Sahabat Ilmu

Jumaat, 19 Jun 2009

Hukum Tabur Bunga Atas Kubur

Khilaf fiqhi (terdapat pelbagai pendapat Imam-Imam feqah)

Aliran Salafiyya seperti Syaikh al-Uthaymeen (Fatawa al-Uthaymeen), Almarhum Syaikh Ben Baz (Lajnah Daimah), Syaikh Albani (fatawa Medinah & Ahkam alJanaiz # 123) -berpendirian keras dgn menegahnya atas alasan bid’ah dan diciplak dari amalan Yahudi dan Kristian.

Pendapat ini disandarkan kepada al-Kattabi (Ma’alim asSunnan 1/27) dan Syaikh Ahmed Syakir (syarah sunan atTermidzi 1/103). Syaikh Syakir berpendapat amalan menabur bunga dan meletak kalungan bunga ini diambil dari amalan masyarakat Kristian Koptic di Mesir.

Adapun Lajnah Fatwa al-Azhar (pengerusi: Syaikh Atiyah Saqr) berpendapat setelah ditimbang dari dua pendapat yg harus dan haram, dimenangkan pendapat yg mengharuskan kerana terdapat asal dari asSunnah di mana biasa Nabi saw meletak pelapah tamar dan ranting yg masih hidup di atas pusara (Bukhari-Muslim). Jika bebunga hidup digunakan mengganti pelepah tamar dan ranting kayu, maka disitulah keharusannya. Tetapi jika karangan bunga itu dari jenis yg mahal atau menyerupai acara kaum bukan Islam, maka ia ditegah.

Wallahu ‘a’lam

Tiada ulasan: