Sahabat Ilmu

Sabtu, 1 Februari 2014

Mahar Perkahwinan Nabi Adam dan Hawa

Submitted by Fatwa Malaysia on 19 October 2013 - 5:38am

ISU: Terdapat satu artikel tentang perkahwinan Nabi Adam dan Hawa yang menyebutkan bahawa maharnya ialah tiga kali selawat ke atas Rasulullah S.A.W. Mengapa selawat ke atas Rasulullah S.A.W.  sedangkan pada waktu itu Nabi Muhammad S.A.W. belum lagi lahir. Perkara ini dikaitkan dengan kejadian Nur Muhammad sebelum terciptanya Nabi Adam yang menyebut bahawa roh kekasih Allah sudah ada di Luh Mahfuz sebelum terciptanya Nabi Adam.

PENJELASAN:

Tersebut di dalam sesetengah kitab bahawa ketika Nabi Adam a.s. berkahwin dengan Hawa, mahar perkahwinan yang diminta oleh Allah Taala ialah Nabi Adam hendaklah berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Terdapat banyak versi tentang bilangan selawat yang dijadikan mahar. Ada riwayat menyebut sebanyak 10 kali, ada riwayat menyebut 100 kali dengan satu nafas, ada riwayat menyebut 1000 kali dengan satu nafas, dan lain-lain. (I’anah al-Tolibin, 3/396; Bariqah Mahmudiyyah, 1/59).

Namun riwayat-riwayat berkenaan dengan mahar perkahwinan mereka tidak didapati di dalam kitab-kitab hadis yang muktabar.

Justeru, status kesahihan kisah tersebut tidak dapat dipastikan, dan perkhabaran berkenaan dengannya tidak boleh dipercayai sehingga dibuktikan melalui periwayatan.

Wallahu A'lam

http://www.e-fatwa.gov.my/blog/mahar-perkahwinan-nabi-adam-dan-hawa

Apakah Had Aurat Seorang Muslimah Di Hadapan Wanita Bukan Islam?


Submitted by Fatwa Malaysia on 15 January 2014 - 8:33am

ISU:Apakah had aurat seorang Muslimah di hadapan wanita bukan Islam? Bolehkah seorang Muslimah mendedahkan rambutnya terhadap wanita bukan Islam seperti memasuki pusat dandanan rambut yang mana pekerjanya terdiri dari kalangan wanita bukan Islam?

PENJELASAN:Ayat 31 daripada surah Al-Nur melarang wanita-wanita beriman daripada mendedahkan ‘perhiasan' mereka kecuali di hadapan beberapa golongan.

Antara yang dikecualikan ayat tersebut ialah wanita-wanita Islam sebagaimana firman Allah: أَوْ نِسَائِهِنَّ

Maksudnya: “...atau perempuan-perempuan Islam”. (Surah Al-Nur, ayat: 31).

Difahami daripada ayat tersebut bahawa wanita-wanita bukan Islam tidak termasuk dalam golongan yang dikecualikan.

Justeru Muslimah tidak diharuskan mendedahkan tubuhnya di hadapan wanita bukan Islam, sebagaimana aurat mereka di hadapan lelaki ajnabi. Ini merupakan pandangan majoriti ulama termasuk mazhab Syafie.

Pendapat ini juga disokong oleh athar daripada Umar bin al-Khattab:

 كَتَبَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ إِلَى أَبِي عُبَيْدَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ: " أَمَّا بَعْدُ، فَإِنَّهُ بَلَغَنِي أَنَّ نِسَاءً مِنْ نِسَاءِ الْمُسْلِمِينَ يَدْخُلْنَ الْحَمَّامَاتِ مَعَ نِسَاءِ أَهْلِ الشِّرْكِ، فَإِنَّهُ مِنْ قِبَلِكَ عَنْ ذَلِكَ، فَإِنَّهُ لَا يَحِلُّ لِامْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ أَنْ يَنْظُرَ إِلَى عَوْرَتِهَا إِلَّا أَهْلُ مِلَّتِهَا

Maksudnya:Umar bin al-Khattab r.a. menulis surat kepada Abu ‘Ubaidah r.a.,

“Sesungguhnya sampai khabar kepadaku bahawa ada wanita dari kalangan wanita Islam memasuki bilik-bilik air bersama-sama dengan wanita ahli syirik. Sesungguhnya daripada pihak kamu (hendaklah melarang) daripada perbuatan tersebut. Kerana sesungguhnya tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk dilihat auratnya kecuali oleh mereka yang seagama dengannya". (Riwayat Al-Baihaqi, 7/153, no: 13543)

Namun walaupun secara asasnya had aurat Muslimah di hadapan wanita bukan Islam adalah sebagaimana aurat Muslimah di hadapan lelaki ajnabi, hukum ini tidaklah terlalu ketat dan terdapat sedikit kelonggaran.

Antaranya, dibenarkan bagi wanita Muslimah mendedahkan kepada wanita bukan Islam sebahagian daripada anggota badan yang kebiasaannya terdedah ketika melakukan kerja-kerja harian(sekiranya dalam keadaan tidak dapat dielakkan). Antara anggota yang diberikan kelonggaran untuk didedahkan kepada wanita bukan Islam ialah kepala, tengkuk, tangan hingga ke siku dan kaki hingga ke lutut.

Kelonggaran ini adalah berdasarkan kepada pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie, sebagaimana dijelaskan di dalam kitab Mughni al-Muhtaj 4/213.

Berdasarkan kepada pendapat muktamad ini, maka adalah harus bagi wanita Muslimah mendedahkan rambutnya kepada wanita bukan Islam termasuk mendapatkan perkhidmatan dandanan rambut di salun-salun yang dikelolakan oleh wanita bukan Islam (sekiranya tidak ada pilihan dan tidak ada percampuran antara lelaki dan wanita) Walaubagaimanapun memandangkan pada hari ini terdapat banyak salun khusus untuk wanita yang diusahakan oleh wanita Islam,maka adalah lebih aula diberi keutamaan

Makhluk Terdahulu Sebelum Nabi Adam

Submitted by Fatwa Malaysia on 11 November 2013 - 8:56am

ISU: Kita umat Islam faham bahawa manusia pertama adalah Nabi Adam tetapi macamana dengan kajian menunjukkan bahawa manusia zaman terdahulu adalah sangat kuno dan sangat tidak bertamadun. Bagaimana dengan keujudan dinosour yang rangka-rangkanya cukup besar?

PENJELASAN: Dalam Islam adalah jelas bahawa manusia pertama yang dicipta oleh Allah ialah Nabi Adam a.s.

Ini berdasarkan apa yang disebut oleh al-Qur’an dalam Surah al-Baqarah, ayat 30 yang merujuk kepada penciptaan Nabi Adam sebagai khalifah.

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.”

Namun timbul persoalan adakah manusia lain yang hidup sebelum Nabi Adam berdasarkan penemuan ahli arkeologi dan antropologi rangka dan tengkorak manusia kuno yang dikaitkan dengan hidupan jutaan tahun dahulu?

Begitu juga wujud persoalan berdasarkan apa yang sebut oleh al-Qur’an dalam surah al-Baqarah (sambungan ayat di atas) bahawa malaikat mempertikaikan penciptaan manusia (Nabi Adam)  atas dasar mereka akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah.

Persoalannya adakah di sana manusia lain sebelum Adam sehingga menyebabkan malaikat mempersoalkan hakikat dan fitrah manusia yang suka menumpahkan darah?

Sebagai seorang Muslim kepercayaan kita terhadap asal usul manusia haruslah berteraskan apa yang disebut oleh al-Qur’an.

Justeru  kita harus meyakini bahawa manusia pertama dicipta Allah ialah Nabi Adam. Namun kewujudan makhluk lain boleh dijelaskan seperti berikut:

1. Makhluk lain seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan telah pun dicipta Allah sebelum kejadian Nabi Adam;

2. Selain itu, golongan jin, makhluk yang sebagaimana manusia menerima taklif dari tuhan juga telah diciptakan Allah sebelum ciptaan manusia.

Ini berdasarkan riwayat dari Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As “Jin diciptakan pada dua ribu tahun sebelum Adam.”

Juga dari Ibn Abbas sepertimana yang dinukilkan oleh Ibn Kathir dalam tafsirnya berkata bahawa “Jin telah melakukan kerosakan di muka bumi sebelum Adam”

Berdasarkan riwayat-riwayat ini, berkemungkinan kerosakan yang dilakukan seperti yang dipertikaikan oleh malaikat dilakukan oleh golongan jin;

3. Ada pandangan yang mengatakan bahawa sebelum Nabi Adam telah ada makhluk yang dicipta oleh Allah yang menyerupai manusia namun dari segi kejadiannya, mereka ini tidak sempurna berbanding manusia justeru  tidak dianggap sebagai manusia sebenar dan tidak diberikan taklif keagamaan. Mereka inilah yang melakukan kerosakan seperti yang dipertikaikan oleh para malaikat.  

4. Berdasarkan pandangan di atas juga, kewujudan binatang-binatang terdahulu seperti dinasour seperti yang kaji dan dianalisa oleh para ahli arkeologi adalah sesuatu yang tidak mustahil.

Wallahu A’lam.

CINTA ALLAH

♥♡Iman itu bukanlah angan2 , bukan pula ucapan tetapi sesuatu yg menetap dlm dada, lalu dibuktikan dgn perbuatan♡♥

Sahl bin Saad bkata:

"Tanda cintakan Allah adlh cintakan al-Quran. Tanda cintakan al-Quran adlh cintakan Rasulullah. Tanda cintakan Rasulullag adlh cintakan sunnah Baginda. Tanda cintaka sunnah Rasul adlh cintakan akhirat. Tanda cintakan akhirat adlh tidak mencintai diri sendiri. Tanda tidak mencintai diri sendiri adlh membenci dunia. Dan tanda benci dunia adlh tidak mengambil drp dunia melainkan kadar yg mencukupi utk sara hidup"

"Penghalang plg utama utk mcintai Allah ialah KEJAHILAN. Akibat jahil kita tdk kenal kebaikan, keindahan dan kesempurnaan Allah. Padahal, hukum cinta tlh tmaktub- tak kenal, maka tak cinta.

Dlm konteks ini Syeikh Abdul Qadir al-Jilani menegaskn bhwa tahap cinta seseorang manusia kpd Allah adlh sejauh mana ia mengenal-Nya"

LAZAT SANGAT KE MAKSIAT??

~Lazat sangatkah maksiat sehingga kbanyakan kita lbh sanggup memilih maksiat bbanding taat? Terlalu byk akibat maksiat yg akan menekan dan mensengsarakan kita setelah melakukan. Tika itu, masih lazatkah jiwa??~

TINGGALKAN MAKSIAT

~Imam al-Syafie pernah mngadu kpd gurunya Waki' mengenai hafalannya yg terjejas. Waki' lantas menasihatkannya, "TINGGALKAN MAKSIAT"~

★Sama ada kita kaya@ miskin, jika kita suka berlazat dgn maksiat, hidup akan terasa sempit dan gelisah.

BAHANA MAKSIAT

★Maksiat itu bukan shj menyempitkan jiwa malah menyempitkan harta★

Dlm Musnad Imam Ahmad diriwayatkan bahawa Rasulullah saw bsabda yg bmaksud:

"Sesungguhnya seorang hamba tdk akan mdapat rezeki krn dosa yg dilakukannya"

~Penggemar maksiat akan menemui kesulitan dlm urusannya dan jln buntu dlm byk perkara~

BANYAKKAN KEBAIKAN

Abdullah bin Abbas bkata:

"Sesungguhnya pd kebaikan itu ada cahaya pd wajah, sinar pd hati, kelapangan pd rezeki dan kekuatan pd badan serta kecintaan di hati ramai org thadap dirinya"

★Inilah resipi kejayaan umat Islam terdahulu
★Juga resipi kjayaan kita umat akhir zaman

~Apabila hatinya kuat, maka anggotanya kuat dan tindakannya jg bermatlamat~

HAYATILAH

Firman Allah swt:

“Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapatkan bahagian.” (Adz-Dzariyat: 19)

Rasulullah s.a.w. Bersabda;

“Ada tiga hal yang aku bersumpah, maka hafalkanlah iaitu tidak akan berkurang harta mereka kerana bersedekah, tidak ada seorang hamba pun yang dizalimi kemudian ia bersabar, pasti Allah akan menambahkan kemuliaan dan tidak ada seorang hamba pun yang membuka pintu meminta-minta, kecuali Allah akan membukakan baginya pintu kefakiran.” (HR At-Tirmidzi)

Tazkirah Perjuangan

Pertembungan antara iman dan kufur terus berlangsung, pertentangan antara Islam dan jahiliah terus berlaku, percanggahan antara hak dan batil terus terjadi. Oleh itu kita umat Islam tidak mempunyai masa untuk berehat kerana tugas kita lebih banyak daripada masa yang ada.

Hadapan kita ada antara 2 pilihan samada berjuang atau hidup sebagai hamba kepada musuh Islam, kembali kepada sistem Islam atau menjadi penyembah kepada sistem musuh Islam.

Akhirat pula kita akan mendapat balasan Syurga jika berjuang untuk Islam sebaliknya menjadi bahan bakaran api neraka sekiranya menjadi petualang yang mengkhianati agama.

Ust Naim
1 Rabiul Akhir 1435H
Tmn Insaniah K.Ketil/9.15pg

Khamis, 30 Januari 2014

30/1/2014 BERSAMA UST ISMAIL KAMUS


30/1/14-BERSAMA USTAZ ISMAIL KAMUS

Assalamualaikum.

Jemputan kepada seluruh penduduk Selangor.
Insyaalah Esok Khamis 30 January 2014 selepas solat maghrib Surau Al Ikhlas Bandar Sungai Buaya Rawang Selangor akan menganjurkan Ceramah Perdana Maulidur Rasul 1435H.

Butiran ceramah perdana adalah seperti di bawah ini :

1. Tarikh : Khamis 30 January 2014.
2. Masa : Selepas solat Maghrib.
3. Penceramah : Ustaz Ismail Kamus.
4. Tajuk : Menghayati Perjuangan Rasulullah SAW Menegakkan Aqidah Islamiyah.
5. Insyaallah jamuan disediakan.

Sila hadir beramai ramai.
Sila hebahkan.

Selasa, 31 Disember 2013

5 MASALAH


Syaqiq bin Ibrahim berkata: “Saya telah menanyakan kepada 700 orang alim mengenai lima masalah. Semua mereka memberi jawapan yang sama. 

1. Siapakah orang yang sempurna akal? 
Mereka menjawab: Orang yang tidak menyintai dunia (mengambil dunia sekadar yang diperlukan). 

2. Siapakah orang yang cerdik? 
Mereka menjawab: Orang yang tidak tertipu oleh dunia. 

3. Siapakah orang yang kaya? 
Mereka menjawab: Orang yang reda menerima bahagiannya daripada Allah. 

4. Siapakah orang yang mengerti agama? 
Mereka menjawab: Orang yang tidak meminta berlebih-lebihan 

5. Siapakah orang yang bakhil? 
Mereka menjawab: Orang yang tidak mengeluarkan hak Allah dalam hartanya.”

KEBAHAGIAAN HAKIKI

Ternyata kebahagiaan sejati tidak terletak pada harta. 

Firman Allah bermaksud: “...ingatlah hanya dengan zikrullah (mengingati Allah), hati menjadi tenteram” (Surah ar-Ra’ad: 28).

Qana’ah, reda dan syukur adalah tiga gandingan sifat terpuji yang saling berhubungan. Individu Muslim perlu memilikinya kerana ia adalah kunci ketenangan jiwa yang menjadi unsur utama menggapai kebahagiaan hidup. 
Menurut bahasa, qana’ah bererti berasa cukup. Dari segi istilah pula bermakna berasa cukup atau puas dengan apa yang dimiliki. Jelasnya, qana'ah bermaksud mencukupi dan reda atas segala rezeki dan kurniaan Allah SWT.

Allah SWT memandang mulia orang yang reda dengan kecukupan yang dikurniakan-Nya. 

Walaupun ia memiliki sedikit harta, tidak menyebabkannya hidup mengemis. Kaya dan miskin adalah pemberian dan ketentuan Allah sekali gus sebagai ujian. 

Mukmin sebenar apabila dikurniakan kekayaan dia bersyukur, jika ditakdirkan hidup miskin pula dia bersabar di samping berusaha memperbaiki taraf kehidupannya.

Kekayaan terkadang mengheret manusia menolak kebenaran seperti kemiskinan boleh menjerumuskan manusia ke dalam kehinaan.

KETENANGAN JIWA vs JIWA KACAU




Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Bukanlah yang dinamakan kaya itu lantaran banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenarnya adalah kaya jiwa.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). 

Apa yang disabdakan Nabi SAW itu memang benar. Kekayaan atau limpahan harta tidak semestinya dapat membeli kebahagiaan atau ketenangan jiwa. 

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu, namun jika kamu mengingkari nikmat-Ku, sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim : 7).

Buktinya ramai manusia yang berharta, menghuni di kediaman mewah dan tersergam indah, namun mereka tidak menemukan rasa bahagia. Sebaliknya, ramai yang tidak berharta, kehidupannya serba sederhana dan kurang tetapi jiwanya tenteram.

JADUAL KULIAH JANUARI 2014


Rabu, 25 Disember 2013

INGAT TU


SEMUA DIJEMPUT


JOM KE TAMAN SYURGA








24/12/13-CERAMAH KAT MASJID BATU KG PERTAMA PMTG PAUH




JOM BANTAH!!


Haruskah Ucapan Merry Christmas?

Ini pandangan ulama' kontemporari mngenai ucapan perayaan krismas

1~Prof. Dr Yusuf al-Qaradawi pula, ketika membahaskan perkara ini telah menyatakan bahawa tidaklah menjadi suatu kesalahan memberikan ucapan selamat hari raya kepada rakan dan jiran yang musyrikin, kerana Islam tidak menutup hubungan antara dua kaum yang berlainan agama dan kepercayaan ini.

Keharusan ini adalah berdasarkan firman Allah dalam surah al-Mumtahanah ayat 8 yang bermaksud: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu, sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil”.

★Namun, al-Qaradawi melarang keras daripada turut serta dalam perayaan yang berasaskan upacara keagamaan kerana ia melibatkan akidah dan kepercayaan.

2~Prof Dr Abd al-Sattar Fathullah Said, seorang pensyarah Tafsir dan ‘Ulum Quran di Universiti Azhar pula berpendapat bahawa mengucapkan tahniah dan selamat hari raya pada perayaan bukan Islam adalah harus selagi tidak bercanggah dengan hukum syara’.

★Akan tetapi sekiranya ucapan tahniah dan selamat hari raya itu diungkapkan dalam bentuk doa seperti ‘moga Allah berkati pada keluarga dan hartamu’, ianya adalah haram dan dilarang sama sekali.

★Begitu juga menurut beliau harus memberi hadiah sebagai ucapan tahniah kepada bukan Islam pada hari perayaan mereka, tetapi hadiah tersebut mestilah bukan sesuatu yang diharamkan seperti arak, potret lucah dan sebagainya.

3~Syeikh Dr. Mustafa Zarqa pula ketika membincangkan persoalan ini telah menyatakan bahawa mengucapkan tahniah atau ucapan selamat hari raya kepada kenalan bukan Islam adalah termasuk dalam bab kesopanan (mujamalah) dan keelokan dalam pergaulan.

★Namun, sesiapa yang keliru, contohnya dengan mengatakan bahawa sambutan hari kelahiran Isa adalah perayaan mereka (seperti Aidilfitri dan Aidil Adha), maka ia adalah haram, kerana ianya mempunyai kaitan dengan aqidah Kristian tentang ketuhanan Isa.Hujah yang dikemukakan oleh beliau antara lain ialah peristiwa yang berlaku pada zaman nabi s.a.w. Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. berdiri tatkala satu jenazah Yahudi melalui kawasan yang diduduki oleh Rasulullah dan para sahabat. Berdirinya Rasulullah itu adalah penjelasan tentang betapa hebat dan agungnya kematian itu, tidak ada kaitan dengan aqidah jenazah tersebut (iaitu bukan kerana hendak menghormati aqidah jenazah tersebut).

Justeru, perlu juga diberi perhatian bahawa, mengucapkan selamat hari raya kepada kawan-kawan non-muslim atas alasan menjaga persahabatan dan perhubungan (bukan atas dasar aqidah) adalah harus, tetapi merayakannya dengan pengisian-pengisian mungkar di dalamnya, itu adalah haram.

Wallahua'lam

Penulis: Ustaz Shauki Othman

Rabu, 18 Disember 2013

ISU NAMA YANG MAKRUH

Tidak boleh memberi nama Syamsyuddin?

Assalamua'laikum, Saya terbaca artikel di http://www.majalahislami.com/2010/05/nama-syamsuddin-bolehkah/ dan http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=2527.

Soalan saya, benarkah tidak dibenarkan untuk memberi nama yg disandarkan kepada Din atau Islam seperti "Syamsyuddin", "Nashiruddin", "Saiful Islam" dan sebagainya?

Bukankah nama itu sebagai suatu doa? Sekian, terima kasih atas pencerahannya.Jazaakumullahukhaer.

JAWAPAN:
Wa’alaikumussalam..

Benarlah apa yang dituliskan didalam kedua-dua artikel diatas. Salah satu nama yang di MAKRUH pengunaannya ialah apa-apa nama yang diberi penambahan al-Din (al-Deen) atau al-Islam.

Contohnya seperti nama Shamsuddin (Matahari Agama), Nurruddin (cahaya Agama), Nur al-Islam (Cahaya Islam), etc.

Nama-nama ini di Makruhkan oleh ulama’2 salaf sepertimana kata Imam al-Tabari (yang dipetik oleh didalam Fathul Baari :-

لا ينبغي التسمية باسم قبيح المعنى ، ولا باسم يقتضي التزكية له ، ولا باسم معناه السب ، ولو كانت الأسماء إنما هي أعلام للأشخاص ، ولا يقصد بها حقيقة الصفة ، لكنَّ وجهَ الكراهة أن يسمع سامع بالاسم ، فيظن أنه صفة للمسمى ، فلذلك كان صلى الله عليه وسلم يُحوِّل الاسم إلى ما إذا دُعيَ به صاحبه كان صدقاً“

Tidak boleh menamakan dengan nama yang buruk, atau nama yang memuji seseorang, atau nama yang mempunyai maksud menghina, walaupun nama tersebut hanyalah sebagai tanda kepada seseorang, dan tidak bermaksud sifat sebenarnya. Sebab mengapa nama tersebut makruh atau tidak disukai adalah kerana apabila seseorang mendengar nama tersebut, dia ingat bahawa ia menjelaskan nama seseorang. Maka Nabi saw menukar nama kepada sesuatu, jika seseorang itu dipanggil dengan nama tersebut, maka adalah [gambaran] sebenarnya”

Larangan al-Din sebagai penambahan didalam nama seseorang oleh ulama’ salaf disebabkan:-

1. Nama ini diberi kepada seseorang lebih dari apa yang dia layak. Maknanya, tidak mungkin seseorang itu boleh digelar dia adalah “Matahari Agama” atau Shamsuddin. Nama-nama ini menurut ulama’ ialah terlalu optimistik.

2. Pujian (nama tersebut) atau Tazkiyah adalah terlalu tinggi untuk makhluk yang bernama manusia.

Ulama’ seperti Imam al-Nawawi tidak menyukai nama gelarannya (laqob) Muhyiddin atau “Menghidupkan Agama”, termasuklah Ibn Taimiyyah yang tidak menyukai laqobnya Taqiy al-din.

WA.Sekian, wassalam

Tidak Dapat Menunaikan Nazar Kerana Haid??

Assalamualaikum,apakah hukum bagi seseorang yg bernazar utk berpuasa selama bebrapa hari sewaktu masih di luar negara sebelum ia pulang ke malaysia, tetapi tidak sempat utk menunaikan nazar demikian disebabkan beliau didatangi haid..tujuan beliau bernazar demikian adalah kerana ingin menguji diri berpuasa di musim panas di mana siangnya adalah panjang..namun, beliau tidak sempat utk menunaikan kerana datangnya haid dan beliau pula akan pulang ke malaysia.

JAWAPAN:

Wa'alaikumussalam Alhamdulillah.
Kami akan cuba menjawab soalan dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Puasa nazar yang nyatakan tadi adalah puasa nazar muallaq (disangutkan).

Maknanya, nazar tersebut mempunyai kondisi - "Saya bernazar akan berpuasa selama ..... hari selama saya berada diluar negara". Maka apabila seseorang itu telah keluar pada negara tersebut, nazarnya telah terbatal, dan dia dikenakan kifarat (Kafaarat Yameen ).

 Firman Allah swt :-"Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah (peliharalah) sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur. "

[Surah al-Maa'idah : 89]

Sekian, wassalam

Apa Kamu Nak Kata Pada Mayat Ini

Apa Kita Katakan Ke Atas Mayat Ini?

Salam,Saya dapati hampir setiap majlis kematian yang saya hadiri kini, selepas sahaja solat jenazah, imam akan bertanya dengan suara yang lantang "Apa kita katakan ke atas mayat ini?" lalu dijawab oleh para makmum "Baik". Perkara ini diulangi sebanyak 3 kali. Ada dalil ke atau perkara ni menyalahi syarak atau dibolehkan??? Mohon perjelasan

Jawapan:
Wa’alaikumussalam Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Amalan yang dilakukan oleh masyarakat kita pada masa ini tidak bercanggah dengan ajaran Islam, dan sebagaimana mana yang dinyatakan, ia merupakan amalan yang dilakukan pada zaman dahulu.

Namun demikian, tidak kira apa niat seseorang itu, Allah yang sahaja dapat menentukannya. Kita berhukum diatas perkara yang zahir.

Benarlah amalan berkata baik kepada seseorang itu datang dari sebuah hadith sahih, berkata Anas bin Malik ra. :-

مر بجنازة فأثني عليها خيرا فقال نبي الله صلى الله عليه وسلم وجبت وجبت وجبت ومر بجنازة فأثني عليها شرا فقال نبي الله صلى الله عليه وسلم وجبت وجبت وجبت قال عمر فدى لك أبي وأمي مر بجنازة فأثني عليها خير فقلت وجبت وجبت وجبت ومر بجنازة فأثني عليها شر فقلت وجبت وجبت وجبت فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم من أثنيتم عليه خيرا وجبت له الجنة ومن أثنيتم عليه شرا وجبت له النار أنتم شهداء الله في الأرضأنتم شهداء الله في الأرض أنتم شهداء الله في الأرض“

Ketika iring-iringan membawa jenazah lewat, orang-orang memuji jenazah dengan kebaikan, kemudian Nabi saw. bersabda: Wajib, wajib, wajib. Lalu lewat pula iringan jenazah lain, orang-orang mencelanya dengan keburukan, kemudian Nabi saw. bersabda: Wajib, wajib, wajib. Umar berkata: Menjadi penebusmu, ayah dan ibuku! Ada iringan jenazah lewat dan orang-orang memujinya sebagai orang baik, lalu engkau mengatakan: Wajib, wajib, wajib. Lewat pula iringan jenazah lain yang disifati sebagai orang jahat, lalu engkau mengatakan: Wajib, wajib, wajib. Apa artinya itu? Rasulullah saw. bersabda: Orang yang kamu puji sebagai orang baik, maka wajib baginya syurga, sedangkan orang yang kamu katakan sebagai jahat, maka wajib baginya neraka. Kamu adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi."

[Hadith Riwayat Imam Muslim No.1578].

Begitu juga didalam sebuah hadith yang menjelaskan bahawa kata-kata baik dari seseorang jiran juga dianggap do’a agar Allah swt .

ما من مسلم يموت فيشهد له أربعة من أهل أبيات جيرانه الأدنين أنهم لا يعلمون إلا خيرا , إلا قال الله ، عز وجل : قد قبلت قولكم ، أو قال : شهادتكم , وغفرت له ما لا تعلمون“

Tidak ada sesorang Muslim yang mati apabila empat orang jiran memberi keterangan bahawa mereka tidak tahu yang lain mengenai mayat ini melainkan perkara baik yang dilakukan. Melainkkan Allah akan berkata : Aku terima semua kesaksian kamu dan mengampunkan semua dosa-dosanya yang kamu tidak tahu”

[Hadith Riwayat Musnad Abu Ya‘la, Sahih Ibnu Hibban; Sahih At-Targheeb H/3515; Talkhees P. 26.]

Malah, Fatwa dari al-Lajnah al-Daaemah [9/154-155] menyebut:

وأما مجرد الثناء عليه عند ذكره ، أو مرور جنازته ، أو للتعريف به بذكر أعماله الجليلة ونحو ذلك مما يشبه رثاء بعض الصحابة لقتلى أحد وغيرهم ، فجائز ؛ لما ثبت عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال : ( مروا بجنازة فأثنوا عليها خيرا . فقال صلى الله عليه وسلم : وجبت ، ثم مروا بأخرى فأثنوا عليها شرا فقال : وجبت . فقال عمر رضي الله عنه : ما وجبت ؟ قال : هذا أثنيتم عليه خيرا فوجبت له الجنة ، وهذا أثنيتم عليه شرا فوجبت له النار ، أنتم شهداء الله في الأرض ) – متفق عليه“

Pujian baginya apabila disebut, atau apabila jenazah lalu dihadapannya, atau dengan cara memberitahu orang lain akan kebaikkan yang dia lakukan atau seumpamanya, merupakan mirip cara yang dilakukan oleh beberapa sahabat yang memuji-muji mereka yang syahid di perang Uhud dan lain-lain, dan ia dibenarkan, sebagaimana hadith Riwayat Anas bin Malik ra yang berkata : Jenazah melewati mereka dan mereka berkata baik mengenainya, dan Nabi :saw bersabda : wajib (pasti). Kemudian lalu lagi jenazah dan mereka berkata buruk mengenainya, dan baginda berkata : wajib (pasti). Umar ra berkata : Apa yang pasti? Rasulullah saw. bersabda: Orang yang kamu puji sebagai orang baik, maka wajib baginya syurga, sedangkan orang yang kamu katakan sebagai jahat, maka wajib baginya neraka. Kamn adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi."

[Hadith Muttafaq ‘Alaih]

Fatwa ini jelas membenarkan puji-pujian selepas pengkebumian atau ketika jenazah melaluinya dilakukan. Amalan yang dilakukan secara “formal” dikalangan masyarakat Melayu kita ini tidak menyalahi sunnah, malah jika amalan ini dihapuskan, berkemungkinan besar sunnah ini akan ditinggalkan selama-lamanya. Tidak mengapalah cara dilakukan itu kelihatan seperti memaksa, akan tetapi cuba kita fikir-fikirkan, apabila tiada lagi amalan tradisi ini, apakah amalan yang terbaik untuk menggantikannya? Sudahkah kita mempunyai alternatif lain?

WA. Sekian, wassalam

Rabu, 27 November 2013

PESTA BUKU LANGKAWI

21 Nov hingga 1 Dis 2013 bertempat di Kompleks Hj Ismail Group

Selasa, 12 November 2013

Insaflah...

MANUSIA MASIH DALAM KEADAAN SEDANG TIDUR DIBUAI MIMPI, DAN MEREKA HANYA AKAN TERJAGA APABILA DIJEMPUT OLEH MALAIKAT MAUT UNTUK MENGHADAP ALLAH S.W.T.

JADUAL MAJLIS ILMU NOV 2013

JADUAL KULIAH NOV

1/11-Masjid sg buaya
2/11-rehat
3/11-rehat
4/11-rehat
5/11-crmh maal hijrah smv teknik sbg perai penang
6/11-masjid serendah
7/11-surau al ikhlas
8/11-surah annadwah ehsanibu
9/11-subuh:surau kembojasari/maghrib: surau al firdaus tmn garing utama rawang
10/11-subuh:al ikhlas/maghrib:surau asrama produa jln tulip
11/11-surau kembojasari
12/11-surau assyuro kiambangsari
13/11-ceramah hijrah surau al muttaqin bkt sentosa
14/11- surau al ikhlas
15/11-masjid kg sg buaya
16/11-rehat
17/11-rehat
18/11-Surau al ikhwan
19/11-Surau al Hidayah
20/11-Surau Nuruliman cemperaisari
21/11-Nusaputra security guard (3.30ptg)/Maghrib: al ikhlas
22/11-Tazkirah&Khutbah Jumaat di al-Ikhlas
23/11-Ceramah Hijrah Masjid Hulu Bernam
24/11-Rehat
25/11-Rehat
26/11-kosong
27/11-kosong
28/11-Crmh Mlm Cinta Rasul di Masjid Hj Mad Desa Bkt Minyak Penang
29/11-Tazkirah&Khutbah Jumaat di Masjid Hj Mad Desa Bkt Minyak/Maghrib:Masjid Tok Lebai Hashim Alma B.Minyak
30/11-kosong

Untaian Hikmah

"Satu dirham disedekahkan ketika masa sihat dan bakhil lebih afdal (baik) dari seratus dirham diwasiatkan ketika akan mati."

(Ibnu Mas'ud  Radhiallahu 'anhu)

Perbanyakkan Istighfar

Memperbanyak istighfar, taubat dipermudahkan rezeki

Allah SWT dan Rasul-Nya tidak meninggalkan umat Islam tanpa petunjuk dalam usaha mencari penghidupan kerana rezeki diatur serta dijelaskan. Allah SWT akan memudahkan jalan untuk mendapat rezeki dari setiap arah.
Selain berdoa kepada Allah SWT, umat Islam juga dianjurkan sentiasa bertaubat supaya segala urusan mereka dipermudahkan dan setiap permintaan dimakbulkan seperti berlaku kepada Nabi Nuh yang diceritakan dalam al-Quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka aku katakan kepada mereka: Mohon ampunlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Surah Nuh, ayat 10-12).