Sahabat Ilmu

Rabu, 4 Mac 2009

INFO MAULIDURRASUL

Maulidur Rasul

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Selasa, 3 Mac 2009

ISU NAMA "ALLAH"

Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah

Isu dalam artikel ini telah ditulis oleh Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin setahun yang lalu. Dicadangkan untuk pembacaan.

Banyak pihak mendesak saya memberikan pandangan tentang penggunaan nama Allah oleh agama lain khususnya agama Kristian di Malaysia ini. Pada awalnya, saya selalu mengelak, cuma memberikan pandangan ringkas dengan berkata: “Isu ini bukan isu nas Islam, ianya lebih bersifat pentadbiran atau tempatan.

Peraturan ini mungkin atas alasan-alasan setempat seperti kenapa sekarang baru ditimbulkan isu ini? Kenapa hanya Bible dalam bahasa melayu sahaja yang hendak menggunakan panggilan Allah, tidak pula edisi inggerisnya? Adakah di sana ada agenda tersembunyi? Maka wujudnya tanda soal dan beberapa prasangka yang mungkin ada asasnya. Maka lahirlah kebimbangan terhadap kesan yang bakal timbul dari isu itu nanti.

Namun, akhir-akhir ini saya terus didesak. Saya kata: jika anda hendak tahu pendirian Islam bukanlah dengan falsafah-falsafah tentang akar bahasa itu dan ini yang diutamakan. Rujuk terdahulu apa kata al-Quran dan al-Sunnah. Lepas itu kita bincang hukum berkenaan bertitik tolak dari kedua sumber tersebut.

Kadang-kala kesilapan kita dalam mempertahankan perkara yang tidak begitu penting, boleh melupakan kita kepada isu yang lebih penting. Isu yang terpenting bagi saya adalah kefahaman mengenai keadilan dan kerahmatan Islam yang mesti sampai kepada setiap rakyat negara ini, muslim atau bukan muslim. Supaya gambaran negatif yang salah terhadap Islam dapat dikikis dari minda mereka yang keliru.

Di samping itu, hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan akidah Islam dan selainnya bukanlah pada sebutan, atau rebutan nama Allah, sebaliknya pada ketulusan tauhid dan penafian segala unsur syirik. Di samping, kita mesti bertanya diri kita: mengapakah kita sentiasa merasakan kita akan menjadi pihak yang tewas jika orang lain memanggil tuhan Allah? Mengapakah kita tidak merasakan itu akan lebih memudahkan kita menyampaikan kepada mereka tentang akidah Islam?. Maka, apakah isu ini bertitik tolak dari nas-nas Islam, atau kebimbangan disebabkan kelemahan diri umat Islam itu sendiri?

Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).

Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).

Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik.

Justeru, soal bukan muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam, bahkan kita disuruh bersyukur kerana pengakuan itu. Cuma yang dibantah ialah kesyirikan mereka. Umpamanya, jika kita mendengar bukan muslim menyebut “Allah yang menurunkan hujan, atau menumbuhkan tumbuhan”, maka kita tentu gembira kerana dia mengakui kebesaran Allah.

Apakah patut kita kata kepadanya: awak jangan kata Allah yang menurunkan hujan, atau mencipta itu dan ini, awak tidak boleh kata demikian kerana awak bukan muslim, sebaliknya awak kena kata tokong awak yang menurun hujan”. Apakah ini tindakan yang betul? Tidakkah itu menjauhkan dia dari daerah ketuhanan yang sebenar? Kita sepatutnya berusaha mendekatkan dia kepada ajaran yang benar. Namun, jika dia berkata: “Tokong ini adalah Allah”. Saya kata: “Awak dusta, itu tidak benar! Maha suci Allah dari dakwaan awak”.

Maka, ketika Allah menceritakan peranan peperangan dalam mempertahankan keamanan dan kesejahteraan manusia,

Allah menyebut: (maksudnya) “..dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang (pencerobohan) setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam semua tempat itu dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa. (Surah al-Hajj ayat 40).

Ayat ini mengakui tempat-tempat ibadah itu disebut nama Allah. Adapun berhubung dengan orang Kristian,

Allah menyebut: (maksudnya) “Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73).

Ayat ini tidak membantah mereka menyebut Allah, tetapi yang dibantah adalah dakwaan bahawa Allah adalah satu dari yang tiga.

Justeru itu kita lihat, orang-orang Kristian Arab memang memakai perkataan Allah dalam Bible mereka, juga buku-buku doa mereka. Tiada siapa pun di kalangan para ulama kaum muslimin sejak dahulu yang membantahnya. Jika ada bantahan di Malaysia, saya fikir ini mungkin atas alasan-alasan setempat yang saya sebutkan pada awal tadi. Cuma yang diharapkan, janganlah bantahan itu akhirnya memandulkan dakwah Islam dan menjadikan orang salah faham terhadap agama suci ini.

Saya selalu bertanya sehingga bilakah kita di Malaysia ini akan begitu defensive, tidak memiliki anti-bodi dan tidak mahu berusaha menguatkannya dalam diri? Akhirnya, kita terus bimbang dan takut kepada setiap yang melintas. Padahal itu bukan sifat Islam. Islam agama yang ke hadapan, misi dan intinya sentiasa disebarkan.

Sehingga Allah menyebut: (maksudnya):“Dan jika seseorang dari kalangan musyrikin meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke tempat yang selamat. Demikian itu (perintah tersebut) ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). (Surah al-Taubah ayat 6).

Ada orang tertentu yang berkata kepada saya: nanti orang Islam keliru kerana sebutan nama Allah itu sama antara mereka dan Islam. Lalu rosak akidah orang Islam kita nanti. Saya berkata kepadanya: “Jikalaulah sebutan nama tuhan itulah yang menentukan akidah Islam, tentulah golongan musyrikin Mekah tidak memerlukan akidah yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Mereka telah sekian lama memanggil tuhan dengan panggilan Allah.

Lihatlah bapa Nabi kita Muhammad bernama ‘Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Tentu sekali bapa baginda lahir pada zaman jahiliah sebelum kemunculan baginda sebagai rasul. Nama itu dipilih oleh datuk Abdul Muttalib yang menjadi pemimpin Quraish pada zaman dahulu. Quraish pada zaman jahiliah juga bertawaf dengan menyebut: LabbaikalLahhumma yang bermaksud: Menyahut seruanMu ya Allah!

Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:

“Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”. Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut. Ternyata mereka menggunakan nama Allah.

Maka yang membezakan akidah Islam dan selainnya adalah tauhid yang tulus yang menentang segala unsur syirik. Ketidak jelasan dalam persoalan inilah yang menggugat akidah jenerasi kita. Mereka yang berakidah dengan akidah Islam sangat sensitif kepada sebarang unsur syirk agar tidak menyentuh akidahnya. Bukan semua yang mengakui Allah akan dianggap beriman dengan iman yang sah selagi dia tidak membersihkan diri dari segala unsur syirik.

Lihat, betapa ramai yang memakai serban dan jubah, berzikir sakan tetapi dalam masa yang sama menyembah kubur-kubur tok wali tertentu dengan cara menyeru dan merintih pemohonan darinya. Ini yang dilakukan oleh sesetengah tarekat yang sesat. Apa beza mereka ini dengan yang memanggil nama-nama berhala yang asalnya dari nama orang-orang saleh juga, yang mati pada zaman dahulu.

Firman Allah: (maksudnya) Ingatlah! Untuk Allah agama yang suci bersih (dari segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung (sambil berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). (Surah al-Zumar ayat 3).

Di Malaysia kita pun ada yang memakai gelaran agama menentang pengajaran tauhid rububiyyah, uluhiyyah, asma dan sifat. Mereka ini menyimpan agenda musuh-musuh dakwah. Padahal pengajaran tauhid yang sedemikianlah yang mampu menjadikan muslim memahami dengan mudah hakikat tauhid. Mampu membezakan antara; sekadar mempercayai kewujudan Allah dengan mentauhidkan Allah dalam zatNya, ibadah kepadaNya dan sifat-sifatNya.

Persoalan tauhid anti syirik ini begitu mudah dan ringkas untuk memahaminya. Nabi s.a.w telah menyebarkannya dengan begitu pantas dan mudah. Seorang badawi buta huruf yang datang berjumpa baginda mampu memahami hanya dalam beberapa sessi ringkas. Bahkan mampu pulang dan mengislamkan seluruh kaumnya dengan akidah yang teguh. Namun, di kalangan kita, pengajaran akidah yang dinamakan ilmu kalam begitu berfalsafah dan menyusahkan.

Bukan sahaja badwi, orang universiti pun susah nak faham. Sehingga seseorang bukan bertambah iman, tetapi bertambah serabut. Bertahun-tahun masih dalam kesamaran. Diajar Allah ada, lawannya tiada, dengar lawannya pekak, lihat lawannya buta..lalu ditokok tambah dengan falsafah-falsafah dan konsep-konsep yang menyusahkan. Padahal penganut agama lain juga menyatakan tuhan itu ada, melihat, tidak buta, mendengar, tidak pekak dan seterusnya. Apa bezanya jika sekadar memahami perkara tersebut cuma?

Maka anak-anak orang Islam kita gagal memahami hakikat tauhid anti-syirik yang sebenar. Padahal ianya begitu mudah semudah memahami kalimah-kalimah akidah dalam surah al-Ikhlas yang ringkas. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah…Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka” (Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da’iyah, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat). Dahulu kelemahan ini mungkin tidak dirasa, tetapi apabila kita hidup dalam dunia persaingan, kita mula menderitai kesannya.

Jika akidah jenerasi kita jelas, apakah mereka boleh keliru antara ajaran Islam dan Kristian? Adakah mereka tidak tahu beza antara ajaran yang menyebut tuhan bapa, tuhan anak dan ruhul qudus dengan akidah Islam yang anti-syirik, hanya disebabkan adanya sebutan Allah? Begitu jauh sekali perbezaan itu! Bagaimana mungkin sehingga mereka tidak dapat membezakan antara malam dan siang? Apakah juga nanti kita tidak membenarkan pihak lain menyebut nama nabi Ibrahim, Ishak, Ya’kub, Daud dan lain-lain kerana budak-budak kita akan keliru lagi. Akidah apakah yang mereka belajar selama ini di KAFA, JQAF dan berbagai lagi sehingga begitu corot. Kalau begitu, sama ada sukatan itu lemah, atau tenaga pengajarnya perlu dibetulkan.

Maka sebenarnya, isu ini adalah isu kelemahan kita umat Islam dalam memahami akidah yang sebenar. Jenerasi kita tidak mempunyai benteng akidah yang kukuh. Lalu kita semua bimbang mereka keliru dengan akidah orang lain. Untuk mengatasi masalah ini, kita cuba mengambil pendekatan undang-undang. Agar dengan halangan undang-undang, kelemahan akidah generasi kita dapat dipertahankan.

Persoalan yang patut kita fikirkan, sehingga bilakah kita akan mampu terus hidup hanya berbekalkan oksigen dari saluran undang-undang sehingga kita yang majoriti, dengan segala peruntukan yang ada; TV, radio, berbagai-bagai institusi dan agensi yang dilindungi, masih takut kepada gerakan minoriti? Di manakah kehebatan Islam yang selalu kita sebut dan ceritakan sejarah kegemilangannya? Atau sebenarnya, kita tidak memiliki Islam seperti hari ia diturunkan? Maka kempen Islam kita selalu tidak berkesan.

Bagi saya, bukan soal nama Allah itu yang terlalu perlu untuk direbut atau dijadikan agenda besar. Tetapi, gerakan membina semula akidah yang sejahtera dan memahamkan generasi kita wajah Islam yang sebenar agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran zaman.

OLEH: Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
: www.drmaza.com

AURAT MUSLIM DAN NON MUSLIM

AURAT

Soalan :
Ustaz saya ada satu kemusykilan berkenaan dengan aurat.Apakah hukum lelaki melihat rambut perempuan bukan islam semasa melakukan urusan dengan mereka kerana mereka tidak dituntut menutup rambut kerana mereka bukan orang islam.Minta penjelasan ustaz..

Jawapan :

Menjaga mata dari melihat aurat wanita ajnabi adalah wajib berdasarkan perintah Allah di dalam surah an-Nur kepada lelaki-lelaki beriman (yang bermaksud); “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan”. (30)

Tujuan perintah tersebut ialah untuk memastikan jiwa/hati orang beriman sentiasa bersih, agama mereka terjaga dan diri mereka selamat dari terjerumus ke dalam zina dan kejatahan. Kerana itu Allah menegaskan di hujung ayat; “…Yang demikian itu lebih suci bagi mereka”. Menurut Imam Ibnu Kathir; maksud “…lebih suci bagi mereka” di dalam ayat di atas ialah; “lebih suci bagi hati dan agama mereka”. Di dalam hadis, Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada seorang lelaki muslim yang melihat kepada keelokan-keelokan seorang wanita, lalu ia menahan pandangannya (yakni ia berpaling dari melihatnya) kerana takutkan Allah, melainkan Allah akan menggantikan untuknya ibadah yang ia rasai kemanisannya” (Riwayat Imam Ahmad dari Abu Umamah r.a.)

Tidak ada beza dari segi hukum antara melihat aurat wanita Islam atau wanita bukan Islam kerana kesannya pada hati adalah sama. Dan telah disepakati oleh para ulamak bahawa rambut wanita adalah aurat. Adalah haram seorang lelaki muslim melihat aurat wanita ajnabi (yakni wanita yang bukan mahramnya) termasuklah rambutnya tanpa mengira wanita itu Islam atau kafir kerana arahan Allah di dalam ayat di atas adalah umum dan kesan pandangan tersebut kepada hati adalah sama. Dikecualikan jika pandangan itu berlaku tanpa disengajakan, maka hendaklah segera dipalingkan. Dari Jarir bin Abdillah r.a. menceritakan; “Aku bertanya Rasulullah berkenaan pandangan yang tiba-tiba”. Lalu baginda menjawab; “Palingkanlah pandangan kamu itu” (Riwayat Imam Muslim).

Baginda berkata kepada Saidina Ali r.a.; “Janganlah engkau mengekorkan pandangan selepas pandangan. Bagimu pandangan pertama dan bukan bagimu pandangan yang lain (yakni tidak harus bagimu mengulangi pandangan setelah terpandang kali pertama secara tak disengajakan)”. (Riwayat Imam Abu Daud dan Tirmizi)

Wallahu a’lam.

Rujukan;
1. Tafsir Ibnu Kathir

#SELAMAT BERAMAL#

JENAYAH SYARIAH

JENAYAH ROGOL

Soalan; Assalamulaikum warahmatullahi wa barakatuh. Ustaz yang di hormati. Bagaiamanakah dari segi undang-undang Islam menangani permasalahan di bawah;

1. Seorang perempuan yang datang kepada pemerintah mengatakan bahawa dia telah di rogol oleh seorang lelaki yang dia kenali, tetapi dia tidak dapat membawakan 4 orang saksi untuk membuktikan kejadian tersebut. Adakah perempuan tersebut akan di kenakan sebatan 100 kali kerana dianggap sebagai kesalahan zina. Ataupun sebatan 80 kali kerana tuduhan tanpa membawa saksi. Dalam hal ini apakah hak dia (perempuan tersebut) di dalam Islam untuk mendapatkan keadilan sebagaimana yang kita tau memang sukar untuk mendapatkan 4 orang saksi tersebut. Atau dia hanya perlu mendiamkan diri kerana takut akan sebatan 80 kali dan hanya membiarkan kemungkaran tersebut terus berlaku.

2. Bagaiamana pula jika seorang perempuan datang kepada pemerintah mengadu yang dia dirogol oleh seorang lelaki yang dia kenali tetapi dia tidak dapat membawa 4 orang saksi tetapi membawa bukti yang dia telah mengandung sekarang hasil dari kezaliman tersebut. Apakah hak dia sebagai seorang Islam dan apakah yang patut di lakukan oleh pemerintah terhadap orang yang di tuduh tersebut.

3. Jika orang yang di tuduh itu (dalam kes ini ) hanya perlu bersumpah menafikan dia tidak merogol. Adakah bermakna Islam membenarkan perogol tanpa bukti berluasa di negara Islam.

4. Adakah DNA dari anak yang dikandung boleh disabitkan kesalahan terhadap perogol tersebut dalam menghukum 100 sebatan.

Tolong lah Ustaz kerana inilah yang selalu di war-warkan bahawa hukum Islam itu zalim dan tidak memihak kepada yang di khianati seperti permasalan tersebut.

Jawapan Ustaz dapat memberi gambaran yang jelas tentang Islam dan membantu saya dalam berdakwah.

Sekian. Hamba Allah

Jawapan;

1. Wanita yang mengadu ia dirogol/diperkosa (yakni berlaku zina ke atasnya tanpa kerelaannya) dan telah disahkan bahawa ia benar-benar dirogol berdasarkan pemeriksaan doctor, pakar atau sebagainya, ia tidak akan dikenakan hukuman hudud atau sebarang hukuman yang lain. Ini kerana penziaan ke atasnya berlaku secara paksaan dan Nabi s.a.w. telah bersabda; “Diangkat (yakni tidak diambil kira) dari umatku dosa yang mereka lakukan kerana tersalah, lupa atau dipaksa melakukannya” (Riwayat Imam at-Thabrani dengan sanad yang soheh).[1]

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi dari Wail bin Hujrin r.a. ada diceritakan; Seorang wanita telah dirogol/diperkosa pada zaman Nabi s.a.w.. Nabi berkata kepada perempuan yang dirogol itu; “Pergilah! Sesungguhnya Allah mengampunkan engkau”. Adapun mengenai lelaki yang merogolnya, baginda berkata kepada para sahabat; “Rejamlah dia”[2] (Riwayat Imam at-Tirmizi, Abu Daud dan Ahmad).

Menurut Prof. Dr. Yusuf Sulaiman; “Wanita yang dirogol jika pengaduan/dakwaannya (bahawa ia dirogol) terbukti benar, ia tidak akan dikenakan hukuman hudud dan sebarang hukuman yang lain, sebaliknya ia dijaga dan dipelihara hingga melahirkan anak dan dinasabkan anak itu kepadanya dan ia dikahwini selepas itu atas sifatnya sebagai wanita yang belum pernah berkahwin jika ia sememangnya belum pernah berkahwin” (Lihat pandangan beliau dalam; http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528614850)

2. Adapun hukuman ke atas perogol, jika ia mengakui jenayahnya atau jenayahnya disabitkan dengan keterangan dari empat orang saksi yang melihat jenayah itu berlaku di hadapan mereka dengan jelas dan terang, maka ia akan dikenakan hukuman hudud iaitu 100 sebatan jika ia belum pernah berkahwin atau direjam sampai mati jika telah berkahwin. Adapun jika ia tidak mengakui jenayahnya dan tidak ada empat saksi, namun jenayahnya dapat dibuktikan dengan keterangan-keterangan atau bukti-bukti yang lain (termasuk DNA), maka ia tidak dikenakan hukuman hudud tetapi dikenakan hukuman takzir iaitu hukuman yang ditentukan oleh pemerintah. Menurut sebahagian ulamak; takzir boleh sampai ke tahap hukuman bunuh.

3. Mengenai DNA, Persidangan Ulamak kali ke 16 yang diadakan di Mekah yang dianjurkan Rabitah Alam Islami telah memutuskan bahawa; Tidak ada halangan dari segi Syarak untuk menerima keputusan DNA bagi mengesahkan kes jenayah dan menjadikannya sebagai salah satu kaedah bagi sabitan jenayah tetapi khusus bagi hukuman Takzir sahaja. Adapun hudud dan qisas, ia tidak boleh dijatuhkan dengan semata-mata bukti DNA, tetapi mesti dengan keterangan saksi atau dengan pengakuan dari tertuduh sendiri.[3] Hukuman takzir adalah terserah kepada kearifan pemerintah untuk menentu dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah terbabit. Di antara bentuk hukuman takzir ialah; penjara, denda, rotan, diberi peringatan dan sebagainya. Sebahagian ulamak menegaskan; takzir boleh sampai ke tahap hukuman bunuh jika difikirkan perlu oleh pemerintah bagi membendung jenayah dan menyelamatkan masyarakat.

Rujukan;

1. Pandangan Prof. Dr. Yusuf Sulaiman di alamat web; (http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528614850)
2. Pandangan Dr. Yusuf bin Ahmad al-Qasim (pensyarah Fiqh Perbandingan di Institut Tertinggi Kehakiman Arab Saudi) di alamat web; (http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528623430)
3. al-Qadhaya at-Thibbiyyah al-Mu’asirah, Prof. Dr. Ali Muhyiddin al-Qarrah Daghi dan Prof. Dr. Ali Yusuf al-Muhammadi.

Nota kaki;

[1] Al-Jami’ as-Soheh, Imam as-Suyuti, no. 4461.
[2] Kerana ia telah berkahwin.
[3] Al-Qadhaya at-Thibbiyyah al-Mu’asirah.

SUMBER: USTAZ AHMAD ADNAN FADHIL

ULAMAK SUFI

Junaid Al-Baghdadi, Ulama Sufi Yang Bertasauf Mengikuti Sunnah

Junaid Al-Baghdadi adalah seorang ulama sufi dan wali Allah yang paling menonjol namanya di kalangan ahli-ahli sufi. Tahun kelahiran Imam Junaid tidak dapat dipastikan. Tidak banyak dapat ditemui tahun kelahiran beliau pada biografi lainnya. Beliau adalah orang yang terawal menyusun dan memperbahaskan tentang ilmu tasauf dengan ijtihadnya. Banyak kitab-kitab yang menerangkan tentang ilmu tasauf berdasarkan kepada ijtihad Imam Junaid Al-Baghdadi.

Imam Junaid adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Beliau memiliki sebuah gedung perniagaan di kota Baghdad yang ramai pelanggannya. Sebagai seorang guru sufi, beliau tidaklah disibukkan dengan menguruskan perniagaannya sebagaimana sesetengah peniaga lain yang kaya raya di Baghdad.

Waktu perniagaannya sering disingkatkan seketika kerana lebih mengutamakan pengajian anak-anak muridnya yang dahagakan ilmu pengetahuan. Apa yang mengkagumkan ialah Imam Junaid akan menutup kedainya setelah selesai mengajar murid-muridnya. Kemudian beliau balik ke rumah untuk beribadat seperti solat, membaca al-Quran dan berzikir.

Setiap malam beliau berada di masjid besar Baghdad untuk menyampaikan kuliahnya. Ramai penduduk Baghdad datang masjid untuk mendengar kuliahnya sehingga penuh sesak.

Imam Junaid hidup dalam keadaan zuhud. Beliau redha dan bersyukur kepada Allah SWT dengan segala nikmat yang dikurniakan kepadanya. Beliau tidak pernah berangan-angan untuk mencari kekayaan duniawi dari sumber pekerjaannya sebagai peniaga.

Beliau akan membahagi-bahagikan sebahagian dari keuntungan perniagaannya kepada golongan fakir miskin, peminta dan orang-orang tua yang lemah.
Bertasauf Ikut Sunnah Rasulullah saw

Imam Junaid seorang yang berpegang kuat kepada al-Quran dan as-Sunnah. Beliau sentiasa merujuk kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah saw dalam setiap pengajiannya.

Beliau pernah berkata:
"Setiap jalan tertutup, kecuali bagi mereka yang sentiasa mengikuti perjalanan Rasulullah saw. Sesiapa yang tidak menghafal al-Quran, tidak menulis hadis-hadis, tidak boleh dijadikan ikutan dalam bidang tasauf ini."

Memiliki Beberapa Kelebihan dan Karamah

Imam Junaid mempunyai beberapa kelebihan dan karamah. Antaranya ialah berpengaruh kuat setiap kali menyampaikan kuliahnya. Kehadiran murid-muridnya di masjid, bukan saja terdiri daripada orang-orang biasa malah semua golongan meminatinya.

Masjid-masjid sering dipenuhi oleh ahli-ahli falsafah, ahli kalam, ahli fekah, ahli politik dan sebagainya. Namun begitu, beliau tidak pernah angkuh dan bangga diri dengan kelebihan tersebut.

Diuji Dengan Seorang Wanita Cantik

Setiap insan yang ingin mencapai keredhaan Allah selalunya menerima ujian dan cabaran. Imam Junaid menerima ujian daripada beberapa orang musuhnya setelah pengaruhnya meluas. Mereka telah membuat fitnah untuk menjatuhkan imej Imam Junaid.
Musuh-musuhnya telah bekerja keras menghasut khalifah di masa itu agar membenci Imam Junaid. Namun usaha mereka untuk menjatuhkan kemasyhuran Imam Junaid tidak berhasil.

Musuh-musuhnya berusaha berbuat sesuatu yang boleh memalukan Imam Junaid. Pada suatu hari, mereka menyuruh seorang wanita cantik untuk memikat Imam Junaid. Wanita itu pun mendekati Imam Junaid yang sedang tekun beribadat. Ia mengajak Imam Junaid agar melakukan perbuatan terkutuk.

Namun wanita cantik itu hanya dikecewakan oleh Imam Junaid yang sedikitpun tidak mengangkat kepalanya. Imam Junaid meminta pertolongan dari Allah agar terhindar daripada godaan wanita itu. Beliau tidak suka ibadahnya diganggu oleh sesiapa. Beliau melepaskan satu hembusan nafasnya ke wajah wanita itu sambil membaca kalimah Lailahailallah. Dengan takdir Tuhan, wanita cantik itu rebah ke bumi dan mati.

Khalifah yang mendapat tahu kematian wanita itu telah memarahi Imam Junaid kerana menganggapnya sebagai suatu perbuatan jenayah.Lalu khalifah memanggil Imam Junaid untuk memberikan penjelasan di atas perbuatannya. "Mengapa engkau telah membunuh wanita ini?" tanya khalifah.

"Saya bukan pembunuhnya. Bagaimana pula dengan keadaan tuan yang diamanahkan sebagai pemimpin untuk melindungi kami, tetapi tuan berusaha untuk meruntuhkan amalan yang telah kami lakukan selama 40 tahun," jawab Imam Junaid.

Wafatnya

Akhirnya kekasih Allah itu telah menyahut panggilan Ilahi pada 297 Hijrah. Imam Junaid telah wafat di sisi As-Syibli, seorang daripada muridnya.

Ketika sahabat-sahabatnya hendak mengajar kalimat tauhid, tiba-tiba Imam Junaid membuka matanya dan berkata, "Demi Allah, aku tidak pernah melupakan kalimat itu sejak lidahku pandai berkata-kata."

SELAMAT BERAMAL

TAMAN ULAMAK

Kisah Ulama Menjaga Waktu Dan Ilmu

Kisah Ibnu Nafis

Beliau adalah seorang doktor perubatan yang terkenal. Beliau juga adalah orang pertama yang menjumpai teori perjalanan darah pada kurun ketujuh Hijrah.

Diriwayatkan bahawa Ibnu Nafis seorang yang tidak suka membuang masa. Apabila ingin menulis beliau akan memalingkan mukanya mengadap dinding, kemudian mula menulis daripada ilmu pengetahuannya tanpa merujuk apa-apa kitab. Dikatakan beliau menulis laju seperti air yang mengalir. Apabila penselnya tumpul beliau akan mencampaknya ke suatu tempat khas kemudian mengambil pensel baru, oleh yang demikian beliau akan pastikan pensel-pensel yang telah diasah tersedia di atas mejanya sebelum memulakan penulisan kerana ditakuti masanya akan terbuang dengan mengasah pensel-pensel berkenaan.

Satu ketika, beliau masuk tandas untuk mandi, kemudian keluar kembali seraya meminta pen, dakwat dan kertas, justeru menulis satu karangan mengenai denyutan nadi. Setelah itu beliau masuk semula ke dalam tandas untuk menghabiskan mandiannya

Kisah Ibnu Jauzi

Setiap kali selepas mengasah penselnya, Ibnu Jauzi akan mengumpul habuk tersebut di dalam satu bekas khusus. Apabila beliau jatuh sakit, beliau mewasiatkan agar habuk tersebut dijadikan bahan bakar untuk memasak air mandian mayatnya. Apabila beliau wafat, sahabat dan kerabat beliau melaksanakan wasiat yang ditinggalkan, ternyata habuk pensil tersebut sempat memanaskan air mandian mayatnya malah ianya masih berbaki sedikit.

Kisah Imam at-Tabari

Beliau seorang ahli tafsir yang masyhur. Beliau juga terkenal dengan pengawasannya terhadap ilmu pengetahuan. As-Simsimi berkata: Beliau menulis setiap hari empat puluh helaian dalam masa empat puluh tahun.

Muridnya (al-Qadhi Abu Bakar) telah meriwayatkan bahawa beliau seorang yang terlalu menjaga rutin hariannya. Selepas mengambil sarapan pagi beliau akan tidur kemudian bangun dan solat zohor. Sejurus kemudian beliau akan mula menulis hingga masuk waktu Asar. Pabila selesai menunaikan Fardhu Asar, dia akan bersama murid-muridnya menelaah ilmu sehingga Maghrib. Selepas Maghrib pula beliau akan mengajar ilmu Feqah sehingga larut malam.

Kalau kita perhatikan, betapa beliau pandai membahagikan masa dan usianya demi kepentingan agama, masyarakat dan dirinya sendiri. Beliau tidak pernah membazirkan walaupun sesaat pada perkara yang tidak berfaedah, masa baginya biarlah digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah ataupun untuk mengambil faedah daripada orang lain. Inilah dia ikutan kita, seorang ahli agama yang menggadaikan umurnya semata-mata untuk agama, untuk Allah, untuk beribadah dalam erti kata yang sebenarnya.

Sebuah kisah lain, antara lainnya mengisahkan kehidupan Imam at-Tabari yang tidak boleh terpisah daripada ilmu. Kisah ini diriwayatkan oleh salah seorang sahabat beliau (al-Murafi bin Zakaria) yang datang menziarahi waktu sakitnya. Apabila Imam at-Tabari mendengar salah seorang pelawat membaca doa ke atasnya lalu dia berkata, tolong ambilkan aku sebatang pen dan sehelai kertas, kemudian beliau menulis doa tersebut. Salah seorang daripada mereka bertanya: Apakan kamu masih menulis ilmu sedangkan kamu dalam keadaan begini? Jawab beliau: Sememangnya menjadi kewajipan setiap manusia untuk tidak meninggalkan ilmu berlalu pergi begitu sahaja hingga mati.

Kisah Sulaim ar-Razi

Imam Sulaim ar-Razi ini merupakan seorang yang amat mementingkan masa dan ilmu, warak dan selalu menghisab dirinya. Beliau tidak pernah meninggalkan sedetik waktu tanpa faedah. Samada beliau akan belajar, mengajar, menyalin ataupun membaca. Diriwayatkan daripada beliau sendiri: Aku sempat menghabiskan satu juzuk (bab) bacaanku di dalam perjalanan pulang ke rumahku.

Perkara ini diakui oleh salah seorang sahabat beliau (al-Muammil bin al-Hassan): Aku terlihat Sulaim mengasah pensel sambil mulutnya terkumat kamit menyebut sesuatu. Pabila ditanya, aku mengetahui beliau sedang membaca al-Quran semasa mengasah pensel nya, kerana ditakuti masa akan berlalu begitu sahaja tanpa beliau mengambil apa-apa faedah ataupun suatu tindakan yang positif. Inilah dia seorang ulama’ Islam yang hidup di zaman silam, oelh sebab itulah tidak dinafikan bahawa Islam pada zaman mereka telah melalui satu zaman kegemilangan yang tidak ada tolok bandingnya.

Kisah Imam al-Juwaini

Beliau adalah Imam masjid al-Haram dan masjid an-Nabawi. Katanya: Aku tak tidur dan tak makan pada kebiasaannya, tetapi apabila terlalu mengantuk aku tertidur, samada pada waktu malam ataupun siang, begitu juga aku makan jika aku terasa nak makan, tidak kira masa dan ketika. Hal ini menggambarkan betapa kelazatannya hanya tertumpu pada ilmu semata-mata.

Kisah Abu al-Wafa’

Imam Abu al-Wafa’ pernah berkata: Tidak bisa untukku persiakan setiap detik kuniaan yang Maha Esa buatku, hatta kalaulah lidahku kelu untuk meneruskan hafalan dan mataku penat menatapi patah tulisan, aku akan berusaha menggerakkan fikiranku dengan memikirkan sesuatu cadangan maupun permasalahan, aku tidak akan berasa lega dan berpuas hati melainkan setelah aku mendapati jalan penyelesaiannya.

Aku juga mendapati, kesusahan menghadapi ilmu ini pada usiaku lapan puluhan lebih daripada usiaku dua puluhan. Aku juga berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan masa makanku, kadangkala aku hanya memadai dengan sepotong kek dan seteguk air sejuk. Sehingga aku dapat meluangkan semaksima masa yang mungkin untuk ilmu pengetahuanku. Sesungguhnya harta yang paling berharga di sisi ulama ialah waktu dan ilmu. Kerana waktu itu tidak akan menunggu seseorang sebaliknya tanggungjawab yang datang bertandang pula bertindan-tindan.

Setelah tiba saat kewafatan beliau, kedapatan wanita menangis kerana tidak mahu terpisah daripada insan tersayang, tetapi beliau dengan tenang berkata: “Sesungguhnya aku takut berbuat dosa pada Tuhan Yang Rahman selama lima puluh tahun. Kerana selama masa tersebut aku telah mengeluarkan fatwa-fatwa yang mungkin tidak bertepatan dengan kehendak Allah. Maka doakanlah agar aku diampuni-Nya.”

Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan apa-apa pesaka melainkan kitab-kitab nya yang banyak serta beberapa helai pakaian yang hanya cukup untuk dijadikan kain kafan serta membayar segala hutang-hutangnya. Lihatlah betapa agungnya pengorbanan seorang hamba terhadap tuhannya yang Esa. Walaupun telah banyak mengorbankan masanya demi kepentingan agama, tapi masih tidak berpuas hati, masih lagi takut seksa Ilahi. Tapi kita, apakah yang kita cari? Renungilah perbuatan-perbuatanmu wahai diri.

Kisah Imam ar-Razi

Imam ar-Razi adalah seorang ahli tafsir yang terkemuka pernah berkata: Sesungguhnya aku sangat menyesali kerana tidak dapat mengulangkaji ilmu ketika makan, sesungguhnya masa dan usia itu amat mahal harganya.

Kisah Ibnu Asakir

Diriwayatkan daripada anaknya al-Qasim: Ayahku seorang yang terlalu menjaga solat jamaah dan bacaan al-Quran. Beliau akan khatam al-Quran tersebut pada tiap-tiap hari jumaat dan setiap hari di bulan Ramadhan. Beliau juga sentiasa beriktikaf dalam masjid dan membanyakkan perkara-perkara sunnat serta zikir.

Salah seorang muridnya (Abu al-Mawahib) juga berkata: Aku tidak pernah melihat seseorang yang boleh menandingi Ibn Asakir di dalam banyak perkara, seperti mengikuti cara ibadah yang sama sepanjang empat puluh tahun, sentiasa berada di saf yang pertama setiap waktu sembahyang kecuali jika ada keuzuran, sentiasa beriktikaf di masjid pada bulan Ramadhan dan sepuluh Zulhijjah, tidak meminta untuk menjadi seorang pemimpin ataupun khatib (pembaca khutbah, kerana martabat pembaca khutbah pada masa itu terlalu tinggi), beliau juga selalu menasihati manusia ke arah kebaikan dan melarang mereka daripada berbuat kejahatan, tanpa gentar kepada sebarang ugutan ataupun celaan orang-orang yang mencela.

Kisah Ibnu Malik

Beliau adalah seorang ahli Nahu yang terkenal. Seorang yang banyak merujuk dan cepat menyemak. Beliau tidak akan menulis sesuatu tanpa merujuk kepada kitab asal. Para sahabatnya tidak pernah melihat beliau membuat perkara yang sia-sia, kecuali melihat beliau samada sedang solat ataupun membaca al-Quran ataupun mengarang ataupun membaca kitab.

Dan diantara perkara ajaib yang menandakan betapa beliau mengambil berat masalah ilmu dan waktunya iaitu apabila anak lelakinya datang melawat beliau masa sakitnya, bersama anak tersebut lapan bait (baris) syair, maka beliau meminta agar anaknya membaca syair-syair tersebut kemudian beliau menghafalnya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, rahimahullah.

Seterusnya peristiwa ini mengiyakan kata pepatah: Setinggi mana gunung didaki kamu akan dapati apa yang kamu hajati. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Inilah kisah-kisah yang dicedok daripada kitab: Nilai Masa Di Sisi Ulama karangan Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah. Kitab ini antara lainnya menceritakan kesabaran para ulama silam mencari ilmu walaupun terpaksa berpisah daripada isteri kesayangan, anak yang menjadi cahaya kehidupan, bahkan mereka sanggup mengurangkan rutin harian mereka seperti makan, minum serta tidur.

Oleh sebab itu, tidak pelik jika kita perhatikan Islam pernah gemilang di suatu zaman dahulu, malah kita masih berbangga dengan kegemilangan tersebut hingga ke hari ini. Apakah cukup hanya dengan kita berbangga? Adakah Islam akan kembali gemilang dan memerintah dunia hanya kerana kita bangga dengan apa yang umat Islam telah capai dahulu? Justeru itu, marilah kita mendalami kisah hidup para ulama’ yang hidup pada zaman tersebut, pada tangan merekalah datangnya kegemilangan. Apakah yang mereka lakukan sehingga mereka menjadi begitu hebat? Inilah dia pegangan mereka, mereka sanggup buat segala-galanya kerana pentingkan ilmu, hanya demi agama Allah yang suci murni.

Diharapkan melalui kisah-kisah ini pembaca sekalian mendapat sedikit motivasi untuk menjaga dan memprogramkan hidup mereka seharian. Semoga dengan program tersebut mereka lebih berasa lazat berdampingan dengan ilmu pengetahuan daripada keasyikan dunia fana.

SELAMAT BERAMAL...

10 JENIS MAYAT YANG DIPELIHARA ALLAH

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK REPUT DAN TIDAK BUSUK DI HARI QIAMAT KELAK
oleh: Ustaz Izhar

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ..

SELAMAT BERAMAL...

Rabu, 18 Februari 2009

KISAH BERKAITAN HIDAYAH

SAHABAT YANG TAKWA MENUNJUKKAN JALAN KE SYURGA

MUKADDIMAH

"Biasanya kawan yang baik akan membawa kita ke jalan yang lurus, sementara kawan yang tidak baik, jikapun tidak menjerumuskan kepada kebinasaan, akan menjejaskan nama baik kita juga sekalipun kita tidak terlibat dengan kejahatannya. Dalam sebuah hadis riwayat Muslim Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda bermaksud : ' Engkau tidak akan hampa dari Penjaja Kesturi kerana walaupun engkau tidak membeli kesturi, engkau pasti akan dapat baunya, manakala si Tukang Besi, ia boleh membakar rumahmu, atau pakaianmu atau setidak-tidaknya kau mendapat bau yang busuk'."

--------------------------------------------------------------------------------

Dalam satu pertemuan terbuka dengan Syeikh Sa'ied bin Musfir-Hafazhahullah salah seorang yang hadir dalam pertemuan itu memintanya supaya sudi menceritakan tentang permulaan beliau mendapat hidayah. Dengan senang hati beliau bercerita:

Sebenarnya, bagi setiap hidayah itu ada permulaan dan sebab yang sesuai dengan fitrah. Saya mempercayai Allah dan semasa masih kecil lagi saya senantiasa melakukan ibadah, tetapi apabila sudah mula meningkat dewasa, saya mula ditimpa kelemahan dan kelalaian. Dalam waktu-waktu tertentu terkadang saya meringan-ringankan sembahyang. Dalam waktu yang lain apabila saya menziarahi jenazah perkuburan atau mendengar nasihat melalui khutbah di masjid, rasanya iman saya akan bertambah. Saya akan menjaga sembahyang dan sunnah-sunnah lain dalam jangka masa tertentu. Tetapi selepas seminggu dua saya sudah mula meninggalkan sunnah dan dua minggu selepas itu saya akan meninggalkan yang fardhu-fardhu pula, sehinggalah tiba suatu masa dan sempena lain yang mendorong saya untuk sembahyang lagi.

Bila dewasa dan baligh, saya tidak lagi mengambil apa-apa pengajaran dari sempena atau nasihat itu. Saya terus dalam keadaan liar dan tanpa menjaga sembahyang dengan teliti. "Alah bisa kerana biasa"

Tiba masanya, saya berkahwin. Terkadang saya sembahyang, terkadang tidak mengikut iman semulajadi saya kepada Allah sehingga Allah menghendaki dalam satu ketika semasa bersama saudara seagama saya Syeikh Sulaiman bin Muhammad bin Fayi'.

Peristiwa ini terjadi pada tahun 1387H ketika saya bertugas sebagai Nazir Pendidikan Olahraga. Sewaktu saya turun dari pejabat dengan pakaian olahraga, saya bertembung dengannya di pintu pejabat pendidikan. Dia ketika itu sedang turun dari Bahagian Kewangan. Saya mengucapkan salam kerana dia adalah bekas teman sekolah saya. Selepas mengucapkan salam saya terus beredar hendak meninggalkannya, tetapi dia berkata: "Ke mana nampaknya tergesa-gesa?" Masa itu ialah bulan Ramadhan. Saya memberi jawapan: "Balik ke rumah mahu tidur sekejap". Sudah menjadi kebiasaan saya akan tidur selepas balik dari kerja sehinggalah waktu Maghrib tanpa sembahyang Asar, kecuali saya terbangun sebelum waktu Maghrib dan saya dalam keadaan berpuasa.

Syeikh Sulaiman berkata: "Waktu Asar akan tiba sebentar lagi, apa kata kita pergi berjalan-jalan sebentar ?"

Saya bersetuju dan kami pun berjalan bersama menuju empangan lembah Abha yang pada masa itu dipenuhi oleh rumput dan tumbuh-tumbuhan dan hembusan angin segar.

Sampai di sana kami duduk. Selepas masuk waktu 'Asar kami berwudhu' dan sembahyang Asar, kemudian balik.

Di tengah jalan ketika balik dia memegang tangan saya lalu membacakan sebuah hadis yang seakan-akan itulah kali pertama saya mendengarnya pada hal hadis itu sering saya dengar kerana ianya hadis masyhur. Tetapi ketika dibacakannya, hati saya semacam terbuka luas menerima hadis itu, seolah-olah inilah kali pertama saya mendengarnya.

Hadis yang dimaksudkan ialah hadis al-Barra' bin 'Azib Radiallahu 'anh yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya dan Abu Daud dalam sunannya.

Al-Barra' Radiallahu 'anh berkata: "Kami pemah keluar bersama Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam mengiringi jenazah seorang Ansar sehinggalah sampai ke kuburnya. Apabila jenazah dimasukkan ke dalam liang lahad, maka Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam duduk dan kami juga duduk di sekelilingnya dalam keadaan bagaikan burung sedang bertenggek di atas kepala kami (sunyi senyap). Di tangan Baginda ada sepotong kayu yang di tekan-tekankannya ke tanah, kemudian Baginda mengangkat kepala lalu bersabda:

"Minta perlindunganlah kamu dengan Allah daripada seksa kubur".

Kata-kata ini disabdakan Baginda dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda bersabda :

"Sesungguhnya hamba yang beriman apabila dia sudah dalam keadaan terputus dari dunia menghala ke akhirat, malaikat dari langit pun turun kepadanya dengan wajah berseri-seri" (sehingga akhir hadis).

Syeikh Sulaiman menyebutkan hadis yang panjang itu mulai dari awal sehingga akhirnya. Apabila tiba di Abha, tempat kami akan berpisah, untuk balik ke rumah masing-masing, saya berkata kepadanya: "Dari mana saudara perolehi hadis ini?" Beliau menjawab: "Hadis ini terdapat dalam Riyadhus Shalihin". Saya bertanya: "Apa pula buku yang saudara baca?" Beliau menjawab: "Saya membaca Kitabul Kabair karangan az-Zahabi. Kami berpisah dan saya terus ke kedai buku at-Taufiq satu-satunya kedai buku yang ada di Abha, kemudian membeli Kitabul Kabair dan kitab Riyadhus Shalihin. Kedua buah kitab inilah yang mula sekali saya miliki.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya berkata kepada diri sendiri: "Saya sekarang sedang berada di persimpangan jalan. Di hadapan saya ada dua jalan, jalan pertama ialah jalan keimanan yang menuju syurga, dan jalan kedua ialah jalan kekufuran, kemunafikan dan maksiat yang menuju neraka. Saya sekarang sedang berdiri diantara keduanya. Jalan yang mana yang saya pilih?".

Akal menyuruh saya memilih jalan pertama, manakala nafsu ammarah menyuruh saya mengikuti jalan kedua dan dia membisikkan kepada saya: "Engkau masih muda lagi, pintu taubat masih terbuka sehingga hari kiamat, jadi masih ada kesempatan untuk bertaubat".

Pemikiran dan waswas ini terus berpusing di hati saya selama dalam perjalanan ke rumah.

Sampai di rumah, saya berbuka puasa, sembahyang Maghrib, Isya' dan Tarawih. Seingat saya baru malam itulah saya melakukan Sembahyang Tarawih dengan lengkap. Sebelumnya saya hanya sembahyang dua rakaat, lepas itu saya pergi, terkadang hanya empat rakaat, itupun jika saya melihat bapa saya. Pada malam tersebut, saya telah melakukan Tarawih dengan lengkap. Setelah selesai sembahyang saya pergi ke rumah Syeikh Sulaiman, bagaimanapun dalam perjalanan saya menemuinya sedang keluar dari masjid, lalu kami bersama-sama berjalan menuju rumahnya.

Pada malam itu kami membaca dari awal kitab al-Kabair iaitu 4 jenis dosa besar. Pertama ialah: menyekutukan Allah, kedua: sihir, ketiga: membunuh, keempat meninggalkan sembahyang. Kami selesai membaca kitab ini sebelum tiba waktu Sahur.

Saya berkata kepada Syeikh Sulaiman: "Dimana kedudukan kita dari keterangan buku ini?" Syeikh Sulaiman berkata: "Keterangan ini sebenarnya terdapat dalam buku-buku para ulama, tetapi kita lalai daripadanya". Kemudian saya berkata kepadanya: "Orang ramai juga dalam kelalaian daripada mengetahui perkara ini, oleh itu kita hendaklah membacakannya kepada mereka".

Syeikh Sulaiman bertanya, "Siapa yang akan membacakannya ?" Saya menjawab : "Engkaulah". Syeikh Sulaiman menjawab: "Tidak, mesti engkau!" Kami berselisih pendapat siapa yang akan membacakannya, tetapi akhirnya kami bersetuju supaya saya sendirilah yang akan membacakannya.

Kami mengambil kertas dan menuliskan dosa besar yang keempat iaitu meninggalkan sembahyang. Minggu itu juga pada hari Jumaat, saya pun berdiri di masjid berhampiran Pusat Dakwah Abha. Inilah satu-satunya masjid di Abha selain dari masjid agungnya. Selepas sembahyang Jumaat saya berdiri lalu membacakan kepada orang ramai tentang nasihat berkesan yang menyebabkan saya insaf dan mendapat hidayah serta yang menjadikan saya berpendirian teguh.

Saya memohon kepada Allah, semoga Dia menetapkan kita semua dalam agamanya. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar Lagi Maha Memperkenankan.

(PENGARANG: untuk ruangan ini kita terjemahkan lagi kisah benar yang dipetik dari buku karangan Muhammad bin Abdul Aziz al-Musnid yang bertajuk al-'Aaiduna ilallah iaitu sebuah buku yang mengisahkan tentang orang-orang yang bertaubat di kalangan cerdik pandai, orang-orang termahsyur, ulama', pendakwah dan lain-lain untuk dijadikan iktibar)

SUMBER: JABATAN MUFTI KERAJAAN NEGERI BRUNEI DARUSSALAM

Selasa, 17 Februari 2009

HUKUM MENYEMBUNYI KEBENARAN

(Antara isu dalam Kuliah Maghrib (OLEH: UST MUHAMAD NAIM HASHIM) yang disampaikan di Surau al-Ansar Rampaisari pada 17 Febuari 2009- Kitab al-Kabair (Dosa-Dosa Besar)

Isi Perbincangan:

1. Sikap buruk ulamak-ulamak Yahudi dan Nasrani yang menyembunyikan kebenaran.
2. Larangan menyembunyikan ilmu.
3. Sikap buruk ulamak-ulamak Islam masa kini yang menyembunyikan kebenaran & mengampu pemerintah sekular.

Firman Allah Taala:

’Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan) ; maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah: 159-160)

Sebab turun ayat

Ayat ini diturunkan disebabkan sikap ahlul kitab yang menyembunyi kebenaran yang terdapat di dalam kitab-kitab mereka. Ketika mereka ditanya mengenai kedatangan Nabi Muhamad s.a.w., mereka tidak mahu menyebutkannya, padahal di dalam kitab-kitab mereka dengan jelas ada menyatakan mengenainya. Ini adalah disebabkan rasa dengki dan benci.

Ibnu Abbas menyatakan bahawasanya Muâaz bin Jabal bersama beberapa sahabat bertanya kepada sekelompok pendeta Yahudi tentang beberapa perkara yang terdapat di dalam Taurat. Pendeta ini tidak mahu menerangkannya kepada orang-orang yang bertanya.

Dengan perbuatan pendeta Yahudi ini, lalu Allah menurunkan:
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayah.

Pengajaran dan Hukum

Orang-orang Yahudi dengan Tauratnya dan Nasrani dengan Injilnya, mereka ini memanglah bersikap tidak mahu menjelaskan isi sebenar kandungan kitab masing-masing. Terutamanya mengenai sifat-sifat dan identiti Nabi akhir zaman. Apabila ada orang bertanya, mereka akan menyembunyikannya.

Memang, di dalam kitab asal mereka samada Taurat mahupun Injil ada menyebutkan tentang kebangkitan nabi akhir zaman dan disertakan sekali sifat-sifatnya. Dan sifat-sifat itu ada selengkapnya pada Nabi kita Muhamad s.a.w. Mereka ini dengki dan takutkan pada bayang-bayang sendiri. Mereka pada hakikatnya tahu dan mengenal benar-benar bahawa Muhamad adalah nabi akhir zaman, tetapi mereka dengan angkuh dan sombong menafikan kebenaran ini. Ada sebahagiannya merasa kecewa kerana nabi akhir zaman bukan dari kalangan mereka. Begitulah jahatnya pendita-pendita Yahudi dan Nasrani.

Tidak cukup setakat itu, mereka menyembunyikan juga beberapa syariat yang diturunkan kepada mereka. Antaranya ialah mereka menyembunyikan mengenai hukum rejam bagi penzina (Qisas).

Kejahatan pendeta Yahudi dan Nasrani ini bertambah-tambah lagi dengan tidakan mereka mengubah perkataan-perkataan yang ada dalam kitab mereka serta menafsirkannya berdasarkan hawa nafsu mereka.

Lalu Allah membuka pekong di dada mereka dengan menurunkan ayat di atas.

Jelaslah sekarang, Taurat dan Injil (Bible) yang ada sekarang ini bukanlah kitab yang asli. Ia adalah hasil ciptaan para pendeta mereka.

Mengapa mereka merubahnya?

1. Kerana sifat jahat dan dengki yang membara di dada mereka. Padahal mereka kenal siapa itu Muhamad melalui kitab-kitab yang asli.
2. Mereka merubahnya kerana mahu memenuhi selera dan nafsu.
3. Mereka merubahnya kerana isis ajaran agama itu tidak dapat berhadapan dengan kehendak dan perubahan zaman.

Pada hakikatnya, para penganut Yahudi dan Nasrani telah tertipu dengan keilcikan para pendeta mereka.

Kita sedih dengan perkembangan yang berlaku di mana sebahagian dari umat Islam Melayu yang terjebak dengan tipu daya para pendeta Kristian. Satu agama yang sudah tidak diterima oleh barat.

Ketika masyarakat barat berebut-rebut menjadi athies/mulhid kerana kebatilan-kebatilan yang ada dalam ajaran Kristian, samada dari sudut logik akal dan naluri kemanusiaan, sebahagian masyarakat di Asia ini boleh merelakan diri untuk ditipu dengan seribu satu macam khurafat dan kekarutan.

Masyarakat barat, tindakan mereka meninggalkan agama itu adalah tindakan yang bijak. Kerana akal manusia yang sejahtera tidak dapat menerima ajaran agama itu. Tetapi, amat disayangkan sekali kerana sebahagian mereka tidak memilih Islam sebagai pegangan.

Sebahagian dari kita di sini, tindakan mereka keluar dari Islam dengan memilih Kristian sebagai agama adalah satu tindakan bodoh. Kerana memilih agama yang penuh dengan bumbu-bumbu tipu daya dan khayalan sahaja.

Ayat di atas adalah ditujukan kepada pendeta Yahudi dan Nasrani yang bersifat menyembunyikan kebenaran yang ada di dalam kitab mereka. Apakah ayat ini hanya untuk mereka sahaja, tidak kepada umat Islam?

Ya, kita umat Islam juga termasuk di bawah larangan ayat ini. Oleh itu umat Islam dilarang dari menyembunyikan hukum-hakam syariah. Para ulamak Usul menyatakan, sekalipun ayat itu khusus diturunkan kepada pendeta Yahudi dan Nasrani tetapi keumuman pengajarannya ditujukan kepada semua.

Ia diperkuatkan lagi dengan sabda Rasulullah s.a.w.:
’Barangsiapa yang ditanya mengenai suatu ilmu, lalu dia menyembunyikannya, maka dia akan dikekang pada hari kiamat dengan api (HR Ibnu Majah dan al-Hakim)

Masalah menyembunyikan syariat Allah ini lebih diberi perhatian kepada para ulamak Islam. Kerana merekalah yang lebih mengetahui tentang syariat Allah. Merekalah yang dipertanggungjawabk an untuk menyebarkan dan mengajarkannya kepada kaum masing-masing, dengan lisan kaum itu.

Tanggungjawab yang dipikul oleh ulamak jika dilihat pada lahiriahnya, ada yang melihatnya sebagai satu tugas mudah. Mereka mengatakan, bukan susah jika hanya mengajarkan sembahyang, zakat, puasa dan Haji. Tambahan pula, golongan ulamak merupakan satu golongan yang dihormati oleh masyarakat setempat.

Jika ini anggapan sebahagian kita, ia adalah satu anggapan yang salah. Tugas dan tanggungjawab ulamak adalah berat. Beban ilmu yang diamanahkan kadangkala menuntut agar ia dipertaruhkan dengan nyawa. Kalau sekadar tekan ekonomi, mental dan siksaan adalah perkara yang lumrah.

Lihat sahaja sejarah, Imam Ahmad bin Hanbal pernah disiksa kerana enggan mengakui bahawa al-Quran adalah makhluk. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah yang dipenjarakan. Imam Syafie pernah disoal-siasat oleh pemerintah kerana dituduh terbabit dengan gerakan Syiah.

Tidak semua para ulamak yang tahan dengan ujian kerana tidak mahu menyembunyikan syariah. Ada juga yang gagal menempuh ujian ini. Ada yang tewas dengan ujian siksaan, dan yang lebih menggerunkan ialah dengan ujian kebendaan dan kedudukan yang amat mengelirukan.

Ketika Imam Ahmad bin Hanbal dan beberapa ulamak lain yang disiksa oleh pemerintah yang bermazhab Muktazilah, tidak semua yang berjaya mengharunginya. Mereka dipaksa supaya mengaku bahawa al-Quran itu adalah makhluk. Mereka disiksa. Imam Ahmad tidak sekadar disiksa, malah dimalukan dengan mengheretnya secara menghina sekeliling kota.

Sejarah Imam Nawawi yang dibuang negeri kerana menegur Raja-Sultan Malik az-Zahir yang berkuasa ingin mengambil harta rakyat sewenang-wenangnya..Inilah perjuangan yang berani mengatakan kebenaran walaupun natijah risikonya adalah berat..tetapi diatas dasar perasaan amanah dengan ilmu Allah maka mereka bertindak demi tidak menyembunyikan kebenaran.

Semuanya itu adalah akibat tidak mahu menyembunyikan syariat Allah. Oleh itu, hormatilah ulamak. Berdampinglah dengan mereka. Kasihilah mereka. Di bahu mereka punya bebanan berat yang perlu dipikul untuk umat ini. Di dada mereka punya butiran permata berharga yang kadangkala memerlukan pengorbanan untuk dibahagi-bahagikan kepada manusia akhir zaman. Memanglah wajar jika Allah mengangkat martabat ulamak dari yang lain-lain. Patutlah seandainya kutukan dan laknat kepada mereka yang memusuhi ulamak.

Namun berbeza dengan suasana ulamak sekarang yang lebih suka menyembunyikan hukum dan berani menyelewengkan hukum..mereka ini sama seperti pendeta Yahudi dan Nasrani. Apatah lagi pada hari ini, dengan adanya ‘ulama’ yang digaji oleh pemerintah untuk ‘membenarkan’ segala tindakan mereka, maka keyakinan rakyat akan kehidupan dan agama adalah suatu yang terpisah, semakin kuat. Ulama yang diberi gaji ini akhirnya digunakan habis-habisan oleh pemerintah sekular yang ada untuk menyokong pemerintahan dan undang-undang kufur yang diterapkan. Tugas ulama hanya dipersempit untuk mengeluarkan fatwa terhadap perkara-perkara furu’ (ranting), manakala dalam bab pemerintahan, undang-undang, ekonomi, pendidikan, jihad, dasar luar dan dalam negeri, ‘tugas’ ulama ini hanyalah untuk mengangguk dan mengiyakan apa sahaja yang dilakukan oleh pemerintah. Akhirnya, ulama yang sepatutnya bertugas membetul dan menasihatkan pemerintah dengan Islam, telah berjaya ‘di sekularkan’ oleh pemerintah.

Wallahua'lam...SELAMAT BERAMAL

AD-DUNYA DARUL AMAL WAL AKHIRAH DARUL BAQA'

KRISIS DI DUNIA DAN AKHIRAT

Dunia ini tempat krisis. Di syurga tak ada krisis lagi. Di neraka, krisis antara penghuninya dilayan tamat dengan masing - masing disimbah azab panas yang bertambah-tambah. Adapun di dunia tempat kita duduk ini, krisis sentiasa berlaku dan ia sebahagian kehidupan. Kehidupan berlangsung dengan wujudnya krisis.

Jika tangan manusia tidak melakukannya, tangan Allah pula melakukannya. Krisis kemarau, krisis banjir dan tanah runtuh, malah krisis macam - macam wabak penyakit yang di luar tangan manusia. Kita dihidupkan dengan krisis dan dipaksa berkrisis.
Jika anda memahami ini, anda sebagai seorang muslim pastinya akan lebih mudah menerima hakikat bahawa dalam krisis itu ada hikmat. Ada jawaban yang anda perlukan dalam kehidupan anda. Justeru anda tidak boleh menempelaknya sebagai buruk atau membelakanginya demi kesucian diri. Allah menciptakannya dan setiap ciptaan Allah penuh dengan hikmah dan kebenaran yang tersembunyi dan nyata.

Jika anda menguasainya, anda akan memperolehi hikmah dan kebenaran itu. Jika anda gagal menguasainya, anda akan kempunan dan kehilangan pedoman dalam kehidupan. Justeru anda perlu bijak berhadapan dengan krisis. Jika anda mahu menang, anda mesti masuk berlawan dulu. Jika anda mengisytihar menang sebelum berlawan, anda akan ditertawakan. Jika anda menawan sebuah empayar pun, orang akan kata, itu empayar haram di perintah oleh bapak menteri haram yang makan gaji haram!

Sebenar - benarnya anda masa itu menghina diri sendiri dengan membunuh diri sendiri di hadapan khalayak semata - mata untuk membuktikan bahawa anda berani membunuh diri!
Justeru kita dihadapkan dengan krisis yang lebih besar. Krisis nilai dalam kehidupan. Kita perlukan guru yang mengajar kita nilai kehidupan. Ia bukan raja atau pemerintah. Guru kita adalah orang - orang yang berilmu di antara kita.

Kita disarankan agar mengambil kira pandangan para ulama, para pengamal undang – undang Islam, para cendiakawan Islam dan ilmuan Islam lain yang bersih dan berjuang di medan perjuangan yang luas. Mereka guru yang akan memimpin kita kepada nilai hidup yang membahagiakan. Hidup kita akan kembali sentosa dengan pemartabatan nilai dalam kehidupan.

Biar pun perak kita terlepas, asalkan emas kita miliki. Kebenaran adalah emas dalam kehidupan. Kebenaran adalah nilai kehidupan sebagaimana emas adalah nilai mengukur wang dan harta.

Syurga tiada krisis di dalamnya. Jika kita ingin selamat daripada krisis, kita mestilah jadi ahli syurga sebelum masuk syurga lagi. Ia hanya milik seorang muslim yang tunduk pada kebenaran tuhanNya.

PESANAN DAN PENGAJARAN :
SELAMAT BERAMAL...HADAPILAH DUNIA INI DENGAN ILMU,IMAN DAN AMAL UNTUK MENJADI BEKALAN DALAM MENGHADAPI KRISIS DI PADANG MAHSYAR KELAK..DUNIA TEMPAT BERAMAL, AKHIRAT TEMPAT UNTUK MENERIMA BALASAN/GANJARAN...WALLAHUA'LAM.

Isnin, 16 Februari 2009

Wanita, kejantanan dan pemerintahan bermaruah..

Wanita, kejantanan dan pemerintahan bermaruah..
Ali Bukhari Amir

Perlahan-lahan, Tun Nila Utama masuk mengadap dan bersembah di hadapan Baginda Sultan selesai perguruan ilmu persilatannya. Ketika diajukan pertanyaan sama ada beliau mahu beristeri atau tidak, maka Tun Nila pun berkata, "Anak kepada sekalian dato' menteri itu bukanlah perempuan, tetapi betina semata-mata.."

"Tun Nila! Apa bezanya antara perempuan dengan betina?" Sultan Alam Syah Bana, Raja bagi kerajaan Pura Cendana mula murka. Seumur hidupnya, barangkali baru kali ini baginda mendengarkan ungkapan biadap sebegitu yang jelas menghina kaum wanita di negerinya.

"Perempuan.. memelihara maruah," kata Tun Nila. "Tetapi betina.. menjualnya.."

Oleh kerana kejujuran mempertahan pendapatnya itu, beliau dititah keluar negeri untuk akhirnya kembali semula mempersembah seorang wanita bermaruah di hadapan baginda sultan dan pembesar negeri tersebut. Akhir daripada pencarian, Tun Nila memang berjaya membawa pulang seorang perempuan.

Kalau tidak ditafsirkan betul-betul, nanti kaum wanita marah pula. Tentu mereka tertanya-tanya, apakah bezanya antara lelaki dan jantan. Maka jawapannya tetaplah sama, iaitu lelaki memelihara maruah serta jantan itu telah menjualnya.

Jantan dan betina adalah ungkapan yang menggambarkan bahawa manusia itu bukan lagi makhluk bergelar khalifah yang seluruh kehidupannya dibungkus hias dan didandan oleh sifat-sifat kemanusiaan.

Arakian.. rupa-rupanya, sekalian bangsawan dan pembesar di negeri itu ada masalah besar dengan kaum wanita. Menteri Nikah Kahwin pun sanggup menceroboh rumah Puspawangi saat Tun Nila Utama mencari Musang Berjanggut.

"Apa hukumnya, seorang lelaki menceroboh masuk ke rumah wanita ketika ketiadaan suaminya?" tanya Puspawangi kepada Menteri Nikah Kahwin.

"Oh, itu salah besar.."

"Jadi.. kanda pun salah jugalah," balas Puspawangi.

"Eh, salah jugalah.. tapi tak apa-apa. Sebabnya, undang-undang dalam negeri ini kanda yang pegang. Itu semua boleh padam.."

Ertinya, kelelakian kaum Adam pun boleh runtuh ke taraf jantan apabila mereka telah menjual maruahnya. Sama sahaja keadaannya. Tanpa maruah, kewanitaan dan kelelakian telah tercabut daripada jiwa mereka.

Cuma.. dalam fahaman Melayu, ungkapan 'anak jantan' itu masih lagi bermaksud mulia kerana diungkap perkataan itu untuk menunjukkan darjah keperwiraan mereka untuk membela hak dan keadilan pusaka, tanahair dan maruah. Maka, dalam konteks penggunaan lafaz ini, 'anak jantan' memang memiliki konotasi yang sangat baik.

Sementara itu, kepenggunaan lafaz 'anak jantan' pada zaman purbakala juga boleh merujuk kepada keadaan tidak bermaruah jikalau 'anak jantan' itu takut merampas dan mengganggu isteri orang, membuat onar serata kampung termasuk mengintai anak dara mandi di tepi sungai. Ini semua gejala-gejala tidak bermaruah, tetapi dianggap tidak jantan jika mereka tak berani melakukannya.

Pada zaman sekarang, seseorang lelaki mungkin dianggap tidak jantan jika tidak pandai merempit, tidak menghisap rokok, berjudi, membuat tatu, memakai anting-anting, menindik hidung dan main perempuan. Walhal, ini semua adalah gejala yang bakal meruntuhkan anak bangsa. Dan, kebanyakan 'anak jantan' yang berani melakukan hal ini secara terbuka adalah anak kepada orang kenamaan, VVIP yang tidak boleh disentuh oleh polis kerana bapa mereka adalah orang terhormat.

Demikianlah.. seorang menteri dianggap tidak bermaruah apabila sanggup menggunakan wangnya untuk membeli kaum wanita, bercakap tidak serupa bikin, tidak jujur dengan undang-undang negara yang digubal melalui lidah, jiwa dan fikirannya. Cakap tidak serupa bikin, memadam kesalahan dengan memperalat perundangan adalah sikap tidak bermaruah menteri.

Makna maruah
Dalam bahasa Arab, mar'atun ertinya perempuan. Daripada segi ini, hubungan kaum perempuan dengan maruah itu jauh lebih akrab berbanding kaum lelaki. Barangkali, kita boleh membuat kesimpulan awal bahawa maruah sesuatu bangsa atau maruah agama itu terletak kepada maruah kaum wanita bagi sesuatu bangsa dan agama itu.

Misalnya, jika wanita Melayu itu rosak, maka rosaklah maruah Melayu. Atau, jika wanita muslimah itu rosak, maka maruah seluruh umat Islam itu pun tercalarlah sudah. Namun, haruslah diingat juga bahawa..jika wanita bagi sesuatu bangsa itu sudah rosak, maka kaum lelaki bagi sesuatu bangsa itu mestilah segera bertanggungjawab dan memainkan peranannya!

Ini kerana.. ada banyak kejadian yang menunjukkan bahawa kaum lelaki itu jugalah yang telah menyebabkan kaum wanitanya telah tergadai maruah. Kalau wanita itu menjadi penari di sebuah kelab, maka pemilik kelab itu kemungkinannya seorang lelaki juga! Mereka inilah yang telah memperalatkan kaum wanita itu tadi dengan segala janji manis.

Maka, apakah usahanya untuk kita kembali menyedarkan umat ini berhubung persoalan maruah?

Tidak dapat tidak.. memang kita perlu berusaha keras mengkaji, menelaah dan jujur bermuhasabah mengenai kelemahan diri lalu berusaha memperbaikinya daripada semasa ke semasa.

Sementara itu, Kamus Dewan menafsirkan maruah sebagai kehormatan (diri), dan harga diri. Dalam pengertian yang kedua, kamus itu juga menunjukkan pertalian hubungan maruah dengan sifat laki-laki, keberanian dan kegagahan.

Kita boleh juga menyatakan bahawa orang yang bermaruah itu adalah mereka yang berani mempertahan pendirian, tak mudah goyah prinsip perjuangan dan tidak boleh dijualbeli pendiriannya melalui tawaran wang, pangkat, kekuasaan dan wanita yang cantik.

Wanita itu bagaikan cermin
Sementara itu, mir'aatun dalam bahasa Arab bermaksud cermin. Jadi, isteri bagaikan cermin di mana gambaran wajah suami terpantul dalam cermin tersebut. Atau, kita boleh juga menyebutkan bahawa kaum wanita itu bagaikan cermin yang akan memantulkan gambaran sebenar kaum lelaki dalam dirinya.

Jika cermin (wanita) itu gelap, berhabuk dan berdebu, maka kaum lelaki itulah yang sepatutnya bertanggungjawab untuk membasuh dan menggilapnya supaya imej gambaran dan bayangan dirinya akan kembali terang dan cerah di dalam cermin itu. Kaum wanita itu cerminan bagi diri kaum lelaki.

Kalau cermin itu retak dan pecah, maka gambaran lelaki itu sendiri akan turut menjadi cacat. Cermin yang akan cacat dan telah dirosakkan inilah yang akan menebarkan segala benih sengketa di dunia akibat kaum lelaki sudah tidak lagi ambil kisah, tidak peduli dan bersikap tidak bertanggungjawab memelihara, memuliharanya daripada semasa ke semasa.

###

Sultan Alam Syah Bana akhirnya turut berasa malu berikutan kejadian dirinya tertangkap sebagai penceroboh dalam rumah anaknya sendiri tatkala cuba berbuat serong terhadap menantu perempuannya.

Pemerintahan yang bermaruah
"Yang sebenarnya, ayahanda ingin mengetahui apa perbezaan antara perempuan dengan betina. Sekarang barulah ayahanda tahu," kata baginda ketika mula menginsafi kesilapannya. Di sini dapat dilihat betapa sulitnya untuk kita berusaha memulihkan sebuah pemerintahan yang bermaruah.

Kita mungkin boleh memimpin rakyat bawahan dengan mengendong seribu satu macam inti pengajaran guna mengasuh pemikiran darihal pengertian maruah. Tapi, bagaimana cara mengasuh penguasa agar mereka dapat mengusung pemerintahan bermaruah? Hal ini memerlukan kesungguhan yang mendalam, keberanian, kejujuran bertindak dan keikhlasan mempertahan pendirian.

Syahadan wal arakian..

Bermaruahkah sesebuah pemerintahan itu, jika seorang wanita yang lemah; Altantuya of Mongolia diletupkan tubuhnya oleh bom C4? Walhal bom C4 daripada masyarakat tentera yang dibeli melalui duit, cukai rakyat itu boleh dimanfaatkan oleh komando kita yang terlatih guna meletupkan Parlimen Knesset Zionis Israel, di mana dalam parlimen itulah Zionis Israel telah membuat keputusan bedebah, iaitu memperkosa hak rakyat Palestin selama ini.

Tepuk dahi tanya pemikiran. Kepada Najib, mantan Menteri Pertahanan, bak kata Nabil Raja Lawak.. lu pikirlah sendiri.. (Heii.. geramnya..)

10:30 p.m, 9 Februari
Sekolah Pemikiran Kg Baru.

Sumber: www.harakahdaily.net

FAHAMI UJIAN SAKIT...

FAHAMI UJIAN SAKIT (KENAPA MANUSIA DIUJI)

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

MUKADDIMAH

Nikmat kesihatan dan kelapangan adalah dua perkara yang seringkali dilupakan dan diabaikan, kecuali apabila telah datang waktu sakit dan waktu sibuk. Perkara ini telah disebut oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sebuah hadis riwayat Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma:

Maksudnya: Ada dua (jenis) nikmat yang kebanyakkan orang terlalai olehnya, iaitu kesihatan dan waktu lapang (senggang).
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Sepatutnya manusia apabila memperolehi nikmat kesihatan dan kesenangan duniawi (kelapangan) akan merasa syukur dan puas, kerana merasakan sebahagian daripada keperluannya sudah mencukupi. Ini dikuatkan oleh hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Abu ad-Darda’:

Maksudnya: Sesiapa (di antara kamu) pada waktu pagi (berada) dalam keadaan sihat tubuh badannya dan aman jiwanya, mempunyai makanan pada hari itu, maka seolah-olah bagaikan dunia telah menjadi milik baginya.(Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Namun apabila terjadi sebaliknya, seperti ditimpa penyakit atau disempitkan rezeki, apakah cara dan langkah terbaik untuk memahami ujian ini sekaligus menghadapinya? Maka dalam ruangan kali ini penjelasan akan ditumpukan kepada ujian yang berbentuk ditimpa kesakitan dan penyakit jasmani.

Sakit Dan Jenisnya

Sesiapa jua, tanpa pengecualian, pernah sakit dan pasti suatu waktu akan menghadapi sakit. Samada seseorang itu menderita sesuatu penyakit akibat sebab-sebab tertentu ataupun ditimpa sakit secara mengejut atau tiba-tiba sahaja tanpa sebab yang jelas. Manakala orang-orang yang tidak pernah menghadapi sakit adalah suatu perkara luar biasa.

Tahap atau jenis penyakit itu juga berperingkat, sebahagiannya menghidap penyakit yang ringan saja dan sebahagiannya pula menghidap penyakit yang serius. Manakala proses sembuh juga berbeza, sesetengah pesakit ada kalanya sembuh dengan cepat, ada pula yang lambat atau tiada sembuh langsung.

Terdapat ayat-ayat dalam al-Qur’an yang menyebutkan mengenai sakit dan penyakit, antaranya firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: Maka sesiapa di antara kamu sakit, atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam.
(Surah al-Baqarah: ayat 196)

Tafsirnya: Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya dan semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit).”

(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): “Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu”, (setelah dia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): “Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin).”
(Surah Shaad: ayat 41-42)

Tafsirnya: Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka.
(Surah al-Baqarah: ayat 10)

Maka berdasarkan ayat-ayat di atas, antara jenis penyakit itu adalah penyakit jasmani dan rohani. Adapun penyakit jasmani (zahir) ialah penyakit yang dihidapi oleh manusia pada tubuh badannya seperti demam, sakit kepala, sakit perut dan sebagainya. Manakala penyakit rohani (batin) ialah penyakit dalaman yang berkaitan dengan roh atau jiwa seperti penyakit hati yang membawa kepada maksiat seperti hasad dengki, cemburu, tamak dan lain-lain.

Di samping itu, seseorang itu juga tidak terkecuali daripada mengalami perasaan duka nestapa, dukacita, gundah gulana, kesedihan, was-was dan lain-lain yang berkaitan dengan perasaan.

Sakit Merupakan Salah Satu Bentuk Ujian

Sesetengah individu mungkin menyempitkan skop ujian dan dugaan itu sebagai perkara-perkara yang negatif dan yang menyedihkan sahaja. Lalu dia hanya mengkategorikan ujian itu seperti ditimpa penyakit, kesusahan, kesedihan, kemiskinan, kematian, kemalangan, kesempitan, kegagalan dan seumpamanya. Sebenarnya tidak demikian. Ujian itu meliputi semua aspek kehidupan sama ada sesuatu yang baik atau sebaliknya seperti kesihatan atau kesakitan, kebaikan atau keburukan, kegembiraan atau kesedihan, kejayaan atau kegagalan, kemiskinan atau kekayaan.
Allah Ta‘ala dalam firmanNya telah menyatakan bahawa ujian, cubaan dan dugaan itu datang dalam pelbagai bentuk:

Tafsirnya: Dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (Surah al-Anbiya’: ayat 35)

Firman Nya lagi:

Tafsirnya: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.(Surah al-Baqarah: ayat 155)

Ujian Itu Mengikut Tahap Keimanan Seseorang

Semakin kuat iman seseorang itu, maka semakin hebatlah ujian ke atasnya. Ini jelas sebagaimana yang dinyatakan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri tidak terlepas dari menerima ujian yang sangat berat jika dibandingkan dengan orang lain:

Maksudnya: Sesungguhnya aku belum pernah menyaksikan seseorang (menderita) kesakitan yang lebih parah dari apa yang dideritai oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Abu Sa‘id al-Khudri pula menceritakan bahawa pada suatu hari dia telah pergi menemui Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Ketika itu Baginda sedang demam. Lalu Abu Sa‘id al-Khudri meletakkan tangannya ke atas tubuh Baginda dan mendapati pada tangannya rasa panas, padahal tangannya berada di atas selimut yang menyelimuti tubuh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu dia pun berkata:

Maksudnya: “Wahai Rasulullah! Alangkah beratnya cubaan (demam) itu kepada Tuan.”
Baginda bersabda: “Sesungguhnya kami memang seperti demikian itu. Dilipat gandakan cubaan itu kepada kami serta dilipat gandakan pula pahalanya kepada kami.”

Aku (Abu Sa‘id) berkata: “Wahai Rasulullah! Siapakah manusia yang paling berat menerima dugaan?”
Baginda menjawab: “Para nabi.”
Aku (Abu Sa‘id) berkata: “Wahai Rasulullah! Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Kemudian orang-orang shalih. Bahkan ada antara mereka yang diuji dengan kefakiran, sehinggakan dia tidak menemukan sesuatu kecuali selembar kain (pakaian) untuk dipakai berselimut. Hinggakan ada antara mereka yang merasa gembira menerima bala (musibah) sebagaimana ada antara kamu yang merasa gembira memperoleh kesenangan.”(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Hikmah Sebalik Sakit

Apabila diuji dengan sesuatu penyakit, maka selaku seorang muslim yang beriman, perkara yang utama yang perlu dilakukan ialah muhasabah diri, mengingati dan menghitung kembali betapa banyak kesalahan atau dosa yang telah dilakukannya. Maka apabila ditimpa dengan sedikit ujian itu, wajarlah bersabar dan menerimanya dengan redha tanpa sebarang keluhan atau rintihan. Jauh sekali menyalahkan qadha dan qadar Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Setentunya Allah Ta‘ala Maha Mengetahui akan rahsia dan hikmah di sebalik ujian tersebut.

Ada pula segolongan manusia yang ditimpakan musibah itu adalah dengan maksud agar mereka mendapat kebaikan dan ganjaran, membuatkan mereka lebih muhasabah diri dalam semua hal keadaan, redha dengan Allah dan berserah dengan qadha dan qadarNya. Golongan ini akan merasa redha dan sabar serta taat dengan ujian Allah tanpa keluh kesah dan rungutan, apa lagi untuk merasa kecewa dan berputus asa. Untuk lebih jelas renungkan hadis-hadis berikut yang menyatakan perbezaan antara dua golongan manusia, yang satu ditimpa musibah dan yang satu lagi tidak pernah ditimpa musibah.

Hadis shahih yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘ahnu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Sesiapa yang Allah inginkan padanya sesuatu kebaikan, (Allah) akan mengujinya.(Hadis riwayat al-Bukhari)

Manakala hadis lain membawakan mesej yang lain pula, iaitu riwayat Anas bin Malik Radhiallahu ‘ahnu daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: Besarnya pahala (balasan) adalah seimbang (setara) dengan besarnya cubaan (bala). Dan sesungguhnya Allah, bila menyukai suatu kaum, Dia akan memberi cubaan kepada mereka. Maka sesiapa yang redha, baginya keredhaan Allah. Dan sesiapa yang marah (tidak dapat menerima cubaan), maka baginya kemurkaan Allah.(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Berbeza pula bagi individu yang tidak pernah ditimpa ujian dan dugaan. Abu Hurairah Radhiallahu ‘ahnu meriwayatkan perbualan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan seorang Arab badawi:

Maksudnya: “Adakah engkau (pernah) mengalami ‘Ummu Mildam’?”
Dia berkata: “Apakah dia ‘Ummu Mildam’ itu?”
Baginda bersabda: “Rasa panas yang dirasai di antara kulit dan daging (demam).”
Dia menjawab: “Aku tidak pernah merasakan perkara itu.”
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya (lagi): “Adakah engkau pernah merasai pening?”
Dia berkata: “Apakah dia pening itu?”
Baginda bersabda: “Rasa sakit berdenyut yang dirasakan oleh seseorang pada kepalanya.”
Dia menjawab: “Aku tidak pernah merasakan perkara itu.”
Maka apabila lelaki itu berpaling (berlalu pergi), Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa mahu melihat (contoh) lelaki daripada ahli neraka, maka lihatlah orang ini.”(Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Dalam kitab Shahih Ibnu Hibban bi Tartib Ibnu Balban, Abu Hatim seterusnya menerangkan bahawa ini tidak bermakna orang yang sentiasa sihat di dunia ini bakal menjadi ahli neraka kelak. Apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ialah Baginda menerangkan kepada umatnya bahawa seseorang itu tidak lepas dari melakukan kesalahan dan dosa. Perbuatan salah dan dosa itu pasti akan menerima balasannya di akhirat kelak, melainkan jika telah diampunkan. Ini termasuklah menerima sebahagian balasan perbuatan itu semasa di dunia samada berupa penyakit, perasaan duka cita dan perkara-perkara yang menyedihkan.

Lain-Lain Hikmah: Sakit Sebagai Balasan, Penebus Dosa Dan Mengangkat Martabat Seseorang.

Sakit adalah satu bentuk balasan terhadap dosa yang telah dilakukan di dunia. Dalam masa yang sama pula, ia menjadi penebus dosa serta mengangkat martabat seseorang hamba. Ini dapat dibuktikan melalui ayat al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam seperti berikut:

1. Sebagai Balasan Di Dunia (‘Uqubah wal Jaza’)
Dalam kitab Tafsir al-Fakhr ar-Razi, sakit itu sebagai salah satu bentuk balasan iaitu akibat dari kesalahan atau dosa yang telah dilakukan di dunia. Perkara ini disebut dalam firman Allah Ta‘ala:
Tafsirnya: Sesiapa yang melakukan kejahatan, ia akan dibalas dengan kejahatan itu.
(Surah an-Nisa’: ayat 123)

Disebutkan dalam kitab tersebut, apabila diturunkan ayat di atas kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, maka telah timbul pertanyaan serta perasaan takut dari para sahabat dan pengikut Baginda. Antaranya ialah:

Pertanyaan Sayyidina Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah (bentuk) kebaikan itu setelah diturunkan ayat ini “Sesiapa yang melakukan kejahatan, dia akan dibalas dengan kejahatan itu”? Apakah setiap kejahatan yang telah kami lakukan kami akan diberi balasan?”
Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Semoga Allah mengampunkanmu wahai Abu Bakar, (Baginda berkata demikian) sebanyak tiga kali. Bukankan engkau jatuh sakit? Bukankah engkau merasa sedih? Bukankah engkau dilanda keletihan? Bukankah engkau ditimpa bala (musibah)?”
(Abu Bakar) berkata: “Aku berkata (kepada Rasulullah): “Ya!”
Baginda bersabda: “Maka (dengan) itulah kamu diberi balasan semasa di dunia.”
(Hadis riwayat al-Baihaqi)

‘Aisyah Radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa seorang lelaki demi membaca ayat di atas, dia lantas bertanya: “Apakah kami akan dibalas dengan setiap apa yang kami lakukan. Jika demikian, maka kami akan binasa.” Maka kata-katanya itu telah sampai kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam lalu Baginda bersabda:

Maksudnya: Ya, (seseorang itu) akan diberi balasan dengan setiap perbuatan semasa berada di dunia berupa musibah pada tubuh badannya daripada perkara yang menyakitinya. (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

2. Sebagai Kaffarah (Penebus Dosa)
Allah Ta‘ala menjadikan cubaan dan ujian di dunia ini, samada dalam bentuk sakit, dukacita, kesedihan atau selainnya adalah salah satu cara untuk menghapuskan dosa seseorang itu. Adapun setelah menerima pembalasan di dunia, maka pembalasan itu adalah kaffarah, iaitu penebus bagi dosa tersebut. Terdapat banyak hadis yang menyatakan perkara ini dan antaranya ialah:

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu mengatakan apabila diturunkan ayat 123 dari Surah an-Nisaa’ di atas, kami (orang-orang Islam) merasa sangat sedih. Lalu Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam pun bersabda:

Maksudnya: Bersederhanalah (jangan terlalu berlebih-lebihan atau terlalu lalai) dan berusahalah melakukan (perkara) yang benar. Maka pada setiap musibah yang menimpa seorang muslim merupakan suatu kaffarah. Sekalipun (musibah itu berupa) bencana yang menimpanya atau duri yang menyucuknya.(Hadis riwayat Muslim)

Antara bentuk musibah yang dimaksudkan dalam hadis di atas adalah seperti seseorang terjatuh atau terhantuk kakinya yang menyebabkan jari-jari kakinya sakit atau cedera.

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Seorang muslim itu tidak ditimpa sesesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan), kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan duka cita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya), kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan semua itu daripada dosa-dosanya.”(Hadis riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain pula:

Maksudnya: “Sesungguhnya seorang mukmin itu jika ditimpa penyakit, kemudian disembuhkan oleh Allah daripadanya (penyakit tersebut), maka ia (penyakit itu) menjadi kaffarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu dan menjadi peringatan baginya untuk masa depannya. Sedang seorang munafik, apabila dia sakit lalu disembuhkan, maka dia seperti unta yang ditambat oleh pemiliknya, lalu mereka melepaskannya. Dia (orang munafik itu) tidak tahu mengapa dia ditambat dan dia tidak tahu mengapa dia dilepaskan.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Maka seorang mukmin apabila sembuh dari sakitnya, akan menjadikan sakitnya itu sebagai peringatan dan dia mengetahui bahawa penyakitnya itu adalah akibat atau balasan dari dosa-dosanya yang telah lalu. Kemudian dia menjadikannya sebagai iktibar dan pengajaran. Dia tidak akan mengulangi perbuatan dosa yang telah dilakukannya. Maka ujian sakit itu seterusnya menghapuskan dosanya sebagai kaffarah.

Berlainan orang munafik, apabila ditimpa penyakit dia tidak menjadikannya sebagai peringatan dan dia tidak pula bertaubat. Bahkan sakitnya itu tidak memberi faedah pada dirinya samada di masa yang lalu atau masa yang akan datang.

3. Diberikan Ganjaran
Para Rasul dan Nabi adalah ma‘shum (terpelihara daripada melakukan segala jenis dosa). Maka antara sebab mereka ditimpa dengan ujian sakit bukanlah sebagai balasan dari dosa yang dilakukan, akan tetapi untuk meninggikan lagi martabat dan kedudukan mereka.

Imam an-Nawawi Rahimahullah seterusnya menerangkan bahawa ulama berkata: “Hikmah para nabi lebih berat ditimpa dugaan, kemudian mereka yang di bawah taraf para nabi dan seterusnya mereka yang di bawahnya lagi, adalah kerana mereka telah dikhususkan dengan kesabaran yang sempurna, ketelusan penyerahan diri kepada Allah dan dengan pengetahuan bahawa semua itu adalah nikmat daripada Allah Ta‘ala untuk disempurnakan bagi mereka kebaikan yang selayaknya, menggandakan bagi mereka ganjaran pahala dan (bagi mereka) menzahirkan kesabaran dan keredhaan mereka.”

Adapun bagi seorang mukmin, perkara yang sama juga boleh dicapai. Ini berdasarkan beberapa hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam antaranya ialah:
Hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Tiadalah seseorang mukmin yang tertusuk duri atau lebih dari itu melainkan Allah mengangkat satu darjat (dengan tertusuk duri itu) atau menghapuskan daripadanya satu kesalahan.”(Hadis riwayat Muslim)

Dalam sebuah hadis qudsi daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘ahnu yang dimarfu‘kan kepada Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Allah Azza wajalla berfirman: “Sesiapa yang Aku hilangkan kedua matanya lalu dia sabar dan mengharapkan pahala, nescaya Aku tidak suka baginya pahala selain syurga.(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Dalam satu riwayat daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa seorang perempuan telah mengadu kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai penyakit yang dideritainya. Menurut hadis tersebut, perempuan itu akhirnya memilih untuk bersabar sahaja dengan keadaanya agar dia memperolehi ganjaran yang lebih besar dengan bersabar. Perempuan itu berkata:

Maksudnya: “Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar menyembuhkanku.”
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika engkau mahu, aku akan berdoa kepada Allah bagimu, maka Allah akan menyembuhkanmu. Dan jika engkau mahu, maka bersabarlah dan (semoga) tiada hisab ke atasmu.”

Perempuan itu pun berkata: “Pasti aku akan (memilih untuk) bersabar dan (semoga) tiada hisab ke atasku.”(Hadis riwayat Ibnu Hibban)

PENUTUP

Berdasarkan penjelasan di atas, dapat disimpulkan bahawa sakit atau penyakit, termasuk musibah yang lain, bagi para nabi merupakan ujian-ujian yang akan menambah atau mengangkat martabat mereka. Namun bagi yang selain mereka itu, ia merupakan salah satu bentuk ujian atau sebagai balasan terhadap dosa yang dilakukan di dunia. Maka jika ia dihadapi dengan sabar dan redha, pahala dan ganjaran yang lebih baik daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala akan mereka terima. Kesalahan atau dosa-dosa yang dilakukannya itu akan terhapus, malahan akan mengangkat martabat mereka. Di samping itu juga, ujian dan cubaan yang dihadapi itu adalah sebagai iktibar dan peringatan.

Adapun penyakit rohani yang membawa kepada maksiat dan dosa seperti syak wasangka, hasad dengki, tamak haloba, cemburu dan selainnya, ianya tidak akan membawa apa-apa kelebihan dan ganjaran melainkan kerugian dan dosa jua.

WALLAHUAQLAM...SELAMAT BERAMAL

Khamis, 29 Januari 2009

PERSOALAN BERKAITAN DAJJAL

TEMPAT MUNCULNYA DAJJAL

Agaknya menarik perhatian sekali bahwa menurut Hadits Tamim Ad-Dari, Dajjal tinggal di sebuah pulau yang letaknya di sebelah Barat Syria, sedang tempat munculnya dikatakan oleh Hadits lain, berada di Timur. Lengkapnya, Hadits ini berbunyi:

“Tidak! Ia (Dajjal) akan muncul disebelah Timur; tidak, ia akan muncul di sebelah Timur; tidak, ia akan muncul di sabelah Timur” (Kanzul-’Ummal jilid VII, halaman 2988).

Sebelum kami menerangkan perinciannya, marilah kita tinjau lebih dahulu lain-lain Hadits yang sama artinya, yakni bahwa Dajjal akan muncul di Timur. Salah satu Hadits berbunyi:

“Nabi Muhammad SAW menunjuk hampir duapuluh kali ke arah Timur” (Kanzul-’Ummal, jilid VIl, halaman 2991 ).

Dalam sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim mengatakan: “Tidak ! Ia akan muncul di Timur” diikuti dengan kalimat: “Beliau menunjuk dengan tangannya ke arah Timur”. Jadi jika di suatu Hadits dikatakan bahwa tempat tinggal Dajjal ialah sebuah pulau di Barat, tetapi di lain Hadits diterangkan bahwa tempad munculnya Dajjal, atau lebih tepat lagi, tempat munculnya fitnah Dajjal ialah di Timur.

Ini menunjukkan bahwa merajalelanya Dajjal akan membahayakan bangsa-bangsa di Timur. Adapun kenyataan yang tak dapat dibantah lagi, bahwa fitnahnya Dajjal tak akan menimpa bangsanya sendiri, bahkan mereka akan memperoleh keuntungan dari hasil perampokan di Timur. Jadi yang dimaksud munculnya Dajjal di Timur ialah merajalelanya fitnah Dajjal di negara-negara Timur dengan jalan memperbudak penduduknya, baik jasmani maupun rohani, lahiriyah maupun batiniyah.

Menurut apa yang diterangkan dalam Hadits, terang sekali bahwa pada zaman Nabi, Dajjal itu sudah ada, akan tetapi pada waktu itu tangan dan kakinya dirantai. Inilah gambaran yang sebenarnya bagi bangsa-bangsa Eropah pada waktu itu. Mereka mengurung diri dalam tanah air mereka sendiri, lalu pada suatu ketika, mereka mengalir ke seluruh dunia untuk menaklukkan dan menjajah negara-negara lain, sehingga mereka benar-benar menguasai, atau setidak-tidaknya memaksakan pengaruhnya terhadap negara-negara itu, sehingga gera-geri negara-negara itu dipimpin dan diawasi oleh bangsa-bangsa Eropah.

Itulah sebabnya mengapa di dalam Hadits diterangkan bahwa Dajjal mengaku Tuhan, kerana segala sesuatu di dunia dikerjakan menurut perintah Dajjal, seakan-akan dialah yang menguasai dan menentukan nasib bangsa-bangsa lain. Inilah apa pula yang dimaksud oleh Hadits lain yang menerangkan bahwa Dajjal ialah yang menentukan hidup-matinya orang-orang. Dengan perkataan lain, Dajjal akan meninggikan dan merendahkan dajat bangsa-bangsa lain menurut apa yang dianggap sesuai dengan tujuannya.

http://nuraiman.wordpress.com

Rabu, 28 Januari 2009

NASIHAT YANG BAIK

PENGEMBALA KIBAS DENGAN BACAAN AL-FATIHAH YANG TAK SEMPURNA TAJWIDNYA

Suatu masa dahulu, ada seorang alim ulamak yang saaaangat popular sbb ilmu dan amalannya.(kira alim la nih). Dia adalah seorg hafiz Al-Quran dan dia ni juga hafal beribu-ribu hadith sahih sejak kecik lagi. Lepas dah hafal hadis n Quran, mak ayah dia hantar dia untuk menuntut lagi ilmu di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya.

Bapa dia juga adalah seorang alim ulamak yang popular n pernah kembangkan agama Islam sampai ke selatan Siam.

Mengikut cerita, bapa dia ni adalah orang 1st di zaman moden ini yang bukan daripada warga Arab Saudi yg diberi penghargaan utk mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram, Mekkah.

Nak dijadikan cerita, pada suatu masa, alim ulamak tu jatuh sakit n tak dapat nak imamkan solat fardhu di tempatnya.(alim ulamak nih, bkn ayah dia tau, alim ulamak ni, adalah dia yang kecik2 yg dihantar g Mekah n Madinah tuh)

Tiba - tiba dtglah seorang yang berpakaian buruk (seolah-olah mcm tak siuman) sejurus sebelum solat fardhu dilaksanakan. Alim ulamak tu minta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk menggantikannya jadi imam!(alim ulamak tu jadi makmum sbb dia sakit).

Setelah solat fardhu selesai, orang yang berpakaian buruk tadi tu pun memohon untuk mengundur diri.

Anak2 murid alim ulamak td tu, tersenyum2 sebab masa sembahyang fardhu tadi, orang yang berpakaian koyak tu baca surah fatihah dan surah yang lain dengan tajwid yang tak brapa nak betul.

Dorg tak biasa dengan keadaan mcm ni sbb guru dorg, iaitu alim ulamak td tu, adalah seorang yang fasih n cair dalam bhs Arab n mempunyai bacaan tajwid yang sungguh mantap sekali (maklumlah alhafiz n dah berpuluh tahun belajar kat Mekkah).

Maka alim ulamak tu pun bersalaman dan berpelukan dengan orang yang berpakaian buruk tersebut sebelum orang tu meninggalkan surau. Setelah itu, alim ulamak memanggil semua anak muridnya berkumpul di hadapannya lalu dia pun mula bercerita:

Wahai anak muridku, pernah berlaku di suatu kampung di timur tengah di mana ada seorang pengembala kibas yang saaaaaangat alim, sangat suka merendahkan diri dan suka tolong org kampung sekiranya dorg minta tolong dari dia..

Cuma yang peliknya, ternakan kibasnya yang dikurung di dalam kandangnya yang agak besar (tp tak la besar sgt) tidak pernah luak walau banyak mana sekalipun orang datang untuk membeli kibas daripadanya. Belilah sampai seratus ekor sekalipun, setelah kibas-kibas tersebut diexport keluar daripada kandangnya, kibas yang tinggal di dalam kandang tu nmpak sama banyak bilangannya seperti sebelum seratus ekor kibas td tu dibawa keluar daripada kandang!!!

Jadi seluruh alim ulamak penduduk kampung telah beranggapan bahawa pengembala kibas tersebut adalah seorang wali Allah dan dorg telah bermuafakat untuk pergi jumpa dgn pengembala kibas tu n minta supaya dia mengimamkan solat di masjid sbb dorg nak amik berkat menjadi makmum kepada pengembala kibas td.

Hasrat dorg telah dipersetujui oleh pengembala kibas tu. Sembahyang pun dilaksanakan di masjid, dan pengembala kibas tu pun menjadi imam.

Malangnya, semasa membaca surah fatihah dan surah berikutnya, bacaan dia tidak sempurna tajwidnya. Maka lepas selesai sembahyang,seluruh penduduk kampung balik rumah masing-masing sambil gelak sbb dorg pikir bahawa tanggapan dorg terhadap pengembala kibas ini sebagai wali Allah telah jauh melencong n meleset.

Pada malam tersebut, rasenye, mlm tu hujan kot, tp xpenting, yang penting, pd mlm tu, seluruh alim ulamak yg tinggal di kampung tu telah bermimpi,dan mereka mendapat mimpi yang sama. Dtg seorang lelaki yang tinggi dan kacak dan lelaki tersebut telah mengatakan bahawa seumur hidup mereka bersembahyang, itulah baru 1st time sembahyang mereka telah diterima ALLAH! Subhanallah!

Pagi2 esok, kesemua alim ulamak di kampung tu berkumpul di masjid untuk sembahyang subuh. Lepas selesai sembahyang subuh dorg terus menuju ke kandang pengembala kibas tu. Unfortunately, pengembala kibas telah tiada, kandang dan kibasnya pun lesap. Bekas kandang pun dah xdak, seolah-olah mcm kandang kibas tu tidak pernah wujud!!!Dorg pun dah menyesal..dorg dah salah anggap ngn pengembala kibas tu..

Ok, skang kita kembali kepada alim ulamak yg cite kat anak murid dia tadi tuh..

Lepas selesai alim ulamak tu ceritakan kisah pengembala kibas kat anak2 murid dia, maka most of anak murid td tu nangis sbb dorg tahu dorg dah buat kesalahan kerana telah mendahalui Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allah yang lain, sedangkan dorg sendiri tidak tahu akan kedudukan dorg di sisi Allah.

So, kawan2, saya conclude kan cite ni dgn dua potong ayat Al-Quran utk sama2 kita renungi..

Allah Ta'ala telah berfirman yang bermaksud :

"DIA menjadikan kamu dari tanah ketika kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci.DIA mengetahui tentang org yang bertaqwa."
(Surah An-Najm : 32)

"Janganlah engkau memalingkan muka dari para manusia sebab kesombangan dan janganlah berjalan di bumi dengan takabbur, sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada setiap orang yang sombong dan membanggakan diri."
(Surah Luqman: 18)

Igtlah kawan2, ibadah kita lakukan tidak sekali2 menjamin kedudukan kita di syurga ALLAH nnti. apa yang menjadi jaminan kita adalah MARDHATILLAH (keredhaan ALLAH)..walaupun byk mana dosa yang kita bawa di depan ALLAH nnti, kalau ALLAH nk ampunkan n nk masukkan kita ke syurga, ALLAH blh je nak buat..

Jadilah seperti Imam Syafie, dia muliakan org yang lebih tua, kerana mereka lebih byk ilmu n tinggi ketaqwaan darinya, dan dia juga muliakan mereka yg lebih muda darinya kerana mereka lebih sedikit berbuat dosa darinya..

Moga yg memesan lebih mengingati dari yang dipesan..

Sekian, wassalam..

Oleh Pengirim Bebas
Sumber: http://www.tranungkite.net