Rabu, 25 Januari 2012

APA ITU BERKAT??

Didalam kamus al-Mawrid, barakah (البركة ) bermaksud - "blessing, benediction; good fortune; prosperity; continual good, abundant good; felicity". Didalam kamus Sakhr perkataan barakah bermaksud (النَّماءُ والخَيْر ) - perkembangan dan kebaikan; atau "blessing' didalam Bahasa Inggerisnya. Kamus Sakhr memberi maksud "blessing" sebagai "ask God's favour for; wish happiness or favour to; consecrate; make sacred or holy; call (God) holy". Merriam online dictionary pula mendefinasikan "blessing" sebagai "a thing conducive to happiness or welfare".

Secara umumnya kita oleh menyatakan maksud barakah disini adalah memohon RESTU dari Allah swt agar dikurniakan kebaikkan yang berkembang. Barakah ini tidak syak lagi adalah dengan keizinan Allah swt. Jika seseorang itu memohon Allah agar memberkati resekinya, maka jika Allah kehendaki, dia akan memberi barakah kepada seseorang itu, sebagaimana berkata Nabi Isa as., firman Allah swt : -

وَجَعَلَنِي مُبَارَكًا أَيْنَ مَا كُنْتُ

"Dan Dia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada" [surah Maryam : 31].

Allah swt adalah al-Mubaarik (pemberi restu / barakah) dan hambanya adalah al-Mubaarak; seseorang yang diberkati sebagaimana yang dinyatakan didalam ayat diatas. Sifat memberi barakah ini hanyalah milik Allah swt, sebagai dia mensifatkan dirinya :-

تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ

"Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam." [Surah al-A’raaf : 54].

Barakah Allah adalah dimana sahaja dia letakkan, firmannya :-

وَنَزَّلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً مُبَارَكًا

"Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya (keberkatannya)" [Surah Qaaf :9]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan