Sahabat Ilmu

Selasa, 25 Ogos 2015

Seksaan Yang Pedih

♡Tadabbur Kalamullah♡

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ ۖ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا

"Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, Jauhkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah kebinasaan yang kekal"

[Surah Al-Furqan 65]

#Imam Ibnu Jauzi berkata: "Perkataan غَرَامًا mempunyai 5 pdpt:

1. Seksa selamanya (Riwayat drp Abu Said al-Khudri)

2. Seksa yg menyakitkan (Riwayat ad-Dhahhak drp Ibnu Abbas)

3. Seksa yg melelahkan (Disebut oleh Ibn as-Saib)

4. Seksa yg membinasakan (Disebut oleh Abu Ubaidah)

5. Seksa yg amat pedih (Disebut oleh az-Zujaj)

#Begitulah suasana kegerunan yg dirasai oleh golongan 'Ibadurrahman (golongan yg beriman dan berserah diri kpd Allah) yg sentiasa bdoa dgn khusyuk agar dijauhi azab neraka

#Imam Hasan al-Basri pernah menangis, maka ditanya kpd beliau: Apa yg menyebabkan kamu menangis wahai Abu said?? Beliau mjwb: "Sy takut Allah akan melemparkan sy esok ke dlm api neraka dan Allah tdk memerhatikannya"

#Diceritakan bhwa Syaddad bin Auf apabila dia naik ke tempat tidurnya, dia merasakan seakan-akan dirinya spt kacang yg digoreng di atas kuali yg panas dan dia berkata: "Ya Allah, sesungguhnya mengingatkan neraka Jahannam membuatkan saya tdk blh tidur". Maka dia pun berdiri kemudian solat sehingga masuk waktu subuh

#Kedahsyatan dan azabnya seksa neraka yg sungguh menggerunkan lg memilukan telah diperlihatkan kpd Rasulullah saw pd mlm Israk Mikraj dan dlm peristiwa2 yg lain.

#Pengetahuan ttg neraka itu sentiasa membuatkan Baginda menangis teresak2 dan berusaha menyelamatkan umatnya sedaya mungkin drp memasuki neraka

♡Menangislah kita didunia ini sbgmana menangisnya para 'Ibadurrahman dan menangisnya Rasulullah saw serta bykkn berdoa agar terselamat drp sentuhan neraka♡

SELAMAT MENGHAYATI PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

🐊Ust naim

Dunia Tempat Diuji

~Dunia tempat ujian~

Ujian, musibah, bencana, penyakit, dugaan dan cabaran akan mendatangi diri setiap manusia tidak kira waktu dan tempat.

Ia akan datang pada sesiapa sahaja. Tidak kiralah samada dia raja, sultan, menteri, orang kaya, orang miskin, orang dewasa, remaja ataupun kanak-kanak.

Semuanya akan diuji.

Kesusahan itu ujian. Kesenangan pun ujian. Pandai itu ujian. Kurang pandai pun ujian. Cantik itu ujian. Hodoh pun ujian.

Ada sesiapa yang nak kata bahawa dia tidak pernah di uji??

ALLAH SWT berfirman;

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada kamilah kamu dikembalikan." (Al-Anbiyaa': 35)

Memang dunia ini adalah medan ujian…Kehidupan ini adalah medan perjuangan…

ALLAH SWT berfirman;

"Maha suci Allah yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun" (QS Al-Mulk : 1-2)

~Ganjaran Atas Ujian~

#Sa'ad bin Abi Waqqash berkata, aku bertanya kepada Rasulullah Saw, "Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berat ujian dan cubaannya?" Nabi Saw menjawab: "Para nabi kemudian yang meniru (menyerupai) mereka dan yang meniru (menyerupai) mereka. Seseorang diuji menurut kadar agamanya. Kalau agamanya tipis (lemah) dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan bila imannya kukuh dia diuji sesuai dengan itu (keras). Seorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi bersih dari dosa-dosa. (HR. Bukhari)

#Sabda Nabi saw: "Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan baginya maka dia diuji (dicuba dengan suatu musibah). (HR. Bukhari)

#Sabda Nabi saw: "Seorang hamba memiliki suatu darjat di syurga. Ketika dia tidak dapat mencapainya dengan amal-amal kebaikannya maka Allah menguji dan mencubanya agar dia mencapai darjat itu. (HR. Ath-Thabrani)

#Sabda Nabi saw: "Apabila Allah menyenangi hamba maka dia diuji agar Allah mendengar permohonannya (kerendahan dirinya). (HR. Al-Baihaqi)

#Sabda Nabi saw: "Apabila Aku menguji hambaKu dengan membutakan kedua matanya dan dia bersabar maka Aku ganti kedua matanya dengan syurga. (HR. Ahmad)

#Sabda Nabi saw: "Tiada seorang mukmin ditimpa rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai pun duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya" (HR. Bukhari)

♡Bersabar dan berbaik sangkalah dgn ujian yg diberikan oleh Alah swt krn semua ujian itu akan menghapuskan dosa2 kita serta memantapkan iman dan meninggikan darjat kita disisi Alah swt ♡

#Biarlah kita diuji didunia drp diuji diakhirat kelak

🐊Ust naim

Rasulullah Contoh Terbaik

♡Tadabbur Kalamullah♡

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Maksudnya: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”(Surah al-Ahzab: 21)

#Imam Ibn Kathir berkata: “Ayat yang mulia ini adalah asas yang agung berkaitan mencontohi Rasulullah SAW dalam pelbagai aspek samada ucapan, perbuatan mahupun perilakunya. Allah memerintahkan ummat manusia menteladani Nabi SAW pada hari Ahzab dalam sifat kesabaran, thabat, keberanian, perjuangan, begitu juga sabar menanti pertolongan dari Rabbnya.

#Al-Maghari berkata: “Rasulullah SAW memiliki contoh dan teladan yang tinggi yang berada di hadapan kamu untuk kamu ikuti. Oleh itu, hendaklah kamu mencontohi setiap amal perbuatan Rasulullah SAW, dengan mengikut petunjuk yang diberikannya, jika kamu mahukan pahala daripada Allah SWT serta takutkan azabnya.”

#Dalam mana kita mengasihi dan mencintai Rasulullah SAW, perkara yang lebih utama adalah mengikut bagaimana para Sahabat dan salafussoleh menzahirkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW.

#Menzahirkan rasa cinta dengan cara mengikut sunnah Nabi adalah tuntutan utama berbanding dengan hanya menyatakan sahaja kecintaan.

#Antara bentuknya seperti:

-Selawat ke atas Nabi SAW
-Mempertahankan Baginda SAW
-Mempelajari sunnah Baginda SAW
-Mencontohi akhlak dan perilaku Nabi SAW
-Memuliakan hadith Rasulullah SAW
-Mencintai keluarga Rasulullah SAW
-Menyebarkan sunnahnya
-Berhukum dengan sunnahnya
-Menjadikan Rasulullah SAW sebagai panduan dan contoh suri teladan dalam kehidupan.

♡Aku mendambakan syafaat dan pertolonganmu ya Rasulullah♡

🐊Ust naim

Manusia dan Harta

♡Tadabbur Kalamullah♡

فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانْتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِنْ فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)"

[Surah Al-Jumuah 10]

#Ayat ini seolah2 mengingatkan bahawa dlm kesibuka kita beribadah, usaha mencari rezeki usah dilupakan.

#Alla menyebut harta sbg 'limpah kurnia Allah'

#Ayat ini sekaligus membantah sagkaan bahawa ibadah dan harta tdk blh bersatu. Sebenarnya harta dan agama saling melengkapi. Kedua2nya sgt penting dlm hidup seorang muslim

#Memiliki harta tanpa agama akan menjerumuskan ke neraka. Krn org tersebut akan hanyut dlm aktiviti yg membinasakan diri an imannya

#Sebaliknya, agama tanpa harta akan menutup byk peluang ibadah. Tanpa harta, seseorang tdk akan dpt pahala wakaf yg terus mengalir. Tanpa harta, seseorang tdk dpt melaksanakan haji dan umrah. Menuntut ilmu jg memerlukan kos yg tdk sedikit

#Ilmu agama mesti menjadi panduan dlm pengurusan harta, dgn begitu harta tersebut akan membawa kita ke syurga

♡Yg halal akan dihisab, yg haram akan diazab♡

🐊Ust naim

Tugas Rasul Menyampaikan

♡Tadabbur Kalamullah♡

قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ ۖ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا عَلَيْهِ مَا حُمِّلَ وَعَلَيْكُمْ مَا حُمِّلْتُمْ ۖ وَإِنْ تُطِيعُوهُ تَهْتَدُوا ۚ وَمَا عَلَى الرَّسُولِ إِلَّا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ

"Katakanlah lagi (kepada mereka): " Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah. Kemudian jika kamu berpaling ingkar maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Rasul Allah hanya bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepadanya, dan kamu pula bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepada kamu. Dan jika kamu taat kepadanya nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk; dan (sebenarnya) Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata" [Surah An-Nur 54]

#Imam al-Bukhari meriwayatkan drp Ibnu Syihab az-Zuhri, bhwasanya dia berkata: "Drp Allahlah datangnya risalah, Rasulullah hanya menyampaikan sdgkan kewajipan kita adalah menerimanya"

#Di dlm khutbah Haji Wada' Rasulullah saw bersabda:

"Dan aku tlh meninggalkan sesuatu bg kamu, jika kamu berpegang teguh kpdnya nescaya tdk pernah sesat, ia adalah Kitabullah. Dan kamu akan ditanya ttg aku, maka apakah yg akan kamu jawab?"Mereka semua berkata, kami bersaksi sesungguhnya engkau tlh menyampaikan (risalah), melaksanakannya dan menyampaikan nasihat. Selanjutnya baginda saw bkata dgn jari telunjuk diangkat ke langit lalu membalikkan ke hdpn manusia, Ya Allah! Saksikanlah, Ya Allah! Saksikanlah, sebanyak tiga kali" (HR Muslim)

#Berkata Syaith 'Abdul Muhsin b. Hammad al-'Abbad (Kitab Min Akhlaaqir Karim):

"Drp Allahlah risalah, sdgkan Rasulullah hanya menyampaikannya. Kini kedua2nya tlh wujud dgn sempurna. Adapun umat, kewajipan mereka adalah menerimanya. Org yg berbahagia adalah org yg boleh melaksanakan syariat yg di bawa oleh Nabi Muhammad saw baik secara ucapan, perbuatan jg keyakinan. Sdgkan org yg sengsara dan tertipu adalah org yg menyelisihi syariat yg baginda saw bawa"

#Setiap berita yg baginda bw wajib dipercayai baik berupa berita ghaib, berita masa lalu ataupun berita masa yg akan dtg serta melaksanakan segala perintah dan larangannya

♡Perintah Allah di dahulukan, Arahan Rasul diutamakan dan hukum al-Quran difahami serta dilaksanakan♡

🐊Ust naim

Syukur

♡Tadabbur Kalamullah♡

وَآتَاكُمْ مِنْ كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ ۚ وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَتَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ إِنَّ الْإِنْسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ

"Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya" [Surah Ibrahim 34]

#Kesyukuran itu sebenarnya tdk akan sekali-kali mampu kita ucapkan berbanding kurniaan nikmatNya yg terlalu banyak

#Menurut Junaid al-Baghdadi: "Definisi syukur ialah apabila kamu menyedari bahawa kamu bukanlah pemilik kenikmatan yg diperolehi"

#Syukur merupakan maqam yg tinggi meliputi hati, lisan dan anggota badan. Syukur jg mengandungi sabar, redha, pujian dan dibuktikan dgn amal

#Firman Allah swt dlm surah al-Baqarah ayat 152: "Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)"

#Imam Qusyairi menukilkan satu peristiwa ttg bagaimana seorang pencuri tlh menyedarkan seorang saudagar akan sifat syukur. Kisahnya:-

Ketika si perompak mengikat tangan saudagar tersebut dan merompak brg dagangannya, tiba2 dia bkata: Wahai saudagar! Seharusnya kamu bersyukur kpd Allah!

Mendengar kata2 pencuri itu, saudagar lantas bertanya: "Mengapa?"

Perompak itu menjawab: "Sekurang2nya, aku menceroboh rumahmu dan merompak barang daganganmu. Tetapi, apa pendapatmu sekiranya syaitan menceroboh hatimu lantas merompak iman dan khaufmu (rasa takut kpd Allah)?"

#Bersyukurkah kita atas segala nikmat yg dikurniakan??

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" [Surah Ar-Rahman 16]

♡Syukur atas nikmat Iman dan Islam moga kekal selamanya♡

🐊Ust naim

Allah Tempat Bergantung

♡Tadabbur Kalamullah♡

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

"Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa"

اللَّهُ الصَّمَدُ

"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat"

[Surah Al-Ikhlas 1-2]

#Esa itu bermaksud satu-satunya. Maka tempat bergantung dan berhajat segala makhluk hanya satu iaitu Allah

#Drp sebesar-besar makhluk spt Arasy sehinggalah yg paling kecil spt molekul, zarah dan atom sekalipun semuanya memerlukan Allah yg Esa

#Dlm tafsir Mafatih al-Ghayb, Ibnu Abbas berkata bahawa para sahabat bertanya:"Apakah makna as-Samad?"

Lalu dijawab baginda: "Dia ialah tuan yg bertumpu (bergantung harap) kpdNya segala hajat"

#Imam al-Alusi menukilkan 2 pdpt mengenai as-Samad:

1. Drp Abu Hurairah: "Dia tdk memerlukan sesiapa dan apa2 pun sebaliknya Dialh tempat berhajat segala sesuatu"

2. Drp Ibn Jubair:"Dia Yg Maha Sempurna dlm segala sifat dan perbuatannya"

#Seseorang yg beriman akan benar2 menyedari bahawa segala sesuatu yg wujud didunia ini tdk ada satu pun yg terjadi melainkan dlm pemerhatian dan keiizinanNya jua

#Jadi, apa lg yg mampu menyebabkan keresahan dan kegusaran hati org yg beriman jika kita benar2 bergantung kpd Allah yg Maha Esa dan bersifat as-Samad??

♡Harapanku hanya kpd Allah♡

🐊Ust naim

Wasiat Kepada Anak2

♡Tadabbur Kalamullah♡

وَوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam"

[Surah Al-Baqarah 132]

#Berkata Imam Ibnu Kathir:

"Ertinya, berbuat baiklah ketika menjalani kehidupan ini dan berpegang teguhlah kpd agama ini. Sudah pasti Allah akan menganugerahkan kematian kpd kalian dlm keadaan Islam krn seseorang yg meninggal dunia dlm agama yg diyakininya akan dibangkitkan dlm agama yg dianutinya ketika meninggal dunia"

#Pesan para nabi ini ialah supaya kita hidup dan mati atas jalan Islam

#Agama itu nasihat, maka nasihatilah anak2 agar bpegang teguh dgn Islam tanpa jemu biarpun mereka sudah dewasa

#Ibn Hajar al-Asqalani menjelaskan bahawa majoriti ajaran agama merupakan nasihat

#Oleh itu para ibu bapa sekelian:

♡Nasihatilah anak2 dgn mengajar mereka aqidah yg sahih

♡Nasihatilah anak2 dgn menerangkan kpd mereka perkara2 yg blh membatalkan aqidah

♡Nasihatilah anak2 dgn menjelaskan pemikiran musuh2 Islam yg ingin merosakkan aqidah umat Islam

♡Nasihatilah anak2 dgn meluruskan pdgn hidupnya melalui kaca mata aqidah Islamiyah

☆Jika para nabi risau ttg agama anak mereka slps mereka mati, sewajarnya kita lbh2 lg perlu risau dan bimbang☆

🐊Ust naim

Siapa Sahabat??

♡Tadabbur Kalamullah♡

قُلْ أَنَدْعُو مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَنْفَعُنَا وَلَا يَضُرُّنَا وَنُرَدُّ عَلَىٰ أَعْقَابِنَا بَعْدَ إِذْ هَدَانَا اللَّهُ كَالَّذِي اسْتَهْوَتْهُ الشَّيَاطِينُ فِي الْأَرْضِ حَيْرَانَ لَهُ أَصْحَابٌ يَدْعُونَهُ إِلَى الْهُدَى ائْتِنَا ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۖ وَأُمِرْنَا لِنُسْلِمَ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ

Katakanlah: "Patutkah kita menyeru serta menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat kepada kita dan tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kita; dan (patutkah) kita dikembalikan undur ke belakang (menjadi kafir musyrik) setelah kita diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan ugama Islam), seperti orang yang telah disesatkan oleh Syaitan-syaitan di bumi (di tempat yang lengang) dalam keadaan bingung, sedang ia pula mempunyai sahabat-sahabat yang mengajaknya ke jalan yang lurus (dengan berkata kepadanya): "Marilah bersama-sama kami. "Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk, dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"

[Surah Al-An'am 71]

#Menurut Imam Ibnu Kathir, ayat ini adalah satu contoh yg Allah berikan kpd sahabat yg soleh yg menyeru kpd hidayah Allah dan kawan yg jahat yg menyeru kpd kesesatan. Barangsiapa yg mengikut hidayah, maka dia bersama sahabat2 yg soleh dan barangsiapa yg mengikuti kesesatan maka dia bersama kawan2 yg jahat

#Sahabat yg baik ialah seseorang yg membantu kita utk lbh dekat kpd Allah, membuat kita menjadi lbh patuh dan taat kpd perintah dan ajaranNya serta memberi keuntungan positif utk umat

#Jgn bersahabat dgn org yg blh menghalangi diri kita drp perjalanan menuju ke syurga

#Islam mengajar betapa pentingnya memilih sahabat yg baik.

Dari Anas bin Malik, Rasulullah saw bsabda:
"Dan perumpamaan teman yg baik itu bagaikan penjual minyak wangi kasturi, jika minyak kasturi itu tdk mengenaimu, maka kamu akan dpt mencium bau wanginya. Dan perumpamaan teman yg buruk adalah spt tukang besi, jika kamu tidak kena arangnya (percikan apinya), maka kamu tetap akan terkena asapnya" (HR Abu Daud)

#Carilah walau sedikit teman yg baik dan soleh yg boleh menjadi batu loncatan bagi kita menuju ke syurga

♡Sahabat soleh loncatan ke syurga♡

🐊Ust naim

Tamadun Yang Dihancurkan

♡Nukilan Larut Malam♡

#Tamadun kerajaan Babylon, Saba' dan Himyar pernah membangun pd kaar luar biasa sehingga dikagumi dunia.

#Kerajaan Babylon di Iraq hebat dgn taman tergantung manakala kerajaan Saba' hebat dgn empangan Ma'arif.

#Apabila mereka lupa kpd Allah, kemajuan itu dimusnahkan Allah. Empangan Ma'arif pecah dan kemudiannya kerajaan mereka dikuasai oleh kerajaan Himyar yg terus derhaka pd Allah.

#Apabila pemimpin tamak haloba dan lupa daratan sehingga tidak mempedulikan rakyat bawahannya, pasti dia tidak disenangi ramai. Lalu Allah swt menghancurkan kerajaan tersebut dan menggantikan dgn kerajaan lain.

Firman Allah swt:

وَإِذَا أَرَدْنَا أَنْ نُهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا

"Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya"

[Surah Al-Israk 16]

#Takutlah akan ancaman Allah ini.. jadilah pemimpin yg terbaik yg bertaqwa kpd Allah

🐊Ust naim

Tundukkan Pandangan

♡Tadabbur Kalamullah♡

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan"

[Surah An-Nur 30]

#Menundukkan pandangan ialah kunci keselamatan seorang muslim dlm memelihara hati dan akalnya drp taklukan hawa nafsu

#Penglihatan blh menjadi pencetus kpd kebaikan atau punca kejahatan

#Kata pepatah: "Dari mata turun ke hati"

#Allah sentiasa awasi perlakuan dan gerak hati manusia. Firmannya: "Allah mengetahui pengkhianatan pandangan mata seseorang serta mengetahui apa2 yg tersembunyi dlm hati" (Ghafir ayat 19)

#Sabda Nabi saw: "Ada 3 golongan yg matanya tdk akan melihat neraka:
1. Mata yg berjaga mlm krn takutkan Allah
2. Mata yg menangis krn takutkan Allah
3. Mata yg ditahan drp melihat perkara yg diharamkan Allah" (HR at-Tabrani)

#Nabi mengingatkan: "Zina mata dgn melihat. Zina telinga dgn mendengar. Zina lidah dgn berbicara. Zina tangan dgn memegang. Zina kaki dgn melangkah" (HR Muslim)

♡Jom menjaga diri drp penggoda mata utk berzina♡

🐊Ust naim

Perintah Untuk Membaca

♡Tadabbur Kalamullah♡

 اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk"

[Surah Al-'Alaq 1]

#Prof.Dr.Hamka menjelaskan, melalui ayat al-Quran yg pertama yg diwahyukan iaitu "IQRA'-bacalah" sudah terbuka kepentingan utama dlm perkembangan agama ini.

#Bagaimana ya???

-Apabila perintah membaca menjadi wahyu pertama sbg panduan hidup, maka menjadi satu kewajipan yg penting utk digerakkan. Sikap membudayakan membaca mestilah dipupuk agar umat Islam tdk jauh ketinggalan dlm kerancakan ilmu dunia dan akhirat

#Antara panduan yg blh diamalkn dlm memupuk cinta membaca:
1. Mulakan bacaan dgn mmbaca bismillah agar hati lbh terarah dan semuanya krn Allah

2. Mulakan dgn bacaan ringan dan santai

3. Dampingi rakan ulat buku

4. Bina perpustakaan mini (ini jg antara saranan Hassan al-Banna)

5. Buat sasaran bacaan (brapa buah buku sebulan@setahun)

6. Baca kisah2 hebat kecintaan ulama' silam dan tokoh2 ilmuwan thdp budaya membaca

#Berkata Abdullah bin al-Amri: "Tiada sesuatu yg lbh manfaat drp buku"

#Hassan al-Lu'lu' berkata: "Selama 40thn sy tidak pernah istirahat pd waktu siang, tidur pd waktu malam@ berbaring melainkan diatas dada saya ada buku. Sekiranya diserang rasa mengantuk, saya memegang buku utk mengusir rasa itu"

♡Biasakan diri dgn membaca agar dpt mengasah fikiran, mengangkat kejahilan dan membaiki ketamadunan♡

🐊Ust naim

Mukmin Yg Berjaya

♡Tadabbur Kalamullah♡

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُون الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman. Iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya"

[Surah Al-Mukminun 1-2]

#Menurut Syeikh Mutawalli al-Sha'rawi pkataan aflah bermaksud beruntunglah. Keuntungan yg dimaksudkan itu diraih dlm jangka masa yg panjang

#Masa yg lama/panjang perlu diambil oleh seseorang hamba yg beramal soleh dlm "menanam amal" sehingga dia mdpt hasilnya nanti di akhirat

#Bkata al-Raghib al-Asfahani dlm al-Mufradat: "Khusyuk pula merujuk kpd kepatuhan, tunduk dan merendah diri kpd Allah"

#Kefahaman drp ayat ini ialah org yg tidak khusyuk dlm solat tidak termasuk dlm golongan yg mdpt kebahagiaan

#Huzaifah bin al-Yaman mengingatkan kita dlm nasihatnya: "Perkara yg pertama hilang drp agama kalian ialah khusyuk. Manakala sesuatu yg terakhir hilang drp agama kalian ialah solat. Ramai org yg menunaikan solat namun tdk ada kebaikan pdnya. Jika kamu masuk ke dlm masjid, kamu pasti akan melihat org yg tdk khusyuk dlm solatnya"

#Rasulullah adalah insan yg paling khusyuk. Bkata Sayidatina Aisyah r.ha:

"Kami sdg bersembang dgn Nabi saw. Apabila tiba waktu solat, Baginda seakan2 tdk mengenali kami dan kami tdk mengenalinya"

#Bkata ulama' Salaf: "Solat tidak akan termasuk amal kebaikan, jika tidak mempunyai roh"

♡Lihatlah sejauh mana khusyuknya kita dlm solat!! Hisablah untung rugi kita di mahsyar kelak!!♡

🐊Ust naim

Calon Syurga

♡Tadabbur Kalamullah♡

وَسِيقَ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ إِلَى الْجَنَّةِ زُمَرًا ۖ حَتَّىٰ إِذَا جَاءُوهَا وَفُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا سَلَامٌ عَلَيْكُمْ طِبْتُمْ فَادْخُلُوهَا خَالِدِينَ

"Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk)"

[Surah Az-Zumar 73]

#Para calon penghuni syurga dihantar menuju ke pintu syurga dlm rombongan tertentu

#Para nabi dan rasul berada dlm satu rombongan, para ulama' dlm rombongan yg lain, begitu jg syuhada' dan kelompok2 yg lain

#Tidak akan ada yg masuk syurga bersendirian. Ini sesuai dgn sifat mereka didunia yg tdk pernah mengasingkan diri drp pergaulan dan selalu bantu membantu dlm kebaikan secara berjemaah dan bersama.

#Abu Adillah al-Qurtubi dlm at-Tazkirah berpendapat bhwa pintu2 syurga itu sebenarnya lbh drp lapan. Bahkan pintu syurga sgt banyak sebanyak amal2 kebaikan yg blh dilakukan manusia. Beliau lalu menyebutkan nama2 pintu itu hingga bilangannya mencapai enam belas pintu.

#Semua pintu syurga tdk akan dibuka utk sesiapa pun sblm Rasulullah saw dan umat baginda memasukinya. Ini satu penghormatan besar yg Allah limpahkan utk Nabi akhir zaman dan org yg berkaitan dgnnya (sila rujuk hadis Muslim)

♡Byknya pintu syurga mmberi isyarat kpd byknya pintu2 kebaikan yg boleh mmbawa kita kpd syurga♡

🐊Ust naim

Jauhi Zina

♡Tadabbur Kalamullah♡

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)"

[Surah Al-Israk 32]

#Bkata Imam Ibn Qayyim: "Ayat ini menjelaskan bhwa perbuatan zina adalah buruk dan jelek bahkan zina adalah sehina-hina perbuatan yg tdk layak dilakukan terhadap haiwan apatah lg manusia"

#Abi al-Su'ud (dlm Tafsir Abi al-Su'ud jil.3, hlm 214) bkata: "Larangan drp menghampiri zina menjadi penguat betapa perlunya diharamkan zina. Inilah bahasa yg penuh dgn balaghahnya supaya menjauhi mukaddimah zina"

#Perbuatan zina adalah suatu jenayah yg buruk dan berat hinggakan Islam meletakkan dlm kategori dosa2 besar

#Nabi saw jg memberi ancaman besar kpd penggemar zina. Sabda Nabi saw: "Tidak ada dosa yg lbh besar sesudah dosa syirik di sisi Allah drp air mani yg ditumpahkan oleh lelaki ke dalam kelamin wanita yg tdk halal baginya" (Imam Ahmad dan at--Tabrani)

#Jg sabda Nabi saw:"Tiga golongan manusia, Allah tdk akan berbicara kpd mereka pd hari kiamat, tdk memandang kpd mereka dan tdk akan menyucikan mereka sdg mereka akan ditimpa seksaan pedih iaitu org tua yg berzina, seorang raja yg pendusta dan orang miskin yg sombong" (Muslim dan an-Nasa'i)

♡Semoga Allah memelihara kita dan keluarga kita drp jenayah zina yg keji ini♡

🐊Ust naim

Mukjizat Nabi Musa as

♡Tadabbur Kalamullah♡

وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَىٰ تِسْعَ آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ ۖ فَاسْأَلْ بَنِي إِسْرَائِيلَ إِذْ جَاءَهُمْ فَقَالَ لَهُ فِرْعَوْنُ إِنِّي لَأَظُنُّكَ يَا مُوسَىٰ مَسْحُورًا

"Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Nabi Musa sembilan mukjizat yang jelas nyata (membuktikan kebenarannya); maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada Bani Israil (tentang itu): Ketika Nabi Musa datang kepada Firaun dan kaumnya (serta menunjukkan mukjizatnya), lalu berkatalah Firaun kepadanya: "Sesungguhnya aku fikir, engkau ini wahai Musa, seorang yang terkena sihir"

[Surah Al-Israk 101]

#Menurut Ibnu Abbas dlm Tafsir Ibnu Kathir, mukjizat2 yg diberikan kpd nabi Musa ialah:

1.Tongkat yg bertukar menjadi ular
2.Tangan yg bercahaya
3.Musim kemarau
4.Membelah laut merah
5.Taufan
6.Belalang
7.Kutu
8.Katak
9.Darah

#Mukjizat (المعجزات-perkara yang menyebabkan lawan menjadi lemah) ialah perkara luar biasa yang berlaku kepada para Nabi dan Rasul.

#Mukjizat ialah perkara luar biasa yang mencarik adat atau khariqul adat (خارق العادة) iaitu sesuatu yang menyalahi kebiasaan manusia biasa.

#Mu`jizat berlaku secara spontan dengan izin Allah. Tiada siapa, termasuk Nabi atau Rasul yang melakukannya mampu menghasilkan satu mukjizat sendirian tanpa izin Allah. Mukjizat tidak diperoleh melalui pembelajaran

#Allah swt telah menjadikan bagi setiap Nabi mukjizat yang bersesuaian dengan zaman mereka

♡al-Quran adalah mukjizat agung bg umat Nabi Muhammad saw♡

🐊Ust naim

Khalifah Yang Baik

♡Coretan Sirah♡

☆KHALIFAH SULAIMAN BIN ABDUL MALIK

☆Dilahirkan di Madinah dan dibesarkan di Syam.
☆Merupakan khalifah Umawiyah yg ke-7 (96H-98H)
☆Khalifah yg baik krn menjadikan ulama' sbg tempat rujukannya
☆Antara khalifah yg pernah menghantar mujahidin seramai 100,000 dan 1800 kapal perang utk menawan kota Qastantiniyah di Turki
☆Wafat ketika berumur 40 tahun

Kata Ibnu Sirin:

"Semoga Allah merahmatinya"

Kata2 Yang Buruk

♡Tadabbur Kalamullah♡

وَمَثَلُ كَلِمَةٍ خَبِيثَةٍ كَشَجَرَةٍ خَبِيثَةٍ اجْتُثَّتْ مِنْ فَوْقِ الْأَرْضِ مَا لَهَا مِنْ قَرَارٍ

"Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup"

[Surah Ibrahim 26]

#Dlm ayat ini, Allah membuat perumpamaan perkataan buruk yg diucapkan spt pohon yg rosak dan tdk berguna sehingga akar2nya pun tercabut dr tanah dan tdk dapat hidup lg.

#Begitulah kata2, sekiranya tidak elok dan keji, akan membawa kpd dosa dan kerugian

#Jgn bercakap perkataan yg blh membinasakan diri sendiri spt menghina hukum hakam Islam dan seumpamanya yg tentu akan menjerumuskan seseorang ke dlm kesyirikan dan kekufuran

#"Sesiapa yg beriman dgn Allah dan hari kiamat maka hendaklah dia berkata baik atau diam" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Menurut Imam as-Syafie, apabila seseorang hendak berbicara fikirkanlah sebelumnya, seandainya sdh jelas kemaslahatannya maka ucapkanlah namun apabila ragu dgn perkataannya itu jgn disampaikan

♡Kerana lidah ramai ke Neraka... berwasapadalah!!♡

🐊Ust naim

Hebatnya Kalam Allah

♡Tadabbur Kalamullah♡

مَا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِنْ شَيْءٍ ۚ

"Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini"

[Surah Al-An'aam 38]

#Diriwayatkan drp al-Baihaqi drp Hassan katanya:

"Allah tlh menurunkan 104 buah kitab, kemudian dimuatkan ilmu-ilmunya ke dlm 4 buah kitab (Taurat, Injil, Zabur, al-Quran), kemudian dimuatkan ilmu2 tiga buah kitab itu dlm al-Quran"

#al-Quran ialah kalam yg memberi petunjuk pd setiap permulaan, penyelesaian bg setiap kemusykilan dan keselamatan bg setiap pengakhiran

#Tiada suatu perkara dlm kehidupan makhluk ini yg terkeluar drp panduan Kalamullah. Sabda Nabi saw:

"Al-Quran itu padanya hikayat ttg suatu sebelum kamu, perkhabaran ttg suatu selepas kamu dan hukum utk kamu" (HR at-Tirmizi)

#Beberapa bidang ilmu yg lahir drp teks al-Quran, antaranya ilmu ttg penurunan al-Quran, ilmu Qiraat, ilmu pengumpulan dan penulisan, ilmu rasm dan baris al-Quran, ilmu kelebihan al-Quran, ilmu ciri2 al-Quran, ilmu surah dan ayat al-Quran, ilmu wakaf dan ibtida', ilmu makkiy dan madaniy, ilmu asbab nuzul, ilmu tafsir, ilmu perumpamaan al-Quran, ilmu ttg kiraan ayat al-Quran, ilmu sumpah2 Allah dlm al-Quran dan byk lg

♡Sungguhlah kalamullah itu hebat♡

🐊Ust naim

Baca al-Quran Dgn Tartil

♡Tadabbur Kalamullah♡

أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا

"Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil""

[Surah Al-Muzzammil 4]

#Apabila Sayidina Ali ditanya ttg maksud tartil dlm ayat ini, beliau mengatakan:

"Memperelok sebutan huruf dan mengetahui tempat berhenti (waqaf)"

#Imam as-Suyuti menyatakan seseorang itu belum mencapai tahap mahir dlm bidang al-Quran sehingga dia benar2 menguasai ilmu waqaf dan ibtida'

#Imam ad-Dani menyatakan ilmu waqaf dan ibtida' adalah kaedah utk mengetahui cara menyempurnakan bacaan dgn berhenti pd tempat2 yg disarankan oleh ulama' qurra' dan memulakan semula bacaan pd tempat2 tertentu dgn tidak mengubah dan merosakkan makna

#Penting utk kita mengetahui ilmu waqaf dan ibtida' krn mencuri nafas antara 2 perkataan dlm keadaan bacaan wasal (bersambung) bukanlah satu bentuk bacaan yg baik dan tertib

#Jom menguasai ilmu waqaf dan ibtida' krn ia merupakan satu ciri tartil yg merupakan aspek penting dlm bacan al-Quran

☆Betulke bacaan kita selama ini sbgmana yg dikehendaki oleh Allah swt??☆

🐊Ust naim

Malunya Sayidina Uthman

Satu ketika, Nabi S.A.W sedang berehat di rumah sambil berbaring dan betis Baginda terdedah. Datang Saidina Abu Bakar, lalu dilayan. Datang Saidina Umar, dilayan juga sebaiknya. Lalu datang pula Saidina Ustman, lalu sebelum Uthman masuk, Baginda menutup betis Baginda lalu melayan tetamu itu dengan sebaiknya juga.

Perbuatan Baginda itu menimbulkan tanda tanya kepada Aisyah."Wahai Rasulullah, mengapa semasa ayahku (Abu Bakar) dan Umar masuk, kamu membiarkan sahaja betismu terdedah tetapi bila Uthman masuk, kamu menutupnya?"

Lalu jawab Rasulullah, "Mana mungkin aku tidak malu kepada Uthman sedangkan para malaikat pun malu dengannya".

Malaikat malu dengan Uthman kerana Uthman ialah seorang lelaki yang sangat pemalu dan lemah-lembut.

Kezaliman Mengundang Bala

♡Tadabbur Kalamullah♡

وَإِذَا أَرَدْنَا أَنْ نُهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا

"Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya"

[Surah Al-Israk 16]

#Berkata Abdullah bin Abbas r.a:

"Maksud perkataan -kami perintahkan org yg melampau itu- ialah Kami memberi peluang org yg jahat memegang tampuk pemerintahan negeri, lalu mereka berbuat maksiat di dalam negeri, maka Allah akan bertindak balas menghancurkan mereka"

#Jgn beri peluang utk pemimpin zalim berkuasa dan memerintah, bimbang Allah mendatangkan kehancuran tanpa kita sempat bertaubat

☆Kezaliman mengundang kemurkaan☆

🐊Ust naim

Susah Senang adalah Ujian

♡Tadaddur Kalamullah♡

فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ

"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)"

[Surah Al-An'am 44]

#Berkata Ahmad Mustafa bin Muhammad bin Abdul Mun’im al-Maraghi dlm kitab tafsirnya:

"Semua pintu kesenangan dibuka sbg cubaan dan ujian bg mereka, yg menyebabkan ada yg lupa daratan dan semakin zalim, bukannya bertambah kesyukuran. Lalu kesenangan mereka bertukar menjadi bala bencana dan fitnah"

#Manusia yg melanggar dan mengabaikan arahan Tuhan akan ditimpa kemusnahan dan kerugian

#Kesenangan dan kemewahan adalah ujian drp Allah dan jg punca di azab jika digunakan utk kelalaian

☆Kesenangan yg memperdaya☆

🐊Ust naim

Adab Murid dan Guru

Bkata Imam an-Nawawi dlm at-Tibyan:

"Jika guru memarahi kita, mulakanlah meminta maaf kpdnya. Tunjukkan bahawa kesalahan itu mmg milik kita dan kita layak dicela. Tindakan ini lbh bermanfaat bg kita di dunia dan di akhirat, jg membuat hati guru terubat"

Jalan Yang Lurus

♡Tadabbur Kalamullah♡

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

"Tunjukilah kami jalan yang lurus"

[Surah Al-Fatihah 6]

#Apakah jln yg lurus??

#Dlm Tafsir Ibnu Kathir dan kitab2 tafsir yg lain menyatakan jln yg lurus ialah:

1. Al-Quran
2. Iman
3. Islam
4. Sunnah Nabi saw
5. Jln para sahabat nabi

#Bkata Imam at-Tabari:

"Jln yg lurus ialah jln yg jelas dan terang"

#Jln yg lurus ialah iman dan Islam yg terbentang dasarnya dlm al-Quran manakala huraiannya dlm sunnah Nabi saw dan dpt diikuti contoh praktikalnya drp kehidupan para sahabat yg mdpt tarbiyah drp Nabi saw

#Gabungan ini menjelaskan kesempurnaan jln yg lurus yg perlu kita ikuti. Jln yg tiada syak dan keraguan, yg mmpunyai dasar yg mantap dan kukuh

#Maka utk mdpt jln yg lurus kita wajib memahami al-Quran, memahami sirah dan sunnah nabi saw serta memahami dan mengkaji contoh kehidupan para sahabat r.a

🐊Ust naim

Berjihad

♡Tadabbur Kalamullah♡

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya"

[Surah Al-Ankabut:69]

#Imam Izzuddin bin Abdul Salam menafsirkan pkataan jihad dlm ayat ini dgn 4 pkara:

~Perjuangan melawan hawa nafsu
~Melawan musuh di medan perang
~Bersungguh2 melaksanakan ketaatan dan meninggalkan maksiat
~Bertaubat drp dosa

#Berjihad demi menggapai syurga abadi
🐊Ust naim

Ilmu Lautan

♡Tadabbur Kalamullah♡

وَهُوَ الَّذِي سَخَّرَ الْبَحْرَ لِتَأْكُلُوا مِنْهُ لَحْمًا طَرِيًّا وَتَسْتَخْرِجُوا مِنْهُ حِلْيَةً تَلْبَسُونَهَا وَتَرَى الْفُلْكَ مَوَاخِرَ فِيهِ وَلِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

"Dan Dia lah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur.

[Surah An-Nahl 14]

#Lautan ialah laut yg luas dan merupakan himpunan air masin yg sambung menyambung sehingga meliputi hampir 70% permukaan bumi

#Lautan menyeimbangkan cuaca di bumi dan memainkan peranan penting dlm proses kitaran air, kitaran karbon dan kitaran nitrogen

#Air laut mmpunyai sifat yg ajaib krn boleh memantulkan cahaya matahari. Oleh sbb itulah suhu laut tdk meningkat@ menurun secara drastik samada pd waktu siang@ malam

#Air laut ialah air masin yg meliputi 97.2% drp keseluruhan air di muka bumi

#Jumlah air laut yg masin ini dianggarkan lbh kurang 1,360,000,000 kilometer kubik. Setiap lautan jg mmpunyai suhu dan kadar kemasinan tersendiri.

#Cth: Peratusan garam dlm laut mati adalah 33.7% berbanding dgn kandungan garam dlm laut Meditterranean iaitu 3.5% dan 3.9%

#Lautan jg berperanan sbg laluan utk manusia bg tujuan berdagang, sumber makanan dll

#Lautan jg merupakan sumber penghasilan tenaga elektrik. Byk negara yg menggunakan lautan sbg penjana tenaga elektrik spt di Britain

♡Ambillah masa utk pergi melihat ciptaan2 indah di dlm lautan agar kita merasai kehebatan&kekuasaan Allah♡

🐊Ust naim

Jauhi Gangguan Setan

♡Tadabbur Kalamullah♡

فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيم. إِنَّهُ لَيْسَ لَهُ سُلْطَانٌ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونََ

"Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam. Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka"

[Surah An-Nahl 98-99]

#Jin dan syaitan tidak mampu utk menyakiti secara fizikal kpd manusia yg selalu mengingati Allah dan melazimkan ibadah

#Menurut Fakhruddin ar-Razi:

"Syaitan sgt memusuhi manusia terutamanya ulama' dan ahli ibadah. Namun begitu, syaitan tidak pernah menyakiti mereka. Ini menjadi bukti bahawa jin tidak memiliki kuasa utk memudharatkan mereka. Kerana jika mereka mampu, nescaya mereka telah melakukannya"

#Namun, syaitan blh menyakiti manusia yg jauh drp Allah

#Menurut ulama', jin dan syaitan dpt masuk ke dlm tubuh manusia dan bbicara menerusi lidah mereka. Syaitan jg mampu menyakiti tubuh dan akalnya dgn izin Allah

♡Rajin2lah bzikir, beribadah serta jauhilah maksiat dan perkara2 mungkar agar dpt membentengi gangguan syaitan♡

🐊Ust naim

Jangan Riyak

Tadabbur Kalamullah♡

 فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun (syirik) dalam ibadatnya kepada Tuhannya"

[Surah Al-Kahf 110]

#al-Hafiz Ibn Kathir menghuraikan perkataan syirik dlm ayat ini ialah:

"Bahawa syirik semasa ibadah kpd Allah antaranya ialah apabila seseorang Muslim itu menunaikannya dgn harapan dilihat kebaikan tersebut oleh para manusia@ lbh dikenali sbg riyak"

#Syirik merupakan dosa2 besar yg menyebabkan penyesalan yg tidak berkesudahan di mahsyar kelak

#Riyak termasuk syirik kecil yg mengundang ancaman azab drp Allah swt

♡Beruntunglah org2 yg balik bertemu Allah dgn hati yg sejahtera dan bebas drp sifat riyak♡


2 Sifat Membinasakan

♡Tazkirah Santai♡

Berkata Ibrahim an-Nakhaie:

"Manusia dibinasakan oleh dua sifat iaitu kelebihan harta dan kelebihan perkataan"

#Berwaspada dgn kata2 yg lagho dan harta yg syubhah serta haram
#Ust naim