Sahabat Ilmu

Isnin, 18 Julai 2011

Sumur Habhab dan Sumur Jubbu Al-Huzni : Untuk penzalim dan pengampunya.



Disediakan untuk penzalim dan pengampunya.

Sumur Habhab

Ibn Katsir di dalam kitabnya An-Nihayah fil fitani wal malahim mencatatkan : Abu Bakar bin Ad-Dunya meriwayatkan, dari Muhammad bin Wasi’ berkata,

“ Aku menemui bilal bin Abu Burdah dan berkata kepadanya, “ Wahai Bilal, sesungguhnya ayahmu meriwayatkan kepadaku dari ayahnya, dari Nabi s.a.w, bahawa baginda bersabda:

“Sesungguhnay di neraka Jahanam terdapat sebuah lembah ( atau sumur) yang disebut Habhab. Allah memastikan akan menempatkan di dalamnya setiap penindas ( pemimpin yang zalim) . Berhati-hatilah engkau Polan, janganlah engkau menjadi salah seorang dari orang yang menempatinya”

Sumur Jubbu Al-Huzni

Di dalam kitab yang sama, dengan merujuk hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah , Ibn Katsir menambah:

Ali bin Harb meriwayatkan, dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda :

“ Berlindunglah kamu kepada Allah dari Jubbu Al-Huzni”

Para sahabat bertanya: “ Apakah Jubbu Al-Huzni itu?”

Baginda bersabda:

“ Lembah di dalam Jahanam yang Jahanam itu sendiri pun berlindung daripadanya setiap hari empat ratus kali. Ia disediakan untuk orang-orang yang berilmu namun riya dengan perbuatan mereka. Sesungguhnya orang berilmu yang paling Allah benci adalah orang-orang yang mencari muka kepada penguasa-penguasa yang jahat”

Tiada ulasan: