Dikirim oleh dupahang
Ulama besar sejak zaman berzaman apabila berbeza pendapat dalam pelbagai persoalan Islam, terutamanya mengenai pendekatan fiqh dan politik, mereka masih tetap dalam ikatan ukhuwah dan saling hormat-menghormati.
Ini adalah manifestasi pemahaman ulama besar terhadap keagungan, keadilan dan kesaksamaan syariat Islam. Mereka mampu membebaskan diri daripada sikap taksub dan pelbagai dogma yang hanya menyempitkan syariat Islam. Inilah pancaran kecemerlangan ilmu ulama besar dalam menanggapi pelbagai persoalan ummah yang patut diteladani.
Sikap ini antaranya dibuktikan ulama tersohor, Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi yang ada ketikanya berbeza pendapat – dalam beberapa masalah – dengan pemimpin utama Ikhwanul Muslimin, Hassan Al-Banna. Namun Al-Qaradawi dan Hassan Al-Banna tetap bersahabat baik, bahkan Al-Qaradawi mengkagumi kepimpinan Al-Banna dan sentiasa mematuhi arahannya. Ini bermakna perbezaan pendapat tidak sampai kepada perseteruan, kecam mengecam malah fitnah memfitnah.
Ini sikap terbuka dan gambaran jiwa besar Al-Qaradawi yang diceritakannya sendiri dalam bukunya yang terbit tahun lalu (2006- penyunting), Nahnu wa Al-Gharb – As’ilah wa Ajwibah Hadimah atau terjemahannya Kita dan Barat – Menjawab Pelbagai Pertanyaan Mengenai Islam.
Al-Qaradawi berkata, beliau tidak ragu-ragu bahawa Ikhwanul Muslimin memiliki pengaruh yang jelas dalam membentuk pemikirannya. Beliau telah mendengar nama Hassan Al-Banna ketika beliau masih bersekolah rendah di Ma’ahad Al-Azhar, Mesir. Beliau kemudian mengkagumi kepimpinan Hassan Al-Banna lalu menggabungkan diri dengan Ikhwan.
Seterusnya Al-Qaradawi mengakui memang terpengaruh dengan manhaj Ikhwanul-Muslimin dan metod Hassan Al-Banna sebagai pengasas gerakan Islam itu. Pengaruh Ikhwan ini mendorong Al-Qaradawi beralih daripada berdakwah secara sendirian kepada berdakwah secara berjemaah, yakni berada di bawah Ikhwanul-Muslimin. Daripada memberi kuliah dan berkhutbah di merata masjid secara bersendirian kepada berdakwah di bawah jemaah Ikhwan sehingga mencapai taraf pendakwah bertaraf antarabangsa.
Kata Al-Qaradawi, Ikhwanul-Muslimin membukakan cakerawala luas daripada apa yang selama ini dimilikinya. Ikhwan juga katanya, mendedahkannya kepada pelbagai macam masyarakat. Jesteru itu beliau mengakui terpengaruh dengan pendekatan Ikhwan di bawah kepimpinan Al-Banna berbanding dengan tokoh lain.
Namun begitu kata beliau, Allah SWT telah menganugerah-kannya dengan kemampuan berfikir sendiri. Beliau tidak pernah berusaha menjadi seorang muqallid (pengikut) kepada peribadi sesiapa pun dalam membuat keputusan. Beliau tidak ingin menjadi ‘jelmaan’ daripada seseorang.
Jesteru itu kata Al-Qaradawi, walaupun beliau mengkagumi Hassan Al-Banna, tidak berusaha ‘menjadi seorang lagi Hassan Al-Banna’. Malah beliau ada ketikanya mengkritik Hassan Al-Banna dalam beberapa persoalan.
Beliau juga katanya, memiliki beberapa buah ijtihad yang berbeza dengan ijtihad Hassan Al-Banna. Pada awalnya, Dr Al-Qaradawi memang mengambil beberapa ijtihad Ikhwanul-Muslimin, tetapi “pada tahun-tahun berikutnya Alhamdulilah saya jesteru menjadi orang yang memberi kepada Ikhwanul-Muslimin”.
Barangkali kata Al-Qaradawi, Ikhwanul-Muslimin menganggapnya sebagai seorang peneliti dan mufti bagi mereka, malah beberapa pemikirannya mempengaruhi pola pemikiran Ikhwan dan menjadikannya suatu ketetapan.
Menurut Al-Qaradawi, Hassan Al-Banna juga menolak partai politik atau menyertai parti politik. Namun Al-Qaradawi menyatakan bahawa kehidupan berparti politik adalah satu keharusan di dalam Islam. Selain itu Al-Qaradawi berpendapat seharusnya ada kepelbagaian parti politik (pluralisme parti) asalkan ia berdiri atas prinsip yang benar dan halal. Sejak itu, sejak beberapa tahun Al-Qaradawi memberikan pelbagai cadangan kepada para pemimpin Ikhwanul-Muslmin, mengajak mereka kepada sikap pluralisme parti atau menerima hakikat kepelbagaian parti. Alhamdulilah , pemimpin Ikhwan, katanya, menerima dengan baik cadangannya.
Al-Qaradawi pernah bertemu dan berbincang beberapa kali dengan Sayid Qutb, salah seorang pemikir penting daripada Ikhwan. Malah beliau mengkagumi karya tokoh ini sama ada karya sasteranya mahupun tulisan dakwahnya. Tetapi apabila Sayid Qutb mengambil sikap ‘keras’, Al-Qaradawi pula mengambil sikap lain, malah mengkritik pemikiran Sayid Qutb.
Al-Qaradawi mengkritik pendapat Sayid Qutb mengenai ijtihad dan telah menghuraikannya dalam buku Al-Ijtihad fi Asy-Syarah Islamiyyah dan kemudian dilanjutkannya dalam bukunya mengenai sikapnya dalam isu takfir (kafir mengkafir).
Namun betapa pun berbeza pendapat dengan tokoh yang lain, Al-Qaradawi tetap menghormati dan mengekalkan hubungan yang baik dengan para tokoh itu, malah tetap menyokong perjuangan Ikhwanul-Muslimin. Inilah gambaran jiwa besar seorang ulama tersohor yang wajar dicontohi.
Al-Qaradawi kemudian mengkritik pemerintah sekular Barat memusuhi Islam. Mereka, katanya seperti Iblis yang engkar perintah Allah SWT untuk sujud kepada Adam a.s. kerana sombong dan angkuh.
Namun pada masa yang sama Al-Qaradawi mengkritik sesetengah masyarakat Islam sendiri yang tidak mampu meletakkan hal-hal penting untuk didahulukan. Mereka sering meletakkan hal yang amat penting di senarai yang tidak penting.
Dalam buku itu, Al-Qaradawi menyebut masalah utama umat Islam masa kini iaitu hilangnya kebebasan, hak asasi manusia. Mereka, katanya diperintah dengan tongkat penindasan dan pedang kekuasaan. Umat Islam, kata Al-Qaradawi, diperintah oleh diktator satu parti di negara umat Islam sendiri.
Menurut Al-Qaradawi, hal terburuk di dalam ‘sistem demokrasi’ di negara Arab ialah mewariskan kepimpinan dan kekuasaan anak dan keturunan mereka. “Seorang pemimpin tidak cukup memerintah selama 20 atau 30 tahun. Ia selalu ingin mewariskan pemerintahannya kepada anaknya. Dengan itu muncul sebuah sistem baru yang tidak tertulis di negara Arab iaitu ‘republik monarki’, katanya.
Al-Qaradawi dengan terus terang menyatakan bahawa penyakit di negara umat Islam ialah kezaliman atau tirani. Atau dengan kata lain kehilangan kebebasan dan demokrasi. Tokoh ulama ini berkata, umat Islam inginkan pilihan raya bebas dan bersih yang akan melahirkan Parlimen bersih yang dipilih oleh rakyat, kebebasan media tetapi penuh tanggungjawab.
Keseluruhan pandangan Al-Qaradawi dalam buku Kita dan Barat ini sangat seimbang. Di samping beliau mengkritik pemerintah Barat yang memusuhi Islam, beliau juga mengkritik dengan tajam sikap pemerintah di negara umat Islam, khususnya di negara Arab.
Ini tentunya hasil pengamatan dan pengalaman pahit beliau selama tinggal di Mesir, tempat kelahirannya dan kemudian berpindah ke Qatar sebagai mufti serta berinteraksi dengan demikian ramai pemimpin gerakan Islam di seluruh dunia.
Beliau datang ke Qatar, katanya secara alami dan dipinjamkan oleh Mesir untuk berkhidmat di Kementerian Pendidikan Qatar mengetuai Lembaga Pendidikan Agama dan bermaksud untuk tinggal di Qatar tiga atau empat tahun saja.
Namun pada tahun 1965, Presiden Mesir Jamal Abdul Nasser semasa berucap di Moskow mengisytiharkan ‘perang’ terhadap Ikhwanul-Muslimin dan sejak itu ramai anggota Ikhwan ditahan, diculik, diseksa malah dibunuh.
Beliau menetap di Qatar selama sembilan tahun dan ada permintaan kerajaan Mesir supaya beliau dihantar pulang. Namun kerajaan Qatar menolak permintaan tersebut, malah memberikan taraf kerakyatan kepadanya.
Demikianlah pandangan ulama besar yang sangat terbuka, yang mampu menjawab masalah terkini umat Islam. Sewajarnya ia menjadi contoh terbaik di kalangan pendukung gerakan Islam.
UST. MOHD REDOHA (Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan