Sahabat Ilmu

Selasa, 17 November 2009

PENDAFTARAN DI BUKA SEKARANG!!



Pengerusi Tahfiz Mutmainnah (Ust Shahril Long)

Profail TM
Tahfiz Mutmainnah (TM) adalah sebuah institusi pendidikan bersepadu yang menggabungkan sistem pengajian profesional Hafazan Al-Quran dan sistem pengajian akademik yang terdiri daripada berbagai modul pengajian Islam dan pendidikan sokongan Teknolgi Maklumat (IT) dan Bahasa Inggeris.

TM lahir daripada idealisme untuk membangunkan suatu generasi celik Al-Quran yang akan menjadi role-model kepada komuniti ummat Islam. TM percaya bahawa idealisme itu hanya boleh dicapai melalui proses pendidikan yang sistematik dan berasaskan fungsi institusi pendidikan. Lantaran itu, di peringkat awalnya, suatu kumpulan think-tank dibentuk bagi merancang, mengatur dan melaksanakan jadual pembinaan sebuah institusi pendidikan, yang kini dikenali sebagai Tahfiz Mutmainnah (TM).

Idealisme dan percambahan fikiran tidak akan membuahkan hasil yang diimpikan tanpa prasarana fizikal dalam bentuk bangunan dan kemudahan pendidikan. Menyedari hakikat itu, suatu Jawatan Kuasa Pentadbir TM telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah bangunan pada pertengahan tahun 2007. Setahun kemudian bangunan berkenaan dapat disiapkan awal daripada jangkaan. Segala perancangan mengikut jadual yang ditetapkan dan susulannya Jawatan Kuasa Pentadbir TM telah membuat keputusan untuk mengambil pelajar sulungnya pada sesi 2009.

Kini TM muncul sebagai sebuah institusi pendidikan Al-Quran yang berdiri sama tinggi dengan institusi-institusi pendidikan Islam yang lain di seluruh Malaysia.

Struktur Organisasi

Mudir TM :: Ustaz Hamzah

Cara baik yang diurus dengan buruk akan dikalahkan oleh cara buruk yang diurus dengan baik [maksud pepatah Arab].
Tahfiz Mutmainnah (TM) tertegak di atas paksi sumber insan yang mendokong dan mewarnai organisasinya.

Struktur organisasi Tahfiz Mutmainnah (TM) terbahagi kepada dua komponen utama:
01.Ahli Jawatankuasa
02.Tenaga Pengajar
03.Staf

TENAGA PENGAJAR & STAF

Tahfiz Mutmainnah mempunyai tenaga pengajar yang berpengalaman dan kumpulan kakitangan yang berdedikasi.

Kakitangan Pengajar

1. Ustaz Hamzah Abdullah - Mudir
2. Ustaz Amri b. Nasron - Penolong Kanan Pembangunan Pelajar ( PK HEM )
3. Ustaz Adnan b Embee - Penolong Kanan Ko Kurikulum ( PK Ko - Ko )
4. Ustaz Firdaus b. Mohd Syariff - Guru Tahfiz & Penyelia Asrama

Kakitangan Sokongan

1. Sdr Latfee b. Osman - Setiausaha Kerani
2. Sdr Yaacob b. Wahab

Sistem Pengajian

Tahfiz Mutmainnah (TM) adalah sebuah institusi pendidikan Islam bersepadu yang menggabungkan pengajian profesional Hafazan Al-Quran dengan Pengajian Teras Akademik Islam dan disokong Pengajian Teknologi Maklumat & Bahasa. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu ini menjadi tonggak sistem pengajian TM.

Sistem Pengajian TM terbahagi kepada tiga komponen:

A. Profesional
Hafazan Al-Quran

B. Akademik Islam
Bahasa Arab, Nahu, Sorof, Sirah, Aqidah, Akhlak, Tafsir.


C. Komunikasi Maklumat
Teknologi Maklumat (IT) dan Bahasa Inggeris.


Kemudahan Asrama

Tahfiz Mutmainnah adalah institusi pendidikan berasrama penuh. Semua pelajar yang mengikuti program akademik dan profesional di TM diwajibkan tinggal di asrama yang disediakan. TM mempunyai asrama yang dilengkapi dengan segala kemudahan yang diperlukan oleh pelajar. Asrama TM berada di bawah satu bumbung dengan kelas pengajian.

Asrama TM bukan sekadar menyediakan kemudahan fizikal seperti tempat kediaman yang memuaskan, kemudahan dan kelengkapan yang moden, suasana tempat tinggal yang selesa, dan persekitaran yang kondusif tetapi juga menyediakan berbagai aktiviti luar pengajian yang bermanfaat.

Berbagai aktiviti sukan, rehlah, komuniti, dan ibadah digalakkan disertai oleh para pelajar. Para pelajar disemai dengan cara dan gaya hidup bermasyarakat yang menepati kehendak Islam.
AMAL JARIAH/SUMBANGAN DIPERLUKAN
Kelangsungan Tahfiz Mutmainnah (TM) dan kejayaan melahirkan para hufaz bergantung kepada keberadaan sumber kewangan dari semasa ke semasa. Jika anda prihatin terhadap pembangunan generasi Al-Quran melalui pendidikan Tahfiz Al-Quran hulurkan sumbangan anda kepada Tahfiz Mutmainnah melalui:

Bank: Maybank Berhad, Sungai Petani, Kedah, Malaysia. No. Akaun: 552059703378

http://www.tahfizmutmainnah.com/.

Tiada ulasan: