Sabtu, 1 Februari 2014

Mahar Perkahwinan Nabi Adam dan Hawa

Submitted by Fatwa Malaysia on 19 October 2013 - 5:38am

ISU: Terdapat satu artikel tentang perkahwinan Nabi Adam dan Hawa yang menyebutkan bahawa maharnya ialah tiga kali selawat ke atas Rasulullah S.A.W. Mengapa selawat ke atas Rasulullah S.A.W.  sedangkan pada waktu itu Nabi Muhammad S.A.W. belum lagi lahir. Perkara ini dikaitkan dengan kejadian Nur Muhammad sebelum terciptanya Nabi Adam yang menyebut bahawa roh kekasih Allah sudah ada di Luh Mahfuz sebelum terciptanya Nabi Adam.

PENJELASAN:

Tersebut di dalam sesetengah kitab bahawa ketika Nabi Adam a.s. berkahwin dengan Hawa, mahar perkahwinan yang diminta oleh Allah Taala ialah Nabi Adam hendaklah berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Terdapat banyak versi tentang bilangan selawat yang dijadikan mahar. Ada riwayat menyebut sebanyak 10 kali, ada riwayat menyebut 100 kali dengan satu nafas, ada riwayat menyebut 1000 kali dengan satu nafas, dan lain-lain. (I’anah al-Tolibin, 3/396; Bariqah Mahmudiyyah, 1/59).

Namun riwayat-riwayat berkenaan dengan mahar perkahwinan mereka tidak didapati di dalam kitab-kitab hadis yang muktabar.

Justeru, status kesahihan kisah tersebut tidak dapat dipastikan, dan perkhabaran berkenaan dengannya tidak boleh dipercayai sehingga dibuktikan melalui periwayatan.

Wallahu A'lam

http://www.e-fatwa.gov.my/blog/mahar-perkahwinan-nabi-adam-dan-hawa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan