Sahabat Ilmu

Selasa, 17 November 2009

Program Cuti Sekolah - Mini Tahfiz

PENGENALAN

Program ini diadakan untuk mengisi masa lapang anak-anak ketika cuti sekolah. Dalam keadaan dunia sekarang ini, adalah terlalu banyak unsur-unsur negatif yang boleh memberikan impak kepada anak-anak. Modul khas ini diharapkan dapat mengisi masa anak anak di dalam kelompok yang terkawal disamping memberikan dan menyediakan mereka dengan kekuatan untuk menempuhi alam dewasa nanti.

MATLAMAT & OBJEKTIF

Mengisi masa cuti sekolah dengan mempelajari ilmu agama dan bersosial sesama kawan-kawan seprogram di dalam satu kelompok terkawal yang berunsurkan islam.
Mentarbiahkan anak-anak dengan pendidikan yang berkonsepkan pelajaran agama bagi menyediakan mereka untuk memasuki pintu kedewasaan
Menunjuk ajar kaedah / teknik menghafal surah-surah terpilih yang sering dibaca pada setiap waktu sembahyang.

KELOMPOK SASARAN

Untuk pelajar berumur 9 hingga 18 tahun

TARIKH PROGRAM

Bermula dari 25hb. November 2009 sehingga 25hb. Disember 2009 (1 bulan)
Masa : Bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

TENAGA PENGAJAR

Tenaga-tenaga pengajar adalah mereka yang mempunyai kelulusan dari Tahfiz Al-Quran dan juga guru Fardhu Ain yang cukup berpengalaman
1.Penceramah jemputan khas dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
2.Pakar Motivasi

YURAN PENYERTAAN

RM 550.00 bagi seorang peserta untuk pembelajaran selama 1 bulan.
Kos merangkumi makanan dan minuman, modul pembelajaran, fail, sijil penyertaan dan yuran untuk kursus motivasi.

Kemudahan asrama akan disediakan untuk mereka yang datang dari luar Kuala Lumpur.

Bayaran berasingan akan dikenakan dan jumlah tersebut perlu dibincangkan dengan pihak pengurusan.

Potongan harga akan diberikan pada penyertaan adik beradik melebihi 2 orang.

MODUL KURSUS

Modul 1
Kaedah menghafaz
Asas Ilmu Tajwid
Menghafaz surah pendek (Surah An-Nas - Ad Dhuhah)

Modul 2
Asas Ilmu Tajwid 2
Menghafaz surah pilihan (Surah Yasin, Sajadah, Al-Waqiah, Ar-Rahman)


Modul 3
Asas Ilmu Tajwid 3
Menghafaz juzu' pilihan (Surah Al-Baqarah)

SUBJEK FARDHU AIN

Rukun Islam & Rukun Iman
Tauhid Uluhiyyah & Rububiyyah
Sifat 20 & 99 Nama Allah
Hukum-Hukum Ibadah
Bersuci & Wudhuk
Mandi Wajib & Sunat
Jenis-Jenis Najis
Ibadat Sembahyang
Rukun / Syarat / Sunat
Wirid & Tahlil
Sembahyang Jemaah
Sembahyang Jumaat
Sembahyang Qasar
Doa-doa Pilihan
Adab-Adab Dalam Islam
Adab Makan & Minum
Adab Dalam Majlis
Adab Menziarah Pesakit
Adab & Hak Terhadap Ibu Bapa
Adab Sesama Jiran
Adab Sesama Sahabat
Bulan-Bulan Dalam Islam

PENDAFTARAN PENYERTAAN

Pendaftaran penyertaan program ini telah dibuka. Klik alamat di bawah untuk mendaftar secara online:
http://www.assyakirin.com/daftar-mini-tahfiz-nov-2009/


Anda juga boleh memuat turun borang bagi pendaftaran secara manual (dalam format .pdf). Klik alamat di bawah untuk memuat turun borang pendaftaran:
http://www.assyakirin.com/daftar-mini-tahfiz-nov-2009/daftar-mini-tahfiz-nov-2009.pdf

Tiada ulasan: