Soalan :
Salam Ustaz, Saya telah bersalin di awal bulan Ramadahn dan masih blum sempat ganti puasa kerana masih mnyusu badan. Bolehkah sekiranya saya hanya membayar fidyah dan tidak rnenggantikan puasa kerana saya bercadang menyusu badan selama 2 tahun. Sebelum ini saya telah cuba berpuasa semasa menyusu namun tidak mampu kerana terlalau lemah.
Jawapan :
Tidak harus mengabaikan puasa qadha/ganti kecuali orang yang tidak mampu berpuasa lagi sepanjang hayatnya kerana tua atau kerana sakit yang tidak ada harapan lagi untuk sembuh. Jika tidak mampu berpuasa di sepanjang tempoh menyusu, gantilah selepas tempoh itu. Usaha kita untuk memenuhi tuntutan Allah akan diganjari Allah dengan hidayah, taufik dan pahala yang besar.
Wallahu a'lam.
Muhasabah KPI Amalan Akhir Ramadhan: Ceria Dengan Ibadat @ Terabai?
-
Pendahuluan Ramadhan hampir sampai ke penghujungnya. Saat-saat terakhir
bulan yang penuh rahmat ini sepatutnya menjadi waktu muhasabah bagi setiap
Muslim. […]
Sehari yang lalu


Tiada ulasan:
Catat Ulasan