Sahabat Ilmu

Selasa, 17 November 2009

Fatawa: Memohon Pengesahan Hukum

Soalan:

Memohon pengesahan hukum:
1. Membunyikan kaset bacaan al-Quran di masjid.
2. Berjual beli sayuran diatas masjid.

Jawapan:

1. Memainkan kaset al-Quran di masjid pada waktu petang sebelum masuk waktu maghrib dan juga waktu pagi sebelum masuk waktu subuh adalah suatu perkara yang baik yang digalakkan oleh Islam, walaupun perkara seperti itu tidak pernah dilakukan di zaman rasulullah dan para sahabat, tetapi ia adalah baik mendengarkan orang ramai dengan kalam Allah ia juga sebagai tanda waktu sembahyang hampir tiba.


2. Adapun jual beli dalam masjid ditegah oleh syarak, apatahlagi jika mencemarkan masjid, hukumnya haram sebagaimana firman Allah dalam al-Quranul Karim:


وأن المساجد لله فلا تدعوا مع الله احدا

“Sesungguhnya masjid-masjid itu didirikan kerana Allah, maka janganlah menyeru selain darinya”, dan juga hadis rasulullah yang bermaksud: “ jauhkan masjid kamu dari orang gila, kanak-kanak yang belum mumayyiz dan jangan kamu bertengkar dalam masjid”. Jadi jelaslah perkara jual beli ditegah oleh syarak, tidaklah salah jika berlaku jual beli itu di luar daripada kawasan masjid.

Negara asal : Malaysia
Negeri : Melaka
Badan yang mengisu fatwa : Pejabat Mufti Negeri Melaka
Tarikh Diisu : 1991

Tiada ulasan: