Jumaat, 29 April 2011

KHUTBAH JUMAAT 29 APRIL 2011

cid:image001.gif@01CB4059.9ADCF4F0


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Bertaqwalah kepada Allah. Kita hamba, Allah Tuhan kita. Tiada milik kita. Semua milik Dia yakni Allah. Semua yang ada pada harta, kehidupan dan nyawa, adalah amanah daripada-Nya. Bertaqwalah kita pada melunaskan amanah itu, dan jangan sekali-kali mati, kecuali sebagai Muslim yang tunduk dan patuh kepada-Nya. Firman Allah SWT:

Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama – (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)” [Surah al-An’aam 6: 162-3]

Saudaraku Sidang Jumaat Sekelian,
Demi Allah yang nyawa kita semua berada didalam tanganNya yakni Allah-tuhan sekelian ‘alam! Sesungguhnya zaman ini kita berada di bawah langit dan bumi yang penuh dengan kemurkaan Allah,terkecuali kita mendapat rahmat, perlindungan dan keampunan allah. Pada hari ini syirik telah menguasai tauhid, maksiat terlalu banyak dan taat hanya sedikit, kemunafikan bermaharajalela, pendustaan dan bida’ah agama di merata-rata, kejujuran dan ikhlas sudah tiada, orang yang benar-benar takut kepada allah hanya satu dalam beribu-ribu, amanah allah telah dikhianati dan ibadat sudah tidak dipedulikan lagi, urusan duniawi dipandang tinggi dan akhirat terus dilupai dan tidak dipeduli, alim ulama’ mabuk dengan gaji yang menjadi tuhan-tuhan duniawi, imam, pendakwah, ustaz2 sudah di ikat dengan wang maka hilanglah takut kepada allah bertukar bimbang dan takut kepada makhluk. Pemimpin, pemerintah2 semakin tamak, gila kuasa dan hilang pedoman.
Perempuan-perempuan di zaman ini hilang malu dan harga diri, perempuan-perempuan sekarang kebanyakannya berpakaian tetapi bertelanjang, mereka tidak lagi takut kepada azab(laknat) allah! maka tercetuslah nafsu lelaki menjadi buas dan zalim. Maka rogol dan pembunuhan tidak dapat dibendung lagi, penzinaan dan muqaddimah zina menjadi kebiasaan, minuman arak menjadi kegemaran, judi dan riba menjadi kemegahan, lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki, dadah dan hiburan menjadi pemujaan, majalah, akhbar yang mendedah tubuh wanita bebas dijual dimerata tempat dan hasil jualannya diberi makan kepada anak-isteri, tempat-tempat penginapan yang sulit, rumah urut, rumah-rumah rahsia gelap, filem-filem lucah, video seks, bar, dan disco mendapat sambutan hangat dan pembelaan serta pembiayaan tetap.Tv dan akhbar menjadi panduan dan kitab rujukan manusia pada hari ini, rumah-rumah kediaman telah menjadi panggung-panggung wayang, alim-ulamak tidak berani memberi fatwa mengenai tv dan filem-filem yang bercanggah dengan hukum syarak kerana hendak menjaga hati orang yg berkuasa dan hati orang ramai. Makhluk didahulukan, Allah dikemudiankan.
Saudaraku Sidang Jumaat Sekelian,
Hari ini, Masjid dan surau tidak lagi menjadi tempat mendekati diri kepada Allah tetapi menjadi tempat perebutan pangkat dan kemasyhuran. Rumah2 Allah ini kosong dan sunyi dengan penghuni berbanding pusat2 membeli belah, tempat memancing, pasar malam, padang2 golf, padang2 bola, stadium yang sentiasa penuh dengan pengunjung untuk bertafakur dan beribadah disana. Permainan dan pekerjaan menjadi lebih utama daripada ibadat. Solat dan puasa sudah menjadi adat bukan lagi ibadat, akhlak UMAT semakin rosak dan hancur, segala yang mereka hendak buat semuanya boleh belaka, tidak siapa yang berani menyekat atau mengatakan haram dan halal. Pemimpin dan penguasa sudah tidak peduli kepada amanah allah, pejabat agama sudah menjadi topeng dan boneka para penguasa negeri. Penguatkuasa, pihak keselamatan menjadi alat kepada pemerintah yang zalim yang tidak mengikut petunjuk agama. Masjid-masjid hanya tinggal golongan2 yang hati mereka tiada taqwa, dan ketika itu yang paling jahat ialah orang alim, daripadanya datang fitnah dan kepadanya kembali fitnah itu. Mimbar-mimbar masjid sudah dicemari oleh daki-daki dunia dan debu-debu syirik-khutbah tidak boleh menegur kesalahan orang2 yg berkuasa dan orang ramai, hanya perlu memuji dan memuja mereka yang berkuasa, al-quran telah dipenjarakan didalam masjid-masjid dan hanya dimanfaatkan apabila ada pertandingan, ada kematian, ada tahlil dan jamuan dan ada orang yang dirasuk jin dan syaitan.
Saudaraku Sekelian, Pada hari ini ramai orang fasih lidahnya tetapi buta hatinya.Orang yang jahil dengan islam terus dalam kejahilan, tidak mahu belajar agama dan membaiki diri. Malas hadir kuliah pengajian, tak berminat dengan ceramah, tidur sewaktu khutbah disampaikan, Orang yang berilmu pula terpengaruh dengan keduniaan dan hati mereka telah menjadi buta,menjadi alat kepada makhluk dan berpaling daripada tuhan! alim-ulamak diam membisu masing-masing menjaga kepentingan diri takut hilang gaji dan pencen. Golongan pendusta semakin ramai yang menjadi lidah-lidah kebatilan, bagaikan lalat yang berebut-rebut menghinggapi najis yang busuk dan akhirnya tertimbus didalam najis itu. Kebanyakan manusia diakhir zaman, agama dijadikan alat cari makan dan yang paling jahat menjadi alat melawan tuhan, mereka seperti lembu-lembu yang dicucuk hidungnya dengan tali dan ditarik sesuka hati!pakaian sunnah nabi menjadi dagang/asing dalam negeri sendiri,dan manusia muslim hari ini lebih kasih meniru pakaian barat yang menjadi musuh kepada islam yang jelas membuka aurat, mendedahkan mahkota diri dan mencemarkan agama. Golongan yang berjuang islam pun masih takut dan bimbang kerana mereka bergantung rezeki pada tangan makhluk dan tidak yakin rezeki dalam tangan Allah swt yang menyebabkan fatwa agama mereka menjadi longgar dan berbalik-balik ditipu nafsu diri kerana takut terlucut habuan dunia yang dikecapi dan dinikmati..Manakala golongan tarikat terumbang-ambing tanpa nasihat dan pimpinan mursyid yang benar dari tuhan .Mursyid yang benar ada tetapi sukar dikenali, Hendaklah kita berjaga-jaga kerana ahli tasauf tiruan ramai dengan kebanyakkannya mengambil kesempatan duit dan perempuan,meraba-raba hal ketuhanan didalam gelap tanpa hidayah daripada tuhan dan akhirnya tergelincir kaki dan tersesat jalan.
Iman umat Islam hari ini termasuklah kita semua yang berada dalam rumah allah ini semakin hari iman kita semakin menipis, janji2 Allah menjadi keraguan didalam diri dan bala dari tuhan tidak dipeduli lagi.Hidup kita terlalu cinta kepada dunia,cinta harta benda, cinta pangkat, cinta kebesaran dan lupakan mati. Maka timbullah sifat tamak,dengki,irihati,fitnah,khianat,megah,sombong,lupa diri, malas beribadah dan lupa pencipta dan hal ini telah menjadi seperti kuman-kuman yang telah merebak dikota dan di desa. Suami-suami kebanyakannya menjadi dayus dan tidak mendidik anak-anak dan isteri kepada jalan taqwa. Berapa ramai anak2 hari ini yang lebih kenal artis daripada mengenali huruf-huruf al-Quran. Isteri-isteri menjadi jari telunjuk dalam rumah tangga dan ramai isteri yang derhaka kepada suami. Orang tua tidak lagi mengasihi golongan muda dan golongan muda tidak lagi menghormati orang tua dan tugas nasihat-menasihati sudah tidak diamalkan lagi. Jalan dunia diperluaskan dan ramai teman-taulan namun jalan menuju akhirat disempitkan,dikambus dan tiada teman-taulan.
Saudaraku sekelian,
Hampir semua manusia hari ini berada di atas jalan menaiki kenderaan menuju satu cita-cita, satu tujuan, iaitu mencari kepentingan dunia dan kebendaan, Inilah kebanyakkan orang diakhir zaman sebagaiman yang disabdakan oleh baginda Rasulullah saw. Fitnah, khianat, tipu dan belit menjadi mainan asalkan mendapat harta, wang, kuasa dan kedudukan. Mereka tidak lagi takut kepada azab Allah swt. Hukum-hakam Al-Quran satu persatu diketepikan, orang yang benar dihina dan dicela, orang yang dusta dipuji dan puja. Benar dan salah tidak dapat dibeza lagi kerana telah buta mata DAN BUTA HATI. Manusia ramai yang menjadi haiwan, hidup hanya memikirkan makan dan minum siang dan malam. Hawa nafsu menjadi tuhan sehinggakan iman telah tercabut dan akal nurani sudah padam dan menjadi rosak. Pemuda-pemuda tidak sayangkan nyawanya,berlumba-lumba motosikal dan kereta di tengah jalan-raya seperti dirasuk oleh iblis syaitan! Muda-mudi bebas berkeliaran memuaskan nafsu syahwat kebinatangan. Wanita zaman ini tidak peduli lagi batas-batas aurat dan pergaulan, mereka menjadi senjata-senjata syaitan berpakaian seperti pelacur bermegah-megah dijalanan dan ditempat membeli-belah.anak-anak ramai yang derhaka kepada ibu-bapa dan ibu-bapa pun ramai yang derhakan kepada allah dan rasul.
Nasihat yang benar tidak didengari dan amaran dari langit tidak dipeduli lagi.Batas-batas islam sudah pecah dan banjir kekufuran melanda negeri dan negara. Ajaran nabi banyak yang sudah dibuang dan ditambah, sunnah nabi telah ditinggalkan. Allah hanyalah tinggal nama dan sebutannya sahaja. Bukan lagi yang dipuja, yang sembahi dan yang ditaati! roh imannya telah mati dan hanya jasad yang menunggu maut. Islam hanya tinggal namanya sahaja, al-quran hanya tinggal huruf-hurufnya sahaja. Zaman ini ramai manusia telah berpaling daripada allah dan berhadap kepada makhluk!hanya sedikit orang yang hatinya rindu kepada allah.mereka menyembah allah tetapi tidak berusaha mengenal allah. Manusia zaman ini ramai yang tidak syukur dengan nikmat allah,rezeki yang allah kurniakan mereka anggap dari usaha mereka sendiri dan dari cerdik-pandai mereka.Barangsiapa yang tidak turut perintah allah,tidak syukur dengan nikmat allah dan tidak redha barang yang allah takdirkan kepadanya,maka carilah tuhan yang lain daripada allah dan janganlah lagi duduk didalam dunia allah ini!
Saudaraku Sekelian.. Inilah realiti kehidupan umat Islam pada hari ini. Punca berlakunya semua fitnah2 dunia ini adalah kerana manusia mengambil panduan selain daripada al-Quran dan sunnah nabi dalam melayari kehidupan hari ini. Diingatkan kepada umat islam yang masih hidup hatinya! Moga2 kita yang hadir pada hari ini dihidupkan hati oleh Allah dan dikutkankan taufiq oleh Allah. Marilah kita sebarkan, tiupkan dan nyalakanlah semula roh Islam, roh iman, roh ilmu, roh amal dan roh ‘jihad’ didalam diri kita, keluarga kita, masyarakat dan negara. Insyaallah islam akan bersinar kembali.
Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar, ingatlah bahawa kita akan mati dan akan dipersoal dengan seteliti-telitinya oleh Allah mengenai kerja buat kita didunia samada kita dipersilakan ke syurga atau ditendang serta diterajang ke dalam neraka..Kembalilah kepada allah,tuhan sekalian alam dengan taubat yang benar.Bersihkanlah tubuh kita daripada dosa dan sia-sia. sucikanlah hati kita daripada segala aib-cela dan najis-najis syirik, najis2 sekular, najis2 kapitalis, najis2 nasionalis, najis2 yahudi dan kristian. Maka sujudlah kita dihadapan Allah dengan hina dan kefakiran,  tangisilah diri kita sebab masih terhalang dari taufik dan kebenaran. Moga-moga allah berkenan menghulurkan tangan rahmatnya kepada kita dan memimpin tangan kita kepada jalan yang benar yakni kepada Islam yang hakiki berpaksikan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.
 “Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang bersalah ketakutan terhadap apa yang tertulis di dalamnya, dan mereka berkata: Aduhai celaka kami, Kitab apakah ini yang tidak meninggalkan (sebarang catitan samada) yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang sudah mereka kerjakan ada tertulis (didalamnya) dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juga pun.” (Surah al-Kahfi, ayat 49)
(Disampaikan oleh Ibnu Muslim di Surau al-Ikhlas (surau Jumaat) Bandar Sg Buaya Rawang Selangor)

KHUTBAH JUMAAT 22 APRIL 2011

cid:image001.gif@01CB4059.9ADCF4F0
Sidang Jumaat Sekelian
Menunaikan solat jumaat dan mendengar khutbah adalah salah satu program yang Allah aturkan untuk orang-orang yang beriman bagi mencapai ketaqwaan. Taqwa kepada Allah adalah aset penting manusia di muka bumi Allah ini. Kemuliaan seorang insan, menurut perspektif Islam, adalah berdasarkan ketinggian taqwanya . Islam tidak menilai kemuliaan seseorang insan berasaskan rupa paras, keturunan, warna kulit, bangsa, pangkat atau banyaknya harta benda.  Di samping ibadah solat, solat jumaat, berpuasa di bulan ramadhan dan ibadah2 yg lain yang menjana taqwa, taqwa juga dikaitkan dengan usaha menegakkan keadilan. Allah menyatakan di dalam Al-Quran , firmannya yg bermaksud:
8. Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan. (al-Maidah)
Lihatlah betapa intimnya hubungan keadilan dengan ketakwaan. Oleh itu, kita wajib tegakkan keadilan hatta ke atas musuh kita iaitu orang yang kita benci !!!. Lawan keadilan adalah kezaliman . Jika Islam menyeru kita menegakkan keadilan, Islam juga dalam masa yang sama melarang kita melakukan kezaliman. Bahkan bukan sahaja kita dilarang melakukan kezaliman , cenderung kepada kezaliman pun dilarang oleh Allah s.w.t. Allah berfirman:
HUD: 113. dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang Yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun Yang lain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
Bagi melihat bagaimana ayat tersebut diterjemah ke dalam dunia realiti, saya ingin berkongsi kisah masyhur tafsiran seorang ulama Islam yang melarang seorang tukang jahit menjahit jubah seorang pembesar Islam yang zalim iaitu Hajjaj Yusuf Al-Thaqafi. Hajjaj adalah seorang taghut yang telah banyak membunuh ramai orang Islam termasuk para ulama’. Al-kisah maka suatu hari jubahnya koyak dan beliau telah meminta para tukang jahit di seluruh Kota Bahgdad menjahit jubahnya yang koyak tersebut. Seorang demi seorang tukang jahit menolak permintaanya untuk menjahit jubahnya. Ditakdirkan Alllah ada seorang tukang jahit yang sudi mengambil jubah Hajjaj tersebut tetapi beliau meminta masa untuk menjahit jubah tersebut. Penangguhan itu kerana tukang jahit tersebut ingin meminta pendapat para ulama terlebih dahulu sebelum beliau memutuskan untuk menjahit jubah Hajjaj tersebut. Maka beliau telah berjumpa seorang ulama ( dikatakan ulama tersebut adalah Ibnu Sirrin) bagi mendapatkan fatwa tentang hal tersebut.
Ulama tersebut melarang tukang jahit tersebut menjahit jubah tersebut kerana jubah tersebut adalah milik seorang yang zalim. Ulama tersebut menyandarkan fatwanya di atas ayat “ Janganlah kamu cenderung kepada mereka yang membuat zalim nanti kamu akan disentuh dengan api neraka.” Bagi ulama tersebut menjahit jubah sizalim adalah termasuk di dalam golongan mereka yang menyokong kezaliman atau cenderung kepada kezaliman.
Sidang Jumaat Sekelian..
Kalau menjahit jubah sizalim tergolong di dalam kategori menyokong kezaliman , bagaimanakah agaknya golongan yang mengubah hukum Allah taala dan digantikan dengan hukum bikinan manusia, menukar undang2 al-Quran seperti hukum sebat kepada penzina dan peminum arak, hukum potong tangan keatas pencuri, hukum bunuh kepada yg murtad kepada hukuman denda rm1000, 20020,3000, penjara setahun, 2tahun, 3 tahun, menipu dalam pilihanraya, menipu dalam pengagihan harta negara, menggubal akta yang zalim seperti ISA dan menggunakan akta zalim tersebut menangkap orang tanpa bicara dan banyak lagi. Kalau yang mengubah, menukar dan menggubal hukum yang zalim, begitu juga akta yang zalim dikira sebagai zalim, tidakkah golongan yang menyokong, memilih, membantu, bersekongkol, memberi undi bagi memastikan golongan yang zalim itu terus berkuasa dan mengekalkan akta zalim tersebut tidak termasuk di dalam golongan yang cenderung atau menyokong kezaliman ? Nescaya yang menyokong juga tidak akan lepas dengan kezaliman tersebut bahkan mereka juga akan terpalit dengan segala dosa kezaliman itu dan bakal dijilat oleh api neraka..
Sidang Jumaat Yang Berbahagia,
Sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w orang Arab jahiliyyah berpegang kepada fahaman asabiyyah ( nasionalisme ) yang amat kuat. Asabiyyah jahiliyyah membenarkan mereka menolong kaum dan suku sakat mereka tanpa mengira kaum mereka menzalimi orang lain atau dizalimi oleh orang lain. Di dalam kedua-dua keadaan tersebut , Arab jahiliyyah akan tetap menolong dan membantu kaum mereka. Rasulullah s.a.w. mengubah konsep dan cara berfikir yang menyeleweng tersebut. Rasulullah s.aw menyatakan hendaklah kamu menolong saudara kamu iaitu sizalim dan mereka yang dizalimi ( madzlum ) . Para sahabat boleh menerima saranan Rasululullah s.a.w bahawa mereka yang dizalimi hendaklah ditolong tetapi bagaimana caranya untuk menolong mereka yang zalim ?. Lihatlah jawapan hebat Rasulullah s.a.w : Sabda Nabi s.aw: Tolonglah mereka yang zalim tersebut dengan menghentikan kezaliman mereka. Dengan lain perkataan jangan sokong mereka dan jangan biarkan mereka yang zalim terus berkuasa !!!
Pembicaraan isu kezaliman di dalam Al-Quran dinyatakan di dalam pelbagai dimensi. Antaranya kezaliman dikaitkan juga dengan kegagalan berhukum dengan apa yang Allah telah turunkan. Allah berfirman
Dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim (Al-Maidah 45).
Memang layak manusia yang tidak berhukum dengan hukum Allah digelar dengan gelaran sizalim. Mana tidak ? Tidakkah manusia dijadikan oleh Allah daripada mereka tidak tahu apa-apa sehinggalah Allah mengurniakan sedikit ilmu kepada mereka. Lihatlah betapa banyaknya nikmat yang Allah turunkan untuk manusia tanpa sebarang bayaran. Tumbuhan-tumbuhan dan haiwan malahan segala yang ada di muka bumi dijadikan oleh Alah untuk mereka berkhidmat kepada manusia.  Di samping nikmat yang banyak Allah juga , dengan rahmat dan kasih sayangNya kepada hambaNya menurunkan undang-undang dan peraturan untuk mengatur kehidupan manusia di muka bumi ini, Wajarkah insan yang menerima budi menolak hukum yang Allah turunkan kepadanya dengan memilih hukumnya sendiri ? Jika manusia yang tidak mengenang budi manusia yang lain pun dikutuk oleh manusia , tidakkah golongan yang tidak mengenang budi Allah tidak layak digelar sizalim. Ingatlah hukum Allah tidak boleh ditolak dan diketepikan. Menolak hukumnya adalah syirik kepadaNya. Antara wasiat Luqman Al-Hakim sepertimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran: (Luqman 13)
13. dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman Yang besar".
Sidang Jumaat Sekelian,
Dalam konteks pemimpin jahat dan zalim ini, Allah SWT telah memberitahu kita semua dalam Surah Muhammad ayat 22;
 
"(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan, jika kamu dapat memegang kuasa, kamu akan melakukan kerusakan di mukabumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?"

Dalam ayat ini, ulama' tafsir menghuraikan pemimpin yang tidak beriman (munafiq, perasuah dan zalim) ada 4 ciri utama. iaitu;
1.     bertindak sesuka hati
2.    menahan orang tanpa bukti
3.    mengkayakan diri, keluarga dan kroni
4.    gila kuasa
Allah SWT menegaskan rakyat tidak selamat di bawah pemerintah yang zalim dan jahat. Malangnya mutakhir ini umat Islam sudah semakin jauh daripada Islam itu sendiri. Al Qur'an sudah hilang dari jiwa mereka manakala Sunnah, hukum2 syarak dianggap sudah tidak relevan lagi masakini. Apa yang tinggal hanyalah perkataan Islam di kad pengenalan. Serta hidup hanya memikirkan tentang habuan dan harta dunia semata2. Akibatnya, Allah SWT menurunkan bala' dengan membiarkan pemerintah jahat dan zalim terus berkuasa di negara ini ekoran kedegilan umat Islam sendiri. Masalahnya, bukan setakat pemimpin yang jahat dan tidak beriman itu saja yang akan dihumban ke dalam Neraka, malah para pengikut dan penyokong mereka turut sama dilempar sama ke dalam Jahannam. Wana'uzubillah.

Firman Allah dalam Surah Al Ahzab (33) : ayat 66-68 yang berbunyi;
Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. "Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"
Kepada seluruh umat Islam, mimbar menyeru segeralah meninggalkan serta menukar pemerintahan secular zalim kepada pemerintahan islam sementara masih ada umur. Kembalilah kepada ajaran Al Qur'an dan Sunnah semuga hidup kita berbahagia di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat kelak.
Wallahuaqlam..

(Disampaikan oleh Ibnu Muslim di Surau al-Ikhlas (surau Jumaat) Bandar Sg Buaya Rawang Selangor)

KHUTBAH JUMAAT 1 APRIL 2011

cid:image001.gif@01CB4059.9ADCF4F0

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 33 surah Luqman :
   Maksudnya : Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.

Sidang Jumaat Yang Berbahagia.
11.3.11 adalah hari yang tentunya tidak dapat dilupakan oleh seluruh rakyat Jepun lebih-lebih lagi bagi yang tinggal di kawasan Timur Laut negara tersebut. Dalam sekelip mata ombak tsunami setinggi 10 meter membadai lalu menghancurkan segala sesuatu di hadapannya. Sehingga kini dianggarkan lebih daripada 10,000 orang terkorban dan Bank Dunia pula menganggarkan kerosakan dan kemusnahan yang berlaku di kawasan tersebut mencecah USD235 bilion dan mengambil masa kira-kira 5 tahun untuk membangun semula. Belum pun reda daripada trauma rempuhan tsunami rakyat Jepun kini terdedah pula kepada kesan langsung daripada radiasi loji tenaga nuklear Fukushima Dai-ichi yang juga rosak teruk di badai ombak gergasi tsunami.

Secara tersurat apa yang berlaku di Jepun adalah satu bentuk musibah dan bencana alam yang tidak dapat dielakkan. Ia termasuk dalam ruang lingkup kekuasaan mutlak Allah SWT yang Maha Berkuasa melakukan apa sahaja. Perlu diingat walau sehebat mana sekalipun teknologi garapan pemikiran manusia ia masih dangkal untuk menentukan apa yang akan berlaku di hari mendatang.

Walau dengan kecanggihan teknologi yang ada manusia mampu mengesan kejadian gempa bumi di bawah laut juga ombak tsunami yang akan melanda kemusnahan jiwa dan harta benda pasti tidak dapat dielakkan jika benar Allah SWT menghendaki ia berlaku. Malah perkara ini termasuk dalam ketetapan qada dan qadar Allah SWT yang tidak juga menafikan konsep usaha dan tawakal kepadanya.
 Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) Engkau Dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun Yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika ia mengenakan (melimpahkan) Engkau Dengan kebaikan, maka ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu
Secara tersirat ia sebenarnya satu daripada nikmat dan rahmat Allah SWT yang Maha Luas kepada hamba-hamba Nya yang beriman agar berfikir dan merenung kepada setiap kejadian yang berlaku dengan pandangan mata hati. Ia sekali gus mengajak manusia untuk sentiasa bersyukur atas segala nikmat kurniaan Ilahi yang tidak terhitung banyaknya. Mana tidaknya sehingga hari ini kita di Malaysia masih dipelihara daripada sebarang kejadian gempa bumi, tsunami, letupan gunung berapi dan huru-hara yang melanda sebahagian masyarakat dunia. Rakyat negara ini masih selamat walaupun banyak juga kejadian2 yang menggugat kesejahteraan hidup seharian, namun masih bebas bergerak ke sana ke mari, makanan dan segala keperluan asas mencukupi walaupun kos sara hidup meningkat, harga barang mahal kerana disonglap oleh perompak2 yang memegang khazanah hasil bumi di dalam pemerintahan hari ini tetapi masih lebih baik daripada negara2 yang sentiasa dilanda musibah yang dahsyat dan menakutkan.
Segala nikmat ini hendaklah disyukuri dengan memperbanyak melakukan ketaatan sambil berharap belas kasihan dan rahmat daripada Yang Maha Kuasa. Apatah lagi di akhir zaman saat dunia semakin uzur dan hampir kepada kemusnahan. Jika tidak kemungkinan pelbagai musibah dan malapetaka bakal menimpa implikasi daripada kemurkaan Allah SWT terhadap perlakuan segelintir umat manusia yang tidak bersyukur.  
  
Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) Yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang Yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). dan ketahuilah Bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.
Muslimin Yg Dirahmati,
Bibit-bibit kehancuran dan kemusnahan tersebut mula dirasai apabila kerosakan akhlak dan moral masyarakat Malaysia berada di tahap yang membimbangkan. Buktinya Akhbar Utusan Malaysia pernah melaporkan sejak tahun 2000 hingga 2008 sebanyak kira-kira 257,000 bayi didaftarkan tanpa nama bapa oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Ia bersamaan dengan 2,500 kes anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau 84 kes setiap hari iaitu tujuh bayi dilahirkan bagi setiap dua jam.

Lebih menakutkan apabila akhbar yang sama turut melaporkan kenyataan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana sebanyak 517 kes buang bayi direkodkan sejak Januari 2005 sehingga Januari tahun ini. Bulan Januari 2011 sahaja mencatatkan 19 kes buang bayi di seluruh negara. Institusi kekeluargaan Islam juga turut dilanda kehancuran apabila pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyatakan purata satu pasangan Islam bercerai setiap 15 minit.
Malapetaka dan kehancuran di kalangan muda-mudi juga tidak dapat dielakkan lagi. Perkara haram dan dosa jadi alat mainan mereka. Arak diminum seperti teh dan kopi, gejala melepak, berpeleseran jadi hobi mengisi masa lapang dan berseronok di kelab-kelab malam umpama satu kemestian. Kelab gay dan lesbian juga mula mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia yang berpegang kepada nilai-nilai kepercayaan kepada Tuhan. Rumah-rumah urut yang menyediakan khidmat seks beroperasi tanpa halangan dan banyak lagi bukti kehancuran yang dapat diperhatikan berlaku di sekeliling kita.

Bukankah semua ini musibah dan malapetaka yang telah melanda negara ? Malah jika difikirkan musibah moral dan sosial yang berlaku hari ini lebih buruk kesannya berbanding tsunami dan bencana alam yang lain kerana akan merebak dan berjangkit kepada generasi masa hadapan jika tidak dibendung dan dibiar berpanjangan.

Sebelum terlambat umat Islam juga harus menginsafi betapa gegaran dan gempa saat berlakunya hari kiamat adalah sesuatu yang menakutkan dan tiada sesiapa akan terselamat daripada kemusnahan seluruh alam. Allah SWT berfirman yang bermaksud;

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
َMaka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (Surah al-Zalzalah:1-8)

Justeru sebelum tiba detik yang menakutkan itu, marilah semua bangkit daripada tipu daya dan kemewahan dunia yang sementara untuk berbakti kepada Tuhan Yang Esa bagi beroleh kesejahteraan hidup di dunia mahupun di akhirat nanti. Jangan sesekali lalai dan leka dengan nikmat keamanan dan kesejahteraan yang ada kerana ia boleh jadi musnah dalam sekelip mata tanpa diduga.. Allah didahulukan, akhirat diutamakan..
WALLAHUAQLAM

Khamis, 28 April 2011

Zakat Simpanan

Adakah seseorang yang telah membayar zakat pendapatan masih wajib membayar zakat wang simpanannya walaupun wang simpanan tersebut datang dari pendapatan yang sama?

Ya, wajib kerana:
Zakat diwajibkan ke atas simpanannya pada tahun kedua, walaupun dari sumber yang sama tetapi ia berbeza di dalam pengiraan haul.
Selepas di bayar zakat pendapatan, jika lebihan pendapatan disimpan dan apabila cukup nisab serta haul ia wajib membayar zakat wang simpanan.

Adakah wang yang dihutang dikenakan zakat?
Ya, wajib ke atas penghutang apabila cukup nisab dan haul. Tetapi tidak wajib kepada pemiutang kerana tidak sempurna milik.

Adakah wang yang didapati sebagai pembiayaan daripada Bank Rakyat untuk membeli Amanah Saham Bumiputera (ASB) di wajibkan zakat? Dan bagaimana pengiraannya?
Wang yang didapati daripada pembiayaan secara syarak untuk membeli mana-mana saham yang syubhah hanya dikenakan zakat dan dikira pada pokok yang halal itu sahaja jika mencukupi syarat beserta nisab dan haul.

Bagaimanakah cara pengiraan zakat bagi wang yang dipinjam daripada bank?
Terdapat dua kaedah pengiraan iaitu:
Apabila selesai hutang maka wajib di bayar ke atas jumlah pinjaman asal tidak termasuk dividen dan bonus.
Zakat di bayar atas jumlah yang telah dibayar kepada bank yang melebihi nisab.

Peminjam digalakkan supaya menggunakan kaedah (ii). Kerana kaedah (i) memerlukan jangkamasa panjang pinjaman, ada pinjaman yang melebihi 10 tahun, jadi dicadangkan kepada pelanggan menggunakan kaedah (ii) kerana persediaan awal adalah lebih baik kerana kita tidak tahu perkara yang akan berlaku dalam jangkamasa 10 tahun yang akan datang.

Adakah perlu membayar zakat dari akaun simpanan Tabung Haji dan Bank Islam kerana saya difahamkan institusi tersebut telah membayar zakat bagi pendeposit?

Tabung Haji telah membayar zakat bagi pendepositnya. Manakala Bank Islam hanya membayar zakat ke atas perniagaannya. Zakat simpanan masih dikenakan jika simpanan di buat melalui Bank Islam.

Adakah wang simpanan di dalam koperasi dikenakan zakat wang simpanan?
Wajib zakat kecuali koperasi tersebut telah membayar zakat simpanan untuk ahlinya.

Saya tidak bekerja dan hanya ada simpanan sahaja, oleh itu jika setiap tahun saya membayar zakat, nanti duit saya akan habis, bagaimana perbelanjaan saya akan datang, sedangkan saya tiada suami?.

Zakat wajib di bayar sekiranya masih memenuhi syaratnya. Insya Allah puan tidak perlu risau kerana Allah telah menjanjikan keberkatan rezeki kepada semua yang membayar zakat sebagaimana diterangkan dalam hadith yang berikut:

Dari `Amru bin Syu’aib, dari bapanya, dari datuknya, bahawa Nabi Muhammad S.A.W. telah berucap kepada orang ramai lalu bersabda ertinya:

“Ketahuilah, sesiapa yang menjadi wali bagi anak yatim yang ada harta, hendaklah ia memperniagakannya (supaya bertambah kembang) dan janganlah ia membiarkan harta itu (berterusan susut) – dimakan oleh zakat.”
(Hadith Riwayat Tirmizi)
Hadith ini disokong oleh sebuah Hadith Mursal, yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Syafi’i, Rahimahullah dalam “Musnad”nya, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya:

“Carilah jalan yang menguntungkan semasa kamu menjaga dan mengurus harta anak yatim, supaya hartanya itu tidak ditelan habis oleh zakat
(Al Musnad)

Berapakah nisab zakat wang simpanan?
Nisab zakat wang adalah berdasarkan nilai emas seberat 85 gram atau 595 gram perak.

Saya mempunyai beberapa buku akaun simpanan di beberapa institusi bank dan bercadang untuk mengeluarkan zakat. Bagaimanakah cara pengiraan yang mesti saya lakukan untuk mengeluarkan zakat?
Pengiraan zakat wang simpanan adalah berdasarkan baki terendah bagi setiap buku akaun simpanan dalam haul yang sama.

Saya telah membuka akaun simpanan tetap untuk anak saya yang berumur lima tahun dan setiap bulan saya menyimpan wang di dalam akaun tersebut serta di dalam akaun sendiri. Persoalannya, siapakah yang wajib membayar zakat simpanan bagi akaun penama anak saya itu?
Anda wajib membayar zakat bagi pihak anak anda sebagai penjaga sekiranya ia mencukupi syarat.

Adakah sijil simpanan premium perlu dikeluarkan zakat?
Wajib dikeluarkan zakat ke atas nilai pokok simpanan sijil premium jika mencukupi syarat beserta nisab dan haul.

Saya difahamkan Tabung Haji telah mengeluarkan zakat bagi pihak pendeposit tetapi mengapakah tiada sebarang pengurangan jumlah simpanan saya yang menggambarkan zakat telah di potong?
Tabung Haji telah membayar zakat anda tanpa direkodkan dalam buku akaun simpanan kerana zakat yang dikeluarkan adalah diambil daripada dividen yang diberi.

Jika pendapatan hasil berniaga saya sudah dizakatkan, kemudian saya ada membuat simpanan 30% daripada hasil pendapatan yang sama dibank konvensional. Perlukah saya zakatkan lagi simpanan tersebut?
Wajib dikeluarkan zakat ke atas simpanan tersebut jika mencukupi syarat.

Adakah dividen ASB boleh dikira sekali dalam pengiraan zakat sebagaimana status terkini fatwa kebangsaan yang menyatakan ianya harus?
Secara praktisnya di Lembaga Zakat Selangor, dividen ASB tidak harus dikira dengan pokok untuk dikeluarkan zakat

http://www.e-zakat.com.my/soalan-lazim/

Zakat KWSP

Apa dalil kewajipan zakat KWSP?

KWSP dikenakan zakat kerana konsepnya sama seperti wang simpanan, cuma perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan secara mudah seperti akaun simpanan biasa. Tidak ada dalil yang mengecualikan kewajipan zakat KWSP sekalipun ia untuk simpanan hari tua. Oleh itu dalil wajib zakat KWSP adalah dalil wajib zakat simpanan secara amnya.

Saidina Ali r.a. telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda yang bermaksud:

“Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. dan tidak diwajibkan mengelurkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”
(Riwayat Abu Daud)

Saya telah mengeluarkan KWSP sebanyak RM 7 ribu. 3 tahun berikutnya dikeluarkan lagi RM 15 ribu. Berapakah jumlah zakat KWSP yang perlu dikeluarkan?

Kedua-duanya wajib zakat pada masa ia dikeluarkan dengan kadar 2.5% sekiranya mencukupi nisab semasa pada setiap keluaran. RM 7,000 x 2.5% = RM 175 dan RM 15,000 x 2.5% = RM 375. Jumlah zakat ialah RM 550.

Adakah dikenakan zakat KWSP jika wang dikeluarkan secara bulanan untuk membayar rumah?

Zakat diwajibkan sekiranya jumlah pengeluaran keseluruhan mencukupi nisab.

Adakah dikenakan zakat KWSP jika wang dikeluarkan digunakan untuk pembelian saham seperti skim enuiti, unit trust dan sebagainya?
Wang dikeluarkan wajib zakat jika memenuhi syarat.

Dividen yang ada dalam KWSP perlu dikenakan zakat atau tidak?
Dividen KWSP diwajibkan zakat.

Adakah perlu menunggu tempoh setahun untuk membayar zakat KWSP?

Tidak perlu menunggu setahun.

Jika wang KWSP dikeluarkan untuk persaraan, bagaimana cara untuk membayar zakat?

Zakat boleh terus dibayar tanpa perlu menunggu tempoh setahun.

Sekiranya saya mengeluarkan sebahagian wang KWSP, adakah baki yang tinggal dalam akaun KWSP perlu dizakatkan?
Zakat hanya dikenakan ke atas bahagian wang yang dikeluarkan setelah cukup nisab tetapi baki di dalam akaun KWSP tidak wajib dikenakan zakat pada masa itu.

Mengapakah wang caruman KWSP yang disimpan tidak wajib zakat?

Wang caruman KWSP yang disimpan tidak wajib dizakat kerana belum sempurna milik dan si pencarum tidak dapat menggunakan wang tersebut.

Adakah seseorang itu wajib membayar zakatnya sedangkan orang itu menanggung hutang sejumlah yang hampir sama dengan nilai wang KWSP yang diperolehinya?
Diwajibkan membayar zakat wang KWSP yang diperolehi terlebih dahulu, sebelum membayar hutang kerana wang tersebut telah cukup nisabnya.

Merujuk kepada keputusan fatwa bagi KWSP, apakah yang dimaksudkan dengan ayat “digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun”. Adakah ia bermaksud pembayar mempunyai pilihan sama ada hendak membayar zakat ataupun tidak?
Merujuk kepada fatwa terbaru, digalakkan bermaksud wajib dibayar secara serta merta

Adakah zakat yang dikeluarkan daripada KWSP dibayar menggunakan wang KWSP atau sumber wang lain?

Zakat tersebut boleh dibayar menggunakan daripada mana-mana sumber wang yang halal

http://www.e-zakat.com.my/soalan-lazim/

Selasa, 26 April 2011

AMANAH ALLAH, APAKAH TELAH KITA TUNAIKAN?

AMANAH ALLAH

Allah berfirman: “ Sesungguhnya telah kami berikan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang, lalu mereka enggan memikulnya dan takut menerimanya, kemudian amanah tersebut dipikul oleh manusia.”

Amanah merupakan perintah taat yang mempunyai akibat dosa dan pahala. Menurut al-Qurthubi amanah bermaksud agama. Ibn Mas’ud pula membataskan maknanya kepada soal harta. Manakala Abu Darda’ mengatakan mandi junub termasuk di dalam pengertian amanah. Ibnu ‘Umar berkata awal-awal penciptaan manusia bermula dari faraj (kemaluan) nya dan ianya merupakan amanah yang mesti dugunakan secara benar. Sekiranya engkau menjaganya ia akan menjaga kamu. Bukan sekadar itu, telinga, mata, perut, tangan dan kaki semuanya adalah amanah. Tidak beriman bagi orang yang tidak mempunyai amanah.

Al-Hasan telah berkata: “Allah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung lalu Allah berfirman; “Jika engkau laksanakan dengan baik (amanah) maka bagi engkau pahala, sebaliknya jika tidak bagi engkau seksaan.” Lalu mereka berkata; “Kami tidak sanggup!” Mujahid berkata; “Ketika Allah menciptakan Adam, ditawarkan amanah itu kepadanya. Penawaran kepada langit, bumi dan gunung-ganang adalah berupa pilihan bukan ketetapan. Sedangkan penawaran kepada Adam adalah ketetapan.” Al-Qoffal dan lainnya berkata: “Penawaran di dalam ayat tersebut adalah suatu yang indah di mana langit, bumi, gunung sekalipun besar masih tidak sanggup menerima amanah sebaliknya manusia sanggup memikulnya.

Ibnu Abbas berkata amanah itu ditawarkan kepada Adam lalu dikatakan kepadanya; “Jika engkau taati engkau akan diampuni sebaliknya jika engkau derhaka engkau akan disiksa.” Adam menjawab; “Aku sanggup mentaatinya”. Namun tidakpun sampai pun beberapa jam Adam telahpun menderhakaiNya dengan mamakan buah khuldi yang ditegah untuknya.

Amanah merupakan manifestasi dari keimanan. Sesiapa yang menjaga amanah Allah, sudah pasti Allah akan menjaga imannya. Rasulullah SAW bersabda; “Tidak beriman bagi sesiapa yang tidak menunaikan amanah dan tidak ada agama bagi sesiapa yang tidak menunaikan janjinya.”

Rasulullah SAW bersabda; “Dikatakan mukmin bagi seseorang yang tidak khianat dan tidak berdusta.” Sabdanya lagi; “Umatku sentiasa baik selama mana tidak menjual amanah dan menggadaikan kejujurannya.”

Baginda bersabda lagi; “Berikanlah amanah kepada orang yang mempercayaimu dan janganlah mengkhianati orang yang mengkhianatimu.” Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; “Tanda orang munafik itu tiga; jika berkata ia berbohong, jika berjanji ia mengengkarinya dan jika diberikan amanah ia berlaku khianat.”

Siapakah yang dipertanggungjawabkan terhadap segala amanah?

Persoalan inilah yang sewajibnya kita renungi kerana setiap orang daripada kita mempunyai amanah yang wajib dilaksanakan terhadap yang empunya haknya. Tidak mengira siapa diri kita samada seorang pemimpin negara, raja mahupun menteri, wakil parlimen atau DUN, ketua pejabat atau jabatan, ketua kampong atau taman, imam masjid dan surau, ketua keluarga bahkan diri sendiri semuanya adalah pemimpin bagi ahlinya. Maka berwaspadalah terhadap setiap amanah yang dipikul. Status atau jawatan bukan satu kebanggaan bahkan amanah.

Nabi SAW bersabda; “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawbkan atas kepimpinannya.”

Di dalam Zahru al-Riyadh menyebutkan, pada hari kiamat seorang hamba dihadapkan kepada Allah SWT lalu Allah SWT berfirman; “Apakah engaku telah menunaikan amanah kepada fulan (tanggungannya atau ahlinya)? “Tidak ya Tuhanku.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat menyeret dan menghumbankannya ke Neraka jahannam. Ia melihat amanah di dalam Jahannam lalu ia terjun key dalamnya selama tujuh puluh tahun sehingga ke pertengahannya. Kemudian ia membawa naik amanah sehingga ke permukaan lalu tergelincir semula kakinya lalu jatuh semula ke dalam Jahannam dan begitulah hal keadaanya berulang-kali sehinggalah datang Rahmat Allah berkat syafaat Rasulullah SAW kepada umatnya dan keredhaan dari tanggungan atau ahlinya.”

Dari kisah di atas, mari kita muhasabah kembali tentang segala amanah yang kita pikul. Diri kita ada amanah iaitu;

7 pancaindera - Mata, telinga, lidah, tangan, kaki, perut, kemaluan. Di mana dan kemanakah kita gunakan anggota-anggota ini? Untuk beribadah atau untuk melakukan dosa? Memastikan kesemua anggota ini digunakan untuk beribadah dan meninggalkan dari berbuat dosa merupakan amanah.

Isteri dan anak-anak dan mereka yang berada di bawah tanggungan – Di manakah mereka dan apakah yang mereka buat? Ilmu agama mereka, kesempurnaan aqidah dan ibadah mereka bagaimana? Atau mereka dalam keadaan jahil agama lalu mereka melakukan dosa dan kesalahan? Memastikan isteri, anak-anak dan tanggungan sentiasa taat kepada perintah agama samada beribadah dan tinggalkan dosa merupakan amanah.

Pekerjaan dan usaha mencari keperluan hidup – Bagaimanakah pekerjaan kita, terlepaskah dari terlibat dengan urusan yang diharamkan oleh Allah atau yang syubahat? Terlibat yang diharamkan mungkin jenis pekerjaan, tempat pekerjaan dan urusan pekerjaan. Memastikan pekerjaan terselamat dari yang haram dan syubhat adalah amanah.

Harta yang diperolehi, dimiliki dan yang dibelanjakan – Bagaimanakah harta yang diperolehi, adakah bersumber dari pekerjaan yang haram atau syubahat? Apakah kita berlaku zalim mengambil harta atau hak orang lain? Apakah harta yang dimiliki tidak dikeluarkan zakat darinya? Atau ke manakah harta dibelanjakan, berapakah yang kita belanjakan untuk agama Allah, membantu anak-anak yatim dan orang-orang yang lebih susah seperti fakir miskin dan sebagainya? Memastikan harta dimanfaatkan untuk sara hidup keluarga dan tanggungan, keluar zakat, infaq dan sedekah merupakan amanah.

Orang-orang yang berada di bawah kepimpinan kita – Bagamanakah hal keadaan mereka? Urusan dunia dan akhirat mereka macamana? Adakah mereka tunduk kepada syariat Allah atau menentangnya? Memastikan mereka selamat di dalam urusan dunia dan akhirat, bagi pemimpin ia merupakn amanah.

Wallahua’alam

http://khairuz67.multiply.com/journal/item/73

MENCUKUR BULU DI KAKI

Soalan; Uztaz, saya inginkan penjelasan tentang apa hukum sekiranya seorang perempuan itu mencukur bulu kakinya? adakah itu haram? saya pernah terbaca di internet sebelum ini yang mengatakan mencukur bulu kaki bagi seorang perempuan adalah wajib bagi yang menyerupai bulu kaki lelaki. adakah itu benar, uztaz?? Untuk pengetahuan uztaz saya ada seorang kawan yang telah pun mencukur bulu kakinya menggunakan sejenis sabun/ubat yang pernah diperkenalkan melalui iklan di televisyen (Veet). terima kasih, uztaz.

Jawapan;
Tidak ada larangan dari Syarak terhadap mencukur bulu kaki. Yang ada larangan hanyalah mencukur/menipiskan bulu kening di mana ia dilaknat oleh Allah sebagaimana ditegaskan oleh Nabi s.a.w. dalam hadisnya;

“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang mencukur alis (bulu kening) atau minta dicukur alisnya dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.).

Apabila tidak ada larangan, maka ia kekal di atas hukum asalnya iaitu harus. Secara amnya, hukum mencabut bulu di badan adalah seperti berikut;

1. Mencabut bulu ketiak dan ari-ari; hukumya sunat. Bagi bulu ari-ari yang paling baik ialah mencukurnya. Adapun bulu ketiak yang paling baik ialah mencabutnya. Namun, jika dibuang dengan cara lain dari itu tidak mengapa.

2. Mencabut bulu kaki dan bulu lengan/betis bagi wanita; harus kerana tidak ada dalil Syarak melarangnya.

3. Mengilangkan bulu kening; haram sekalipun dengan permintaan suami kerana larangan keras oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis di atas.

Mengenai bahan/ubat/sabun yang digunakan itu, harus jika tidak mendatangkan mudarat kepada badan. Selain itu, hendaklah dipastikan ia suci (tidak mengandungi bahan najis). Jika ada bahan najis, hendaklah dibasuh sebelum mengerjakan solat.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 727 dan 739.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Masjid Nabi Daniel Di Kota Iskandariyah Mesir.


Masjid ini dikenal dengan nama Masjid Nabi Daniel, mengingat di dalamnya ada kuburan beliau. Ia dikuburkan di dalam masjid ini berhadapan dengan kuburan Luqmanul Hakim.

Lalu siapa Nabi Daniel ini? Dalam agama Islam, nama Nabi Daniel termasuk jarang terdengar. Hal ini mengingat Nabi Daniel tidak termasuk salah satu dari 25 nabi yang wajib diketahui. Namun demikian, para ahli sejarah mengatakan, beliau adalah seorang Nabi yang pernah hidup dan meninggal di Mesir. Nabi Daniel termasuk di antara keturunan Nabi Daud as.

Imam ats-Tsa’laby sebagaimana dikutip oleh Muhammad bin Iyas Abul Barakat al-Hifny dalam bukunya Bada’iuz Zuhur fi Waqai’ ad-Duhur (hal.192-194) menuturkan, bahwa syahdan dahulu hidup seorang raja Babil yang terkenal jahatnya yang bernama, Bakhtashir. Bakhtashir sendiri termasuk keturunan Yafuts dan Yafuts adalah putra Nabi Nuh as.

Dalam sejarahnya, Bakhtashir seorang raja yang sangat kejam. Tidak ada satupun laki-laki Bani Israil yang hidup melainkan dibunuhnya. Anak-anak dipisahkan dari orang tuanya dan dilatih untuk perang sebagian dipenjara.
Suatu saat Bakhtashir menawan banyak masyarakat, termasuk anak-anak. Di antara yang ditawan itu ada seorang anak-anak bernama Nabi Daniel. Ia ditawan dan dipenjarakan bersama dengan keturunan Nabi Ya’kub dan Nabi Yusuf, as.

Suatu hari Bakhtashir bermimpi dengan mimpi yang sangat mengejutkan dan mengagetkannya. Ia bertanya kepada para dukun dan juru ramal saat itu, akan tetapi semuanya diam, tidak dapat mengartikan mimpinya tadi.

Lalu datanglah seorang laki-laki yang pernah dipenjara bersama Nabi Daniel yang mengabarkan kepada Bakhtashir bahwa di dalam penjara ada seorang pemuda yang pandai menafsirkan mimpi. Dia adalah Nabi Daniel. Di panggilah Nabi Daniel untuk menakbirkan mimpinya itu.

Nabi Daniel dengan sangat jelas mengartikan mimpi Bakhtashir tadi. Bakhtashir pun kagum akan kehebatan Nabi Daniel. Nabi Daniel kemudian dibebaskan dari penjara dan dijadikan konsultan sekaligus guru pribadi Bakhtashir.

Kedekatan antara Bakhtashir dengan Nabi Daniel ini membuat petinggi Majusi geram. Mereka kemudian merencanakan sebuah makar untuk membunuh Nabi Daniel. Digalilah sebuah lobang besar, kemudian Nabi Daniel dimasukkan ke dalamnya bersamaan dengan binatang-binatang buas dan berbisa. Namun, setelah beberapa hari lamanya Nabi Daniel berada di lobang tersebut, Bakhtashir mendapatkan Nabi Daniel dalam keadaan sehat tidak kurang sedikitpun.

Ia pun semakin dekat dan sayang kepada Nabi Daniel. Melihat hal itu, orang-orang Majusi kembali menghasut Nabi Daniel dengan hasutan-hasutan yang jauh dari kebenaran. Di antara hasutan ini, dikatakan kepada Bakhtashir bahwa Daniel telah menyebarkan ‘aib yang tidak baik tentang Bakhtashir, yaitu bahwa Raja Bakhashir apabila tidur, selalu buang air kecil di kasur.

Hasutan ini tentu membuat Bakhtashir geram, mengingat ini merupakan cacat dan aib besar untuk seorang raja. Nabi Daniel lalu dipanggil dan diminta tidur bersamanya. Bakhtashir kemudian berkata kepada para pengawal yang bertugas menjaga pintu, bahwa kelak apabila malam tiba ada orang yang keluar kamar untuk pipis, bunuh saja dia, siapapun dia orangnya, sekalipun dia mengaku bernama saya. Para pengawal pun mengiyakannya.

Begitu malam tiba, Nabi Daniel tidak keluar, ia tidak mau buang air kecil pada malam itu. Sampai akhirnya Bakhtashir sendiri yang pertama keluar kamar untuk pipis. Setiba di pintu, para pengawal langsung menangkapnya. Bakhtashir berteriak dan berkata: “jangan bunuh, saya adalah raja kalian, Bakhtashir”.

Namun para pengawal menjawabnya dengan mengatakan: “Dusta, kamu telah berdusta, kamu bukan Bakhtashir raja kami, tapi kamu adalah orang yang mengaku-ngaku sebagai raja kami. Dan siapapun yang keluar malam pertama, maka dia harus dibunuh”. Tanpa panjang kalam, Bakhtashir pun lalu dibunuhnya. Allah menyelamatkan Nabi Daniel dan membinasakan Bakhtashir yang jahat.

Abul Barakat al-Hifny kemudian menuturkan, Nabi Daniel kemudian berangkat menuju kota Iskandariyah, dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya untuk berdakwah di sana, bahkan meninggal dan kuburannya pun di sana.

Kuburan Nabi Daniel ini menurut al-Hifny dalam Badai’uz Zuhurnya (hal 194, 195) ditemukan pada masa Khalifah Umar bin Khatab. Saat itu ketika Iskandariyah berhasil dilumpuhkan oleh Amer bin Ash, Amer dan para tentara melihat ada tempat bersembunyi yang dikunci dengan gembok besi. Kemudian mereka membukanya, dan ternyata di dalamnya ada lobang kecil yang ditutup dengan marmer berwarna hijau yang ditutup dengan marmer berwarna hijau lainnya.

Begitu dibuka, ternyata di dalamnya ada jenazah seorang laki-laki dengan kain kafan yang ditenun benang emas, dengan badan yang sangat besar. Kejadian itu dilaporkan kepada Khalifah Umar, dan Umar segera bertanya kepada Ali bin Abi Thalib. Ali kemudian menjawab bahwa jenazah tersebut adalah jenazah Nabi Daniel.

Umar segera memerintahkan Amer bin Ash untuk mengkafani kembali jenazah tadi, dan meminta untuk dikuburkan disebuah tempat yang tidak dapat dijangkau oleh orang-orang. Amer bin Ash lalu membuatkan kuburannya lagi di kota Iskandariyah yang saat ini di atasnya dibangun sebuah mesjid, bernama Masjid Nabi Daniel.

Posted by umibadriyahhamid

SUMBER: http://umisulaiman.blogspot.com/2009/04/masjid-nabi-daniel-di-kota-iskandariyah.html dan http://drnida.blogspot.com/2010_05_01_archive.html

SOLAT DI ATAS KAPAL TERBANG

Soalan; ustaz, apakah perbezaan solat dalam kenderaan dan solat hormat waktu. Saya sering keluar negara dengan menaiki kapalterbang dan saya bersolat ketika saya yakin waktu solat telah masuk dengan cara duduk di atas tempat duduk penumpang (mengikut arah perjalanan kapal terbang). Selalunya saya buat secara jamak & qasar. Saya berpendapat yang saya dalam keuzuran dan tidak mampu melakukan solat secara sempurna. Tetapi saya terbaca dalam satu artikel bahawa sembahyang seperti itu cuma dikira sebagai solat menghormati waktu yang mana solat itu perlu dilakukan semula setelah perjalanan selesai. Jika demikian adakah saya perlu saya meng'qada' semua solat itu semua?Sekian, terima kasih.

Jawapan;
Orang berada di atas kapal laut, kapal terbang, keretapi dan sebagainya, jika ia dapat turun atau berhenti, wajiblah ia turun atau berhenti untuk menunaikan solat. Jika tidak, hendaklah ia menunaikan solat di atas kenderaan-kenderaan itu jika dibimbangi akan habis waktu jika ditunggu hingga sampai ke destinasi. Semasa mengerjakan solat itu, jika ia dapat/mampu berdiri wajiblah ia berdiri. Jika tidak mampu –kerana takut terjatuh, tenggelam, loya, tiada ruang untuk berdiri atau sebagainya, harus ia melakukannya sambil duduk.

Bagi kiblat pula, jika ia dapat mengadap ke arah kiblat, wajiblah ia mengadap ke arahnya. Jika di tengah solat, kapal/kenderaan beralih dari arah kiblat, dimaafkan.

Jika ia tidak mampu mengadap ke arah kiblat, hendaklah ia mengadap ke arah mana yang boleh. Begitu juga dengan rukun-rukun yang lain, hendaklah dilakukan mengikut kemampuan.

Di dalam kaedah fiqh ada ditegaskan al-Masyaqqah tajlibu at-Taisir (kepayahan akan mendapat kemudahan), yakni orang yang dalam kepayahan diberi kemudahan atau kelonggaran oleh Syarak. Dalil bagi kelonggaran tersebut ialah beberapa hadis Nabi s.a.w., antaranya;

1. Sabda Nabi s.a.w.; “Hendaklah kamu tunaikan solat dengan berdiri. Jika tidak mampu, tunaikan dengan duduk. Jika tidak mampu, tunaikan dengan mengiring di atas rusuk. Jika tidak mampu, tunaikan dengan isyarat” (HR Imam al-Bukhari dari ‘Imran bin Hushain r.a.)

2. Ibnu ‘Umar r.a. menceritakan; Rasulullah s.a.w. pernah ditanya oleh seorang lelaki; “Bagaimana hendak saya tunaikan solat di dalam perahu/kapal laut?”. Baginda menjawab; “Tunaikan dengan berdiri kecuali jika kamu bimbang akan tenggelam” (HR Imam ad-Daruqutni dan al-Hakim. Menurut al-Baihaqi; hadis ini hasan. Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 5009).

Adakah solat yang dilakukan dengan rukhsah (yakni dengan mengambil kemudahan dan kelongaran) tadi perlu diulangi semula?

Jawapannya; tidak perlu. Ibadah yang wajib, jika telah dilaksanakan mengikut yang termampu dilakukan (walaupun dengan meninggalkan sebahagian syarat atau rukunnya kerana tidak berupaya dilakukan, bukan kerana sengaja untuk bermain-main atau mempermudah-mudahkan agama), sahlah ibadah itu dan tidak perlu lagi diulangi. Inilah pandangan Imam al-Muzani (seorang murid terkenal Imam Syafi’ie)[1] dan di sokong oleh Imam an-Nawawi kerana menurut beliau; pandangan ini paling kuat dari sudut dalilnya kerana Allah berfirman; “Maka bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu” (at-Taghabun; 16). Dan Nabi s.a.w. pula bersabda; “Apabila aku perintahkan kamu dengan suatu urusan, maka lakukanlah mengikut yang termampu oleh kamu” (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Jadi berdasarkan pandangan Imam al-Muzani di atas, tidak ada yang dikatakan solat hormat waktu (yakni solat yang dilakukan semata-mata untuk menghormati waktu solat, bukan untuk menggugurkan tuntutan solat) kerana solat yang dilakukan dengan rukhsah itu telahpun sah dan dikira oleh Syarak kerana ia dilakukan mengikut kadar kemampuan yang ada.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, jil. 4, Kitab al-Haidh, bab at-Tayammum.
2. Fiqh al-‘Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 322.

Nota kaki;
[1] Khusus mengenai solat fardhu, Imam al-Muzani berkata; “setiap solat yang wajib dilaksanakan di dalam waktunya sekalipun dilaksanakan dengan terdapat suatu kekurangan, tidak wajib diulangi semula”. (Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, jil. 4, Kitab al-Haidh, bab at-Tayammum).

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Apa maksud Solat menghormati waktu??

Dalam musafir khususnya menuju ke Baitullah al-Haram, menaiki kapal terbang yang mengambil masa antara 7 hingga 8 jam. Kadang-kadang membabitkan waktu solat.

Saat yang sama mungkin merasa kesukaran untuk berwuduk atau menentukan arah tanda kiblat justeru, ada atau tidak solat menghormati waktu?

Jawapan:

Solat adalah salah satu rukun Islam yang utama, disebut dalam banyak hadis gelaran atau nama yang baik kepada solat seperti tiang seri agama, cahaya, dan lain-lain.

Islam amat cakna dan prihatin terhadap solat supaya dipeliharakannya dalam apa jua keadaan. Saat yang sama ancaman amat keras bagi siapa yang meninggalkan solat dan mengabaikannya atau melakukan sambil lewa.

Justeru, atas dasar inilah melaksanakan ibadat solat perlu walau dalam apa keadaan sekalipun. Dalam Mazhab Syafie terdapatnya solat menghormati waktu antaranya kerana:

i. Orang yang luput dua alat taharah iaitu air dan tanah. Dalam al-Fiqha’la Mazahib al-Arba’ah (1/167) wajib ia’dah (mengulangi) solat bagi yang melakukannya dalam keadaan menghormati setelah mendapati air.

ii. Tersalah mengadap kiblat ketika mengijtihad mengadap kiblat tanpa arah yang betul, hendaklah ia’dah solat.

Begitu juga yakin tersilap kiblat secara pasti maka wajib ia’dah 1/201. Imam al-Nawawi dalam al-Idhah hal. 80 juga menyebut hal yang sama
http://darululumonline.wordpress.com/2010/11/06/apa-maksud-solat-menghormati-waktu/

Isnin, 25 April 2011

Presiden PAS Dianugerah Tokoh Alim Rabbani Di Pattani

Dipetik dari  http://u-jam.blogspot.com/
Presiden PAS dianugerah Tokoh Alim Rabbani
Ustaz Abdul Hadi Awang dipakai jubah sebagai Tokoh Alim Rabbani oleh Rektor Universiti Islam Yala, Dr Ismaillutfi

YALA, Patani, 15 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah dianugerahkan dengan anugerah Tokoh Alim Rabbani oleh Universiti Islam Yala semalam.

Anugerah itu disampaikan sendiri oleh Rektor universiti itu, Dr Iamail Lutfi di universiti berkenaan semalam

SUMBER: http://inksensei.wordpress.com/

Wanita Ahli Syurga Dan Ciri-Cirinya



Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga. Di dalamnya terdapat bejana-bejana dari emas dan perak, istana yang megah dengan dihiasi beragam permata, dan berbagai macam kenikmatan lainnya yang tidak pernah terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga, dan terbetik di hati.

Dalam Al Qur’an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-​​kenikmatan Syurga. Di antaranya Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman :

“(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-​​motong ususnya?” (QS. Muhammad : 15)

“Dan orang-orang yang paling dahulu beriman, merekalah yang paling dulu (masuk Syurga). Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam Syurga kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. Mereka berada di atas dipan yang bertahtakan emas dan permata seraya bertelekan di atasnya berhadap-​​hadapan.​​ Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda dengan membawa gelas, cerek, dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir, mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.” (QS. Al Waqiah : 10-21)

Di samping mendapatkan kenikmatan-​​kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah Tabaraka wa Ta’ala kelak akan mendapatkan pendamping (isteri) dari bidadari-​​bidadari Syurga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur’an yang mulia, di antaranya :

“Dan (di dalam Syurga itu) ada bidadari-​​bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik.” (QS. Al Waqiah : 22-23)

“Dan di dalam Syurga-Syurga itu ada bidadari-​​bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (​​penghuni-​​penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.” (QS. Ar Rahman : 56)

“Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.” (QS. Ar Rahman : 58)

“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (​​bidadari-​​bidadari)​​ dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (QS. Al Waqiah : 35-37)

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-​​keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda beliau :

“ … seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Syurga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari tudung (khimar) wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya.” (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu 'anhu)

Dalam hadits lain Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda :

Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorang pun. Di antara yang didendangkan oleh mereka : “Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan.” Dan mereka juga mendendangkan : “Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi.” (Shahih Al Jami’ nombor 1557)


Apakah Ciri-Ciri Wanita Syurga

Apakah hanya orang-orang beriman dari kalangan lelaki dan bidadari-​​bidadari sahaja yang menjadi penduduk Syurga? Bagaimana dengan isteri-isteri kaum Mukminin di dunia, wanita-wanita penduduk bumi?

Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Syurga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.

Tentunya setiap wanita Muslimah ingin menjadi ahli Syurga. Pada hakikatnya wanita ahli Syurga adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Seluruh ciri-cirinya merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki. Di antara ciri-ciri wanita ahli Syurga adalah :

1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, Malaikat-​​Malaikat-​​Nya,​​ Kitab-​​Kitab-​​Nya,​​ Rasul-​​Rasul-​​Nya,​​ hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik ataupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahzwa Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika bersendirian atau bersama orang ramai dan berdoa kepada Allah semata.
7. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.
11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan keburukan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua orang tua.15. Menyambung silaturahmi dengan keluarga kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.

Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang diambil dari kitab Majmu’ Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya termasuk dalam kerangka metaati kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah Ta’ala berfirman :

“ … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah akan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.” (QS. An Nisa’ : 13)

Semoga Kita Dapat Menggapainya!
http://ahmadaminuddin.blogspot.com/2010/01/wanita-ahli-syurga-dan-ciri-cirinya.html

Tuhan itu adil atau zalim?

Diceritakan bahawa seorang ibu telah datang menemui Nabi Daud a.s. lalu berkata:

Ibu – Wahai Nabi Allah! Adakah Tuhanmu zalim atau adil?

Nabi Daud – kenapa kamu ini wahai perempuan? Tuhan itu Maha Adil dan tidak pernah melakukan kezaliman! Apa yang telah berlaku ke atas dirimu?

Ibu – Aku seorang balu. Bersamaku tiga orang anak perempuan yang masih kecil. Aku menjaga mereka seorang diri dengan hasil tenunan tanganku. Semalam aku mengikat kemas-kemas tenunanku dalam sehelai kain berwarna merah dan membawanya ke pasar untuk dijual kemudian membeli barang-barang keperluan anak-anakku. Di pertengahan jalan, tiba-tiba seekor burung menyerangku, lantas menyambar tenunanku dan terbang entah ke mana. Kini tiada lagi yang tinggal untukku menyara anak-anakku.

Belum sempat Nabi Daud menjawab kata-kata ibu tersebut, tiba-tiba pintu diketuk dan Nabi mengizinkan orang yang mengetuk pintu itu masuk. Tetamu yang baru tiba itu terdiri daripada 10 orang saudagar yang di dalam tangan masing-masing terdapat wang sebanyak 100 dinar. Mereka berkata:

Saudagar – Wahai Nabi Allah, ambillah wang dinar ini dan berilah kepada orang yang berhak menerimanya!

Nabi Daud – Apa yang menyebabkan kamu menyerahkan wang ini kepadaku?

Saudagar – Wahai Nabi Allah, semalam kami berada di atas kapal layar untuk pergi berniaga. Tiba-tiba angin bertiub sangat kencang sehingga kapal layar kami hampir pecah dan kami hampir-hampir akan karam. Tiba-tiba seekor burung mencampakkan sehelai kain berwarna merah yang terdapat di dalamnya hasil tenunan. Maka kami gunakan kain dan benang itu untuk mengikat kapal layar kami dan menampung kebocorannya. Dengan itu kami dapat mengharungi angin rebut itu dengan selamat. Kami telah bernazar dengan Nama Allah bahawa setiap orang daripada kami mengeluarkan 100 dinar sebagai sedekah kerana Allah. Dan inilah wang tersebut. Ambillah dan berilah kepada sesiapa yang berhak pada pandangan Nabi.

Nabi Daud a.s. berpaling kepada ibu tadi seraya berkata:

Nabi Daud – Tuhan yang berniaga untuk kamu di darat dan di laut, sedang kamu menuduh-Nya zalim? Ambillah wang ini dan belanjakannya untuk anak-anakmu.

Posted by Maznah Daud

WABAK SEPANJANG JALAN

1) AL-FUTUR
Pengertian(bahasa) : -terputus atau terhenti sesudah berjalan, atau diam sesudah bergerak -malas, menangguh, melengah-lengah sesudah bergerak aktif dan bersungguh-sungguh Pengertian (istilah) : tahap yang paling rendah ialah malas,menangguh-nangguh,melengah-lengahkan dan yang paling tinggi ialah berhenti terus atau diam sesudahbergerak cergas secara berterusan.

2) AL-ISRAF(PEMBOROSAN)
Pengertian(bahasa) : - apa yang dibelanjakan bukan untuk ketaatan kepada Allah -Pembaziran atau tindakan yang melampaaui batas pengertian (istilah) –perbuatan yang melampaui batas keserderhanaan, samada dalam perkara makanan,minuman, pakaian , tempat tinggal, dan seumpamanya,yang merupakan naluri yang tersembunyi dalam diri manusia.

3) AL-ISTI’JAL(GOPOH /TERBURU-BURU)
Pengertian(bahasa) :- mendesak, minta di segerakan terburu-buru atau laju. Dalam istilah pendakwah : -keinginan untuk mengubah reality penghidupan masa kini dalam sekelip mata atau kurang dari sekelip mata tanpa menilai tentang kesan buruk yang akan berlaku disamping tidak memahami suasana persekitaran yang melingkungi mereka.

4) AL-UZLAH(MEMENCILKAN DIRI)
Pengertian (bahasa) : - menjauhkan atau menyisihkan. Menurut kamus lisan al arab-meminggir sesuatu atau mengetepikan maka dipinggirkan ia. Istilah pendakwah : -mengutamakan penghidupan secara berseorangan dengan meninggalkan penghidupan secara berjamaah. Cara yang demikian menjadikan seorang amilin merasai sudah cukup untuknya mendirikan Islam dalam dirinya sendiri, tanpa memperdulikan orang lain, sekalipun orang lain menghadapi kebinasaan atau kehilangan, atau seseorang itu cuba menegakkan Islam dalam dirinya sendiri. Kemudian secara berseorangan, ia berusaha sedaya upaya menegakkannya dikalangan orang ramai tanpa meminta pertolongan dan sokongan para amilin lain yang sama-sama berada di medan perjuangan.

5) AL-I’JAB BIL NAFSI(TERPESONA DENGAN DIRI SENDIRI)
Pengertian (bahasa) :- Gembira dan berharapan baik -Rasa besar dan membesarkan Istilah :- Suatu kegembiraan degan diri sendiri, hasil dari apa yang dilakukannya sama ada perkataan atau perbuatan tanpa menyinggung orang lain, tanpa mengambil kira perbuatan dan perkataan tadi baik atau buruk, terpuji atau terkeji.

6) AL-GHURUR (TERTIPU DENGAN DIRI SENDIRI)
Pengertian(bahasa) :-penipuan sama ada kepada diri sendiri atau kepada orang lain - seseorang yang tertipu dengan kebendaan dunia Istilah: -kekaguman seorang amilin dengan diri sendiri sehingga mengdorongnya ke tahap menghina dan memperkecil-kecilkan setiap apa yang diusahakan oleh orang lain yang menyerupai apa yang ia sedang lakukan. Sungguhpun demikian, sikapnya itu tidaklah sampai ke tahap memperlekehkan peribadi saingannya atau merendah-rendahkan peribadi mereka.

7) AL-TAKABBUR
Pengertian (bahasa) :-menonjolkan kebesaran dan kesombongan -kebesaran dan kesombongan istilah : -seseorang amil itu menonjolkan kebesaran ke atas dirinya dalam bentuk menghina orang lain dan memperlekehkan kewibawaan mereka.
Sebab-sebab Berlakunya :
1) Suasana membesar
2) Tidak memahami fitrah diri
3) Berdampingan dengan orang yang salah (sesat, tidak berjiwa besar, tidak berakhlak)
4) Tidak berpijak di alam nyata(too optimistic)
5) Semangat yang membara
6) Runtunan nafsu
7) Tidak muhasabah diri dengan baik
8) Tidak memahami ilmu dengan tepat
9) Terlampau merendah diri
10) Terlampau yakin dengan diri sendiri.

(DR. AL SYED MUHAMMAD NOH)