Sahabat Ilmu

Isnin, 18 Julai 2011

Hilful Fudhul Suatu Penelitian

“Sesungguhnya Aku telah menyaksikan satu sumpah setia [ perjanjian ] yang dimeterai di rumah Abdullah bin Jad'an . Aku tidak akan suka bahawa aku menerima unta yang hebat sebagai ganti untuk menyalahi sumpah setia itu . Jika Islam mengajak dengan perjanjian yang serupa nescaya aku menerimanya .”

-Sirah Ibnu Hisyam dan turut diriwayat di dalam Musnad Imam Ahmad-

Pengenalan
Hilful Fudhul adalah perjanjian yang paling terkenal di dalam sejarah semenanjung Tanah Arab sebelum Islam. Jika diterjemahkan ke dalam bahasa kita bererti "perjanjian yang disertai sumpah yang utama". Nama Hilful Fudhul, diambil dari beberapa nama orang yang mengadakan perjanjian sejenis pada masa sebelumnya. Ketiga-tiga nama orang tersebut masing-masing bernama Fadhal, yaitu:

1.Fadhal bin Fudholah,
2.Fadhal bin Wad'ah
3.Fadhal bin al-Harist.

Berdasar pada keterangan kitab Siratul Halabiyah, ketiga-tiga orang tersebut telah mengadakan perjanjian yang bertujuan membela, menolong orang yang teraniaya. Kerana peristiwa perjanjian itu memang penting untuk diperingati dan bagi menghormati ketiga-tiga orang tersebut, maka para ketua Quraisy membulatkan suara menamakan perjanjian itu dengan Hilful Fudhul.

Sejarah Hilful Fudhul

Diriwayatkan, Apabila meninggalnya pemimpin utama kaum Quraisy iaitu Abdul Mutalib bin Hasyim, Bangsa Quraisy dipandang merosot oleh kabilah-kabilah lain sesudahnya peperangan fujjjar. Kelemahan ini timbul akibat kesalahan mereka sendiri. Masyarakat arab ketika itu tidak ada kesatuan dan persatuan yang sepakat. Ikatan kaum Quraisy dan kaum-kaum yg lain mulai longgar, ada diantara mereka yang cuba menguasai kedudukan-kedudukan penting yang sebelumnya, kedudukan-kedudukan itu hanya dikuasai oleh kaum Quraisy yang berketurunan Abdul Manaf . Semenjak zaman pemerintahan Qusai bin Kilab hinggalah zaman Abdul Mutalib , Kota Mekkah tidak pernah dicerobohi oleh sesiapa, kecuali pada zaman Abdul Mutalib iaitu pencerobohan oleh Abrahah dan tentera bergajahnya. Umum mengetahui Abrahah dan tenteranya sememangnya tidak terkalahkan oleh pasukan Quraisy dan kaum-kaum yang lain.

Ketidakstabilan ini diambil kesempatan oleh Kaum Hawazin untuk menyerang Kota Mekkah . Faktor yang lain ialah di kota Mekkah tiada Jabatan Polis dan Undang-undang yang menahan dan menghukum penjahat walaupun dikalangan pembesar yg mencabuli hak orang lain seperti orang yang sedang bermusafir dan sebagainya. Maksudnya jenayah memang berleluasa di Kota Mekkah dan tiada pencegahan serta hukuman. Kerana itu, tidak hairanlah jika ada pihak-pihak yang sewenang-wenangnya menindas kalangan bawah, dikeranakan tidak ada keadilan dan hukuman bagi pelaku penindasan dan tidak ada pula lembaga yang menguruskan masalah itu.

Atas daya usaha Az Zubair bin Abdul Mutalib ,pahlawan Bani Hasyim ,beliau mengumpulkan bani-bani yg terkemuka dr kaum Quraisy di rumah Abdullah bin Jud'an untuk bermesyuarat . Bani-bani yg terlibat adalah seperti berikut

1.Bani Hasyim
2.Bani Abdul Manaf
3.Bani Abdul Mutalib
4.Bani Zuhrah
5.Bani Taim

Keputusan mensyuarat adalah seperti berikut ;

Di Mekkah dan kawasan sekitarnya selepas ini tiada lagi penganiayaan walaupun ke atas hamba sahaya ,orang yang bermusafir ,berniaga ,penziarah , kanak-kanak ,wanita ,lelaki dan orang tua . Orang yang menzalimi akan dihukum manakala orang yang dizalimi akan mendapat pembelaan yg sewajarnya.

Hukuman tidak mengira bangsa ,pangkat,keturunan dan warna kulit walaupun dikalangan kaum Quraisy akan dikenakan hukuman sekiranya mereka menganiaya ,mereka akan dihukum dengan hukuman yang setimpal .

Pada ketika ini nabi baru berusia 20 tahun dan bagindalah peserta yang paling muda dimajlis tersebut. Walaupun begitu nabi sudah terkenal dengan seorang pemuda yang sangat jujur lagi amanah ,berfikiran cerdas dan tajam ,inilah faktor -faktor yang menyebabkan kaumnya memilihnya menjadi salah seoarang ahli mesyuarat yg penting ini .

Mesyuarat ini dikenali sebagai Hilful Fudhul . Hilful Fudhul berasal dari persetiaan 3 orang yang dari Bani Jurhum ,mereka adalah seperti yang ana nyatakan diatas tadi dalam bahagian pengenalan iaitu Fadhal bin Fudholah, Fadhal bin Wada'h dan Fadhal bin Al Harist.

Mereka bertiga berjanji akan membela orang yang dianiaya dan menghukum orang yang menganiaya tidak mengira rupa ,bangsa ,warna kulit dan pangkat dan sebagainya. Di atas peristiwa inilah mesyuarat yang di anjurkan oleh Az Zubair ini dikenali sebagai Hilful Fudhul .

Hasil daripada mesyuarat dikalangan kaum quraisy ini tidak sekadar teori dan retorik tetapi ia dilaksanakan dengan begitu baik sekali ,ia berjalan selama bertahun-tahun lamanya . Rasulallah s.a.w amat memandang tinggi perjanjian ini dan bersabda:

" Sesungguhnya aku telah menyaksikan sumpah yg diadakan dirumah Abdullah bin Jud'am ,Aku tidak sekali kali suka mengambil unta yg baik demi menyalahi janji yang ada pada sumpah ini "

Perjanjian yang menafikan [meniadakan] semangat kefanatikan jahiliyah yang biasanya timbul dari perasaan ashobiyah kebangsaan atau sukuisme (perkabilahan) disebutkan bahawa sebab disepakatinya perjanjian ini adalah lantaran dari seorang pedagang dari Yaman bernama Zubaid, dia ditipu oleh penduduk Mekkah oleh kerana barang dagangan yang dibawa pedagang tersebut telah dibeli oleh Al-‘As Bin Wail Al-Sahmy namun harganya tidak diselesaikan oleh penduduk Mekkah. Ketika pedagang tersebut meminta tolong kepada sekutunya iaitu Abdul Al Dar, Makhzum, Jumah, `Adi, dan para penduduk Mekkah, tidak ada seorang pun yang mempedulikannya.

Oleh kerana itu dia menulis sebuah syair dan membacanya dengan keras di atas sebuah gunung, kemudian Al Zubair Bin Abdul Muthalib bangun dan bertindak "Apa kalian ini semua bisu? Kemudian dengan hal itu mereka yang telah mengikat janji Hilful Fudhul segera bertindak menemui Al-‘As Bin Wail Al-Sahmy dan mengambil barang dagangan lelaki dari yaman tersebut kemudian memulangkan kepadanya, setelah mereka menyepakati perjanjian Al Fudhul Tersebut.

Rasulullah mengungkapkan kesaksiannya pada perjanjian Hilful Fudhul, saat beliau belum diangkat Allah menjadi Rasul:

"Ketika aku bersama para bapa sedaraku turut sebagai saksi dalam persekutuan di rumah Abdullah bin Jud'am, betapa senang hatiku menyaksikan hal itu. Seandainya setelah Islam datang, aku diajak mengadakan persekutuan (perjanjian/perbincangan) seperti itu, pasti kusambut dengan baik.”

(Muhammad Al-Ghazaly, dalam Fiqhus Sirah).

http://tintamahasiswa.blogspot.com

Tiada ulasan: