Daripada Saidina Anas Bin Malik r.h, telah bersabda Baginda Nabi Saw :
ليس بخيركم من ترك الدنيا للآخرته ولا الآخرته للدنياه حتى يصيب منهما جميعا. فإن الدنيا بلاغ إلى الآخرة ولاتكونوا كلا على الناس
رواه ابن عساكر
ليس بخيركم من ترك الدنيا للآخرته ولا الآخرته للدنياه حتى يصيب منهما جميعا. فإن الدنيا بلاغ إلى الآخرة ولاتكونوا كلا على الناس
رواه ابن عساكر
Maksudnya : Bukanlah sebaik-baik kamu yang meninggalkan dunia untuk akhiratnya dan akhirat untuk dunianya sehingga dia mendapat semua dari kedua-duanya. Sesungguhnya dunia ialah jalan menuju akhirat, dan janganlah kamu menjadi beban tanggungan ke atas manusia.
- Hadith riwayat Ibnu A'sakir -
- Hadith riwayat Ibnu A'sakir -
Huraian hadith :
1. Kita tidak disuruh untuk meninggalkan dunia kerana mencari akhirat iaitu dengan tidak mempedulikan urusan dunia.
2. Kita juga tidak disuruh untuk meninggalkan akhirat kerana mencari dunia iatu dengan tidak menpedulikan urusan akhirat.
3. Kita dilarang untuk menyusahkan orang lain dengan bebanan tanggungjawab yang tidak sepatutnya.
Dunia dan akhirat perlu seimbang. Bukan bermaksud kita ambil dunia 50 % dan akhirat 50 %. Tetapi hakikatnya kita mengambil dunia keseluruhannya iaitu 100% dengan memanfaatkan kehidupan dunia itu untuk akhirat 100 %.
Dengan erti kata yang lain, awasi kehidupan dan kenikmatan dunia dengan berpandukan matlamat akhirat iaitu mencari keredhaan allah swt.
Contohnya :
- Bekerja (urusan dunia) dengan niat yang ikhlas (urusan akhirat) penuh tanggungjawab untuk mendapatkan rezeki yang halal menyara kehidupan keluarga .
- Bersukan (urusan dunia) dilakukan dengan niat untuk sentiasa sihat dan dapat menjalankan ibadah dan tanggungjawab (urusan akhirat)
- Mencipta kenderaan (urusan dunia) dengan niat untuk memberi manfaat kepada manusia (urusan akhirat) menggunakannya serta memudahkan urusan mereka dan sebagainya.......
Setiap perbuatan kita di dunia ini perlu disertakan dengan matlamat akhirat untuk mendapat keredaah Allah swt.
Kisah tauladan :
Seorang lelaki telah menghina dunia dengan kata-kata, seolah-olah dunia ini semuanya tidak mendatangkan manfaat dan kebaikkan.
Maka Saidina Ali k.wh yang mendengar, menyangkal kata-kata lelaki tersebut dengan kata-katanya :
الدنيا دار صدق لمن صدقها . الدنيا دار نجاة لمن فهم عنها . الدنيا دار غني لمن تزود منها
Yang bermaksud : Dunia itu adalah tempat yang benar bagi sesiapa yang memanfaatkannya dengan kebenaran. Dunia itu tempat yang sejahtera dan selamat bagi sesiapa yang menghayati kehidupan darinya. Dunia itu tempat yang penuh dengan kekayaan bagi sesiapa yang memanfaatkannya dengan mengambil bekalan darinya.
Akhirnya :
Semoga Kita semua dapat memuhasabah diri, sejauh mana kehidupan dunia ini kita gunapakai untuk manfaat akhirat.
Moga-moga usia yang semakin bertambah, mendekatkan diri kita dengan Allah swt dan mencari keredhaannya dalam meniti kehidupan dunia untuk menuju ke negeri akhirat yang kekal abadi di sana insyaallah.
والله أعلم بالصواب وهو الهادي إلى سبيل الرشاد
Tiada ulasan:
Catat Ulasan