡Akhiratlah perhentian terakhir dan merupakan kehidupan yang sebenar-benarnya samada kita akan bahagia selama-lamanya atau kesengsaraan yang akan dinikmati. Siapkanlah bekal amal yang berkualiti dan mencukupi untuk melayakkan kita meraih kebahagiaan hidup di akhirat♡

🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah

FB PAGE:
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

BLOG :
https://tadabburkalamullah.wordpress.com

Tiada ulasan: